lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Rumah 'Tok Nab' Reput Dimakan Anai-anai
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 20 Februari - Seorang warga emas, Zainab Musa, 78, yang tinggal di rumah reput dimakan anai-anai perlukan bantuan orang ramai bagi membaik pulih rumah beliau di Kampung Kumpal, Delong di sini.Zainab atau Tok Nab yang menghidap pelbagai penyakit memohon agar rumahnya yang terlalu uzur segera dibaiki. "Rumah tok ni, rosak teruk doh, anai-anai makan lantai, dinding dan kayu-kayu siling," cerita beliau yang tinggal bersendirian di kampung tersebut.Beliau berkata demikian di program ziarah isteri Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Rugayah Mahmood ke Delong di sini semalam. Menurut Tok Nab, anak-anak beliau terutamanya yang tinggal bersebelahan rumah itu sentiasa mengambil berat dan cucu beliau akan datang menemaninya tidur di waktu malam."Tapi nak tolong baiki rumah ini memang mereka tidak mampu," ujarnya yang merupakan menerima sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Beliau yang sudah kematian suami itu juga mengalami masalah penglihatan selain menghidap darah tinggi dan sakit lutut. Tok Nab dengan keuzuran yang ketara itu bimbang untuk menjalankan kehidupan seharian di rumah berkenaan kerana masalah tersebut." Yang tok paling bimbang masa berjalan dalam rumah sebab lantainya sudah banyak reput, makan di anai-anai, takut lantai runtuh," tambahnya. Justeru, Rugayah mengharapkan orang ramai sudi membantu membaik pulih rumah berkenaan untuk keselesaan Tok Nab tinggal di situ.
20 Feb 19
370
Empty Image
Isteri MB Teruja Sahut Kempen Pertanian Bandar
 Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman (dua dari kanan).Oleh: Aslam WiraHULU TERENGGANU, 20 Februari - Jaulah sempena Kempen Pertanian Bandar meninggalkan kesan yang mendalam kepada peserta yang terlibat.Pengerusi Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat (Khairunnisa’), Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman berkata, pelbagai input berguna diperoleh oleh mereka yang mengikuti jaulah ini untuk digunakan dalam kehidupan seharian.Jelasnya, pengetahuan baru tentang pertanian seperti cara dan kaedah bercucuk tanam melahirkan rasa seronok dan teruja dalam diri setiap peserta program.“Jaulah ini memberi banyak manfaat kepada peserta tentang cara-cara dan kaedah bercucuk tanam dalam menyahut seruan Kempen Pertanian Bandar.“Ini sekaligus memberikan ilmu baru kepada peserta jaulah ini lebih-lebih lagi kaum wanita untuk menjalankan aktiviti bercucuk tanam di rumah masing-masing,” katanyaTuan Faizah, mendengar taklimat bercucuk tanam.Beliau berkata demikian semasa program Jaulah Kempen Pertanian Bandar, di sini, kelmarin.Hadir sama dalam program itu ialah Isteri Ahli Parlimen Marang, Toh Seri Puan Hajah Zainab Awang Ngah, Ahli Persatuan Khairunnisa’, Halwa Dun Rhu Rendang dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Rhu Rendang.Beliau yang juga isteri Menteri Besar, menjelaskan bahawa kaedah pertanian dapat dipraktikkan dengan hanya menggunakan bahan-bahan terpakai walaupun di sesuatu tempat yang terhad atau tanah yang tidak luas.“Bahan-bahan terpakai juga boleh gunakan untuk aktiviti, di mana-mana tempat sama ada kawasan terhad atau tanah luas ,” ujarnya.Sementara itu, Ketua Sekyen Horticulture Jabatan Pertanian Negeri Terengganu, Nor Aini Mamat berkata banyak info dan ilmu tentang penanaman pokok boleh dipelajari dengan senang.Dalam masa yang sama, orang ramai yang berminat dalam bidang usahawan tani digalakkan hadir secara peribadi atau melalui rombongan ke pejabat pertanian untuk menuntut ilmu pertanian bandar.Peserta program jaulah.“Sekarang ini kita banyak mendedahkan kepada orang awam tentang agroponik, akuaponik, dan penggunaan kaedah untuk pengeluaran serta pembiakan anak pokok.“Lebih-lebih lagi, dalam masa terdekat kita tidak mempunyai ramai ahli yang dan tenaga pengajar yang ada ilmu berkenaan pertanian ini,” jelasnya lagi.
19 Feb 19
322
Empty Image
Mahu Lahir Masyakarat Berilmu - Mohd Nor
 SETIU, 19 Februari- Puluhan program berasaskan Pembangunan Insan, Dakwah dan Dakwah akan dianjurkan sepanjang tahun ini bertujuan melahirkan masyarakat berilmu, berakhlak dan berperibadi mulia.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, program itu termasuk Program Pemulihan Dadah dengan menjadikan Erya By Suria (dahulunya Merang Suria Resort), Merang atau Peladang Setiu Agro Resort (PSAR) di Setiu sebagai lokasi.Katanya, kedua-dua lokasi itu dianggap bersesuaian kerana jauh daripada kesibukan bandaraya, berada di kawasan pendalaman dan banyak kemudahan yang disediakan.“Bagaimanapun ia akan diputuskan kemudian selepas mesyuarat dengan pihak berkaitran termasuk Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA),”katanya.Beliau berkata demikia kepada Urusetia Penerangan Darul  Iman selepas mengadakan tinjauan di Erya By Suria dan PSAR.Hadir sama, Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman dan Ketua penyelidik Pusat Penyelidikan Ketagihan  UniSZA (CentRenA), Profesor Dr. Nasir MohamadDalam kenyataan sebelum ini memang kerajaan bercadang mewujudkan Pusat Pemulihan Dadah secara holistik berkonsepkan ‘perkampungan’ sebagai penyelesaian kepada masalah ketagihan dadah dalam masyarakat.Pusat pemulihan itu bakal menggabungkan perubatan moden, psikologi, terapi kerohanian dan penempatan pekerjaan sebagaimana pendekatan yang dipraktikkan Universiti Islam Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melalui Pusat Komuniti Saadah (PKS).
19 Feb 19
79
Empty Image
`Masih Ada Yang Sayang' Ibu Tunggal
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 19 Februari- `Program Masih Ada Yang Sayang' antara insiatif Parlimen Dungun memberi perhatian khusus kepada golongan ibu tunggal di daerah itu. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, seramai  700 ibu tunggal di DUN itu dan berdaftar menerusi Kelab Ibu Tunggal (KIT) Bukit Besi."Untuk hari ini seramai 55 orang yang dikira bertuah untuk menerima sumbangan dari Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli." Mungkin selepas ini akan menyusul lagi bantuan seperti ini dari Parlimen Dungun secara berperingkat-peringkat, untuk hari ini ibu tunggal yang layak dan terpilih adalah dari kalangan ibu tunggal yang sakit yang mempunyai tanggungan yang ramai," ujarnya.Beliau berkata demikian pada Program Masih Ada Yang Sayang, di Balai Raya Taman Setia, Al-Muktafi Billal Shah (AMBS), di sini, semalam.Turut hadir, Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli, Pengerusi Khairunnisa Daerah Dungun, Siti Zaleha Mohd, Ahli-ahli jawatankuasa Kebajikan Parlimen Dungun, Institut Modal Insan DUN Bukit Besi, dan Pengerusi Majlis Pengerusi Komuniti Kampung, Maliki Said.Sehubungan itu, Ghazali menasihati para ibu tunggal yang hadir agar menyertai kelab mahupun persatuan agar tidak murung."Di Bukit Besi ini, kita ada Kelab Ibu Tunggal Bukit Besi yang akan menjadi penggerak kepada seramai 700 orang ibu tunggal. "Kesan dari kemurungan akan membawa kesan yang negatif dalam kehidupan, akan mudah hilang keyakinan."Melalui persatuan maka daya ketahanan diri dalam menghadapi pelbagai ujian akan dapat ditempuhi," ujarnya.Beliau juga amat memahami bahawa beban yang dihadapi oleh ibu tunggal tidak mudah, malah penuh liku, onak, ranjau dan duri.Oleh yang demikian katanya, perlu menyertai persatuan, agar dapat menguruskan tekanan, supaya setiap apa jua masalah yang datang dapat memberi semangat bagi mengurus rumah tangga dengan baik.
19 Feb 19
115
Empty Image
Wanita Terengganu Jadikan Saidatina Aisyah Ikon Ilmuan
KUALA TERENGGANU, 19 Februari - Saidatina Aisyah yang dikenali sebagai  tokoh wanita Islam mempunyai keilmuan yang tinggi dan harus menjadi ikon kepada kaum wanita di Terengganu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor berkata, ketokohan isteri nabi itu akan diabadikan sempena sambutan Hari Wanita melalui Program Hari Saidatina Aisyah.“Saidatina Aisyah merupakan salah seorang  Ummu Mukminin iaitu isteri Rasulullah SAW yang sangat  berjasa  kepada umat Islam. Jadi ia adalah antara (sebab) kenapa kita memilih ikon ini (Aisyah).“Kita tahu beliau dikenali alim tentang  halal dan haram termasuk ilmu  perubatan,” jelasnya.Beliau yang juga Pengarah Program Hari Saidatina Aisyah berkata demikian ketika bersiaran langsung bersama Manisfm pada semalam, 18 Februari.Menurut Zuraida, golongan wanitaadalah penting pada masa kini yang menyumbang kepada kemajuan kepada negeri dan negara.Oleh itu kata beliau, pemilihan Aisyah sebagai ikon program tersebut diharapkan dapat menjadi ikutan kepada wanita di negeri ini khususnya.Katanya, Terengganu berbeza dengan Kelantan yang memilih Siti Khadijah sebagai ikon memandangkan ramai wanita negeri itu terlibat dalam perniagaan."Sebab kita tahu waqi' (suasana) ataupun keadaan di Kelantan wanita suka berniaga, usahawan , jadi Saidatina Khadijah terkenal  dengan usahawannya  sendiri bagaimana ia berniaga di pasar  dan wanita melopori perniagaan di sana."Jadi sesuailah Saidatina Khadijah diangkat sebagai ikon di Kelantan," ujarnya.
19 Feb 19
433
Empty Image
Rumah Terbakar, ADUN Ikhtiar Bantuan Segera
Oleh : Nooreni Abu BakarDUNGUN, 19 Februari - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun menyampaikan sumbangan segera kepada keluarga Roslina Suhaimi, 37, pemilik kediaman yang musnah dalam kebakaran, 17 Februari lalu. Sumbangan tersebut disampaikan pada hari kejadian untuk meringankan beban mangsa sekeluarga berikutan kehilangan rumah yang telah didiami selama hampir 20 tahun. Beliau yang juga merupakan Pengarah Majlis Tindakan DUN berkenaan telah menghubungi agensi-agensi terbabit untuk memaklumkan kejadian yang berlaku.“Pada hari kejadian, wakil Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) turut hadir membuat tinjauan untuk menilai bentuk bantuan yang diperlukan.“Pihak pusat khidmat DUN dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) pula akan memantau keadaan mereka dari masa ke masa,” katanya ketika ditemui Urusetia penerangan Darul Iman (UPDI) di lokasi kejadian, baru-baru ini.Mengimbas kembali kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.20 pagi itu, Roslina yang baru kembali dari membeli keperluan dapur di kedai berhampiran berkata, dia bergegas masuk ke dalam rumah apabila mendapati api marak dari arah meter elektrik rumahnya.“Ketika itu api mula menyambar, tetapi syukur saya berjaya menyelamatkan anak-anak saya,”katanya sambil menyatakan seekor kucing peliharaanya yang diletakkan dalam sangkar gagal diselamatkan.Maklumat Roslina sedang diambil oleh pegawai DUN.Menurut Roslina, kedua-dua anaknya yang berusia 10 dan 12 tahun itu sedang tidur berikutan kurang sihat dan tidak bersekolah pada hari tersebut manakala suaminya, Ramli Malik pula keluar bekerja sebagai tukang rumah. Dalam kejadian tersebut, Roslina memaklumkan mereka sekeluarga tinggal sehelai sepinggang kerana gagal menyelamatkan sebarang dokumen penting dan barangan lain.“Motosikal yang diletakkan di garaj juga hangus terbakar,” kata ibu kepada empat orang anak itu. Musibah tersebut menyebabkan Roslina sekeluarga kini menumpang sementara di rumah keluarga mentuanya di Kampung Padang Pulut.Bagi masyarakat yang ingin membantu meringankan bebanan keluarga mangsa, bolehlah menyampaikan sumbangan melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 1100741000082174 atas nama Ramli Malik.
19 Feb 19
292
Empty Image
Masyarakat Bukan Islam Tidak Dipinggirkan - Ariffin Deraman
Oleh: Ahmad FadhilahKUALA TERENGGANU, 19 Februari - Kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan masyarakat bukan Islam dan ianya terbukti apabila Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina diadakan di semua Dewan Undangan Negeri (DUN). Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman berkata, ia merupakan satu petunjuk kepada rakyat bahawa kerajaan yang ada sekarang bersifat sederhana dan sangat mementingkan keharmonian kaum. "Kita (kerajaan negeri) tidak akan sesekali meminggirkan hak orang bukan Islam malah kita sedia membantu mereka seperti mana masyarakat Islam dapat. "Buktinya, kita telah memberi peruntukan atau sumbangan kewangan kepada mereka yang miskin atau kurang berkemampuan sebelum ini untuk menyambut Tahun Baru Cina. "Contohnya, lebih 100 orang warga Cina dapat menikmati sumbangan ini sekitar DUN Alur Limbat," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) pada Majlis Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat DUN Alur Limbat yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali di Dewan Taman Padang Midin, baru- baru ini. Lebih 200 orang kaum Cina hadir bagi meraikan sambutan perayaan tersebut serta masyarakat melayu Islam setempat dimana sambutannya begitu meriah dengan adanya tarian naga dan jamuan makanan.
19 Feb 19
191
Empty Image
Masyarakat Berbilang Kaum Meriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina
Tarian singa menghiasi sambutan.Oleh: Mohd AsrafKuala Dungun, 19 Februari - Lebih 800 penduduk berbilang kaum di sekitar kawasan Sura hadir bagi meraikan sambutan Tahun Baharu Cina yang diadakan di perkampungan cina, di sini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik berkata, sambutan tahun ini sangat meriah kerana disambut oleh pelbagai bangsa termasuk melayu dan india. Jelasnya, kehadiran mereka pada sambutan tahun baharu cina itu juga menunjukkan isu perkauman yang dimainkan hanyalah sandiwara pihak tertentu.“Di Dun Sura ini kita ada melayu, cina, india dan beberapa lagi kaum lain dan malam ini kita dapat tengok ramai yang hadir bersama sama memeriahkan majlis,” katanya. “Islam mengajar kepada kita untuk sentiasa menjaga rakyat dibawah pentadbirannya termasuk bukan islam dan kita telah buktikan malam ini,” tegas beliau. Kehadiran daripada pelbagai bangsa.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina yang diadakan di perkampungan cina, Kuala Dungun.Majlis itu turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Wan Ramli, ADUN Rantau Abang, Alias Harun, Pegawai Hal Ehwal Bukan Islam Menteri Besar, Dr. Balachandran serta beberapa orang wakil NGO. Sementara itu, pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sungai Penaga, Luu Cee Ann berkata, sebagai salah seorang penganjur beliau amat berpuas hati dengan sambutan perayaan itu.  Keceriaan jelas terpancar.“Sambutan tahun ini berbeza dengan tahun sebelum ini dimana dibuat di dewan sekolah sahaja tapi tahun ini dibuat diluar dan orang ramai boleh hadir tengok budaya orang cina menyambut tahun baharu. “Saya tengok dibawah pemerintahan PAS majlis ini lebih besar dan lebih meriah dan kerjasama pun lebih mudah dan tidak banyak birokrasi”.Majlis sambutan itu dianjurkan oleh Gabungan Persatuan Kaum Tiong Hua Dungun dan MPKK Sungai Penaga.
19 Feb 19
306
Empty Image
Penderitaan Pesakit Kulit Kronik Dapat Perhatian
Oleh: Abdul Hafiz GhazaliKEMAMAN, 19 Februari- Penderitaan Umi Kalsum Ibrahim,55, yang terlantar akibat penyakit kulit kronik ‘proriasis’ di Kampung Chendor Baru mendapat perhatian Zahiyah Rahman isteri Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Hanafiah Mat yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai.Zahiyah meluangkan masa melawat Umi Kalsum di kediamannya bersama kepimpinan setempat termasuk kakitangan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) bagi menyampaikan sumbangan.Umi Kalsum yang mempunyai enam anak menderita penyakit kulit kronik sejak dua tahun lalu.Tanggungjawab menyara keluarga itu sebelum ini dipikul oleh suaminya, Alias Che Jusoh,62, namun terpaksa berhenti kerja sebagai pemandu van sejak Umi Kalsom terlantar kerana ingin menjaga isterinya itu.Sementara itu Zahiyah berkata, kerajaan negeri menyediakan peruntukan yang besar menerusi Tabung Darul Iman untuk membantu pesakit kronik dan mangsa bencana yang benar-benar memerlukan pembelaan.“Umi Kalsom tidak pernah menerima segala bentuk bantuan daripada mana-mana pihak sebelum ini.“Kes ini akan segera dipanjangkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) untuk tindakan lanjut,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi Umi Kalsom di rumahnya, semalam.
18 Feb 19
56
Empty Image
NGO Sebagai Mata Dan Telinga Kerajaan
Zuraida Md NoorOleh : Amiirullah Mansor DUNGUN, 18 Februari – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) disaran supaya lebih peka dalam menjalankan tanggungjawab mereka membantu kerajaan menjaga kebajikan rakyat yang memerlukan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor berkata, NGO ini akan menjadi mata dan telinga untuk menyampaikan maklumat kepada peringkat atasan."Kadang - kadang kita tidak tahu permasalahan masyarakat kita di kawasan terpencil, maka NGO menjadi satu jambatan kepada kerajaan untuk menyalurkan maklumat mengenai perkara ini."Hal ini sekaligus merealisasikan hasrat negeri  iaitu Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera," katanya ketika merasmikan Majlis Hi-tea & Pelancaran NGO Pesatuan Hawa Prihatin Dungun (PERHATIN) di Mayang Sari Resort Dungun, di sini, baru-baru ini.Zuraida berkata, penyertaan masyarakat dalam NGO dapat memberi kepuasan kerana dapat memudahkan urusan kerajaan.Selain itu, ia juga berperanan sebagai pendidik untuk melahirkan masyarakat yang berpengetahuan tinggi dan berakhlak baik. Menurutnya, walau sehebat mana jawatan dalam NGO, peranan sebagai isteri perlu dikekalkan demi menjaga institusi keluarga di samping mengekalkan keharmonian hidup bermasyarakat.Jelasnya, penyertaan masyarakat dalam NGO secara tidak langsung mampu mewujudkan kekuatan dalam diri untuk menjayakan sesuatu program walaupun tidak dibayar gaji."Yakinlah, jika kita terlibat dalam NGO, insyaAllah Allah akan menghempapkan satu perasaan kemanisan iman, rasa keenakan dalam berjemaah sekaligus menghilangkan rasa letih kerja buat kita.“Hidup dalam berjemaah juga akan mengeratkan silaturahim sesama kita serta dapat mengenali antara satu yang lain,”ujarnya.
18 Feb 19
37