lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Masalah Muara Cetek Di Pantai Tok Jembal Akan Diatasi
Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 5 Mac – Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berjanji akan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah muara  Pantai Tok Jembal yang semakin cetek sehingga menyukarkan nelayan keluar masuk menangkap ikan.Katanya, bagi tujuan keluar masuk bot, kedalaman minimum yang diperlukan adalah 3.5 meter dan jika kurang daripada itu, ia akan menyebabkan kipas bot tersangkut dan memberi masalah kepada nelayan.“Ini menyukarkan nelayan-nelayan ini untuk turun kelaut untuk menangkap ikan terutama bila waktu air surut."Saya telah menghubungi Pengarah Tanah dan Galian Negeri serta pegawai-pegawai Pejabat Daerah Kuala Nerus untuk mendapatkan maklum balas pihak berkenaan tentang perkara ini. Insyallah satu pertemuan akan diadakan melibatkan beberapa agensi kerajaan dengan nelayan bagi menyelesaikannya", ujar beliau lagi ketika dihubungi media Urus Setia Penerangan Darul Iman(UPDI), semalam.Terdahulu, Sekretariat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PKAPKN) yang diwakili oleh Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Ustaz Yusrizal Wan Shafi’I, melawat perkampungan nelayan di Pantai Tok Jembal.Tambahnya, dalam pertemuan itu, nelayan-nelayan memaklumkan tentang kawasan meletakkan bot dan sampan komuniti nelayan semakin cetek  di samping memohon pihak berkaitan dapat meneliti masalah berkenaan dan mengambil langkah susulan seperti mendalam muara dengan demi kepentingan nelayan.“Sekretariat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus akan mengambil langkah segera bagi menangani masalah ini”, ujar beliau.Menurut Ustaz Yusrizal, pihak-pihak yang berkaitan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Pejabat Tanah Dan Galian Daerah Kuala Nerus akan bersama-sama dengan Sekretariat PKAPKN akan berbincang dengan komuniti nelayan di Pantai Tok Jembal bagi mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini.
04 Mar 19
870
Empty Image
Pusat Khidmat Kuala Nerus Ziarah, Bantu Pesakit Kronik
 Wan Yusrizal Wan Shafi'i memberi semangat kepada pesakit.Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 5 Mac - Sekretariat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PKAPKN) telah menziarahi empat buah keluarga yang menghidap penyakit strok, kencing manis dan jantung di Kampung Seberang Tuan Chik dan Bukit Tok Ris. Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Wan Yusrizal Wan Shafi'i berkata, program ziarah yang dijalankan itu mampu menaikkan semangat pesakit-pesakit untuk terus bertarung melawan penyakit mereka.Jelasnya, selain rawatan perubatan biasa yang harus dilalui, pesakit juga perlu diziarahi sebagai suntikkan moral untuk mereka“Ramai pesakit yang dilawati pada hari ini merupakan pesakit-pesakit yang kronik yang memerlukan rawatan yang lanjut dan perlu dibantu.“Secara tidak langsung, program ini juga akan memberi keceriaan dan meringankan beban mereka,” ujarnya.Sumbangan untuk meringankan pesakit.Beliau berkata demikian semasa menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada pesakit di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal, semalam. Turut hadir, pegawai-pegawai PKAPKN dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) Dun Bukit Tunggal, serta Ahli Jawatankuasa (AJK) Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Tok Ris dan Seberang Tuan Chik.Menurut salah seorang pesakit, Syed Abd Aziz Syed Mohd, 64, beliau berkata, penyakit jantung yang dihidapi oleh beliau memberi kesukaran kepadanya untuk melakukan kerja seharian.Beliau juga terpaksa bergantung kepada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan untuk menampung perbelanjaan harian.Program ziarah memberi semangat kepada pesakit.“Penyakit kronik ini memang menghalang saya untuk melakukan kerja seharian dengan baik.“Namun, sumbangan yang diterima dari pusat kebajikan meringankan sedikit beban yang saya hadapi,” katanya.Dalam program itu, PKAPKN telah memberi sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan harian kepada pesakit-pesakit.
04 Mar 19
40
Empty Image
PINTAR Tingkatkan Akses Internet Di Terengganu
Ariffin Deraman.KUALA TERENGGANU, 3 Mac - Kerajaan negeri memperuntukkan bajet sebanyak RM3.1 juta untuk membaiki dan menaik taraf Pusat Internet Akses Rakyat (PINTAR) yang sebelumnya dikenali sebagai Bestari.comm (BESCOMM).Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, sistem pengurusan dan insfrastruktur yang ada pada pusat berkenaan akan ditingkatkan lagi agar bersesuaian dengan zaman teknologi maklumat kini.Jelasnya, PINTAR yang dilancarkan secara berperingkat akan memberi kemudahan kepada rakyat Terengganu untuk mengakses internet dan menyelesaikan urusan kerja dengan mudah.“Dalam bajet baru ini (2019) telah diperuntukkan RM3.1 juta termasuklah untuk urusan gaji (pembayaran) untuk kakitangan di sana.“Kami akan baik pulih (kemudahan dan sistem) termasuk menukar namanya kepada PINTAR daripada BESCOMM,”katanya.Segmen 'Kabbo Royak".Beliau berkata demikian pada wawancara khas segmen 'Kabbo Royak' siri ketujuh di Studio TV Darul Iman hari ini.Menurut beliau lagi, pusat internet itu akan dirasmikan oleh Menteri Besar pada April nanti.Kerajaan negeri meletakkan sasaran untuk melancarkan empat buah PINTAR dalam tahun ini termasuk yang pertama di Kepong.“Insya-Allah bulan 4 (April) nanti Menteri Besar akan melancarkannya di Kepong, untuk yang pertama.“Kemudian kita akan buat dalam tahun ini, target empat untuk dilancarkan dan insya-Allah kita buat perubahan besar kepada semua bestari.comm yang ada,” tambah beliau.
03 Mar 19
169
Empty Image
Bantu Rakyat Kemaskini 'Online' Bantuan Sara Hidup
Oleh: KhairanMARANG, 3 Mac - Kakitangan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Pengkalan Berangan turun padang membuka kaunter untuk mengemas kini Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) menerusi atas talian.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong berkata, inisiatif itu amat membantu penduduk yang tidak mempunyai kemahiran mengendalikan teknologi maklumat (IT)."Kita menyarankan aktiviti atau program seperti ini diadakan di kawasan kampung yang tidak tahu pasal IT supaya tidak tercicir dari menerima bantuan ini,"katanya.Sementara itu, Penyelia i-MiTS Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut, Rusdi Abdullah berkata, inisiatif itu bertujuan untuk mengelakkan daripada masalah tertinggal nama pemohon."Kita juga ingin memaksimumkan perkhidmatan kita kepada rakyat selain mendekati mereka dengan hal-hal yang seperti ini."InsyaAllah kita akan kerapkan lagi aktiviti seperti ini mengikut giliran kawasan masing-masing," katanya.Menurut Rusdi, sebaik sahaja kaunter tersebut dibuka kira-kira jam 11 pagi di Kampung Sungai Serai, dua pegawai yang bertugas, masing-masing Tajudin Ibrahim dan Nasarudin Nordin dikunjungi penduduk untuk membuat membuat semakan dan kemaskini BSHR.Kaunter tersebut akan dibuka sehingga petang ini mengikut sambutan yang dikunjungi oleh masyarakat di kampung itu.
03 Mar 19
58
Empty Image
Hiburan Fitrah Manusia
Oleh: Jusmawari Jusoh BESUT, 3 Mac- Pegawai Penyelaras Parlimen Besut, Dr Riduan Mohd Nor menyifatkan hiburan adalah fitrah manusia.Walau bagaimanapun katanya, seseorang itu perlu mengikut garis panduan ditetapkan Islam bagi mengelakkan diri daripada terjerumus dalam hiburan yang melalaikan dan mendatangkan dosa."Disamping berhibur, kita juga selitkan dengan pengisian-pengisian rohani supaya dapat seimbangkan dunia dan akhirat. "Penduduk Besut terkenal dengan hiburan Dikir Barat, jadi saya mengambik inisiatif dengan menjemput kumpulan Dikir Barat yang terkenal bagi meraikan penduduk di sini,’ ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Seni dan Dakwah Lestari 2019 di Kompleks Tahfiz Annur Alor Belanga, kelmarin.Dr Riduan berkata, beliau mengharapkan program sedemikian dapat diteruskan lagi pada masa akan datang supaya penduduk dapat berhibur sambil lebih memahami agama Islam. Program yang berlangsung selama dua hari itu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk tempatan. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung termasuk sembang santai bersama Mat Dan selain kuliah Maghrib bersama pendakwah terkenal tanah air iaitu Ustaz Azhar Idrus serta Daurah Kitab bersama Mudir Pusat Tarbiah Nurul Iman, Tuan Guru Adam Said.
03 Mar 19
115
Empty Image
Medan Ilmu Jerteh Terus Jadi Tumpuan
Oleh: Muhd Afiq ZohirBESUT, 3 Mac - Kuliah agama yang diadakan di Medan Ilmu Jerteh terus mendapat sambutan pengunjung yang terdiri daripada penduduk tempatan.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, program yang berlangsung pada awal pagi Jumaat menjadi tumpuan orang ramai untuk mendapatkan ilmu-ilmu berkaitan isu semasa, agama dan kekeluargaan yang disampaikan.“Semangat seperti ini amat penting bagi memastikan kita tidak ketinggalan  dengan arus perkembangan masa kini.“Kita berharap agar suasana ini berterusan dalam usaha kerajaan negeri untuk membentuk masyarakat sejahtera,” katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) baru-baru ini.Kuliah Medan Ilmu Jerteh bermula pada jam 9 hingga 11 pagi, bertempat di tengah-tengah pusat bandar Jerteh yang membawa suasana ilmu kepada masyarakat setempat selaras saranan Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang mahukan hari Jumaat sebagai ‘hari ilmu’ bagi rakyat Terengganu.
03 Mar 19
108
Empty Image
Dr Khairuddin Rasmi Bangunan Surau Al-Firdaus Yang Baharu
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Khairuddin merasmikan bangunan baru Surau Al-Firdaus.Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 3 Mac - Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali telah merasmikan pembukaan Bangunan Baru Surau Al-Firdaus yang menjadi pusat aktiviti penduduk sekitar.Dr. Khairuddin berpesan dan berharap agar seluruh warga surau serta penduduk Taman Perumahan Telaga Daing dapat memeriahkan dan mengimarahkan surau itu sepanjang masa.Jelasnya, institusi itu sangat penting bagi seluruh masyarakat bagi memahami dan menyebarkan isu-isu yang berkaitan agama.“Surau ini perlu dimakmurkan kerana ini penting bagi menyebarkan risalah Islam dalam masyarakat setempat.“Pahala menyebarkan kefahaman Islam itu sangat tinggi nilainya bahkan pahalanya berjalan hingga kiamat,” ujarnya. Beliau mengingatkan penduduk setempat untuk sentiasa mengimarahkan surau berkenaan.Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Perasmian Bangunan Baru Surau Al-Firdaus, di Taman Perumahan Telaga Daing, Seberang Takir baru-baru ini.Turut hadir, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Perumahan Telaga Daing, Haji Che Kamarudin Che Mat dan pemimpin-pemimpin setempat.Sementara itu, seluruh warga jawatankuasa surau mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Dr Khairuddin merasmikan bangunan baru Surau Firdaus."Pihak surau berterima kasih kepada Ustaz Khairuddin kerana merasmikan dan memberi sumbangan untuk membina bangunan baru surau berkenaan."Ini menjadi satu detik bersejarah dan kebanggaan kepada masyarakat setempat yang dapat beribadat dengan lebih selesa selepas ini," katanya.Beliau beramah mesra dengan warga surau.Pihak Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PKAPKN), telah menyumbang RM20,000 bagi menampung kos-kos pembinaan bangunan baru surau itu yang menelan belanja hampir RM30,000.Kos yang selebihnya adalah hasil sumbangan orang ramai dan penduduk sekitar kawasan berkenaan.
02 Mar 19
470
Cegah Penyakit Tiga Serangkai Seawal Usia
Cegah Penyakit Tiga Serangkai Seawal Usia
Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Haji Azbi Salleh (tengah). Oleh: Saifullah Jusoh   BESUT, 3 Mac - Gaya Pemakanan yang sihat harus dititikberatkan oleh segenap lapisan masyarakat bermula daripada usia yang muda.   Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung merupakan tiga penyakit paling membunuh di negara ini.   Jelasnya, peningkatan secara mendadak penyakit itu secara tidak langsung menyangkal dakwaan yang mengatakan penyakit itu hanya dihidapi oleh orang-orang kaya dan yang tinggal di bandar.   "Kita seharusnya mengambil berat tentang kesihatan diri kita bagi mencegah daripada mudah terkena penyakit yang berbahaya.   "Penyakit yang dikenali sebagai penyakit tiga serangkai sangat membimbangkan kerana ianya menjadi penyakit utama dalam masyarakat kita.   "Oleh itu, saya menyeru kepada semua agar makanlah mengikut keperluan, bukannya mengikut kemahuan. Apabila kita sakit bukan sahaja diri kita yang susah, malah orang lain juga menanggung kesusahan yang dialami oleh kita itu," ujar beliau.   Berucap pada program Program Mini Karnival Kesihatan. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Mini Karnival Kesihatan DUN Kuala Besut di perkarangan Pusat Khidmat DUN Kuala Besut, semalam.   Program ini turut dihadiri oleh Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Kuala Besut, Zulkifli Kadir dan Pegawai Kesihatan dari Klinik Kesihatan Kuala Besut, Dr Azmi Zainudin.   Antara aktiviti yang terdapat dalam program ini ialah pemeriksaan kesihatan secara percuma serta rawatan perubatan Islam.   Program yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat DUN Kuala Besut, Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Kuala Besut, Pejabat Kesihatan Daerah Besut dan Darul Syifa' Jerteh ternyata mendapat sambutan yang baik daripada penduduk setempat.        
02 Mar 19
388
Empty Image
MB Puji Kematangan Rakyat Terengganu
Dr. Samsuri menyampaikan sumbangan kepada penerima, Zakaria Muda, 55, yang hadir dengan berkerusi roda.MARANG, 2 Mac - Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar memuji rakyat Terengganu yang berdepan bencana Monsun Timur Laut (MTL) baru-baru ini, kerana mempamerkan sikap dan kerjasama yang baik sepanjang pengurusan bantuan dilaksanakan pihak berwajib."Terima kasih kepada rakyat terlibat yang dapat bertindak dengan tenang dan proaktif ketika bencana berlaku."Tindakan ini menggambarkan kematangan anggota masyarakat negeri ini dan saya berharap ia dapat diteruskan jika berlaku lagi pada masa akan datang," katanya ketika ditemui pemberita.Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Wang Ehsan Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABEN) Daerah Marang di Dewan Masjid Sultanah Nur Zahirah, di sini, hari ini.MB Terengganu bangga di atas sikap rakyat negeri itu dalam menghadapi bencana.Dalam majlis tersebut, seramai 113 penerima daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang dan Pengkalan Berangan menerima sumbangan berupa wang tunai RM500 bagi meringankan beban mereka.Hadir sama, isteri beliau, Tuan Faizah Tuan Ab Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A Rahman Yahya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong dan Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.Dalam pada itu, kenyataan Dr. Samsuri turut diakui Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Terengganu, Left. Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman yang turut hadir dalam majlis berkenaan."Sejak tiga tahun kebelakangan ini, penduduk di kawasan terlibat bencana mula membuka minda dalam aspek kesiapsiagaan di mana setiap ketua isi rumah telah faham prosedur dan lokasi penempatan lebih awal."Boleh saya katakan, minda mereka telah berubah lebih positif dalam menghadapi bencana hasil kerjasama pelbagai pihak dan agensi dalam Mesyuarat Pengurusan Bencana (MPB) yang dilaksanakan dua hingga tiga kali setahun," katanya.Untuk rekod, KWABEN yang disalurkan kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) itu merupakan sumbangan Kerajaan Persekutuan bagi 1,051 keluarga yang terlibat berjumlah RM525,500.Ia disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kepada kerajaan negeri dalam kunjungannya ke Terengganu pada akhir Februari lalu.Tuan Faizah menyerahkan sumbangan kepada penerima wanita.
01 Mar 19
57
Empty Image
Hukuman Lebih Berat Perlu Kepada Penghina Nabi
MARANG,  1 Mac - Ahli Parlimen Kubang Kerian, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man mahukan hukuman terhadap penghina Nabi Muhammad SAW lebih keras bukan setaraf denda peminum arak.  Menurut beliau, hukuman itu tidak terbatal dengan sebab pelaku itu telah bertaubat.  "Ini menunjukkan betapa jahatnya penghina Nabi SAW dan kami orang Islam menjadi nyawa,  diri dan harta benda kami sebagai galang ganti untuk berdepan dengan mereka, " katanya ketika berucap di Majlis Himpunan Aman bagi Membantah Penghinaan Terhadap Rasulullah SAW di perkarangan Masjid Rhu Muda di sini hari ini.Turut hadir memberi ucapan,  Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) , Haji Yahaya Ali,  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan,  Ustaz Sulaiman Sulong dan  Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang,  Ustaz Yusof Abdul Hadi.  Himpunan tersebut berjalan serentak di masjid-masjid seluruh Terengganu dan Malaysia amnya untuk menyatakan kesatuan dalam membela agama Islam.
01 Mar 19
49