lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Belia Bukit Besi Akan Dibantu Dapat Kerja
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 15 April - Golongan belia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi bakal dibantu mendapatkan pekerjaan melalui Program Kembara Kerjaya yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Bukit Besi, di sini, pada 27 April ini.Pegawai Penyelaras DUN berkenaan, Ghazali Sulaiman berkata, program julung kali itu anjuran bersama DUN itu dengan Jabatan Tenaga Kerja (JTK)."Alhamdulillah hasil perbincangan dan perjumpaan dengan pihak JTK mereka bersetuju untuk mengadakan program ini dalam membantu para belia yang masih belum mendapat pekerjaan."Program ini juga terbuka kepada mereka yang masih belum mendapat pekerjaan yang tetap dan ianya melibatkan banyak majikan dari seluruh Terengganu dan luar Terengganu.Insya-Allah akan ada rezeki untuk para belia yang hadir," jelasnya.Beliau berkata demikian ditemui pihak media Urusetia Penerangan Darul Iman pada majlis usrah  di Masjid Kampung Padang Ping, Bukit Besi, di sini, semalam.Menurutnya, pihak JTK meminta untuk dihebahkan kepada golongan muda yang berminat supaya mengisi permohonan menerusi talian http://www.jobsmalaysia.gov.my bagi melalui proses temuduga pada program berkenaan."Peserta juga perlu membawa segala dokumen serta sijil-sijil akademik yang berkaitan." Kita mengharapkan agar para belia Bukit Besi hadir seramai yang mungkin pada program yang diadakan pada julung-julung kali ini, ianya demi memastikan kesejahteraan dan masa depan yang baik untuk golongan belia di sini," ujarnya.Sehubungan bagi melancarkan program berkenaan, Ghazali memberitahu, arahan juga dikeluarkan kepada semua MPKK bagi mencari seramai mungkin golongan belia yang menganggur di DUN berkenaan.Tambahnya, program itu juga mendapat kerjasama Institusi Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Bukit Besi bagi memastikan segala urusan dapat berjalan dengan lancar."Mudah-mudahan usaha ini akan diberkati oleh Allah dalam memastikan Bukit Besi ke arah kesejahteraan, bertepatan dengan hasrat kerajaan negeri maju, berkat dan sejahtera," ujar beliau.
15 Apr 19
211
Empty Image
Tiada Lagi Dendam, Layan Rakyat Dengan Adil
Dr Azman IbrahimOleh : Hidayah AzlinFoto : Ariss AliasSETIU, 15 April - Kerajaan Terengganu terus mengorak langkah dengan melaksanakan keadilan tanpa dendam kepada semua rakyat dalam usaha membina sebuah negeri yang maju, berkat dan sejahtera.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) perlulah sentiasa berlaku adil dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat terutama di peringkat kampung.Jelasnya, setiap anggota masyarakat berhak untuk mendapat layanan dan hak yang sama meskipun berbeza agama, fahaman politik dan juga bangsa.“Sekiranya ada anak buah di kampung datang dengan sesuatu hajat, meminta pertolongan dan kita bertanya mengundi apa pilihan raya umum lalu, ini adalah ciri pengerusi MPKK yang gagal.“Bukan mudah untuk kita ubah cara orang kampung berfikir, tapi saya sangat optimis bahawa pemikiran positif ini sedikit demi sedikit akan diterapkan dalam masyarakat orang kampung,” ujar beliau.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Karnival Setiu Sejahtera di Dataran Budaya Rhu 10, di sini, kelmarin.  Beliau berkata, keadilan adalah  kepada semua rakyatTurut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah, Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir dan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Shafizi Ismail.Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, amanah kepimpinan ini bukanlah satu ‘tassyrif’ ataupun kebolehan tetapi ia merupakan ‘taklif’ iaitu tanggungjawab yang akan dijawab di hadapan Allah.Katanya, untuk membina masyarakat yang memandang ke hadapan dan melaksanakan keadilan, kisah lama itu perlu ditutup kerana jika diungkit kembali ia tidak memberi sebarang makna.“Kita yang berada dalam satu pasukan perlu meletakkan satu nokhtah dalam perkara yang memualkan dalam masyarakat ini.“Mulai hari ini, tidak ada dendam, tidak ada balas dendam cuma yang kita nak bagi adalah keadilan kepada semua rakyat,” tambah beliau.
15 Apr 19
30
Empty Image
Gotong-Royong Bersihkan Rumah Keluarga Anak Istimewa
Oleh: Hidayah Azlin SETIU, 15 April- Pelbagai pihak tampil melakukan gotong-royong membersihkan rumah seorang ibu tunggal Masitah Ibrahim di Kampung Oh, Jabi, semalam.Masitah,46, yang baru kematian suami bulan lalu tinggal di rumah berkenaan bersama dua orang anak dimana salah seorang daripadanya adalah anak istimewa berusia sembilan tahun.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata, aktiviti gotong-royong seumpama itu perlu diterapkan dalam masyarakat selaras dengan tuntutan agama agar saling membantu antara satu sama lain.“Manfaatkanlah waktu hujung minggu untuk menghidupkan suasana bermasyarakat dan saling membantu antara satu sama lain. Seberat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.“Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua dengan kita bantu mempermudahkan urusan orang lain,” ujarnya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan peralatan perabut kelengkapan rumah serta bantuan wang tunai kepada Masitah.Seramai 46 orang terlibat dalam program komuniti itu yang merupakan kerjasama antara Kelab Kaunselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Renek, Pusat Khidmat Adun Jabi dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Oh.Dr Azman yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa Negeri, amat berharap agar usaha yang dilakukan pelbagai pihak tersebut dapat meringankan beban ditanggung ibu tunggal ter­babit.“Terima kasih kepada semua yang menyumbang tenaga membersihkan rumah keluarga ini yang mana seorang lagi anak Masitah merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Renek turut bergelar anak yatim setelah pemergian arwah ayahnya pada bulan lepas.“Semoga melalui kerja-kerja sukarela yang dilakukan ini, mereka sekeluarga dapat tinggal di rumah dalam keadaan yang lebih selesa disamping dapat mengukuhkan silaturahim dan menggambarkan kecaknaan kita terhadap mereka yang kurang bernasib baik,” ujarnya.
14 Apr 19
624
Empty Image
Seni Bela Diri Silat Perlu Dipertahankan
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 15 April - Kegiatan seni beladiri silat di negara ini perlu dipertahankan terutamanya dalam kalangan generasi muda, Kata Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azbi Salleh.Menurutnya, silat merupakan seni warisan bangsa yang perlu dipertahankan bagi memastikan khazanah ini terus kekal terpelihara dan tidak luput ditelan zaman."Saya berbangga apabila masih terdapat ramai anak muda yang menceburi seni beladiri silat ini dalam keadaan anak muda negara kita yang lebih suka bermain dengan gajet."Saya berharap warisan ini terus diajar kepada generasi-generasi muda supaya ianya terus berkembang,"ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majalis Pentauliahan Tamat Latihan Siri ke 6 Bangsal Persilatan Seni Silat Tari Jatuh Kampung Tok Saboh, Besut, baru-baru ini.Turut hadir, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi.Azbi turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur kerana berjaya menganjurkan majlis ini serta orang ramai yang tidak jemu-jemu memberi sokongan.
14 Apr 19
608
Empty Image
Kerjasama MPKK, PAS Cawangan Bina Tandas Selesa Untuk Pesakit Saraf
Oleh : Nooreni Abu Bakar DUNGUN, 14 April- Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)dengan kerjasama PAS dan Pemuda Cawangan Gong Pasir mengadakan gotong-royong membina bilik air yang lebih selesa untuk kegunaan pesakit saraf, Mohd Razali Mohd Nor.Pengerusi MPKK berkenaan, Husnu Hussin, berkata, Razali menceritakan kesukaran dihadapinya kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun, ketika kunjungan pemimpin itu ke rumahnya sebelum ini."Kedudukan bilik air di rumahnya yang agak jauh dan perlu ke bahagian bawah dengan menuruni tangga, menyukarkannya yang menghidap sakit saraf tumit."Penyakitnya memang sukar untuknya berjalan dan dia sendiri menggunakan bantuan tongkat empat kaki," katanya.Katanya ketika dihubungi Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), semalam.Husnu berkata, ADUN Rantau Abang turut menyertai gotong-royong menyiapkan bilik air bersebelahan bilik tidur Ramli pada Jumaat lalu.Husnu turut berharap dengan kemudahan itu membolehkan Ramli yang sebelum ini bekerja sebagai tukang rumah untuk berdikari dan mampu mengurus diri dengan lebih baik.
14 Apr 19
46
Empty Image
Masyarakat Dan NGO Sumber Kekuatan Terengganu
Alias Harun.Oleh : Nooreni Abu BakarDUNGUN, 14 April - Masyarakat yang terlibat dalam pelbagai agensi termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan badan-badan korporat adalah antara sumber kekuatan kerajaan negeri.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional, Alias Harun berkata, entiti tersebut banyak memberi khidmat sama ada berbentuk nasihat, kritikan mahupun sumbangan ekonomi.Jelasnya, peranan itu adalah konsep sebenar dalam pentadbiran yang menekankan tanggungjawab setiap rakyat dalam membentuk kerajaan yang stabil dan berdaya maju.“Kalau hanya bergantung kepada sumber kerajaan, mungkin kita sudah tidak dapat hendak menyelesaikan masalah yang banyak ini untuk kita selesaikan dalam masa yang cepat,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Santuni Kelab Ibu Tunggal dan Armalah (KITA) di Balai Raya Alor Tempoyak, di sini, kelmarin. Alias yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang juga berkata, kerajaan negeri komited untuk mentadbir Terengganu menerusi gagasan Maju, Berkat, Sejahtera.Tambahnya, kemajuan yang dihajati oleh semua rakyat mestilah melalui proses tertentu tanpa mengundang kemurkaan Allah.“Kita nak maju, tapi dalam kemajuan yang kita kejar, jangan sampai kita cari kemajuan, kita gadaikan agama kita, kefahaman kita.“Jagalah keluarga kita sebab keluarga kita dan anak kita itu adalah masa depan negara kita, kalau kita tidak letak anak kita mengikut landasan yang dikehendaki oleh islam, maka runtuhlah negara,” katanya. Majlis yang dianjurkan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Alor Tempoyak itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti kampung tersebut.
13 Apr 19
72
Empty Image
256 Pelajar Cemerlang DUN Pengkalan Berangan Terima Anugerah
Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar.Oleh: Khairan Mat JusohMARANG, 12 April - Seramai 256 pelajar yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) diraikan dan menerima anugerah kecemerlangan kelmarin.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong berkata, majlis itu bagi menghargai dan mengiktiraf usaha yang telah dilakukan mereka hingga mencapai kejayaan.Jelasnya, anugerah itu secara tidak langsung akan menjadikan mereka lebih bermotivasi untuk mencapai kejayaan di peringkat yang lebih tinggi."Hari ini kita kita telah berjaya menyempurnakan hari anugerah kecemerlangan pelajar peringkat DUN (Dewan Undangan Negeri) Pengkalan Berangan."Majlis yang cukup bermakna dan bersejarah bagi adik-adik pelajar dan kita doakan supaya mereka dapat mengambil peluang dan keraian ini untuk mereka lebih bersemangat bagi menyambung pengajian mereka ke peringkat seterusnya," jelas beliau.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar DUN Pengkalan Berangan, di Dewan Al-Ghazali Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Berangan, kelmarin.Sulaiman Sulong.Hadir sama dalam majlis itu ialah Pegawai Pendidikan Daerah Marang, Mohamad Nawawi Rani, guru-guru kanan SMK dalam DUN Pengkalan Berangan serta ibu bapa murid yang cemerlang.Sementara itu, menurut Mohamad Nawawi, penganjuran majlis itu merupakan sesuatu yang cukup bermakna pada murid yang berjaya.Ujarnya, majlis yang kali pertama diadakan di peringkat DUN itu adalah sebagai sokongan daripada pihak kerajaan kepada warga pendidik."Kita mengucapkan tahniah dan syabas kepada YB (Yang Berhormat) Sulaiman Sulong yang dapat mengadakan majlis meraikan  kecemerlangan pelajar DUN Pengkalan Berangan yang seingat saya anugerah yang pertama  di dalam parlimen Marang ini."Insya-Allah majlis penghargaan ini akan memberikan satu penghormatan kepada kami warga pendidikan khususnya guru-guru, pelajar-pelajar yang menerima anugerah dan juga para ibu-bapa dan penjaga. "Alhamdulillah terima kasih banyak-banyak YB atas sokongan kepada kami warga pendidikan,".
12 Apr 19
896
Empty Image
JKM Baik Pulih Beras Mangsa Banjir
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 12 April - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Dungun, bakal membaik pulih dan membungkus semula beras persediaan banjir di Sektor Pengkalan Hadapan (SPH) tahun lalu untuk diagihkan kepada asnaf di daerah tersebut.Manakala Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dibenarkan untuk memanfaatkan bekalan makanan lain yang belum melangkaui tarikh luput untuk kegunaan mana-mana program majlis berkenaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi.Pegawai Penyelaras DUN tersebut, Ghazali Sulaiman berkata, beras yang diagihkan sebagai persediaan menghadapi banjir tahun lalu akan melalui proses pembersihan dan akan ditapis sebelum dibungkus semula dan diagihkan kepada mereka yang memerlukan bantuan."Ini kerana didapati beras itu banyak 'bubut' dan tidak sesuai untuk diagihkan kepada asnaf zakat dan sebagainya."Jadi, beras itu akan diserahkan semula kepada pihak JKM untuk dibaik pulih, dibungkus kembali dan kemudiannya dihantar kepada asnaf atau mereka yang memerlukan," jelasnya.Katanya, sementara barang makanan lain termasuk sardin, biskut, teh dan sebagainya yang belum melangkaui tarikh luput, pihak JKM membenarkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) menggunakannya untuk kegunaan program anjuran majlis berkenaan.Beliau berkata demikian, ketika ditemui pemberita di Sektor Pengkalan Hadapan (SPH) Mukim Jerangau, Bukit Besi, di sini, semalam.SPH ialah 'post' yang menempatkan bekalan keperluan mangsa banjir yang terputus perhubungan utama di musim banjir.Antara 'post' yang terlibat ialah SPH Kampung Pasir Raja, SPH Kampung Shukor, SPH Kampung Kuala Jengai, SPH Kampung Jongok Batu, SPH Kampung Minda, SPH Kampung Talong, SPH Kampung Rantau Panjang, SPH Kampung Tepus, SPH Kampung Nerang, SPH Kampung Batu Sawar dan SPH Mukim Jerangau.
11 Apr 19
105
Empty Image
KOPERAT Sumbang RM50,000 Bina Surau
Hishamuddin Abdul Karim (kiri) dan Ustaz Ridzuan Hashim menyempurnakan Majlis Perasmian Pembinaan Surau Hidayah Taman Koperat Peradong semalam.Oleh: Mohd Haniff AbasKUALA TERENGGANU, 12 April - Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu Sdn Bhd (KOPERAT) menyumbangkan sebanyak RM50,000 untuk membina Surau Hidayah di Taman Koperat Peradong.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, sumbangan korporat seperti ini dapat mempercepatkan lagi pembinaan surau yang akan menjadi kegunaan orang ramai.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian dan Penyerahan Sumbangan Pembinaan Surau Hidayah Taman Koperat Peradong yang diadakan di tapak pembinaan Surau Hidayah, Taman Koperat Peradong, semalam.“Saya juga berharap agar masyarakat dapat menyumbang dalam pelbagai bentuk sama ada dari segi kewangan ataupun tenaga kerja, bagi menjayakan pembinaan surau ini.“Pembinaan sesebuah surau dalam satu-satu komuniti sangatlah penting khususnya bagi mengeratkan ukhuwah dan perpaduan komuniti tersebut.“Surau juga menjadi asas kepada keutuhan perpaduan sesebuah masyarakat, sebagaimana Nabi Muhammad SAW membina masjid ketika mula-mula sampai ke Madinah," ujar beliau lagi.Sementara itu, Pengerusi KOPERAT, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim dalam ucapannya berkata, buat masa ini, hanya RM50,000 sahaja mampu disumbangkan, dan insya-Allah akan menyumbang lagi sekiranya KOPERAT dapat menjana keuntungan yang lebih banyak.“Taman ini mempunyai 81 unit rumah teres, 74 unit rumah berkembar dan 10 unit kedai dan saya berharap surau yang dibina menepati ilustrasi yang digambarkan oleh jurutera.“KOPERAT pada hari ini, akan terus mara ke hadapan dalam usaha untuk memberi keuntungan kepada Kerajaan Negeri Terengganu, dan diharap dengan sumbangan ini akan dikurniakan keberkatan agar perjalanan syarikat lebih lancar dan berkeuntungan," tambah beliau lagi.Dalam perkembangan sama, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Surau Hidayah, Fazli Abd Jalil, pembinaan surau ini menelan kos sebanyak RM350,000 dengan keluasan 1,950 kaki persegi dan dapat memuatkan 100 orang jemaah dalam satu-satu masa.“Pembinaan surau ini telah bermula sebulan yang lalu dan dijangka siap sebelum bulan Ramadhan tahun hadapan," ulasnya.Turut hadir, Pengurus Besar KOPERAT, Sayed Abd Rahman Engku Sulong.
11 Apr 19
349
Empty Image
Tindakan Pantas 'Jaga' Selamatkan Rumah Terbakar
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 12 April - Tindakan pantas pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Delong, Che Wan Othman Che Wan Sulong, 52, berjaya menghalang api daripada terus merebak dalam satu kebakaran  di sebuah rumah berhampiran sekolah berkenaan.Beliau yang melihat kejadian itu telah bertindak segera memadamkan  api yang mula marak dengan menggunakan alat pemadam kebakaran sekolah."Kebakaran telah disedari oleh orang kampung, masa tu api baru mula nak marak, dalam pukul 1.00 tengah hari,  jadi dengan menggunakan alat pemadam api, saya dan orang kampung cuba padamkan api," ceritanya.Beliau berkata demikian ketika kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun di tempat kejadian, di sini kelmarin.Menurutnya, api berjaya dipadamkan setengah jam kemudian di mana sebanyak lima buah tabung alat pemadam api telah digunakan.Terdahulu, kebakaran berlaku kelmarin ketika Mohd Rosli Hamzah, 52, dan isteri, Akmawati Abdul Rahman, 50, yang mendiami rumah tersebut bersama tiga orang anaknya tiada di rumah.
11 Apr 19
71