lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Beri Jika Mampu, Ambil Jika Perlu
Oleh: Helmi Abd SalamSETIU, 7 Januari - Konsep 'beri jika mampu, ambil jika perlu diguna pakai pengurusan Masjid Al Ukhuwwah Mengabang Telong, di sini bagi membantu golongan asnaf di daerah itu. Pelbagai kelengkapan dapur disediakan antaranya beras, minyak masak, tepung gandum, gula dan pelbagai jenis biskut kepada mana-mana penduduk yang kurang berkemampuan membeli kelengkapan dapur. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Ustaz Shafizi Ismail berkata, program seumpama itu wajar dicontohi masjid-masjid lain di negeri lain kerana sangat membantu meringankan beban golongan yang memerlukan.Katanya, pada masa sama, pihak masjid mengalu-alukan orang ramai yang berkemampuan menghulurkan pelbagai bentuk sumbangan tidak terhad kepada barangan makanan malah pakaian dan pelbagai barangan keperluan lain.“Jika semua masjid dapat membantu masyarakat dengan bantuan daripada tabung yang disediakan, ianya akan dapat membantu kerajaan dalam menangani masalah miskin tegar," katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Tabung Kebajikan Masjid Al Ukhuwwah Mengabang Telong baru-baru ini.Shafizi juga berharap agar dana yang diperoleh masjid melalui derma orang ramai dapat digunakan sebaik mungkin dengan program yang bermanfaat dalam membantu masyarakat setempat di samping berusaha menarik masyarakat untuk mengimarahkan masjid dengan program yang dianjurkan.“Tabung kebajikan yang ditubuhkan adalah berbentuk sumbangan barangan untuk digih kepada mereka yang memerlukan dengan konsep 'beri jika mampu, ambil jika perlu' bagi ahli qaryah setempat.“Sementara sumbangan berbentuk wang ringgit akan diurus oleh jawatankuasa masjid membeli barangan keperluan yang akan diletakkan di almari yang disediakan,” katanya.
07 Feb 19
158
Empty Image
Kejohanan Bola Sepak Serlah Kemampuan Anak Muda Mengurus
Alias Harun (dua dari kanan) bergambar dengan pasukan bertanding.Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 7 Februari - Kejohanan bola sepak telah membuktikan bahawa orang muda berkemampuan mengurus satu kejohanan sukan yang besar dan berkonsepkan patuh syariah. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun memuji sikap saling bekerjasama mereka sehingga berjaya mengendalikan kejohanan yang disertai oleh 34 pasukan dari seluruh Terengganu. Ujarnya, beliau juga berpuas hati dengan semua pemain dan juga penganjur yang menyahut seruan Kerajaan Terengganu untuk membudayakan amalan menutup aurat ketika bersukan."Alhamdulillah semua pemain berpakaian menutup aurat dalam pertandingan ini, pemain-pemain menjadikan Islam sebagai panduan. "Mereka juga menyahut seruan kerajaan Terengganu dan melaksanakan patuh syariah dalam bersukan," ujarnya.Alias Harun merasmikan Majlis Penutup Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah.Beliau yang juga merupakan Pengarah Majlis Tindakan DUN berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutup Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Burung Baru di sini semalam. Menurut Pengerusi MPKK Burung Baru, Mat Zaik Mahmood, kejohanan tersebut disertai dan dikendalikan sepenuhnya oleh anak muda termasuk urusan promosi. Beliau turut berharap agar penganjur menjadikan kejohanan itu sebagai acara tahunan bagi MPKK Burung Baru."Kita yang berumur ini hanya memantau dan memberi pandangan jika diperlukan.“Semoga acara yang dianjurkan ini berterusan, menjadi acara tahunan buat kita di sini,” ujarnya.Pasukan D'Spex merangkul gelaran juara.Kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu bermula pada 5 Februari dan berakhir pada 6 Februari menyaksikan pasukan D'Spex bergelar juara, manakala Restu Bonda yang mewakili Kampung Burung Baru di tempat kedua dan Seri Bangun di tempat ketiga.
06 Feb 19
84
Empty Image
Masalah Saliran Alor Damat Akan Selesai
Shaharizukirnain Abd Kadir (dua dari kiri) menyampaikan bantuan kepada yang memerlukan.Oleh: Dzakaria Mohd SallehSETIU, 7 Februari - Masalah saliran yang berlaku di Kampung Alor Damat berdekatan Batu Rakit akan diselesaikan secepat mungkin.Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, beliau akan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang menghantui dan membimbangkan penduduk kawasan itu.Ujarnya, beliau akan menyelesaikan masalah ini bersama-sama Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) serta satu lawatan rasmi akan diadakan dalam masa  terdekat bagi mencari punca dan jalan penyelesaian.Shaharizukirnain Abd Kadir ketika menjawab soalan yang dibangkitkan masyarakat di sini."Insya-Allah saya akan buat satu lawatan ke kawasan berkenaan dalam masa terdekat."Saya akan hadir bersama-sama dengan pihak terlibat, pegawai penyelaras DUN dan MPKK minggu hadapan," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dibangkitkan oleh orang ramai pada segmen 'Aduan Rakyat' selepas merasmikan Majlis Pelancaran Badan Khairat Kematian Masjid Al-Ukhuwwah, Mengabang Telong pada petang kelmarin.Turut hadir, Pegawai Penyelaras DUN Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail, AJK MPKK Pengkalan Maras, Mengabang Telong, Alor Damat dan Taman Perumahan Wakaf Tengah.Masalah saliran yang berlaku itu sangat menjejaskan penduduk kampung itu untuk melakukan aktiviti harian dengan lancar.Masyarakat sekitar tidak melepaskan peluang untuk bersoal jawab.Masalah itu bertambah teruk apabila tiba musim hujan terutama di penghujung tahun.Kos yang sangat besar untuk membaiki saliran itu menjadi punca masalah itu berlarutan dari tahun ke tahun.Terdahulu, dalam ucapan perasmian program itu, beliau memuji langkah yang diambil oleh pihak masjid dan empat MPKK yang terbabit dalam usaha menubuhkan badan khairat kematian bagi membantu pengurusan jenazah penduduk kampung dan musibah yang berlaku.
06 Feb 19
203
Empty Image
Suasana Harmoni Antara Kaum Hiasi Sambutan Tahun Baharu Cina Di Terengganu
Hanafiah Mat (empat dari kiri) bersama-sama penganjur selepas merasmikan majlis penutup pesta karnival.KUALA TERENGGANU, 5 Februari - Kerajaan Negeri Terengganu akan memastikan suasana aman dan harmoni yang dinikmati di negeri itu akan terus dipertahankan meskipun berbeza agama, kaum dan fahaman politik.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, kerajaan negeri bersyukur dengan nikmat keharmonian antara kaum yang dikurniakan di Terengganu.Ujarnya, kerajaan berjanji untuk memberikan kerjasama yang penuh kepada seluruh masyarakat sama ada Melayu, Cina ataupun India  untuk terus mempertahankan keharmonian yang ada.Hanafiah Mat berkata kerajaan akan terus berkhidmat pada rakyat tanpa mengira perbezaan agama, kaum dan politik."Kami akan memberi kerjasama kepada seluruh masyarakat tanpa mengira bangsa, agama apatah lagi fahaman politik."Kami akan jadikan seluruh rakyat Terengganu sama ada Melayu, Cina mahupun India adalah rakyat negeri Terengganu bersama (tanpa ada dikriminasi kaum), ini falsafah perjuangan kami," katanya sambil disambut sorakan dan tepukan gemuruh oleh hadirin. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Perayaan Pesta Karnival sempena sambutan Tahun Baru Cina di Kampung Cina, Kuala Terengganu semalam.Antara pengunjung yang hadir memeriahkan majlis.Hadir sama pada majlis itu ialah Pegawai Khas Hal Ehwal Bukan Islam Menteri Besar Terengganu, Dr Balachandran G Krishnan, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Cina, Jefri Chua serta Pengerusi Dewan Perhimpunan Tiong Hua Terengganu, Tan Beng San.Terdahulu, Hanafiah Mat yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chukai dipersembahkan dengan persembahan seruling dan mercun oleh komuniti Cina di kampung itu.Pesta karnival yang berlangsung selama empat hari tersebut bertujuan untuk menghangatkan dan memeriahkan lagi suasana sambutan Tahun Baharu Cina di sini.Pesta karnival yang dianjurkan oleh Dewan Perhimpunan Tiong Hua Terengganu turut dihiasi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan tarian singa serta nyanyian dan tarian kebudayaan oleh warga emas dan kanak-kanak.Suasana harmoni antara masyarakat berbeza kaum di Terengganu ini boleh dilihat dengan kehadiran masyarakat Melayu dan India semasa pesta karnival ini berlangsung.
05 Feb 19
407
Empty Image
Ops Angpau Kekang Jenayah Syariah
Foto - Wan Luqman HakimOleh: Afif FideeKUALA TERENGGANU, 5 Februari - Operasi Angpau (Ops Angpau) dilaksanakan Bahagian Penguatkuasaan, Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu Dan Kuala Nerus bertujuan memantau jenayah syariah sempena cuti Tahun Baru Cina, awal pagi tadi.Operasi melibatkan kekuatan 30 anggota penguat kuasa tetap dan sukarela itu mensasarkan beberapa kawasan baharu di kedua-dua daerah yang dikenal pasti sepanjang operasi rondaan.Dalam operasi berkenaan, sepasang kekasih turut ditahan kerana disyaki berkhalwat.Pasangan tersebut yang merupakan penuntut sebuah  universiti di sini ditahan ketika didapati berdua-duaan dalam sebuah bilik di sebuah hotel bajet di bandar Kuala Terengganu.Pegawai Jabatan Agama Daerah Kuala Terengganu Dan Kuala Nerus, Azmi Tengah memaklumkan, kedua-dua penuntut terbabit dikenakan caj di bawah Seksyen 31 di dalam Enakmen yang sama.“Mereka akan dikenakan denda tidak melebihi RM 3,000 sebagaimana yang diperuntukkan atau dua tahun penjara jika gagal menyelesaikan denda tersebut,” katanya.Menurut Azmi, Ops Angpau yang dijalankan tidak melibatkan pelanggaran kepada mana-mana seksyen-seksyen di dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah,Takzir Terengganu.Operasi tersebut berakhir sekitar 4.30 pagi tadi setelah berlangsung selama empat jam.
04 Feb 19
43
Empty Image
Perkahwinan Unik Pasangan Satu Kolej
Oleh: Amiirullah MansorDUNGUN, 4 Februari- Ikatan cinta Siti Sarah Osman,27, yang juga Orang kelainan Upaya (OKU) kerdil bersama pasangannya Mohd Azran Zainal Abidin,27, ketika bersama-sama menuntut di sebuah kolej dinoktahkan menerusi ikatan suci pernikahan.Mohd Azran berkata, walaupun isterinya OKU kerdil, beliau tidak pernah berasa kekok menjalani perhubungan sepanjang perkenalan dan diawal perhubungan mereka lebih kepada persahabatan"Saya tidak melihat kecacatan isteri saya sebagai halangan untuk kami melangsungkan perkahwinan setelah lama berkenalan pada zaman kolej dahulu," katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai majlis persandingan mereka di rumah pengantin perempuan di Jalan Melati, Dungun, semalam. Mohd Azran berkata, biar apa pandangan orang lain terhadap mereka, ia sedikit pun tidak melunturkan semangat untuk meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin."Saya tidak melihat paras rupa, warna kulit, dan kesempurnaan fizikal, tapi apabila terdetik perasaan cinta dalam hati, semua kelemahan itu akan menjadi indah dan sempurna. “Terus saya menyatakan perasaan yang terbuku ini dan alhamdulillah, kami disatukan sebagai suami isteri," ujarnya.Pasangan yang diijabkabulkan pada 1 Februari lalu mengakui, bahagia dan serasi antara kedua - duanya.Sementara itu, Siti Sarah menzahirkan rasa syukur bertemu jodoh dengan seorang suami yang bertanggungjawab dan baik hati.Katanya, walaupun dirinya bergelar OKU kerdil, segala-galanya dilalui dengan penuh yakin dan paling penting tidak pernah menagih simpati orang lain.“Apatah lagi, status isteri membuatkan tanggungjawab saya lebih besar dalam menjalani kehidupan berumah tangga. "Sejak dulu, saya menjadikan kekurangan diri sebagai pencetus motivasi dan dorongan untuk lebih berjaya," ujarnya.
04 Feb 19
418
Empty Image
Bukit Harimau Menangis Cetus Trend Aktiviti Lasak Baharu
Aktiviti mendaki dibataskan pada waktu tertentu atas tujuan keselamatan.Oleh : Khalid Abdullah KEMAMAN, 3 Februari - Aktiviti mendaki Bukit Harimau Menangis mencetuskan satu fenomena baharu apabila berjaya menarik ramai pengunjung dan penggemar aktiviti lasak setiap kali cuti hujung minggu.Tinjauan pada jam 8 pagi hujung minggu lalu, mendapati hampir 100 buah motosikal dan 50 buah kereta pengunjung diparkir di pinggir jalan sekitar lokasi berkenaan.Seorang pengusaha jualan makanan ringan dan air minuman, Suhaini Kamaruzaman, 36, yang membuka gerai di jalan masuk ke bukit tersebut berkata, lokasi itu menjadi semakin popular selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili melakukan aktiviti mendaki bersama masyarakat sekitar dua minggu lalu."Keadaan berubah serta-merta masuk minggu kedua kakak berniaga di sini. Pada Jumaat dan Sabtu minggu lepas, pengunjung terlalu ramai datang sehingga tidak menang tangan juga kita dibuatnya. Kenderaan mula memenuhi kaki bukit setiap hujung minggu seawal 6 pagi. "Ada yang datang sebelah pagi dan ramai juga yang datang selepas waktu Asar. Tetapi, kebanyakannya datang bersama anak dan keluarga,” katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman di gerai jualannya.Sementara itu, Mohd Nazri Mohd Zaki, 45, seorang pekerja swasta yang menetap di Taman Panalex, Kertih mengakui itu adalah kali pertama dia berlima sekeluarga mendaki di situ."Kebiasaan kami sekeluarga mendaki di Bukit Bauk, Dungun. Namun selepas berkunjung ke sini, ternyata Bukit Harimau Menangis lebih menarik dan sesuai untuk pendakian bersama anak-anak atau bersama keluarga. Keluarga Mohd Zaki seronok dengan laluan denai Bukit Harimau Menangis."Laluan denai memberikan pengalaman baru untuk kami sekeluarga. Anak-anak juga sangat seronok walaupun kepenatan," kata lagi.Sementara tiga sahabat, yang juga pegawai bank komersial di Kemasik, Ismail Afif Mohd Ariffin, Khairul Amilin Kamaruzaman dan Shazlan Amer Mohd Yusof pula senada menyatakan keseronokan melakukan aktiviti mencabar membuatkan mereka terus mengulangi kunjungan ke Bukit Harimau Menangis hampir setiap hujung minggu.Tiga peminat aktiviti lasak akui mendaki Bukit Harimau Menangis beri pengalaman menarik.
03 Feb 19
781
Empty Image
Peserta Bakti Siswa 3.0 Sahut Kempen Terengganu Bersih
Oleh: Aslam WiraMARANG, 3 Februari - Seramai 60 orang peserta Bakti Siswa 3.0 daripada Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Perak menyahut Kempen Terengganu Bersih di Pantai Pulau Kekabu, di sini.Peserta yang terdiri daripada Kelab Tabung Haji (TAHA) tersebut berkampung di Rhu Rendang selama empat hari bermula 1 Februari lalu dan telah bersama-sama turun ke kawasan pantai untuk membersihkan sampah sarap.Aktiviti kemasyarakatan tersebut disambut baik apabila orang awam turut memberikan kerjasama dengan membantu mengutip dan meletakkan sampah ke dalam plastik yang dibawa oleh peserta.Program anjuran bersama Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang itu juga memberikan manfaat kepada kawasan rekreasi tersebut yang mula terkenal dan menjadi tumpuan orang ramai terutama pada musim cuti sekolah.Pegawai Khas ADUN, Wahad Osman ketika menyambut peserta program tersebut berkata, beliau mewakili Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, mengucapkan terima kasih kepada pelajar dan pihak universiti kerana memilih Rhu Rendang sebagai lokasi program itu.Turut serta dalam program membersihkan kawasan pantai adalah Kakitangan Pejabat DUN Rhu Rendang, Ameerah, Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dan Pemuda PAS Dun Rhu Rendang.Di samping itu, para pelajar dibawa melawat ke kilang memproses keropok dan Kilang Membuat Dodol sebagai mempromosikan makanan tradisional yang terdapat di DUN Rhu Rendang.Peserta bakti siswa itu juga turut menyertai program Terengganu Hijab Day yang diadakan di Batu Buruk bersama Yang Berhormat ADUN Wanita, Zuraida Md Noor.
03 Feb 19
59
Empty Image
Turun Padang, Nasihat Kanak-Kanak Jaga Kebersihan
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 3 Februari- Amalan menjaga kebersihan bagi melahirkan komuniti yang sihat sewarnya menjadi satu budaya yang perlu diamalkan oleh setiap anggota masyarakat.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, budaya menjaga serta peka terhadap kebersihan harus diterapkan bermula dari fasa kanak-kanak lagi."Kita sedia maklum, kebersihan merupakan cabang keimanan. Hari ini saya mengambil peluang mendekati anak-anak yang leka bermain di taman yang kebersihannya tidak dikawal."Penduduk mendakwa, bahawa kanak-kanak berkenaan suka buang sampah sesuka hati di taman berkenaan. Jadi saya dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) menemui anak-anak bagi mengambil peluang untuk menegur dan menasihati dengan penuh kasih sayang, agar mereka sedar supaya bertanggungjawab menjaga kebersihan taman permainan berkenaan," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada media ketika meninjau Taman Perumahan Bukit Besi, di sini, baru-baru ini.Menurut Ghazali, sifat negatif itu juga berpunca dari kalangan keluarga dan anggota masyarakat yang mengambil mudah mengenai nilai kebersihan."Di mana mereka membuang sesuka hati sampah sarap, jadi anak-anak turut meniru perbuatan yang sama," katanya.Menurutnya, perbincangan akan dilakukan bersama MPKK untuk mengadakan satu program kempen kesedaran menjaga kebersihan alam sekitar di masa akan datang."Untuk taman (ini) MPKK akan ambil perjalanan bagi membersihkan taman ini. Pada masa yang sama akan cuba untuk sentiasa bersama anak-anak ini bagi mendidik mereka mengenai amalan menjaga kebersihan."Mereka merupakan generasi pelapis bagi menerajui kepimpinan di masa akan datang. Maju dan mundur sesebuah komuniti tidak semestinya diukur dengan terdirinya bangunan yang megah, atau rumah-rumah yang besar,"katanya lagi.
02 Feb 19
258
Empty Image
Koperasi PTB Jaga Kebajikan Ahli
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 3 Februari- Koperasi Pesaka Terengganu Berhad (PBT) terus utuh dan relevan dalam menjaga kebajikan ahlinya. Pengerusi Lembaga Pengarah PTB, Wan Hassan Mohd Ramli berkata, Koperasi PTB yang berusia lapan tahun itu antara koperasi yang bertahan kerana mempunyai elemen kekuatannya yang tersendiri.Katanya, kejayaan sesebuah koperasi itu bergantung kepada komitmen ahli serta perancangan yang tersusun.“Kejayaan atau mundurnya sesebuah koperasi atau organisasi kebiasaannya bergantung kepada dua aspek iaitu komitmen kita berkerja, merancang dan berfikir bagi memajukan koperasi dan keduanya disebabkan perancangan."Yang selalu berlaku kegagalan ialah pada amanah yang diberikan. Duit modal, kadang-kadang hutang yang tidak dijelaskan, bahkan ditambah hutang. Apabila aset melebihi liabiliti disitulah akan mula timbul masalah."Kita perlu melihat pada semangat dan perancangan, kalau kita gagal merancang, sebenarnya kita telah merancang kegagalan, tetapi kalau kita merancang sebaik mungkin sudah tentu akan berjaya," ujarnya.Beliau Berkata demikian, semasa berucap merasmikan Mesyuarat Koperasi PTB, di Kelab Golf, Bukit Besi, baru-baru ini.
02 Feb 19
196