lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Ops Didik Bina Kesedaran Agama
Ops Didik di sekitar Batu Burok, Kuala Terengganu.KUALA TERENGGANU, 1 Mac - Ops Didik yang dijalankan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) secara bersepadu bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sekitar bandaraya Kuala Terengganu berjaya membina kesedaran orang ramai terhadap syariah.Pegawai Agama Daerah Kuala Terengganu, Azmi Tengah berkata, sudah menjadi tanggungjawab pihak penguasa untuk menyelesaikan masalah sosial yang meruncing dalam kalangan masyarakat terutamanya melibatkan remaja.Jelasnya, operasi di dua tempat yang diketuai oleh pihaknya berjaya mengesan banyak pasangan yang berkelakuan dan berpakaian tidak sopan di tempat awam."Kita berharap semoga momentum mencegah mungkar ini berjalan (seperti biasa) pada masa-masa akan datang."Setakat yang saya dimaklumkan, 37 pasangan yang kita keluarkan notis untuk hadir ke pejabat agama," ujarnya. Azmi Tengah, Pegawai Agama Daerah Kuala Terengganu.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa mengetuai Ops Didik di Pulau Warisan, di sini, semalam.Hadir sama dalam operasi itu ialah pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Nik Al-Hafiz, pegawai-pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Terengganu serta sukarelawan penguatkuasa syariah.Tambah beliau, pasangan yang ditangkap diberi notis untuk hadir ke pejabat agama daerah dalam tempoh satu minggu bagi mengikuti sesi kaunseling.Sekiranya gagal berbuat demikian, pasangan terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 34, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir )Terengganu 2001, yang boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM 1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali."Kita akan beri mereka satu notis untuk hadir ke pejabat pada 6 Mac untuk kita jalankan sesi kaunseling dan tazkirah."Kalau dia tak datang kaunseling kita akan 'proceed case' itu untuk didakwa di bawah seksyen 34, berkelakuan tidak sopan di tempat awam, kalau tak datang (tunai denda) kita akan keluarkan waran tangkap,". JPJ turut terlibat menjayakan operasi.Operasi bersepadu yang bermula pada pukul 9.30 malam itu dijalankan di dua lokasi berbeza iaitu di Batu Buruk dan Pulau Warisan.
01 Mar 19
247
Empty Image
Projek Kraf Kercut Mampu Tingkat Ekonomi Penduduk
Ustaz Hilmi meninjau hasil produk kraf selepas merasmikan Projek Kraf Kercut di Bengkel Kumpulan Bembangunan Wanita KPW Kampung Beris Tok Ku Permaisuri, di sini, semalam.Oleh: Ahmad MawardiSETIU, 27 Februari - Kerajaan negeri menerusi Jabatan Pertanian Negeri Terengganu akan memastikan  projek kraf kercut sebagai inisiatif membangunkan komuniti setempat terutama melahirkan wanita tani dalam arus pembangunan industri hiliran mampu meningkatkan kualiti hidup dan pendapatan keluarga.Timbalan Pengerusi Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Ustaz Hilmi Harun berkata, industri kraf merupakan sebahagian daripada industri kreatif negara yang perlu diambil peluang oleh masyarakat setempat untuk membaiki taraf kehidupan masing-masing."Justeru, kerajaan negeri menerusi jabatan dan agensi sebagai peneraju industri kraf negara, diharap agar terus gigih dan konsisten dalam usaha memastikan penglibatan usahawan tempatan menghasilkan produk yang berkualiti dan berdaya saing di pasaran."Usaha-usaha pengkomersilan produk kraf ini perlu terus diperkasa dan dimantapkan agar mendapat perhatian pengguna, pembeli serta pelancong dari dalam dan luar negara," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perasmian Projek Kraf Kercut di Bengkel Kumpulan Bembangunan Wanita KPW Kampung Beris Tok Ku Permaisuri, di sini, semalam.Turut hadir, Timbalan Pengarah Pertanian Negeri, Zulkepli Amin Mat Jusoh, Pegawai Daerah Setiu, Mohd Sophian Abu Bakar dan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Rosman Roslan.Hilmi berkata, pelaksanaan program seumpama itu bukan sekadar dapat mengoptimumkan impak dalam memajukan rakyat secara menyeluruh, malah ianya selari dengan hasrat dan strategi kerajaan negeri untuk memperkasakan pembangunan ekonomi di luar bandar.Beliau yang juga ADUN Manir berkata,  difahamkan sehingga Disember 2018, sebanyak RM74.8 juta nilai jualan produk Industri Asas Tani (IAT) berjaya dicatatkan dengan penglibatan seramai 715 usahawan IAT.Walaubagaimanapun, menurutnya nilai jualan bagi produk kraf masih jauh ketinggalan berbanding dengan hasil hiliran yang lain.Tambahnya lagi, penubuhan projek kraf itu bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada usahawan kraf malah turut memberi limpahan faedah kepada industri lain seperti pelancongan, inap desa, sektor perkhidmatan dan industri hiliran yang lain.
01 Mar 19
193
Empty Image
Garap Wanita Terengganu Beauty With Brain
Oleh: Dayang Syafiqah Sallehan Wahab             KUALA TERENGGANU, 1 Mac - Kerajaan negeri mengambil inisiatif memartabatkan golongan wanita ke arah yang disifatkan sebagai ‘beauty with brain’ melalui penganjuran Seminar Hala Tuju Wanita Terengganu yang bakal berlangsung pada 5 Mac ini.Bertempat di Permai Hotel, Kuala Terengganu, orang ramai khususnya wanita Terengganu dijemput hadir bagi sama-sama menjayakan seminar berkenaan.Menurut Pegawai Khas Hal Ehwal Wanita Pejabat Menteri Besar Terengganu, Khairiah Mokti, seminar itu bertujuan menggarap pemikiran wanita di semua peringkat dan menggabung jalinkan semua pandangan yang diutarakan kepada satu agenda dan matlamat kerajaan negeri.Beliau yang bertindak selaku pengarah program menyatakan seminar yang bakal dianjurkan itu membantu wanita Terengganu untuk lebih memahami konsep kehidupan ke arah kesejahteraan selaras dengan agama yang diaplikasikan dalam kehidupan.“Kita ingin menyatukan pemikiran golongan wanita terutama yang berautoriti seperti doktor dan peguam untuk menghasilkan hala tuju terbaik bagi wanita Terengganu."Selain itu, ia secara tidak langsung dapat menyambung silaturahim antara pegawai-pegawai kerajaan dan orang ramai yang hadir dalam usaha merakyatkan pentadbiran kerajaan negeri,” katanya ketika berucap dalam slot Suara Kita di radio Manis. FM, semalam.Khairiah turut memaklumkan, pengisian seminar akan dibentangkan tiga panel wanita daripada latar belakang berbeza terdiri daripada ahli akademik, ahli politik dan golongan professional."Pelbagai topik bakal dibincangkan antaranya ialah hal kekeluargaan, kerjaya menjurus kepada keperluan wanita selain bengkel- bengkel praktikal yang turut disajikan kepada orang ramai," katanya.
28 Feb 19
36
Empty Image
Tanaman Salak Dendang Perlu Dibangunkan Semula
Program Hari Bertemu Pelanggan peringkat daerah Dungun.Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 29 Februari - Industri tanaman buah salak di Kampung Dendang, Bukit Besi perlu dipulihkan kembali kerana ianya mendatangkan pulangan yang lumayan kepada penduduk setempat.Penghulu Mukim Jerangau, Abdul Ghafar Abu Bakar berkata, tanaman buah yang juga dikenali sebagai salak dendang itu merupakan mata pencarian orang ramai.Jelasnya lagi, para petani sekitar kampung itu akan dikumpulkan agar usaha membangunkan kembali tanaman itu tercapai."Jika diusahakan semula, ianya boleh menjadi satu sumber pendapatan kepada penduduk Bukit Besi."Dan perkara ini kita nak fokuskan dan saya pun dah berbincang dengan timbalan pengawai pertanian dimana kita akan kumpulkan petani-petani salak ini untuk kita pulihkan balik," ujarnya. Pegawai penyelaras Dun Bukit Besi, Ghazali Sulaiman (kanan) melihat jualan buah kelapa.Beliau berkata demikian pada sidang media ketika program Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Peringkat Daerah Dungun di Pusat Pembangunan Pertanian Jerangau, kelmarin.Hadir sama dalam majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Daerah Dungun itu ialah Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli serta pegawai-pegawai dari pejabat pertanian daerah Dungun.Sementara itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman yang hadir berkata, rata-rata penduduk Bukit Besi turut berminat dalam bidang pertanian tersebut.Tambah beliau, hasrat orang ramai itu akan direalisasikan dengan adanya program Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri. Kehadiran penduduk sekitar."Dan sebagai penduduk kampung ini (pertanian) sahajalah hasil dan sumber pendapatan penduduk."Telah banyak tanah yang diusahakan oleh penduduk, dan kita sekarang dalam proses mengangkat RTB dan kita berharap agar perkara ini disegerakan oleh pihak tertentu, bagi memberi jaminan dan galakkan semangat untuk penduduk terlibat dengan pertanian," tambahnya.
28 Feb 19
321
Empty Image
Penderitaan Pesakit Kronik Dapat Perhatian
Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 28 Februari- Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Perumpamaan itu sesuai menggambarkan perasaan Semek A.Bakar apabila suaminya, Mamat Yunus yang menjadi tempat bergantung hidup, menghidapi penyakit strok.Menurut Semek, suaminya perlu meminta pertolongan ahli keluarga terutama dirinya untuk menguruskan kehidupan seharian kerana tidak dapat berjalan.“Saya sekeluarga juga terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk membeli lampin pakai buang kerana suami tidak dapat mengawal dirinya untuk membuang air besar dan kecil," ujarnya yang menetap di Kampung Banggol Tuan Muda.Bagaimanapun, kesempitan hidup pasangan berkenaan mendapat perhatian Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’  Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang berkesempatan menziarahi keluarga berkenaan dan lima buah rumah lain yang turut mempunyai ahli keluarga berpenyakit kronik di kampung tersebut menerusi program Ziarah Mahabbah, baru-baru ini.Program berkenaan merupakan rutin anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus yang komited membantu rakyat yang ditimpa kesusahan dan kesakitan.Menerusi ziarah terbabit, Dr Khairuddin telah menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan seperti beras, tepung dan sebagainya kepada keluarga-keluarga yang diziarahi beliau.Katanya, Pusat Khidmat Ahli parlimen Kuala Nerus akan membantu keluarga yang menghidapi penyakit strok ini dengan memberi bantuan berupa lampin pakai buang kepada mereka.“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mereka ini kerana kos membeli lampin pakai buang ini agak tinggi,” ujarnya.
27 Feb 19
49
Empty Image
Masalah Meter Air Kg Padang Ping Bakal Diatasi
Ghazali meninjau meter air yang menjadi punca masalah penduduk kampungOleh : Adli MohamadDUNGUN, 28 Februari - Penduduk Kampung Padang Ping yang sekian lama terpaksa berkongsi satu meter satu meter air  untuk tiga rumah,  bakal menarik nafas lega apabila masalah itu mendapat perhatian pihak berkaitan untuk diatasi segera.Seorang penduduk, Tuan Sharifah Tuan Man, 47, berkata perkara itu telah berlarutan lebih enam tahun sehingga menyukarkan pergerakan mereka lebih-lebih lagi pada waktu kecemasan."Air tersangat perlahan, dah banyak kali diadukan kepada Jawatankuasa Keselamatan Dan Keceriaan Kampung (J3K) zaman pemerintahan yang terdahulu."Dua, tiga kali datang periksa tapi tiada apa-apa sebarang tindakan pun dan sekarang kita adukan kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang baharu dengan harapan ada tindakan susulan," ujarnya.Tuan Sharifah berkata demikian kepada pihak media ketika Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkunjung ke rumahnya, baru-baru ini.Ghazali  yang ditemui berkata, hasil tinjauan yang dilakukan telah mengenal pasti kampung berkenaan tidak memiliki bekalan air secara khusus dan menyukarkan urusan harian penduduk."Penduduk telah mengalami kesukaran dan masalah untuk pengairan tanaman, penternakan yang amat memerlukan bekalan air yang mencukupi." Pernah ada kes yang agak mendukacitakan, berlaku saat ingin memandikan jenazah terpaksa menunggu tekanan air yang tinggi untuk menguruskannya," ujarnya.Beliau akan mencadangkan agar Jabatan Bekalan Air (JBA), Syarikat Air Terengganu Utara (SATU) untuk mewujudkan satu paip utama di laluan yang sesuai bagi kemudahan penduduk."Kemudahan ini sangat penting agar segala urusan penduduk dipermudahkan dalam mendapatkan sumber bekalan air," katanya lagi.Sementara itu, Pengerusi MPKK Padang Ping, Nik Omar Nik Othman berkata, beliau berharap masalah yang meliputi berbelas-belas rumah didalam kampung ini akan terbela."Saya minta agar disegerakan permohonan bagi mendapat bekalan air yang lebih baik dan bertekanan tinggi, agar setiap rumah didalam kampung ini berada dalam keadaan selesa."Kita berharap sangat, agar pihak penyelaras dapat selesaikan permasahan ini dan saya bagi pihak penduduk amat berterima kasih atas kecaknaan ini,"katanya.
27 Feb 19
403
Empty Image
Galak Anak Muda Ceburi Kerjaya Kartunis
Oleh: Adli MohamadKUALA TERENGGANU, 26 Februari- Golongan belia perlu didedahkan kepada semangat dan galakkan untuk manfaatkan sepenuhnya bakat yang dimiliki dan tidak hanya tertumpu kepada kerja makan gaji semata-mata.Kartunis terkenal tanahair, Mazli Ibrahim berkata, mereka perlu disemai kesedaran untuk berdikari dan mengunakan kelebihan yang ada agar bakat dianugerah Ilahi tidak disia-siakan.Mazli yang menggunakan nama penanya Gayour berkata, beliau menyokong penuh sekiranya kerajaan Terengganu berhasrat untuk menubuhkan akademi bagi melatih dan melahirkan bakat baru supaya melukis kartus menjadi antara kerjaya pilihan anak muda.“Kerjaya sebagai kartunis sebenarnya turut menjanjikan pendapatan yang baik dan Kerajaan Terengganu boleh menyediakan platform untuk anak-anak muda mengasah bakat melukis contohnya dengan penubuhan akademi di peringkat sekolah rendah lagi.“Secara tidak langsung, membuka peluang kepada generasi baru yang berbakat dalam bidang ini mempelajari teknik-teknik yang betul sebagai panduan menjadi seorang pelukis 'ilustrator', animasi, kartun, komik dan sebagainya.“Selain dapat melahirkan produk yang menguntungkan kerajaan negeri, kerjaya kartunis boleh menjadi antara kerjaya pilihan oleh anak-anak muda yang berbakat," ujarnya kepada pemberita ketika ditemui pada Pesta Buku Terengganu di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu, baru-baru ini.Gayour berkata, seni lukisan juga mampu menyampaikan mesej dakwah kepada masyarakat dengan cara yang menarik dan ringkas sekali gus dapat menghalang lambakan karya-karya kartun dari barat yang tidak sesuai dengan adat ketimuran di Malaysia. "Saya memang menyokong jika kerajaan Terengganu menubuhkan akademi, kursus-kursus tertentu khususnya dalam bidang lukisan kartun." InsyaAllah, saya boleh membantu jika diperlukan idea, pengalaman saya itu adalah satu perkara yang saya boleh sumbangkan dalam membantu kearah memperkenalkan kerjaya kartunis kepada generasi kini," ujarnya yang terkenal melalui majalah Ujang.
27 Feb 19
346
Empty Image
4 Beradik Bertekad Tunai Hasrat Arwah Ibu
Oleh: Mohd AsrafDUNGUN, 27 Februari - Empat beradik bertekad menunaikan hasrat arwah ibu menginfaqkan rantai emas bagi kegunaan orang ramai sekali gus menggunakan hasil jualannya untuk membeli sebuah katil nursing bagi kegunaan pesakit kronik.Mereka yang kebanyakannya kakitangan kerajaan dan swasta membeli sebuah katil berkenaan melalui sebuah syarikat perniagaan dengan nilai RM3,300.00 kemudian menyerahkannya kepada Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura untuk tujuan tersebut.Wakil mereka Nurul Aisyah Mustaffa, 30, Penyelia Asrama Sekolah Menengah Teknik Kuantan, Pahang dan pasangannya Muhammad Sufian Yusuff, 33, Penolong Jurutera di Kompleks Mahkamah Kuantan, Pahang menyerahkan katil berkenaan kepada Penyelia Hal Ehwal Masyarakat, Institut Modal Insan Sejahtera (i-MiTS), Mohd Yusof Ismail di Pejabat DUN berkenaan di sini 23 Februari lalu.Katil berkenaan berukuran tujuh kali empat  kaki  dan tinggi, tiga setengah kaki untuk kegunaan pesakit strok kerana ada kemudahan untuk mengiringkan badan. Nurul Aisyah ketika ditanya pemberita, berkata beliau dan tiga adik beradik yang lain sudah lama berhasrat untuk menyumbangkan katil nursing itu kepada DUN Sura bagi kegunaan pesakit tersebut.“Selepas kematian arwah emak (Rokiah Idris), saya berbincang dengan kakak untuk sedekah jariah bagi emak kami dan katil ini adalah keputusan sebulat suara kami untuk tujuan itu,” katanya. Adik beradik beliau itu ialah Noradawiyyah Mustaffa, 40, Pegawai Kewangan Pejabat Pendidikan Daerah Dungun, Nurul Najmiah Mustaffa, 39, Guru Sekolah Kebangsaan Batu 7, Dungun dan Muhammad Mustaffa, 36, Guru Memandu di sebuah syarikat sekolah memandu di Bukit Besi, Dungun.Sementara itu Mohd Yusof ketika ditemui berkata Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sura mengucapkan terima kasih atas sumbangan itu dan akan dimanfaatkan untuk pesakit berkenaan.“Kami berterima kasih kepada Puan Nurul Aisyah dan keluarga yang berbesar hati menginfaqkan katil ini untuk kegunaan kebajikan.“Saya mengalu alukan kepada sesiapa sahaja yang ingin menyumbang untuk keperluan masyarakat di Dun Sura ini,” tambah beliau. Sementara itu, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sura telah memperuntukkan sebanyak RM15,000 sebulan untuk membantu lebih 180 keluarga yang memerlukan bantuan kebajikan setiap bulan di DUN berkenaan.
26 Feb 19
59
Empty Image
Babi Antara Punca Kemalangan Dan Kerosakan Tanaman Di Bukit Besi
Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman menziarahi mangsa kemalangan.Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 26 Februari - Babi liar yang berkeliaran di sekitar Bukit Besi antara punca berlakunya kemalangan dan kemusnahan tanaman di Kampung Besol, di sini.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, masalah berkenaan boleh meragut nyawa dan menjejaskan sumber pendapatan orang ramai.Jelasnya, haiwan tersebut yang melintasi jalan utama turut merosakkan kebun-kebun kecil penduduk setempat sehingga menyebabkan banyak kerugian yang dialami oleh mereka."Babi ini melintasi jalan-jalan utama, setakat ini dalam tahun ini sahaja bermula Januari telah berlaku lima hingga enam kes kemalangan."Bukan sahaja mendatangkan kerugian kerana kerosakan tanaman sebaliknya mendatangkan bahaya pula kepada penunggang motor, kereta dan sebagainya," ujar beliau.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, semasa menziarahi dan memberi sumbangan kepada mangsa yang terlibat dalam kemalangan dengan babi, pada Ahad lalu.Tambah beliau, perbincangan dengan pihak-pihak tertentu akan diadakan bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu berkenaan.Mangsa kemalangan, Rozanah Mamat menceritakan detik-detik cemas semasa dilanggar"Kita akan adakan perjumpaan dengan semua pihak untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu masyarakat di sini," tambahnya.Sementara itu, mangsa kemalangan, Rozanah Mamat, 37, berkata, dia disondol haiwan tersebut sehingga cedera pada tulang rusuk dan pengsan di tempat kejadian."Ketika itu saya menjerit meminta tolong daripada orang ramai yang berada berdekatan."Saya telah dibawa ke hospital dan baru sahaja keluar dari wad. Masih dalam keadaan kesihatan yang tidak baik, dan masih belum boleh melakukan sebarang pekerjaan," jelasnya.Susulan daripada kes itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Besol berkata, beliau akan berusaha untuk menyelesaikan masalah itu dan amat berterima kasih atas kecaknaan dan keprihatinan daripada pihak Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi."Semoga perancangan untuk membasmi babi akan diambil dengan jalan yang terbaik dalam memastikan kesejahteraan penduduk," jelas beliau.
26 Feb 19
63
Empty Image
Jadikan Al-Quran Sebagai Teman
Oleh: Afiq M. ZaidBESUT, 27 Februari- Al-Quran merupakan panduan hidup bagi setiap individu muslim agar sentiasa berada di atas landasanNya.Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, al-Quran perlu dijadikan sebagai teman sejati dalam kehidupan seharian."Kita menjadikan al-Quran sebagai teman kita dan mengamalkan isi-isinya dalam kehidupan seharian. Dengan celiknya al-Quran akan jadi pemudah urusan kita di dunia dan akhirat,”ujarnya ketika merasmikan Seminar Seronoknya Mengaji anjuran Pusat Khidmat DUN Kota Putera di Institut Latihan Islam Pantai Timur (ILTIM), kelmarin.Turut hadir, Pengarah, Institut Latihan Islam Malaysia Wilayah Timur (ILTIM), Norawi Endut.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata, penganjuran seminar tersebut sebagai persediaan menghadapi Ramadan tidak lama lagi. "Seminar ini dianjurkan khususnya untuk menghadapi bulan Ramadan, dari pemerhatian saya, orang ramai suka mengisi masa dalam bulan Ramadan (dengan pengisian) tapi peluang dan kesempatan masa itu tiada."Biar al-Quran ada dalam hati masyarakat kita, supaya kita jadi molek. Bila al-Quran sebati dalam diri, insyaAllah, kita berada dalam perlindungan Allah,” ujarnya.Seramai 200 orang menyertai seminar anjuran Pusat Khidmat DUN Kota Putera itu.
26 Feb 19
117