Artikel "Komuniti" Terkini
Program Pemantapan, Tingkatkan Keyakinan Berbahas
Oleh :Nooreni Abu BakarDUNGUN 25 Februari. – Penganjuran Program Pemantapan Ahli Jawatankuasa Terpilih sebagai usaha meningkatkan tahap keyakinan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk bersoal jawab dan juga berbahas di Persidangan Dewan Undangan Negeri. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Terengganu, Alias Harun, berkata program tersebut melibatkan timbalan-timbalan pengerusi di semua portfolio jawatankuasa kerajaan negeri."Dalam kursus itu kita diberi tunjuk ajar untuk berbahas di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri," katanya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi oleh wakil UPDI yang diminta mengulas program yang dianjurkan oleh Pejabat DUN Negeri itu, baru-baru iniKatanya, program yang berlangsung selama dua hari dan berakhir 22 Februari itu diadakan di Darul Iman Training Centre, Telok Teluk Kalong, Kemaman."Diantara pengisian program ialah menunjuk ajar bagaimana melaksanakan tugas-tugas di portfolio masing-masing di dalam menjayakan manifesto.“Ianya juga untuk memantapkan kerja-kerja hala tuju kakitangan kerajaan ahli Dewan untuk memartabatkan tugasan masing-masing. ," katanya yang juga Adun Rantau Abang
25 Feb 19
40
Dr Mohd Khairuddin Luang Masa Lawat Pesakit
Oleh: Nizam at-Takiri KUALA NERUS, 24 Februari – Dalam kesibukan menjalankan tugas hakiki sebagai Ahli Parlimen, Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali sempat meluangkan masa menziarahi penduduk dan pesakit kronik di Kampung Jeram dan Tanjung Sabtu, di sini baru-baru ini.Dalam kunjungan anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus itu, beliau sempat singgah menjeguk dan bertanya khabar lapan pesakit yang kebanyakannya menghidap penyakit angin ahmar, diabetis dan buah pinggang kronik. Sedikit sumbangan dan barang keperluan dihulurkan bagi meringankan beban keluarga pesakit.Seorang pesakit dari Tangjung Sabtu, Manir, Wahab bin Salleh berkata dia menghidap penyakit kencing manis dan masalah buah pinggang yang serius sejak tiga tahun yang lepas.“Kini masih mendapat rawatan susulan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, selain rawatan hemodialisis di Pusat Dialisis Kampung Losong, Kuala Terengganu, katanya ketika menerima kunjungan Dato Dr Mohd Khairuddin Dalam Program Ziarah Mahabbah YB Kuala Nerus, baru-baru ini. Turut hadir dalam program itu, Timbalan Seketariat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus, Ustaz Hafeez Sahidi bersama-sama dengan Pegawai-pegawai Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) Dun Buluh Gading.
24 Feb 19
42
Sarapan Pagi Eratkan Silaturahim Jemaah Surau Istiqamah
Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 24 Februari- Jemaah Surau Istiqamah, Gong Pak Jin di sini mengeratkan hubungan silaturahim dan mengukuhkan semangat kerjasama melalui aktiviti sarapan pagi bersama-sama. Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali juga bekesempatan menyertai jemaah bersarapan pagi di kedai berhampiran selepas menyampaikan kuliah Subuh di surau berkenaan, baru-baru ini (20 Februari).Beliau turut meluangkan masa untuk beramah mesra dan mendengar permasalahan yang dihadapi penduduk setempat.Banyak persoalan, pertanyaan, rungutan tentang masalah kos hidup, ekonomi, politik semasa yang dikemukakan oleh warga Surau Istiqamah kepada beliau sepanjang pertemuan itu.Kira-kira 50 jemaah telah mengikuti kuliah Subuh yang disampaikan oleh Dr Mohd Khairuddin pada hari berkenaan.
24 Feb 19
256
Pengunjung Puji HEBAT Menarik, Patuh Syariah
Qusyairizul SyahmiKUALA TERENGGANU, 24 Februari - Himpunan Belia dan Beliawanis Terengganu (HEBAT) Stadium Negeri, di sini, sepanjang dua hari yang berakhir malam tadi, dilihat antara program yang menarik, memberi pengalaman baharu kepada pengunjung serta pengisian aktivitinya menepati syariat Islam.Seorang pengunjung, Muhamad Qusyairizul Syahmi dari Besut berkata, program itu amat bermakna dan bermanfaat kepada anak-anak muda seperti mereka pada masa kini."Ini yang paling kita suka kerana sebelum ini ada juga hiburan tapi tidak berapa kena (sesuai) tapi kerajaan baru ini kita nampak buat hiburan kena dengan syariat Islam," katanya ketika ditemui di Stadium Negeri, di sini, semalam.Justeru itu, beliau berharap agar kerajaan baharu perlu memperbanyakkan lagi program berfokuskan kepada belia supaya golongan itu boleh mengisi masa dengan perkara yang berfaedah dan mencari pengalaman berguna untuk memanfaatkannya dalam kehidupan masing-masing.Wan Nur Sakinah Din (paling kiri)Seorang lagi pengunjung, Wan Nur Sakinah Din berkata, itu adalah satu pendekatan baru kerajaan negeri kepada belia dan beliawanis dengan memperkenalkan program yang mendekatkan kerajaan dengan rakyat tanpa mengira latar belakang terutama golongan muda."Ini adalah langkah permulaanyang baik dan insyaAllah akan datang kerajaan perlu mempelbagai program dan aktivti anak muda dan menarik minat mereka melakukan perkara yang bermanfaat," ujarnya.Seorang beliawanis dari Ajil, Hulu Terengganu, Siti Hajar Safie, 26 pula menyatakan keterujaannya dapat menyertai program yang mampu mengeratkan ukhwah antara belia dan beliawanis dengan agensi kerajaan itu."Saya berharap supaya program ini dapat diteruskan lagi untuk masa akan datang dan tambahkan lagi aktiviti (yang) menarik untuk anak muda," tambahnya.
23 Feb 19
158
Bina Jati Diri Pelajar Berasas Syariat - YB Hishamuddin
Oleh: Mohd Zukifli MatKUALA NERUS , 21 Februari- Kerajaan negeri terus komited dalam mendidik dan membina jati diri pelajar agar menjadi aset yang penting kepada negeri serta negara berasaskan acuan syariat Islam seperti yang diajar oleh Baginda Nabi SAW. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, pendidikan berteraskan ajaran Islam adalah agenda utama kerajaan negeri bagi melahirkan pelajar yang merupakan aset penting pada masa depan. "Tiga elemen penting yang patut kita terapkan ke dalam diri iaitu ilmu, iman dan juga amal. Dalam banyak perkara, tiga perkara ini menjadi teras kepada kepimpinan Kalau kita ingin menjadi pemimpin, pemimpin tersebut hendaklah memiliki ilmu."Kalau kita ingin menjadi pemimpin, biarlah kita menjadi pemimpin yang memiliki iman, pemimpin yang beramal dan juga pemimpin yang bekerja, barulah lengkap pakej kepimpinan,"katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam majlis perasmian ‘Kem Kepimpinan Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Gong Badak di Dewan Utama Institut Latihan Perindustrian (ILP) Gong Badak, di sini, baru-baru ini.Hishamuddin berkata, pelajar bukan sekadar menjadi pembimbing persatuan dan kelab semata-mata, tetapi mestilah mempunyai sifat bertanggungjawab terhadap setiap kemudahan yang disediakan ini seumpama ianya kepunyaan kita.Katanya, kemudahan Kompleks Sukan Gong Badak dan sekolah yang menjadi tanggungjawab bersama perlulah dijaga termasuk dalam aspek kebersihan dan disiplin waktu."Masuk sahaja dalam sekolah, satu perkara yang penting adalah tidak akan ada sampah kerana nilai kepimpinan yang sangat tinggi akan membimbing rakan kita yang lain untuk turut sama memberikan penekanan terhadap kebersihan. "Kalau kita ada jiwa kepimpinan dengan ilmu, iman dan amal tentu sekali kita akan menjadi pelajar yang sangat berdisiplin, hadir ke sekolah awal kemudian kita tekun dan fokus ketika berada dalam kelas. Manakala ketika menghadapi peperiksaan kita adalah di kalangan yang sangat tekun menghadapi peperiksaan, maka jiwa kepimpinan ini akan menyerlah dalam diri kita dan melahirkan kualiti yang sangat baik. Dan itulah impian semua guru-guru,"katanya.Menurut beliau lagi, biarpun bergelar wakil rakyat, beliau juga boleh diibaratkan sebagai guru kerana sifatnya adalah untuk membimbing seluruh masyarakat.Selain itu, katanya, jika berbicara mengenai sukan, beliau yang turut terlibat menguruskan sukan dan pembangunan atlet negeri mengambil pendekatan berhati-hati dan tidak gopoh sebaik sahaja mengambil alih kerajaan.Tambahnya, dengan menerapkan ilmu, iman dan amal kerajaan negeri sama sekali tidak akan mundur dalam semua aspek termasuk dalam bidang sukan apabila membawa pakej pematuhan syariah sepertimana diajarkan oleh Nabi SAW."Ini lah yang saya ingin kongsikan kepada adik-adik sekalian. Kita bukan berbicara soal menang kalah semata-mata, dalam sukan satu contoh. Kalah menang itu perkara biasa. Saya tidak meletakkan KPI (petunjuk prestasi utama) yang tinggi kita mesti menang, tetapi saya membentuk pasukan supaya memiliki jiwa untuk menang. Saya membentuk kepada seluruh penonton ada jiwa untuk menang."Alhamdulillah bukan saja pasukan kita terapkan untuk menang tetapi juga kepada penonton dan penyokong juga perlu mempunyai jiwa untuk menang. Di stadium kita bimbing masuk tanpa sampah keluar tanpa sampah. Tempoh hari sehingga jam 12 malam (selepas perlawanan) penyokong-penyokong bola sepak Terengganu tidak keluar dari stadium sehingga stadium bersih dari sampah. Ini jiwa yang menang walaupun malam tersebut Terengganu sekadar seri tetapi penyokong memiliki jiwa menang (kutip sampah) dan tidak izinkan sampah ada di dalam stadium tersebut. Saya ingin generasi kita akan datang kekal memiliki jiwa menang seperti ini,"ujar beliau.
23 Feb 19
60
MPKK Disaran Tubuh Khairat Kematian
Oleh: Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU, 24 Februari- Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) disaran menubuhkan badan khairat kematian yang diuruskan masjid atau surau bagi menjaga kebajikan dan meringankan beban pewaris.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, langkah itu sewajarnya dilaksanakan di 34 MPKK di Wakaf Mempelam. Katanya, sekiranya kampung yang tiada badan khairat kematian, pihaknya akan berusaha menubuhkan badan khairat kematian peringkat kampung supaya perkara ini memberi kemudahan kepada keluarga si mati.“Kita juga mahu melihat peranan dan fungsi badan khairat itu sendiri bukan sahaja bertindak menguruskan khairat kematian sahaja, tapi kita sedang meneliti untuk melakukan lebih dari itu sehingga ke peringkat membantu menyediakan makanan (tahlil) pada malam pertama hingga malam ketiga kepada keluarga si mati.“Amalan seumpama ini turut dilakukan pada zaman Rasulullah SAW para sahabat akan membantu menyediakan makanan kepada keluarga simati dalam tempoh tertentu sehingga keluarga simati merasa tenang sehingga dapat menenangkan emosi mereka,” katanya.Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO negeri berkata sedemikian ketika menyerahkan Kit Pengurusan Jenazah kepada MPKK peringkat MTD Wakaf Mempelam di pejabat DUN Wakaf Mempelam, baru-baru ini.
23 Feb 19
71
Hindari Denggi Dengan Gotong Royong
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 24 Februari - Konsep gotong royong membersih kawasan kampung perlu diteruskan supaya penduduk terhindar dari pelbagai penyakit berbahaya termasuk demam denggi.Kampung yang tidak terurus dengan banyaknya tempat pembiakan nyamuk, longkang tersumbat dan banyak tempat tangkungan air tidak dikawal, menyebabkan berleluasanya wabak denggi pembawaan nyamuk Aedes.Serentak itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh menasihatkan orang ramai agar menjadikan gotong-royong sebagai aktiviti penting bagi tujuan tersebut."Saya berharap anggota masyarakat memainkan peranan penting dalam menjaga kebersihan kawasan kampung bagi mengelakkan tersebarnya wabak penyakit seperti denggi", ujar beliau. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Program Gotong Royong Perdana anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Alor Teratai, di kampung berkenaan di sini kelmarin.Katanya, aktiviti gotong-royong perlu dijadikan sebagai aktivi utama di setiap kampung di dalam DUN Kuala Besut."Hal ini kerana gotong-royong bukan sahaja dapat membersihkan kawasan kampung kita, tetapi kita juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita," jelasnya.Turut serta dalam aktiviti itu, Pejabat Kesihatan Daerah Besut, Pejabat Daerah Besut dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).
23 Feb 19
262
Keunikan Laksa Kebok Dimartabatkan Semula
Ghazali mencuba alat kebok untuk menghasilkan laksa di AMBSOleh : Adli MohamadDUNGUN, 22 Februari- Mungkin ramai yang tidak tahu bagaimana laksa dihasilkan pada zaman dahulu sebelum teknologi moden wujud dan mustahil generasi pada masa kini mengenali 'Laksa Kebok' yang merupakan tradisi turun temurun semenjak dahulu di Al-Muktafi Billah Shah (AMBS).Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Indah, AMBS, Zakiah Alias berkata, berbanding penghasilannya menggunakan mesin, penduduk di sini didedahkan dengan kaedah lama menghasilkan laksa beras yang dikenali sebagai laksa kebok.Katanya, kebok sejenis peralatan lama untuk membuat makanan iaitu laksa.Kebok dibuat dari tembaga seratus peratus.Kebok sangat popular untuk membuat laksa pada tahun 50an hingga tahun 80an.Sejak itu kebok telah menjadi salah satu barangan lama yang tak dikenali oleh genarasi sekarang."Yang dipanggil 'Laksa Kebok' kerana ianya dihasilkan dengan menggunakan 'kebok' yang digunakan oleh orang-orang terdahulu yang dilakukan secara bergotong royong." Mungkin generasi pada masa kini kurang mengenali, jadi kita naikkan semula agar generasi baru tahu dan kenal, secara tidak langsung dapat menyelami bagaimana cara-cara dan keunikan orang dahulu berbanding sekarang dimana sekarang hanya dilakukan dengan mesin, " ujarnya.Beliau berkata demikian ditemui pemberita pada Program Jalinan Kasih, yang dianjurkan oleh MPKK Taman Indah, AMBS, di sini semalam.Menurutnya lagi, dua aktiviti telah dilakukan serentak pada hari berkenaan, selain membuat 'Laksa Kebok' secara bergotong royong, pihak MPKK juga membuat pengagihan pelekat alamat rumah kepada 312 buah rumah didalam taman berkenaan."Tujuan utama program jalinan kasih yang diadakan pada hari ini, kita nak matlamat serta fokus utama ialah untuk kita gabung jalinkan kerjasama antara semua penduduk kampong supaya tidak ada ruang atau halangan yang memisahkan MPKK dan penduduk setempat dalam menyelesaikan segala permasalahan yang timbul secara bersama," jelasnya.Sementara itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri(DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman memuji aktiviti yang dilakukan oleh MPKK Taman Indah dalam mengeratkan hubungan diantara komuniti setempat."Ianya wajar dicontohi oleh MPKK didalam DUN Bukit Besi ini, sebagai contoh pelekat alamat, walaupun ianya 'simple' namun memberi kesan dalam mengeratkan hubungan diantara komuniti dan memberi impak positif yang berkekalan.“Dengan peruntukan kos sebanyak RM 3,000 sebagaimana yang dimaklumkan Ahli Jawatakuasa MPKK sendiri yang mengumpul dana dan juga hasil dari sumbangan orang ramai yang menyumbang kepada kejayaan program pada hari ini." Ini membuktikan apa jua program yang ingin dilaksanakan akan dapat dicapai dengan jalinan kerjasama, kerana itu pentingnya semangat ukhwah dikalangan ahli dibentuk dalam melakukan apa jua program, menjadi mudah serta senang," tegasnya.
23 Feb 19
563
Internet, Jangan Sampai Tidak Bertegur Sapa
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 21 Februari - Pengguna internet digesa agar menggunakan medium itu untuk memperolehi pelbagai manafaat, namun jangan sampai leka dan merenggangkan silaturrahim sehingga tidak bertegur sapa.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri, Ghazali Sulaiman berkata, dunia sekarang menyaksikan masyarakat telah hidup di alam maya, sehinggakan ada yang tidak mempedulikan masyarakat."Boleh dilihat, pada hari ini masyarakat seolah-olah tiada lagi di alam nyata, leka dengan penggunaan internet sama ada menggunakan media sosial atau mencari pelbagai maklumat."Tiada dapat dinafikan kebaikan itu ada, namun dari sudut negatifnya perhubungan keluarga, masyarakat, jiran tetangga menjadi renggang akibat leka dengan media sosial. Sehinggakan bertandang ke rumah jiran, kadang-kadang jiran terasa hati kerana kita tidak fokus pada percakapannya," ujarnya.Beliau berkata demikian, semasa hadir pada program Hari Terbuka Pusat Internet Dan Pusat Komuniti Desa, Pasir Raja, di sini, baru-baru ini.Ghazali berkata, tidak salah menggunakan internet, bagaimanapun jangan sampai meretakkan perhubungan kekeluargaan mahupun masyarakat."Jadilah seorang pengguna internet dan media dengan bijak serta menguruskan dengan baik."Ianya terletak di tangan kita, yang menentukan internet itu baik atau tidak baik ianya bergantung kepada sikap kita," katanya.Di samping itu, Ghazali juga meminta pengguna internet pada alaf ini, agar berhati-hati dengan jenayah siber.Menurutnya, penggunaan internet walaupun mendatangkan kebaikan perlu digunakan secara berwaspada berikutan pada masa kini segala bentuk ancaman boleh datang melalui pelbagai caradan elakkan menjadi mangsa kecanggihan teknologi.
23 Feb 19
118
Acara Dekorasi Kek, Serlah Bakat Beliawanis
Acara dekorasi kek serlah bakat beliawanis Terengganu.KUALA TERENGGANU, 23 Februari - Acara dekorasi kek yang dipertandingkan dalam Himpunan Belia dan Beliawanis Negeri Terengganu (HEBAT) 2019 berjaya menonjolkan bakat beliawanis.Juri bagi acara dekorasi kek, Nooraini Salleh berkata, pihaknya sukar untuk mencari pemenang kerana gubahan kesemua peserta mempunyai kelebihan tersendiri.Jelasnya, dekorasi yang ditampilkan dengan pelbagai bentuk gubahan dan corak itu ternyata memukau para pengunjung dan juga pihaknya.“Sangat sukar untuk kami (juri) untuk mencari pemenang dalam kalangan mereka semua.“Gubahan yang dibuat sangat menarik, sesuatu yang sangat payah untuk dibuat atau ditiru, penonton pun teruja melihat gubahan mereka,” jelasnya. Pemenang tempat pertama pertandingan dekorasi kek.Beliau berkata demikian semasa ditemubal oleh wartawan selepas mengadili pertandingan dekorasi kek di dewan utama, stadium negeri, di sini, hari ini.Acara tersebut menyaksikan Suraya Ali dan Siti Iqlima Yusoof dinobatkan sebagai juara, manakala di tempat kedua Nur Aini Mohd Zali dan Siti Mariam serta Nor Shahira Ahmad dan Nur Masyitah Pauji berada di tempat ketiga.Acara penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat (Khairunnisa')Terengganu, Zarani Othman.Acara yang bermula sekitar pukul 3.00 petang itu mengumpulkan hampir 30 beliawanis dari seluruh Terengganu. Pemenang pertandingan fesyen ibu dan anak.Turut berlangsung serentak dengan acara itu ialah acara fesyen ibu dan anak yang dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu tema kerjaya dan budaya.HEBAT yang mengumpulkan belia dan beliawanis dari seluruh daerah itu berlangsung selama dua hari.Himpunan yang menyasarkan untuk menghimpunkan 10,000 belia itu telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dr. Samsuri Mokhtar semalam.
23 Feb 19
772