Artikel "Komuniti" Terkini
ARC Berkonvoi Bersama ADUN Dekati Penduduk
Oleh : Muhd Afiq ZohirBESUT 1 Januari – Kelab Motorsikal Alternaive Riding Club (ARC) Besut bersama Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Kota Putera, Haji Nurkhuzaini Ab. Rahman mengadakan program ziarah secara konvoi ke kampung-kampung bagi mendekati penduduk.Pengerusinya, Mohd Jali Sulong berkata konvoi bersama ADUN ini bertujuan untuk membantu serta menziarahi penduduk kampung terutama mereka yang mengalami sakit kronik.“Program seperti ini amat sesuai bagi memastikan tiada rakyat yang terpinggir dari menerima bantuan kerajaan negeri."Usaha ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara rakyat dengan pimpinan supaya tiada jurang perbezaan sesama manusia," katanya kepada pemberita ketika mengadakan konvoi di Kampung Air Tawar, Jerteh.Sebanyak 10 buah motorsikal yang mengambil bahagian kali ini yang terdiri dari berbagai jenis model dan ada juga peserta dari Kelantan.Tambahnya, konvoi ini juga bertujuan untuk memenuhi hasrat ADUN untuk berjumpa dengan rakyat secara sederhana tanpa iringan pihak berkuasa.Beliau berkata, aktiviti sebegini dapat menarik minat belia untuk sama-sama membantu serta mewujudkan kesejahteraan dalam kalangan masyarakat.
01 Jan 19
46
Kerajaan Negeri Jaga Rakyat Untuk Bahagia Dunia Dan Akhirat
Alias HarunOleh :Nooreni Abu Bakar.DUNGUN 1 Januari- Kerajaan PAS Terengganu bukan sahaja ingin memenuhi kehendak rakyat dengan menunaikan kebajikkan duniawi tetapi juga menjaga rakyat untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun, berkata kerajaan Terengganu yang dipimpin oleh Menteri Besar, Dr Samsuri Mokhtar 'komited' mengotakan janji-janji manifesto yang memberi kesenangan kepada rakyat."Karnival kahwin, hapuskan cukai pintu dan tunggakannya itu adalah untuk kemudahan di dunia, untuk akhirat dunia dan akhirat kerajaan laksanakan undang takzir, tangkap orang tak solat, sebat pasangan lesbian."Kerajaan juga telah melaksanakan sukan patuh syariah dan baru saja merasmikan hotel Paya Bunga yang memperkenalkan prinsip patuh syariah,"katanya ketika diminta mengulas kedatangan tahun baharu 2019, di sini semalam.Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN Rantau Abang itu juga, berkata kerajaan tidak mengambil masa yang lama untuk perlaksanaan sesuatu perkara yang memberi impak positif rakyat.Tambahnya lagi, pembangunan dan perlaksanaan daripada kerajaan terdahulu, tetapi apabila memberi kebaikan kepada rakyat juga diteruskan."Contohnya dana remaja, bantuan persekolahan, kita teruskan dengan penambahbaikan, dengan sikap telus kerajaan untuk setiap yang layak," ujarnya lagi.Jelasnya, dengan berpandukan apa yang dirangka di dalam Pelan Tindakan Terengganu Sejahtera(PITAS), kerajaan akan mencorak pembangunan lebih terancang dan memberikan faedah meluas kepada rakyat.
01 Jan 19
34
Terengganu Sedia Platform Terbaik Untuk Usahawan
Oleh: Afiq M. ZaidSETIU, 1 Januari - Kerajaan negeri mewujudkan platform terbaik untuk usahawan melalui Urusetia Pembangunan Usahawan Terengganu (PEUTER).Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu dipertanggungjawabkan untuk menguruskan dana dan tabung usahawan melalui Bajet 2019 Negeri Terengganu. Katanya, Terengganu merupakan satu-satunya negeri yang menghimpunkan semua agensi-agensi yang terlibat dengan portfolio usahawan dibawah satu bumbung. "Istimewanya negeri Terengganu ni kita dudukkan sekali mereka (agensi), dimana YPU menjadi sekretariat ataupun setiausaha yang ahli-ahlinya adalah agensi kerajaan pusat yang lain,” ujarnya ketika berucap ketika sesi Forum Usahawan Belia Jabi di Dewan Sivik, Jabi, kelmarin.Menurut Mohd Norkhuzaini yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, pihak PEUTER akan mengadakan mesyuarat setiap bulan bagi merealisasikan misi kerajaan negeri untuk membantu usahawan.
01 Jan 19
129
Berita Gembira Buat Pesakit Buah Pinggang Sekitar Marang
MARANG, 31 Disember - Penduduk sekitar kawasan Marang boleh menarik nafas lega apabila sebuah pusat hemodialisis akan beroperasi di Kampung Telaga Mengkudu dalam masa terdekat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Ustaz Ariffin Deraman berkata, peralatan yang akan disumbangkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) serta para petugas akan mula beroperasi di pusat tersebut pada bila-bila masa sahaja.
“Ia menjadi sejarah bagi saya sebagai ADUN mewakili Alur Limbat apabila pusat ini dibuka dan saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri dan Jabatan Kesihatan serta Majlis Daerah Marang yang memilih tapak ini.
“Pada saya ianya memenuhi kehendak pesakit-pesakit yang sebelum ini sukar mendapatkan rawatan kerana terpaksa pergi ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) yang jaraknya agak jauh,” ujarnya.
Beliau yang juga Pengerusi jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri berkata demikian selepas majlis ringkas penyerahan kunci premis yang akan dijadikan pusat hemodialisis di Kampung Telaga Mengkudu, di sini hari ini.
Oleh itu, kata Ariffin, pusat itu dapat menampung 50 orang pesakit pada satu masa dan dapat memberi kemudahan kepada penduduk setempat.
Beliau berkata, penyakit buah pinggang adalah salah satu penyakit kronik yang memerlukan disiplin rawatan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu bagi pesakitnya kekal sihat.
Menurutnya, beliau dimaklumkan Maidam telah pun membeli mesin dialisis melalui Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.
“Dengan kolaborasi di antara pihak HSNZ melalui Pengarahnya, Dr Haji Mohd Jusoh dengan pihak Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, kerajaan akan menghantar para petugas kesihatan bagi mengurus dan merealiasikan pusat tersebut,” tambah beliau.
31 Dec 18
690
Tautan Mahabbah Eratkan Ukhwah
Tuan Faizah menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima sempena program Tautan MahabbahOleh: Aslam WiraMARANG 31 Disember- Program Tautan Mahabbah mampu mendekati masyarakat serta mengukuhkan lagi mahabbah antara pemimpin dan masyarakat yang berada di dalam dan luar bandar.Isteri Menteri Besar Terengganu, Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman berkata sifat mahabbah kini menjadi terlalu penting disuburkan dalam masyarakat supaya rasa kekitaan dan kebersamaan lahir dan harus digunakan untuk menyantuni antara satu sama lain.“Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya jua kita dapat berkumpul di dalam suatu program santai 'Tautan Mahabbah' ini yang mana bila disebut mahabbah, ertinya kasih sayang.“Tak kenal maka tak cinta dan sebab itu lah penting bagi saya program ini diadakan supaya kita dapat saling kenal mengenali, beramah mesra dan saling berkongsi idea dan maklumat… pertemuan ini lah pelbagai susulan malah percambahan idea untuk kebaikan bersama,”katanya ketika merasmikan program Tautan Mahabbah di Kuala Tengah, baru-baru ini.Turut hadir , Pegawai Khas Menteri Besar, Wahad Osman; Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, Daud Jusoh dan Penyelia i-MiTS Rhu Rendang, Mohamad EmbongMenurut beliau, kebajikan sangat dekat dengan beliau kerana hampir setiap hari, bersama-sama wakil Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dan Halwa Dun Rhu Rendang akan mengadakan ziarah kebajikan.“Sangat sesuai dengan objektif pihak penganjur yang mahu beramah mesra bersama penduduk dan mereka menyusun jadual saya sebaiknya agar segenap lapisan penduduk dapat diziarahi.“Dari program ziarah saya dapat mengenali dan mendekati penduduk di dalam dun ini, terutamanya yang memerlukan bantuan dan pendek kata, dari ziarah juga sangat mendidik dan memberi pengajaran kepada saya agar terus kuat untuk bekerja bersama-sama ‘pasukan’ saya ini untuk menunaikan amanah yang dipikul,”ujarnya lagi.Dalam perkembangan lain, selama lebih tujuh bulan kerajaan baharu Terengganu di bawah kepimpinan YAB Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu diberi mandat oleh rakyat, selama itu juga kerajaan negeri telah berjaya menunaikan beberapa manifestonya.“Sesungguhnya, segala perancangan tidak mungkin dapat direalisasikan sepenuhnya tanpa sokongan dan penglibatan rakyat sekalian.”“Jadi saya menyeru kepada tuan-tuan dan puan-puan di hadapan saya pada hari ini, semoga kita sama-sama menggembleng tenaga, buah fikiran dan sokongan agar impian kita untuk melihat Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera menjadi kenyataan,”katanya.
30 Dec 18
594
Hotel Beri Kemudahan Kepada Musafir
Oleh: Nizam at-TakiriKUALA TERENGGANU, 31 September- Hotel adalah salah satu petanda kemajuan sesebuah negara atau negeri yang memberi manfaat kepada musafir.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, antara dua buah kerajaan yang besar pada zaman dahulu yang namanya Saba’ dan Syam, terdapat ‘highway’ yang menghubungkan dua kerajaan ini iaitu perkampungan-perkampungan sepanjang perjalananan pergi dan balik."Wujudnya tempat-tempat persinggahan sepanjang jalan dan wujudnya Khanat iaitu tempat persinggahan bagi musafir (Hotel)," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Paya Bunga Hotel Terengganu yang disempurnakan Menteri Besar, Dr Ahmad samsuri Mokhtar di Camellia Grand Ballroom, Paya Bunga Hotel Terengganu, semalam. Paya Bunga Hotel Terengganu mempunyai 208 bilik, kolam renang, gymnasium, dan berada di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu yang amat sesuai dijadikan pilihan utama kepada para musafir dan pelancong-pelancong asing.
30 Dec 18
80
Gunting Rambut Percuma Fenomena Cuti Sekolah
Oleh: Jusmawari JusohBESUT, 31 Disember - Program Gunting Rambut Percuma menjadi fenomena musim cuti sekolah termasuk di Kawasan Parlimen Besut.Serentak itu Penyelaras Parlimen itu Ustaz Dr.Riduan Mohamad Nor menganjurkan program tersebut bertempat di kedai Abe Zie Hair Studio, Kampung Alor Belanga di sini bagi kemudahan pelajar dan penduduk setempat mendapatkan khidmat percuma tersebut. "Alhamdulillah,di kesempatan yang ada, teruslah berkhidmat dan jadikan negara kita negara berkebajikan."Setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) telah melaksanakannya, kita tetap terus berbakti untuk masyarakat," jelasnya lagi.Orang kampung turut membantu bagi menjayakan usaha tersebut dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama masyarakat.Lebih dari 20 orang pelajar mendapatkan khidmat itu sempena cuti sekolah ini.
30 Dec 18
99
Tumpu Amal Ibadah
Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS – Ahli Parlimen Kuala Nerus, Ustaz Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengingatkan orang ramai supaya menumpukan kepada amal ibadah selari dengan pertambahan usia.Katanya, usia seseorang sentiasa bertambah apabila setiap kali masuk tahun baru dan setiap uban yang tumbuh di kepala seseorang memberi amaran kepada manusia tentang usia mereka. “Uban ini memberi peringatan kepada manusia tentang usianya dan menurut ulama, pada umur manusia memasuki 40 tahun, para sahabat Nabi S.A.W akan menumpukan pada ibadat sepenuh masa,” ujarnya.Beliau berkata demikian semasa menyampaikan Kuliah Maghrib Khas yang bertajuk, ‘Ambang 2019: Azam dan Cabaran Umat’ di Masjid Wakaf Tembusu, semalam.Pada majlis ilmu itu, beliau turut berkongsi ilmu yang berkisar tentang sambutan tahun baru 2019 dan cabaran-cabaran umat Islam di era globalisasi ini dengan penduduk sekitar.
30 Dec 18
64
250 Pelajar Terima Sumbangan Back To School Di Besut
Oleh: Jusmawari JusohBESUT 30 Disember- Seramai 250 orang pelajar menerima sumbangan pakaian sekolah dalam program "Back to School yang berlangsung di Dewan Masjid Hadhari , semalam.Penyelaras Parlimen Besut,Ustaz Dr.Riduan Mohamad Nor berkata sumbangan dalam bentuk barangan seperti stokin, beg dan baju sekolah diagihkan kepada asnaf-asnaf yang tercicir dalam bantuan I-DANA baru-baru ini berikutan ramai yang terlepas pandang."Alhamdulillah, diharap adik-adik dapat memulakan alam persekolahan dengan semangat baru untuk menjadi insan yang berguna dimasa hadapan“Saya harap kesemua pelajar dapat menggunakan bantuan persekolahan yang diberikan itu dengan sebaik mungkin dan menjadi motivasi untuk belajar dengan komited," ujar Ustaz Dr.Riduan dalam ucapannya merasmikan program tersebut.Turut hadir, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.Bagi melancarkan program, Jabatan Amal Besut dan Ameerah kawasan Besut turut membantu sepanjang program berlangsung.
30 Dec 18
46
Jangan Rasa Malu Mohon Bantuan Kerajaan Negeri
Oleh: Ahmad FadhilahKUALA TERENGGANU, 31 Disember - Rakyat Terengganu yang berkelayakan perlu membuang perasaan malu bagi membuat permohonan bantuan kerajaan sehingga masalah mereka dapat diselesaikan.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, bagaimanapun mereka yang berkenaan perlu menepati syarat permohonan untuk mendapatkan bantuan tersebut.Katanya, pelbagai agensi kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan bantuan termasuk Tabung Darul Iman (TDI), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).Rakyat negeri Terengganu khusunya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat dinasihatkan supaya jangan ada rasa malu atau segan dalam memohon apa jua bantuan dari kerajaan. Ariffin berkata, musibah boleh berlaku kepada sesiapa sahaja sehingga bantuan diperlukan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.Justeru katanya, rakyat perlu membuang perasaan malu dan segan untuk mendapat bantauan dari agensi kerajaan berkenaan dengan syaratdan kelayakan yang telah ditetapkan.“Pihak kerajaan akan bantu sebaik mungkin mereka yang berkenaan tetapi perlulah memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh agensi terbabit," katanya ketika berucap di majlis penyerahan cek bantuan TDI di Pusat Khidmat DUN Alur Limbat petang kelmarin. Seramai 17 penerima mendapat bantuan termasuk pesakit buah pinggang, kanser dan lain-lain di majlis berkenaan.Turut hadir, Penyelia Pusat Khidmat DUN, Ustaz Wan Ahmad Zuki Wan Ismail dan Pembantu Penyelia Fatimah Muhammad.Sementara itu, seorang pesara guru, Fatimah Hassan, 57 merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana prihatin terhadap masalah kesihatan rakyat serta meluluskan permohonan untuk mendapatkan bantuan. Beliau memohon bagi pihak kakaknya Eashah Hassan 75, yang mengidap penyakit buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi dan tinggal di Kampung Binjai Berambu.Seorang penduduk dari Kampung Beladau Kepong, Mohd Alias Mat Rani, 54 yang mengidap penyakit buah pinggang dan kanser usus mengharapkan pentadbiran kerajaan hari ini lebih telus dalam mengendalikan bantuan kepada semua mereka yang berkelayakan tanpa mengira parti dan bangsa mereka.
30 Dec 18
146