lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Berakhirnya Penantian 33 Tahun
Peserta bergambar bersama geran milik mereka dan kepimpinan negeri Terengganu.Oleh : Alfian MamadKEMAMAN, 18 Februari - Penantian sembilan peserta Felcra Seri Bandi selama 33 tahun untuk mendapatkan hak milik tanah berakhir setelah geran tanah milik mereka diserahkan oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, semalam.Penyerahan tersebut berlangsung dalam Majlis Penyerahan Hakmilik Geran Tanah di Dewan Sri Amar, Chukai itu menyaksikan seramai 80 peserta projek Felcra menerima hak mereka kembali.Seorang peserta Felcra Seri Bandi, A Jasmi Ibrahim, 55, merakamkan rasa terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam usaha mengembalikan semula haknya bersama rakan yang lain terutama Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Hazri Jusoh."Saya menjadi peserta Felcra di Seri Bandi sejak 1986 lagi, tetapi baru sekarang di bawah kerajaan baru ini saya dapat melihat dan memiliki geran tanah ini," katanya.Antara hak milik geran tanah yang diserahkan adalah Projek Felcra Bukit Keladi di Mukim Hulu Jabor dan Projek Felda Seberang Tayor 3 di Mukim Tebak.
18 Feb 19
86
Empty Image
PERHATIN Perlu Prihatin Kebajikan Wanita
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 18 Februari - Persatuan  Hawa Prihatin (PERHATIN) diharapkan sentiasa peka dengan keadaan yang berlaku di Dungun khususnya isu yang melibatkan golongan hawa yang memerlukan pembelaan pihak berwajib.Pegawai Khas Hal Ehwal Wanita, Pejabat Menteri Besar, Khairiah Mokti berkata, ahli PERHATIN yang terdiri dari golongan wanita diminta supaya berlumba-lumba melakukan kebaikan dan kebajikan terutamanya kepada mereka yang memerlukan bantuan."Kita perlu berganding-bahu sama-sama menguatkan wanita yang mungkin memerlukan bantuan daripada kita."Saya mengharapkan supaya persatuan ini dapat melaksanakan atau membantu kerajaan membuat program-program atau menjalankan program-program yang mungkin (jabatan) kerajaan terlepas pandang," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada 150 wanita yang hadir pada Program Hi-Tea dan Pelancaran NGO PERHATIN, di Mayang Resort, di sini, semalam.Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor.Khairiah berharap agar peserta program berkenaan yang turur menampilkan itu untuk bersama-sama  memberi sumbang saran kepada kejituan dan kekuatan kepada persatuan."Saya juga mengharapkan semua ahli memberi komitmen yang baik terhadap persatuan. Kerana persatuan akan bergantung kepada ahlinya untuk menjalankan agenda-agenda untuk menjalankan apa-apa program yang akan dilaksanakan, " katanya
18 Feb 19
213
Empty Image
Sambutan Tahun Baru Cina Warnai Semangat Perpaduan Di DUN Ajil
Oleh: Khairuddin Yusoff HULU TERENGGANU, 18 Februari- Sambutan Tahun Baru Cina yang diraikan setiap tahun mampu mewarnai semangat perpaduan yang utuh antara masyarakat Melayu dan Cina Tionghoa di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ustaz Maliaman Kassim berkata, kerjasama yang ditunjukkan bagi menjayakan perayaan ini membuktikan ikatan persahabatan yang erat antara penduduk Melayu dan masyarakat Tionghoa di sini."Kita panjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T  di atas komitmen yang diberikan bersama - sama penduduk Ajil dalam usaha untuk menjayakan sambutan tahun baru Cina bagi meraikan kaum Tionghoa.Keadaan ini merupakan satu petunjuk bahawa kita boleh bekerjasama dalam semua perkara yang untuk kebaikan bersama."Saya juga merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua terutama kaum Tionghua dan juga sahabat - sahabat kita daripada orang Melayu yang turut sama membantu meraikan majlis ini.Mudah - mudahan usaha kita ini menghasilkan satu kejayaan untuk kita mempertautkan hubungan di antara kaum Melayu dan juga Tionghoa di Ajil khususnya, "ujarnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis tautan muhibbah sempena meraikan Tahun Baru Cina 2019 peringkat DUN Ajil di pekarangan bangunan Ajil Trade Centre (ATC), baru- baru ini.Majlis ini dihadiri kira- kira seramai 800 orang masyarakat Tionghoa termasuk penduduk di sekitar Ajil.  Turut hadir, Timbalan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Terengganu, Jefri Chua dan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Hulu Terengganu merangkap Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu, Ustaz Ismail Osman, Sementara itu, Setiausaha Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Terengganu, Wong Foot Yoke berkata, beliau berasa sangat teruja dan bangga melihat suasana kemeriahan serta penglibatan bersama penduduk Pekan Ajil dalam sambutan perayaan ini."Saya amat bangga dan gembira melihat suasana yang melambangkan perpaduan di DUN Ajil ini.Inilah yang berlaku sejak berpuluh tahun dahulu lagi yang mana masyarakat Tionghoa dan bukan Tionghoa boleh hidup bersama biarpun perbezaan agama dan bangsa…inilah kelebihan kita dan jangan jadikan perbezaan itu sebagai halangan untuk kita raikan bersama."Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kakitangan DUN yang berusaha meluangkan masa untuk menyiapkan kanopi, hiasan , pentas dan lain- lain kelengkapan untuk persediaan perayaan ini, "katanya.Majlis berkenaan turut dimeriahkan dengan tarian Naga dan pertukaran hadiah sebagai simbol perpaduan dan muhibbah.
17 Feb 19
261
Empty Image
Jamuan Makan Sambil Menderma Bagi Menaik Taraf Surau
Jamuan makan sambil menderma untuk menaik taraf surau.Oleh: Saifullah JusohBESUT, 18 Februari - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Alor Teratai mengambil inisiatif dengan mengadakan Jamuan Makan Sambil Menderma bagi menaik taraf Surau Haji Daud Kampung Alor Teratai. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, program yang diadakan itu sangat memberi manfaat kepada penduduk kampung.Jelasnya, program sebegitu dapat menghidupkan suasana surau serta mengeratkan hubungan sesama masyarakat di kampung itu. Haji Azbi Salleh bersama komuniti kampung."Majlis sebegini sangat baik serta kerjasama penduduk kampung bagi menyiapkan surau ini demi kemudahan penduduk kampung."Saya berharap dengan menaik taraf surau ini, penduduk kampung lebih suka untuk mengimarahkan lagi surau apabila adanya majlis-majlis ilmu," katanya. Beliau berkata demikian ketika hadir menyampaikan sumbangan untuk memudahkan lagi proses penambahbaikan surau tersebut di sini semalam.Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengerusi MPKK Alor Teratai, Che Zahari Muda serta beberapa Ahli Jawatankuasa (AJK) MPKK Alor Teratai.Che Zahari Muda turut melahirkan rasa gembira dengan kerjasama yang diberikan oleh penduduk kampung untuk menjayakan majlis itu. Beramah mesra dengan orang ramai.“Saya sangat gembira dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua masyarakat di sini,” katanyaMajlis yang diadakan di Surau Haji Daud Kampung Alor Teratai, Kuala Besut itu dihadiri oleh semua lapisan masyarakat di kampung itu.
17 Feb 19
430
Empty Image
Haji Azbi Galak Belia Bersukan
 Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh bersama belia.Oleh: Saifullah JusohBESUT, 18 Februari - Pemuda di Kuala Besut digalakkan untuk sentiasa beriadah bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan dan tidak membazirkan masa dengan perkara yang tidak berfaedah.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, belia merupakan aset negara yang sangat penting yang perlu dijaga sebaik mungkin.Jelasnya, setiap belia mesti mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah seperti bersukan."Saya sebagai Pegawai Penyelaras DUN Kuala akan memberi sokongan sepenuhnya kepada belia di DUN Kuala Besut supaya melibatkan diri dengan sukan."Saya mahukan belia di DUN Kuala Besut sentiasa sihat dengan mengeluarkan peluh pada waktu petang dan bukannya sekadar bermain dengan gajet masing-masing," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika bertemu mata dengan belia di DUN Kuala Besut selepas menyerahkan bola futsal, bola jaring dan bola takraw untuk kegunaan di kawasan itu.Turut hadir, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pengkalan Sentul, Mohd Daud. Belia tidak melepaskan peluang bersama Haji Azbi Salleh.Haji Azbi meluangkan masa bertemu dengan belia bagi bertanya khabar dan masalah yang dihadapi oleh belia di sekitar Kuala Besut.Untuk rekod, golongan belia merupakan golongan yang paling ramai terlibat dengan masalah gejala sosial seperti penagihan dadah.Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dari 2014 hingga 2018, belia yang berumur dalam lingkungan 19 hingga 39 tahun mencatatkan bilangan penagih paling ramai iaitu sebanyak 80,598 orang atau 73.4% diikuti golongan dewasa (40 tahun dan ke atas) seramai 26,197 orang atau 23.9%.
17 Feb 19
222
Empty Image
Ibu Tunggal Minta Dihentikan Sumbangan
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 18 Februari- Mardinah Dabe Martin, 35, ibu tunggal mualaf yang viral baru-baru ini meminta orang ramai menghentikan sumbangan kepadanya sekeluarga. Wanita berasal dari Sabah yang tinggal di Taman Rakyat Jaya, bersama empat anak termasuk dua daripadanya orang kelainan upaya (OKU) 'hyper active' itu mengharapkan orang ramai agar tidak lagi menyalurkan sebarang bentuk bantuan kepadanya kerana apa yang diterimanya sebelum ini telah  mencukupi."Saya meminta agar  sumbangan kepada saya sekeluarga dihentikan kerana sudah terlalu banyak," katanya dalam keadaan terharu kepada wakil Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di rumahnya di Taman Rakyat Jaya, malam tadi.Mardinah berkata, dia berasa sangat bersyukur dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada penyumbang  kerana keprihatinan mereka di atas kesusahannya sekeluarga."Terima kasih juga kepada penduduk sekitar yang sentiasa mengambil berat tentang keluarga saya. Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan kalian semua, "ujarnya.Mardinah yang memeluk Islam sejak 13 tahun lalu mengikut bekas suaminya yang berasal dari Dungun menetap di situ sebelum bercerai pada Oktober lalu.Dia tidak mempunyai pendapatan kerana menjaga dua orang anak OKU yang berusia enam dan tujuh tahun.
17 Feb 19
306
Empty Image
Zulfikri Bergantung Hidup Dengan Alat Bantuan Pernafasan
Zulfikri Zulkifli, 24.Oleh : Adli Mohamad DUNGUN, 17 Februari - Hidup Zulfikri Zulkifli, 24,  sekarang tidak seceria dahulu apabila terpaksa bergantung dengan alat bantuan pernafasan untuk meneruskan hidup.Ibu kepada Zulfikri, Siti Zaleha berkata, dia amat berharap untuk melihat anaknya kembali gembira dan tidak terus murung setelah menderita penyakit sesak nafas sejak sebulan yang lalu."Walaupun sukar, saya reda menerima hakikat berkenaan. Bagi saya keadaannya tidak menyusahkan saya, sebaliknya dialah inspirasi dan juga kekuatan kepada saya menghadapi cabaran didalam kehidupan."Apa yang mengharukan saya, dia nak sangat solat dengan sempurna seperti orang lain, pada kebiasaanya dia tidak mampu (bertahan) untuk bersolat lama," ujar Siti Zaleha yang juga merupakan seorang ibu tunggal.Beliau berkata demikian kepada pemberita, ketika Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman hadir menziarahi anaknya, di rumahnya di Kampung Bukit Besi, Khamis lalu.Menurutnya, walaupun reda dengan keadaan demikian, terdapat kesulitan yang dihadapi olehnya apabila alat bantuan pernafasan perlu disewa dengan kadar bayaran melebihi RM300 sebulan."Walau bagaimanapun keadaannya, adalah menjadi tanggungjawab kepada saya untuk memberikan kehidupan yang sempurna kepadanya."Zulfikri selain mengalami masalah berkaitan kesihatan. Dia juga dikategorikan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) kerana lembam didalam pelajaran," ujarnya.Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi akan mengusahakan bantuan untuk Zulfikri.Sehubungan dengan itu, Ghazali berkata, beliau akan cuba menghubungi pihak berkenaan bagi mendapatkan bantuan untuk mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh Zulfikri."Saya akan laporkan perkara ini dengan seberapa segera kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) Daerah Dungun bagi membantu beliau terus mendapatkan alat bantuan pernafasan."Dengan mendapat alat yang lebih baik kerana oksigen yang diterima sekarang tidak mencukupi."Dan selain itu perlunya ada alat untuk memeriksa dan mengukur dari semasa kandungan oksigen yang diterima adalah mencukupi," ujar Ghazali.Tambahnya lagi, Zulfikri perlu dibantu, dijaga dan diberi perhatian yang sewajarnya."Apa yang diharapkan adalah mengembalikan senyuman agar dapat memberi sinar harapan kepadanya untuk meneruskan kehidupan."Dalam menelusuri hari-hari seterusnya dengan penuh keceriaan," ujarnya.
17 Feb 19
522
Empty Image
Forum Terengganu Sejahtera DUN Chukai Dapat Sambutan Hangat
ADUN Chukai, Hanafiah MatOleh: Abdul Hafiz GhazaliKEMAMAN, 17 Februari - Program Pimpinan Cakna Rakyat kawasan Chukai melalui Forum Terengganu Sejahtera mendapat sambutan yang hangat apabila diserbu pengunjung dari pasar tani dan pasar pagi di Padang Astaka baru-baru ini.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat berkata, program itu merupakan kali yang kedua diadakan, selepas program kali pertama yang menampilkan penceramah bebas, ustaz Azhar Idrus.Jelasnya, Padang Astaka itu akan dijadikan sebagai dataran ilmu yang menghimpunkan semua masyarakat kampung itu."Saya mahu jadikan tempat ini sebagai dataran Ilmu."Kerana hari Jumaat hari ilmu dan hari Sabtu hari keluarga, seperti mana Menteri Besar Terengganu, Dr Samsuri Mokhtar, isytiharkan sebelum ini," ujarnya.Beliau berkata demikian semasa menghadiri Forum Terengganu Sejahtera di Padang Astaka, Kemaman.Turut hadir, penasihat agama Menteri Besar Terengganu, Nik Muhammad Nasri Nik Malek,  Johan Ismail, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Hazri Jusoh, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Darul Iman Terengganu Centre (DITC), Mohd Suhaimi Embong, serta Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) DUN Chukai, Dr Megat Suhaimi Megat Idrus.Forum itu menampilkan penceramah selebriti, Syed Norhisyam Tuan Padang dan Kamaruzzaman Abdullah sebagai panel yang dikendalikan oleh Nakhaie Nafiah.Program itu mendapatkan sambutan yang hangat apabila dianggarkan disertai oleh pelbagai latar masyarakat di kawasan itu.Program itu turut diserikan dengan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak yang terdiri 3 kategori iaitu, kategori 'A' 4 tahun hingga 6 tahun, manakala kategori 'B' 7 tahun hingga 9 tahun dan kategori 'C' 10 hingga 12 tahun yang dianjurkan oleh Ameerah Care DUN Chukai.Seramai 300 orang fakir miskin turut diraikan dalam program itu, khususnya penduduk di kawasan DUN Chukai.
17 Feb 19
286
Empty Image
Program Gotong-Royong Cegah Jenayah, Basmi Aedes Satu Padu Komuniti
Oleh: Mohd AsrafDUNGUN, 16 Februari - Aktiviti gotong-royong cegah jenayah dan membasmi aedes dilihat berjaya menyatupadukan komuniti serta mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan warga kampung. Ahli Parlimen Dungun, Haji Wan Hassan Wan Ramli berkata, keterlibatan masyarakat bersama anggota keselamatan dan penguatkuasa seperti pasukan polis adalah suatu yang wajar dipuji dan erlu terus diperkasakan.“Saya amat gembira dengan kehadiran masyarakat hari ini bersama-sama Ketua Polis Daerah Dungun  yang banyak membantu menjaga keamanan dan kesejahteraan penduduk Dungun. “Saya juga mengucapkan tahniah kepada Polis Dungun kerana berjaya mendapat kembali motosikal saya yang hilang hasil kerjasama maklumat orang ramai,” katanya.Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan sempena Program Gotong Royong Cegah Jenayah (G-KOM) dan Gotong Royong Basmi Aedes di Kampung Sura Melati, Sura, di sini, semalam. Turut hadir,  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Haji Wan Hapandi Wan Nik, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Haji Lizan Che Mat, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun, Asisten Supritendan Mohd Abd Aziz Mohd, Pegawai Perpaduan Daerah Dungun, Puan Mazilawati Tengku Mohd dan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Jalan Melati, Mohd Amran Che Mood.Sebanyak 2,000 kilogram sampah berjaya dikumpul melalui program gotong-royong yang dijalankan bermula jam 7 pagi itu.Semantara itu, Pegawai Daerah dan Tanah Dungun,  Haji Rosdi Awang berkata beliau ingin melihat MPKK dan KRT di Dungun semakin maju dan dapat melaksanakan program yang dirancang bersama agensi kerajaan negeri. “Suka saya sebutkan saya ingin melihat kemajuan setiap MPKK (Majlis Pengurusan Komuniti Kampung) dan KRT dalam melaksanakan program program dan sangat mengalu-alukan kerjasama dengan agensi agensi kerajaan negeri,” katanya. Pengerusi MPKK Kampung Sura Melati, Haji Azahar Mohammad berkata, melalui program program kemasyarakatan seperti itu mampu memupuk perpaduan di masyarakat. “Kita percaya dengan aktiviti serta program yang dijalankan dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat serta mengeratkan hubungan,” katanya.
17 Feb 19
302
Empty Image
Nasib Ibu Tunggal Mualaf Akan Dibela
Oleh :Nooreni Abu BakarDUNGUN 17 Februari–  Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rantau Abang, Alias Harun berharap Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) mengambil cakna nasib ibu tunggal mualaf Madinah Dabe Martin, 34.Selain memastikan kehidupan ibu tunggal mualaf itu terjamin, keperluan mempelajari ilmu fardhu ain juga akan diberi perhatian serius."Kalau sebelum ini, beliau berusaha sendiri mempelajarinya, dengan bantuan Maidam pastinya beliau dapat belajar dengan lebih teratur, " katanya. Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu bercakap demikian ketika ditemui  wakil UPDI ketika menziarahi ibu muda tersebut di rumahnya di Taman Rakyat Jaya, di sini baru-baru ini. Kisah Mardinah yang pernah disiarkan di laman portal ini setelah Majlis Pengurusan Komuniti Kampung(MPKK) tersebut menziarahi beliau sekeluarga. Hadir sama isteri beliau Rugayah Mahmood bersama beberapa kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Institut Modal Insan DUN dan MPKK. Katanya, JKM dan MAIDAM telah memelihat borang yang dihantar kepada IMITS oleh MPKK sini, jadi, yang telah diberi oleh JKM, bantuan segera sebanyak RM300 ringgit telah disampaikan." Lepas tu, kepada anak RM400 dan dalam masa yang sama, JKM sedang berusaha untuk mendaftar anak OKU ini, tetapi perlu mendapat pengesahan daripada doktor yang menyatakan dia sah sebagai OKU," ceritanya.
17 Feb 19
365