lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
`Lepah Ni..Dok Leh Duduk Saje'
Johan Pertandingan Pidato Gema Wawasan Negeri Terengganu, Sharifah Nooranidzar Syed Abdul KadirOleh: Nooreni Abu Bakar KUALA TERENGGANU 31 Disember – Lepah (Selepas) ni saya dok leh (tidak boleh) duduk saje (sahaja), itu reaksi spontan Johan Pertandingan Pidato Gema Wawasan Negeri Terengganu, Sharifah Nooranidzar Syed Abdul Kadir yang tidak menyangka meraih kemenangan tersebut. Noranidzar yang mewakili kategori wanita dari Hulu Terengganu memilih tajuk pidatonya Kestabilan Ekonomi Memacu Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera memerlukannya mendalami tajuk dan juga menjadi platform kerajaan  menyebarluaskan maklumat serta dasar-dasar kerajaan yang disampaikan kepada rakyat.“Mengambil masa  untuk membuat persiapan kerana banyak membabitkan fakta, namun saya melihat ia adalah maklumat kerajaan yang penting dan bermanfaat yang perlu disampaikan kepada masyarakat."Kemenangan ini adalah(menjadi) tanggungjawab kepada saya untuk terus bersama di dalam mengisi kemenangan di mana kita nak negeri kita dalam keadaan maju, berkat dan sejahtera," katanya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) selepas pertandingan anjuran bersama Badan Bukan Kerajaan(NGO) KHAIRUNNISA dan Muslimat Terengganu di Dewan Teater, Perpustakaan Negeri di sini baru-baru ini.Majlis perasmian disempurnakan  oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ustaz Ahmad Shah Muhamed itu, turut dihadiri Pegawai Khas Wanita di Pejabat Menteri Besar, Hajah Khairiah Mokti.Seramai 16 peserta telah menyertai pertandingan yang terbahagi kepada dua kategori iaitu wanita dan beliawanis daripada lapan kawasan.Sementara itu, Ahli Jawatankuasa NGO tersebut, Hajah Maznah Muftahuddin berkata tajuk yang diberikan adalah untuk mencapai hasrat negara maju berkat dan sejahtera. "Supaya Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera dapat difahami oleh semua golongan, bukan hanya diwar-warkan bersama pemimpin, tetapi dapat dihayati rakyat di bawah," katanya lagi. Wakil beliawanis kawasan Kuala Nerus, Emi Marhim Aman telah diumumkan sebagai Johan kategori itu.
30 Dec 18
155
Empty Image
Motivasi `Smart Learning' Percuma
Oleh: Jusmawari JusohBESUT, 30 Disember - Seramai 300 peserta berusia 10 hingga 17 tahun menyertai program Motivasi `Smart Learning' secara percuma anjuran Penyelaras Parlimen Besut, Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor di dewan Masjid Hadhari Jertih, di sini, semalam.Ustaz Riduan berkata, program dilaksanakan setiap tahun di musim cuti sekolah dan pertama kali diadakan di dewan masjid berkenaan bertujuan membimbing dan memotivasikan pelajar mengikut kaedah belajar dengan bijak dalam  acuan Islam."Dalam kehidupan kita seharian jangan pernah tinggal solat, jangan kita lari dari landasan agama dan sentiasa basahkan bibir dengan bacaan al-Quran dan zikrullah" pesan beliau ketika menyampaikan satu slot motivasi itu.Turut membantu, Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa, Penolong Professor, Dr. Uzaimah Ibrahim dan Ustaz Mahmud Jamaludin Al-Hafiz selaku perunding motivasi bagi menjayakan program tersebut.Program yang berakhir jam 1 petang disudahi dengan solat Zuhur berjemaah di ruang solat masjid.
30 Dec 18
60
Empty Image
Gunting Rambut Percuma Dapat Sambutan
Oleh: Mohd Haniff Abas KUALA TERENGGANU, 31 Disember - Seramai 258 orang pelajar dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading mengambil peluang untuk gunting rambut secara percuma.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, program gunting rambut secara percuma itu merupakan program tahunan yang telah dimulakan beberapa tahun lalu.“Kita membahagikan empat kawasan berlainan untuk program ini iaitu di Kampung Petai Bubus, Kampung Kesom Alor Rekang, Kampung Kebor Air dan Kampung Banggul Tok Esah supaya tidak berlaku kesesakan dan memudahkan pergerakan golongan sasaran. “Gunting rambut adalah perkara wajib kepada setiap pelajar lelaki sebelum memulakan sesi persekolahan. Oleh itu, kita berharap, dengan program sebegini dapat meringankan bebanan ibu bapa,” ujarnya ketika dihubungi pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), semalam.Program berkenaan dianjurkan oleh Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negegi (ADUN) Buluh Gading dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS).
30 Dec 18
366
Empty Image
Rambut Baru, Semangat Baru
Oleh: AminjiKEMAMAN, 31 Disember - Seramai 150 orang pelajar yang berumur antara tujuh hingga 18 tahun di Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih  menyertai program gunting rambut percuma bagi memulakan sesi persekolahan yang baharu esok.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih , Ab. Razak Ibrahim memaklumkan, program ini bertujuan untuk meringankan bebanan keluarga yang kurang berkemampuan.“Melalui program gunting rambut percuma ini, kita memberikan khidmat secara percuma sahaja dan sedikit sebanyak menampung perbelanjaan ibu bapa yang berpendapatan rendah.“Ada juga sesetengah kampung melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) masing-masing di DUN Air Putih mengadakan sendiri program khidmat gunting rambut secara percuma ini," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Sehari Gunting Rambut Percuma anjuran Pemuda PAS DUN Sura, di kedai gunting rambut bersebelahan Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Air Putih, di sini baru-baru ini (25 Disember).Ab. Razak yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri berkata, agihan nasi lemak secara percuma juga diselitkan dalam program itu."Kita akan meneruskan program ini pada tahun akan datang berikutan sambutan yang meriah daripada masyarakat setempat.“Program ini akan dijadikan sebagai program tahunan dalam usaha membantu keluarga yang berpendapatan rendah yang masih mempunyai anak bersekolah,” katanya.Program bermula sekitar jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 5.30 petang.
30 Dec 18
48
Empty Image
MPKK-JKKR Berpadu Murnikan Tanah Rancangan Felda
Ngah Zakaria.KUALA TERENGGANU 30 Disember - Berbeza fahaman dan cara pentadbiran tidak menghalang Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Kebajikan Rancangan (JKKR) Felda Jerangau Barat, Hulu Terengganu bekerjasama untuk memurnikan Tanah Rancangan Felda di kawasan mereka.Pengerusi MPKK Felda Jerangau Barat, Ngah Zakaria, 56, berkata, dalam tanah rancangan, JKKR merupakan majlis yang ditubuhkan oleh Felda yang memainkan peranan membantu pengurusan pihak mereka dalam melaksanakan aktiviti dan perancangan."Dengan keputusan meletakkan seorang MPKK dalam JKKR, saya menyambut baik keputusan yang dirasakan cukup terbaik bagi semua pihak."Sebagai mewakili MPKK yang diberi kepercayaan untuk duduk bersama dalam JKKR, kami akan merancang beberapa program kemasyarakatan menggunakan peruntukan yang diperolehi sama ada dari Kerajaan Persekutuan, negeri atau Felda," katanya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui selepas Taklimat JKKR MPKK Kawasan Felda di Tingkat 18, Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Majlis disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim.Katanya lagi, MPKK dan JKKR akan bekerjasama dalam banyak perkara termasuk bantuan bencana kepada pihak yang memerlukan."Dari segi pembangunan masyarakat, MPKK dan JKKR dalam perancangan untuk melaksanakan program gotong-royong, keagamaan, ekonomi (kebun sawit) termasuk ternakan lembu dan kambing."Kami akan buat yang terbaik sebagai membalas kepercayaan yang diberikan oleh kerajaan negeri dan pihak pengurusan tertinggi Felda. Syukur setakat ini, kami tidak ada masalah dalam hubungan," kata Ngah.Nazara MudaSementara itu, bagi Pegawai Penyelidik Tanah Persekutuan, Pejabat Menteri Besar, Nazara Muda, beliau mula memikirkan untuk memurnikan MPKK dan JKKR yang bergerak secara berasingan  sebagai satu kaedah menyelaras peruntukan yang diperolehi untuk warga Felda.“Jika bergerak berasingan, ada kesannya sebab kita maklum JKKR diiktiraf oleh Felda. MPKK dibawah Kerajaan Persekutuan dan negeri manakala JKKR kebanyakan lantikan kerajaan terdahulu yang membentuk tiga cabang jika tidak bertindak dari awal.“Jadi  perbincangan diadakan bersama pihak pengurusan Felda dengan mencadangkan JKKR melantik seorang daripada MPKK untuk duduk dalam jawatankuasanya supaya dapat melakukan penyelarasan bagaimana menyalurkan peruntukan yang diperolehi  dari Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan termasuk dari Felda itu sendiri supaya tidak berlaku keciciran atau pertindihan.Tambahnya, makluman boleh dibuat di dalam mesyuarat tentang peruntukan atau maklumat asas dan ia lebih mudah  sebab ada wakil dari persekutuan, negeri dan wakil Felda. Dalam erti kata lain memurnikan tanah rancangan dengan lebih lancar,” ujarnya
30 Dec 18
152
Empty Image
Beribu-Ribu Pelarian Tinggalkan Chechnya
Haji Yahaya Ali (tengah) dan isteri serta rombongan misi menyampaikan bantuan kepada pelarian Chechnya di Poland.POLAND, 30 Disember - Sehingga kini, beribu-ribu pelarian telah meninggalkan Chechnya ketika tentera Rusia tidak menunjukkan tanda kukuh akan meredakan serangan terhadap pejuang pemisah Islam di wilayah itu.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali berkata, terdapat lebih kurang 25,000 orang pelarian Chechnya di seluruh Poland."Dari sini sebahagian mereka berhasrat berhijrah ke negara-negara Eropah yang lain sekiranya mempunyai peluang untuk memulakan kehidupan baru."Hari kedua dan terakhir lawatan kami di Poland bermula pada sebelah pagi di mana Muslim Care Malaysia mengatur misi bantuan kepada pelarian umat Islam Chechnya di Kem Targoweck sekitar Warsaw."Walaupun kami tak dapat masuk ke dalam kem, pihak berkuasa Poland membenarkan kami membahagikan bantuan makanan kepada 35 keluarga di depan pintu masuk kem tersebut. Kami sempat juga melawat dan membahagikan bantuan makanan kepada pelarian yang tinggal di flat," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita hari ini, mengulas tentang penyertaannya dalam Misi Bantuan Kemanusiaan Pelarian Chechnya di Poland yang diketuai oleh Presiden Muslim Care Malaysia, Haji Zulkifli Wahijan.Dalam tumpuan sama, katanya, pada sebelah petang mereka melakukan program yang sama di Islamic Centre milik Muslim Care Malaysia."Tetapi program di sini lebih ceria dengan bacaan hafazan ayat-ayat suci al-Quran oleh kanak-kanak Chechnya dan kami adakan jamuan makan malam untuk mereka sebelum sumbangan hamper makanan diagihkan," jelasnya.Yahaya turut memberitahu, di pusat itu, Muslim Care Malaysia bukan sekadar menghulurkan bantuan berupa makanan dan pakaian kepada pelarian tetapi aktif mengadakan kelas pendidikan agama secara berjadual terutama kepada kanak-kanak."Ia menjadi pusat kegiatan kemasyarakatan samada kepada pelarian (termasuk pelarian dari negara-negara lain) dan umat Islam tempatan. Ia juga menjadi tempat pertemuan di kalangan pelarian, solat Jumaat, majlis berbuka puasa dan solat tarawikh apabila tiba bulan Ramadhan dan lain-lain aktiviti."Walaupun lawatan kami ke Warsaw, Poland agak singkat tetapi ia cukup memberi pengajaran bahawa umat Islam mesti bersatu dan mengambil cakna nasib saudara-saudara mereka yang tertindas di seluruh dunia," jelasnya.Hadir sama dalam misi tersebut, Penyelaras Parlimen Besut, Dr Riduan Mohd Nor, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Pulau Pinang dan pendakwah bebas, Ustaz Nazmi Karim.
30 Dec 18
143
Empty Image
Usaha Tangga Kejayaan Setiap Insan
Ustaz Ariffin meluangkan masa meninjau program gunting rambut percuma di Kampung Tasek Padang Kabar, Marang, semalam.Oleh: Ahmad FadhilahMARANG 29 Disember – Peribahasa ‘usaha tangga kejayaan’ perlu dijadikan pegangan oleh seseorang pelajar yang ingin mengecapi kejayaan dalam hidup ini bagi  merealisasikan impiannya.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Ustaz Ariffin Deraman berkata seorang pelajar yang ingin berjaya perlu ada sasaran serta berusaha untuk mengecapi kecemerlangan.“Saya berharap semua pelajar pada tahun baru ini tekun serta bersungguh-sungguh dalam pelajaran bagi memenuhi harapan kedua ibu bapa dengan mencapai kejayaan yang luar biasa.“Saya sarankan semua pelajar mesti mempunyai 'target' bermula bulan Januari terutama pelajar yang akan menghadapi peperiksaan seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR), Pentaksiran Tingkatan Tiga(PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)... dan ingat siapa yang berusaha pasti berjaya," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI)selepas menghadiri program gunting rambut percuma di Kampung Tasek Padang Kabar, Marang, semalam.Hadir sama, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Mohamad Alias.Aiman Barbershop yang terletak berhampiran Sekolah Kebangsaan Tasek dipilih untuk menjalankan program ini dan ianya bermula pada jam 9 pagi sehingga 6 petang.Program gunting rambut percuma merupakan acara tradisi di kampung ini sebelum persekolahan awal tahun bermula dan hanya dikhususkan kepada warga kampung berkenaan sahaja.
30 Dec 18
324
Empty Image
Pastikan Anak Muda Di Landasan Yang Betul
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 30 Disember - Anak muda lazimnya sukakan aktiviti lasak. Disebabkan itu, pemimpin masyarakat perlu memastikan minat mereka berada disalurkan pada landasan yang betul.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Al-Muktafi Billal Shah (AMBS) Cawangan Taman Indah, Zakiah Alias @ Mohd berkata, anak muda perlu didekati dengan apa yang mereka minat."Kita perlu pastikan mereka (anak muda) terbimbing melakukan perkara yang bermanafaat. Apa yang baik, kita raikan dan dorong supaya mereka tidak berasa terpinggir."Sebagaimana hari ini, kita telah menganjurkan kejohanan futsal yang amat digemari anak muda."Secara tidak langsung, penganjuran aktiviti seumpama ini akan merapatkan jurang diantara MPKK dan anak muda.“Hubungan yang terjalin ini akan menjadikan mereka dekat dengan kita untuk mengadu segala permasalahan dan sudi membantu kita dalam pelbagai urusan," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu menghadiri Kejohanan Futsal Tertutup anjuran MPKK di AMBS, semalam.Beliau yang merupakan satu-satunya pengerusi MPKK wanita di Terengganu menyatakan kejohanan itu memberi impak yang positif dalam melahirkan anak muda yang sihat dan cergas serta tidak terjebak dengan gejala yang tidak sihat."Mereka mempamerkan permainan yang cukup menarik serta mementingkan semangat kesukanan yang tinggi," jelasnya.Kejohanan tersebut disertai 10 pasukan dan telah dimenangi oleh pasukan KETENGAH Holding Sdn Bhd, yang membawa pulang hadiah wang tunai RM 200 beserta medal dan hamper.Manakala, Jagong FC, ATR FC dan Umor FC pula menggondol hadiah wang tunai RM 100 beserta medal dan hamper apabila mengungguli tempat kedua, ketiga dan keempat.Zakiah turut berharap agar penganjuran kejohanan berkenaan akan dapat diadakan secara berkala dalam usaha membangun belia dan anak muda negeri.
30 Dec 18
41
Empty Image
Ilmu Jamin Masa Depan, Bela Nasib Keluarga
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 30 Disember- Demi menjamin masa depan yang baik, pelajar sekolah digesa supaya memulakan sesi persekolahan baru dengan penuh iltizam dan keazaman.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, pelajar yang akan menghadapi peperiksaan penting pada 2019 nanti perlu menggandakan usaha dan mencapai kejayaan dalam peperiksaan itu."Hanya dengan ilmu sahja yang mampu mengubah kehidupan dan dapat membela nasib keluarga. Dengan membudayakan ilmu maka, kesiapsagaan untuk menjadi pemimpin Islam di masa akan datang lebih terjamin."Jangan pernah terlibat dengan perkara yang sia-sia, terlibat dengan najis dadah, mat rempit, buli dan pelbagai perkara yang negatif perlu dielakkan,"katanya.Beliau berkata demikian ketika meninjau program gunting rambut yang dianjurkan Pejabat DUN itu, di sini, semalam.Ghazali berkata, program gunting rambut yang disertai 100 pelajar sebagai insiatif meringankan bebanan yang ditanggung ibu bapa dan menceriakan pelajar yang bakal memulakan sesi baharu persekolahan 2019 nanti.Tambahnya, program itu melibatkan empat Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) iaitu MPKK Shukor, Rantau Panjang, Dendang dan Lentang.Pada masa yang sama, program lain bagi membantu ibu bapa dalam melakukan persiapan sekolah anak-anak turut dilaksanakan dengan mengagihkan pakaian sekolah."Pelajar yang ditemani ibu bapa masing-masing diberikan baucer berjumlah RM150 kepada 70 orang pelajar. Mereka memilih sendiri pakaian sekolah yang bersesuaian di Pasaraya Ten-Ten yang sedang mempromosikan jualan pakaian ke sekolah."Semua mereka yang hadir ceria menerima bantuan berkenaan dan saya harapkan agar ianya akan membuahkan semangat untuk belajar dengan baik," tegasnya.
30 Dec 18
33
Empty Image
Sayangi Anak Istimewa `Bagai Menatang Minyak Yang Penuh'
Oleh : Hailmey MansorKUALA NERUS, 30 Disember - Ibu bapa yang mempunyai anak istimewa perlu menjaga anak dengan penuh perhatian dan kasih sayang `bagai menatang minyak yang penuh'.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Haji Mohd Fazil Wahab berkata, anak-anak kelainan upaya ini satu anugerah Allah SWT buat ibu-bapa kerana mereka tiada dosa bahkan memberi pahala buat ibu-ayah mereka.“Anak-anak ini adalah satu rezeki yang tidak Allah turunkan untuk ibu-bapa yang lain kerana anak istimewa ini adalah satu sebab ibu bapa terpilih ini  boleh masuk ke syurga.“Anak-anak kelainan upaya ini juga mengajar kita erti sabar dan ibu bapa yang mempunyai anak ini dikurniakan Allah SWT sifat sabar yang tinggi," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Sayangi Anak Permata Syurga Dan Masyarakat Seberang Takir, di Dewan Serbaguna Titian Lembah Harapan, di sini, hari ini.Turut hadir, Penghulu Mukim Seberang Takir, Mohd Khairi Ghazali dan Ahli Jawatankuasa MPKK Seberang Takir.Mohd Fazil berkata, program anjuran gabungan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dengan kerjasama  Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Seberang Takir itu bertujuan memberikan sumbangan kepada anak-anak kelainan upaya dan masyarakat yang kurang berkemampuan di sekitar DUN itu.
30 Dec 18
721