lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Wanita Diabaikan Suami Perlu Dekatkan Diri KepadaNya
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 31 Mac- Golongan wanita yang diabaikan suami dan terpaksa mengurus keluarga bersendirian ditambah pula menghidap penyakit kronik dinasihatkan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah.Ahli Jawatankuasa Khairunnisa’, Rugayah Mahmood berkata, Allah sedia mendengar rintihan hambaNya terutama di satu pertiga malam dan akan membantu dengan memberi kekuatan hati dan perasaan. Rugayah berkata, beliau turut bersimpati dengan nasib golongan ini dimana bilangan wanita diabaikan suami semakin bertambah setiap hari."Kita memang tidak boleh hendak mengadu kepada suami walaupun mereka sepatutnya tempat bergantung hidup kerana mereka ini sudah lupa tanggungjawab dan kebanyakkannya panas baran dan tidak boleh ditegur."Mengadulah kepada Allah, banyakkan berdoa, tunaikan mengikut waktunya dan jangan sesekali tinggalkan solat,” ujarnya.Rugayah yang juga Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata demikian kepada pemberita selepas menemani suaminya menziarahi penduduk di Kampung Serdang, baru-baru ini.Katanya, beliau kesal dengan sikap para suami yang tidak bertanggungjawab yang menyebabkan isteri dan anak-anak menjadi mangsa. "Isteri yang sakit pula terpaksa memikul tanggungjawab menyara keluarga, beratnya bebanan yang ditanggung golongan wanita ini sedangkan itu adalah tugas seorang lelaki bergelar suami," ujarnya.Dalam program rutin ziarah ADUN Rantau Abang itu,sebanyak empat buah rumah telah dipilih untuk dikunjungi, di samping turut menyampai sumbangan barangan dapur dan sedikit wang sebagai meringankan beban keluarga memerlukan.
30 Mar 19
29
Empty Image
Maahad Tahfiz Asy-Syatibi Terbangun Hasil Sumbangan Orang Ramai
Abdul Hadi Awang (kanan) menyerahkan sumbangan beliau kepada Maahad Tahfiz Asy-Syatibi.MARANG, 29 Mac - Pelbagai sumbangan diperuntukkan oleh orang ramai yang prihatin untuk tujuan pembangunan dan aktiviti kemasyarakatan Maahad Tahfiz Asy-Syatibi.Ahli Parlimen Marang, Abdul Hadi Awang berkata, maahad itu yang dibina dengan kos RM1.63 juta merupakan antara institusi yang bakal memahamkan orang ramai tentang konsep Islam sebenar.Jelasnya, ada sekumpulan generasi dan masyarakat hari ini memahami Islam dengan fahaman songsang yang jauh dari konsep asal dalam al-Quran. Berucap merasmikan bangunan maahad tahfiz.“Kerja kita adalah untuk ajak manusia balik kembali pada Islam, maka kita buka sekolah seperti ini (maahad tahfiz), untuk anak didik kita dekat dengan al-Quran, hafal dan beramal dengannya,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Bangunan Maahad Tahfiz Asy-Syatibi di Kampung Alor Lit, Bukit Payung, di sini semalam.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali, wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, Mat Ghani Jusoh serta Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Maahad Tahfiz Asy-Syatibi, Mohd Nasir Ismail.Beliau turut berkata, penganut Islam yang sudah mula memahami agama dengan betul kini mula menjadi serangan musuh.Justeru, orang Islam seharusnya meneruskan kebangkitan itu dan tidak terpengaruh atau takut dengan ancaman pembenci Islam.“Sekarang ini, musuh-musuh Islam berada dalam keadaan yang gelabah, huru-hara, takut orang Islam balik kepada Islam.“Berlaku pembunuhan orang Islam di sana sini, takutnya mereka kepada kebangkitan Islam,” tambah beliau..
30 Mar 19
1163
Empty Image
PKAPKN Aktif Santuni Masyarakat
Aktiviti 'turun padang' memberikan gambaran jelas keadaan masyarakat setempat. Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 30 Mac - Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PKAPKN) menyantuni masyarakat dengan melaksanakan pelbagai kaedah untuk membantu dan menyelesaikan masalah rakyat setempat di parlimen berkenaan.Antaranya, PKAPKN bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal turut menziarahi dua keluarga yang diuji kesakitan di Kampung Gong Kijang, di sini baru-baru ini.Senik Chik, 84, hanya terlantar di atas katil dan tidak mampu menguruskan diri akibat sakit tua. Keadaannya sudah berlarutan hampir enam tahun dan hanya mengharapkan bantuan daripada ahli keluarga terdekat untuk bergerak.Senik menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan.Manakala, Nasir Rohani, 43, diuji dengan penyakit strok sejak setahun yang lalu.Penyakit yang dialaminya menyebabkan dia tidak dapat berjalan seperti manusia normal dan memerlukan bantuan daripada sanak saudara untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seharian.Pengawai Khas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Wan Yusrizal Wan Shafi'i memaklumkan, kunjungan tersebut merupakan rutin yang dilakukan untuk melihat keadaan masyarakat di kawasan tersebut.“Rutin ini memudahkan bantuan disalurkan,” katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di lokasi kunjungan.Turut hadir, pegawai-pegawai Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal dan ahli-ahli jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Gong Kijang.Melalui program ziarah yang bermula pada jam 9.15 pagi itu, PKAPKN turut mengumpulkan maklumat dan menyampaikan perkembangan berkaitan bantuan dan dana-dana yang diumumkan kerajaan negeri untuk membantu masyarakat di samping mengeratkan hubungan silaturrahim dengan masyarakat.
30 Mar 19
46
Empty Image
Kerjasama Masyarakat Bantu Realisasikan MBS
Oleh : Hailmey MansorKUALA NERUS, 29 Mac- Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong perlu diadakan secara berterusan kerana ia boleh menjadi platform terbaik mengeratkan kerjasama serta membudayakan penjagaan kebersihan bagi merealisasikan 'Maju, Berkat dan Sejahtera' di Terengganu.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab berkata, melalui kerjasama ini, ia dapat menjayakan program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan dalam apa jua bentuk perlaksanaan."Saya harap penduduk sekitar turun untuk menjayakan sesuatu program yang dianjurkan terutamanya program gotong-royong,hari keluarga dan sebagainya."Kita tidak mahu program yang  dianjurkan nanti orang kata 'syok sendiri' apabila tiada sambutan daripada masyarakat setempat,"ujarnya ketika berucap di  program 'Langkah Sihat Bersama Komuniti Kampung Batin', di perkarangan Masjid Kampung Batin, di sini, hari ini.Turut hadir, Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir, Zakaria Dagang dan timbalan beliau,Roslan Abdullah serta hampir  200 orang penduduk kampung berkenaan.Beliau juga berkata,program seperti ini kebiasaannya kurang mendapat kerjasama daripada penduduk setempat."Alhamdulillah,setakat yang saya lihat pagi ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk sekitar,"kata Fazil lagi.Program Langkah Sihat ini dianjurkan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Batin dengan kerjasama Pejabat Khidmat DUN Seberang Takir.Turut diadakan acara cabutan bertuah dengan tawaran 40 hadiah termasuk hadiah utama sebuah basikal.
29 Mar 19
174
Empty Image
Belia Sambut Baik Hasrat Wan Sukairi
Oleh : Dzakaria Mohd SallehSETIU, 27 Mac -  Kebanyakan belia termasuk yang tinggal di kawasan pedalaman menyambut baik hasrat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah untuk menemui golongan itu.Bagi Mohd Amri Mat Adek, 26, dari Pulau Redang kesediaan YB (Yang Berhormat) untuk turun padang tepat sekali sebagai manfaat bagi kedua-dua pihak."InsyaAllah bagi warga belia Pulau Redang kami yakin manfaat bersama akan diperolehi terutama dalam bidang pelancongan yang melibatkan belia khususnya," katanya sebagai mengulas perancangan Wan Sukairi untuk turun ke lapangan bagi menemui belia seperti dilaporkan portal Teganukita.net sebelum ini.Menurutnya lagi, kesediaan Exco untuk bersemuka dan memberi peluang kepada mereka untuk menyuarakan idea secara terus amat dihargai dan bakal menjalin hubungan mesra  dengan rakyat.Sementara itu, Rosli Abd Ghani, 37, dari Kampung Lingai, Batu Rakit turut berpandangan sama dengan menyifatkan hasrat Exco itu merupakan jalan terbaik bagi mengenal pasti dan menyelesaikan masalah belia."Ini baru yang dinamakan wakil rakyat belia. Rakyat pun boleh tahu secara langsung apa hasrat dan kekangan yang dihadapi oleh kerajaan dalam segala hal," ujarnya.Pada 26 Mac lalu, Wan Sukairi ketika berucap di Perasmian Penutup Jelajah Belia Terengganu Sejahtera Peringkat Daerah Dungun berkata hasrat untuk bertemu belia itu adalah untuk memberi ruang kepada golongan tersebut menyampaikan hasrat mereka melalui saluran yang tepat di samping dapat mengetahui peranan kerajaan pada belia.
29 Mar 19
45
Empty Image
Fokus Isu Wanita Jadi Agenda Utama - Zuraida
KUALA TERENGGANU, 28 Mac - Kerajaan negeri akan memberi penekanan kepada empat permasalahan utama yang melibatkan kaum wanita di Terengganu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md. Noor berkata, pihaknya memfokuskan empat masalah utama itu dengan memastikan hak-hak mereka ditunaikan dan bukannya mengeksploitasi golongan ini untuk keseronokan dan keuntungan.Katanya, salah satu permasalahan melibatkan diskriminasi wanita dalam pekerjaan sedang ditangani dengan Terengganu menjadi contoh dari sudut mengiktiraf bakat dan kemampuan wanita dalam kemajuan negeri.“Selain itu, kerajaan negeri berusaha mendidik pemuda dengan akhlak agama supaya menjadi golongan yang kuat (qawiy) dan amanah (amin) sehingga golongan wanita merasa selamat dan tenteram serta memastikan masalah keganasan terhadap wanita dapat diatasi.“Pengabaian tanggungjawab terhadap wanita juga akan diambil serius terutama dalam isu nafkah ke atas mereka kerana apabila dibebani dengan tanggungjawab yang melebihi kemampuannya, kita khuatir situasi ini akan membawa kerosakan institusi kelurga dan moral.Oleh sebab itu, pihak kerajaan negeri juga akan memandang serius tentang perkara ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Hi Tea  Noor Arfa Batik Bersama Wanita Terengganu 2019 di Bilik Seminar Noor Arfa Craft Complek (NACC) di Chendering, baru-baru ini.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Noor Arfa Holding Sdn Bhd, Noor Hijerah Hanafiah dan wakil-wakil wanita dari pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Dalam majlis tersebut, Zuraida turut diumumkan sebagai Ikon Wanita Noor Arfa Batik 2019.Menurut Zuraida lagi, selain itu, pendidikan masa depan wanita juga menjadi agenda perjuangan kerajaan dalam membangunkan negeri.“Tidak wajar jika ada rakyat yang tidak mendapat pendidikan atas faktor kesusahan. Kita harus sedaya upaya untuk pastikan setiap rakyat yang mahukan ilmu mendapat peluang pendidikan,” katanya.Tambahnya, perkara tersebut merupakan antara intipati yang akan dibangkitkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri yang akan berlangsung 1 April ini.
28 Mar 19
32
Empty Image
Terengganu Perjuang Hak Palestin
Ketua Kesatuan Ulama Luar Palestin, Dr Nawaf Takruri.KUALA TERENGGANU, 27 Mac - Kerajaan Terengganu mendokong usaha semua pihak dalam membangkitkan kesedaran dunia mengenai kebebasan dan hak rakyat Palestin.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, kekejaman dilakukan rejim Zionis Israel melanggar undang-undang antarabangsa, selain tindakan mereka merampas kapal membawa bantuan ubatan dan makanan.“Dunia terutamanya Amerika Syarikat mengiktiraf Israel dan terus menekan rakyat Palestin apabila mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Perpaduan Ummah & Isu Palestin di perkarangan Masjid Jamek Pengadang Baru, Kuala Terengganu, di sini semalam.Turut serta ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Khairuddin Aman Razali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, mantan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Jordan, Sheikh Dr Hammam Said dan Ketua Kesatuan Ulama Luar Palestin, Dr Nawaf Takruri.Dalam pada itu, menurutnya, kemarahan dan kekecewaan rakyat Palestin mendorong mereka untuk bertindak, namun tindakan itu terus dilabel sebagai keganasan.“Negara yang melancarkan roket dan bom sehingga membunuh ratusan jiwa yang tidak bersalah, tindakan yang cuba menakutkan masyarakat ini juga tindakan keganasan,” ujarnya.Justeru, orang ramai yang ingin menderma boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Maybank Dana Taawun DPPNT, 563064113873.Terdahulu, enam tercedera selepas sebuah pelancar roket jarak jauh yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza terkena sebuah kediaman di tengah Israel, kejadian pertama seumpamanya sejak perang Palestin 2014, kata pihak berkuasa Israel.Serangan awal pagi baru-baru ini ke atas Mishmeret, sebuah bandar pertanian di utara Tel Aviv, berlaku ketika pergolakan memuncak menjelang ulang tahun protes di sempadan Gaza dan kunjungan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu ke Washington, sebahagian daripada kempen penggal kelima beliau menjelang pilihan raya 9 April ini.Kali terakhir bandar komersial dan komuniti Israel diserang adalah ketika perang 2014 menentang pejuang Islam Hamas.Serangan berlaku beberapa minit selepas tentera Israel menghidupkan siren pencerobohan udara di kawasan terbabit dan berkata sebuah roket dilancar dari Semenanjung Gaza, 80 kilometer dari kubu kuat Hamas.
27 Mar 19
223
Empty Image
Terpaksalah Keluar Pekan Tadah Bekalan Air
Oleh: Khairan Mat JusohMARANG, 27 Mac - Sebuah keluarga di Tambak Baru, Wakaf Tapai di sini, terpaksa keluar ke pekan untuk menadah bekalan air akibat mengalami masalah kerosakan enjin air telaga di rumah mereka.Perkara itu menyebabkan Mohamed Tambi, 76, yang tinggal bersama anak menantu serta cucu-cucunya sukar untuk melakukan aktiviti-aktiviti seharian.Lebih memilukan apabila didapati dinding kediaman mereka turut berlubang, kelengkapan rumah tidak mencukupi dan ditambah lagi dengan keadaan tuan rumah yang terlantar keuzuran kerana mengalami masalah usus.Sehubungan itu, Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan yang mendapat maklumat daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tambak Baru segera mengambil tindakan dengan membeli dan menyerahkan enjin air baharu serta sedikit sumbangan kepada keluarga tersebut.Dalam tumpuan sama, ADUN Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong berkata, pemasangan dilakukan secara gotong-royong oleh MPKK."Alhamdulillah, masalah ini dapat diselesaikan dengan kadar waktu yang sangat cepat."Sebagai kerajaan, kita telah pun mengambil tindakan untuk membantu keluarga tersebut bagi menyelesaikan masalah kediaman mereka," katanya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita baru-baru ini (22 Mac), mengulas tentang hal itu."Insya-Allah, semoga rakyat kita yang kesusahan dipermudahkan Allah," tambahnya.
26 Mar 19
104
Empty Image
Anak Besut Wakili Malaysia Dalam E-Sport
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 27 Mac- Anak kelahiran Besut, Ikhmal Razali akan mewakili Malaysia dalam pertandingan E-Sport yang akan diadakan selama dua hari bermula 29 Mac ini di Quill City Mall, Kuala Lumpur.Ikhmal yang bermain Permainan Pro Evolution Soccer (PES) sebelum ini telah banyak menyertai pertandingan E-Sport termasuk kejohanan di peringkat Negeri Pahang dan Terengganu yang mana dirinya telah mendapat naib johan dalam pertandingan tersebut.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azbi Salleh melahirkan rasa bangga dengan kejayaan yang diperolehi Ikhmal sehingga dapat mewakili Malaysia ke peringkat Asia."Saya akan memberi sokongan penuh kepada aktiviti yang melibatkan orang muda selagi mana ia tidak membawa mudarat."Saya berharap Ikhmal dapat memenangi kejohanan yang disertainya sekaligus dapat mengharum nama Negeri Terengganu di persada antarabangsa,” ujarnya kepada pemberita selepas mengunjungi Ikmal dan keluarganya di Kampung Teluk Bayu, di sini, semalam.Turut serta, Pembantu Hal Ehwal Belia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Kuala Besut, Hafiz Yusoff.
26 Mar 19
27
Empty Image
Sumbangan, Pengorbanan Polis Dipandang Tinggi
Oleh :Nooreni Abu BakarDUNGUN, 26 Mac -  Sumbangan dan pengorbanan anggota polis di seluruh negara kepada masyarakat sangat dipandang tinggi. Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, peranan penting itu sinonim dengan tema 'Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada' yang sentiasa memastikan kesejahteraan dan keamanan komuniti dan persekitaran terjaga. "Masyarakat mengharapkan pihak polis untuk menjaga ketenteraman dan keselamatan mereka. "Di pihak polis pula memerlukan kerjasama, kepercayaan dan sokongan  masyarakat untuk bersama-sama memelihara ketenteraman dan keselamatan negara," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui wakil UPDI sejurus selesai menyampaikan kek sempena Sambutan Hari Polis ke-212 di dua tempat berasigan iaitu di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun dan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Rantau Abang, di sini, semalam.Kunjungan beliau ke IPD Dungun, disambut oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Dungun, Deputi Superintendan Mohd Zohan Seman, manakala di PULAPOL pula, Komandan, Superintendan Mohd Zaini Mat Yusof.Alias berkata, jelas sekali polis dan masyarakat tidak akan terpisah dan saling memerlukan dalam usaha memastikn keberkesanan pelaksanaan perundangan negaraJusteru itu, tambahnya, sebagai  menghargai dan meraikan Hari Polis yang disambut pada 25 Mac setiap tahun beliau yang mewakili masyarakat di DUN tersebut menyampaikan tanda terima kasih atas usaha murni pasukan keselamatan itu.
26 Mar 19
474