lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Air Putih Sejahtera 1.0 Capai Matlamat
Oleh: AminjiKEMAMAN, 11 April - Penganjuran Karnival Air Putih Sejahtera 1.0 baru-baru ini berjaya mencapai matlamatnya menjadi medan pertemuan pemimpin dan masyarakat apabila ramai yang hadir.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab Razak Ibrahim berkata, matlamat karnival berkenaan adalah untuk menjadi platform kepada kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) setempat, medan pemimpin bertemu masyarakat dan kolaborasi antara Pejabat Khidmat Masyarakat, Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), jabatan-jabatan kerajaan dan NGO."Memandangkan DUN Air Putih ini meliputi kawasan yang luas, maka program ini akan diteruskan di Zon B dan Zon C pada masa akan datang," ujarnya ketika berucap merasmikan majlis penutup karnival berkenaan.Karnival itu diisi dengan pelbagai acara, antaranya permainan rakyat, sukan memanah dan berkuda, sembang santai bersama ulama, pameran dan ceramah perdana.Seorang dermawan tempatan telah menyumbangkan seekor lembu sadoo untuk gulai kawah jamuan rakyat. Selain itu beberapa individu dan syarikat menyumbangkan wang dan hamper untuk menjayakan program ini.Ceramah Perdana membariskan empat penceramah iaitu Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary, Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Abd Hamid, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat dan ADUN Air Putih sendiri.
11 Apr 19
78
Empty Image
Surau Awam Long Beach Mosque Di Pulau Perhentian
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 11 April- Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pulau Perhentian, di sini mengambil inisiatif membina surau untuk kemudahan pelancong beragama Islam, penduduk setempat dan  pekerja chalet di pusat peranginan tersohor itu.Pengerusi MPKK kampung itu, Mohd Zakwan Mat Nasir, berkata surau yang dibina secara bergotong-rotong itu sudah lama dinanti penduduk setempat berikutan kesukaran menunaikan solat apabila ke Pulau Perhentian Kecil sebelum ini.Katanya, kemudahan yang mampu memuatkan 20 jemaah pada satu-satu masa itu dibina membabitkan peruntukan RM10,000 hasil sumbangan orang ramai serta sumber kewangan daripada tabung MPKK itu m“Pihak MPKK bersetuju menamakan surau yang mula dibina awal bulan lalu itu dengan nama Surau Awam Long Beach Mosque.“Lengkap dengan kemudahan  tandas, kipas dan bekalan air, pastinya memberi keselesaan kepada jemaah surau untuk menunaikan ibadah solat,”katanya ketika dihubungi media Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI).Mohd Zakwan berkata, kemudahan itu dijangka dapat digunakan orang ramai dalam tempoh terdekat selepas selesai majlis kesyukuran dan solat hajat.“Pihak MPKK mengucapkan terima kasih mana-mana pihak dan individu yang setia menghulurkan khidmat tenaga dan sumber kewangan bagi merealisasikan hasrat penduduk setempat memiliki surau,”katanya
10 Apr 19
1362
Empty Image
15 Keluarga Di Pengkalan Ajal Terima Bantuan Pasca Banjir APM
Oleh : Khairuddin YusoffHULU TERENGGANU, 11 April - Seramai 15 keluarga dari Kampung Pengkalan Ajal, menerima bantuan Pasca Monsoon Timur Laut (MTL) 2018/2019 dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia  (APM) Terengganu.Pengarah APM, Lt Kol. (PA) Che Adam A Rahman berkata bantuan ini merupakan sumbangan agensi- agensi korporat dan swasta yang prihatin dengan nasib mangsa.Jelasnya, APM merupakan sekretariat bantuan bencana alam dan memainkan  peranan untuk mengumpul barang- barang bantuan daripada korporat, organisasi, syarikat dan sebagainya."Hari ini kita beri bantuan di Pengkalan Ajal yang mana kampung ini terjejas banjir yang agak signifikan untuk kita beri dibantu daripada agensi- agensi badan korporat dan juga swasta."Jadi kita masih ada lagi sedikit simpanan dan kenalpasti kampung ataupun keluarga yang daif untuk berikan bantuan kepada mereka.Oleh itu, kita kenalpasti sebanyak 15 keluarga ataupun ketua isi rumah untuk kita sampaikan bantuan tersebut hari ini,”Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Penyampaian bantuan Pasca Monsoon Timur Laut (MTL) di Pusat Pemindahan Pengkalan Ajal, di sini, semalam.Menurutnya lagi, barang bantuan yang  diberi pada  bukan kategori makanan yang mana tidak mempunyai  tarikh luput seperti keperluan dan alatan penjagaan diri, selimut dan juga telekung.Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ustaz Maliaman Kassim berkata bantuan ini menunjukkan APM merupakan agensi yang sangat prihatin dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir."Terima kasih kepada APM kerana menjadi satu agensi yang prihatin dengan kesusahan dan juga situasi bencana yang dialami oleh 15 penduduk di kawasan ini.Ini menunjukkan APM sentiasa memberi sokongan bukan sahaja pada musim banjir termasuklah bantuan pada hari ini yang menunjukkan APM ini sebuah agensi yang sangat bertanggungjawab,"katanya.Menurutnya lagi, langkah berwaspada dan persediaan awal juga akan dilakukan bagi menghadapi banjir di Kampung tersebut pada masa akan datang."Dari segi perancangan akan datang untuk makluman banjir ini kita tidak dapat nak elak dan mengurangkan risiko banjir agak susah kerana ia melibatkan perbelanjaan yang agak banyak jadi kemungkinan yang akan dibuat adalah untuk mengurangkkan risiko daripada jalan tersekat."Untuk waktu ini kita memang sedia dari segi penempatan iaitu pusat pemindahan banjir dan itu adalah antara persiapan kita untuk menampung mahupun membantu mangsa- mangsa banjir iaitu dari segi penjagaan nyawa dan juga harta benda  yang penting supaya dapat diselamatkan,” jelasnya.
10 Apr 19
388
Empty Image
Golden Pharos Miliki 129,130 Hektar Konsesi Pembalakan Di Terengganu
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 10 April- Golden Pharos Berhad( GBP) salah sebuah anak syarikat kerajaan negeri merupakan kumpulan pembalakan berlesen yang terbesar  dan mempunyai sejumlah 129,130 hektar (ha) konsesi pembalakan di Terengganu.Ketua Pegawai Eksekutif GPB, Dato' Nadza Abdul berkata, konsesi itu dimiliki melalui dua anak syarikat iaitu Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Terengganu (KPKKT) sebanyak 108,900 ha dan Pesama Timber Corporation berjumlah 20,230 ha yang meliputi tujuh kawasan hutan simpan."Hari ini kita berada di dalam Hutan Simpan Pasir Raja yang merupakan salah satu daripada konsesi kawasan kawasan pembalakan." Tapi apa yang uniknya mengenai Hutan Pasir Raja ini, kawasan Hutan Lipur Cemerung ini adalah  yang kita namakan  'High Conservation Value Forest (HCVF) di mana kumpulan tidak melakukan aktiviti pembalakan usaha hasil, sebaliknya melestarikan hutan simpan dengan cara atau kaedah lain,"katanya.Beliau berkata demikian ditemui pihak media di sidang media di Kem Lansir, pada Program Ekspedisi Mendaki Cemerung Berembun Lansir (CBL), yang bermula pada 6 April dan berakhir 8 April lalu.Menurut beliau lagi, hutan simpan CBL adalah hutan rekreasi atau hutan lipur yang merupakan khazanah yang sungguh cantik dan indah."Jadi sepanjang tiga hari, pendakian ini disertai seramai 55 orang melibatkan semua anak syarikat yang bernaung dibawah GPB dan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu." Ekspedisi ini adalah salah satu ekspedisi berkala yang dianjurkan oleh kumpulan GPB ini," ujarnya
10 Apr 19
259
Empty Image
Belia Terengganu Persiapkan Diri Maju Ke Hadapan
Ustaz Azhar Idrus serikan Program Azam Anak Muda.MARANG, 9 April - Program Azam Anak Muda menjadi agenda tumpuan belia Terengganu untuk mempersiapkan diri sebagai teras perkembangan dan pembangunan yang dirancang oleh kerajaan negeri.Pelajar kursus jahitan pakaian wanita Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai, Nur Hafifa Mohd Arifin, 19, berkata, program itu memberi banyak input bernilai pada belia bagi merealisasikan hasrat pada diri dan negara.Katanya, program berbentuk pengisian agama dan pengurusan organisasi bakal melahirkan anak muda yang berkualiti dalam segenap bidang.“Program yang sangat bermaanfaat untuk kami dan anak-anak muda lain kerana kami dapat ilmu yang baru bagi diri kami sendiri untuk maju ke hadapan.“Dengan program ini kami lebih bermotivasi untuk mengubah diri kepada yang lebih baik berdasarkan pengisian-pengisian yang diperolehi tadi,” jelasnya. Nur Hafifa Mohd Arifin.Nurhafifa berkata demikian selepas Program Azam Anak Muda Negeri Terengganu di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai, di sini, hari ini.Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengarah Jabatan Belia & Sukan Terengganu, Mohd Soufi Mohd Ibrahim, Pengarah Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd Soud Said serta tenaga-tenaga pengajar IKBN seluruh Terengganu dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Terengganu.Sementara itu, peserta program yang mengikuti kursus jahitan pakaian lelaki di IKBN tersebut, Nur Syafiq Hisham Zulkarnain, 19, turut berkata, anak muda sememangnya dahagakan ilmu dan motivasi untuk mencapai impian.Ujarnya, program-program seumpama itu patut diteruskan bagi melahirkan lebih ramai belia berwibawa untuk menjadi pemimpin negara akan datang.“Program azam anak muda memberi saya lebih motivasi dan semangat untuk terus belajar mencapai impian.“Program ini patut diteruskan kerana memberi banyak motivasi pada belia untuk memajukan diri masing-masing,” tambah beliau. Nur Syafiq Hisham Zulkarnain.Program Azam Anak Muda yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu itu bertujuan untuk melahirkan pemimpin belia profesional yang inovatif, kreatif, berwibawa dan bersahsiah tinggi.Program tersebut juga diserikan dengan sesi ceramah khas oleh penceramah bebas, ustaz Azhar Idrus.
09 Apr 19
224
Empty Image
Jalin Kerjasama Selesai Masalah Komuniti
Oleh :Nooreni Abu BakarDUNGUN, 10 April- Majlis Pengurusan Komuniti Kampung(MPKK) digesa agar sentiasa berganding bahu antara ahli jawatankuasa untuk menyelesaikan masalah komuniti setempat. Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berharap setiap ahli jawatankuasa perlu  membawa masalah pengadu untuk diambil tindakan bersama. "Jangan memikirkannya seorang diri, pening nanti, seharusnya dibawa bincang bersama agar satu kata sepakat dapat dibuat," katanya. Teguran berkenaan disampaikan ketika berucap merasmikan Taklimat Bantuan Zakat MAIDAM di Dewan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) Dungun, di sini pada 9 April. Beliau turut menyentuh kerjasama yang mesti sentiasa diwujudkan antara MPKK dan agensi-agensi kerajaan untuk setiap kemudahan yang disediakan sampai ke sasaran. " Kita dengan agensi pun, kita anggap dia adalah tempat kita merayu untuk dapat apa-apa kemudahan untuk komuniti," ujarnya di hadapan MPKK yang hadir. Di majlis tersebut, Alias juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Pusat Zakat MAIDAM Dungun yang telah banyak menyelesaikan pelbagai masalah penduduk terutamanya yang tinggal di DUN Rantau Abang. " Sepanjang empat bulan ini hampir sebahagian kesusahan masyarakat terutamanya di DUN Rantau Abang berjaya diselesaikan. "Ini tidak lain tidak bukan adalah atas usaha yang bersungguh-sungguh pihak MAIDAM yang berhasrat agar bantuan zakat sampai kepada kumpulan sasaran, tahniah saya ucapkan," katanya Taklimat anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera(i-MiTS) DUN Rantau Abang itu, telah disampaikan oleh Pegawai Eksekutif Pusat Zakat MAIDAM Dungun, Abd Fatah Mamat.
09 Apr 19
45
Empty Image
Isu Penggunaan Vaksin, Perlu Rujuk Pada Yang Pakar
KUALA TERENGGANU, 9 April - Ibu bapa yang keliru berhubung hukum pengambilan vaksin dan imunisasi perlu merujuk kepada pihak yang pakar (berkaitan hukum hakam agama) atau pihak berkaitan sebelum membuat keputusan tanpa berdasarkan maklumat sahih.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar negeri, Ahmad Shah Muhamed berkata, antara pihak yang boleh dirujuk ialah Jabatan Kesihatan serta Jabatan Mufti di setiap negeri bagi mendapatkan pandangan dari sudut agama dan kesihatan.“Dunia kita sekarang ini terbuka luas, Malaysia sahaja menerima kunjungan orang yang pelbagai bangsa dan berlainan latar belakang. Sebahagian daripada mereka tidak melalui proses sebagaimana kita rakyat Malaysia melalui program pencengahan penyakit sejak usia bayi.“Di kalangan mereka ada yang datang untuk bekerja, melancong dan bersama-sama mereka mungkin ada penyakit yang boleh membawa masalah yang besar kepada masyakat kita.“Sebab itulah pendedahan terhadap kepentingan penggunaan vaksin perlu kerana kita dapati kebelakangan ini ada sesetengah golongan ibu bapa bertindak untuk menolak penggunaan vaksin bersandarkan kepada fakta yang tidak tepat,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Forum Penyakit Cegahan Vaksin anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) yang diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman, hari ini.Ahmad Shah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar berkata, langkah merujuk kepada pihak berwajib tentang isu penggunaan vaksin adalah pendekatan terbaik dalam mengelakkan ibu bapa terpedaya dengan maklumat palsu yang boleh membahayakan kesihatan anak-anak.“Berkaitan kesihatan anak-anak, ibu bapa sepatutnya perlu rujuk kepada mereka yang pakar sama ada ke klinik kesihatan, hospital dan sebagainya kerana mereka ini lebih arif tentang bidang perubatan.“Kita harap, ibu bapa memainkan peranan untuk mendapatkan maklumat yang lengkap berkaitan penggunaan vaksin kerana kesihatan anak-anak adalah tanggungjawab mereka,” ujarnya.
08 Apr 19
95
Empty Image
Wujud Pusat Riadah, Didik Masyarakat Jaga Kesihatan
Helmi Abdul SalamBATU RAKIT, 8 April-  Pusat Sukan di Kampung Wakaf Cagak di sini akan dijadikan Pusat Riadah Keluarga bertujuan mendidik masyarakat setempat menjaga kesihatan dan memupuk semangat silaturahim.Pegawai Penyelarasnya Ustaz Mohd Shafizi Ismail, berkata penjagaan kesihatan sangat penting bagi mengelak pelbagai  penyakit kronik,  termasuk strok, diabetis, serangan jantung dan darah tinggi., Katanya, tubuh badan yang sihat akan menjadikan akal yang baik dan pihaknya turut berhasrat untuk membina 'Sport Centre' bagi semua golongan di sini. “Saya difahamkan tuan Imam Masjid mukim kita pun salah seorang peserta Muay Thai malam ini.“Pihak DUN menyokong segala aktiviti riadah oleh masyarakat di dalam DUN kita dan akan membantu apa jua yang baik,”katanya ketika merasmikan pembukaan gelanggang Muay Thai di Kampung berkenaan pada 6 April.Katanya, namun segala perancangan itu bergantung pada bajet yang ada termasuk untuk mengadakan perbincamgan bersama pihak kerajaan.“Tegasnya kedudukkan pusat sukan itu berada di lokasi yang cukup strategik kerana sudah tersedia ada aset yang di perlukan.“Tempat ini sangat cantik untuk dijadikan tempat bersukan, ada gelanggang futsal ,padang bola dan  taman permainan kanan-kanak,” katanya.Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Balai Polis Batu Rakit,  Tengku Mohd Bakor Raja Sulaiman dan Imam Masjid Mukim Batu Rakit Ustaz Nabil Mat  yang juga salah seorang peserta Muay Thai.
08 Apr 19
50
Empty Image
Wau Gergasi Ikon Sukan Rakyat Kampung Kebor Air
Sebahagian penduduk bergambar bersama wau gergasi sebelum menerbangkan'nya'. Oleh : Mohd Haniff AbasKUALA TERENGGANU, 8 April – Sebuah  Wau Sari gergasi yang dihasilkan oleh penduduk Kampung Kebor Air berjaya menarik pengunjung luar ke kampung berkenaan.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ridzuan Hashim berkata, wau tersebut menjadi ikon dan tarikan utama kampung itu kerana dihasilkan setiap tahun sempena penganjuran sukan rakyat.“Penghasilan wau ini serta usaha menaikkannya menuntut pengorbanan dan kerjasama sesama penduduk kampung.“Inilah yang kita mahukan sebenarnya. Sukan sememangnya menjadi medium sempurna untuk memupuk semangat persaudaraan dan kasih sayang sesama masyarakat," katanya ketika ditemui media Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI).Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan upacara  menaikkan wau tersebut sempena Sukan Rakyat Kampung Kebor Air 2019, di padang awam kampung itu, Sabtu lalu.Kemeriahan gotong-royong menaikkan wau gergasi yang sempat dirakamkan.Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Kebor Air, Mohd Hanapiah Abu Bakar memberitahu, Wau Sari gergasi yang menelan belanja kira-kira RM400 itu mengambil masa seminggu untuk disiapkan.“Wau ini berukuran 25 kaki tinggi dan 20 kaki lebar, antara yang terbesar pernah kami hasilkan,” katanya,Tambahnya, cuaca panas dan berangin pada masa ini antara faktor yang membolehkan permainan tradisional itu boleh diterbangkan. “Kita mengambil peluang keadaan angin petang yang kuat pada musim kemarau ini untuk menaikkan wau ini sempena sukan rakyat yang sedang berlangsung,” katanya.Pelbagai sukan tradisional diajarkan oleh orang-orang 'lama' kepada generasi baru dalam Sukan Rakyat yang diadakan.
07 Apr 19
830
Empty Image
Keropok Dungun FC Muncul Juara Kejohanan Futsal Terbuka Dungun
Foto ihsan :  Jurugambar Karnival.Oleh :Nooreni Abu BakarDUNGUN, 8 April - Pasukan Keropok Dungun berada dalam kelas tersendiri apabila melakar sejarah pada Kejohanan Futsal Terbuka sempena Karnival 60 Tahun PAS Kawasan Dungun setelah meraih gelaran juara.Menurut urus setia kejohanan, Muhamad Yusuf Zainal Abidin, kejuaraan pasukan tersebut diraih setelah melepasi cabaran 36 pasukan dari seluruh Terengganu yang mengambil bahagian.Jelasnya, pertandingan itu juga mendapat sambutan yang sangat menggalakkan terutamanya daripada golongan anak muda.“Kita telah menerima penyertaan sebanyak 36 pasukan daripada seluruh Terengganu,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), di Beach Courts Futsal, disini kelmarin.Hadir sama bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang,  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik. Pasukan Keropok Dungun muncul johan apabila menundukkan pasukan Masjid Lama Kampung Sura dengan jaringan 4-3 menerusi sepakan penalti Dalam aksi yang penuh dramatik itu, kejayaan skuad Keropok Dungun tersebut tidak datang dengan mudah apabila perlawanan terpaksa diheret hingga ke penentuan sepakan penalti selepas masa sebenar tamat tanpa jaringan. Pasukan itu membuktikan kejaguhan mereka untuk dinobat juara apabila berjaya meledakkan jaringan dalam semua percubaan sepakan.Dengan kejayaan tersebut mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 beserta piala dan pingat kejohanan. 
07 Apr 19
964