lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Tazkirah Di Pejabat MDB Dapat Sambutan
Tazkirah di bilik gerakan pejabat majlis daerah Besut.Oleh : Muhd Afiq ZohirBESUT, 18 April - Tazkirah kepada kakitangan Pejabat Majlis Daerah Besut (MDB) mendapat sambutan baik apabila sekitar 40 kakitangan Majlis Daerah Besut hadir memenuhi bilik gerakan Pejabat MDB.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, tazkirah merupakan antara jalan terbaik untuk berkongsi dan mendapatkan ilmu.Jelasnya, anggota kerja yang berilmu akan membuahkan hasil kerja yang berkualiti tinggi.“Ilmu yang memberi manfaat bermula dengan kita faham apa yang diajar kerana amal tanpa ilmu boleh menyebabkan sia-sia,” katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan tazkirah di Pejabat MDB, hari ini.Wan Azhar Wan Ahmad.Dalam sesi tazkirah itu, Wan Azhar turut mengingatkan para pekerja agar memanfaatkan masa lapang dengan mengenali peribadi Nabi dengan lebih dekat.“Antara perkara paling penting ialah kita mengambil ruang mengenali latar belakang kehidupan nabi agar kita dapat melahirkan rasa cinta akan baginda.“Apabila kita melakukan sesuatu perkara, pastikan ia boleh membantu kita di akhirat,” tambah beliau.Program ini merupakan salah satu inisiatif Pejabat MDB untuk merancakkan perkongsian ilmu dalam kalangan pekerja.
18 Apr 19
210
Empty Image
Cara Berbuka Puasa Tidak Betul Undang Padah
  Prof Dr Harmy Mohamed Yusoff KUALA TERENGGANU, 17 April - Cara berbuka puasa tidak menepati amalan Rasulullah SAW boleh menyebabkan berlaku pertambahan penyakit di bulan Ramadan.   Pensyarah Perubatan Fakulti Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof Dr Harmy Mohamed Yusoff berkata, amalan berbuka yang salah ialah mengumpulkan makan dan minum sekali gus untuk sehari di waktu berbuka puasa.   "Ini menyebabkan keseluruhan pengambilan makanan kita bertambah ketika bulan Ramadan.   "Sebab itulah sebenarnya puasa tidak memberi kesan kepada kesihatan tubuh malah dia membebankan tubuh kita disebabkan oleh pengambilan makanan yang terlampau banyak," jelasnya.   Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di pejabat Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di sini semalam.   Menurutnya, amalan puasa yang tidak sihat ialah pengambilan makanan di bulan selain Ramadan dibuat tiga atau empat jam sebelum tidur tetapi pada bulan puasa, kadang kala selepas solat sunat tarawih terus sambung makan dan minum semula.   Katanya. kajian yang dijalankan oleh pakar perubatan menunjukkan bahawa puasa memang merupakan amalan kesihatan tertua dan terbaik.   "Sejak zaman Hippokrates (seorang pakar perubatan Yunani) sudah disebutkan bahawa amalan berpuasa merupakan amalan kesihatan yang paling efektif.   "Kajian juga menunjukkan bahawa puasa memang memberi manfaat kesihatan termasuk boleh mengurangkan kenyanyukan, melambatkan proses penuaan, boleh mengurangkan penyakit jantung, diabetes, kanser dan sebagainya," jelas beliau lagi.   Bagaimanapun katanya, kajian juga menunjukkan bahawa umat Islam  tidak dapat manfaat tersebut disebabkan cara berpuasa mereka tidak menepati amalan Rasulullah SAW.   "Maksudnya, apabila kita berpuasa secara automatik kadar pengambilan makanan kita berkurang.   "Sebab kita mengambil makanan hanya dua kali sahaja sehari termasuk di waktu sahur dan berbuka.   Sepatutnya kata beliau kadar pengambilan makanan itu tidak bertambah serupa macam biasa dan jumlahnya berkurang disebabkan puasa tersebut.   "Kalau tidak, kita kena ambil sarapan pagi, minum pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam, sekurang-kurangnya empat kali sehari. Tetapi bulan puasa hanya dua kali sahaja kita makan.   "Jadi sepatutnya tubuh kita berehat di waktu siang tetapi dikerah semula untuk bekerja lebih keras di waktu malam dengan cara pemakanan yang salah tersebut," ujarnya.  
16 Apr 19
1004
Empty Image
Medan Ilmu Bakal Diwujudkan Di Dataran Berbumbung Piramid Bukit Besi
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 17 April- Dataran berbumbung piramid di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi bakal menjadi medan ilmu bagi masyarakat sekitar apabila siap sepenuhnya Mei nanti.Pegawai Penyelaras  Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN), Ghazali Sulaiman berkata, medan ilmu yang bakal diwujudkan itu  merupakan aspirasi dari perkembangan ilmu yang berlaku sejak zaman berzaman di Masjid Rusila Marang dan Medan Ilmu Tok Guru di Kota Bharu Kelantan.“Saya optimis dan cukup yakin bahawa dengan kewujudan medan ilmu ini ianya akan lebih membantu dalam membina dan mewujudkan kesejahteraan dikalangan masyarakat setempat.“Projek ini merupakan projek kerajaan terdahulu yang menelan belanja hampir empat juta, Insya-Allah kita akan memanafaatkannya sebaik mungkin dengan program yang bermanafaat dan saya juga bercita-cita agar medan ilmu ini nanti akan menjadi salah satu aspek yang menarik dari sudut pelancongan selain kita mempunyai tempat-tempat yang menarik di Bukit Besi ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pihak media, ketika meninjau projek berkenaan di Bandar Baru Sri Bangun, Bukit Besi, di sini hari ini.Katanya lagi, beliau turut merancang apabila bangunan itu siap nanti akan diwujudkan pusat niaga mingguan.“Ianya bagi membantu usahawan setempat dan juga berhasrat untuk membantu golongan mereka yang terlibat dengan asas tani dari Hulu Dungun, iaitu mereka yang dari Kampung Jongok Batu, Kuala Jengai, Kampung MInda, Kampung Talong dan lain-lain bagi memasarkan hasil tani mereka sendiri di dataran ini dan berpeluang untuk mendengar kuliah,’’ ujar Ghazali.Medan Ilmu itu menurutnya masih belum diberikan nama, namun tidak menolak kemungkinan akan menamakan dataran berkenaan dengan nama-nama tokoh yang hebat didalam sejarah Islam.“Inilah masanya bagi kita membuktikan bahawa kerajaan Terengganu memang bertekad dan beriltizam untuk membina masyarat dengan nilai ketamadunan yang tinggi mengikut acuan Islam dalam masa yang sama tidak menolak arus pembangunan dan kemodenan serta meransangkan aktiviti perniagaan kearah kehidupan masyarakat yang lebih baik,” tegas beliau.
16 Apr 19
1063
Program MyHeSs Pastikan Pemimpin, Pegawai Kerajaan Sihat
Program MyHeSs Pastikan Pemimpin, Pegawai Kerajaan Sihat
Ahmad Samsuri bergambar kenangan bersama pegawai terlibat selepas melakukan saringan kesihatan. KUALA TERENGGANU, 17 April - Program Malaysian Health Status Surveillance System (MyHeSs) Eksekutif diadakan bertujuan untuk memastikan semua anggota pentadbiran kerajaan negeri berada pada tahap kesihatan terbaik. Penolong Setiausaha Kerajaan Terenganu Bahagian Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan & Alam Sekitar, Mohd Nazir Mat Said berkata, kakitangan pentadbiran adalah golongan sasar yang penting untuk dipantau kesihatan mereka secara berterusan.   Katanya, ini bagi memastikan mereka mempunyai tahap kesihatan fizikal dan mental yang baik supaya dapat memberikan perkhidmatan terbaik dalam tugasan harian mereka.   “Kerana sebagai seorang anggota kerajaan, tahap kesihatan yang tinggi memang diperlukan untuk mentadbir dan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. “Selepas ini program akan dilaksanakan di semua peringkat daerah dengan kerjasama pejabat kesihatan daerah masing-masing, bagi memastikan semua dalam keadaan baik,” katanya.   Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita semasa Program MyHeSs Eksekutif di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.   Mohd Nazir Mat Said. Sementara itu Ketua Penolong Pengarah Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Wan Nor Hafizah Wan Baharuddin berkata, pemeriksaan kesihatan itu tertumpu kepada saringan wabak yang boleh mengganggu organ dalaman dan luaran badan.   Tambah beliau, program itu perlu dilakukan secara berkala bagi memastikan tiada penularan wabak yang serius.   “Hari ini kita telah membuat saringan kesihatan seperti pemeriksaan tekanan darah, paras gula dan kolestrol dalam darah serta saringan untuk kanser servik dan payudara.   “Semoga program dapat dilaksanakan secara berkala setiap tahun supaya pemimpin negeri mempunyai kesihatan pada tahap tertinggi,” tambah beliau.   Dr Wan Nor Hafizah Wan Baharuddin. Program anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Terenganu itu turut mendapat perhatian Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang turut hadir bagi membuat pemeriksaan kesihatan.
16 Apr 19
348
Empty Image
Cacat Tidak Halang Wahida Juarai Wheelchair Race
Oleh: Mohd Zukifli MatKUALA NERUS, 17 April - Kecacatan tubuh badan tidak menjadi penghalang kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim Fikri, Nur Amirka Wahida Azhar, 13, menjuari acara wheelchair race Pertandingan Tepoh Sport Challenge (TSC), di Tok Jiring, di sini, baru-baru ini.Wahida antara lima peserta Orang Kurang Upaya (OKU) yang menyertai program anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh itu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim turut berkerusi roda bagi menyelami kesusahan golongan itu.Wahida berkata, dia  teruja kerana dijemput untuk bersama-sama peserta lain menyertai program yang julung kali diadakan itu.“Walaupun diri saya tidak sempurna seperti insan lain, saya tetap bersemangat menyertainya dan alhamdulillah dengan kekuatan yang ada saya berjaya menjuarai kategori wheelchair race," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas program itu.Tambahnya, apa yang dilalui itu menjadi pendorong untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelbagai aktiviti sukan lain.
16 Apr 19
331
Empty Image
Timbalan Menteri Kesihatan Puji Kad Sejahtera Terengganu
Dr. Lee dan Dr. Alias turut menziarahi pesakit di hospital Dungun.DUNGUN, 16 April - Pelaksanaan bantuan perubatan melalui Kad Sejahtera yang dilaksanakan Kerajaan Terengganu mendapat pujian Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Lee Boon Chye.Menurutnya, inisiatif itu dapat mengurangkan rakyat yang kurang berkemampuan."Terima kasih kepada negeri Terengganu kerana memberi perkhidmatan kepada rakyat sekali gus mengurangkan beban kepada klinik dan hospital awam kerana ia boleh digunakan untuk klinik swasta," katanya ketika ditemui pemberita.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis dialog sempena Lawatan Kerja Timbalan Menteri Kesihatan ke Fasiliti Kesihatan Dungun, di Dewan Majlis Perbandaran Dungun, di sini hari ini.Dalam program berkenaan, beliau yang disambut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak melawat Hospital Dungun dan mengadakan pertemuan dua hala dengan pegawai-pegawai perubatan negeri. Turut hadir, Timbalan Exco, Ahmad Shah Mohamed,  Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Dr. Mohd Jusoh serta Pengarah Hospital Dungun, Dr. Farah Najwa Abdul Rahim.Lebih 300 kakitangan perubatan seluruh daerah hadir dalam majlis dialog.Dr. Lee turut melihat perjalanan projek pembinaan hospital baharu Dungun yang dijadualkan siap pada Februari 2020.Dalam pada itu, Dr. Alias memaklumkan Kad Sejahtera akan memberi manfaat kepada 20,000 rakyat negeri itu melalui subsidi perubatan bagi wad kelas ketiga dan unit pesakit luar di klinik swasta.Inisiatif berkenaan merupakan salah satu manifesto kerajaan negeri dengan sebanyak RM12 juta diperuntukkan bagi tahun ini dengan nilai RM500 bagi setiap kad.
16 Apr 19
756
Empty Image
Penduduk Digalak Bercucuk Tanam
HULU TERENGGANU 16 April- Penduduk daerah ini disaran merebut peluang mendapatkan bantuan serta khidmat nasihat yang disediakan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Jabatan Pertanian untuk menjalankan projek pertanian secara komersial mahupun sampingan bagi menambah pendapatan keluarga.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang,  Dr Mamad Puteh berkata, kerajaan menyediakan skim bantuan khusus bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar, luar bandar dan taman perumahan untuk menjalankan aktiviti bercucuk tanam di sekitar kediaman masing-masing.Katanya, inisiatif itu diperkenalkan selepas menyedari terdapat penduduk mempunyai minat bercucuk tanam tetapi terpaksa berdepan dengan masalah kawasan yang terhad selain kekurangan modal untuk mengusahakan sebarang tanaman secara komersial.“Pada masa sama, Jabatan Pertanian ada memperkenalkan program pertanian bandar yang berkonsepkan penanaman moden seperti penggunaan `nutrient nilm techigue, nutripot dan edible garden'.“Konsep yang diperkenalkan itu berjaya dilaksanakan di pekarangan Pejabat Pertanian Daerah Hulu Terengganu, sekolah-sekolah, beberapa agensi dan komuniti sekitar Hulu  Terengganu, " katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Hari Peladang dan Bertemu Pelanggan MOA Peringkat Hulu Terengganu, hari ini.
16 Apr 19
105
Empty Image
Terengganu Tunai Janji Manifesto Untuk Anak Muda
Oleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU, 16 April- Kerajaan Negeri terus menunaikan janji apabila melaksanakan salah satu daripada dua puluh manifesto PAS pada Pilihanraya Umum Ke-14 lalu iaitu pembahagian lesen motosikal secara percuma.Lebih 25000 orang belia dan beliawanis yang berumur antara 16 hingga 40 tahun mendapat manfaat daripada Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) yang digerakkan bagi meringankan bebanan keluarga.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Kolam Kuala Ibai, Mohd Hamdi Abas berkata, program berkenaan berjalan lancar selepas PAS mengambil alih tampuk pimpinan daripada kerajaan terdahulu.“Terima kasih kepada kerajaan negeri kerana telah melaksanakan manifesto yang diutarakan iaitu pembahagian lesen motor kepada golongan belia dengan jayanya.“Satu anugerah yang tidak ternilai untuk belia kerana mereka dapat memiliki lesen motosikal tanpa sebarang bayaran apabila ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri,” ujarnya Beliau berkata demikian kepada pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui pada program pembahagian baucer peringkat Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Kolam di Pusat Khidmat Masyarakat Kolam Kuala Ibai, semalam.
15 Apr 19
170
Empty Image
Seimbangkan Akademik Dan Aktiviti Persatuan
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 16 April- Pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara digalakkan menyertai aktiviti persatuan dan dalam masa yang sama bersungguh-sungguh dalam bidang akademik.Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, mereka perlu membiasakan diri dengan aktiviti organisasi persatuan pelajar dan tidak mengasingkan diri.“Lontarkan masalah jika ada supaya perkara sulit akan dapat dirungkai. Berilah kerjasama yang baik kepada  kepimpinan yang sentiasa turun dari semasa ke semasa," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap meraikan seramai tujuh orang pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Mesir dan seorang ke Turki di sebuah restoran disini, semalam.Alias turut mengucapkan tahniah kepada ibu bapa yang berjaya mendidik dan menjuruskan minat anak-anak kepada bidang agama. "Kelapan-lapan orang ini yang mengambil pelajaran dalam bidang pendidikan Islam menjadi harapan kita semua agar mereka dapat mengantikan pemimpin yang ada sekarang ini pada masa akan datang," ujarnya.Beliau juga merakamkan terima kasih kepada Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM)  yang membantu menguruskan pelajar-pelajar untuk memudahkan mereka meneruskan pengajian di sana." Kita juga mengharapkan pelajar ini bukan sekadar menyambung ijazah pertama, tetapi kita mengharapkan mereka dapat meneruskan pengajian ke peringkat tertinggi termasuk master dan PhD," ujarnya.
15 Apr 19
57
Empty Image
PPD Bukit Besi Sertai Latihan Keselamatan Di Air
 Ghazali (tiga dari kanan) sertai latihana keselamatan di air di Tasik Puteri Bukit Besi.Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 15 April - Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman antara 30 peserta  yang menerima latihan keselamatan di air dari Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Bandar Al-Muktafi Billah Shah, di sini, baru-baru ini. Beliau bukan hanya sekadar turut serta tetapi mengikuti segala modul yang dikendalikan oleh JBP di Tasik Puteri Bukit Besi di samping mencadangkan idea untuk memperkemaskan lagi latihan bagi persediaan menghadapi insiden lemas di masa akan datang.Ghazali ketika ditemui di tempat yang sama berkata, latihan selama dua jam itu sangat penting dan perlu didedahkan kepada masyarakat, agar mereka mampu menjalankan usaha menyelamat orang awam ketika berdepan dengan insiden kecemasan di air. Ghazali (kanan) bersama 30 peserta lain menerima latihan keselamatan di air di sekitar kawasan Tasik Puteri Bukit Besi baru-baru ini."Kita telahpun adakan program ini sepetang, selama dua jam, di mana setiap peserta telah dibimbing oleh wakil JBP untuk mempelajari kaedah menyelamat di air."Modul yang diikuti merupakan asas pertama iaitu bagaimana cara untuk apungkan diri  dan diajar bagaimana teknik yang betul untuk menyelamat mangsa apabila berlakunya saat-saat yang tidak diingini di air," ujarnya.Peserta latihan termasuk 12 orang Ahli Jawatankuasa (AJK) Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), seperti Pengerusi MPKK Felda Jerangau Cawangan Dua, Anuar Omar, Pengerusi MPKK Batu Sawar, Khaziman Khalik, Pengerusi MPKK Jerangau, Arfan Tahir, Pengerusi MPKK Felda Jerangau 1, Mohd Sidek Muhammad, Pengerusi MPKK Bukit Besi Cawangan Perumahan, Abas Abdul Ghani dan tujuh AJK MPKK yang lain.Turut serta, enam AJK Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Bukit Besi termasuk Penyelia i-MiTS, Khaziman Khalik; Penolong Pegawai IT, Mohd Hanif Safwan Mansor; Pembantu Penyelia Hal Ehwal Masyarakat, Mohd Noor Azian; Pembantu Penyelia Latihan, Abdul Malik Rani; Pembantu Penyelia Hal Ehwal Belia, Che Wan Mohd Fikri Che Wan Mubin; Pembantu Penyelidik, Mohamad Izat Fauzi, lapan  remaja lepasan sekolah DUN berkenaan dan tiga individu lain.Ghazali berkata, pihaknya merancang mengadakan beberapa siri latihan keselamatan lain bersama JBP itu di masa akan datang termasuk bagi menghadapi insiden kebakaran dan kecelakaan udara khusus untuk masyarakat DUN berkenaan.
15 Apr 19
481