lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Pendidikan Islam Untuk OKU Masih Lemah
Oleh: Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU, 15 Mac - Golongan istimewa dilihat sedikit tercicir dalam aspek dakwah apabila modul yang diguna pakai hari ini seakan-akan sama seperti yang digunakan untuk golongan normal.Dekan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah Universiti  Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Adnan Mohamed Yusoff berkata, ramai mungkin terlupa bahawa penerimaan golongan istimewa atau golongan kurang upaya (OKU)  itu dalam mesej dakwah adalah berbeza terutama dalam penyampaian ilmu."Kefahaman itu bergantung cara mana, kita menyampaikannya dalam bahasa isyarat serta visual.“Kadangkala, simbol dalam bahasa isyarat itu tidak ada dalam perkataan tertentu dalam pengajian Islam dan itulah yang hendak diseragamkan oleh pengkaji supaya kaedah itu dapat diterap dalam agenda dakwah OKU dalam semua peringkat umur golongan istimewa itu,'' ujarnya.Beliau berucap demikian ketika mengunjungi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Abdullah di Wisma Darul Iman, di sini, baru-baru ini.Dr. Adnan berkata, pendekatan kerohanian dan pemahaman bahasa isyarat yang betul dengan maksud yang tepat akan dapat memberikan mesej betul dalam dakwah OKU ini.Menurutnya, budaya menghukum di kalangan masyarakat kadangkala menyebabkan pendekatan dakwah semakin ditinggalkan dan perkara itu menyaksikan golongan OKU semakin jauh dengan Islam.Oleh yang demikian Adnan berkata, dalam melihat isu dan cabaran golongan OKU khususnya pada aspek merealisasikan konsep indahnya hidup beragama antara perkara utama yang perlu diambil perhatian adalah sejauh mana masyarakat khususnya golongan cerdik pandai dalam kalangan mahasiswa pengajian Islam mendekati dan memahami budaya golongan minoriti ini.Menyedari keperluan itu, USIM juga melihat pentingnya bahasa isyarat pelbagai medium komunikasi bagi OKU pekak.“Jika kita boleh melahirkan golongan ‘huffaz al Quran' dalam kalangan OKU masalah penglihatan, saya rasa tidak mustahil pula kita akan dapat melahirkan golongan ‘huffaz al Quran' di kalangan OKU pekak,'' tegasnya.
15 Mar 19
61
Empty Image
Sekretariat PKAPKN Kunjungi Warga Uzur
Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 15 Mac - Sekretariat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PKAPKN), Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali meneruskan rutin menziarahi penduduk yang uzur dan memerlukan perhatian pemimpin setempat.Terbaru, dua keluarga di Kampung Baloh, Manir, menerima kunjungan Sekretariat PKAPKN  diketuai oleh Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Ustaz Wan Yusrizal Wan Shafi'i, hari ini.Seorang pesakit yang dikunjungi, Wan Mohd Hanif Ahmad berkata, dia sudah mengidap penyakit buah pinggang hampir 10 tahun dan menerima ujian itu dengan penuh sabar.“Saya terpaksa melakukan hemodialisis sebanyak tiga kali seminggu di 'Nasional Kidney Foundation' (NKF), di Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu,"katanya.Dia yang berumur 63 tahun mendapat  bantuan sebanyak RM600 daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu  (MAIDAM) untuk menampung kos pengangkutan berulang-alik ke NKF.Dalam kunjungan itu, PKAPKN memberi sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan bagi meringankan beban yang ditanggungnya.
15 Mar 19
57
Empty Image
11A SPM Kenangan Manis Buat Jasmine Sopiya
Jasmine Sopiya bersama ibu dan bapa.Oleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU, 15 Mac - Mengulang kaji pelajaran adalah rahsia Jasmine Sopiya Mohd Jamsari Azman, 18, memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM 2018 yang diumumkan semalam.Katanya, ulangkaji dan latihan berterusan pada setiap masa ternyata memberikan kenangan yang cukup manis buatnya apabila mendapat 11A.“Selalu membuat latihan membantu saya untuk lebih memahami apa yang dipelajari.“Apabila buat ulangkaji selalu, saya lebih yakin dan mampu untuk menjawab soalan dengan baik,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemubual oleh wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas menerima slip keputusan daripada Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Dewan Saidina Abu Bakar, SHAMS, di sini semalam.Jasmine Sopiya yang mengikuti aliran sains di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malik (SHAMS) turut menghargai segala jasa dan sokongan yang telah diberikan oleh semua pihak.Jasmine Sopiya ketika ditemubual.Jelasnya, sokongan yang diterima menjadi pembakar semangat buat dirinya untuk terus berusaha demi mencapai cita-cita.“Terima kasih kepada ibu bapa dan rakan-rakan saya yang mendorong dan membantu saya walaupun dalam keadaan mereka sibuk.“Tidak lupa kepada guru-guru yang mengadakan kelas-kelas untuk pelajar-pelajar,” ujarnya.Anak jati Kampung Aur Chendering itu merupakan anak sulung kepada seorang guru yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman (SMKSS).
15 Mar 19
143
Segera Isytihar Darurat Di Pasir Gudang
Segera Isytihar Darurat Di Pasir Gudang
    Dato' Dr Mohd Khairuddin   KUALA NERUS, 14 Mac - Kerajaan Pusat perlu segera mengisytiharkan darurat di kawasan bencana pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang, Johor supaya kawasan berkenaan segera dikosongkan sekali gus memindahkan penduduk terbabit ke luar dari kawasan berbahaya itu.   Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata kelewatan kerajaan bertindak dalam isu pencemaran tersebut sangat dikesali sedangkan ia melibatkan risiko nyawa dan kesihatan ribuan mangsa.   "Pencemaran ini telah dikesan sejak 7 Mac lagi dan hari ini telah cukup seminggu bencana itu berlaku.   "Kerajaan tidak perlu menunggu supaya lebih ramai lagi mangsa datang mengadu sakit akibat terhidu gas metana di hospital-hospital untuk mengumumkan tindakan pencegahan secara drastik, bukan hanya sekadar tindakan rawatan kesihatan semata-mata," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.   Terdahulu, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malek mengumumkan, sebanyak 111 buah sekolah di Pasir Gudang ditutup berbanding 34 buah sekolah sahaja diarah tutup sebelumnya.   Sementara Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad pula menyatakan bahawa semalam seramai 506 orang individu dirawat akibat pencemaran tersebut.   Dr Mohd Khairuddin seterusnya, berkata dengan kejadian tersebut menunjukkan bahawa tahap kritikal sedang berlaku di kawasan terbabit.   Beliau turut menyifatkan kenyataan Menteri Besar Johor, Dato' Osman Sapian berhubung dengan insiden tersebut sebagai tidak serius, satu sikap memandang ringan kejadian itu.   "Menteri Besar Johor pula lewat petang tadi (petang semalam) memandang ringan isu ini dengan menyifatkannya sebagai masih terkawal dan tidak jejas begitu teruk.   "Dalam keadaan ada pengkaji yang menimbulkan persoalan sama ada gas metana boleh dihalang penyebarannya dengan memakai penutup muka sahaja, maka saya merasakan sangat wajar perisytiharan darurat dibuat segera oleh kerajaan bagi mengosongkan kawasan terbabit dan mengarahkan perpindahan segera penduduk." tegasnya.   Katanya, tindakan pencegahan sebegini lebih baik berbanding risiko nyawa dan kesihatan yang mungkin timbul selagi kawasan tersebut belum disahkan benar-benar selamat.   Sementara itu dilaporkan bahawa terdapat ramai pelajar dari sekolah-sekolah berkenaan yang mengalami simptom loya, muntah muntah dan pening dipercayai terhidu bahan kimia itu dari Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor.   Bagaimana pun setakat ini, tidak ada mangsa dilaporkan meninggal dunia akibat terhidu bahan kimia tersebut.  
13 Mar 19
42
Empty Image
MB Umum Dana RM200 Ribu Bina Taman Rekreasi Teluk Pasu
Dr Samsuri bergambar bersama belia Teluk Pasu.KUALA NERUS, 13 Mac - Taman Rekreasi yang menjadi tempat riadah dan penyatuan masyarakat bakal dibina di Teluk Pasu dalam masa terdekat.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri telah melihat tapak cadangan untuk membangunkan taman itu yang berkeluasan hampir 1.6 ekar.Beliau berkata, taman itu akan dibina secara berperingkat dan pihaknya bersetuju untuk memberikan peruntukan bagi memenuhi hasrat dan cita-cita masyarakat di situ.“Kerajaan negeri meluluskan peruntukan awal sebanyak RM200,000 untuk urusetia tempat ini, supaya dijadikan asas dulu peringkat pertama.“Kalau berjalan dengan baik, ada respon yang baik dan menjadi tempat tumpuan kepada rakyat, insyaAllah kita akan pertimbang untuk tambah peruntukan bagi mencapai apa yang dihasratkan,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan ke lokasi tapak cadangan Taman Rekreasi Kampung Teluk Pasu itu, di sini, hari ini.Melihat peta lokasi tapak cadangan Taman Rekreasi Teluk Pasu.Turut hadir Setiausaha Kerajaan (SUK) Terengganu, Dato’ A. Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim, Pegawai Daerah Kuala Nerus, Anuar Nik Mohamad Noor serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim.Ahmad Samsuri turut berkata, pemandangan indah yang terdapat di sekitar tapak itu juga sangat menarik dan unik.Katanya, taman yang bakal dibina itu pastinya akan menjadi ikon baharu di Teluk Pasu dan secara tidak langsung turut menjadi destinasi pilihan pengunjung, sama ada dari dalam ataupun luar daerah.“Suasana yang sangat menarik, saya tengok dengan ada sungai, tempat berteduh dan sangat santai.“Saya percaya kawasan ini boleh menjadi tempat rekreasi bagi menyatukan sillaturahim dalam masyarakat di Teluk Pasu ini secara khususnya,” tambah beliau.
13 Mar 19
544
Empty Image
Kebajikan Masyarakat Tiong Hua Tidak Dipinggirkan
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 13 Mac- Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azbi Salleh menyatakan bahawa kerajaan negeri tidak akan sesekali meminggirkan kebajikan masyarakat Tiong Hua.Katanya, walaupun masyarakat Tiong Hua merupakan penduduk minoriti di sini, namun kita tidak akan sesekali meminggirkan mereka. Mereka juga rakyat kita.“Mereka (masyarakat Tiong Hua) boleh tinggal dan berniaga dengan aman di sini tanpa sebarang provokasi dan gangguan oleh kaum Melayu yang merupakan penduduk majoriti.“Kebanyakan mereka bersama-sama masyarakat Melayu   mampu menghidupkan  Kampung Pekan Lama, Kuala Besut sebagai  pusat tumpuan  pelancong  dengan melakukan pelbagai urusniaga.“Jika terdapat apa-apa bantuan yang layak diterima oleh mereka, kerajaan akan memastikan mereka mendapat hak sama rata tanpa sebarang diskriminasi,” katanya.Beliau berkata ketika menyantuni serta menyampaikan sumbangan beras dan makanan harian kepada masyarakat Tiong Hua di Kampung Pekan Lama, Kuala Besut, semalam.Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Pemuda PAS Kawasan Besut, Wan Asriazwa Wan Husin danPengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pekan Lama, Tuan Norizaini Tuan Ismail.
12 Mar 19
47
Empty Image
Fahami Objektif Syarikat, Tingkatkan Prestasi Kerja
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 13 Mac- Kakitangan PESAKA Terengganu Berhad disarankan supaya memahami objektif syarikat agar prestasi kerja berkualiti dapat ditingkatkan.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, setiap kakitangan syarikat perlu mempunyai pengetahuan tentang objektif yang ingin dicapai."Kalau pekerja tidak tahu matlamat dan target yang ingin dicapai maka ianya akan memberi kesan kepada prestasi mereka ketika menjalankan tugas."Ini kerana pihak pengurusan merupakan human capital (modal insan) yang menjadi perancang manakala kakitangan syarikat pula sebagai pelaksana dan kejayaan sesebuah syarikat sudah tentu terletak pada perancangan di peringkat atasan untuk diterjemahkan di peringkat bawahan," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, selepas Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin, di PESAKA Terengganu Berhad, Bukit Besi, di sini semalam.Justeru katanya, setiap organisasi kerajaan negeri perlu melaksanakan konsep 'Al-Falah' untuk serlahkan pencapaian matlamatnya.Menurutnya, Al-Falah ialah satu konsep mengundang kejayaan sesebuah organisasi bagi mencapai matlamat memajukan negeri berteraskan Islam."Bagi menjayakan konsep 'Al-Falah' ini sudah tentu perlu kepada pelaksanaan organisasi di seluruh peringkat termasuk di peringkat pengurusan dan diamalkan oleh petugas dengan menitikberatkan penjagaan solat dan mesra pelanggan," jelasnya.
12 Mar 19
181
Empty Image
MPKK Perlu Tahu Peranan Agensi Berkaitan
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 13 Mac- Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) perlu mempunyai pengetahuan tentang agensi serta jabatan yang berkaitan bagi memperkasa peranan dan fungsinya dalam masyarakat.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, langkah itu perlu bagi memudahkan MPKK mengenalpasti saluran yang betul untuk membantu masyarakat yang berhadapan pelbagai masalah dan juga memerlukan bantuan."Sebagai mata dan telinga kepada kerajaan, sudah tentu MPKK perlu mengetahui secara khusus dan terperinci mengenai jabatan atau agensi kerajaan, khususnya yang menyediakan bantuan kepada penduduk memerlukan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu Maidam,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Taklimat Agensi Kepada MPKK dan AJK Masjid, di Dewan Sivik Jerangau, semalam.Turut hadir, Pegawai Eksekutif (Zakat) Pusat Urusan Zakat Daerah Dungun,  Abd Fattah Mamat;  Pegawai Pertanian Daerah Dungun, Nur Shazwani Mohd Salleh; Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Mohamad Noor Yusoh, dan Penyelia Cawangan Pusat Komuniti Desa Al-Muktafi Billal Shah (AMBS), Ghani Mohamad.Ghazali bekata, taklimat yang diadakan itu merupakan salah satu cara untuk memberi pendedahan kepada MPKK berkaitan agensi kerajaan yang menyediakan bantuan dan maklumat tertentu kepada masyarakat."Dengan pengetahuan yang diperolehi menerusi taklimat sebegini, tiadalah MPKK yang baru dilantik akan buntu menerima pelbagai aduan dari masyarakat dan tahu jabatan mana perlu berhubung." Dan setelah tahu maka MPKK inilah yang akan menyampaikan segala hasrat, dasar dan polisi kerajaan Negeri dalam memastikan kesejahteraan kepada masyarakat," ujarnya.Katanya, sesi soal jawab yang diadakan pada hari berkenaan akan lebih membantu mereka yang hadir untuk faham."Sebagai contoh, soalan-soalan yang ditanya amat berkait dengan pertanian kerana boleh dikatakan majoriti masyarakat Bukit Besi ini adalah petani."Justeru, program ini akan membolehkan setiap Pengerusi MPKK memberi maklumat yang tepat dan kemudian akan pergi sendiri bertemu dengan jabatan pertanian,” ujarnya.
12 Mar 19
240
Empty Image
29 Pasukan Berentap Dalam Liga Bola Sepak Piala Penyelaras DUN Telemong 2019
Oleh: Shahril Aswad HULU TERENGGANU, 12 Mac - Sebanyak 29 pasukan akan berentap bagi merebut Piala Kejohanan Liga Bola Sepak 11 Sebelah Piala Penyelaras DUN Telemong bermula 14 Mac ini.Pengawai Penyelaras DUN Telemong, Mohd Safari Abu berkata, kejohanan itu menjadi acara wajib setiap tahun yang bermula sejak beberapa tahun lalu lagi  sebagai medan menghimpunkan golongan belia dalam aktiviti kesukanan."Namun pada tahun ini, beberapa penambahbaikan dilakukan termasuk mengubah format terdahulu daripada 9 sebelah kepada 11 sebelah.“Antara objektif utama kejohanan ini supaya golongan muda di sini merasa diri mereka didekati, tidak dipinggirkan dan dapat mengisi masa mereka dengan aktiviti berfaedah dan sihat,” katanya Beliau berkata demikian kepada pemberita seusai mesyuarat penyelarasan kejohanan tersebut, di Kompleks Annur Kampung Pauh, semalam.Mohd Safari berkata, kejohanan itu juga menjadi landasan kepada anak muda untuk mengembangkan bakat mereka dalam sukan bola sepak.
12 Mar 19
593
Empty Image
Suami Isteri Lega Masalah Pagar Kebun DiBaik Pulih
Oleh : Khairan Mat JusohMARANG, 12 Mac – Sepasang suami isteri di Kampung Alor Ketitir, kini menarik nafas lega apabila masalah pagar kebun mereka itu dibaik pulih.Semua hasil bantuan baik pulih ini diselesaikan dengan cara Corporate Social Responsibility (CSR) oleh kakitangan pejabat Dewan Undangan Negeri(DUN) Pengkalan Berangan dengan kerjasama  Jabatan Pertanian Alor Ketitir Daerah Marang melalui projek khas pertanian.Hasmah Daud, 52,  tidak mampu menyiapkan pemasangan pagar kebun akibat masalah kewangan di tambah dengan masalah suaminya, Sarike Hassan, 55, yang uzur akibat menghidap penyakit saraf serta masalah penglihatan."Saya rasa amat bersyukur dan berterima kasih kerana aktiviti sebegini dapat dilakukan dan menyelesaikan masalah yang saya alami, dan selepas ini saya dapat tidur dengan lebih lena.“Terima kasih kepada wakil rakyat yang sudi membantu dan kepada semua yang terlibat dalam membantu kami berdua," kata Hasmah ketika ditemui media Urus Setia Penerangan darul Iman (UPDI) selepas program CSR di rumahnya di Kampung Alor Ketitir, baru-baru ini.Sekurang-kurangnya 20 tenaga kerja terlibat dalam menjayakan aktiviti CSR itu dengan memasang pagar kawat berduri seluas satu ekar yang berakhir kira-kira 12.30 tengah hari .Sementara itu, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Rusdi Abdullah berkata, aktiviti CSR seperti ini telah sinonim kepada pihak mereka sebelum PAS menjadi parti yang memerintah negeri."Insyaallah dengan cara ini kita dapat menjimatkan kos selain daripada menjalinkan hubungan yang erat, memupuk budaya kerja yang berkerjasama serta sekaligus menyelesaikan masalah masyarakat." jelas beliau.
12 Mar 19
84