Artikel "Komuniti" Terkini
Ibu Tunggal Mualaf Bersyukur Masyarakat Prihatin
Oleh : Nooreni Abu BakarDUNGUN- Seorang ibu tunggal mualaf, Madinah Dabe Martin, 35, yang mempunyai dua anak istimewa berterima kasih dengan keprihatinan masyarakat setempat kerana sentiasa membantu meringankan bebannya.Wanita berasal dari Sabah tinggal di Taman Rakyat Jaya, bersama empat anak termasuk dua daripadanya orang kelainan upaya (OKU) 'hyper active'."Saya berpindah ke sini dari Sabah bulan enam tahun lepas," katanya ketika ditemui di rumahnya sempena kunjungan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung berkenaan, hari ini.Dia yang memeluk Islam sejak 13 tahun lalu mengikut bekas suaminya yang berasal dari Dungun menetap di situ sebelum bercerai pada Oktober lalu.Madinah tidak mempunyai pendapatan kerana menjaga dua orang anak kurang upaya yang berusia enam dan tujuh tahun."Untuk kegunaan (belanja) hari-hari, Alhamdulillah ada orang-orang bagi, tetapi sewa bulanan rumah, tak taulah macam mana."Saya mau tinggal tetap di sini, orang - orang sini baik-baik," katanya yang menganut Kristian sebelum memeluk Islam.Di dalam kunjungan tersebut, MPKK juga membantu beliau mengisi borang e-kasih memandangkan ibu muda tersebut tidak dapat keluar rumah menjaga anak yang 'hyper active' selain sedikit sumbangan untuk meringankan beban.
02 Feb 19
307
Kerajaan Negeri Peruntuk RM200 Ribu Kepada Masyarakat Cina Terengganu
KUALA TERENGGANU, 3 Februari - Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM200,000 termasuk untuk sambutan Tahun Baru Cina dan pelbagai bantuan lain kepada masyarakat Cina di seluruh negeri Terengganu pada tahun ini.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sumbangan untuk sambutan Tahun Baru Cina disediakan kerajaan setelah diluluskan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Katanya, peruntukan itu berdasarkan kepada keperluan mereka kerana bilangan masyarakat Cina di negeri Terengganu tidak seramai di tempat lain. Bagaimanapun beliau berkata, kerajaan negeri tidak meminggirkan kaum Tionghua kerana mereka adalah rakyat negeri Terengganu yang turut membayar cukai. Katanya, kaum itu bukan sekadar membayar cukai di peringkat persekutuan tetapi juga menyumbang kepada pembangunan ekonomi Terengganu termasuk membayar cukai perniagaan. "Premis-premis mereka pula berada di negeri Terengganu dan mereka memang menyumbang kepada ekonomi negeri. "Justeru mengapa tidak (kerajaan membantu mereka). Oleh kerana mereka menyumbang kepada pembangunan ekonomi, kedudukan mereka juga sebagai rakyat negeri Terengganu yang wajar dibela, " jelas beliau. Dr Ahmad Samsuri berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Sambutan Tahun Baru 2019 di Pentas Sementara Kampung Cina di sini kelmarin. Dr Ahmad Samsuri berharap kaum Tionghua yang berada di seluruh negeri Terengganu bergembira bersempena sambutan Tahun Baru Cina 2019. "Kita (kerajaan) mengharapkan tahun ini memberi kesejahteraan lebih baik berbanding tahun yang lalu. "Banyak prasarana sudah ada, cuma kita perlu duduk dan berbincang dengan komuniti serta badan bukan kerajaan (NGO) daripada masyarakat Kampung Cina tentang apa lagi yang boleh dibuat dan dipertimbangkan kerajaan negeri untuk menaik taraf tempat ini (Kampung Cina) supaya menjadi tarikan pelancong," ujarnya lagi.Sementara itu katanya, pengagihan peruntukan tersebut dikendalikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berkaitan.Hanafiah memberitahu, peruntukan tersebut akan dibahagikan mengikut daerah berdasarkan komposisi masyarakat Cina di kawasan setempat.Sebelum itu, Dr Ahmad Samsuri melancarkan sambutan karnival itu dengan memukul gong sebanyak tiga kali.Turut hadir, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Senator Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim dan ADUN Bandar, Ahmad Shah Mohamed.
02 Feb 19
133
Pendidikan Main Peranan Penting Bentuk Peribadi
Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 3 Februari - Kepentingan sesebuah institusi pendidikan terus dipandang serius bagi membentuk keperibadian anak bangsa yang bakal berada di barisan kepimpinan akan datang.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, sekiranya berlaku kehancuran pada sesebuah negara, institusi pendidikanlah yang pertama perlu dibangunkan terlebih dahulu."Di saat kota London hancur dibom tentera Jerman dalam perang dunia kedua suatu ketika dahulu, langkah pertama diputuskan oleh para pimpinan mereka adalah membaik pulih sekolah terlebih dahulu kerana ia merupakan institusi terpenting dalam masyarakat."Dalam konteks pendidikan, kita tidak boleh main-main kerana ia menentukan masa depan umat yang bakal memimpin negeri dan negara kita. Amanah ini apabila terlajak, tidak boleh diundur," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Anak Ikan Kali Ke-11 di sini baru-baru ini.Dr. Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata, para pelajar digesa agar merungkaikan diri untuk menjadi hebat supaya memberi manfaat kepada orang lain."Tuntutlah ilmu untuk meningkatkan kualiti dan prestasi diri kerana proses belajar tiada titik noktah."Masa menuntut ilmu ini tidak boleh dikembalikan apabila ia terlepas. Dan ketika itu, penyesalan tidak akan memberi apa-apa manfaat kepada kita," jelasnya lagi.Tambahnya lagi, pelajar perlu belajar bersungguh-sungguh kerana segala kemudahan yang ada sekarang adalah lebih baik berbanding dahulu."Marilah kita sama-sama gabung jalin kekuatan, buah fikiran sesama kita untuk memajukan anak-anak dan menggapai redha Allah," kata Dr. Azman.Menurutnya, pengurangan pelajar di beberapa buah sekolah di Jabi adalah disebabkan perpindahan orang muda ke luar negeri."Kemudahan seperti mesin ATM, perumahan dan tanah pertanian untuk generasi kedua merupakan antara perancangan bagi mengatasi masalah ini."Selain itu, kelompok pertanian akan dibangunkan seluas lebih kurang 40 ekar untuk memberi peluang kepada anak muda di sekitar kampung memanfaatkannya," tambahnya.
02 Feb 19
41
Program Bedah Buku Bersiri Meriahkan Besut Terengganu
Dr Riduan (tengah) ketika membedah buku peperangan Rasulullah.Oleh: Jusmawari JusohBESUT, 2 Februari - Program Bedah Buku bersiri yang diadakan di Besut dan mensasarkan masyarakat akan dilaksanakan sebulan sekali.Pegawai Penyelaras Parlimen Besut, Dr Riduan Mohd Nor berkata, program bedah buku yang akan dilaksanakan itu akan menjadi program utama di Perpustakaan Awam Besut.Jelasnya lagi, program yang akan dijalankan itu bertujuan untuk mendidik masyarakat supaya sentiasa membiasakan diri dengan amalan membaca dan secara tidak langsung juga akan memeriahkan lagi suasana perpustakaan tersebut."Insya-Allah,kita akan buat program seperti ini sebulan sekali di Perpustakaan Awam Besut ini."Ianya bagi menggalakkan pengunjung-pengunjung membiasakan diri (dengan buku) dan sekali gus dapat menghidupkan suasana perpustakaan ini dengan baik," ujarnya.Beliau yang juga Ahli Lembaga Pengarah Perpustakaan (ALP) Awam Negeri Terengganu berkata demikian selepas menjayakan Program Bedah Buku Peperangan Rasulullah di Perpustakaan Awam Besut, Besut semalam.Turut hadir, Exco Muslim Care, Nazmi Karim serta pegawainya, Taufik Aliph Mohd Nor.Antara peserta yang menyertai program bedah buku.Peserta program itu dianggarkan mencecah 300 orang yang melibatkan peserta daripada beberapa buah sekolah dan orang awam di kawasan sekitarnya.Program yang julung-julung kalinya diadakan selepas bertukar kerajaan itu memperlihatkan kesungguhan tampuk pimpinan Kerajaan Negeri Terenganu untuk menjadikan rakyatnya suka membaca.Kerajaan negeri sememangnya komited untuk menggalakkan budaya membaca dan cintakan ilmu dalam kalangan rakyatnya melalui program-program yang telah dan sedang dilaksanakan seperti Kuliah Dhuha.
01 Feb 19
49
MPKK Bukit Tok Beng Laksana Amanah
KUALA NERUS, 2 Februari - Amanah yang diberikan oleh kerajaan negeri sebagai organisasi yang bertanggungjawab kepada masyarakat kampung perlu dilaksanakan dengan baik oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).Pengerusi MPKK Bukit Tok Beng, Md Azhar Mohd Tahir berkata, beberapa projek penting untuk kesejahteraan rakyat setempat telah dapat dilaksanakan."Antaranya gotong-royong menebang pokok yang merbahaya di tepi jalan dan projek longkang di Alur Kuda."Di samping itu membaik pulih rumah yang rosak dan membina jalan berhampiran kubur," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita kelmarin.Oleh itu katanya, beberapa kemajuan yang telah dilaksanakan dan sesetengah projek yang lain dalam proses pembikinan."Selain itu, kami juga mengagihkan sumbangan kepada mangsa banjir melibatkan 10 buah rumah di Kampung Pinang," tambahnya.Menurutnya, ianya adalah hasil tiga gabungan portfolio MPKK Bukit Tok Beng yang menjadi tenaga penggerak.Antaranya portfolio penerangan dakwah dan tarbiyah, ekonomi dan kebajikan serta belia dan sukan.
01 Feb 19
362
Sultan Mizan Titah Rakyat Jadikan Al-Quran Sahabat Akrab
Tuanku Mizan mahu rakyat akrab dengan al-Quran.KEMAMAN, 1 Februari - Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah supaya rakyat negeri itu menjadikan al-Quran sebagai amalan harian dan panduan kehidupan.Baginda turut memetik hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, "Bacalah al-Quran, sesungguhnya al-Quran akan datang sebagai syafaat kepada pembacanya."Oleh itu, setiap Muslim wajib menjadikan al-Quran sebagai sahabat di dunia untuk kekal menjadi sahabatnya di akhirat," titah Baginda ketika merasmikan Majlis Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman, semalam.Tuanku Mizan yang berkenan hadir bersama Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah turut menyeru masyarakat supaya meningkatkan kefahaman dalam membaca al-Quran."Apa yang lebih penting adalah menghayati dan mengamalkan ajaran al-Quran dalam kehidupan," titah Baginda.Dalam majlis tersebut, qari dari Kuala Terengganu iaitu Abdul Hadi Che Abdul Halim serta Qariah Setiu, Nor Hidayah Ab Rahman menggondol gelaran johan pertandingan.Mereka berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000, piala pusingan, piala iringan dan sijil penghargaan.Johan qari dan qariah negeri Terengganu 2019.Kedua-dua mereka akan mewakili negeri Terengganu di peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Seremban, Negeri Sembilan. Turut hadir mengiringi tuanku ialah Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan isteri; Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar bersama isteri, Tuan Faizah Ab Rahman serta exco-exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.
31 Jan 19
922
Gotong-Royong Perdana Eratkan Hubungan
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 31 Januari- Gotong-royong merupakan antara pendekatan terbaik untuk mengeratkan hubungan antara penduduk kampung dan jabatan kerajaan.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, selain bertindak sebagai platform untuk mengeratkan hubungan, program gotong-royong juga perlu diadakan bagi memastikan kebersihan kampung sentiasa terjaga."Gotong-royong seperti ini perlu kerap diadakan bagi menjaga kebersihan dan keselamatan kawasan kampung selari dengan slogan Kerajaan Negeri Terengganu, iaitu ‘Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera’."Saya berasa sukacita kerana program ini mendapat sambutan dan kerjasama yang menggalakkan daripada penduduk kampung serta jabatan-jabatan kerajaan,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Program Gotong-royong Perdana Mukim Bukit Puteri yang disempurnakan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Besut, Siti Mariam Hamid di Dewan Serbaguna Kampung Denger, hari ini.Turut hadir, Penghulu Mukim Bukit Puteri, Hatta Hassan dan Pegawai Khas Penyelaras DUN Kuala Besut, Mohd Sulaiman.Katanya, selain penduduk kampung, antara jabatan kerajaan yang menyertai program gotong-royong itu termasuk kakitangan Pejabat Daerah Besut, Majlis Daerah Besut, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak serta anggota RELA.Sementara itu, Siti Mariam berkata, program tersebut perlu diteruskan dari semasa ke semasa kerana ia sangat memberi manfaat kepada rakyat.“Di antara aktiviti yang diadakan ialah gotong-royong membersih kawasan kubur, mencuci kawasan masjid, membaiki rumah penduduk yang uzur dan memotong rumput di sekitar kampung-kampung di Mukim Bukit Puteri yang banyak memberi kebaikan kepada penduduk terutamanya yang uzur,” ujarnya.
30 Jan 19
42
Status RTB Rantau Abang, Peserta Diminta Bersabar
Ustaz Azman Shapawi Abdul RaniOleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 30 Januari- Peserta-peserta Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang diminta supaya bersabar kerana pihak kerajaan negeri berusaha keras menyelesaikan tentang isu pemilikannya.Timbalan Pengarah Majlis Tindakan DUN, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani, berkata proses penyelesaian yang melibatkan lebih 700 peserta-peserta RTB ini akan mengambil masa lebih-lebih lagi ianya melibatkan pelbagai peringkat."Ada yang dalam proses mengenal pasti tuan-tuan tanah yang lama, ada yang kita masih 'check' nama-nama yang lama tentang status mereka."Kalau yang mati, kita tukar kepada anak dia. Kalau tiada surat bukti, kena cari pembukti yang mengesahkan bahawa dia pernah dapat daripada Pejabat Daerah... sebab dia ada senarai pernah mohon,” katanya ketika dihubungi Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), baru-baru iniBeliau yang juga Pegawai Penyelidik Pejabat Menteri Besar berkata hal ini telah memakan masa bertahun-tahun malah melibatkan pindaan yang menyebabkan berlaku sedikit masalah untuk membuat pembetulan."Sebab ada yang sudah lama, buat pindaan, jadi nak perbetulkan semula, tidak mudah.“InsyaAllah, sebahagian besar akan dapat diselesaikan di dalam setahun dua nanti,”katanya.
29 Jan 19
188
Tilawah Al-Quran Medium Martabat Syiar Islam - MB Terengganu
Kerajaan negeri berusaha mendidik masyarakat mencintai al-Quran. Foto - Solahuddin Al-IdrusKEMAMAN, 29 Januari - Penganjuran Majlis Tilawah Al-Quran merupakan salah satu usaha serius Kerajaan Terengganu dalam memartabatkan syiar Islam dan mendaulatkan al-Quran dalam kehidupan rakyatnya.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri berkata, selain sebagai pendekatan dakwah, program tersebut dapat membantu meningkatkan cara tarannum di samping membantu penguasaan tajwid dalam masyarakat."Sebagai pihak yang memerintah, adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai pemimpin untuk mendidik masyarakat agar mencintai al-Quran."Kerajaan sangat komited memupuk minat rakyat beragama Islam dalam membudayakan al-Quran sebagai rujukan utama kehidupan," katanya ketika merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman, hari ini.Program berkenaan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini melibatkan 16 peserta dari seluruh daerah.Dr. Samsuri dalam ucapannya turut memaklumkan, kerajaan negeri melalui Bajet 2019 yang dibentangkan November lalu meneruskan program Skim Hafaz Al-Quran bagi peringkat sekolah dan terbuka dewasa dalam usaha memupuk minat masyarakat kepada kitab suci itu."Selain itu, kerajaan juga memperuntukkan RM5 juta dalam program Mus'ab Umair untuk mendidik masyarakat tentang kefahaman al-Quran."Sebanyak RM3 juta juga dilaburkan dalam Program Pengajian Braille untuk membantu orang kurang upaya (OKU) mengenali al-Quran," katanya.
29 Jan 19
315
Buku Orang Terengganu Jadi Sumber Rujukan Sejarah
Oleh: NajibKUALA TERENGGANU, 29 Januari - Buku 'Orang Terengganu' mampu menjadi panduan dan rujukan kepada mereka yang berhasrat mengenali negeri itu lebih mendalam, bukan sahaja warga tempatan bahkan di seluruh pelusuk dunia yang mahu mengenali negeri Terengganu.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali berkata, rakyat Terengganu seharusnya berbangga dengan keunikan negeri mereka yang cantik, berbudi bahasa yang baik serta kaya dengan sejarah dan peradaban Melayu yang diwarisi turun-temurun.“Sebagaimana kita maklum, Terengganu mempunyai sejarah yang panjang di wilayah Semenanjung yang membentuk identiti kebudayaan dan bahasa pertuturan yang unik berbanding negeri-negeri di Malaysia.“Kerajaan negeri juga sentiasa komited dalam penghasilan dan penerbitan buku berkaitan negeri Terengganu kerana ia bukan sahaja bahan pembacaan dan penyelidikan malah sumber warisan intelek yang tiada galang gantinya,” katanya.Beliau yang mewakili Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata demikian ketika merasmikan pelancaran buku “Orang Terengganu” di Dewan Serbaguna Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT), di sini, hari ini.Turut hadir, Pengarah PPAT, Marzialina Mohamed, Penyunting Buku Orang Terengganu, Prof. Dato’ Muhammad Abu Bakar dan Presiden Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (PERANTAU), Prof. Kamaruzaman Yusof.Tambahnya, melalui buku ini, generasi baharu akan lebih mengenali asal usul jurai keturunan Melayu Terengganu sekali gus mampu menjadi cerminan dan membentuk jati diri.Sementara itu, Pengerusi PPAT, Ustaz Ridzuan Hashim mencadangkan agar buku ini menjadi cenderahati kerajaan negeri dalam program-program agar ia menjadi ikon sejarah hidup orang Terengganu.Katanya, ianya secara tidak langsung akan membantu mempromosikan keunikan yang terdapat di Terengganu untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.
29 Jan 19
815