Artikel "Komuniti" Terkini
Anak OKU Permata Syurga
Oleh : Hailmey MansorKUALA NERUS, 8 Mac- Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Haji Mohd Fazil Wahab menyifatkan anak-anak kelainan upaya merupakan permata syurga kerana mereka akan memimpin ibu bapa ke syurga sekiranya dibelai dengan kasih sayang.Menurutnya, golongan ini merupakan asbab ibu bapa mereka ke syurga kerana ibu bapa yang dikurniakan anak seumpama itu akan memiliki tahap kesabaran yang tinggi."Allah tidak menimpakan sesuatu ujian terhadap mereka yang benar-benar bersabar dalam menghadapi ujian," katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Keluarga Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Seberang Takir di Balairaya Teluk Ketapang, di sini, hari ini.Turut hadir, Pegawai Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Terengganu, Ghazali Awang dan kakitangan pengajar dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Bukit Tok Beng dan Gong Badak.Turut serta, Penyelia i-MiTS Seberang Takir, Ustaz Muda Abdullah dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Teluk Ketapang Pantai, Nazir Ismail dan masyarakat sekitar kampung tersebut.Fazil berkata, ibu bapa yang memiliki anak sebegini cukup beruntung kerana mereka akan mendapat pahala percuma sekiranya bersabar dan menerima qadak dan qadar yang ditetapkan oleh Allah SWT.Justeru itu, katanya, anak syurga itu perlu dididik sebaik mungkin dan masyarakat juga harus mengambil peranan untuk mengajak golongan itu bersama dengan masyarakat."Kita lihat ada sesetengah orang memandang serong tentang komuniti ini padahal ramai di antara mereka telah berjaya."Saya ambil contoh atlet paralimpik, mereka inilah yang mengharumkan nama negara dan menyebabkan Malaysia dikenali diserata dunia."Kita yang normal ini belum tentu boleh mengharumkan nama negara bahkan nama keluarga sendiri, tetapi anak-anak ini boleh mencipta dan mengharumkan nama mereka di persada dunia," katanya.Pelbagai acara-acara menarik yang dipertandingkan sempena program itu seperti masuk manik ke dalam benang, lontar belon sayang di sayang dan cabutan bertuah.Program dianjurkan oleh Hal Ehwal Wanita dan Masyarakat i-MiTS Seberang Takir dengan kerjasama Ameerah dan Muslimat DUN Seberang Takir.
09 Mar 19
348
Nasib Asnaf Pulau Perhentian Terus Dibela
Dr. Riduan Mohd Nor (kanan).Oleh: Saifullah Jusoh dan Jusmawari JusohBESUT, 9 Mac - Nasib golongan asnaf dan miskin tegar di Kampung Nelayan, Pulau Perhentian akan diberi perhatian yang serius.Pegawai Penyelaras Parlimen Besut, Dr. Riduan Mohd Nor berkata, kesusahan yang mereka hadapi dalam menjalani kehidupan seharian tanpa kelengkapan cukup amat memeritkan.Jelasnya, bantuan seperti barangan keperluan asas untuk golongan itu perlu disalurkan setiap masa bagi meringankan beban mereka."Kita akan sedaya upaya mengambil berat dan cakna akan nasib golongan asnaf dan miskin tegar dalam kawasan Besut."Kita ziarah bukan semata-mata ketika musim pilihan raya sahaja, tetapi kita akan cuba untuk menziarahi masyarakat Besut pada bila-bila masa. "Saya berharap dengan sumbangan yang diberikan ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan bagi meneruskan kehidupan seharian," ujar beliau.Ziarah dan memberi semangat.Beliau berkata demikian ketika mengetuai Program Jaulah Tarbawi di Pulau Perhentian, Besut, yang bermula semalam.Hadir sama dalam majlis itu ialah ahli jawatankuasa Pejabat Penyelaras Parlimen Besut dan Pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.Program itu turut disertai oleh Muslim Care Malaysia dan dibantu oleh Jabatan Amal Malaysia Kawasan Besut serta Kadet Amal Besut.Dalam program tersebut, sumbangan berupa barangan keperluan seharian seperti beras diberikan kepada mereka yang memerlukan.Bersama Pusat Khidmat DUN.
09 Mar 19
40
MPKK Padang Jerat Terima Lampu Pencahayaan Mudah Alih Dari TNB
Wan Sukairi Wan Abdullah.Oleh: Azizah MahmoodKUALA TERENGGANU, 8 Mac - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Padang Jerat, Pulau Musang adalah MPKK pertama dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam menerima lampu pencahayaan mudah alih daripada TNB.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerjasama agensi kerajaan dalam membantu memudahkan urusan komuniti kampung disambut baik oleh rakyat Terengganu."Urusan seharian penduduk akan berjalan lancar apabila mendapat pertolongan semua pihak.Jelasnya, masalah pencahayaan di kawasan kampung sering menghantui masyarakat apabila kebanyakan tempat tidak dilengkapi dengan sistem yang baik."Alhamdulillah, kita amat berterima kasih di atas sumbangan lampu mudah alih ini yang akan memudahkan lagi urusan pengebumian waktu malam."Dan juga kita boleh gunakan di tempat-tempat lain jika ada kecemasan di waktu malam kerana ia mudah dibawa ke mana-mana," ujarnya.Aktiviti gotong-royong penduduk setempat.Beliau berkata demikian ketika menerima lampu mudah alih untuk kegunaan penduduk setempat daripada Pengarah Tenaga Nasional Berhad (TNB) Terengganu, Nazeri Puteh.Hadir sama, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Wakaf Mempelam, Radzali Abd Ghani, Pengerusi MPKK Padang Jerat, Rosdi Ibrahim serta ahli-ahli jawatankuasanya.Menurut Rosdi, pihak mereka amat berbesar hati dengan keprihatinan pihak berkuasa yang sudi membantu masyarakat kampung.Ujarnya, pemberian itu sangat bermanfaat dan memudahkan mereka untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan."Saya selaku Pengerusi MPKK Padang Jerat amat bersyukur atas sumbangan lampu mudah alih ini."Akan dimanfaat sebaiknya untuk anak mukim saya dan terima kasih juga pada YB (Yang Berhormat) yang turut bersama turun padang dalam melaksanakan gotong-royong ini," tambahnya.Membersihkan kawasan tanah perkuburan.
08 Mar 19
436
Nasib Nelayan, Penoreh Getah Tetap Dibela
Oleh : Helmi Abdul SalamSETIU, 8 Mac - Seramai 400 nelayan dan penoreh getah menerima sumbangan barang keperluan melibatkan peruntukan keseluruhan RM20,000 bagi membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup masing-masing.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Ustaz Mohd Shafizi Ismail berkata, program diadakan sebagai lanjutan dari sumbangan yang pernah diagihkan sebelum ini ketika negeri di bawah pembangkang."Tahun ini kita buat besar sikit program dan ramai penerima dapat sumbangan."Ini adalah hasil pitih yang kita kumpul dalam kocek ahli PAS yang bagi sumbangan. Terima kasih kepada penyumbang dan Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) DUN yang menjayakan program ini," ujarnya ketika merasmikan majlis Cakna Nelayan dan Penoreh Getah di perkarangan Pusat Khidmat DUN, hari ini.Mohd Shafizi berkata, perbelanjaan yang besar untuk melaksanakan program itu membuktikan bahawa PAS sentiasa menjaga kebajikan rakyat terutama golongan nelayan dan penoreh yang sering terhimpit dengan kos sara hidup terutama ketika musim tengkujuh lalu.Sementara itu, seorang penerima sumbangan Wan Mamat Wan Abdullah, 67 ketila ditemui berharap nasib mereka akan terus mendapat pembelaan daripada semua pihak."Terima kasih pada penganjur bagi sumbangan ini."Harga getah sekarang sekitar RM2.50. Saya rasa jika harga lebih dari RM4 kami sudah tidak memerlukan lagi sumbangan seperti ini," ujarnya.Wan Mamat juga berharap pihak berkaitan dapat mempertimbangkan kenaikan harga getah ke tahap yang munasabah berdasarkan keadaan ekonomi sekarang.
08 Mar 19
41
Fokus Penubuhan SMA Di Batu Rakit
Oleh: Zakaria Mohd SallehSETIU, 8 Mac - Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit kini dalam perancangan untuk menubuhkan sebuah Sekolah Menengah Agama khusus bagi menjamin masa depan penduduk sekitarnya.Pegawai Penyelarasnya, Ustaz Mohd Shafizi Ismail berkata, penubuhan sekolah itu selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk membuka sebuah sekolah agama di setiap DUN."Alhamdulillah, DUN sudah ada Sekolah Rendah Agama (Darul Falah) di Pengkalan Maras, sekarang kita fokus mencari tapak untuk pembinaan Sekolah Menengah Agama (SMA)."Kita fokus pada SMA dan ia termasuk di Pulau Redang kerana di sana tidak ada lagi (SMA). Apabila kita (PAS) ambil tampuk pemerintahan negeri, kita angkat cadangan ini," ujarnya.Shafizi berkata demikian semasa merasmikan program agihan sumbangan barang keperluan kepada hampir 400 orang penerima terdiri dari nelayan dan penoreh getah di perkarangan Pusat Khidmat DUN Batu Rakit, di sini hari ini.Beliau berkata demikian sebagai mengulas janji dan usaha manifesto yang telah dilaksana dan bakal di lakukan oleh kerajaan negeri selepas 10 bulan memerintah.Tegas Shafizi lagi, kerajaan negeri telah mengadakan perbincangan bersama kerajaan pusat berkaitan pembinaan sekolah itu namun kerajaan pusat masih belum bersedia untuk menjadikannya realiti di pulau berkenaan.Justeru itu, Shafizi berharap usaha penubuhan sekolah itu akan direalisasikan oleh kerajaan negeri dibawah kepimpinan Menteri Besar Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di DUN Batu Rakit.
08 Mar 19
118
Ziarah Eratkan Hubungan Pemimpin Dan Rakyat
Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 8 Mac - Kerajaan negeri melihat kerukunan hidup bermasyarakat terus subur dengan budaya pemimpin bertemu rakyat. Program itu juga mendekatkan diri dan mengeratkan hubungan antara mereka. Serentak itu, Sekretariat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PKAPKN) mengadakan ziarah empat keluarga yang diuji dengan penyakit kronik di Perumahan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Kampung Padang Nenas, di sini semalam. Isteri Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datin Anili Ramli mengetuai program ziarah tersebut bersama pegawai-pegawai wanita Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepuh. Salah seorang pesakit yang ditemui, Mohd Ripin Hassan, 56, berkata, beliau menghidap penyakit strok kira-kira tiga tahun dan terus bersabar dengan ujian itu. Isteri beliau, Che Kembang Mamat juga menyatakan bahawa mereka terpaksa bergantung hidup dengan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan untuk menanggung enam orang anak. "Dengan situasi ini dan dengan pendapatan yang sedikit, hidup kami terhimpit dengan kemiskinan serta masalah penyakit. "Terima kasih kepada semua pihak yang sudi membantu kami khususnya Kerajaan Terengganu, " jelasnya ketika ditemui pemberita di sini.
07 Mar 19
252
Pusat Khidmat Bergerak, JPN Turun Padang Dekati Rakyat
Oleh : Dzakaria Mohd SallehFoto : Hidayah AzlinSETIU, 6 Mac - Pusat Khidmat Bergerak Ahli Parlimen Setiu dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Terengganu bekerjasama turun padang bagi menyelesaikan masalah dan isu yang melibatkan penduduk dengan agensi berkenaan.Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, program itu sebagai memudahcara kepada penduduk setempat berurusan dan mendapatkan khidmat nasihat secara terus dengan agensi terlibat."Alhamdulillah...kita buat program yang melibatkan komuniti masyarakat setempat bagi urusan permohonan untuk membuat kad pengenalan dan seumpamanya termasuk khidmat nasihat bagi mendapatkan kewarganegaraan."Ada (urusan) yang dapat diambil perjalanan dengan cepat dan ada yang memerlukan pemohon mendapatkan dokumen-dokumen lain daripada pihak Jabatan Imigresen," katanya di Kampung Oh, Jabi semasa ditemui sempena program itu, semalam.Shahrizukirnain turut mengakui program perintis itu juga dapat menyelesaikan permasalahan rakyat yang mungkin berlarutan sejak sekian lama."Program ini tidaklah orang panggil semua permasalahan kita (rakyat) boleh diselesaikan hari ini juga tetapi ia sebagai satu program perintis dan akan disusuli pula program sama pada masa akan datang,"katanya.Beliau berkata, program pertama yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Parlimen itu dijangka akan diadakan di DUN yang lain pula dalam Parlimen Setiu.
06 Mar 19
38
Pesakit Jantung Berlubang, Perlu Bantuan Segera
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 6 Mac-Adik Mohd Firdaus Wan Abdul Wahab yang disahkan menghidap penyakit jantung berlubang dari sejak lahir memerlukan bantuan segera daripada orang ramai bagi membiayai kos rawatan penyakit tersebut.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi Ghazali Sulaiman berkata, penyakit yang dihidapi Mohd Firdaus kini semakin kritikal dan dijangka menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) dalam tempoh terdekat. "Bantuan dan sumbangan kewangan daripada orang ramai sangat diperlukan kerana keluarganya miskin, tengok keadaan rumah pun boleh roboh bila-bila masa, ayahnya tiada pekerjaan tetap, selain mempunyai tanggungan yang ramai." Jika diikutkan tahun ini dia akan berhadapan dengan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), dia mahu ke sekolah seperti rakan-rakannya yang lain, dalam keadaan sekarang, memang amat terganggu dan perlu sangat dibantu," ujarnya.Beliau berkata demikian, ketika ditemui pihak media, di Pusat Khidmat Masyarakat Bukit Besi, di sini hari ini.Katanya, dia memohon jasa baik mana-mana agensi, jabatan atau mereka yang dikalangan dermawan bantulah adik Firdaus untuknya mendapat rawatan yang terbaik di IJN“Sesiap yang ingin menghulurkan bantuan boleh, memasukkan duit ke akaun Maybank, di atas nama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Besi, nombor akaunya adalah 563091019428." Dengan derma dari dermawan-dermawan ini kita akan sampaikan kepada ayahnya, Wan Abdul Wahab Wan Manang dan semoga bantuan ini akan mampulah mengembalikan keceriaan kepada adik Firdaus,” katanya.
06 Mar 19
117
Jom Sihat Ajak Masyarakat Cakna Kesihatan
Aktiviti 10,000 langkah.
Oleh: Dzakaria Mohd Salleh
SETIU, 5 Mac - Program Jom Sihat yang telah diadakan di Wakaf Tengah berjaya mendidik masyarakat untuk cakna dan menghargai kesihatan dalam kehidupan seharian.
Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, tubuh badan yang sihat dapat menghalang diri daripada dijangkiti pelbagai penyakit yang merbahaya.
Jelasnya, beriadah dan bersukan merupakan alternatif terbaik bagi menjamin kesihatan yang berterusan sebagaimana sabda Nabi.
"Kesihatan satu perkara yang diambil berat oleh Nabi SAW sebagaimana hadisnya, ingatlah kamu lima perkara sebelum datang lima perkara, antaranya Nabi sebut jagalah kesihatan sebelum sakit.
“Kesihatan yang baik dapat menghindarkan diri kita daripada terkena sebarang penyakit,” katanya.
Shaharizukirnain Abd Kadir.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan aktiviti 10,000 Langkah di Pasar Wakaf Tengah, semalam.
Turut hadir, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail dan isteri serta pimpinan masyarakat di peringkat DUN dan daerah Setiu.
Sementara itu, seorang peserta, Salmah Awang yang ditemui berkata, program riadah dan ceramah yang dianjurkan itu perlu diteruskan pada masa akan datang.
"Seronok dapat jalan beramai-ramai di samping dapat mengeratkan silaturrahim dan menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan kesihatan dari mereka yang pakar,” katanya merujuk kepada ceramah kesihatan yang disampaikan oleh seorang pegawai perubatan Dr. Farhaana Husainy Hasbullah.
Aktiviti pemeriksaan kesihatan percuma dan derma darah turut diadakan di Dewan Serbaguna Taman Perumahan Wakaf Tengah dan dihadiri oleh 300 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Disertai pelbagai lapisan masyarakat.
Program itu dianjurkan oleh Ameerah dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu (i-MiTS) DUN Batu Rakit.
05 Mar 19
73
Jaga Etika Kerja Penyumbang Maju, Berkat Dan Sejahtera
Membina negeri yang maju, berkat dan sejahtera perlukan keredaan Allah SWT - Ghazali.Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 5 Mac - Kakitangan kerajaan negeri dinasihatkan menjaga etika kerja untuk memperoleh keberkatan dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.Nasihat tersebut dilontarkan terutama kepada kakitangan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dan warga kerja Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) yang rata-ratanya terdiri daripada kakitangan baharu.Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, antara elemen yang perlu diambil berat adalah menepati masa yang melambangkan sikap jujur, amanah dan menjadi aset kepada sesebuah organisasi kerajaan di setiap peringkat."Setelah 10 bulan kita dilantik mengikut kemahiran dan kepakaran masing-masing, sudah masanya untuk kita buktikan bahawa kepercayaan tersebut dibalas dengan memberi prestasi terbaik dalam perkhidmatan."Usaha kita menjaga keberkatan dalam pekerjaan juga bakal mengundang keredaan Allah SWT dalam segala urusan seharian serta membenihkan kehidupan tenteram dengan hasil kerja yang berkat,” katanya ketika ditemui pemberita, di Pusat Khidmat Masyarakat DUN berkenaan, di sini, hari ini.Menurutnya, setiap kakitangan perlu bekerja lebih serius serta meningkatkan mutu kecekapan dan kemahiran bekerja selain menjalinkan hubungan yang baik dengan rakan-rakan sekerja kerana ia adalah amanah yang dipikul bersama."Walaupun kelihatan kecil, tetapi di bahu kitalah sebenarnya terletak tanggungjawab memastikan Terengganu yang maju, berkat dan sejahtera dapat dicapai.“Jadikan pekerjaan satu ibadah, maka kita akan lebih hati-hati serta memberi lebih penumpuan terhadap pekerjaan yang dilakukan."Insya-Allah kita semua mampu menjadi penyumbang kepada negeri ini untuk lebih maju serta dilimpahi keberkatan dan kesejahteraan," katanya.
05 Mar 19
108