lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Surau, Tandas dan Pagar, Hadiah Untuk Pulau Warisan
Oleh: Syed Abdul RahmanKUALA TERENGGANU, 18 Mac- , Kunjungan dua hari  Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin ke Terengganu turut meluluskan peruntukan bagi membina surau, tandas dan pagar Terengganu, Pulau Warisan, di sini.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar,Ahmad Shah Muhamed berkata,  jutaan terima kasih diucapkan kepada YB Menteri kerana telah meluluskan bagi membina kemudahan penting itu.Katanya, apa yang diluluskan itu merupakan harapan yang telah disuarakan sejak sekian lama daripada pengunjung dan peniaga yang mahukan keselesaan dan keselamatan di kawasan itu“ Selain itu, turut diluluskan ialah tambahan 212 lot kedai di Pasar Payang untuk kemudahan berniaga di Bulan Ramadhan nanti ,”katanya ketika dihubungi oleh wakil media Urusetia Penerangan Darul Iman,  semalam.Dalam lawatan ke Terengganu itu, Zuraida turut menghadiri perjumpaan dengan  Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar  bersama Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan  menyempurnakan Kempen Keselamatan Kebakaran bersama Sedia Urus Suri Rumah (Suri) di ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu di sini.
18 Mar 19
275
Empty Image
SMK Serating Dapat Surau Baharu Hasil Sumbangan
Oleh : Khairan Mat JusohMARANG, 17 Mac - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Serating (SAKSES) kini mampu berbangga apabila berjaya menyiapkan Surau Ar-Rahim dengan hasil sumbangan orang ramai.Setiausaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG), Ustazah Mazidah Daud, 46, berkata pada mulanya tanggungjawab yang diberikan kepadanya adalah cukup berat untuk dipikul kerana  ianya melibatkan kos yang agak besar."Saya runsing memikirkan pasal dana untuk surau ini, kerana tidak tahu dimanakah sumber yang harus saya mohon atau rujuk."Namun dalam masa enam bulan kemudian selepas kita iklan dan sama-sama usahakannya, ia mula membuahkan hasil dengan wang yang terkumpul pada masa itu sebanyak RM40 ribu,” katanya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas selesai majlis perasmian surau yang disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong.Menurut Majidah, projek pengubahsuaian itu bermula sebaik sahaja dana  terkumpul mencecah RM40 ribu walaupun kos keseluruhan untuk menyiapkannya menelan belanja sehingga RM120 ribu."Walaupun 40 ribu itu tidak mencukupi, namun syarikat kontraktor yang menjalankan aktiviti pembinaan itu, mengambil keputusan untuk tetap meneruskan projek itu dengan menggunakan wang darinya dahulu.“Pihaknya melakukan pembesaran surau yang berkeluasan 60 kaki x 40 kaki dan mampu menampung sehingga 600 orang jemaah dalam satu masa,”ujarnya lagi. Jelasnya, RM30 ribu daripadanya adalah daripada Bakti Bank Negara dan selebihnya disumbang oleh orang ramai, individu serta masjid-masjid yang ada di daerah Marang ini.Sementara itu, Ustaz Sulaiman berkata jika niat ingin melakukan sesuatu perkara itu dengan ikhlas kerana Allah, insyaallah Allah akan permudahkannya, lebih-lebih lagi jika ia adalah perkara yang membawa ke jalanNya. “Sesuai dengan  peribahasa "di mana ada kemahuan di situ ada jalan" kerana ia disiapkan dengan sumbangan dari orang ramai dan  akhirnya dapat disiapkan semenjak Disember 2018 yang lalu, para guru sama-sama berusaha mencari dana untuk pembinaan surau ini," ujar beliau.
17 Mar 19
221
Empty Image
DUN Batu Rakit Sedia Sumbang Bakat Sukan
Para peserta merakamkan kenangan sempena Kejohanan Badminton Tertutup Piala Penyelaras DUN Batu Rakit.Oleh: Helmi Abdul Salam KUALA NERUS, 17 Mac - Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit bersedia menyumbang kepada pembangunan bakat baharu dalam bidang sukan untuk mewakili negeri di pentas lebih tinggi.Pegawai Penyelarasnya, Mohd Shafizi Ismail berkata, amat penting bagi masyarakat setempat untuk menyokong dan menyertai sebarang pertandingan yang dianjurkan di peringkat DUN demi mencapai hasrat itu. "Kita akan berusaha menghantar wakil ke peringkat Kawasan dan Negeri bagi sebarang pertandingan sebagai menyokong hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai atlet cemerlang," katanya ketika berucap di Kejohanan Badminton Tertutup Piala Pegawai Penyelaras DUN di Dewan Maras, semalam.Kejohanan berkenaan dianjurkan Institut Modal Insan Sejahtera (i-MiTS) DUN dengan kerjasama Department of Art, Culture and Sports (DACS), sebuah pertubuhan di bawah naungan Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPKS) Setiu dan telah berjaya menarik penyertaan hampir 40 pasangan beregu. Sukan bina kekuatan minda dan keyakinan diri.Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Penyelia i-MiTS DUN, Mohd Nazari Alias.Shafizi dalam ucapannya turut menyifatkan amalan bersukan dapat membina kekuatan dan keyakinan dalam diri setiap individu.“Melalui sukan, kita dapat membina kekuatan minda yang merupakan satu perkara penting dalam diri selain memberi keyakinan dalam menghadapi apa jua situasi, bukan sekadar berada di gelanggang," katanya.Beliau yang hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang  turut berpuas hati dengan semua pihak terlibat kerana mengikut saranan kerajaan negeri supaya menutup aurat semasa bersukan.Dalam kejohanan tersebut, pasangan Sabri/Rahim dan Zamani/Hamdan berjaya menjadi juara bagi kategori Terbuka dan Veteran. Masing-masing membawa pulang hadiah berupa piala pusingan,wang tunai dan medal.
17 Mar 19
70
Empty Image
Pesta ‘Kubang Ikan’ Meriah
Oleh: Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU, 17 Mac- Lebih 50 orang mengambil bahagian dalam aktiviti menangkap ikan atau lebih dikenali pesta ‘kubang ikan’ di Kampung Teluk Paku, semalam.Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Teluk Paku, Tuan Muhammad Zulfadillah Tuan Zarawi berkata, aktiviti menangkap ikan darat menggunakan tangan itu merupakan tradisi penduduk kampung berkenaan sejak sekian lama.Katanya, walaupun anak muda sekarang ghairah dengan arus kemodenan tetapi anak muda Kampung Teluk Paku masih mempertahankan aktiviti warisan nenek moyang mereka.“Aktiviti 'kubang ikan' atau lebih dikenali 'gumbe ikan' ialah menangkap ikan di tali air selepas musim menuai padi dan telah menjadi aktiviti wajib bagi penduduk kampung ini."Ianya telah diadakan sejak zaman nenek moyang lagi dan tujuan aktiviti ini terus dianjurkan adalah untuk menggambarkan kepada generasi kini bertapa susahnya orang dahulu mencari rezeki,” ujarnya kepada pemberita selepas pesta ‘kubang ikan’ di tali air Kampung Teluk Paku, semalam.Katanya, hampir 100 ekor ikan jenis haruan, puyu, sepat kedah dan banyak lagi berjaya ditangkap pada acara tersebut yang secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan di kalangan penduduk setempat.“Ikan-ikan ini dimasak dengan menu istimewa iaitu ikan gulai daun kesum dan dijamu khas kepada peserta dan penduduk kampung.“Selepas bergotong-royong memasak hidangan berasaskan ikan-ikan yang ditangkap, mereka akan makan beramai-ramai dipanggil 'makan nasi saing' menjadikan mereka lebih akrab,” ujarnya.
16 Mar 19
1242
Empty Image
60 Belia Seberang Takir `Khabak' Bukit Maras
Oleh : Hailmey MansorKUALA NERUS, 16 Mac - Hampir 60 belia dan beliawanis Seberang Takir menyahut cabaran memupuk gaya hidup sihat sambil menikmati panorama indah apabila bersepakat memanjat Bukit Maras dalam program 'Jom Khabak Bukit Maras', pagi tadi.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Haji Mohd Fazil Wahab berkata, program itu berjaya membuktikan orang muda bukan sekadar bijak dan leka bermain gajet semata-mata.Katanya, pada masa yang sama mereka juga boleh melakukan aktiviti yang berfaedah dan melupakan alat komunikasi itu apabila beriadah bersama rakan sebaya."Kita mahukan para pemuda dan pemudi sesekali tidak menghiraukan dunia gajet mereka dan menikmati keindahan alam semula jadi."Pada pada masa yang sama, mereka boleh menyihatkan tubuh badan melalui aktiviti berfaedah ini," katanya ketika ditemui sejurus aktiviti itu.Turut bersama dalam aktiviti itu, Penolong Penyelia i-MiTS Seberang Takir, Jamaliah Abdullah dan kakitangan i-MiTS.Mohd Fazil yang juga Ketua Penyelaras Pemuda DUN Seberang Takir berkata, program bermula seawal jam 7 pagi dan berakhir dua jam kemudian itu anjuran bersama Pejabat Penyelaras DUN, Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Pemuda dan Ameerah DUN Seberang Takir.
16 Mar 19
196
Empty Image
Jangan Berlengah Isi Borang e-Kasih - Alias Harun
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 16 Mac - Orang ramai yang berkelayakan diminta segera dan tidak melengah-lengahkan mengisi maklumat di dalam borang e-Kasih yang disediakan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, borang berkenaan boleh didapati di mana-mana Pejabat Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS)."Tindakan kena cepat jangan bertangguh, sebab kita nak bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke, MAIDAM atau sebagainya mesti diambil daripada data e-Kasih," ujarnya.Beliau berkata demikian selepas Ziarah 'Mobile Team', di sini baru-baru ini (12 Mac).Kunjungan tersebut adalah untuk bertemu penama-penama yang telah tersenarai di dalam data e-Kasih yang tinggal di DUN Rantau Abang.Antara yang diziarahi ialah seorang nelayan, Nor Azlan Ali, 49, dan isterinya, Nor Azura Mohd Tahir, 37, yang tinggal di Seberang Pintasan."Suami saya ke laut tumpang bot orang, sebab tidak ada bot sendiri," ujarnya yang hilang penglihatan akibat kencing manis yang dihidapi sejak 16 tahun yang lalu.Menurut beliau, penyakit tersebut dihidapi ketika mengandungkan anak sulung dan terus berlarutan sehingga hari ini dan kehidupannya sekarang banyak dibantu suami dan anak-anaknya yang masih bersekolah."Sebelum pergi sekolah anak sulung yang tingkatan empat akan masak nasi, lepas tu adiknya yang darjah lima balik sekolah akan beli lauk," cerita ibu kepada tiga orang anak yang tidak dapat melihat sejak tiga tahun lepas.Azura dan keluarga kini tinggal menumpang di rumah ibu saudara yang telah meninggal dunia.Beliau merupakan penerima bantuan bulanan JKM dan berharap dapat memiliki rumah sendiri.Ziarah yang melibatkan kakitangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), JKM, Kementerian Pelajaran Malaysia, i-MiTS, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) itu adalah ziarah susulan yang sebelum ini telah dikenal pasti oleh Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri) yang mengendalikan e-Kasih.
15 Mar 19
62
Empty Image
Jaga Sensitiviti Agama Dan Kaum - MB Terengganu
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersama masyarakat Besut.BESUT, 16 Mac - Semua pihak dinasihatkan supaya lebih bertanggungjawab dan saling menjaga sensitiviti agama dan kaum lain di Malaysia.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keamanan yang dinikmati hari ini perlu dijaga dan dipertahankan daripada sebarang anasir jahat yang mula menyerang negara.Jelasnya, kenyataan provokatif dan bermotif politik pihak tertentu untuk menggugat keharmonian seharusnya diurus dengan sebaiknya.“Dalam suasana Malaysia ini berbilang bangsa, berbilang agama, sebab itulah semua pihak harus menjaga sensitiviti.“Tidak ada mana-mana pihak yang boleh menekan pihak yang lain sehingga sampai ke dinding, kerana kita tahu naluri manusia, bila ditekan dia akan bertindak balas,” katanya.Menyaksikan persembahan silat.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Jadual 5A Kepada 170 Peserta dari Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Mukim Keluang dan Durian Ubi di Taman Awam Pantai Air Tawar, di sini semalam.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman, Pegawai Daerah Besut, Rozali Salleh dan Ketua Penolong Pentadbir Tanah Besut, Ahmad Rizal Mamat.Hadir sama, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Wan Azhar Wan Ahmad, Pegawai Penyelaras Parlimen Besut, Dr Riduan Mohd Nor serta Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Haji Azbi Salleh.Ahmad Samsuri turut berkata, sebagai rakyat yang cintakan perpaduan, setiap rakyat wajar membuat sebarang pertimbangan yang adil sebelum mengeluarkan kenyataan.“Sebab itulah saya minta kepada pihak yang membuat kenyataan berunsur rasis supaya berfikir banyak kali dalam memberi apa jua pandangan,” katanya.
15 Mar 19
82
Empty Image
Program 10,000 Langkah Tarik Lebih 1,000 Penyertaan
KUALA NERUS, 15 Mac - Lebih 1,000 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading menyertai program 10,000 Langkah Bersama YB bertempat di Kampung Jeram, DUN Buluh Gading, pagi tadi.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, matlamat utama program ini bagi menggalakkan masyarakat dan rakyat supaya mengambil berat soal kesihatan serta memperbanyakkan bersukan dalam kehidupan seharian."Program-program seperti ini perlu disertai oleh semua lapisan masyarakat bagi melahirkan masyarakat yang sihat dan kuat."Sesungguhnya, Allah SWT lebih menyayangi orang Islam yang kuat dan sihat," ujarnya ketika ditemui pada program berkenaan.Turut hadir, Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Dr Alias Razak yang juga  ADUN Bukit Tunggal dan ADUN Buluh Gading, Ustaz Ridzuan Hashim.Program ini dianjurkan oleh Pusat Khidmat ADUN Buluh Gading dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Buluh Gading.Beliau juga melahirkan rasa gembira kerana program ini mendapat sambutan yang memberangsangkan di kalangan masyarakat.
15 Mar 19
103
Empty Image
Amalan Bangun Malam, Resepi Kecemerlangan Aizudin
Aizudin diraikan wakil DUN Kuala Besut atas kejayaannya.Oleh: Saifullah JusohBESUT, 15 Mac - Amalan bangun malam untuk mengulang kaji pelajaran seawal jam 3 pagi menjadi resepi kejayaan Aizudin Mah Hassan, 20, dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2018 yang diumumkan baru-baru ini.Murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut itu berjaya memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0 apabila mencatat keputusan A dalam kesemua subjek yang diambil sekali gus dinobatkan antara pelajar cemerlang dari seluruh negeri Terengganu. Bapanya, Mah Hassan yang merupakan seorang nelayan melahirkan kegembiraan atas kejayaan tersebut."Dia (Aizudin) boleh dikatakan bangun seawal jam tiga pagi setiap hari untuk mengulang kaji pelajaran selain menunaikan ibadah sunat untuk memastikan dirinya tidak ketinggalan dalam pelajaran,” katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) sewaktu diziarahi Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azbi Salleh, di rumahnya di Kampung Pachakan, Rabu lalu.Azbi yang hadir bersama Yang Dipertua PAS Kawasan Besut, Wan Azhar Wan Ahmad turut menyampaikan sumbangan kepada Aizudin sebagai penghargaan atas kejayaannya.Mah Hassan juga berharap anaknya itu mendapat peluang melanjutkan pelajaran dan mengejar cita-citanya.Dalam pada itu, Aizudin yang turut ditemu bual menyatakan hasrat tersendiri ketika ditanya berkenaan bidang pengajian yang diimpikannya.“Saya berhasrat menyambung pengajian dalam bidang pendidikan di Universiti Sains Malaysia (USM) sebagaimana kakak yang kini menuntut di sana,” katanya.
15 Mar 19
78
Empty Image
Pihak Berkuasa New Zealand Perlu Bertindak Tegas - MB Terengganu
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.BESUT, 15 Mac - Pihak berkuasa New Zealand digesa bertindak tegas terhadap pengganas bagi menangani insiden serangan bersenjata di dua buah masjid di Christchurch.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kejadian yang turut melibatkan rakyat Malaysia itu perlu disiasat dengan teliti.Jelasnya, tindakan yang tepat dan berkesan mesti diambil segera bagi mengelakkan perkara sama berulang dengan lebih teruk."Kita minta supaya pihak berkuasa New Zealand mengambil langkah yang tegas."Ianya bagi menghalang perkara ini menjadi suatu wabak yang lebih berat keadaannya di New Zealand dan Australia yang berhampiran," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Jadual 5A Kepada 170 Peserta dari Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Mukim Keluang dan Durian Ubi di Taman Awam Pantai Air Tawar, di sini, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman, Pegawai Daerah Besut, Rozali Salleh dan Ketua Penolong Pentadbir Tanah Besut, Ahmad Rizal Mamat.Hadir sama, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Wan Azhar Wan Ahmad, Pegawai Penyelaras Parlimen Besut, Dr Riduan Mohd Nor serta Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Azbi Salleh.Menyerahkan jadual 5A kepada peserta RTB.Ahmad Samsuri turut melahirkan rasa simpati terhadap keluarga rakyat Malaysia yang menjadi mangsa pengganas di sana.Beliau berharap agar semua pihak mendengar dan mengikuti segala arahan pihak atasan New Zealand."Kita bersimpati dengan mereka dan kita harap seluruh anggota keluarga bersabar, kita berharap bukan rakyat Terengganu."Kita harap rakyat Malaysia di sana mendengar arahan pihak berkuasa tempatan di New Zealand," tambah beliau.Sehingga pukul 3.00 petang tadi waktu Malaysia terdapat dua rakyat Malaysia cedera dalam insiden itu dan kini sedang dirawat di hospital.
15 Mar 19
99