lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Murid Tahun 4 Lemas Di Sungai Manir Akhirnya Ditemui
Oleh: Ahmad MawardiKUALA TERENGGANU, 8 April - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dikhuatiri lemas di Sungai Manir berhampiran jeti Teluk Menara, Manir, di sini berakhir semalam.Mayat Ahmad Aqil Fadlullah Ahmad Ruhaimi, 10 tahun, ditemui terapung kira-kira 10.30 malam Ahad.Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Mohd Mazimi Mohamad berkata, mangsa ditemui sekitar jarak 10 meter dari lokasi dilaporkan hilang."Menerusi pencarian pada sebelah malam, kita telah melakukan pencarian di permukaan merangkumi jarak lebih dua kilometer sebelum mengesan mayat mangsa yang terapung berhampiran jeti," katanya.Pihak yang terlibat dalam membantu operasi ini ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Jabatan Amal Malaysia (JAM) dan penduduk kampung.Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ustaz Maliaman Kassim mengadakan lawatan untuk meninjau tempat kejadian serta bertemu bapa mangsa.Turut hadir, Pegawai Khas ADUN Manir, Ustaz Suqiman Tahar.
07 Apr 19
388
Empty Image
Bantuan Bulanan Untuk Anak Yatim DUN Sura Terengganu Diperkenal
Wan Hapandi memberikan sumbangan kepada anak-anak yatim.Oleh: Mohd AsrafDUNGUN, 7 April - Bantuan bulanan untuk anak-anak yatim di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura telah diperkenalkan bagi membantu meringankan beban mereka.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Wan Hapandi Wan Nik berkata, usaha kecil itu diharap dapat memberi keceriaan kepada anak yatim dan penjaga agar mereka dapat menjalankan aktiviti harian dengan lebih lancar.Jelasnya, sumbangan tersebut turut dapat membantu golongan tersebut setelah kehilangan orang tersayang dalam hidup yang menjadi punca rezeki mereka.“Sumbangan yang kita laksanakan ini diharap dapat meringankan beban anak yatim dan penjaga.“Kita tahu bahawa anak anak yatim ini amat memerlukan bantuan kerana ada yang tiada ayah, ada yang tiada kedua duanya, maka dengan bantuan ini insyaAllah sedikit sebanyak dapat membantu,” kata beliau. Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Penyampaian Bantuan tersebut di Dewan Utama Majlis Perbandaran Dungun (MPD), semalam.Menurut beliau yang juga ADUN Sura, majlis penyampaian bantuan itu merupakan antara satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang disediakan pihaknya.Tambah Wan Hapandi, dalam perbincangan dan mesyuarat yang diadakan sebelum ini, pihaknya juga bersetuju untuk memberikan bantuan itu secara bulanan. “Seperti bantuan bulanan Al Mustadh’afin (golongan asnaf), kita juga bersetuju untuk menjadikan bantuan ini sebagai rutin namun untuk permulaan.“Kita laksanakan dua bulan sekali dahulu dan jika kewangan mencukupi di masa akan datang, kita akan laksanakan sebulan sekali pula,” maklum beliau. Seramai 247 orang anak yatim bersama penjaga diraikan dalam majlis penyampaian bantuan yang bermula pada 8.30 pagi itu.
07 Apr 19
358
Empty Image
Warga Cina Dapat Perhatian Ahli Parlimen Kuala Nerus
Menghulurkan bantuan kepada keluarga Chua Tee Lan.Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 7 April - Seorang warga Tionghua, Chua Tee Lan, merupakan seorang pesakit yang menghidap penyakit strok telah mendapat perhatian Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.Khairuddin berkata, keperitan yang dialami oleh warga Tionghua itu akan dipantau daripada semasa ke semasa.Jelasnya, pihaknya juga telah melakukan beberapa tindakan awal terhadap keluarga berkenaan termasuk menghulurkan sedikit bantuan.“Seorang warga Tionghua, Chua Tee Lan, 69 tahun, telah mengidap penyakit stroke sebanyak dua kali dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana menjalani pembedahan pada 25 Februari 2019.“Saya telah memaklumkan kepada Timbalan Ketua Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PKAPKN), Hafeez Sahidi untuk meninjau keadaan yang dialami oleh Chua Tee Lan di Perumahan Taman Sejati, Gong Badak,” katanya.Beliau berkata demikian selepas menerima aduan daripada orang ramai berkenaan kesusahan yang dialami oleh warga Tionghua itu, baru-baru ini.Turut hadir, pegawai Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh dan pegawai PKAPKN.Sementara itu, menurut Hafeez Sahidi, kesukaran yang dihadapi itu membantutkan segala aktiviti keluarga terbabit.“Keadaan warga Tionghua berkenaan sangat merisaukan kerana selalu terpaksa dikejarkan ke hospital bagi mendapat rawatan,”tambahnya.Ziarah bermula pada pukul 11.00 hingga 11.30 pagi dan pihak PKAPKN telah menyampaikan sumbangan berupa wang tunai bagi meringankan beban yang ditanggung oleh Chua Tee Lan sekeluarga.
06 Apr 19
125
Empty Image
Pertandingan Dam Haji `Kedai Mek Nab' Meriah
Oleh: Syed KamalKUALA TERENGGANU, 5 April- Permainan tradsional dam aji berupaya memupuk ketajaman akal dan meningkatkan daya fokus diminati seluruh lapisan usia dan masih popular di kalangan masyarakat kampung sehingga kini.Bagi terus menghidupkan permainan nenek moyang itu, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pasir Panjang menganjurkan Pertandingan Dam Aji di `Kedai Mek Nab', Jalan Pasir Panjang, baru-baru ini.Pengerusi MPKK Pasir Panjang, Mohd Zakaria Abdul Rahman berkata, pertandingan itu mendapat sambutan hangat sehinggakan tapak pertandingan dipenuhi orang ramai tanpa mengira lapisan usia selama dua hari pertandingan.Menurutnya, melihat permainan itu masih diminati ramai menyebabkan beliau tercetus idea menganjurkan pertandingan yang bertujuan meneruskan tradisi lama itu di samping dapat mengeratkan hubungan antara sesama penduduk kampung.“Alhamdulillah, pertandingan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan di luar jangkaan kami, saya lihat bukan sekadar‘orang lama’, malahan orang muda dan kanak-kanak juga menunjukkan minat menyertai pertandingan ini.“Tujuan asal pertandingan ini diadakan untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim antara penduduk kampung di samping dapat menghidupkan suasana meriah di kampung,” katanya.Beliau berkata demikian ketika perasmian penutup yang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim.
06 Apr 19
1253
Empty Image
Rumah Rimbunan Kasih Diserah Secara Sewa Beli
Oleh :Nooreni Abu BakarDUNGUN, 5 April - Pengumuman kerajaan negeri yang akan menyerahkan perumahan di Rimbunan Kaseh Rantau Abang kepada penghuninya secara sewa beli merupakan berita gembira dan amat dinanti-nantikan penduduk. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun turut melahirkan rasa syukur dan berterima kasih dengan pengumuman oleh Pengerusi Jawatankuasa Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim  pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Wisma Darul Iman, baru-baru ini."Cadangan sewa beli ini adalah langkah terbaik dan pihak kerajaan tidak akan terlibat. "Maknanya, apa-apa kerosakan bukan di bawah tanggungjawab kerajaan, jadi dengan konsep sewa beli maknanya ianya terpulang kepada pemilik-pemilik rumah berkenaan," ujarnya.Beliau bercakap demikian sebagai mengulas pengumuman itu ketika dihubungi wakil media Urusetia Penerangan Darul Iman, baru-baru ini.Alias yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN berkenaan berkata, pada masa kini penduduk yang terlibat dengan projek pertanian yang dihentikan sepenuhnya pada Julai 2017 itu, boleh menarik nafas lega berikutan pelbagai desas desus yang tidak menggembirakan diterima mereka sebelum. "Cuma, peserta untuk 26 Green House dan 400 tangki itu hanya boleh menggunakan 10 orang peserta sahaja, jadi sekarang tidak ada peserta lagi. Terpulang kepada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang mengambil alih projek tersebut sama ada hendak tentukan sendiri peserta atau mengambil  sebahagian daripada peserta lama. " Jadi dia mengambil kira latar belakang yang boleh memberi manfaat kepada projek pertanian di Rimbunan Kaseh ini. Jadi, yang lain itu  duduk di rumah itu dan dia bekerja di luar, " jelasnya. Sehubungan dengan itu, seorang penduduk Projek Rimbunan Kaseh, Zarinah Mohamad berterima kasih kepada Kerajaan Terengganu dan ADUN Rantau Abang yang sentiasa berusaha serta prihatin dengan kehendak rakyat. "Semasa mula-mula terpilih dulu, kita tidak kisah sangat pasal pekerjaan di sini yang kita utamakan rumah, kita nak rumah," katanya yang turut teruja dengan berita gembira itu. Menurutnya, sebelum ini mereka bimbang akan dihalau daripada penempatan itu memandangkan projek tersebut telah diberhentikan. " Dengan berita tersebut, bermakna kami berpeluang memiliki rumah sendiri rumah untuk berteduh, tidak perlu lagi risau soal rumah dan tidak kisahpun terpaksa bekerja di tempat lain," katanya yang kini membuka nurseri di jalan besar Rantau Abang. Dalam laporan terdahulu, kerajaan negeri akan memajukan kembali aktiviti ekonomi berasaskan pertanian di tapak Rimbunan Kaseh, Rantau Abang dalam masa terdekat selepas dihentikan pada April 2017.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, Kerajaan Terengganu bersama IRIS Corporation Berhad (IRIS) selaku badan pelaksana asal kini dalam proses memulihkan kembali aset yang rosak.Jelasnya, pihak kerajaan juga telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi merancang strategi baharu yang lebih berkesan untuk membangunkan tapak itu di samping menyelesaikan segala masalah yang berbangkit.
06 Apr 19
2188
Empty Image
55 Sukarelawan UniSZA Bantu Penduduk Bersihkan Tanah Perkuburan
Oleh: Muhammad Syafiq Syakirin MARANG, 7 April- Seramai 55 orang sukarelawan Komandor Kor Kesatria Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyertai Program Gotong-Royong Perdana bagi membersihkan kawasan kubur Tok Nahu Kampung Batu 10, Bukit Payung.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan, Mohd Nor Hamzah  berkata, selain dapat memelihara kebersihan kawasan perkuburan, menerusi aktiviti gotong-royong tersebut juga ianya dapat mengeratkan silaturahim antara pelajar dan komuniti setempat."Tahniah diucapkan kepada semua 55 orang Komandor Kor Kesatria (UniSZA) kerana dapat menghadirkan diri bagi sama-sama membersihkan kawasan perkuburan ini yang secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara pihak UniSZA dan juga masyarakat disini."Gotong-royong amat bagus jika dijalankan kerana dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita, di samping dapat membersihkan kawasan perkuburan ini dan tidaklah asyik duduk di rumah,” ujarnya.Beliau berkata sedemikian ketika merasmikan Program Gotong Royong Perdana bagi membersihkan kawasan kubur Tok Nahu Kampung Batu 10, Bukit Payung, baru-baru ini..
06 Apr 19
986
Empty Image
Ahli Jawatankuasa Digesa Anjur Program Imarahkan Masjid
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 7 April- Ahli jawatankuasa masjid digesa menganjurkan program yang mengerakkan ahli kariah untuk bersama-sama mengimarahkan rumah Allah.Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Kamaruzzaman Abdullah berkata, usaha itu hendaklah dilakukan bersungguh-sungguh supaya dapat menarik orang ramai menghadiri majlis-majlis ilmu dan keagamaan yang diadakan."Zaman sekarang nak tarik budak muda, orang tua banyakkan buat diskusi mahupun tazkirah." Selepas itu, adakan majlis makan-makan selepas kuliah biar ianya jadi tabiat. Nak ambil mana duit. MasyaAllah, tak payah fikir, buat saja," ujarnya.Beliau yang berkata demikian ketika menyampaikan kuliah maghrib di Masjid Lama Kampung Sura sempena Karnival 60 Tahun PAS Kawasan Dungun, 100 Tahun Masjid Lama Kampung Sura dan Kembara Israk Mikraj, baru-baru ini.Kamaruzzaman berkata, Nabi Muhammad S.A.W boleh menarik masyarakat supaya duduk di rumah Allah dengan meraikan sahabat-sahabat sehingga mereka merasakan kebersamaan dengan masjid. “Imarahkan rumah Allah dengan benda-benda yang lebih mesra dengan orang ramai supaya mudah-mudahan masjid merupakan tempat bernaung bagi umat Islam," ujarnya.
06 Apr 19
56
Empty Image
Hakisan Tebing Sungai Tanjung Sabtu Akan Ditangani Segera
Dr Khairuddin memantau tebing yang terhakis.Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 1 April - Hakisan yang berlaku sepanjang 2.5km di tebing sungai Kampung Tanjung Sabtu akan ditangani secepat mungkin.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, kawasan berkenaan boleh mendatangkan bahaya kepada penduduk jika tidak dipantau dengan segera.Jelasnya, kebimbangan penduduk itu akan diselesaikan secepat mungkin dengan kerjasama beberapa pihak berkuasa.  “Hakisan ini telah meresahkan dan membimbangkan penduduk terutama penduduk yang tinggal berdekatan dengan sungai.“Pihak Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PKAPKN) akan mengambil tindakan segera dan akan mengambil pandangan daripada pihak berwajib seperti Pihak Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading serta Jabatan Penyelenggaraan dan Saliran (JPS),” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika memantau kawasan sungai yang dilanda hakisan itu di Kampung Tanjung Sabtu, Buluh Gading kelmarin.Sementara itu, menurut Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Buluh Gading, Md Fauzi Mustaffa yang turut hadir berkata, hakisan berkenaan turut mendatangkan kerugian kepada masyarakat sekitar.Jelasnya, tindakan yang berkesan perlu diambil segera bagi mengelakkan tragedi yang sama berulang.“Penduduk-penduduk Kampung Tanjung Sabtu yang membina rumah di sepanjang sungai mengalami kerugian yang besar kerana tanah-tanah mereka hilang dibawa air pada setiap kali berlaku banjir.“Ada di kalangan mereka yang hanya mempunyai geran tetapi sudah tidak ada tanah akibat hakisan dan yang amat membimbangkan kami jika tiada tindakan yang diambil oleh pihak berwajib”“Kampung Tanjung Sabtu mesti diselamatkan daripada hakisan yang sentiasa berlaku setiap tahun,” tambah beliau.
01 Apr 19
556
Empty Image
Permai Hotel Serah Pampasan RM42 Ribu Kepada Keluarga Arwah
Hishamuddin menyerahkan cek pampasan bernilai RM42,000 kepada ibu bapa arwah Mohd HizwanKUALA TERENGGANU, 31 Mac - "Kami akan gunakan wang pampasan ini dengan menunaikan impian arwah yang ingin melihat rumah kami dibaik pulih dan tidak kesampaian semasa hayatnya," kata Harun Ngah, 61, bapa kepada arwah Mohd Hizwan Harun, 29.Allahyarham Mohd Hizwan, kakitangan Permai Hotel, maut dalam kemalangan pada Disember tahun lepas ketika pulang dari kerja."Pampasan RM42,000 yang diserahkan oleh pihak hotel akan kami gunakan sebaiknya termasuk menunaikan hasrat arwah untuk baiki rumah dan sediakan garaj kenderaan, sekurang-kurangnya rumah itu akan jadi kenangan kepada keluarga kami seumur hidup."Keprihatinan Permai Hotel menawarkan kerja sebagai pembantu chef kepada adik arwah, Mohd Azrin Aidil Harun, 21, untuk mengganti jawatan yang pernah disandang arwah membuatkan kami sekeluarga lebih terharu,"ujarnya.Harun berkata demikian ketika ditemui pada majlis Penyerahan Cek Pampasan Perlindungan Insurans Berkelompok dan Kemalangan Diri di Hotel Permai yang disampaikan oleh pengerusinya, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, di sini hari ini.Sementara itu, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, berkata pampasan itu adalah wajar bagi memastikan setiap kakitangan yang bekerja di hotel berkenaan selesa dan merasa selamat sepanjang mereka berkhidmat."Skim perlindungan insurans berkelompok dan kemalangan ini telah dicarumkan kepada semua kakitangan sebaik sahaja mereka melapor diri tanpa mengira pangkat dan kedudukan."Secara tidak langsung, mereka sebenarnya turut memberi sokongan kepada industri perhotelan negeri Terengganu," ujarnya lagi.Bagi Pengurus Besar Hotel Permai, Noralizan Abd Rahman pula berkata, pampasan itu sebagai memenuhi tanggungjawab majikan terhadap kebajikan pekerja."Kemalangan itu menimpa arwah ketika dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, sebab itu kebajikannya di bawah tanggungjawab kami dan diharapkan pampasan tersebut dapat meringankan beban ahli keluarga arwah,"ujarnya lagi.Menurutnya, selain pemberian itu pihaknya juga menawarkan kerja kepada adik bongsu arwah bagi memastikan tanggungjawab arwah membantu keluarga sebelum ini dapat diteruskan.
31 Mar 19
92
Empty Image
PKAPKN Ringankan Beban Penduduk Uzur Di Bukit Petiti
Wan Yusrizal Wan Shafi'i.Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 31 Mac – Kegetiran hidup yang dialami oleh sebilangan penduduk di Kampung Bukit Petiti, Buluh Gading terus diberi perhatian oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PKAPKN). Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Wan Yusrizal Wan Shafi’i berkata, kebanyakan yang dibantu adalah penghidap penyakit kronik dan berdepan kekangan untuk melakukan aktiviti harian.Jelasnya, penderitaan yang dialami menyebabkan mereka terpaksa bergantung hidup dengan bantuan saudara yang terdekat. “Penyakit yang mereka hidapi membataskan banyak pergerakan dalam kerja harian mereka.“Mereka yang dilawati ini merupakan penduduk Kampung Bukit Petiti yang perlu kepada bantuan dan sokongan,” katanya.Beliau berkata demikian ketika menziarahi tiga keluarga yang menghidapi penyakit kronik di Kampung Bukit Petiti, Buluh Gading, di sini, baru-baru ini.Seorang pesakit, Chik Salleh, 72 tahun, menghidap penyakit kencing manis yang kronik dan sakit tua sejak beberapa tahun yang dahulu dan sudah kematian suami sekali gus menyukar warga emas itu menguruskan dirinya sendiri, selain terpaksa bergantung kepada dua anaknya bagi menguruskan kehidupan seharian. Sementara seorang lagi pesakit, Mamat Said, 79, juga menghidap sakit tua dan masalah saraf, menyebabkan dia dirujuk di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dua kali sebelum ini. Susulan itu, PKAPKN memberi sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan kepada tiga keluarga berkenaan.
30 Mar 19
220