lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

100 Keluarga Zahirkan Syiar Puasa Asyura Dalam Potluck Iftar 3.0
100 Keluarga Zahirkan Syiar Puasa Asyura Dalam Potluck Iftar 3.0
DUNGUN, 28 Julai - Seramai 100 keluarga lebih memenuhi kawasan Taman Rekreasi Limbong, Paka bagi menyambut program Potluck Iftar 3.0 DUN Paka sempena seruan berpuasa suna pada 10 Muharram, kali ini. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan, Dato’ Satiful Bahri Mamat berkata, program yang diadakan setiap tahun itu menerima sambutan diluar jangkaan kerana lebih daripada 100 keluarga mendaftar untuk menyertainya "Kita dapat rasai sendiri suasana kemeriahan dan keakraban sesama masyarakat kita apabila masing-masing berpakat beri makanan kepada orang lain secara juadah bawaan (potluck). "Saya sendiri tengok orang ramai 'mari' tadi sampai tidak berasa lapar berpuasa," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam ProgramSambutan Potluck Iftar 3.0 di Taman Rekreasi Limbong, Paka baru-baru ini. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada masyrakat setempat yang menyertai program berkenaan dan sudi membawa makanan lebih untuk dikongsi bersama. "Bahkan tidak lupa juga, ucapan terima kasih kepada syarikat-syarikat yang memberi sumbangan dalam bentuk wang dan makanan. "Walaupun mereka tidak dapat hadir, sumbangan tersebut amat dihargai dan moga Allah meluaskan rezeki mereka," jelasnya lagi. Sehubungan itu, Satiful berkata, amalan berpuasa sunat yang dianjurkan agama Islam itu turut menjadi medan merapatkan ukhuwah selain membina masyarakat yang kukuh jika diketengahkan dalam program sebegitu. "Kalau kita seorang hendak buat puasa sunat ni kadang-kadang berasa malas juga, tetapi apabila ada berbuka puasa ramai-ramai ini terasa lebih semangat sikit untuk melakukan puasa sunat. "Terima kasih semua yang terlibat menjayakan Sambutan Potluck 3.0 ini. Hidup ukhuwah dan teruskan semangat kekeluargaan kita," ujarnya.  
28 Jul 24
103
Sembilan Kawah Bubur Asyura Untuk 1,125 Keluarga
Sembilan Kawah Bubur Asyura Untuk 1,125 Keluarga
Oleh : Fatimah Din  MARANG, 26 Julai - Sebanyak sembilan kawah bubur asyura yang diusahakan 200 orang penduduk telah diagihkan kepada 1,125 keluarga di Kampung Atas Tol. Ketua Koordinator UPDI Daerah Marang, Mohd Fauzi Mat Adam berkata, kerjasama Masjid Kampung Atas Tol bersama tujuh surau dan agensi serta NGO  telah bergotong royong sambil mengeratkan ukhwah menjayakan program mengacau bubur asyura. "Antara surau yang terlibat ialah Surau Kampung Sungai, Kampung Kolam, Kampung Pengkalan Kuin, Kampung Tok Ku, Kampung Alor, Kampung Haji Chik, Dan Kampung Tanah Lot," katanya yang turut melahirkan ucapan jutaan terima kasih  kepada Yang  ADUN Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah turut menyumbang dan hadir meraikan petugas. Beliau berkata demikian ketika dihubungi baru-baru ini. Tambahnya, agensi dan NGO (badan bukan kerajaan) juga turut terlibat adalah JPKK, JPKKP, Kelab Rukun Tetangga (KRT), Persatuan Ibu Bapa Guru Sekolah Rendah Atas Tol, Rangkaian Pemuda Pemudi Atas Tol (RAPAT), Kelab Muhibbah Atas Tol, Kelab Bola Sepak Atas Tol. "Tahniah pada pemenang kawah Surau Kampung Sungai, Taman Desa , JPKKP Atas Tol, kawah Surau Tokki Ku ,JPKK Atas Tol, kawah Masjid Atas Tol, KRT Atas Tol dan juga kawah Surau Tanah Lot, Kelab Muhibbah," ujarnya.
28 Jul 24
161
Usahawan Terengganu Bina Hubungan Antarabangsa di Singapura
Usahawan Terengganu Bina Hubungan Antarabangsa di Singapura
SINGAPURA, 28 Julai - Malaysia Fest 2024 yang berlangsung di Singapore Expo, Changi menjadi platform penting bagi usahawan Terengganu untuk memperkenalkan produk mereka ke pasaran antarabangsa. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Terengganu, Ariffin Deraman berkata, pihaknya telah mengunjungi booth usahawan Terengganu di acara tersebut untuk memberikan sokongan dan galakan kepada mereka. Menurutnya, beliau berpeluang melihat pelbagai produk tempatan yang dipamerkan, termasuk batik dan songket Terengganu yang mencerminkan keindahan dan kekayaan warisan budaya negeri. “Selain itu, pelbagai makanan tradisional seperti keropok lekor, ketupat palas, sata, dan aneka kuih turut menjadi tarikan utama pengunjung dari Singapura. “Penyertaan dalam festival seperti ini adalah peluang penting bagi usahawan Terengganu untuk membina hubungan dan jaringan perniagaan dengan usahawan lain dari dalam dan luar negara,” katanya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman pada program berkenaan. Ariffin berkata, perkara yang penting bagi usahawan-usahawan yang menyertai festival seperti ini adalah mereka dapat membina hubungan sesama usahawan lain, dari dalam negara dan juga luar negara, termasuk Singapura, bagi meluaskan pasaran produk mereka. “Dengan adanya peluang seperti ini, usahawan Terengganu diharap dapat memperluas rangkaian perniagaan mereka dan mencapai kejayaan di peringkat global. “Saya menggalakkan masyarakat untuk mengunjungi booth usahawan Terengganu di Malaysia Fest dan merasai sendiri keunikan serta kualiti produk tempatan yang ditawarkan. “Acara Malaysia Fest 2024 di Singapura bukan sahaja memberi peluang kepada usahawan tempatan untuk mempromosikan produk mereka tetapi juga membuka ruang bagi pertumbuhan ekonomi,” ujarnya. Sekali gus katanya, penambahan jaringan perniagaan antarabangsa. Terengganu terus komited untuk menyokong usaha-usaha ini dan memastikan produk tempatan kita mendapat pengiktirafan di persada dunia.                  
28 Jul 24
289
Kos Hidup Meningkat, Paksa Rakyat Cari Pendapatan Lebih
Kos Hidup Meningkat, Paksa Rakyat Cari Pendapatan Lebih
Oleh: Fatimah Din  MARANG, 24 Julai - Peningkatan pendapatan yang tidak selari dengan kenaikan kos sara hidup memaksa rakyat melakukan lebih daripada satu pekerjaan. Seorang pengusaha pizza, Syazwani Sabari, 38, yang bertugas sebagai seorang kerani di Mahkamah Syariah Kuala Terengganu tidak hanya mengharapkan gaji dalam bidang terbabit sahaja. "Bagi saya kita kena rajin mencari duit lebih, tak memadai hanya bergantung pada gaji semata-mata dengan kos sara hidup yang keras sekarang ini," ujarnya ketika ditemui pihak media, semalam.  Syazwani yang pada awalnya mengusahakan perniagaan pizza secara kecil-kecilan dengan bermodalkan RM500 bantuan keluarga, kini mampu menarik nafas lega apabila menerima bantuan daripada Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu.   "Selain menjual pizza saya turut menyediakan perkhidmatan menjual 'pizza surprise bouquet', melukis gambar pada kotak, jualan kek dan roti. "Setakat ini empat kawasan, saya, suami dan kedua ibu bapa saya membuat penghantaran pizza iaitu di daerah Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Kuala Berang," jelasnya.  Beliau juga menyimpan cita-cita untuk mempunyai sebuah kafe yang menyediakan kopi serta makanan pencuci mulut yang menjadi tarikan golongan muda.  Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan pizza 'home made adammarlicious' bolehlah menghubungi di nombor 0199481473 (Wani) dan 0199908385 (Azrul) atau ke laman muka buku 'adammarlicious'.
23 Jul 24
245
Pemberian Air Percuma Diteruskan Walau Royalti Disekat
Pemberian Air Percuma Diteruskan Walau Royalti Disekat
KUALA TERENGGANU,  23 Julai – Kerajaan negeri Terengganu menegaskan pemberian bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu kepada golongan B40 tetap diteruskan meskipun bayaran royalti disekat. Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata, kerajaan negeri juga meneruskan pembekalan air percuma kepada masjid di seluruh negeri. “Kita masih lagi mengikut perancangan apa yang dilaksanakan kepada (golongan) B40 berkenaan termasuklah kita teruskan walaupun berlaku sekatan pada royalti. “Kami masih berikan kepada masjid-masjid yang didaftarkan, kita tetap teruskan kerana kita rasa ini tanggungjawab sosial daripada kerajaan negeri yang perlu dilaksanakan juga,” jelasnya. Beliau  berkata demikian  dalam sidang media selepas merasmikan Program Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) di Pusat KOnvensyen Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, hari ini. Menurutnya program bekalan air percuma telah dilaksanakan sejak beberapa tahun yang lalu dan sampai ke hari ini tiada pengurangan dari segi penerima bantuan tersebut. Beliau menambah bahawa dalam apa jua keadaan, usaha untuk bertahan walau menghadapi tekanan perlu diteruskan. "Seperti mana manusia perlu makan untuk hidup, usaha tidak boleh berhenti walaupun dalam keadaan sukar. “Jadi setakat ini kita boleh teruskan kehidupan walaupun dalam keadaan sedemikian tapi pada kerajaan negeri yang hak itu hak yang perlu diselesaikan,” ujarnya.
23 Jul 24
3158
Kerajaan Terengganu Tamatkan Derita 18 Keluarga Hilang Tempat Berteduh
Kerajaan Terengganu Tamatkan Derita 18 Keluarga Hilang Tempat Berteduh
KEMAMAN, 22 Julai - Derita hilang tempat berteduh yang dihadapi 18 keluarga di Kampung Habib Mohsin di daerah ini berakhir selepas Kerajaan Terengganu berjaya mencari jalan penyelesaian. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Hanafiah Mat berkata, kerajaan negeri menerusi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) akan memulakan pembinaan 18 unit rumah dalam ketegori rumah asnaf. Katanya, 18 unit kediaman di Paya Berenjut itu sudah dimulakan dengan kerja-kerja asas. "Termasuk kerja-kerja pembersihan tapak dan 'earth filling' sudah selesai dan minggu ini dijangka akan dipasang 'hoarding' dan 'cabin' serta akan dinaikkan papan tanda serta kerja-kerja berkaitan," ujarnya. Beliau berkata demikian melalui suatu kenyataan di facebooknya, di sini, semalam. Mengulas lebih lanjut katanya, khabar gembira itu diharapkan akan menamatkan segala kesukaran yang dihadapi mereka sebelum ini. "Berita baik buat mangsa perpindahan penduduk Habib Mohsin, Kuala Kemaman, deritamu mengalir di denyut nadiku.Bersabarlah, keselesaanmu adalah keutamaanku," tulisnya di platform facebook itu. Tapak rumah yang telah memulakan kerja pembinaan. Berkongsi mengenai status terkini berkenaan projek terbabit katanya ia telah mula memasuki tapak pada 18 Julai. "Kontraktor mula membersihkan tapak pada 16 Julai dan kemudian buat 'site survey' (pegging) pada 18 Julai," katanya lagi. Dalam pada itu ujarnya, masalah yang dialami penduduk di Habib Mohsin itu merupakan perkara lama yang membina kediaman sementara dengan menumpang tanah yang kini dituntut oleh pewaris. Bagi menyelesaikan masalah dihadapi penduduk, Hanafiah berusaha sedaya upaya bagi memastikan penduduk terbabit mendapat kediaman yang selesa, hasil pertemuan dengan pihak MAIDAM telah memberikan kelegaan.
23 Jul 24
350
Kuaters Kediaman Tambah Nilai Pusat Pemulihan Dadah
Kuaters Kediaman Tambah Nilai Pusat Pemulihan Dadah
MARANG, 21 Julai - Tiga kuaters kediaman bagi menempatkan pegawai Perkampungan Darul Barakah yang telah siap dibina, diserahkan kepada institusi berkenaan hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, kuaters bernilai RM300 ribu itu menjadi satu anjakan nilai kepada pusat pemulihan yang membantu penagih dadah kembali ke pangkal jalan, yang diwujudkan pada tahun 2021 hasil manifesto PAS Pilihan Raya Umum ke-14.  "Pengurusan pusat seperti ini perlu ada pengawasan sepenuh masa. Saya percaya dengan siapnya kuaters ini akan memberikan motivasi untuk pegawai-pegawai melaksanakan tugas mereka. "Perkampungan Darul Barakah ini adalah agenda kebajikan negeri kepada rakyat khususnya yang terlibat dengan kes-kes berkaitan. Kita sebenarnya menerima banyak permohonan tetapi terpaksa menolaknya kerana kekangan bajet. Saya harap sekiranya kita dapat peruntukan lebih baik tahun hadapan kita akan menerima pelatih baru," katanya. Beliau berkata ketika ditemui selepas merasmikan penyerahan Kuaters Kediaman Perkampungan Darul Barakah, di sini hari ini. Turut hadir ialah timbalannya yang juga merupakan pengerusi ahli lembaga pengarah Darul Barakah; Ridzuan Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan; Sulaiman Sulong, pegawai daerah Marang, Zulkifli Isa dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Yayasan Islam Terengganu, Ahmad Fadludin Mohamad. Menurut Dr Khalil, Darul Barakah yang ditubuhkan adalah usaha kerajaan negeri untuk kita melaksanakan tanggungjawab sebuah kerajaan kepada rakyat Terengganu. Saya kira banyak lagi yang bakal dilaksanakan, jika sekiranya Allah SWT berikan kemudahan kepada kita.    "Di kesempatan ini, saya mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada pegawai daerah Marang di atas pembinaan dan menyiapkan kuaters kediaman Perkampungan Darul Barakah dan saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak terlibat dalam usaha ini. "Mudah-mudahan Allah SWT memberi kemudahan kepada kita menguruskan Perkampungan Darul Barakah ini dan menjalankan perancangan dirancangkan," katanya.   
22 Jul 24
239
Pok Din Tabah Teruskan Warisan Pembuatan Arang
Pok Din Tabah Teruskan Warisan Pembuatan Arang
Oleh : Fatimah Din  MARANG, 20 Julai - Walaupun terpaksa berhadapan pelbagai cabaran Samsuddin Abdullah, 58, tetap tabah mengharunginya demi untuk meneruskan warisan pembuatan arang. Lebih dikenali sebagai Pok Din menjelaskan  antara cabarannya ialah ketiadaan kayu untuk dibuat arang kerana hanya kayu jenis akasia dan  jambu sahaja yang sesuai untuk diproses. "Paling penting ada kayu, tak boleh ambil kayu sewenang-wenangnya, kayu yang boleh diambil untuk buat arang antaranya kayu akasia dan kayu jambu. "Sebulan jika banyak kayu, boleh dapat dalam RM 5,000 dan bukan setiap hari,   kadang tu dapat dalam RM 1,000 sehingga RM1,500 sahaja.  "Kalau tidak ada kayu, tidak adalah duit bulan itu, jika musim hujan, kayu tiada, jadi pendapatan tidak menentu," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media pada semalam. Pengusaha 'Arang Pok Din bersama isteri dan dua anaknya sejak tujuh tahun lalu di Kampung Pulau Kerengga, kini turut terkesan dengan kos bahan binaan yang semakin tinggi di pasaran berikutan kenaikan harga diesel.  "Untuk buat tempat bakar arang pula kita bina guna bata tanah liat sekitar 4000 hingga 4500 biji bata, selut iaitu campuran tanah dan pasir," ujarnya.  Tambah Pok Din, antara pelanggan yang pernah berurusan dengannya adalah dari Kuantan, Dungun, Pasir Putih, Rhu Muda, Pulau Redang dan sekitarnya. "Untuk luar negeri, kita tak hantar sebab jauh," katanya.
20 Jul 24
360
Program Jelajah DUN Terengganu : Dengar Rintihan, Keperluan Rakyat
Program Jelajah DUN Terengganu : Dengar Rintihan, Keperluan Rakyat
Oleh ; Fauzi Adam MARANG, 16 Julai – MARANG, 16 Julai – Program Jelajah Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu berusaha mendengar rintihan dan keperluan rakyat bagi memperkukuhkan hubungan antara kerajaan dan masyarakat, serta memastikan perkhidmatan yang disediakan memenuhi kehendak penduduk. ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong berkata, acara tersebut bertujuan mendekatkan perkhidmatan kerajaan dan agensi kepada masyarakat setempat. “Saya menekankan kepentingan kerjasama antara pemimpin dan rakyat bagi mencapai kemajuan bersama dan program ini merupakan 'platform' terbaik untuk mencapai matlamat tersebut. "Penduduk sekitar diingatkan agar tidak melepaskan peluang keemasan ini dengan mendapatkan maklumat dan perkhidmatan yang disediakan oleh agensi-agensi terlibat." jelasnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Jelajah ke DUN-DUN Terengganu bertempat di Dewan Terbuka, Pasar Pengkalan Berangan baru-baru ini. Menurutnya, beberapa agensi kerajaan dan swasta turut serta dalam program berkenaan termasuk Lembaga Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Agensi Kaunseling dan Pengurusan kredit (AKPK), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), dan beberapa agensi lagi.  "Program ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada masyarakat setempat yang hadir untuk menyuarakan rintihan dan keperluan mereka. Melalui sesi interaksi yang diadakan, penduduk dapat berkongsi pandangan dan masalah mereka secara langsung dengan pihak kerajaan dan agensi-agensi terlibat. "Dengan kejayaan ini, kerajaan negeri Terengganu berhasrat untuk meneruskan program jelajah ini ke seluruh DUN bagi memastikan semua rakyat Terengganu mendapat perhatian dan perkhidmatan yang sewajarnya," ujarnya Beliau berharap agar Program Jelajah DUN Terengganu tersebut akan menjadi model kepada negeri-negeri lain dalam usaha mendekatkan diri kepada rakyat dan mendengar serta memenuhi keperluan mereka.
16 Jul 24
170
Pemecah Ombak Merchang Bakal Rancakkan Eko Pelancongan
Pemecah Ombak Merchang Bakal Rancakkan Eko Pelancongan
MARANG, 16 Julai - Penduduk Merchang digesa mengambil peluang apabila pemecah ombak sungai Merchang siap dibina dan dijangka akan merancakkan lagi eko pelancongan di kawasan terbabit. Timbalan Pengerusi Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri Sulaiman Sulong berkata peluang tersebut perlu direbut kerana  ia akan mendatangkan limpahan ekonomi kepada penduduk tempatan, "Saya marah kalau orang sini tidak ambik peluang (contohnya )Merchang Glamping Park sentiasa menerima kehadiran penuh tiap-tiap minggu sehinggakan lot kedai yang sedang dibina pun sudah habis ditempah. “Sesiapa ada tanah, buatlah Homestay disini," ujarnya di program Bicara Maal Hijrah Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan, di Masjid Lama Merchang, di sini, baru-baru ini. Terdahulu, Sulaiman berkata pemecah ombak sedang dibina di muara Merchang itu bertujuan bagi mengatasi masalah air cetek, sehingga menyebabkan aktiviti pelayaran terpaksa dihadkan. “Namun selepas masalah tersebut berjaya diselesaikan, kita akan melihat kembali kesibukan keluar masuk bot di muara sungai ini", ujarnya.  
16 Jul 24
425