Artikel "Komuniti" Terkini
Kanopi Kecil Jadi Pusat Pertemuan Dengan Masyarakat
KUALA TERENGGANU, 17 Januari - Kanopi kecil di pasar Kampung Tiong, di sini, menjadi medan pertemuan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Cina dengan penduduk seawal pagi bagi berkongsi dan mendapatkan maklumat mengenai pelbagai isu setempat.Pengerusi MPKK berkenaan, Chua Kim Huat atau lebih dikenali Jefri Chua berkata, dia akan keluar dan duduk seawal jam 7 pagi.“Saya bertugas di sini seawal 7 pagi untuk kemudahan (masyarakat) DUN (Dewan Undangan Negeri) Bandar khususnya Parlimen Kuala Terengganu.“Saya memberi perkhidmatan 100 peratus kepada mereka, ada yang berpuas hati dengan 'pejabat bergerak' yang saya buka setiap pagi di pasar pagi Kampung Tiong untuk kemudahan (rakyat) di bandar. Saya wakil kerajaan di sini bagi perkhidmatan semaksimum mungkin kepada masyarakat Bandar khususnya Parlimen Kuala Terengganu," jelasnya.Beliau yang juga Timbalan Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Terengganu berkata demikian ketika ditemui pemberita di Kampung Cina, semalam.Tambahnya, semua orang haruslah dibantu tanpa mengira bangsa, agama dan politik.Beliau menjelaskan, masyarakat perlu memahami dan mendapat input yang betul mengenai kerajaan serta pentadbiran masa kini menerusi MPKK.Jefri Chua juga berharap agar rakyat sentiasa menyokong kerajaan yang memerintah pada hari ini.
16 Jan 19
547
MPKK Perlu Sensitif Isu Masyarakat Di Akar Umbi
Ustaz Mat Daik menziarahi salah seorang penduduk di Kampung Alor BelangaOleh: Norekwan MamatHULU BESUT, 16 Januari - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) diminta lebih sensitif mengenai masalah masyarakat di peringkat akar umbi.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN)Hulu Besut, Ustaz Mat Daik Mohamad berkata, mereka juga perlu sentiasa bersikap proaktif supaya kerajaan dapat bertindak lebih awal dalam menyelesaikan isu-isu rakyat."MPKK harus menunjukkan semangat yang tinggi agar masyarakat di bawahnya sentiasa memberi sokongan dan kerjasama yang baik dalam pembangunan di kampung."Dengan ini masyarakat dapat menyuarakan masalah mereka dengan lebih cepat dan terus kepada MPKK," katanya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas program ziarah pesakit kronik di Kampung Alor Belanga, di sini hari ini.Tambahnya lagi, MPKK diwujudkan untuk membantu kerajaan melaksanakan tugas pentadbiran sebagai mata dan telinga termasuk menyalurkan idea mengenai pembangunan di kawasan masing-masing.
16 Jan 19
158
MPKK Kg Cina Gesa Segerakan Pembangunan
KUALA TERENGGANU, 16 Januari - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Cina, di sini, menggesa pemaju supaya menyiapkan segera pembangunan yang dirancang berikutan pengambilan tanah di kawasan itu melibatkan kepentingan orang ramai.Pengerusi MPKK Kampung Cina, Chua Kim Huat atau lebih dikenali Jefri Chua berkata, jika projek belum dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat, pihaknya berharap pemaju dapat membersihkan kawasan terlibat yang kini menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. “Tanah ini diserahkan kepada pemaju dan sekarang ini (kes pembiakan nyamuk) sudah beritahu kepada Ustaz Ahmad Shah (ADUN Bandar) dengan MBKT (Majlis Bandaraya Kuala Terengganu) melalui MPKK."YB (Yang Berhormat) tandatangan untuk suruh bersih kawasan ni. Kalau tidak kita boleh saman kerana tidak boleh dibiarkan begini," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Kampung Cina, di sini, hari ini.Jefri berkata, kerajaan sebelum ini mengambil tanah tersebut daripada orang kampung yang terdiri daripada kaum Cina dan Melayu.“Sudah tujuh, lapan tahun kawasan terbabit menjadi semak. Rancangan dia (pemaju) nak buat kondominium 40 tingkat.“Kita sudah cadangkan supaya bersih dahulu dan buat tempat 'parking' sementara untuk jangka pendek.“Pada masa panjang kalau ikut lunas undang-undang kerajaan perlu ambil balik. Tak boleh biarkan begini sampai 100 tahun,” ujarnya.Justeru itu, beliau mencadangkan supaya dibuat parkir sementara untuk jangka masa pendek sebelum pembangunan untuk jangka panjang dapat dilaksanakan seperti dirancang pemaju.Kata Jefri lagi, beliau juga dimaklumkan bahawa pada asalnya tanah tersebut diserahkan kepada pihak pemaju untuk dijadikan sebuah hospital swasta.
16 Jan 19
605
Ziarah ADUN Gembirakan Penduduk
Oleh: Ahmad Syahid AdnanKEMAMAN, 16 Januari - Dalam kesibukan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili tetap meluangkan masa menziarahi penduduk kampung di kawasan itu.Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Chabang, Jamarill Ahmad berkata, program ziarah bertemu rakyat dari rumah ke rumah banyak memberi kesan baik kepada rakyat dan juga pihak pimpinan kerajaan sendiri."Seingat saya, Ir Saiful Azmi adalah antara ADUN yang tidak putus menjenguk rakyat," ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di Program Ziarah ADUN Kemasik ke Kampung Chabang, Kertih, hari ini.Turut hadir, Timbalan Pengerusi MPKK Kampung Chabang, Yusof Ghani.Pada program ziarah itu, Ir Saiful berkesempatan berkunjung ke rumah seorang warga emas, Muda Md Jin, 66, yang tinggal tidak jauh dengan jalan utama dari Chabang ke Kemasik.Lebih dikenali dengan panggilan Pok Ya, Muda Md Jin yang mengalami sakit usus menzahirkan kegembiraan dengan kunjungan ADUN Kemasik itu."Terima kasih banyak-banyak, YB (Yang Berhormat) kerana sudi menjenguk kami sekeluarga yang kurang bernasib baik ini," kata Pok Ya yang sebelum ini telah menjalani pembedahan di Hospital Kemaman.Dalam lawatan itu, Ir Saiful turut bertanya khabar menantu Pok Ya yang sarat mengandung dan tinggal bersebelahan dengan rumahnya.
16 Jan 19
42
Jambatan Sri Bayas Akan Dibina Jun Ini
Oleh: Abd Muhaimin MuhammedSETIU, 15 Januari - Pembinaan Jambatan Kampung Sri Bayas, di sini sepanjang 100 meter dan jalan raya sejauh satu kilometer yang membabitkan peruntukan RM10 juta dijangka akan mula dibina selewat-lewatnya Jun ini.Menurut Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir, jambatan tersebut sudah diluluskan dalam pembentangan Dewan Negara baru-baru ini di bawah peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.Katanya, Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) turun melawat tapak jambatan itu bertujuan untuk mereka bentuk pelan, mengenal pasti kesesuaian lokasi, keluasan dan ketinggian jambatan sebelum dapat dibina paling lewat Jun ini.“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak terlibat kerana telah menyenaraikan jambatan itu sebagai projek terdesak dan akan dibina dalam tempoh terdekat,” katanya selepas Lawatan Kerja Meninjau Tapak Jambatan bersama JKR, hari ini.Sementara itu, menurut Jurutera JKR Daerah Setiu, Wan Zaid Sulong berkata, pihaknya akan melihat keadaan fizikal lokasi dan akan mula mereka bentuk pelan jambatan dan jalan tuju yang akan dibina."Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Parlimen Setiu yang telah berusaha bagi merealisasikan pembinaan jambatan baharu ini yang telah sekian lama dibuat permohonan,” katanya.
15 Jan 19
374
Di Sebalik Lunak Alunan Azan
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 16 Januari - Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa bilal yang lunak mengalunkan azan di Masjid An Naim sebenarnya seorang yang hampir hilang penglihatan. Zakaria Yaakub, 62, yang bertugas sebagai bilal di masjid tersebut sejak lapan tahun lalu telah kehilangan penglihatan mata kanan manakala sebelah lagi kabur. Isterinya, Khadijah Hashim kini terpaksa memandu untuk menghantar suaminya ke masjid setiap kali tiba giliran bertugas sebagai bilal."Dah tiga tahun mata sebelah kanan suami mak cik tidak nampak. Giliran pak cik bertugas pada setiap Selasa dan Rabu dan mak ciklah yang hantar dia," katanya. Menurut Khadijah, Zakaria yang lebih dikenali sebagai Pok Bakar juga mengajar al-Quran di rumah dan pandai mengurut. "Kalau orang nak berurut, mak ciklah yang hantar dia ke rumah orang tu, lepas tu mak cik ambil," kata Khadijah yang juga pandai mengurut setelah belajar dengan suaminya. Sementara itu, Penolong Pegawai Hal Ehwal Kemasyarakatan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Rantau Abang, Muhammad Muaz Anuar berkata, beliau bersimpati dengan keadaan Pok Bakar. Pihaknya akan berusaha untuk mendapatkan bantuan menerusi Tabung Darul Iman memandangkan warga emas itu turut menghidap penyakit kencing manis kronik.Katanya, banyak peruntukan yang disalurkan oleh agensi kerajaan kepada yang berhak tidak diketahui ramai kerana kurang mendapat maklumat. "Seperti Tabung Darul Iman (TDI), Zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT)."Ada yang sepatutnya layak, misalnya kena potong jari dikira kencing manis kronik, jadi dia layak memohon Tabung Darul Iman. Datanglah ke pejabat i-MiTS, kita akan bantu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pejabat i-MiTS Rantau Abang, kelmarin.
15 Jan 19
40
Sembang Kedai Kopi Selami Masalah Rakyat
Oleh: Muhd Afiq ZohirBESUT, 14 Januari - Program Sembang Kedai Kopi menjadi antara cara berkesan untuk mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat setempat.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, aktiviti begitu dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama penduduk kampung."Masalah dan rungutan penduduk kampung dapat didengari serta disalurkan secara terus kepada pihak pejabat agar tindakan selanjutnya dapat direalisasikan.“Segala aduan yang kami dapat hari ini akan cuba diatasi sebaik mungkin oleh pihak pentadbir supaya rakyat sentiasa sejahtera," katanya dalam pertemuan bersama penduduk kampung di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Kampung Lak Lok, di sini, semalam.Program itu dicetuskan oleh Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Jerteh dengan kerjasama Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh.Program dua hala itu mensasarkan kedai sarapan pagi yang menjadi tumpuan penduduk kampung sebagai lokasi pertemuan dan akan berlangsung dari masa ke masa.
14 Jan 19
1870
Salina Terima Rumah Flat Desa Keluarga YPKT
Oleh: Aslam WiraMARANG, 15 Januari - Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) menawarkan sebuah unit rumah kepada Salina Yusuf, 37 yang sebelum ini hidup dalam serba kekurangan tanpa bekalan elektrik dan sumber air di Rhu Renggeh, di sini.Pemberian rumah Flat Desa Keluarga itu bagaikan sinar kepada Salina yang kini hamil anak ketiga untuk tinggal bersama dua anak..Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wanita, Zuraida Md Noor berkata, hasil kerjasama Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Rhu Renggeh, Salina Yusuf telah mendapat tempat tinggal baru.Katanya, dia gembira kerana dalam tempoh singkat, pihaknya dapat mengesan masalah itu sekali gus dapat membantu Salina sebelum melahirkan anak pada April nanti.“Rumah baru Salina berdekatan dengan kelas agama, fardhu ain dan mengaji, saya harap Salina dapat melibatkan diri dalam aktiviti tersebut,” katanya.Beliau berkata demikian ketika hadir menyerahkan kunci kepada Salina sempena perpindahannya ke Flat Rumah Desa Keluarga, baru-baru ini.
14 Jan 19
554
Masalah Pengairan Sawah Padi Akan Dirujuk Kepada JPS
Oleh: Dzakaria Mohd SallehSETIU, 15 Januari - Rungutan pesawah yang sudah hampir dua tahun tidak dapat mengusahakan penanaman padi di Kampung Gong Setar di sini, ekoran masalah pengairan akan diatasi segera.Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, antara punca utama keadaan itu berlaku disebabkan oleh pasir dan air sungai berdekatan yang masuk ke sawah.Katanya, perkara tersebut akan dirujuk kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Setiu."Kita pandang serius apa yang berlaku ini kerana ianya menjejaskan penanaman padi yang diusahakan oleh pesawah.“Insya-Allah, perkara ini akan dimaklumkan kepada JPS supaya dapat membaiki aliran sungai ini,” ujarnya kepada pemberita selepas meninjau kawasan sawah berkenaan, semalam.Shaharizukirnain berkata, keadaan aliran sungai yang tersekat akibat daripada kawasan tadahan air yang pecah juga menyebabkan hakisan berlaku."Aliran air terpaksa lalu ikut tanah kosong di sebelah sungai yang menyebabkan berlaku hakisan dan apabila hujan lebat aliran air ini akan masuk ke kawasan penanaman padi,” ujarnya.
14 Jan 19
267
RTB Darat Beri Sinar Buat Penduduk Minda
Ghazali sedang memberikan penerangan tentang RTB kepada sebahagian penduduk Kampung Minda yang hadir di sesi taklimat.Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 14 Januari - Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Darat menjadi harapan penduduk Kampung Minda untuk diusahakan bagi menjana sumber pendapatan sampingan mereka.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, RTB Darat merupakan projek yang telah diangkat semula pada September tahun lepas.Katanya, RTB merupakan pengagihan lot tanah secara adil."Alhamdulillah, walaupun baru diangkat permohonan, namun tindak balas dari Pentadbir Tanah Daerah (PTD) Dungun begitu cepat dalam proses bagi mendapatkan geran."Secara tidak langsung ianya telah memberi sinar harapan kepada penduduk di sini, yang amat berhajat bagi memiliki tanah untuk bercucuk tanam," jelasnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita, selepas taklimat RTB berkenaan, di Kampung Minda, di sini hari ini.Ghazali berkata, tanah yang bakal diperoleh perlu diusaha dengan bersungguh-sungguh dan bukannya mempunyai niat untuk menjual semula terutama kepada anak-anak muda yang memohon."Kita sedia maklum bahawa rakyat Terengganu semakin bertambah, sedangkan tanah tidak bertambah."Lot tanah bagi RTB pertanian untuk tanaman kontang adalah seluas satu hektar, manakala bagi getah dan sawit adalah dua hektar dan manakala bagi perumahan pula ialah satu hektar dibahagi empat," katanya.Walau bagaimanapun, syarat-syarat kelayakan bagi memohon RTB berkenaan adalah tertakluk pada dasar tanah kerajaan negeri.
14 Jan 19
69