lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
MPKK Bukit Besi Tunai Keperluan Belia
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 11 Februari - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sentiasa berusaha memenuhi keperluan belia walaupun dengan peruntukan kewangan yang terhad.Ini kerana Kerajaan Terengganu memberi perhatian serius terhadap golongan belia termasuk dalam pendidikan,  sukan dan keusahawanan termasuk di peringkat kampung. Tidak ketinggalan juga belia dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi yang bergerak seiring dengan dasar kerajaan negeri dalam semua aspek.Pengerusi MPKK Bukit Besi, Ahmad Bakhir Chik berkata,  adalah menjadi kelaziman anak muda DUN tersebut sentiasa bekerjasama dengan MPKK termasuk menyertai penganjuran aktiviti sukan."Walupun peruntukan terhad untuk pengurusan MPKK namun kita tak nak hampakan anak muda yang mahu menganjurkan sebarang kejohanan sukan," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Program Dialog Bersama Anak Muda Bukit Besi di Dataran Balairaya Bukit Besi, di sini baru-baru ini.Tambahnya lagi, apa yang tidak mampu ditanggung di peringkat MPKK untuk penganjuran lebih besar, ia akan dibawa ke peringkat Penyelaras DUN berkenaan."Usaha ini adalah bagi memastikan pembangunan anak muda tidak dipinggirkan, dan sentiasa mendapat kecaknaan dari pihak MPKK," jelas beliau.
11 Feb 19
53
Empty Image
Keluarga Tuan Guru Ayah Chik Harmoni, Manis - MB Terengganu
Abdul Hadi (enam dari kanan) bersama keluarga meraikan Tahun Baru Cina di Rusila Marang baru-baru ini.MARANG, 11 Februari - Menjadi kelaziman bagi Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga beberapa tahun kebelakangan ini di Rusila di sini kerana mempunyai menantu perempuan berbangsa Cina, Aisyah Lim Abdullah."Saya bersama ahli keluarga menghadiri sambutan Tahun Baru Cina di rumah anakanda Yusuf bagi meraikan menantu saya, Aisyah Lim yang berbangsa Cina. Gong Xi Fa Chai," katanya dalam status yang dimuat naik di Facebooknya semalam.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan majlis keraian keluarga besar Presiden PAS itu sebagai satu kehidupan harmoni dan memang manis sebagai keluarga Islam dan seorang tokoh kepimpinan ummah."Harmoni, Tuan Guru Ayah Chik (panggilan mesra Ahli Parlimen Marang itu) menyambut Tahun Baru Cina meraikan menantu beliau, Aisyah Lim yang berbangsa Cina. Memang 'sweet' (manis)," ulas Dr Ahmad Samsuri dalam status Facebook beliau yang dimuat naik semalam.Ini menunjukkan bahawa tidak ada apa-apa masalah untuk orang Islam turut sama menyertai sambutan Tahun Baru Cina bagi menyatakan Islam tidak melarang penganutnya turut serta meraikan budaya sambutan perayaan berbilang kaum di negara ini selagi tidak bercanggah dengan akidah Islam.Terdahulu, Dr Ahmad Samsuri turut meraikan kaum Tionghua dengan merasmikan Festival Sambutan Tahun Baru Cina di Kuala Terengganu baru-baru ini.Bahkan kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM200,000 termasuk untuk sambutan Tahun Baru Cina dan pelbagai bantuan lain kepada masyarakat Cina di seluruh negeri Terengganu pada tahun ini.
11 Feb 19
1134
Empty Image
Isteri MB Gemar Bertanam Sayur
Tuan Faizah sedang memetik sawi.KUALA TERENGGANU, 11 Februari - Aktiviti isteri Menteri Besar Terengganu, Tuan Faizah Tuan Abd Rahman tidak terhenti sekadar menjadi pengiring suami ke majlis keraian dan bergaul dengan semua lapisan masyarakat tetapi di masa lapang beliau turut berbudi kepada tanah.Ketika ada masa terluang beliau kelihatan melaksanakan hobinya menanam sayur sawi untuk digunakan sebagai bahan masakan kegemaran keluarga ketua kerajaan negeri itu.Bercucuk tanam dengan menanam sayur-sayuran di tanah lapang di halaman rumah adalah satu aktiviti bermanfaat yang mendatangkan hasil dan sekurang-kurangnya untuk mengurangkan perbelanjaan bahan dapur keluarga.Tuan Faizah kelihatan gembira dengan hasil usahanya berbudi kepada tanah.Hobi bercucuk tanam itu boleh menjadi aktiviti yang baik bukan sahaja untuk bahan masakan tetapi juga untuk merehatkan minda dan menggerakkan urat saraf sekali gus merupakan amalan kesihatan yang tidak lekang dek zaman.Difahamkan, kurangnya aktiviti pergerakan badan, menimbulkan banyak masalah kepada kesihatan tubuh badan manusia.Kebiasaannya Tuan Faizah bersama suami sering kelihatan 'bergateh' (mengayuh basikal) beberapa kilometer dari rumah beliau di waktu ada kelapangan khususnya di waktu pagi.Ini menggambarkan kepimpinan negeri Terengganu amat menggalakkan orang ramai menyertai sebarang aktiviti sihat untuk kebaikan dan kesihatan mereka.Ustaz Wan Sukairi (dua dari kanan) bermesra dengan orang ramai ketika menemui mereka di Bukit Besar Kuala Terengganu hari ini.Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah turut melaksanakan aktiviti 'jogging' di Bukit Besar di sini hari ini.Di samping itu, beliau sempat berbual mesra dengan orang ramai yang turut serta melaksanakan aktiviti sihat itu.Ustaz Wan Sukairi berkesempatan beriadah selama setengah jam mulai pukul 7.30 pagi tadi.
11 Feb 19
45
Empty Image
KT Walk Ikon Bandaraya Kuala Terengganu
Makanan menarik yang ada di KT Walk.KUALA TERENGGANU, 11 Februari - KT Walk yang menjadi pusat kepada pengunjung untuk menikmati pelbagai produk tradisi dan makanan Terengganu kini menjadi tumpuan utama bandaraya Kuala Terengganu menjelang hari minggu.Berkonsepkan ‘uptown’, KT Walk yang dikelola oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) itu menjadi persinggahan segenap lapisan masyarakat dari dalam dan luar negeri.Rata-rata pengunjung yang ditemui menyatakan rasa teruja dan gembira apabila mengunjungi KT Walk.Quratul Ain (tengah) yang berasal dari Johor tertarik dengan suasana dan makanan yang ada di sini.Pengunjung kali pertama, Nur Quratul Ain Mohd Faizal, 16, berkata, KT Walk yang menyajikan pelbagai makanan tradisional menarik dan berkualiti ternyata memberinya kegembiraan setelah penat belajar di sekolah.“Di sini macam-macam makanan menarik ada, makanan Terengganu seperti keropok lekor, nasi dagang.“Saya baru pertama kali datang sini, seronok la, sini ada pakaian (identiti) Terengganu, ada persembahan kebudayaan,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemubual wartawan di pasar malam KT Walk.Sementara itu, Azizah Aziz, 63, seorang peniaga berkata, suasana santai serta tenang yang ada di KT Walk ternyata mengujakan semua orang untuk berkunjung ke sini.“Menariknya saya sendiri pun yang dah lama berniaga di sini sangat berpuas hati.“Mak cik yang mula berniaga di sini pada pukul 5 petang biasanya akan tutup gerai pukul 9, pukul 9 makanan (nasi dagang) dah habis terjual,” ujarnya yang bertutur dalam loghat Terengganu.Pasar malam KT Walk telah dibuka sejak 24 April 2015 di mana gerai jualan adalah sepanjang 500 meter bermula di bangunan Menara Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) hingga bangunan Tabung Haji membabitkan hampir 100 peniaga.Pakaian beridentitikan Terengganu menjadi buruan pengunjung.Ia terbahagi kepada tiga segmen iaitu jualan makanan tradisi Terengganu, produk asas tani seperti buah-buahan serta sayuran dan gerai pelbagai yang menjual cenderahati, kraftangan serta pakaian.Aktiviti menarik yang dikawal selia oleh MBKT juga menarik perhatian pelancong dari luar negara untuk mengunjungi KT Walk, antaranya persembahan kebudayaan seperti lagu tradisional Terengganu.Malam kesenian Islam, demontrasi silap mata, ayam serama, canting batik dan sukan mini marathon dan 'street soccer' turut diadakan di pentas utama.Apa yang menarik, 'uptown' yang bermula pada 5 petang dan berakhir pada 12 malam setiap hari Jumaat itu hanya dikenakan sewa tapak sebanyak RM 40 sebulan.
11 Feb 19
586
Empty Image
Rumah Pusaka Hangus Terbakar
Oleh: Norekwan MamatBESUT, 11 Februari - Sebuah rumah pusaka musnah dalam kebakaran di Kampung Alor Belanga, Hulu Besut, pagi ini.Dalam kejadian awal pagi itu, pemiliknya, Normila Abd Razak, 46, tiada di rumah kerana keluar menghantar anaknya ke sekolah.Normila berkata, sebaik pulang daripada menghantar anak ke sekolah, dia melihat kepulan asap keluar dari stor berhampiran dapur rumah yang didiaminya selama 20 tahun itu.Sementara itu, Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat PBK 11, Mohd Syaiful Fitri berkata, pihaknya menerima panggilan jam 7.41 pagi dan terus memulakan operasi sesampainya di tempat kejadian pada jam 7.53 pagi dan operasi tamat pada jam 8.47 pagi.Katanya, seramai 15 anggota bomba turut terlibat dalam operasi tersebut di mana punca kebakaran masih dalam siasatan.Dalam perkembangan sama, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut, Ustaz Mat Daik Mohamad terus bergegas ke lokasi kejadian selepas mengetahui berita tersebut.“Insya-Allah kita akan menghulurkan bantuan berbentuk kewangan atau apa saja  bantuan serta  akan berusaha sekadar yang mampu untuk menyelesaikan masalah mangsa,” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.
11 Feb 19
67
Empty Image
Kejohanan Futsal Piala Dr Riduan Mohd Nor Raikan Anak Muda
Bersukan bukan penghalang untuk menutup aurat.Oleh: Jusmawari JusohBESUT, 11 Februari - Kejohanan Futsal Piala Dr Riduan Mohd Nor yang juga merupakan Pegawai Penyelaras Parlimen Besut telah berlangsung pada 8 hingga 9 Februari 2019 di Gelanggang Futsal Limbongan, Besut.Kejohanan yang disertai oleh 48 pasukan itu terdiri daripada pelbagai latar belakang anak muda termasuk mereka yang terlibat dengan pertandingan futsal di peringkat daerah dan juga negeri.Pegawai Penyelaras Parlimen Besut, Riduan Mohd Noor berkata, kejohanan yang diadakan itu  adalah untuk menggalakkan anak muda sentiasa mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah."Tujuan pertandingan ini diadakan untuk merapatkan ukhuwah di antara anak-anak muda di daerah ini."Selain menjadikan anak-anak muda sihat, menjauhi najis dadah dan juga melahirkan masyarakat yang berdisiplin tinggi," ujarnya.Riduan Mohd Nor menyampaikan hadiah kepada pemenang.Program yang berlangsung selama dua hari itu menyaksikan Pulut Ikan Bakar FC (PIBFFC) dinobatkan sebagai juara, manakala GB FC dan Paya Rawa FC masing-masing berada pada tempat kedua dan ketiga.Kejohanan itu juga turut menobatkan Zulkifli Abdullah sebagai pemain terbaik kejohanan dengan jaringan dua gol dalam perlawanan akhir.Kejohanan itu dianjurkan oleh Pejabat Pegawai Penyelaras Parlimen Besut dengan kerjasama Department of Art, Culture and Sport (DACS) daerah Besut.Dr Riduan bergambar kenangan bersama pasukan bertanding.Menurut Pengerusi DACS Besut, Suhaimi Mohd, aktiviti sebegini akan terus dipergiatkan daripada semasa ke semasa."Kolaborasi bersama pihak Pegawai Penyelaras Parlimen Besut, Dr. Riduan Mohamad Nor akan terus diadakan selepas ini."Yang terdekat menerusi pertandingan sepak bola penalti dengan objektif yang sama iaitu untuk menarik anak muda mencintai cara hidup yang sihat, bertenaga dengan bersukan patuh syariah."Semoga dengan kejohanan sebegini dapat memberi manfaat kepada pemuda-pemuda di daerah Besut untuk mengamalkan gaya hidup sihat , menjauhi kegiatan tidak bermoral, di samping mengisi masa lapang dengan agenda hidup yang bermanfaat seperti ini," katanya.
10 Feb 19
152
Empty Image
Peluang Kursus Servis Kenderaan Untuk Anak Asnaf Terengganu
KUALA TERENGGANU, 10 Februari - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menawarkan Kursus Servis Pembaikan Kenderaan Ringan Tahap 2 dan 3 selama dua tahun beserta asrama sepenuh masa kepada anak-anak asnaf fakir miskin sahaja yang lahir dan menetap di Terengganu.Program ini dikendalikan oleh Naza Academy di Gurun, Kedah yang menawarkan program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) berimpak tinggi khas kepada belia asnaf di Terengganu di mana sijil  kursus ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.Semua perbelanjaan kursus ditanggung oleh MAIDAM termasuk pembayaran elaun RM200 setiap bulan sepanjang berkursus dan jaminan pekerjaan selepas tamat kursus.Syarat Kemasukan :✅ Rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu✅ Anak asnaf fakir miskin sahaja✅ Beragama Islam, baligh & berakal✅ Terbuka kepada lelaki & perempuan✅ Berumur 18 hingga 25 tahun✅ Berstatus bujang✅ Memiliki sijil SPM & lulus Bahasa Melayu✅ Mempunyai minat dalam bidang Automotif✅ Tidak mempunyai rekod jenayah atau pengambilan dadah secara haram✅ Sihat tubuh badan & tidak buta warna✅ Tidak menghidap sawan atau penyakit kronikKelebihan & Manfaat :➡ Tiada yuran pendaftaran➡ Yuran pengajian (percuma)➡ Asrama disediakan (percuma)➡ Makan & minum disediakan (percuma)➡ Pakaian & kasut bengkel disediakan (percuma)➡ Perlindungan takaful (percuma)➡ Elaun sara diri sebanyak RM200 sebulan➡ Jaminan peluang pekerjaan setelah tamat pengajianTempat adalah TERHAD‼Tarikh tutup permohonan adalah : 13 FEBRUARI 2019Borang permohonan boleh dimuat turun melalui pautan di bawah:http://www.maidam.gov.my/index.php/ms/pusat-maklumat/boranghttp://www.maidam.gov.my/index.php/ms/pusat-maklumat/boranghttp://www.maidam.gov.my/index.php/ms/pusat-maklumat/borangSemua permohonan hendaklah dihantar ke Kaunter Ibu Pejabat MAIDAM Kuala Terengganu (Unit Agihan Zakat : 09-6303030) sebelum atau pada 13 FEBRUARI 2019 waktu pejabat
09 Feb 19
507
Empty Image
Khairuddin Dekati Penduduk Secara Santai Di Warung
Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 10 Februari - Ahli Parlimen Kuala  Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razalimengambil pendekatan santai bertemu penduduk di warung-warung bagi mendekati rakyat dan golongan sasaran untuk mengetahui dan menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.Ketua Seketariat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus, Abdul Hadi Harun berkata, pendekatan sebegitu lebih baik kerana dapat mengesan permasalahan ataupun isu yang dihadapi mereka.“Sebagai contoh, kunjungan Dr Khairuddin ke Kampung Bukit Petiti dan Kampung Kesom Che Nordin pada sebelah pagi walaupun perlu menghadiri beberapa mesyuarat di Kuala Terengganu pada hari yang sama ternyata mengembirakan penduduk.“Tujuan beliau adalah untuk meninjau dan menziarahi penduduk di kawasan berkenaan selain mendengar permasalahan yang dialami oleh mereka,” katanya kepada pemberita semasa ditemui di sebuah warung di Kampung Kesom Che Nordin ketika kunjungan Ahli Parlimen Kuala Nerus itu ke kampung berkenaan, baru-baru ini.Katanya, Dr Khairuddin menggunakan kesempatan itu sepenuhnya untuk mendengar permasalahan yang dialami penduduk di samping beramah mesra dengan mereka. “Banyak keluhan dan rungutan berkenaan kos sara hidup yang semakin menghimpit rakyat pada hari ini diluahkan oleh penduduk kampung kepada beliau,” ujarnya.
09 Feb 19
316
Empty Image
Peniaga, Persatuan Perlu Sepakat Perkasa Pasar Gong Pauh
Peniaga manfaatkan majlis dialog untuk menyuarakan pendapat.KUALA TERENGGANU, 7 Februari - Peniaga-peniaga Pasar Borong Gong Pauh dan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu (PPPKMT) perlu mencapai kesepakatan bersama jika ingin merealisasikan perubahan kepada Pasar Borong Gong Pauh.Ahli Dewan Undangan (ADUN) Negeri Wakaf Mempelam, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kedua pihak perlu duduk semeja untuk memutuskan yang terbaik bagi pusat perniagaan berkenaan.“Kita berkumpul dengan satu hasrat untuk memperkasa Pasar Gong Pauh dengan mendengar pandangan para peniaga.“Kita juga mendengar beberapa cadangan daripada wakil persatuan dan menyambut baik hasrat mereka untuk meningkatkan pengeluaran dan memberi kemudahan kepada mereka untuk menikmati fasiliti lebih baik di pasar berusia belasan tahun ini,” katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas mempengerusikan Majlis Dialog Memperkasa Pasar Borong Gong Pauh di lokasi tersebut, hari ini.Majlis berkenaan dianjurkan Pusat Khidmat DUN sebagai medium peniaga menyuarakan luahan dan pandangan mereka tentang hasrat PPPKMT untuk mengambil alih pengurusan pasar daripada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).Wan Sukairi turut berharap kedua-dua pihak dapat memutuskan kata sepakat dalam menjagakan hasrat berkenaan sambil menyatakan wakil rakyat atau kepimpinan negeri hanyalah orang tengah dalam urusan tersebut.“Saya bertindak sebagai pemudah cara antara peniaga, pihak persatuan dan juga  MBKT yang menguruskan pasar ini memandangkan ia terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam.“Bagaimanapun, harapan kami supaya isu-isu tertunggak seperti yuran sewa, peniaga ‘haram’ yang memenuhi kawasan hadapan dan isu-isu berkaitan kenderaan keluar masuk, kebersihan dan infrastruktur dapat diselesaikan dengan kesepakatan ini,” katanya.Majlis tersebut mendapat sambutan baik dengan kehadiran majoriti peniaga dan pihak-pihak berkaitan selain kehadiran Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Mohamed@Hashim.
07 Feb 19
131
Empty Image
Taska Permata YPK Pilihan Terbaik Golongan Pendapatan Rendah
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN,  7 Februari - Taman asuhan kanak-kanak (taska) Permata Keluarga kelolaan Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin dalam penjagaan kanak-kanak yang terbaik.Ahli Jawatankuasa Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat Terengganu (KHAIRUNNISA'), Rugayah Mahmood berkata, Taska Permata membantu ibu tunggal dan ibu bapa yang miskin untuk menjaga anak mereka semasa keluar bekerja."Bangunan YPK ini khusus untuk orang miskin dan pekerja yang mempunyai pendapatan di bawah daripada RM3000. Orang-orang ini boleh hantar anak-anaknya, maknanya YPK tanggung."Jika dikenakan bayaran pun, ianya adalah sangat minima," katanya yang juga isteri Ahli Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang ketika dihubungi  Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) baru - baru ini.Beliau yang merupakan ibu angkat kepada Taska Permata untuk DUN Rantau Abang berkata, penjagaan mengikut tahap umur di mana jagaan bermula sejak daripada lahir sehingga umur tiga bulan."Jadi dari umur tiga bulan sampai budak tu umur tiga tahun seterusnya lima tahun dan pada umur lima tahun ikut pandai ibu dia nak hantar anak dia ke mana tetapi  YPK jaga sebelum budak-budak tu boleh pergi ke mana-mana," ujarnya lagi.                    Menurut Rugayah, di Taska Permata ada tiga peringkat penjagaan iaitu peringkat bayi, peringkat tatih (satu hingga dua tahun) dan peringkat tipat (tiga tahun hingga empat tahun)."Tatih maknanya budak yang boleh bergerak dan budak-budak ni diasingkan  bilik-biliknya, jadi nisbahnya, tiga bayi seorang penjaga," katanya.
07 Feb 19
870