lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Bawa Isu Jalur lebar Dan Peluang Pekerjaan Ke Parlimen
Shaharizukirnain Abd Kadir.Oleh: Dzakaria Mohd SallehSETIU, 26 Januari - Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir akan membangkitkan isu peluang pekerjaan dan perkhidmatan jalur lebar untuk rakyat Terengganu khususnya di Setiu di sidang Parlimen yang akan bermula pada 11 Mac nanti.Beliau berkata, jalur lebar bagi daerah Setiu perlu diwujudkan selaras dengan perkembangan teknologi sekarang.Tambahnya, ini termasuklah peluang pekerjaan untuk membangunkan kawasan luar bandar seperti di Setiu bagi menjamin ekonomi dan kebajikan penduduk."Insya-Allah, ada perkara yang saya akan bawa ke Parlimen khususnya yang berkait dengan internet khasnya di Setiu kepada kementerian berkaitan."Dan kita memang berusaha untuk wujudkan peluang pekerjaan dan ianya antara perkara dalam perancangan kita," ujarnya pada penggulungan sesi dialog di Dewan Orang Ramai Gong Terap, Langkap, baru-baru ini.Terdahulu, Shaharizukirnain dan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap,  Azmi Maarof telah mengadakan Pejabat Bergerak bagi DUN berkenaan selepas solat Jumaat.Pelbagai aktiviti telah diadakan termasuk ziarah kebajikan, ziarah santai, santai warung kopi dan kaunter aduan rakyat turut dibuka dengan dibantu oleh petugas Institut Modal Insan Sejahtera (i-MiTS)."Untuk program ziarah, kita telah ambil maklumat, catatan untuk diserah kepada agensi seperti Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM), Tabung Darul Iman (TDI) dan agensi lain yang berkaitan."Kita buka bantuan isi borang secara manual dan atas talian agar dapat beri manfaat dan kemudahan pada semua untuk menyalurkan apa jua masalah," ujarnya lagi.Menurutnya, usaha  Pejabat Bergerak yang dilakukan adalah bagi memudahkan mereka yang uzur dan seumpamanya yang menghadapi kesukaran untuk berurusan di pejabat sedia ada di samping dapat mengeratkan hubungan secara terus kepada rakyat.
26 Jan 19
61
Empty Image
Masalah Tempat Solat Di Stesen Bas Kuala Besut Terengganu Selesai
Kerjasama pihak berkuasa tempatan dan pemimpin masyarakat bantu selesai masalah rakyat.Oleh: Saifullah JusohBESUT, 26 Januari - Masalah tempat solat bagi pengguna Stesen Kuala Besut yang menjadi rungutan selama ini selesai apabila Majlis Daerah Besut membina ruang solat bagi kegunaan orang ramai di stesen itu.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azbi Salleh melahirkan rasa gembira dengan kerjasama antara Majlis Daerah dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pekan Baru yang dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan segera.“Sebelum ini, Pusat Khidmat DUN telah menerima banyak aduan daripada orang ramai terutamanya pengguna Stesen Bas Kuala Besut yang tidak mempunyai tempat solat khusus dan selesa,” katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas merasmikan ruang solat tersebut di Stesen Bas Kuala Besut baru-baru ini.Dua ruang solat yang dibina bagi mengasingkan di antara lelaki dan perempuan itu cukup selesa bagi kegunaan orang ramai dan mampu memuatkan kira-kira lapan orang dalam satu-satu masa.Azbi menampal tanda ruang solat simbolik perasmian.Struktur dari papan yang menelan kos RM15,000 itu turut menarik perhatian orang ramai di stesen tersebut.Azbi memaklumkan, kemudahan yang disediakan merupakan respon kerajaan terhadap keperluan rakyat."Saya berharap ruang solat yang dibina ini digunakan dan dijaga dengan sebaik mungkin agar keselesaan dan kemudahan ini dapat dirasai oleh orang ramai,” katanya. Turut hadir dalam majlis perasmian itu ialah Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Kuala Besut, Zulkifli Kadir dan Pengerusi MPKK Kampung Pekan Baru, Azman Hussin.Ruang solat yang agagak kecil tetapi memberi keselesaan kepada pengguna stesen bas.
26 Jan 19
989
Empty Image
MPKK Jentera Utama Sebar Keindahan Islam
MPKK merupakan penghubung dan penyampai matlamat kerajaan negeri.Oleh: Muhd Afiq ZohirBESUT, 26 Januari - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) merupakan jentera utama kerajaan negeri dalam menyalurkan khidmat dan matlamat Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera kepada rakyat.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, selaras dengan kehendak kerajaan melaksanakan pemerintahan berlandaskan syariah, MPKK menjadi model untuk mempraktikkan kecantikan Islam dalam masyarakat."Jimat jangan sampai kedekut, berbelanja jangan sampai membazir dalam menguruskan masyarakat."Falsafah daripada ilmuan islam tanah air, Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ini perlu dihayati dan digunakan untuk mengurus sesuatu kawasan agar Islam dapat disebarkan secara berhikmah," katanya ketika berucap merasmikan Kursus Pengurusan Mesyuarat MPKK Dun Jerteh, baru-baru ini.Wan Azhar seru MPKK contohi kepimpinan Saidina Umar al-Khattab.Beliau juga menasihatkan para pentadbir dalam masyarakat supaya mencontohi kepimpinan Saidina Umar al-Khattab dalam menyelami dan menyelesaikan masalah rakyat.Kursus yang diadakan di Kem Damai Beach Resort itu melibatkan 136 peserta terdiri daripada pengerusi, timbalan, setiausaha dan bendahari daripada 34 MPKK di DUN tersebut.Kursus pengurusan berkenaan dianjurkan Pejabat Daerah Besut untuk memberi penerangan tentang kepentingan pengurusan sesebuah kampung dan aplikasi serta tadbir urus masyarakat.
26 Jan 19
32
Empty Image
Kempen Cegah Jenayah Syariah Didik Rakyat Terengganu
KUALA TERENGGANU, 26 Januari - Kerajaan Negeri Terengganu komited untuk memastikan rakyat di negeri itu tidak meminggirkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, Kempen Pencegahan Jenayah Syariah adalah antara strategi yang diguna pakai untuk mencapai hasrat tersebut.Jelasnya lagi, kerajaan juga akan menjadikan didikan (kempen) tentang kesalahan jenayah syariah sebagai tumpuan utama berbanding aspek hukuman yang dianggap sebagai fasa terakhir."Kesedaran yang paling penting ialah mereka mesti hidup dengan agama walau di mana mereka berada."Kita tidak menjadikan hukuman satu penumpuan utama, tidak, penumpuan yang utama adalah didikan, didik untuk memberi kesedaran," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Kempen Pencegahan Kesalahan Jenayah Syariah di Payang Walk, Pesisir Payang semalam.Turut bersama dalam kempen itu, pegawai-pegawai penguatkuasa daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).Katanya, selepas ini kempen itu akan dilebarkan ke setiap daerah dalam negeri Terengganu dengan kerjasama daripada setiap pejabat agama daerah."Insya-Allah kita akan bincang dengan pegawai agama daerah masing-masing, untuk melihat kawasan mana yang menjadi tumpuan masyarakat, dan insya-Allah kita akan bergerak dari satu tempat ke satu tempat," ujarnya.Kempen yang bermula jam 11.00 malam itu mendapat sambutan baik daripada pengunjung Payang Walk yang rata-ratanya terdiri daripada anak muda.Edaran risalah serta soal jawab bersama pengunjung merupakan aktiviti yang dijalankan dalam kempen tersebut.
25 Jan 19
195
Empty Image
Kerajaan Akan Selesai Projek Perumahan Padang Setengge
Oleh: Hanif Hamdan KUALA  TERENGGANU, 23 Januari - Kerajaan negeri akan memastikan Perumahan Padang Setengge, Hulu Terengganu   fasa tiga dan empat yang terbengkalai sejak sekian lama dapat diselesaikan secepat mungkin.Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Muhyiddin Abdul Rashid berkata, kerajaan bersetuju untuk meneruskan projek yang terbengkalai itu dengan mencari pemaju yang baharu."Setelah berbincang beberapa kali, pihak kerajaan  bersetuju untuk menyelesaikan isu ini dengan membuka tender kepada mana-mana pemaju yang berkeupayaan untuk menyelesaikan projek Perumahan Padang Setengge."Dianggarkan RM8 juta hingga RM10 juta diperuntukkan untuk membaik pulih projek itu  dan sehingga kini pihak kerajaan masih membuka kepada mana-mana pemaju untuk  memohon menyelesaikan masalah ini," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Wisma Darul Iman pagi ini. Menurut beliau, kerajaan negeri akan menyiapkan projek itu secepat mungkin setelah pemaju baharu dipilih berikutan perjanjian dengan pemaju lama telah berakhir pada tahun lepas."Setelah meneliti perjanjian sebelum ini, kita dapati perjanjian dengan pemaju asal telah tamat tempoh pada Oktober 2018."Sebaik sahaja pemaju baharu dipilih, kita akan segera menjalankan kerja-kerja ini dan insya-Allah kita harap boleh diselesaikan dalam masa yang cepat," tegasnya.
23 Jan 19
85
Empty Image
Klinik Kesihatan Baharu Bakal Dibina Di Pulau Perhentian
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 24 Januari- Sebuah Klinik Kesihatan baharu bakal dibina di Kampung Pulau Perhentian bagi menampung keperluan perkhidmatan kesihatan penduduk pulau itu.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, kos pembinaan klinik yang dianggarkan bernilai RM20 juta itu bakal menempatkan kemudahan untuk melahirkan anak, kesihatan gigi dan juga makmal bagi memudahkan urusan orang awam mendapatkan rawatan. "Projek ini sangat memberi manfaat kepada penduduk Pulau Perhentian kerana mereka tidak perlu lagi untuk pergi ke klinik di darat jika berlaku masalah kesihatan kepada mereka. "Saya berharap pembinaan klinik ini berjalan lancar demi kepentingan masyarakat di sini,” ujarnya ketika mengadakan lawatan ke tapat klinik berkenaan di kampung Pulau Perhentian, semalam.Turut hadir, Pegawai Daerah Besut, Rozali Salleh dan Pengarah Kesihatan Daerah Besut, Dr Razan Ab Samat.Katanya, lawatan itu dibuat bagi meneliti dan medapatkan pandangan daripada penduduk kampung berhubung tapak pembinaan klinik berkenaan.
23 Jan 19
1011
Empty Image
MPKK Bantu PBT Atasi Masalah Ternakan Berkeliaran
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 23 Januar i- Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Alor Mak Bah dan Batu Putih memberi kerjasama yang baik dalam membantu pihak berkuasa tempatan,  Majlis Perbandaran Dungun (MPD) mengatasi masalah ternakan berkeliaran pada waktu malam. Pengerusinya, Abdul Aziz Mohamad berkata, kerjasama itu bukan sahaja membantu memudahkan pihak MPD melaksanakan tugasan tetapi juga menjaga hubungan baik dengan masyarakat kampung. "Kami (MPKK) memahami keadaan penduduk kampung ini yang berkebun dan memelihara binatang ternakan tetapi perlu juga mengambil kira tangungjawab MPD untuk bertindak diatas setiap aduan yang diterima," ujarnya ketika dihubungi pemberita berhubung operasi menangkap haiwan merayau pada waktu malam di Alor Mak Bah dan Batu Putih oleh MPD,  semalam.Abdul Aziz berkata, situasi melepaskan haiwan tanpa kawalan boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya di kampung berkenaan."Kebiasaannya, haiwan-haiwan ternakan ini tidur di atas jalan raya pada waktu malam. “Dengan laluan yang agak sempit dan suasana kampung yang agak gelap di sesetengah tempat, ianya antara faktor kepada aduan dibuat,” ujarnya.Menurut beliau, MPD masih bertoleransi dengan pemilik haiwan ternakan ini termasuk mengutamakan jalan perdamaian terbaik. “Pihak MPD mengambil inisiatif berjumpa dan menasihati pemilik-pemilik haiwan tersebut agar tidak membiarkan ternakan mereka berkeliaran bagi mengelak berdepan tindakan undang-undang,” ujarnya.Abdul Aziz berkata, beliau berharap komuniti kampung memahami situasi sekarang yang memerlukan mereka tidak mengambil mudah isu membiarkan ternakan tanpa dikurung pada waktu malam.
22 Jan 19
84
Empty Image
MAWADDAH Memacu Potensi Wanita Di Terengganu
Alias bergambar bersama peserta-peserta retreat MAWADDAH di Hotel Primula, baru-baru iniOleh :Nooreni Abu BakarDUNGUN, 23 Januari – Penubuhan Majlis Permuafakatan Wanita Terengganu (MAWADDAH) sebagai badan penasihat di bawah kerajaan negeri diwujudkan bagi menggilap potensi wanita dalam memberi sumbangan ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negeri.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Dan Perpaduan Nasional negeri, Alias Harun, berkata kesungguhan kerajaan negeri untuk memajukan wanita di Terengganu  terserlah dengan penubuhan badan penasihat ini.“MAWADDAH merupakan badan penasihat untuk portfolio saya, khusus menjadi pemacu wanita di negeri ini ke arah pembangunan insan yang holistik."Badan ini akan merancang hala tuju wanita negeri Terengganu dan ia dianggotai ahli akademik, ahli profesional,  usahawan dan wanita-wanita di dalam pelbagai bidang, " ujarnya ketika dihubungi oleh Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) bagi mengulas penubuhannya.Alias HarunMenurut Alias, selain membantu wanita melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan sosial dan ekonomi yang utama, MAWADDAH juga memberi panduan serta arah haluan dalam segala usaha pembangunan supaya kepentingan dan penyertaan wanita tidak terabai dan diintegrasikan sumbangan mereka dalam proses pembangunan negeri." Jadi dia orang merangka program-program supaya tidak lari daripada kehendak kerajaan negeri."Dengan meletakkan sasaran kerajaan supaya rakyat  Maju, Berkat dan Sejahtera dan juga meletakkan penyelesaiannya dengan cara Islam,"kata beliau.
22 Jan 19
501
Empty Image
Task Force Selesaikan Ancaman Ulat Bungkus - Dr Azman
Dr Azman melakukan gimik perasmian bulan penanaman tumbuhan berfaedah.KEMAMAN, 22 Januari - Kerajaan Negeri Terengganu sentiasa komited untuk bekerjasama dengan mana-mana agensi yang terlibat dalam komuniti sawit bagi membantu menyelesaikan masalah peladang.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, satu mesyuarat penyelarasan yang diadakan baru-baru ini telah bersetuju untuk menubuhkan pasukan petugas khas (task force) untuk menyelesaikan ancaman Ulat Bungkus.Jelasnya lagi, pasukan itu akan memberi tumpuan kepada kawalan secara ‘chemical’ dan biologi bagi menyelesaikan masalah Ulat Bungkus yang juga dikenali sebagai Ulat Pemakan Daun (UPD)."Satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan dan keputusannya kita menubuhkan satu 'task force' untuk mengambil satu langkah dan tindakan berkesan dalam rangka kita untuk menghadapi ancaman Ulat Bungkus."Kawalan kita ini tertumpu kepada kawalan secara ‘chemical’ dan juga kawalan secara biologi, kawalan chemical melalui suntikan batang dan semburan daun, dan kawalan secara biologi dengan tanaman bermanfaat", katanya.Dr Azman ketika menyampaikan taklimat ancaman ulat pemakan daun kepada 100 peladang.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Bulan Penanaman Tumbuhan Berfaedah untuk mengawal serangan UPD di Felda Kerteh 5 bersama komuniti Felda hari ini.Turut hadir pada majlis itu adalah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Hilmi Harun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi serta Pegawai Penyelidik (Tanah Persekutuan) Pejabat Menteri Besar Terengganu, Naraza Muda.Pasukan petugas khas itu dianggotai oleh FELDA, FELCRA, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Ladang Rakyat, TDM Berhad (TDM) serta peneroka dan pekebun kecil.Pasukan tersebut akan turun ke setiap kawasan bagi memberikan taklimat dan kempen berkenaan ancaman dan cara menghadapi UPD.Demontrasi oleh Dr Azman tentang kawalan secara 'Chemical' iaitu suntikan batang.Untuk rekod, UPD mula menyerang tanaman peladang dan pekebun kecil pada 2017 hingga menyebabkan kerugian yang besar dialami oleh peladang-peladang yang bergantung hidup pada industri sawit .Serangan UPD ini menyebabkan kerugian hasil dialami oleh peladang-peladang di antara 33 hingga 47 peratus sebulan.
22 Jan 19
220
Empty Image
Air Sungai Kuala Jengal Berbau
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 23 Januari-  Masalah air Sungai Kuala Jengal, di sini yang  berbau sejak beberapa hari lalu berkemungkinan berpunca penggunaan baja untuk pertanian.   Pegawai Pertanian, Unit Pengurusan Sumber Tanah,  Jabatan Pertanian Negeri Terengganu,  Ahmad Saif Ahmad Samizi berkata, pihaknya mengambil cakna permasalahan itu, bermungkinan berpunca daripada sejenis baja mengandungi asid amino yang tinggi."Pihak kami mengambil sampel air (sungai) dan sampel baja untuk lihat kadar kandungan baja tersebut adakah ianya berbahaya dan melebihi apa yang kita syorkan melalui aras-aras baja yang kita ada."Dan mungkin juga akan diuji, adakah terdapatnya bahan-bahan yang merbahaya yang boleh memudaratkan kesihatan," ujarnya.Beliau berkata demikian, ketika ditemui pemberita , semasa meninjau ladang berkenaan setelah menerima aduan dari Jabatan Alam Sekitar sebagaimana dilaporkan penduduk, semalam.Menurut Ahmad Saif, baja mengandungi asid amino sebenarnya bagus untuk  kesegaran buah kelapa sawit, bagaimanapun kena lihat daripada sudut kesan kepada alam sekitar dan  keselesaan penduduk setempat.“Untuk akta baja jabatan pertanian masih tidak ada lagi akta yang boleh dikuatkuasakan, sekarang ini dalam peringkat draf agar dapat dipastikan bahawa baja-baja yang dikeluarkan tidak mendatangkan masalah,”katanya.Sementara itu, Pengurus Ladang Prolip, Abdul Ghani Muda berkata, baja yang digunakan itu diyakini selamat."Baja itu diproses daripada gula yang diimport dari Negara Thailand dan melalui proses penapaian," jelasnya.
22 Jan 19
360