Artikel "Komuniti" Terkini
Program YB Bersama Rakyat Eratkan Hubungan Masyarakat
Oleh : Nooreni Abu BakarDUNGUN, 25 Mac- Program `YB Bersama Rakyat' antara inisiatif yang digembeleng pemimpin setempat bagi menjalin dan mengeratkan hubungan sesama masyarakat dengan wakil rakyat.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun berkata, dengan adanya program tersebut masyarakat berkumpul dan menyertai pelbagai acara yang diatur oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung berkenaan."Jadikanlah program sebegini untuk kita berkenal-kenalan, bersilaturahim dan mempereratkan hubungan sesama penduduk kampung," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap mengalu-alukan kehadiran penduduk daripada tiga kampung, iaitu Kampung Wa, Pinang Baru dan Ladang Pinang Emas di perkarangan Surau Kampung (Kg) Pinang Baru, di sini, kelmarin.Selain acara sukaneka, majlis juga diserikan dengan perasmian Gelanggang Persatuan Seni Silat Gayung Seri Fatani di Kg Pinang Baru serta program ziarah.Alias juga menasihati semua supaya semua penduduk tidak sesekali mencemuh, mengata dan mengutuk orang lain kerana Islam mengajar supaya menjaga setiap kata-kata serta tindak-tanduk agar selari dengan kehendak Islam.Dalam pada itu, beliau juga berharap supaya dalam meneruskan kerja seharian, peranan mengajak dan berdakwah kepada orang ramai tidak ditinggalkan.
25 Mar 19
379
Pertandingan Hias Pulut Kuning, Acara Istimewa Jelajah Belia Dungun
Wan Sukairi melihat gubahan pulut kuning.Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 25 Mac - Pulut Kuning warisan tradisi Melayu dimartabatkan apabila dipertandingkan sempena Program Jelajah Belia Terengganu Sejahtera peringkat Daerah Dungun, kelmarin.Pengerusi Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Mantan Wakil Rakyat (Khairunnisa’) Daerah Dungun, Siti Zaleha Mohd berkata, elemen tradisi istimewa yang ada pada makanan tradisi Melayu itu sangat bernilai dan perlu diberi perhatian.Jelasnya, pulut kuning sangat sinonim dengan masyarakat Melayu apabila makanan tradisi itu menjadi hantaran perkahwinan dan juga pertunangan."Jadi Alhamdulillah, penyertaan amat mengalakkan apabila pertandingan pulut kuning menerima penyertaan seramai 25 orang, yang mana kita mahu menonjolkan elemen tradisinya."Juga bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di antara wanita-wanita di daerah ini dimana penyertaannya terbuka kepada semua,"katanya.Beliau berkata demikian ditemui pihak media, pada Majlis Perasmian Penutup Jelajah Belia Terengganu Sejahtera peringkat daerah Dungun, di Dewan Arena Merdeka.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah serta Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman.Menurut Siti Zaleha, program anjuran bersama dengan Usahawan Wanita (Usahanita) Daerah Dungun.itu juga dapat mengumpul dan menonjolkan bakat-bakat yang ada pada wanita di daerah itu."Apa yang saya sasarkan adalah supaya kita boleh menghimpunkan wanita-wanita di kalangan peserta dan mengenali mereka."Pada masa yang sama, kita juga merancang untuk melahirkan ramai usahawan wanita biar ada pendedahan untuk mereka bergiat dalam bidang keusahawanan," ujarnya.Pertandingan itu menawarkan hadiah yang cukup lumayan apabila pemenang tempat pertama menerima wang tunai sebanyak RM300, kedua RM200 dan tempat ketiga RM100.Katanya, turut diadakan pertandingan menghias kek dengan hadiah tempat pertama hingga ketiga, berbanding pertandingan pulut kuning yang menyediakan enam hadiah saguhati lagi.
25 Mar 19
1793
Ibu Warga Emas Tabah Besarkan Tiga Anak Syurga
Oleh: Syed KamalKUALA TERENGGANU, 24 Mac – Seorang wanita warga emas, Engku Loklok Jaafar, 77, tabah membesarkan tiga ‘anak syurga’ berusia 35 hingga 45 tahun yang mengalami masalah perkembangan otak sejak kecil.Keperitan ibu tunggal kepada tujuh anak yang tinggal di Lorong Salak Kampung Chabang Tiga, di sini itu semakin terasa apabila suami sebagai tempat berkongsi derita, Syed Ahmad Zainal Abidin meninggal dunia beberapa tahun lalu, menyebabkan dia bersama anak perempuannya, Sharifah Halimah yang menjaga ketiga anak istimewa itu sepenuh masa.Dalam pada itu, nasib keluarga itu sekali lagi diuji apabila suami Halimah pula diserang strok sejak tahun lalu dan kedua-dua wanita berkenaan perlu menjaga empat keluarga yang sakit sekali gus.Anak Loklok yang lain menetap di luar Terengganu, kecuali seorang lagi anak lelakinya, Syed Luqman kadang-kadang turut meluangkan masa membantu ibu dan adiknya itu bagi menjaga empat saudatanya yang uzur di rumah berkenaan. Biarpun diuji dengan dugaan hebat itu, Loklok tetap menganggap anak istimewa mereka sebagai anugerah Allah SWT yang tidak ternilai dan menjadi satu sebab untuk memudahkan langkahnya menuju ke syura kelak, selain akan menjaga amanah Allah itu dengan sebaik mungkin selagi nyawanya dipinjamkan.“Saya redha dan sabar dengan amanah tuhan yang ingin saya membesarkan tiga orang anak yang tidak sihat ini. Saya harap dengan ujian yang Allah SWT berikan ini menjadi penyebab untuk saya masuk ke syurganya nanti,” luahnya sambil menitiskan air mata.Warga emas itu berkata demikian ketika menerima kunjungan ziarah isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Norizan Ngah, semalam.Turut sama, Muslimat PAS DUN Bandar, wakil Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) DUN Bandar dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Makam Lama, Mohamad Zuki.Program ziarah kepada pesakit kronik dan penduduk uzur itu merupakan program bulanan Muslimat PAS DUN Bandar.
24 Mar 19
237
92 Pasukan Bergasak Untuk Julang Juara
Oleh: Hailmey MansorKUALA TERENGGANU, 25 Mac- Sebanyak 92 pasukan berentap dalam kejohanan badminton Tertutup Novis B dan Wanita (Jemputan) Terengganu yang berlangsung selama dua hari bermula Jumaat lalu di Dewan Badminton Dato’ Sulong,Wakaf Mempelam.Penaung Nana Nini Badminton Club (BC), Mohd Fazil Wahab berkata, menariknya kejohanan berkenaan melibatkan 52 regu lelaki dan 40 regu wanita."Kejohanan ini ada kelainan apabila ia melibatkan semua usia dan jantina."Dan lebih menarik, pertandingan ini juga mendapat kerjasama daripada Pengerusi Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan sukairi Wan Abdullah,” ujarnya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup dan pembahagian hadiah kepada para pemenang di Dewan Badminton Dato’ Sulong,Wakaf Mempelam, baru-baru ini.Mohd Fazil yang juga Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir turut mengharapkan program tersebut dapat mengeratkan lagi hubungan sesama pemain."Saya harap para pemain dapat berkenalan sesama mereka dan dapat bertegur sapa apabila bertemu diluar sana,” ujarnya.
24 Mar 19
346
Mangsa Kebakaran Kampung Duyung Dapat Perhatian PKAPKN
Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 25 Mac- Keperitan mangsa kebakaran di Kampung Duyung, Seberang Takir yang berlaku kira-kira jam 4.30 pagi semalam mendapat simpati dan perhatian Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PKAPKN) yang segera tampil menyerahkan bantuan.Pengawai Khas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Wan Yusrizal Wan Shafi'i telah mewakili Ahli Parlimennya, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menyerahkan bantuan berupa wang tunai kepada mangsa agar dapat meringankan beban yang ditanggung mereka sekeluarga.Anuar Affadi Norwawi, 36, dan isterinya, Zuliati Mohamad, 41, diuji apabila rumah yang disewanya hangus dijilat api dan menyebabkan mereka tujuh sekeluarga tinggal sehelai sepinggan.Menurut Anuar Affadi, dia menyedari kebakaran yang berlaku itu seawal jam 4.14 pagi dan cuba memadamkan kebakaran menggunakan air paip berdekatan tapi tidak berhasil.“Api menjadi bertambah marak dan saya berjaya membawa isteri dan anak bongsu saya untuk keluar daripada rumah sewa saya itu," ujarnya ketika ditemui pemberita selepas kunjungan wakil PKAPKN semalam.Katanya, dia bernasib baik kerana empat orang anaknya berada bersama keluarga di Flat Sri Kolam pada waktu kejadian, tetapi semua barangan milik mereka musnah dan hangus dijilat api.Sementara itu, menurut Pegawai Forensik, Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon 1, Kuala Terengganu, Muhammad Syahir Ab Rahim berkata, pihaknya masih menyiasat punca kebakaran itu.Katanya, kebiasaannya kes-kes kebakaran yang melibatkan rumah-rumah lama antara puncanya disebabkan oleh masalah litar pintas.“Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati sekiranya sesebuah rumah mengalami “black out” yang kerap kerana ia memudahkan terjadinya litar pintas dan mengakibatkan kebakaran,” ujarnya.
24 Mar 19
218
Sambutan Israk Mikraj DUN Air Putih
Oleh : AminjiKEMAMAN, 23 Mac- Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Air Putih & Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Air Putih) berjaya mengadakan Program Kemasyarakatan Sempena Sambutan Israk Mikraj Peringkat DUN Air Putih.Pengarah Program, Dasuki Tahir berkata, objektif utama program itu bertujuan memupuk semangat kemasyarakatan antara penduduk setempat dan memperingati sejarah Israk Mikraj.“Program ini berlangsung selama sehari bermula sejak pagi dengan bergotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Putih, Ziarah Kebajikan, serta Kuliah Maghrib sempena Israk Mikraj.”Progran ini juga turut bersama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab.Razak Ibrahim menziarahi beberapa warga kampung Air Putih yang menghidap pesakit kronik” katanya.Kemuncak program adalah Kuliah Isra’ Mikraj yang disampaikan oleh Penyelaras DUN Kijal, Ustaz Hazri Jusoh.Sementara itu, Ab. Razak yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN Air Putih mengucapkan tahniah kepada seluruh jawatankuasa pelaksana yang menjayakan program itu serta berharap ia mampu mengeratkan ukhwah silaturahim antara warga tua dengan muda.“Selain daripada itu, kita sebagai umat Islam, wajib mengetahui sejarah perjalanan pemimpin kita iaitu Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan pedoman dan taulan kehidupan”katanya.
23 Mar 19
69
Bergotong-Royong Hasil Laksa Kebuk
Oleh: Ahmad FadhilahMARANG, 24 Mac- Pastinya ramai yang tidak mengetahui bagaimana laksa beras atau laksa Terengganu dihasilkan pada zaman dahulu sebelum teknologi moden diwujudkan.Berbanding penghasilannya menggunakan mesin, penduduk Kampung Pak Madah, di sini masih mewarisi kaedah lama menghasilkan produk itu atau turut dikenali laksa kebuk di kalangan masyarakat setempat.Bermula daripada penyediaan bahan mentah, makanan tradisi yang semakin pupus itu dihidupkan semula oleh penduduk kampung itu secara bergotong-royong.Menariknya, mereka menggunakan padi yang ditanam sendiri untuk menghasilkan tepung beras iaitu bahan utama untuk menghasilkan laksa kebuk.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman berkata, warisan ini perlu dijaga dan dikekalkan bukan sahaja hari ini malah di masa akan datang juga.Katanya, kita perlu memberi pendedahan awal kepada generasi muda supaya mereka tahu bagaimana laksa kebuk dihasilkan.“Perkara ini juga penting kerana golongan itu akan menyambung segala warisan yang ditinggalkan oleh orang tua.“Pandangan saya, ianya perlu diketengahkan supaya dapat dikekalkan dan diteruskan bagi menjadikan pembuatan laksa secara tradisional tidak ditinggalkan begitu sahaja kerana ianya mempunyai nilai tersendiri disamping dapat menjadikan suatu tarikan pelancongan yang baru,” katanya.Beliau berkata selepas Majlis Gotong Royong Membuat Laksa Tradisional Terengganu anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pak Madah, di sini, baru-baru ini.Hampir 100 penduduk setempat turun membantu menyempurnakan program kali pertama dianjurkan itu. Sementara itu, Setiausaha MPKK Pak Madah Zulfakar Ali, 45, aktiviti berkenaan perlu diadakan lebih kerap bagi mendedahkan golongan muda mengenai cara tradisional pembuatan laksa."Program ini adalah kali kedua diikuti saya, pertama kali ketika berusia lima tahun, saya dapati ia bukanlah satu kerja yang mudah, sebaliknya memerlukan kerjasama yang cukup erat,”katanya.
23 Mar 19
433
Sepakat Jaga Keselamatan Kampung
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 24 Mac- Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Tanah Rancangan (JKKR) Felda Jerangau telah bekerjasama dengan beberapa agensi untuk mengadakan rondaan malam bagi menjaga keselamatan Kampung.Timbalan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Jerangau Cawangan Satu, Mohd Ridhuan Mohd Yusoff berkata, kawalan keselamatan kampung itu turut melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kelab Rukun Tetangga (KRT) serta Rela."Gerakan Penerokawati Felda (GPW), Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Pertubuhan GENERASI, dan seluruh pihak pengurusan Felda turut bersepakat mengawal dan menjaga keselamatan kampung bagi mencegah perkara mungkar, jenayah dan segala perkara yang tidak diingini terjadi."Kita tegah orang buat maksiat dan jenayah bukan di atas rasa benci, matlamatnya menjauhkan pelaku jenayah dan maksiat dari api neraka."Seterusnya bagi menjaga penduduk ataupun komuniti supaya berada didalam keadaan selamat, tanpa adanya perasaan bimbang terhadap perkara yang tidak diingini," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media semasa sesi taklimat yang diadakan di Dewan Sivik Felda Jerangau, semalam.Katanya, hasil permuafakatan tersebut diharap dapat mengurangkan indeks jenayah di Felda Jerangau serta dapat membendung operasi kecurian dan aktiviti mengedar serta penyalahgunaan dadah.Sementara itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, keselamatan penduduk merupakan aspek yang paling penting untuk dijaga." Semua orang nak selamat, jadi mengaktifkan rondaan malam ini amat perlu kerana dengan adanya petugas yang menjaga keselamatan kampung ini menjadikan orang kampung berasa selamat. “Kita perlu merasakan bahawa tanggungjawab ini besar dan InsyaAllah mendatangkan pahala yang buat para petugas," ujarnya.
23 Mar 19
105
RM12 Ribu Angpau Untuk Tionghua Kuala Nerus
Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 22 Mac – Sejumlah RM12,000 diperuntukkan sebagai angpau sempena Majlis Meraikan Warga Tionghua Peringkat Parlimen Kuala Nerus, semalam.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, setiap kaum Tionghua yang hadir ke majlis itu menerima RM100 seorang."Peruntukan itu sebagai tambahan daripada RM50 seorang yang diperuntukkan menerusi kerajaan negeri Terengganu," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis di Dewan Ehsan, Felda Wilayah Timur, Tepoh, di sini.Turut hadir, Pegawai Menteri Besar Terengganu Bahagian Perhubungan Antara Kaum, Dr Balachandran Gopal Krishnan, Penolong Kanan Pegawai Daerah, Fairul Hisham Mat dan pegawai-pegawai Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) dari Kuala Nerus.Hampir 150 orang tetamu di kalangan warga Cina dari Kuala Nerus hadir.Dr. Khairuddin berkata, program itu diadakan bertujuan merapatkan hubungan antara masyarakat Cina dengan pimpinan masyarakat di daerah itu.Beliau juga berharap agar rakyat negeri Terengganu terus hidup aman dan damai walaupun berbilang kaum serta agama, selain saling hormat menghormati demi mencapai moto kerajaan negeri, 'Terengganu Maju, Berkat, dan Sejahtera'.
23 Mar 19
37
Sembilan Sekeluarga Tinggal Sehelai Sepinggang
Rumah musnah dijilat api.Oleh: Khairan Mat JusohMARANG, 22 Mac - Suasana tenang sewaktu orang ramai sedang nyenyak tidur bertukar cemas akibat kebakaran membabitkan sebuah rumah yang berlaku di Kampung Tok Fakir, Merchang.Pegawai Kebajikan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Tajudin Ibrahim berkata, kejadian yang berlaku pada 3.30 pagi tadi mengakibatkan mangsa kebakaran tinggal sehelai sepinggang apabila semuanya musnah dijilat api.Beliau yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong, memaklumkan bahawa kebajikan keluarga terbabit akan diberikan perhatian sepenuhnya."Kita bersimpati dengan apa yang telah terjadi ke atas keluarga mangsa."Di peringkat kawasan ini, kita akan berbincang dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengenai kaedah atau pilihan yang boleh diberikan oleh kerajaan untuk membantu keluarga ini yang telah kehilangan tempat kediaman mereka," jelasnya.Sumbangan daripada wakil ADUN Pengkalan Berangan.Beliau berkata demikian selepas menziarahi serta menghulurkan sumbangan kepada keluarga terbabit, di sini, hari ini.Hadir sama ialah pegawai-pegawai Pusat Khidmat ADUN Pengkalan Berangan serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Marang.Sementara itu, menurut mangsa kebakaran, Wan Mohd Rodin Wan Yaacob, 51, mereka sekeluarga redha dengan kejadian itu dan bersyukur kerana tiada ahli keluarga yang terkorban.Jelasnya, tragedi itu juga menyebabkan mereka terpaksa mencari tempat berteduh yang baharu.Wan Mohd Rodin (kiri)."Alhamdulillah, walaupun sedih, namun tiada yang terkorban."Namun buat masa sekarang kami terpaksa tumpang berteduh di rumah saudara-mara," ujarnya.Punca kebakaran masih disiasat oleh pihak berkuasa.
22 Mar 19
98