lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Perkasakan Integriti Ketika Menjalankan Tugas
Oleh: Afiq M.ZaidBESUT, 27 Januari - Amanah dan integriti dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab menjadi satu kewajipan bagi setiap rakyat Malaysia. bahkan ia merupakan satu budaya kerja yang baik. Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, sokongan padu daripada rakyat dalam memperkasakan integriti menjadi satu keutamaan."Saya merasakan kehangatan bahang terhadap integriti itu sendiri, kita memerlukan satu 'support' yang kuat untuk kita sama-sama menjaga keadaan ini, (integriti) supaya kita tidak terjerumus ke lembah yang tidak diingini.“Kita boleh berkata tidak semasa ujian itu tidak bersama dengan kita, tetapi apabila ujian datang bersama dengan kita, ketika itulah kita akan rasa ringan ke berat untuk menunaikan tanggungjawab ataupun untuk menzahirkan apa yang kita sebut," ujarnya Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Majlis Kesyukuran dan Selamat Datang di Dewan Merdeka, Kota Putera Square, (27 Januari). Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Kemajuan Kampung, YB Dr. Azman bin Ibrahim.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata, semoga kakitangan pegawai yang baru memperkasakan amalan integriti dan amanah dalam menjalankan tugas di sini.  "Amanah dan tanggungjawab seperti inilah yang sedang kita laksanakan, sedang kita perkasakan dan sudah semestinya perkara sedemikan (integriti) juga turut akan kita tempuhi. “Jadi saya mengharapkan dengan kedatangan pegawai-pegawai baru yang bertugas di posisi baru ini akan memperteguhkan lagi amalan integriti dalam menjalankan tugas kerana mereka-mereka yang inginkan seseuatu daripada kita ini sanggup berbuat apa sahaja," ujarnya
29 Jan 19
123
Empty Image
Pendidikan Seks; Jasnita Sedia Beri Pandangan Kepada Kerajaan Pusat - Nuridah Salleh
KUALA TERENGGANU, 29 Januari - Jaringan Badan Bukan Kerajaan Wanita atau ringkasannya Jasnita bersedia untuk duduk semeja bagi membincangkan soal pendidikan seks yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH).Penasihatnya, Nuridah Mohd Salleh berkata, beliau berbesar hati memberi pandangan berkenaan perkara tersebut sebelum kerajaan mengambil sesuatu tindakan.“Kita mengikuti isu ini terutama yang melibatkan remaja kita dalam masalah gejala sosial sekarang. Ada antaranya yang menyebabkan kepada perzinaan,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Negara berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Majlis Hi-Tea dan Pelancaran Gabungan NGO Wanita di Permai Hotel kelmarin.Sehubungan itu, katanya, Kementerian Pendidikan sepatutnya memasukkan mata pelajaran Pendidikan Islam di semua peringkat sekolah.“Kita nak tahulah dari sudut pandangan Kementerian Pendidikan sendiri macam mana dia nak masukkan pendidikan Islam ini. Kadang-kadang ada orang pertikaikan ini bukan sekolah agama.“Sebenarnya pendidikan Islam itulah yang sepatutnya menjadi benteng (cegah zina) sama ada anak remaja ataupun orang dewasa,” ujarnya.
28 Jan 19
218
Empty Image
Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Terengganu Buka Tirai
KEMAMAN, 29 Januari - Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran peringkat negeri Terengganu membuka tirainya hari ini dengan acara menghafaz al-Quran seawal jam sembilan pagi tadi.Manakala, acara tilawah al-Quran pula akan dirasmikan pembukaannya oleh Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, malam ini.Majlis yang berlangsung di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman itu disertai 26 huffaz al-Quran dan 16 Qari dan Qariah daripada seluruh daerah.Johan Qari dan Qariah tahun lalu, Mohd Zaky Ismail dan Nor Hidayah Abd. Rahman turut menyertai pertandingan tersebut.Majlis itu akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini sehingga Khamis (31 Januari).Penduduk di sekitar Kemaman yang berkelapangan dijemput hadir mendengar alunan ayat-ayat suci al-Quran daripada peserta yang bertanding.
28 Jan 19
36
Empty Image
Adil Jual Roti Canai Gedik
Roti canai gedik Adil mendapat sambutan luar biasa. Foto: Tg Syamim Tg Ismail KUALA TERENGGANU, 29 Januari-  Keunikan nama menu dan resipi berbeza yang ditampilkan peniaga roti canai, Adil Abdul Rahman, 37, terletak di Kampung Losong, di sini, membuahkan hasil apabila makanan itu mendapat sambutan luar biasa.Selain roti canai goyang gedik,  menu lain seperti syawarma, roti canai kebab, roti canai gulung, roti canai kambing bakar, roti ayam bakar, air pulau kapas dan air pulau redang antara yang paling mendapat sambutan.Adil berkata, sambutan yang diterima pelanggan  sangat positif, terutama roti  goyang gedik yang boleh dijual lebih 100 biji  sehari.“Saya tidak sangka tranformasi yang dibuat terhadap hidangan roti canai itu mendapat sambutan yang luar biasa,”katanya yang berniaga sejak  2015.Katanya, sepanjang tempoh empat tahun berniaga,  dia menyediakan sebanyak 40 hidangan termasuk lebih 20 hidangan berasaskan roti canai yang diperbaharui mengikut citarasa terkini.Air pulau kapas dan air pulau redang  “Semua hidangan roti canai yang dijual itu datang daripada idea saya sendiri bagi memastikan ia memenuhi citarasa pelanggan.“Saya mempelbagaikan citarasa berasaskan roti canai kerana menyedari trend makanan hari ini memerlukan hidangan yang unik dan lain daripada lain,”katanya. Menurutnya, pada awal perniagaan, dia juga menjual roti canai kosong, telur dan sardin sahaja dan kurang mendapat sambutan. "Skop pelanggan terhadap hidangan itu terhad hanya di kalangan penduduk sekitar tetapi apabila memperkenalkan menu yang unik, pelanggan dari jauh juga sanggup datang ke kedai," katanya. Menurutnya, apabila hidangan yang diciptanya itu mendapat sambutan yang menggalakkan ia memberi kepuasan kepada dirinya. "Saya sentiasa teruja untuk mencipta dan memperkenalkan hidangan terbaru kepada pelanggan. "Harapan saya supaya pelanggan tidak jemu dengan hanya satu hidangan roti canai sahaja, biar mereka mempunyai banyak pilihan," katanya yang tinggal di Taman Desa Jaya, Gong Pak Damat, Kuala Nerus.Pelanggan, Abdul Karim Hasan, 25, dari Kampung Simpang Tok Ku berkata, keunikan hidangan yang disediakan di gerai Adil Roti mendorongnya datang ke kedai itu pada setiap minggu."Dalam seminggu saya akan kedai gerai itu untuk menikmati hidangan roti canai yang digemari kerana menu itu tiada di tempat lain. "Paling saya gemari ialah roti goyang gedik, ia kelihatan seperti roti banjir kerana kuah diletakan sekali namun rasanya berbeza kerana ia disertakan dengan sambal dan telur mata," katanya. Menurutnya, selain kepelbagaian hidangan roti canai, air yang pelbagai jenis termasuk nescafe lassy dan manggo lassy juga memberi kelainan dan menepati citarasa pelanggan.
28 Jan 19
963
Empty Image
Kerajaan Negeri Prihatin Nasib Golongan OKU - Isteri MB
Oleh: Safwan SyakirKUALA NERUS, 27 Januari - Nasib golongan orang kelainan upaya (OKU) sentiasa diberi tumpuan dan perhatian yang serius oleh kerajaan negeri Terengganu.Pengerusi Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat Terengganu (Khairunnisa’), Tuan Faizah Tuan Ab Rahman berkata, kerajaan negeri sentiasa mencari jalan yang terbaik bagi memastikan kehidupan golongan OKU tidak ketinggalan dengan masyarakat yang lain.Jelasnya lagi, usaha kerajaan ini dapat dilihat melalui pelbagai inisiatif baru yang  diperkenalkan oleh kerajaan termasuk memperuntukkan dana yang besar bagi menjayakan program untuk golongan OKU.“Ini terbukti dengan sebanyak RM 3 juta untuk pembinaan Pusat Pengajian Al-Quran Braille, RM 1 juta untuk program Dana Prihatin Terengganu (D-Hati) manakala RM 500,000 untuk program Riding For Disable,’’ katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Apresiasi Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti  (PPDK) daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus bertempat di dewan Felda Wilayah Timur Tepoh, Kuala Nerus baru-baru ini.Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Khairunnisa', Zarani Othman dan Timbalan Pengarah Kebajikan Masyarakat negeri Terengganu, Norazaman Abdul Manaf.Tambah beliau, golongan OKU juga mempunyai potensi diri yang istimewa sehingga ada yang berjaya menempa nama di persada negara, justeru beliau berharap agar setiap program yang dilaksanakan mampu membangunkan lagi golongan OKU.“Kejayaan golongan OKU di dalam masyarakat sebagai tokoh akademik, tokoh perniagaan bukan lagi perkara asing pada masa kini.“Harapan saya semoga usaha-usaha dan program-program yang dianjurkan oleh kerajaan negeri ini dapat memberi manfaat kepada golongan ini,” katanya.Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merupakan antara badan pelaksana yang aktif merancang dan melaksanakan program bagi golongan OKU di setiap daerah dalam negeri Terengganu.Antara program yang dianjurkan oleh JKM ialah Economic Empowerment Program (EEP) bagi mengasah dan mengembangkan bakat golongan OKU dalam setiap bidang yang diceburi bermula daripada kanak-kanak.EEP dilihat mampu memenuhi harapan kerajaan negeri Terengganu untuk  membangunkan potensi golongan OKU.
27 Jan 19
105
Empty Image
Jasnita Bawa Impak Kepada Wanita
KUALA TERENGGANU, 27 Januari  - Pelancaran Jaringan Badan Bukan Kerajaan Wanita atau ringkasannya Jasnita, bakal membawa  impak dalam menangani isu-isu wanita di Malaysia.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ianya memberi rangsangan yang baik kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) wanita sedia ada.“Pertubuhan MyHawa Malaysia telah pun mengorak langkah untuk mengadakan dan menghimpunkan kesemua NGO wanita yang berkaitan dalam jaringan tersebut.“Insya-Allah  dengan kekuatan (dalam) itu bakal memberi impak yang besar dan mudah–mudahan segala isu yang berkaitan dengan keluarga, wanita dan hak–hak mereka akan diperjuangkan oleh NGO berkaitan dengan wanita ataupun Jasnita,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Hi Tea dan Pelancaran Gabungan NGO Wanita di Permai Hotel semalam.Sehubungan itu katanya, NGO perlu memainkan peranan  penting sebagai sokongan terhadap usaha yang sedang dan telah dilakukan oleh pihak kerajaan.“Isu–isu yang berkaitan dengan wanita terlalu banyak di dalam negeri ataupun negara kita dan sudah tentulah ianya menuntut kepada suatu perjuangan ataupun usaha yang perlu dilakukan oleh pelbagai pihak.“Pihak kerajaan bertanggungjawab untuk menjaga hal ehwal wanita dengan mengurus dan juga melengkapkan keperluan, sebagai salah satu daripada entiti rakyat yang terpenting di dalam sesebuah kerajaan," ujarnya.Oleh itu, beliau berkata, pasti ada perkara yang terlepas pandang di dalam usaha kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya.Pada waktu itulah kata beliau, NGO perlu memainkan peranan memperjuangkan perkara tersebut yang menjadi kepentingan kepada golongan wanita terbabit.Justeru itu, beliau berbesar hati dan menegaskan bahawa para wanita boleh bangkit di khalayak umum untuk memperjuangkan hak mereka.“Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada MyHawa iaitu sebuah NGO yang telah ditubuhkan di peringkat nasional dan berperanan untuk menggabungkan NGO wanita yang ada di seluruh negara kita ini,” tambah beliau.
27 Jan 19
173
Empty Image
Walau Tidak Mampu Buat Semua, Kita Tidak Tinggal Semua - Dr. Azman
Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 27 Januari - Kaedah penyampaian maklumat yang pertama dan sahih secara terus kepada rakyat akar umbi menjadi amalan kepimpinan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi bagi memastikan  dapat dimanfaatkan dengan cepat dan tepat oleh golongan sasar.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata, 'first hand information' (sumber maklumat pertama) amat ditekankan agar rakyat mendapat penerangan lebih jelas tanpa orang tengah terutama yang berkaitan dengan urusan dan kepentingan rakyat di kampung."Kita utamakan turun padang bagi mendengar sendiri permasalahan yang timbul dan cuba mencari penyelesaian. Walaupun kita tidak mampu buat semua, kita tidak tinggal semua."Bila rakyat pilih kita jadi kerajaan maknanya rakyat memberi kepercayaan dan amanah untuk kita laksanakan dan buatlah semampu baik. Alhamdulillah, 12 dari 20 janji manifesto Terengganu pada PRU lalu telah berjaya ditunaikan," katanya.Beliau berkata demikian ketika berdialog di Program Sepetang Bersama YB ADUN Jabi di Dewan Serbaguna di Kampung Kuala Kubang, di sini, kelmarin.Dr Azman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri berkata, banyak peruntukan yang disediakan oleh kerajaan negeri bagi membantu rakyat dalam pelbagai aspek terutama berkaitan bidang portfolio beliau sendiri.Tambahnya, antara bantuan itu seperti Skim Bantuan Modal Tani yang memperuntukkan sebanyak RM5Juta pinjaman tanpa faedah manakala Dana Asas Tani sebanyak RM400,000 dan mensasarkan Satu Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Satu Industri bagi perusahaan bengkel," katanya."Inilah matlamat sebenar kerajaan menyediakan insentif kerana memahami ada rakyat yang bersungguh-sungguh tetapi berdepan masalah ketiadaan modal. Kita bantu buang benteng penghalang kejayaan itu."Kini kerajaan sudah menyediakan umpan dan kail, ikan rakyat kene kail sendiri," tegas beliau lagi.
27 Jan 19
159
Empty Image
Futsal Penyatu Hubungan Tanpa Mengira Usia
Oleh: Hailmey Mansor KUALA NERUS, 27 Januari- Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Permint Perdana, Zamri Endut menyifatkan futsal merupakan salah satu cara menyatukan hubungan tanpa mengira usia.Katanya, futsal antara sukan yang mampu mengeratkan silaturahim masyarakat dan menjadikan penduduk semakin mesra sesama mereka.“Tujuan kita membuat program ini adalah untuk kita jalinkan hubungan mesra sesama penduduk dan mengeratkan lagi hubungan sesama sendiri.“Kita buat dua kategori yang melibatkan kanak-kanak dan dewasa dan ini menjadi kejayaan buat kita apabila ibu-bapa masing-masing turun melihat anak-anak mereka beraksi dan saling kenal mengenali antara mereka,” ujarnya kepada pemberita selepas Program Kejohanan Futsal Tertutup MPKK Taman Permint Perdana, kelmarin.Katanya, kejohanan futsal tertutup tersebut melibatkan penyertaan 16 pasukan dewasa dan 6 pasukan kanak-kanak yang berlangsung selama dua hari bermula Khamis di Padang Futsal Komuniti Taman Permint Perdana Kampung Batin.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab menyempurnakna majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan itu.
26 Jan 19
392
Empty Image
Wanita Mangsa Utama 'Keldai Akaun'
Oleh : Nooreni Abu BakarDUNGUN, 25 Januari -  Wanita dipercayai mudah menjadi mangsa utama keldai akaun akibat terpedaya dengan kata-kata manis  'mat negro' atau 'orang putih'.Pegawai Penyiasat Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis (IPD) Dungun, Inspektor Nurul Amynah Ismail berkata, golongan wanita terutama ibu muda, balu dan isteri yang mungkin kesepian menjadi sasaran jenayah melalui media sosial itu."Sekarang makcik-makcik sudah 'advance', pandai main 'facebook' , 'WeChat' dan 'WhatsApp' , jadi dekat dalam facebook tu dia terima 'friend'." Tapi itu sebenarnya adalah cara-cara macam mana untuk perangkap kita, dia tahu kita banyak duit, jadi daripada situ chatting-chatting," ulas beliau.Amynah berkata demikian swbagai ahli panel pertama di dalam bual bicara Majlis Cakna Wanita 1.0 di Dewan Sivik, Batu 48, di sini, kelmarin.Katanya, pemangsa lazimnya akan meminta  mangsa untuk poskan kad atm beserta nombor pin."Janji-janji untuk berkahwin, kononnya untuk pergi ke Malaysia untuk berkahwin, tapi sebenarnya makcik-makcik ini telan menjadi keldai akaun tanpa disedari."Di mana akaun-akaun itu digunakan untuk menipu orang lain pula, mangsa seterusnya akan memasukkan wang ke dalam  nombor akaun yang diberikan." Jadi sekarang ini makcik itu didenda sebagai keldai akaun kerana polis akan mencari siapa keldai akaun ini baru dia cari siapa mangsa jenayah, " katanyaTurut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun yang merasmikan program itu.Program anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Rantau Abang dihadiri hampir 100 peserta wanita.Sementara itu Alias yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri menyeru masyarakat sentiasa bekerjasama dengan polis untuk membanteras jenayah tanpa mengira sama ada lelaki ataupun wanita."Kerjasama bukan sahaja melaporkan jenayah yang dilakukan tetapi juga sentiasa mengingatkan sesama masyarakat."Tujuan program ini sebenarnya adalah untuk mendedahkan kepada wanita supaya mengambil cakna yang lebih kepada masyarakat lebih-lebih lagi kepada isi rumah kita sendiri," ujarnya.Menurut beliau,  kerajaan negeri kini giat memerangi kegiatan pengedaran pil kuda, bagaimanapun tanpa kerjasama daripada masyarakat menyalurkan maklumat pastinya jenayah itu tidak mampu dikekang dengan jayanya."Kalau tiada kerjasama ini  sampai bila kita tidak dapat kesan siapa pengedar... anak-anak lagi telah didedahkan dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan remaja-remaja zaman kini," katanya lagi.
26 Jan 19
382
Empty Image
Berita Gembira Untuk Generasi Felda Terengganu
Oleh: Rohayati RipinKEMAMAN, 26 Januari - Seramai 105 orang generasi baru Felda Neram 1, bakal menerima rumah masing-masing apabila proses akhir penyerahan dilakukan oleh Felda Properties kepada kerajaan negeri.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Cikgu Razak Ibrahim berkata, rumah yang telah lama disiapkan akan diserahkan dalam tempoh yang terdekat setelah menyelesaikan beberapa perkara yang berkaitan dengannya.“Isu rumah generasi kedua (yang sudah) lama siap,  sekarang ini dalam proses sebanyak 105 unit  dan di peringkat DUN kita dah selesai nama-nama dan kita beri kepada Felda Properties melalui Exco Perumahan. “Cuma tunggu sahaja proses Felda sebab di bawah GSA (Akta Penempatan Berkelompok), ianya dalam proses menyerah balik kepada kerajaan dan bila selesai nanti, insya-Allah dalam masa  tak berapa lama lagi akan diberi kepada rakyat,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih berkata demikian kepada pemberita di sidang media ketika diminta mengulas berkenaan perkembangan tujuh bulan pemerintahan PAS Terengganu selepas Majlis Makan Malam Media Parlimen kemaman di Resindence Inn, Cherating, di sini baru-baru ini.Sebahagian media yang hadir pada Majlis Makan Malam Media Parlimen Kemaman di Resindence Inn, Cherating.Sementara itu, ADUN Kemasik, IR Saiful Azmi Suhaili berkata, seramai 44 orang peserta Felda Kerteh 5 juga akan menerima hak milik tanah masing-masing.“Untuk Felda Kerteh 5 kita kenal pasti ada beberapa orang lagi, lebih kurang 44 peserta  yang masih  belum dapat geran dan ada yang berapa puluh tahun duduk di situ. “Alhamdulillah, kita dah lulus dalam mesyuarat tanah yang terbaru untuk 44 orang peserta itu. Dalam masa terdekat setelah  selesai semua urusan berkenaan kita akan  buat penyerahan,” ujarnya.Sementara itu, ADUN Chukai, Hanafiah Mat turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kerana berusaha membantu sembilan orang peserta di Felcra Seri Bandi mendapatkan kembali tanah masing-masing.
26 Jan 19
149