Artikel "Komuniti" Terkini
Masalah Banjir Kampung Cerung Binjai Bakal Berakhir
Oleh:Fidee AzizKUALA TERENGGANU, 22 Januari-Kejadian banjir yang sering menghantui dan membimbangkan penduduk Kampung Cerung Binjai, dekat Chendering sejak sekian lama bakal berakhir tidak lama lagi.Penduduk di kawasan berkenaan kini menarik nafas lega berita apabila masalah tersebut di dalam perhatian Pejabat Daerah Kuala Terengganu (PDKT).Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Aur, Che Ku Marzuki Che Ku Dalam berkata masalah banjir mengakibatkan beberapa orang keluarga terpaksa berpindah ke pusat pemindahan yang berhampiran setiap kali tiba musim hujan.“Alhamdulillah dan pihak kami berterima kasih kepada pihak PDKT dan pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk yang mendengar permasalahan yang diutarakan.“Sebanyak 12 unit ‘bolong air’ (paip besar) telah dihantar oleh PDKT bagi dua tempat yang berbeza di kawasan tersebut bagi menyelesaikan masalah banjir di kampung tersebut,”ujarnya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI)selepas melihat proses pembaikan longkang dengan meletakkan “bolong air” disini, hari ini. Katanya, ‘bolong air’ ini dapat mengurangkan permasalahan longkang yang dihadapi oleh kampung tersebut yang sebelum ini tidak dapat menampung air yang deras pada musim tengkujuh.`Saya penuh yakin apabila projek itu siap nanti ia dapat mengurangkan masalah banjir setiap kali hujan turun terutama pada musim tengkujuh.’’ ujarnya
21 Jan 19
858
Hadapi Cabaran Ramuan Kejayaan Ku Din
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 21 Januari - Cabaran dan kesusahan tidak menghalang Tengku Zainuddin Tengku Hassan, 42, atau lebih dikenali sebagai Ku Din mengorak langkah dalam perniagaan yang diusahakannya.Pemilik bengkel membaiki kereta Ku Din Wiring itu berkata, ia kerana cabaran mendatang adalah perkara baharu yang belum pernah dialami dan perlu dipelajari."Kita mestilah bersedia menghadapi cabaran di masa akan datang.“Kita perlu berani menghadapinya dan bukan anggap ia sebagai beban."Tetapi, pastikan kena ada juga orang di belakang yang sentiasa memberi kata-kata semangat dan mendorong kita untuk ke depan," nasihatnya ketika ditemui Urusetia Darul Iman (UPDI) selepas perasmian bangunan ‘Ku Din Wiring’ di Kampung Gong Pasir, Jumaat lalu.Bapa kepada enam anak itu, merupakan seorang mekanik yang berjaya dan sudah tidak asing lagi di daerah Dungun."Saya baiki kereta sudah dua puluh tahun dan mempunyai perniagaan sendiri sejak sepuluh tahun yang lepas dengan menyewa bangunan sebagai tapak bengkel,” katanya.Bangunan dua tingkat itu yang menempatkan bengkel membaiki kereta di bahagian bawah dan ruangan pejabat di bahagian atasnya telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli.Mengagumi usaha Ku Din, Wan Hassan mengajak orang ramai terus membantu dan menyokong usahawan Muslim."Usahawan Muslim perlu dibantu oleh pengguna Muslim agar dapat mengukuhkan lagi ekonomi umat Islam itu sendiri,” katanya.Turut hadir dalam majlis berkenaan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun dan ADUN Sura, Wan Hapandi Wan Nik.
20 Jan 19
225
Anis Tidak Malu Bantu Keluarga Jual Jagung Rebus
Oleh : Khalid Abdullah KEMAMAN, 21 Januari - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili menyantuni pelajar pintar berusia 17 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah, Kemasik yang kisahnya tular selepas dirakam netizen ketika menjual jagung rebus di hadapan sebuah bank komersial di Bandar Cukai, kelmarin.Ir Saiful memuji tindakan pelajar itu yang cekal membantu ayahnya, Asrulizam Mat Hussin, 42, demi menyara kehidupan mereka sekeluarga tanpa mengharapkan simpati masyarakat dengan meminta-minta.Pelajar itu, Nur Anis Basyirah Asrulizam, 17, ditemui di kediaman keluarga di Kampung Sarang Lang, Kemasik, di sini berkata, dia berniaga untuk membantu ayahnya mencari rezeki pada hari tidak bersekolah."Kelmarin agak perit berniaga, setelah seharian menunggu, hanya laku RM5 sahaja....pendapatan pula tidak menentu, kerap-kali modal pun tidak lepas."Biasanya saya menjual dengan harga RM5 untuk dua tongkol jagung bersaiz besar, jika kecil, tiga tongkol."Selalunya, dua tong jagung rebus siap dibawa dari rumah, setiap tong boleh diisi 25 atau 30 tongkol jagung," katanya.Sementara itu, Asrulizam berkata, anak sulungnya itu seorang yang sangat 'ringan tulang' dan tidak segan silu menawarkan diri membantunya mencari rezeki untuk keluarga."Setelah mengisi barang-barang jualan dalam kereta Proton lama kami, saya akan keluar berniaga, lokasi tentulah depan bank-bank di Bandar Cukai atau masuk berjaja di rancangan Felda di Ketengah Jaya. "Jagung biasanya saya beli terus dengan tuan kebun, kalau bukan musimnya saya beli pisang untuk dibuat kerepek dan anak-anak juga yang akan membantu menjual," katanya.Isteri Asrulizam, Rosziawati Ibrahim, 37, pula membantu merebus jagung, membuat kerepek pisang selain mengurus keperluan anak-anak."Selain Nur Anis Basyirah sebagai anak sulung, ada lima lagi cahaya mata dan yang paling kecil berusia dua tahun. Lima orang sedang bersekolah."Alhamdulillah, keluarga kami ada menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan bantuan zakat, bolehlah menampung perbelanjaan kami anak-beranak seharian," katanya.
20 Jan 19
126
Belia Digalak Membudayakan Aktiviti Sukan Dan Riadah
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 21 Januari- Golongan belia digalakkan membudayakan aktiviti sukan dan riadah selain mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian.Pengerusi Majlis Komuniti Kampung (MPKK) Felda Jerangau, Cawangan B, Anuar Omar berkata, mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat perlu diberi sokongan agar mengekalkannya dan dapat dijadikan contoh dalam komuniti."Sebagaimana belia Felda Jerangau yang menyatakan hasrat mereka untuk bermain takraw pada setiap petang, tetapi mempunyai masalah kerana jaring telah rosak serta memerlukan bola takraw yang baru."Sebagai tanda sokongan kepada aktiviti sihat berkenaan, kita telah pun memberikan mereka jaring serta bola yang baru dan mereka boleh menjadi contoh dan mempengaruhi belia-belia lain untuk sertai aktiviti sukan yang menyihatkan," ujarnya kepada pemberita semasa hadir menyerahkan bola dan jaring berkenaan, di Gelanggang Takraw, Felda Jerangau, baru-baru ini.Katanya, pembangunan belia tidak boleh diabaikan kerana mereka aset penting dalam kemajuan sesebuah komuniti."Kemajuan sesebuah komuniti terletak kepada mereka (belia) sebagai tunjang yang akan mewarisi kepimpinan di dalam masyarakat di masa akan datang," ujarnya.
20 Jan 19
76
i-MiTS Dungun Mahu 2019 Lebih Baik
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 20 Januari - Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Parlimen Dungun mengharapkan 2019 lebih baik berbanding 2018.Ketua Penyelia i-MiTS Kawasan Dungun, Jamaluddin Jusoh berkata, 2018 merupakan permulaan baharu dalam merangka segala program dari i-MiTS negeri di samping program yang direncakan sendiri di peringkat Parlimen Dungun.Beliau turut menyatakan bahawa i-MiTS adalah tulang belakang Kerajaan Negeri Terengganu."Semua yang menjadi perancangan kerajaan, kita menjadi pemudah cara," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa berkunjung ke Pejabat i-MiTS Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, hari ini.Katanya, dalam memastikan keberkesanan i-MiTS, adanya hubungan kerjasama antara agensi termasuklah Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)."Yang melibatkan imam bilal, melibatkan penguatkuasa syariah dan sebagainya," ucapnya.Menyentuh mengenai aktiviti i-MiTS di peringkat Parlimen Dungun, beliau menyatakan i-MiTS telah mengarahkan agar peringkat DUN menganjurkan satu karnival."Jadi alhamdulillah, macam di Bukit Besi ini, i-MiTS negeri akan turun (untuk) mini karnival Bukit Besi (yang diputuskan) daripada i-MiTS Negeri Terengganu.Yang di DUN-DUN lain di Sura, Rantau Abang, Paka yang ini akan diadakan aktiviti secara 'ad-hoc'," katanya.Sehubungan itu beliau menyatakan adanya aktiviti wajib yang telah diputuskan di peringkat negeri yang telah dijadualkan, akan turut membantu setiap aktiviti Ahli Parlimen Dungun."Sebagai contoh dalam bulan April akan ada program karnival sempena Israk Mikraj, Karnival 60 tahun PAS Kawasan (DUNGUN) dan sebagainya."i-MiTS parlimen akan (bertindak) menjadi tulang belakang kepada penganjuran tersebut," ulasnya.Beliau berharap agar i-MiTS Kawasan Dungun akan mengikut segala perancangan 'takwin' yang melibatkan semua segmen masyarakat, belia, beliawanis dan pelbagai segmen lagi akan berupaya memacu kejayaan ke arah merealisasikan hasrat kerajaan Negeri Terengganu ke arah maju, berkat, dan sejahtera.
20 Jan 19
212
Awas 'Penternak' Nyamuk!
Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 20 Januari - Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus memberi amaran kepada mana-mana penduduk yang membiarkan pembiakan nyamuk aedes di kediaman mereka bakal dikenakan kompaun sehingga RM500 jika didapati bersalah.Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Nerus, Dr. Rohayaty Muda berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dan mengurangkan kadar kompaun yang dikenakan.“Kita telah membuka tirai 2019 dengan sembilan kes (denggi) di daerah Kuala Nerus. Selepas ini, mana-mana kawasan yang kita masuk dan didapati pembiakan aedes berlaku, tiada maaf bagimu. “Masyarakat perlu faham, kita bukan mahu jaga seorang, tapi mahu jaga ramai orang daripada virus denggi ini,” tegasnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Program Gotong-Royong Cegah Denggi di Taman Permint Perdana semalam.Program itu dihadiri hampir 300 orang terdiri daripada penduduk di kawasan berkenaan dan kawasan Seberang Takir. Program anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus dan Pejabat Daerah Kuala Nerus itu turut mendapat kerjasama pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Permint Perdana dan jabatan-jabatan kerajaan seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Dalam pada itu, pihak Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali telah mengeluarkan beberapa kain rentang di kawasan berkenaan sebelum ini bagi menasihati penduduk supaya bersama-sama mencegah wabak denggi ini.MPKK Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir turut dilihat mengambil langkah proaktif bagi menangani masalah penyebaran wabak denggi dengan pelbagai program dan perancangan melibatkan masyarakat diadakan.Majlis tersebut dirasmikan oleh Pegawai Penyelaras DUN Seberang Takir, Ahmad Fazil Wahab. Hadir sama, wakil Ahli Parlimen Kuala Nerus serta pegawai-pegawai daripada Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) Seberang Takir.
19 Jan 19
71
Belia Perlu Main Peranan Pacu Pembangunan Terengganu
Oleh: Mohd AsrafDUNGUN, 20 Januari - Golongan belia di negeri ini perlu memainkan peranan sebagai pemacu fasa kemajuan sekali gus memastikan pelbagai kejayaan dicapai di bawah pemerintahan PAS dalam jangkauan 10 tahun akan datang.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik berkata, belia kawasan Sura perlu menunjukkan contoh yang baik kepada belia tempatan, termasuk di luar Terengganu. “Gunalah fasa usia muda ini sebaik mungkin, bantu mereka yang memerlukan terutama mereka yang uzur, warga emas dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) serta guna pakai pelbagai saluran yang ditawarkan kerajaan negeri untuk tujuan itu,” katanya.Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri berkata demikian ketika berucap di Majlis Ramah Mesra Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura Bersama AJK MPKK Belia di Balairaya Kampung Molek, di sini baru-baru ini.Katanya, generasi belia hari ini perlu pantas menyerap cabaran globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi masa kini yang menuntut belia bertindak pantas dalam memberikan maklum balas yang relevan dan positif kepada semua lapisan masyarakat .“Statistik terkini menunjukkan golongan belia membentuk 40 peratus daripada lebih 35 juta penduduk negara ini.“Sejak dulu lagi, belia adalah golongan yang menjadi fokus dalam setiap kerangka pembangunan nasional. Belia adalah aset penting yang menjadi penggerak dan pemacu kepada kemajuan dan pembangunan negara,” katanya
19 Jan 19
103
Bayi Derita Jangkitan Kuman Paru-Paru Perlu Bantuan
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 20 Januari - Sepasang suami isteri tabah menjaga anak bongsu mereka yang menderita akibat jangkitan kuman pada paru-paru selepas empat bulan dilahirkan.Anak pasangan itu, Muhammad Ardani Mohd Suhaimi yang kini berusia 11 bulan dijaga rapi sepanjang masa supaya tidak terdedah dengan udara luar kerana mudah sesak nafas.Menurut ibu bayi itu, Norhidayah Jaafar, 32, ketika dilahirkan Ardani normal seperti bayi lain tetapi selepas empat bulan keadaannya berubah.“Doktor mengesahkan Ardani dijangkiti kuman pada paru-paru menyebabkannya ditahan di wad Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu selama tujuh bulan."Selepas itu doktor yang merawat memberi kebenaran untuk pulang ke rumah dengan syarat perlu menyediakan bilik khas yang dipantau doktor pakar," katanya. Beliau berkata demikian ketika dikunjungi isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Hajah Rugayah Mahmood di rumahnya di Taman Rakyat Jaya di sini, baru-baru ini.Menurut Norhidayah, anaknya bernafas dengan bantuan mesin memandangkan paru-paru yang tidak kuat."Insya-Allah, semakin besar nanti, bolehlah tak pakai mesin dan mesin ini adalah sumbangan daripada Majlis Perbandaran Dungun (MPD). “Saya terpaksa bergilir dengan suami, Mohd Suhaimi Abd Rahman, 36, mengambil cuti kerana masing-masing bekerja,” katanya yang juga seorang penjawat awam dan bertugas di Dungun.Katanya, dia bercadang memohon bantuan Tabung Darul Iman bagi meringankan beban membeli susu khas yang dianggarkan berharga RM34 untuk tempoh hanya tiga hari, ubat-ubatan dan barang keperluan lain."Vaksin untuk cegah kuman harganya RM19,000 yang mengandungi lima dos, sekarang tinggal dua dos, itu pun mendapat sumbangan MPD juga," katanya.
19 Jan 19
172
Jaga Kebersihan Rumah, Kampung Bagi Elak Wabak Denggi
Sebahagian MPKK Mengabang Tengah Hilir sedang melakukan gotong royong menurap jalan yang berlubang bagi mengelakkan takungan air.Oleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU, 20 Januari - Penduduk kampung terutama di kawasan yang mempunyai risiko kes wabak denggi digesa mengambil inisiatif menjaga kebersihan kawasan rumah dan kejiranan mereka.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Mengabang Tengah Hilir, Azhari Ngah berkata, penularan wabak denggi dapat diatasi sekiranya penduduk kampung mempunyai kesedaran mengekalkan kebersihan sekitar kawasan kediaman.Jelasnya, kesedaran penduduk tentang bagaimana wabak denggi tersebar ke serata tempat yang dikatakan berpunca daripada ketidakcaknaan terhadap kebersihan perlu dititikberatkan dalam kehidupan seharian.“Isu kebersihan persekitaran rumah dan kampung perlu ditangani secara bersama untuk menjamin persekitaran bebas daripada pembiakan nyamuk aedes, seterusnya dapat mencegah demam denggi.“Masalah kebersihan tidak akan selesai atau berjaya sekiranya hanya kelompok atau individu sahaja yang menjaga kebersihan halaman dan rumah mereka,” katanya ketika ditemui selepas majlis gotong royong, di sini, baru-baru ini.Turut hadir, ahli jawatankuasa MPKK Mengabang Tengah Hilir dan masyarakat setempat.Azhari berkata, program yang dijalankan bukan sahaja menyahut seruan kerajaan yang menjadikan kebersihan sebagai salah satu amalan seharian tetapi juga untuk mencetuskan kesedaran masyarakat tentang bahaya penularan wabak denggi."Program gotong-royong kubur dan kawasan rumah penduduk disarankan diadakan setiap bulan agar kebersihan kampung terjaga seterusnya membantu mengurangkan masalah wabak seperti denggi."Alhamdulillah, ramai yang turun untuk bersama-sama berganding bahu membersihkan kawasan kerana MPKK Tengah Hilir termasuk dalam kawasan yang aktif denggi. Insya-Allah, dengan kerjasama orang ramai program sebegini akan diteruskan lagi untuk akan datang, bukan hanya bersih, tapi juga mengeratkan ukhuwah sesama penduduk,” ujarnya.
19 Jan 19
393
Tingkat Kecaknaan, Azam Baru MPKK Felda Jerangau
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 20 Januari - Beriltizam dan bertekad meningkatkan kecaknaan terhadap penduduk menjadi azam baharu bagi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Jerangau.Setiausaha MPKK Felda Jerangau, Rosalan Jusoh berkata, segala aspek perkhidmatan kepada masyarakat sewajarnya dipertingkatkan."Iaitu dengan cara menyelesaikan secara tuntas dan cepat segala permasalahan."Yang mana tidak boleh disegerakan, kita akan cuba bawa ke mesyuarat dengan memastikan langkah seterusnya dapat diatur dan dapat diselesaikan dengan jalan yang terbaik."Untuk memastikan MPKK dapat memberi khidmat dan kecaknaan yang baik dan secara menyeluruh, kita telah menetapkan matlamat untuk dicapai," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Program Gotong-Royong Menebang Pokok Besar di Felda Jerangau, semalam.Roslan berkata, sebagai contoh, kecaknaan dan tindakan segera adalah sebagaimana gotong royong menebang pokok pada hari berkenaan."Kita telah menerima aduan di mana pokok besar ini boleh mengundang bahaya dan perlu pada tindakan segera,” ujarnya.Sementara itu, Pengerusi MPKK Felda Jerangau B, Anuar Omar berkata, kebiasaannya segala yang diputuskan akan melibatkan kesepakatan ketiga-tiga cawangan di Felda Jerangau."Kita akan cuba mengurangkan jurang perbezaan dengan mengambil pendekatan segala aktiviti dan gerak kerja akan diputuskan secara bersama."Hasil kesepakatan bersama ini barulah setiap sesuatu yang sukar itu menjadi senang dan mudah demi memastikan masyarakat akan sentiasa hidup dalam keadaan tenang dan harmoni," ujarnya.
19 Jan 19
117