lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
GENERASI Berperanan Sebagai ‘Orang Tengah’
Oleh: Adli MohamadHULU TERENGGANU, 17 Februari- Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (GENERASI) berperanan penting sebagai ‘orang tengah’ atau perantara kerajaan dan rakyat khususnya warga Felda.Pengerusi GENERASI Terengganu, Naraza Muda berkata, perlu bagi NGO berkenaan diperkuat serta diperkasakan bagi membolehkan usaha membantu warga Felda termasuk isu-isu yang membelenggu golongan itu seperti pemilikan tanah dan perumahan berjalan lancar.“GENERASI merupakan sebuah NGO yang berfungsi menjadi pendesak di kawasan Felda di seluruh negara dan NGO inilah juga berperanan mendesak wakil rakyat untuk menyelesaikan isu yang membelenggu warga Felda." Termasuklah isu-isu tanah dan perumahan. Tanpa pertubuhan payah nak sepakat sebulat suara bagi menyuarakan isu-isu tanah yang berkaitan dengan Felda," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Secawan Teh Bersama GENERASI Terengganu, di Dewan MPKK Bukit Bading, kelmarin.Nazara berkata, antara kejayaan GENERASI menjadi pendesak adalah semasa Pilihanraya Kecil di Parlimen Rompin yang memiliki kawasan 14 kawasan Felda.
16 Feb 19
65
Empty Image
Kerajaan Prihatin Kebajikan Ibu Tunggal
Oleh: Mohd Haniff AbasKUALA TERENGGANU, 17 Februari- Kerajaan negeri sangat prihatin dengan kebajikan ibu tunggal khususnya melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) yang menyediakan pelbagai bentuk skim bagi membantu membiayai kos sara hidup golongan ini.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Ridzuan Hashim berkata, antara skim yang popular adalah Program Jati Diri (PJD) yang banyak dipohon untuk pelbagai bidang khususnya kecantikan, makanan dan pakaian.“Malah kompleks ibu tunggal yang dibina di Chendering dengan kos RM4.4 juta turut membuktikan kerajaan sangat serius dalam membantu mereka,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Tautan Kasih Ibu Tunggal Dun Buluh Gading yang dianjurkan oleh Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dan Pusat Khidmat ADUN Buluh Gading di Dewan Sivik Kg Buluh Gading, kelmarin.Turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah YPKT, YM Tuan Roslina Tuan Sulaiman, Pegawai YPKT Kuala Nerus, Amirul Azhar Mamat dan Pengerusi Kelab Ibu Tunggal Dun Buluh Gading, Norliza Abdullah.Katanya, sleain YPKT  terdapat pelbagai agensi lain yang dapat membantu ibu tunggal, antaranya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu (MAIDAM) dan juga Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) bagi yang berminat untuk menjadi usahawan.“Saya berharap agar pihak YPKT tidak menekankan aspek material dan fizikal sahaja,  tetapi juga program yang bersifat pembangunan rohani dan dalaman untuk membina keyakinan supaya mereka tidak sesekali merasa kecewa dengan ketentuan Allah SWT akibat kehilangan org tersayang dan keperitan menanggung keluarga,” ujarnya.Menurut beliau, sebanyak 32,411 orang ibu tunggal dicatatkan di negeri ini sehingga Jun 2018 seperti yang telah dibentangkan dalam sidang Dewan Udangan Negeri (DUN) pada Julai tahun lalu.“Kemaman mendominasi sebagai daerah paling tinggi mencatat bilangan ibu tunggal berbanding daerah lain negeri ini,” ujarnya.
16 Feb 19
240
Empty Image
Abdul Bari, Kematianmu Dicemburui
Yahaya (tengah) mendengar cerita tentang arwah Abdul Bari dari ayahnya, MohdKUALA TERENGGANU, 14 Februari- Subhanallah. Tiada apa yang lebih membahagiakan apabila dijemput Ilahi di dalam keadaan mati syahid sehinggakan pemergian itu dicemburui ramai.Bapa kepada arwah Abdul Bari Asyraf, Mohd Mustafa, 66, berkata dia tidak pernah terfikir bahawa kematian anak ketiga daripada lapan beradik itu akan diratapi dan disanjung begitu hebat termasuk oleh pemimpin kerajaan negeri.Jelasnya, beliau cukup sebak ketika dimaklumkan bahawa kerajaan negeri akan memberi anugerah Wira Darul Iman kepada arwah Abdul Bari yang lemas semasa membantu menyelamatkan lima sekeluarga yang terperangkap dalam kenderaan pacuan empat roda yang terjunam ke dalam sungai di Pulau Warisan, Jumaat lalu."Saya nak cakap apa pun dok tau (tidak tahu), memang dok terucap dengan kata-kata dan kalaulah dia (arwah) masih hidup tentu ianya berbeza."Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya untuk arwah, saat bermulanya pencarian sehinggalah ke liang lahad dan majlis tahlil... cukup sempurna dan luar jangkaan."Orang ramai yang datang dok tau dari mana, cukup ramai dan tidak putus-putus beri penghormatan kepada arwah... sampai saya sebak melihat keajaiban yang terjadi di depan mata,"ujarnya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) sebaik menerima kunjungan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali di rumahnya, di Kampung Panji, di sini, hari ini.Yahaya yang ditemani isteri, Zarani Othman sempat meluangkan masa kira-kira setengah jam bertanyakan khabar keluarga arwah.Mohd berkata, arwah seolah-olah orang kenamaan apabila kematiannya mendapat perhatian ramai pemimpin dan ketua jabatan."Arwah macam orang popular dan terkenal waktu hidup sebab ramai orang yang datang ziarah yang saya dok kenal langsung dan bila tanya..mereka jawab nak bagi penghormatan kat wira yang berani korbankan nyawa demi orang lain."Malah, waktu di tanah perkuburan, saya didatangi oleh seorang lelaki yang datang dari Kuala Lumpur semata-mata ingin memberi sumbangan dan ketika majlis tahlil, orang ramai melimpah ruah termasuk dari Kedah pun ada,"katanya.Menurut Mohd lagi, sebagai ayah yang kehilangan anak secara tiba-tiba mungkin agak sukar menyesuaikan diri dengan suasana ini namun dia dan keluarga redha dengan ketetapan Ilahi."Mana ada ayah yang dok sedih, tipu kalu (kalau) kata dok nangis. Ada juga masanya saya teringat pada dia dan tersasul panggil nama arwah sebab dia ni memang banyak bantu saya tika hayatnya."Tapi saya terima hakikat dan letak dalam hati kami sekeluarga bahawa dia pergi dengan kemuliaan, disanjung dan dipuja dengan penuh kehebatan yang tak terjangka oleh saya sendiri,"ujarnya lagi.Mayat pemuda berusia 31 tahun itu ditemui orang awam dalam keadaan terapung di kawasan muka kuala Kampung Tanjung, Sungai Terengganu iaitu kira-kira 2.5 km dari lokasi kejadian kira-kira pukul 7.24 pagi Ahad.Jenazah Abdul Bari Asyraf selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Merbau Patah,  kira-kira jam 2.30 petang, Ahad lalu.Dalam pada itu, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, anugerah Wira Darul Iman itu juga akan diberikan kepada lima lagi individu atas jasa mereka yang turut sama menyelamatkan mangsa.
13 Feb 19
141
Empty Image
Komited Ringankan Beban Rakyat
Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 14 Februari - Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus terus komited membantu meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat khususnya penduduk Kuala Nerus yang memerlukan bantuan.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) lalu, ramai rakyat menzahirkan kerisauan dan mengeluh terhadap kos sara hidup yang semakin meningkat.“Kos hidup pada hari ini amat menekan rakyat khususnya rakyat berpendapatan rendah.“Mereka wajar diberi perhatian oleh kerajaan dan mesti dibantu bagi meringankan beban yang mereka tangggung demi melahirkan masyarakat yang sejahtera,” ujarnya.Beliau berkata demikian semasa menyampaikan bantuan barang-barang keperluan seperti beras, tepung, dan sebagainya kepada penduduk Kampung Kesom Haji Hussin, DUN Buluh Gading, semalam.Sekitar lima buah keluarga menerima bantuan tersebut dan sekurang-kurangnya dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.Bantuan disampaikan melalui Saketariat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus yang berperanan besar dalam menyalurkan bantuan-bantuan seperti ini.
13 Feb 19
43
Empty Image
Pusat Khidmat Komited Beri Khidmat Terbaik Buat Rakyat
Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 13 Februari – Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus akan terus memainkan peranan dalam menyediakan pelbagai kemudahan seperti aktiviti kebajikan, kemasyarakatan, pembangunan belia dan pelbagai lagi untuk rakyat kawasan tersebut.Timbalan Ketua Sekreatariat Pusat Khidmat, Ustaz Hafeez Ahmad berkata segala urusan yang berkaitan keperluan rakyat telah disusun mengikut keperluan untuk perhatian pihak Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali bagi tindakan susulan.“Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus merupakan pengantara utama rakyat Kuala Nerus dengan wakil rakyat dan kami akan  terus membantu serta memberi bantuan kepada rakyat Kuala Nerus yang amat memerlukan pertolongan dan bantuan.“Permohonan bantuan rakyat juga telah diterima untuk diproses dan diluluskan mengikut keperluan sama ada diuruskan oleh parlimen atau dihantar kepada Dewan Undangan Negeri(DUN) yang berkaitan,” katanya  ketika ditemui dalam penyampaian bantuan di Kampung Kesom Haji Hussin, Dun Buluh Gading, semalam.Dalam program lawatan tersebut, sebanyak lima buah keluarga dilawati oleh Ahli Parlimen dan Sekretariat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus.Menurut Hafeez, program itu merupakan program rutin yang sentiasa diadakan oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus dari semasa ke semasa bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat yang berpendapatan rendah.
13 Feb 19
38
Empty Image
Terengganu Lulus Satu Ekar Tanah Kepada Masyarakat Cina Kemaman
KUALA TERENGGANU, 13 Februari - Kerajaan negeri mahu melaksanakan pemerintahan yang baik, tulus dan budiman dan telah meluluskan sebidang tanah seluas satu ekar kepada masyarakat Cina Tionghua di Kemaman.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, tanah tersebut telah diberikan kepada Dewan Perhimpunan Cina untuk pengurusan sebuah rumah mayat.“Ia telah dipohon semenjak lama dahulu. Tetapi tidak pernah diluluskan (oleh kerajaan sebelum ini). Ini menandakan bahawa kerajaan yang ada pada hari ini ialah kerajaan yang sangat baik, tulus dan budiman.“Kerajaan pada hari ini kerajaan daripada rakyat dan kepada rakyat. Sebab itu kami akan jaga rakyat terutama kepada pembayar cukai dan kita akan jaga sebaik mungkin,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai berkata demikian dalam Majlis Sambutan Tahun Baru Cina peringkat negeri Terengganu di Kampung Cina semalam.Sehubungan itu, beliau memaklumkan bahawa wakil rakyat dari DUN Air Putih telah naik ke Pejabat Tanah Daerah untuk memohon tanah lot perumahan yang tidak diluluskan.Katanya, setiap tanah lot tersebut akan dibuat 'layout' untuk diberikan geran kepada setiap orang dan dalam masa yang terdekat mereka akan mendapat geran daripada kerajaan negeri.“Kawasan perumahan (rakyat) yang minta tanah lot pun tidak diluluskan maka wakil rakyat dari DUN Air Putih memohon Pejabat Tanah Daerah buat ‘layout’ untuk diberikan  geran kepada setiap orang.“Saya yakin dalam masa terdekat  ini mereka akan dapat geran daripada kerajaan negeri,” ujarnya.Justeru itu, beliau berkata, ia menandakan Kerajaan Terengganu menjaga kebajikan kaum Tionghua. “Kita mahu  berlaku adil kepada semua, pastikan negeri aman, orang  Cina dapat berniaga dengan baik dan ekonomi  bertambah baik serta hidup aman dan damai,” tambahnya.
13 Feb 19
412
Empty Image
Kerajaan Negeri Tidak Pinggir Mana-Mana Kaum
KUALA TERENGGANU, 13 Februari - Kerajaan Terengganu menjadikan Islam sebagai dasar pentadbirannya tanpa meminggirkan mana-mana kaum yang berada di negeri tersebut.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali berkata, semua rakyat di negeri Terengganu mestilah dilayan secara adil dan saksama.“Program kita pada hari ini merupakan satu mesej jelas, yang kita ingin tunjukkan kepada masyarakat di seluruh negara, bahawa Islam sangat menitikberatkan soal keharmonian dan kesejahteraan masyarakat majmuk.“Negeri dan negara yang kita sayangi ini dibangunkan atas asas keharmonian masyarakat majmuk. Kontrak sosial yang diwarisi oleh nenek moyang kita telah membawa negeri dan negara ini merdeka dan membangun dengan pesatnya,” jelasnya.Beliau yang mewakili Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata demikian ketika merasmikan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina peringkat negeri Terengganu di Kampung Cina semalam.Menurutnya, impian untuk melihat Terengganu menjadi negeri yang maju dan diuruskan dengan penuh keberkatan serta rakyatnya memperoleh kesejahteraan akan menjadi realiti sekiranya semua pihak bersatu hati dan boleh duduk berbincang bersama.“Saya berharap sama-sama kita berganding bahu bagi menjayakan dasar Terengganu Maju Berkat Sejahtera. Perkara yang besar ini sudah pasti memerlukan kerjasama daripada semua pihak tanpa mengira agama dan bangsa.“Islam telah menganjurkan untuk umat manusia saling kenal mengenal antara kaum dan suku yang ada di atas muka bumi ini dan akan mewujudkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain.“Dan dari perkenalan juga membolehkan kita mengetahui perkara-perkara sensitif dalam setiap kaum dan bangsa,” ujarnya.Justeru beliau berharap agar rakyat negeri Terengganu memasang  tekad yang baharu untuk kehidupan yang lebih baik pada tahun ini dan tahun-tahun yang mendatang.
13 Feb 19
38
Empty Image
YPK Terima 443 Permohonan SSPN-i Di Hulu Terengganu
Tuan Malini Tuan JusohOleh : Muhammad Najib IsmailHULU TERENGGANU, 12 Februari –Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Kawasan Hulu Terengganu menerima sebanyak 443 borang permohonan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i)untuk anak kelahiran Terengganu  di daerah ini.Pegawai Teknologi Maklumat YPK Hulu Terengganu, Tuan Malini Tuan Jusoh berkata, jumlah tersebut adalah bagi kelahiran anak Terengganu yang dilahirkan pada tahun 2018."Sebanyak 584 permohonan dicatat untuk kelahiran tahun 2017 dan permohonan terbanyak  adalah pada bulan ini yang mencatat hampir 90 keping.“Permohonan ini masih dibuka lagi bagi kelahiran tahun 2018 sehingga 28 Februari ini dan kita menjangkakan permohonan pada pada akhir bulan ini akan meningkat berikutan tarikh tutup adalah pada akhir bulan,"katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemubual wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Pejabat YPK Kawasan Hulu Terengganu, di sini hari ini.Katanya, borang permohonan boleh didapatkan di Klinik Kesihatan, Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN), Pejabat Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera(i-MiTS) dan di Pejabat YPK sendiri."Akan tetapi untuk urusan lebih senang boleh dapatkan borang dan hantar permohonan di Pejabat YPK setempat," ujar beliau.Menurut Tuan Malini, saguhati dari kerajaan negeri Terengganu ini berjumlah RM100 bagi kelahiran anak ke 1-6, RM200 bagi kelahiran ke-7, RM300 bagi kelahiran anak ke-8, RM400 bagi kelahiran anak ke-9 dan RM500 bagi kelahiran anak ke-10 dan ke atas yang akan terus dimasukkan ke Akaun SSPN-i milik mereka.Dalam masa yang sama, beliau turut menyeru kepada semua yang layak agar mengisi borang permohonan saguhati kelahiran ini kerana permohonannya sangat mudah di samping anak pemohon juga akan mendapat faedah.
12 Feb 19
309
Empty Image
Perlu Kerjasama Erat Atasi Gejala Sosial
Foto - Hidayah AzlinOleh: Dzakaria Mohd SallehSETIU, 12 Februari - Masalah jenayah dan keruntuhan moral di kawasan kampung memerlukan kerjasama semua pihak terutama daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, hubungan erat yang dijalin akan menjadikan semua pihak peka tentang maklumat terkini bagi menghadapi situasi yang berlaku di dalam komuniti masing-masing."Masalah ini perlu kita tangani dengan adanya kerjasama bersama pihak polis.“Pihak polis sendiri sukar menyelesaikan masaalah ini melainkan dengan adanya bantuan daripada MPKK yang menyalurkan maklumat," ujarnya ketika berucap di Majlis Perjumpaan Polis Bersama Masyarakat di Dewan Sivik Jabi semalam.Turut hadir, Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Mohd Zamri Mohd Rowi.Dalam pada itu, Shaharizukirnain mengingatkan MPKK agar mengambil tanggungjawab menangani masalah kerosakan akhlak di kalangan masyarakat khususnya orang muda."Kita mahu MPKK bukan sekadar bermesyuarat, berbincang bagaimana untuk mempertingkatkan infrastruktur, kebajikan untuk masyarakat sahaja tetapi turut menitikberatkan perkara ini.“Insya-Allah jenayah akan dapat dikurangkan walaupun susah kita hendak sifarkan semuanya untuk menjadikan negeri ini Maju, Berkat dan Sejahtera,” ujarnya.
12 Feb 19
35
Empty Image
ADUN Wanita Ziarah Mangsa Kejadian Pikap Terjunam Ke Sungai Di Pulau Warisan
Zuraida (dua dari kanan) menemui Nurdiana Alwani (dua dari kiri) di rumahnya KUALA TERENGGANU, 12 Februari - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor semalam tidak melepaskan peluang menemui seorang mangsa kejadian sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terjunam di muara Sungai Terengganu berhampiran Pulau Warisan di sini pada malam 8 Februari lalu.Zuraida  menziarahi mangsa, Nurdiana Alwani Jaafar, 33, di rumahnya di Kampung Lorong Surau Baru di sini bersama Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) DUN Ladang, Mohamad Ubaidah Tengah dan beberapa orang petugas Pusat Khidmat DUN tersebut yang lain. Mangsa yang bekerja sebagai 'cleaner' di sebuah bank di sini merasa bersyukur kerana berjaya diselamatkan oleh orang ramai yang sedang memancing di kawasan berhampiran. Beliau juga turut berdukacita dengan pemergian wira yang menyelamatkan mereka sekeluarga iaitu Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, yang disifatkannya sebagai seorang yang berhati mulia dan mereka sekeluarga terhutang budi sehingga ke akhir hayat. ADUN wanita itu mendoakan agar mangsa dan tiga ahli keluarga lain yang terlibat, tabah menghadapi ujian dan takdir Tuhan itu. "Semoga Allah SWT memberikan ketabahan kepada Puan Nurdiana sekeluarga menghadapi ujian ini," kata Zuraida. Terdahulu dari itu, jenazah Abdul Bari Asyraf telah ditemui tersangkut di Jeti milik EPIC di muara Sungai Terengganu jam 7.12 pagi kelmarin dan kemudian dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk dimandi dan dikafankan. Selepas itu, jenazah beliau dibawa ke Masjid Merbau Patah di sini untuk disembahyangkan dan disemadikan di kawasan perkuburan berhampiran selepas solat Zohor pada hari yang sama. Dalam kejadian, Abdul Bari Asyraf dipercayai lemas ketika cuba menyelamatkan empat sekeluarga di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terjunam di muara Sungai Terengganu di Pulau Warisan di sini pada 8 Februari lalu. 
11 Feb 19
63