Artikel "Komuniti" Terkini
Kepentingan Ilmu Pengurusan Jenazah
Oleh : Safwan SyakirKUALA NERUS, 9 Mac –Pengurusan Jenazah adalah Fardu Kifayah dan wajib dipelajari serta diketahui oleh semua umat Islam apabila berlakunya kematian.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, tidak ramai yang boleh tampil kehadapan jika berlaku kematian walaupun waris terdekat yang meninggal.“Pengurusan jenazah hukumnya fardu kifayah, kita perlu mengambil tahu dan mempelajarinya seperti bidang lain kerana kematian ialah hakikat yang pasti berlaku. Pengurusan jenazah ini sebenarnya mudah dilakukan, tetapi dianggap sukar apabila tidak mempelajari.“Kerajaan juga memberi insentif kepada juru mandi dan pembantu juru mandi jenazah yang bertauliah bagi menghargai pengorbanan mereka yang banyak membantu masyarakat sekeliling yang berhajat mendapat khidmatnya,”katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Penutup Kursus Pengurusan Jenazah Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal, Di Masjid Gong Kijang baru-baru ini. Hadir sama Pegawai Agama Daerah Kuala Terengganu, Ustaz Azmi Tengah.Kursus dianjurkan oleh Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Bukit Tunggal anjuran bersama Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu dengan kerjasama Majlis Pengurusan komuniti Kampung (MPKK) Gong Kijang, Gong Sentul dan Badan Khairat Kematian masjid itu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk setempat.Menurut Dr. Alias, antara imbuhan yang diperolehi oleh juru mandi dan pembantu yang berdaftar ialah elaun bulanan dan skim khairat kematian berjumlah RM 2000 jika perkhidmatan melebihi tempoh lima tahun manakala RM 1000 untuk perkhidmatan kurang dari lima tahun.Sementara itu, Pengarah Program untuk kursus ini, Ustaz Badrul Sufi Ahmad berkata, antara objektif kursus ini ialah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang ilmu pengurusan jenazah di samping melahirkan pelapis-pelapis baharu yang sedia berkhidmat untuk ummah apabila berlaku kematian.
11 Mar 19
4134
Pendidikan Agama Atasi Masalah Gejala Sosial
Oleh : Safwan SyakirKUALA NERUS, 10 Mac – Gejala sosial di kalangan remaja semakin meruncing sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat malah secara tidak langsung memberi kesan kepada pembangunan sosial dan insaniah remaja yang semakin sukar dibendung.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, kurangnya didikan agama kepada anak anak merupakan salah satu faktor utama permasalahan ini berlaku."Naluri manusia apabila tidak dipupuk dengan iman, ia akan terdorong kearah kejahatan dan apabila ini terjadi maka berlaku lah masalah sosial seperti pergaulan bebas, penagihan dadah dan sebagainya.“Kesopanan dan nilai murni yang sering diterapkan dalam diri setiap lapisan masyarakat khususnya remaja dilihat semakin hilang ditelan zaman. Hal ini berlaku berikutan perkembangan arus teknologi tanpa sempadan yang sedikit sebanyak telah menghapuskan warisan Melayu," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibi Bapa dan Guru (PIBG) Kali Ke 27 di Sekolah Sekolah Kebangsaan (SK) Duyong, baru baru ini.Hadir sama, Guru Besar SK Duyong, Ahmad Saiful Anuar Mohamed@Mohd Noor.Tambah beliau lagi, cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa pada hari ini terlalu besar samada ancaman daripada dalam rumah dan di luar rumah.“Ancaman dalam rumah seperti telefon pintar, televisyen yang banyak merosakkan minda anak anak kita tanpa menafikan ada juga kebaikan menggunakan teknologi tersebut jika ia diuruskan dengan baik. “Manakala cabaran diluar rumah ialah seperti pengaruh rakan sebaya yang mengajak kearah perkara negatif seperti lumba haram, pergaulan bebas dan seumpamanya,”ujar Dr.Alias.Jelasnya lagi, ibu bapa tidak mampu untuk memantau anak anak mereka 24 jam namun pendidikan agamalah yang menjadi benteng untuk menghalang seseorang daripada melakukan perkara yang ditegah oleh agama.“Kerajaan juga memandang serius isu ini dan antara inisiatif bagi membendung ia daripada terus menular ialah dengan mewujudkan Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) bagi memupuk kefahaman Islam seawal usia kepada anak-anak,”katanya.
11 Mar 19
230
Sukan, Gaya Hidup Baharu Belia Langkap
Azmi Maarof bersama pasukan terbaik kejohanan.Oleh : Ariss AliasSETIU, 10 Mac - Aktiviti sukan untuk anak muda di sekitar kawasan Langkap akan diberi keutamaan agar potensi dan kebolehan mereka dapat digunakan sebaik mungkin. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Azmi Maarof berkata, aktiviti itu sememangnya menjadi agenda penting yang akan diusahakan oleh pihaknya.Jelasnya, sukan merupakan aktiviti utama yang dapat menarik minat anak muda, secara tidak langsung ia juga dapat mencungkil bakat-bakat baharu untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi."Kita akan mengutamakan sukan buat anak muda di DUN Langkap. Alhamdulillah kejohanan futsal telah berjaya dilaksanakan pada tahun ini."Insya-Allah selepas ini kita merancang mengadakan kejohanan sukan sepak takraw, bola sepak, bola tampar dan ping-pong peringkat DUN," ujarnya.Penyampaian hadiah untuk pemenang.Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Kejohanan Futsal Tertutup DUN Langkap bagi tahun 2019, di sini, semalam.Hadir sama dalam majlis itu ialah Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Langkap, Hassan Karim, serta ahli jawatankuasa Pusat Khidmat DUN Langkap.Tambah beliau, kerajaan negeri turut menggalakkan golongan muda untuk bergiat aktif dalam bidang sukan."Saya ingin menekankan hasrat kerajaan Negeri Terengganu yang mahu setiap peserta mematuhi syarat menutup aurat."Kerajaan negeri tidak menghalang bahkan sentiasa mengutamakan sukan namun haruslah mematuhi syariat," katanya.Kejohanan itu menyaksikan Bukit Putera B dinobatkan sebagai juara setelah mereka menewaskan pasukan Kasar FC melalui tendangan penalti apabila keputusan terikat hingga tamat masa sebenar.Pasukan itu membawa pulang piala pusingan, pingat dan hadiah wang tunai sebanyak RM500.Manakala Kasar FC selaku naib johan pula membawa pulang pingat dan hadiah wang tunai sebanyak RM300.Anugerah penjaring terbanyak menjadi milik Mohd Zakaria Abu Bakar dari Kasar FC dan M. Aiman Che Zakaria daripada Bukit Putera B menerima anugerah penjaga gol dan pemain terbaik kejohanan. Kejohanan ini adalah anjuran Pusat Khidmat DUN Langkap dengan kerjasama i-MiTS DUN Langkap dan Pertubuhan Sahabat Komuniti Sejahtera DUN Langkap (PEMULA Sejahtera).
10 Mar 19
379
MPKK Digesa Proaktif Tangani Denggi
Oleh: Mohd AsrafDUNGUN, 9 Mac - Kerajaan negeri menyarankan kerjasama yang lebih proaktif daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dalam usaha mengawal dan mencegah pembiakan nyamuk aedes. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Wan Hapandi Wan Nik berkata, sebagai langkah permulaan setiap MPKK perlu mengadakan kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengadakan program gotong royong secara berkala. “Saya melihat kerjasama antara MPKK dan agensi agensi kerajaan untuk menangani masalah wabak denggi sangat berkesan. “Yang penting penglibatan seluruh tenaga dari MPKK dan warga kampung untuk menjayakan program cegah nyamuk aedes sangat diperlukan,” kata beliau ketika ditemui pemberita selepas Program Gotong Royong Mega Siri 1/2019 Peringkat Negeri Terengganu, disini hari ini. Majlis perasmian yang disempurnakan oleh Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Mohd Jusoh bertempat di Kampung Alur Tembesu turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Dungun, Rosdi Awang; Yang Dipertua (YDP) Dungun, Lizan Che Mat; Pegawai Kesihatan Daerah Dungun, Dr Aminuddin Ma’pol serta hampir 600 orang warga Dungun bagi menjayakan program berkenaan.Wan Hapandi juga menasihati orang ramai khususnya MPKK untuk mengenal pasti lokasi yang berisiko tinggi yang memerlukan operasi kebersihan secara gotong royong. “Dengan cara ini, kita dapat menjaga persekitaran kampung sekaligus dapat mewujudkan kawasan zon bersih”, katanya. Tambah beliau, MPKK juga boleh bekerjasama melalui Jawatankuasa Perubahan Tingkah Laku (COMBI) untuk mengadakan program program atau ceramah tentang kesedaran bahaya denggi. Untuk rekod, sehingga 2 Mac 2019, kejadian kes denggi di Terengganu menunjukkan peningkatan sebanyak 176 kes iaitu 204 kes denggi berbanding 28 kes pada tahun 2018 dalam tempoh yang sama tanpa kes kematian dilaporkan.
10 Mar 19
52
Surau Haji Jusoh Kg Batu Tiong Bakal Dirobohkan
Oleh : Nooreni Abu BakarDUNGUN, 10 Mac - Surau Haji Jusoh Kampung Batu Tiong, di sini bakal dirobohkan berikutan berada di kawasan rezab jalan, selain memberi laluan kepada kerja-kerja menaiktaraf jalan.Pengerusi surau itu, Mohd Ali Muda berkata, sebagai ganti, surau baharu bakal ditempatkan ke lokasi lebih selamat iaitu kira-kira 200 meter dari tapak surau lama.“Kerja-kerja meroboh akan dijalankan dalam tempoh terdekat, memandang kan kerja-kerja menaiktaraf jalan dua lorong Tanjung Jara menghala ke Batu Tiong sedang giat dijalankan,”katanya.Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung(MPKK) Kg Batu Tiong memberitahu demikian ketika dihubungi wakil UPDI selepas Majlis Solat Hajat di tapak baharu surau, kelmarin.Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun.Menurutnya, Ahli Jawatankuasa Surau berkenaan mengambil keputusan untuk berpindah ke tapak baharu, walaupun belum menerima sebarang notis daripada Pihak Berkuasa Tempatan supaya berbuat demikian. “Surau baharu dua tingkat dengan anggaran peruntukan kira-kira RM300,000 bakal dibina pada bila-bila masa sekiranya sumber kewangan mencukupi,.“Dalam cadangan, kita akan bina surau itu secara berperingkat-peringkat, di mana akan menyiapkan aras bawah terlebih dahulu untuk kegunaan jemaah menjalankan pelbagai aktiviti ilmu dan keagamaan “ katanya.Bagi melancarkan pembinaan Surau Haji Jusoh Kampung Batu Tiong orang ramai dipelawa menghulurkan sumbangan kewangan atau peralatan menerusi akaun Maybank yang bernombor 563091016536 atau berhubung terus dengan jawatankuasa surau.
09 Mar 19
1906
Kerajaan Negeri Sokong Penuh Jadikan 'Terengganu Bebas Asap Rokok'
Haji Ahmad Amzad (tengah) ketika merasmikan program "Training of Trainers, Terengganu Bebas Asap Rokok dan Terengganu Bersih.
KUALA TERENGGANU, 10 Mac - Kerajaan negeri menyokong penuh usaha membudayakan tabiat tidak merokok sebagai satu agenda kempen 'Terengganu Bebas Asap Rokok dan Terengganu Bersih' di seluruh negeri ini.
Justeru, program "Training of Trainers, Terengganu Bebas Asap Rokok dan Terengganu Bersih" telah berlangsung di TD 1303, di sini semalam dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim dengan mendapat sambutan menggalakkan dari orang ramai.
Haji Ahmad Amzad dalam satu kenyataan medianya berkata, program ini melibatkan sesi ceramah bagi meningkatkan pengetahuan peserta dan sesi praktikal di kawasan Batu Buruk, di sini.
Ia juga membabitkan penyebaran risalah bagi menambahkan kesedaran pengunjung, kutipan puntung rokok dan sampah sarap serta diakhiri dengan "flashmob".
'Flashmob' turut diadakan di Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu.
Katanya, pada kali ini, program telah dihadiri oleh peserta dari pelbagai NGO termasuk Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), Majlis Belia Kuala Terengganu, i-Medik, Terengganu Bersih, serta staf dari Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.
"Sesungguhnya inisiatif Terengganu Bebas Asap Rokok ini telah bermula sejak diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu pada 19 Februari 2014, dengan diwartakan Jalan Haji Busu, Jalan Persinggahan, Jalan Kelab Kerajaan dan Pantai Batu Buruk sebagai kawasan Bebas Asap Rokok seperti dalam peta P.W. 1009 pada 1 Julai 2017," ujarnya.
Usaha pewartaan kawasan bebas rokok katanya, adalah usaha yang telah berlangsung di Melaka, Kelantan, Pulau Pinang selain melibatkan usaha di peringkat antarabangsa seperti New York (USA), Hillsborough (United Kingdom), Luang Prabang (Laos), Davao City (Filipina) dan Tobacco Free Singapore.
"Umum telah mengetahui keburukan rokok yang boleh menyebabkan kanser paru-paru, kanser tekak, kanser usus, kanser pangkal rahim, leukemia dan sakit jantung malah ia juga mendatangkan kesan negatif pada ekonomi dan juga sosial masyarakat serta negara.
Peserta menampal pelekat anti merokok di tempat awam.
"Ia juga menimbulkan isu kebersihan kerana puntung rokok adalah diperbuat dari Cellulose Acetate yang apabila dibuang merata-rata bukan sahaja mengotorkan, bahkan memakan masa berdekad lamanya untuk reput," jelasnya lagi.
Menurut beliau, sebelum ini, beberapa siri "plogging" telah dijalankan dalam Kempen Terengganu Bersih sebagai usaha meningkatkan kebersihan di Kuala Terengganu.
"Maka, dengan demikian saya menyokong penuh usaha penganjur program iaitu PAPISMA dan Terengganu Bersih, serta menyeru semua agensi kerajaan dan masyarakat turut bersama mendokongnya," ujarnya lagi.
09 Mar 19
241
Jaulah Tarbawi Pulau Perhentian Eratkan Ukhuwah
Oleh : Jusmawari JusohBESUT, 9 Mac – Program Khidmat Masyarakat Perdana atau Jaulah Tarbawi Pulau Perhentian dapat merapatkan jurang antara wilayah di antara penduduk pulau dan darat termasuk hubungan ukhuwah pemimpin dengan masyarakat.Penyelaras Parlimen Besut, Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor berkata, objektif program adalah untuk merapatkan hubungan antara pimpinan dan masyarakat melalui medium kebajikan dan dakwah di samping menyuburkan nilai dan cinta kesukarelawan di antara peserta-peserta program Jaulah Tarbawi.Katanya, melalui program ini, pihaknya juga dapat mengimarahkan masjid dengan program pengisian agama dan dakwah.“Dengan berlakunya perubahan politik pada 9 Mei 2018, maka usaha perlu dilakukan dengan serius untuk menyuntik kesedaran beragama kepada masyarakat tempatan. Kebanjiran pelancong-pelancong asing telah mengubah landskap sosio ekonomi pulau indah ini, dengan rempuhan budaya yang merosakkan sistem nilai masyarakat tempatan Besut.“Keterlibatan anak muda tempatan dengan seks bebas, kejahilan ilmu agama,ketagihan arak dan dadah antara sisi gelap masyarakat Pulau Perhentian. Oleh itu, PAS Besut dengan kerjasama Pejabat Penyelaras Parlimen Besut dan Pejabat Penyelaras DUN Kuala Besut telah melaksanakan program Jaulah Tarbawi pada kali ini,”katanya kepada media Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika dihubungi, semalam.Program Jaulah Tarbawi di Pulau Perhentian yang diadakan pada 8 dan 9 Mac lalu turut dihadiri oleh 100 orang sukarelawan terdiri daripada Amal Besut, Kadet Amal dan Sukarelawan dari Tahfiz Annur Besut.Justeru itu, beliau berharap program ini akan melahirkan rasa ukhuwah berpanjangan juga berjaya menyuntik semangat peserta untuk terus menjadikan kerja dakwah sebagai tugasan penting dalam kehidupan serta mendekatkan masyarakat Pulau Perhentian dengan masjid dan aktiviti keagamaan.
09 Mar 19
262
Masyarakat Perlu Budayakan Amalan Jaga Kebersihan
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 10 Mac- Masyarakat perlu membudayakan amalan menjaga kebersihan bagi memastikan persekitaran dan penempatan sentiasa terjaga.Pegawai Penyelaras Parlimen Besut, Dr Riduan Mohd Nor berkata, mereka juga perlu dididik supaya cakna akan kebersihan."Kebersihan perlu dititikberatkan dalam masyarakat supaya kesihatan dan keselamatan kawasan yang didiami dapat dijaga."Oleh sebab itu masyarakat tidak boleh sewenang-wenangnya membuang sampah sarap di merata tempat. Gunakanlah kemudahan tong sampah yang telah disediakan,” ujarnya ketika berucap merasmikan Program Gotong-royong Mega di Pulau Perhentian, semalam.Program tersebut melibatkan beberapa buah agensi kerajaan seperti Pejabat Kesihatan Daerah Besut, Majlis Daerah Besut dan juga Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pulau Perhentian.Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Besut dan Kadet Amal Besut turut sama membantu bagi melicinkan perjalanan program terbabit.Dr Riduan berkata, gotong-royong berkenaan bukan sahaja disertai oleh masyarakat setempat, malah turut menarik minat pelancong yang bercuti di Pulau Perhentian untuk turut sama membersihkan kawasan pulau itu."Kita mahukan Pulau Perhentian bebas daripada wabak penyakit yang berbahaya seperti denggi dan seterusnya akan meningkatkan lagi kehadiran pelancong-pelancong untuk bercuti di sini", ujarnya.
09 Mar 19
166
Aset Dikerah Perangi Aedes Di Kuala Nerus
Oleh: Nizam at-Takiri
KUALA NERUS, 9 Mac - Rakyat dan kerajaan negeri melalui agensi terbabit saling berganding bahu menangani wabak denggi di sini dengan mengadakan program gotong royong membersih kampung daripada tempat pembiakan nyamuk aedes.
Serentak itu, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus mengerahkan asetnya dengan kerjasama Pejabat Daerah Kuala Nerus, Sekretariat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PKAPKN) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Batin, bagi menjayakan Program Gotong Royong Mega, di Perkarangan Masjid Kampung Batin, Seberang Takir, di sini hari ini.
Kira-kira 200 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat menjayakannya termasuk 50 orang mahasiswa dan mahasiswi dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Pegawai PKAPKN, Zulkefli Ngah berkata, program ini penting bagi mencegah penularan penyakit yang berbahaya seperti demam denggi akibat pembawaan nyamuk Aedes.
Seorang peserta, Mohd Ridwan Nizam Mohd Farid berkata, program ini memberi kesedaran kepada penduduk sekitar berhubung dengan bahaya demam denggi dan cara menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk tersebut.
Nyamuk aedes dipercayai membiak dengan banyaknya selepas musim tengkujuh. Justeru orang ramai dinasihatkan menjaga kebersihan di sekitar kawasan rumah masing-masing dengan menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk.
Mereka perlu mengikut panduan menghapus tempat pembiakan serangga tersebut sebagaimana disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Maklumatnya boleh diperolehi di pusat kesihatan berdekatan rumah masing-masing.
09 Mar 19
267
Selidik Dulu, Jangan Silap Viral! - Dr. Azman
Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 9 Mac – Keghairahan menyebarkan maklumat mengenai sesuatu isu atau kejadian tanpa disahihkan terlebih dahulu perlu dibanteras dalam masyarakat.Pengerusi Jawatankuasa Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim menasihatkan kepada masyarakat agar berhati-hati dengan kepantasan dunia di hujung jari masa kini sama ada menerima atau memberi apa-apa maklumat.Katanya, perkara itu perlu diambil berat bagi mengelak salah tanggapan dan pelbagai fitnah akibat isu yang tidak benar."Saya menasihatkan demikian rentetan kejadian tular di laman Facebook beberapa hari yang lalu, mengenai seorang warga emas tinggal bersama seorang anak orang kelainaan upaya (OKU) di rumah usang seolah-olah mereka tidak diberi perhatian dan dinafikan hak,"katanya.Dr Azman turut menafikan ketidakcaknaan pemimpin setempat terhadap warga emas berkenaan. Malah, status bukan warganegara menyebabkan kemudahan dan bantuan yang diterima juga terhad.Menurut beliau lagi, semua golongan dan penduduk di Jabi tidak dipinggirkan tetapi hak rakyat tempatan pastinya akan menjadi keutamaan untuk menikmati pelbagai bantuan dan kebajikan.“ Jabi antara tempat ramai orang Barat bermukim dan bermastautin. Istilah Orang Barat merujuk kepada orang Melayu dari Wilayah Selatan Thai dan bukannya makna warga negara barat. Ada yang kerja NGO (Noreh Getah Orang), kedai makan dan macam-macam lagi. Sebahagiannya ada pertalian perkahwinan dengan warga tempatan. Ada yang hidup senang dan ada juga yang biasa-biasa sekadar boleh makan,” tambahnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi menasihatkan kepada masyarakat luar Jabi yang mengunjungi kawasan itu supaya menyelidiki latar belakang dan mendapatkan maklumat sebenar terlebih dahulu sebelum diuar-uarkan cerita tidak sahih itu kepada orang ramai.“Sekiranya terjumpa ada rumah ala-ala pondok durian dalam kebun getah atau sawit, sebelum mengambil gambar dan viral, mohon tanya dulu sepatah kepada orang setempat akan latar belakang mereka.“Tak ada masalah bagi saya. Cuma untuk berlaku adil, lebih eloklah dapatkan info sebenar,"katanya.
09 Mar 19
127