Artikel "Komuniti" Terkini
35 Anggota Bomba Padam Kebakaran Kebun Sawit
Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 22 Mac - Seramai 35 anggota bomba bertugas dalam operasi memadam kebakaran kebun sawit Kampung Anak Ikan, Jabi yang berkeluasan kira-kira 20 hektar sejak dua hari lepas.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, operasi berdepan sedikit kesukaran kerana tanah di kawasan kejadian adalah jenis gambut yang dalam.“Yang menjadi masalah di sini adalah kerana struktur tanah yang terdiri daripada tanah gambut sedalam lebih satu meter. Kalau kita tengok macam tiada api tapi sebenarnya api sedang merebak pada bahagian bawah tanah.“Alhamdulillah.. semalam kira-kira lapan hektar telah berjaya dipadamkan manakala hari ini pula melibatkan tujuh hektar lebih dan tujuh hektar lebih lagi yang masih berlaku kebakaran,” ujarnya lagi.Beliau berkata demikian ketika melawat kawasan dan menemui anggota bomba yang bertugas di lokasi kejadian itu, semalam.Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, operasi itu melibatkan anggota dari Balai Bomba Dan Penyelamat Jerteh, Kampung Raja dan Wakaf Tapai.Tambah beliau, usaha pemadaman itu dijangka akan berlanjutan sehingga dalam tempoh lima hari lagi.“InsyaAllah Pejabat ADUN Jabi akan cuba santuni rakan-rakan bomba yang berkorban masa dan tenaga untuk melaksanakn tugas mereka.‘’Manakala, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Anak Ikan Dalam, Anak Ikan dan Perumahan Kos Awan Rendah (PAKR) akan mengambil tanggungjawab untuk penyediaan makanan kepada abang bomba sepanjang operasi yang dijangka berlanjutan lima hari lagi,"katanya.Beliau juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada anggota bomba yang gigih berkhidmat dan jasa mereka amat besar kepada semua.
22 Mar 19
131
Kerajaan Pusat Digesa Tangani Isu Doktor Duka Lara Dan Vaksin
Ahmad Amzad Hashim.
Oleh: Syed Kamal
KUALA TERENGGANU, 21 Mac - Kerajaan Pusat digesa untuk menyelesaikan masalah berkaitan doktor duka lara dan salah faham terhadap penggunaan vaksin yang kian membarah dalam masyarakat.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, masalah itu menyebabkan rakyat Malaysia hidup dalam keadaan yang penuh dengan kebimbangan.
Jelasnya, paling merisaukan apabila isu berkaitan doktor pelatih yang ditempatkan berjauhan dengan keluarga dan keengganan segelintir masyarakat menggunakan vaksin akan mengakibatkan kesan buruk.
“Doktor pelatih terutama bagi yang sudah berkahwin terpaksa berkejar antara tempat kerja dengan rumah dengan mengejar masa hingga keletihan termasuk sesudah ‘on call’, ada yang kemalangan jalan raya sehingga maut.
“Mengenai vaksin pula, ia menjadi masalah dalam kalangan segelintir umat Islam,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika mencelah perbahasan Titah DiRaja oleh Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen, di Dewan Rakyat, kelmarin.
Mengulas lanjut tentang masalah tersebut, beliau berkata, kementerian serta pihak berkuasa harus mengambil perhatian yang serius.
Ujarnya, beliau berharap agar pekeliling Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkaitan doktor pelatih disemak kembali agar tidak merugikan negara dan rungutan doktor duka lara dapat diselesaikan segera.
Dalam menyelesaikan isu vaksin pula, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama KKM digesa duduk semeja bagi memberi penerangan sebenar tentang vaksin.
“Soal pekeliling Kementerian Kesihatan mengenai penempatan doktor pelatih (houseman) perlu ada budi bicara bila melibatkan soal kebajikan kehidupan doktor.
“Amat merugikan negara, para doktor yang dihasilkan dengan pelaburan besar, meninggal kerana kemalangan jalan raya berpunca daripada kegagalan Kementerian mengambil cakna isu kebajikan dalam penempatan doktor.
“Saya minta JAKIM dan pihak berkuasa agama yang lain membantu dengan membuat penjernihan isu ini agar tidak berbangkit lagi keraguan,” tambah beliau.
20 Mar 19
130
PKAPKN Santuni Pesakit Kronik Di Felda Belara
Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 21 Mac- Sekretariat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PKAPKN) telah menyantuni empat orang warga emas yang diuji dengan pelbagai penyakit kronik di Felda LKTP Belara, Tepoh, semalam.Program ziarah tersebut telah diketuai oleh Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Wan Yusrizal Wan Shafi'i bagi mewakili Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang menghadiri sidang Parlimen di Kuala Lumpur.Salah seorang pesakit, Mohamed Che Man,72 tahun, yang menderita penyakit saraf dan kencing manis sehingga menyebabkan beliau tidak dapat berjalan seperti orang biasa terharu dengan kunjungan tersebut.“Saya telah mengidap penyakit saraf ini sudah hampir 10 tahun dan memerlukan tongkat untuk berjalan.“Sejak tahun lepas, penyakit saraf saya bertambah teruk dan sudah tidak mampu berjalan seperti biasa dan memerlukan bantuan daripada keluarga.“Terima kasih sangat atas kunjungan pihak Sekretariat PKAPKN yang turut menghulurkan sumbangan kepada kami sekeluarga,” ujarnya kepada pemberita selepas menerima kunjungan tersebut.Begitu juga dengan seorang pesakit lain, Minah Hussin yang merupakan pesakit Insomnia (tidak dapat tidur) yang diziarahi dan mendapat perhatian oleh PKAPKN.Menurut anak beliau, Nor Shalawati Harun, ibunya tidak dapat tidur pada waktu malam dan terpaksa bergantung kepada ubat yang dibekalkan oleh klinik berdekatan untuk tidur.“Penyakit ibu saya ini bermula pada tahun lepas. Saya harap kunjungan ini sedikit sebanyak dapat menggembirakan hati ibu saya,” ujarnya.Dalm kunjungan tersebut, selain bertanya khabar wakil PKAPKN turut memberi sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka yang menderita akibat pelbagai penyakit ini.
20 Mar 19
164
Bina Kekuatan Dan Ukhuwah Melalui Sukan
Aktiviti sukan membina kekuatan fizikal dan mental anak-anak.Oleh: Ahmad Syahid AdnanKEMAMAN, 21 Mac - Bersukan merupakan satu aktiviti lapangan yang boleh membina jaringan ukhuwah Islamiyah selain membentuk kekuatan fizikal dan mental.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, masyarakat perlu menjadikan aktiviti sukan sebagai amalan seharian kerana ia bukan sahaja dapat meningkatkan kecergasan rohani, malah kekuatan jasmani."Hari ini, kita berdepan dengan cabaran yang kian meningkat dari semasa ke semasa, sudah pasti persiapan diri perlu dirancang lebih awal untuk menghadapi ujian hidup yang mendatang," katanya ketika merasmikan Program Sukan Tahunan Sekolah Rendah Islam Darul Taqwa Kemaman (SRIDTK) ke-25 di padang sekolah berkenaan, semalam.Saiful Azmi saran jadikan sukan amalan harian.Program tersebut turut dihadiri Guru Besar SRIDTK, Zahari Draman serta ibu bapa yang menyaksikan pelbagai aktiviti berlangsung untuk anak-anak mereka.Dalam ucapannya, Saiful Azmi juga menyeru semua pihak supaya melibatkan diri dalam membantu perkembangan anak-anak secara menyeluruh."Kalau kita (ibu bapa) hendak mempersiapkan anak-anak untuk menjadi seorang atlet, maka komitmen yang tinggi perlu diberikan sepanjang proses latihan dan pemerkasaan bakat mereka."Namun begitu, murid-murid juga perlu didedahkan dengan pembelajaran akademik dan akhlak supaya kejayaan dalam bidang sukan dikecapi bersama nilai-nilai Islam yang dipupuk sebagai benteng diri," katanya.
20 Mar 19
262
Mulakan Amalan Bersedekah RM1 - Mohd Nor
KUALA TERENGGANU, 21 Mac - Umat Islam disaran untuk berbuat apa sahaja kebaikan demi mendapatkan ketenangan fikiran dan emosi supaya beroleh keberkatan Allah di dunia mahupun di akhirat.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, perbuatan itu termasuklah melalui amalan bersedekah. Melalui amalan bersedekah, ianya akan melahirkan perasaan tenang dan bahagia.“Bahkan, dengan membelanjakan harta ke arah kebaikan demi membantu orang lain pasti akan mendorong peningkatan hormon-hormon kebahagiaan dalam otak kita. Kajian sains sendiri telah membuktikan kebenaran ini,” katanya.Justeru, Mohd Nor menyarankan penjawat awam di Negeri Terengganu supaya mengamalkan sikap suka bersedekah dengan memulakan amalan menabung RM1 sehari, kemudiannya ditingkatkan mengikut nilai kemampuan."Apabila cukup sebulan atau mencukupi sasaran, agihkan duit tabungan itu kepada anak-anak yatim, orang miskin, tabung masjid atau mana-mana individu yang memerlukan.“Dengan sikap itu, kita dapat mendekatkan diri kepada Allah kerana Dia sangat menyayangi golongan hambaNya yang banyak memberi keranaNya, bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk,” katanya.Beliau berkata demikian pada Program Tazkirah Bulanan di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, di sini, hari ini.Kira-kira 300 kakitangan WDI hadir pada program tersebut yang dimulai dengan solat sunat Dhuha pada jam 8.30 pagi.
20 Mar 19
95
Belia 21 Tahun Diminta Daftar Sebagai Pengundi
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 21 Mac- Semua belia yang berusia 21 tahun ke atas dan belum mendaftar sebagai pengundi dinasihatkan agar segera berbuat demikian bagi menunaikan tanggungjawab mereka sebagai warganegara pada Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, mereka diingatkan supaya jangan berlengah dan bersegera mendaftar sebagai pemilih.“Sekarang ini, kesedaran orang Melayu untuk berbuat demikian jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan bangsa lain."Jangan ambil mudah, ingatkan kepada anak-anak pentingnya mendaftar sebagai pengundi," ujarnya kepada pemberita selepas Program Ziarah ke Kampung Gong Pasir, semalam.Sementara itu, menyentuh tentang program ziarah itu beliau berkata, rutin tersebut merupakan antara aktiviti yang sering diadakan untuk menyelami kehidupan penduduk.Dalam program ziarah itu yang turut diiringi ahli jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung tersebut, Alias dibawa ke rumah seorang ibu tunggal, Zalikha Salleh, 51 yang menjaga adiknya Ahmad Nizam, 36, yang merupakan orang kelainan upaya (OKU).Menurut Alias, Zalikha yang mempunyai empat anak dimana tiga daripadanya masih belajar, hanya mampu menyara keluarga dengan mengasuh dua orang kanak-kanak dengan pendapatan tidak seberapa. “Ahmad Nizam yang dijaga sejak sekian lama tidak tahu untuk menguruskan diri namun bernasib baik kerana mendapat sumbangan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM).“Justeru, bagi meringankan sedikit bebanan ibu tunggal itu, Zalikha telah dinasihatkan untuk mengisi borang e-kasih dan diminta berhubung mengenai perkara itu dengan pejabat Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN supaya kehidupan dia sekeluarga yang serba kekurangan dapat dibantu,” ujarnya Alias.
20 Mar 19
35
Terengganu Gerakkan Dakwah Tutup Aurat Secara Sempurna
KUALA TERENGGANU, 20 Mac - Kerajaan negeri mahu menggerakkan usaha dakwah secara berterusan dengan memberi tumpuan mengajak individu beragama Islam khususnya golongan wanita menutup aurat dengan sempurna.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor berkata, kempen menutup aurat dengan sempurna telah dimulakan dengan penganjuran program Terengganu Hijab Day pada awal Februari lalu."Kempen ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya golongan muda mengenai kewajipan menutup aurat mengikut syariat Islam.“Kita juga adakan dakwah jalanan (street dakwah) dengan mengedar risalah-risalah tentang aurat, pakaian yang digariskan oleh Islam dan lain-lain lagi sebagai usaha menyampaikan tarbiyah kepada kumpulan sasaran.“Sebenarnya selain kesedaran diri sendiri, peranan ibu bapa, guru dan masyarakat sangat penting untuk mendidik anak-anak supaya menutup aurat dengan sempurna,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program Jelajah Untukmu Wanita Peringkat Daerah Kuala Terengganu di Masjid Al-Hijrah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran, hari ini.Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed, Pegawai Khas Hal Ehwal Wanita Pejabat Menteri Besar, Khairiah Mokti, Pendakwah Bebas, Datuk Dr. Norhafizah Musa dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) PPR Hiliran, Zamri Awang.Katanya, kempen-kempen menutup aurat yang diadakan lebih kepada proses mendidik masyarakat selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk menggalakkan rakyat agar sentiasa mematuhi ajaran agama.Sementara itu, Zuraida berkata, kerajaan negeri juga tidak menolak hiburan, tetapi komited memastikan bentuk hiburan di negeri ini bertepatan dengan syariat Islam bagi mencegah berlakunya perkara-perkara yang boleh mencemari nilai-nilai Islam.“Kerja dakwah adalah berterusan, dan kita akan perbanyakkan lagi program-program berbentuk ilmiah di samping tidak menyekat program yang berbentuk hiburan tetapi perlulah mematuhi syarat yang ditetapkan,” ujarnya.
19 Mar 19
764
Bantuan TDI Ceriakan Pesakit Kronik
Azbi Salleh (Kiri) menyerahkan cek bantuan TDI.Oleh: Saifullah JusohBESUT, 20 Mac - Bantuan Tabung Darul Iman (TDI) merupakan inisiatif kerajaan negeri bertujuan untuk meringankan beban yang dihadapi oleh pesakit kronik. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azbi Salleh berkata, bantuan yang diterima itu memberi kecerian kepada mereka kerana dapat menampung kos rawatan penyakit yang dihidapi.Jelasnya, kos perubatan yang tinggi ditanggung oleh mereka menyebabkan banyak urusan hidup seharian tergendala.“Beban kos perubatan yang ditanggung sangat banyak, begitu juga dengan kesakitan yang ditanggung mereka membataskan pergerakan dan aktiviti mereka,” ujarnya. Ziarah sambil menghulurkan bantuan.Beliau berkata demikian ketika menziarahi serta menyerahkan cek bantuan TDI kepada pesakit-pesakit kronik di sekitar DUN Kuala Besut, semalam.Hadir sama dalam aktiviti ziarah itu ialah Pegawai Khas Penyelaras DUN Kuala Besut, Mohd Sulaiman serta Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kuala BesutAzbi turut berkata, kerajaan negeri komited untuk menyalurkan segala bentuk bantuan kepada rakyat bagi memudahkan urusan harian mereka.Beliau juga berharap agar bantuan yang diberikan itu digunakan pada tempat yang sepatutnya."Walaupun bantuan (TDI) ini tidak banyak, namun ia menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Terengganu dalam membantu mereka yang diuji dengan penyakit."Saya berharap agar bantuan ini dapat digunakan dengan sebaiknya."Saya menyeru kepada pesakit-pesakit kronik agar memohon bantuan ini, Insya-Allah kami akan bantu sekadar yang mampu", tambah beliau.
19 Mar 19
67
Pesakit kronik Terharu Terima Bantuan TDI
Oleh: Pok AbbasKUALA TERENGGANU, 20 Mac – Bagi Nur Fadila Mohamad Rosid,33, yang mengidap penyakit buah pinggang menyifatkan tidak ada perkara yang paling membahagiakan apabila pihak kerajaan negeri mengembalikan kepadanya status penerima bantuan Tabung Darul Iman (TDI) yang sebelum ini telah dibatalkan beberapa tahun yang lalu.Ibu kepada seorang anak tunggal yang berusia 11 tahun, meluahkan rasa terharu dan berterima kasih kepada Kerajaan Terengganu kerana memberi semula bantuan TDI yang telah dihentikan sejak tiga tahun lepas.“Alhamdulillah, kini saya terima semula bantuan dari Tabung Darul Iman, saya ucap ribuan terima kasih pada kerajaan baru kita hari ini kerana kembalikan semula bantuan yang telah dibatalkan dahulu yang sepatutnya saya dapat.“Saya mempunyai penyakit Buah Pinggang yang kronik, Kencing Manis dan Darah Tinggi, malah menderita masalah kencing manis sejak 26 tahun yang lalu. Sekarang sedang menjalani hemodilisis selama sembilan tahun dan mempunyai suami seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan yang bekerja sambilan sebagai tukang urut,”katanya.Dia berkata demikian ketika lawatan dan penyerahan bantuan TDI oleh Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang, Ustaz Ahmad Kamal Ali yang turut dihadiri oleh Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti kampong (MPKK) Bukit Kecil, Amran Ali di Kedai Kopi Bukit Kecil milik Ibunya, semalam.Nur Fadila berkata dia tidak mempunyai mana-mana punca pendapatan tetap selain bantuan daripada Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) sebanyak RM300.00 sebulan dan terbaharu dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu berjumlah RM650.00 sebulan untuk kegunaan mereka sekeluarga termasuk kos perubatan.“Setakat ini hanya menerima bantuan JKM dan MAIDAM dan dulu pernah mendapat bantuan Tabung Darul Iman tetapi hanya tiga tahun pertama dapat, kemudian bantuan tersebut dihentikan sehinggalah pada hari ini, saya mendapat kembali bantuan tersebut.“Suami saya yang OKU Penglihatan hanya mengambil upah sebagai tukang urut sambilan dan sangat berat bagi kami sekeluarga untuk menanggung semua kos harian termasuk kos perubatan saya hampir RM3,000 setiap bulan,”ujarnya.
19 Mar 19
524
Didik Anak-Anak Dengan Pendidikan Rohani Peranan Semua Pihak
Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 19 Mac- Semua pihak harus memainkan peranan dalam mendidik anak-anak dengan pendidikan rohani agar dapat melahirkan generasi yang mementingkan agama pada masa akan datang.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, kerjasama ibu bapa, guru dan masyarakat amat bermakna untuk melahirkan permata ummah dimana pendidikan rohani perlu diberi perhatian serius terutamanya berkaitan ibadah solat.“Pendidikan rohani terhadap anak-anak perlu diberi perhatian oleh semua pihak dalam usaha melahirkan permata ummah terutamanya memberi didikan menunaikan solat yang betul.“Kepentingan memberi didikan pada awal usia umpama mengukir di batu yang mengekalkan ukiran yang tahan lama dan lasak. “Oleh itu, selain ibubapa peranan di semua peringkat termasuk guru dan masyarakat haruslah berfungsi bagi melahirkan permata ummah ini,’ ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Kem Bestari Solat anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Besut yang disertai seluruh sekolah dalam daerah Besut di Masid Jabi, semalam.Dr Azman yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi mengharapkan, program-program keagamaan terus ditingkatkan agar pemahaman sebenar anak-anak terhadap Islam sebagai ‘addeen’ (agama) dapat difahami sedalamnya.“Ramai anak-anak muda yang terjebak dalam masalah sosial pada masa kini adalah berpunca daripada tidak menunaikan solat. Jangan biarkan ia berlanjutan dengan kejahilan kerana merekalah yang bakal mewarisi kepimpinan negeri suatu hari nanti,” ujarnya.
18 Mar 19
285