Artikel "Komuniti" Terkini
Nelayan Kg Pasir Putih Terima Mesin Tarik Bot
Oleh: Khairan Mat JusohMARANG, 21 April - Kerajaan negeri mengagihkan sumbangan mesin khas dan beberapa kelengkapan lain membabitkan peruntukan hampir RM10,000 yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah menarik bot nelayan ke daratan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong berkata, kemudahan mesin menarik bot itu mampu menyelesaikan masalah yang dialami puluhan nelayan di Kampung Pasir Putih, di sini sejak sekian lama.“Saya berharap nelayan berkaitan sepakat menjaga dan mengunakan kelengkapan bernilai RM9,550 itu sebaik mungkin,” katanya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Mesin, Kampung Pasir Putih, di sini baru-baru ini.Katanya, penduduk bersama-sama golongan nelayan di kawasan itu bergotong-royong memasangnya untuk menjimatkan kos."Kita amat suka dan menggalakkan aktiviti pemasangan seperti ini kerana ianya bukan sahaja mampu menjimatkan kos, malahan juga mampu memperkuatkan ukhuwah sesama kita serta sifat bertanggungjawab dapat dipupuk,” katanya..Wakil nelayan Kampung Pasir Putih, Azmi Abdullah, 58, mengucapkan terima kasih di atas sumbangan itu."Insya-Allah masalah ini akan dapat diselesaikan dan kita akan menyiapkan pemasangan enjin ini supaya penggunaannya dapat dipercepatkan," kata beliau ketika ditemui pemberita.Dalam tumpuan sama, Ketua Pemuda PAS Kampung Pasir Putih, Azfar Ismail, 32, meluahkan rasa terharu dan berterima kasih di atas tindakan cepat yang diambil oleh pihak Dewan Undangan Negeri (DUN). "Terima kasih yang teramat sangat kepada YB (Yang Berhormat) di atas pemberian ini dan bagi saya, pengundian kita kepada PAS bukan sesuatu yang sia-sia, kebajikan kita sebagai rakyat amat diberi perhatian," katanya.
20 Apr 19
372
Penduduk Gempar Jumpa Bayi Di Wakaf
Bayi ditemui di wakaf berkenaan.Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 21 April - Penduduk Felda Jerangau digemparkan dengan penemuan bayi cukup sifat berusia seminggu, pagi tadi.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Jerangau Cawangan Dua, Anuar Omar berkata, bayi berkenaan ditemui di Wakaf Mozek, di Jalan Jerangau Jabor berhampiran kawasan felda."Bayi itu ditemui oleh seorang peneroka yang hendak ke ladang, sejurus selepas itu telah dilaporkan kepada balai polis berhampiran."Penemuan pada pukul 7.30 pagi dan saya sebagai pengerusi MPKK bersimpati di atas kejadian ini, dan ini merupakan kali pertama kita dikejutkan dengan perkara seumpama ini," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media sebagai mengulas penemuan bayi berkenaan, di sini, hari ini.Anuar juga memaklumkan telah merujuk kepada Klinik Kesihatan Felda Jerangau untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan penemuan itu.Bayi berusia seminggu."Rekod didapati dari Klinik Kesihatan Felda Jerangau bahawa ibu-ibu yang sedang dan telah mengandung semuanya berada dalam pantauan dan jagaan."Ringkasannya yang boleh dibuat, kes itu tiada kaitan dengan penduduk di sini, besar kemungkinan orang luar yang meninggalkan bayi berkenaan dan wakaf itu pula terletak di lebuh raya," jelasnya.Tambahnya, bayi berkenaan telah dibawa ke Hospital Besar Dungun untuk tindakan selanjutnya.Sementara itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, kes tersebut telah dilaporkan kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) Daerah Dungun.Beliau juga menegaskan, tiada sebarang dokumen atau bukti berkaitan bayi itu yang ditemui sebagaimana yang dihebahkan di media sosial.Anuar bersama bayi berkenaan di Hospital Dungun."Saya mengharapkan agar tiada sebarang spekulasi ataupun tanggapan negatif yang dilakukan terhadap perkara ini."Apa yang terjadi mungkin ada perkara disebaliknya yang tidak kita ketahui, lagipun bayi berkenaan dijumpai dalam keadaan yang sihat, dan berpakaian lengkap dan bersyukur ditemui dalam keadaan yang selamat," ujar beliau.
20 Apr 19
461
Pembangunan Fizikal Perlu Selari Dengan Pembangunan Jiwa
Oleh: Muhd Syafiq SyakirinSETIU, 19 April- Pembangunan fizikal yang dibina perlulah ditambah dengan taqwa bagi melahirkan masyarakat yang sihat dan aman.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, ia dapat dilihat pada sejarah tentang kaum Ad yang membina rumah daripada bukit-bukit tetapi dihancurkan akibat kekufuran yang dilakukan."Sejarah telah mengajar kita bagaimana kaum 'Ad membina perumahan yang indah, diperbuat daripada bukit-bukit."Akan tetapi dihancurkan akibat maksiat yang dilakukan mereka,"katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Ramah Mesra bersama penduduk Pulau Redang di Balai Raya Kampung Baru, Pulau Redang, baru-baru ini.Mohd Nor juga berpesan agar sentimen politik perlu dibuang bagi melahirkan penyatuan ummah yang baik tanpa mengira agama mahupun bangsa."Penyatuan ummah perlu dibangkitkan, dan buanglah sentimen politik bagi melahirkan masyarakat yang harmoni dan dapat meningkatkan imej kita terhadap masyarakat luar,"ujarnya.
20 Apr 19
38
Festival Mazu : Kerajaan Negeri Hormati Kepelbagaian Budaya
Foto oleh: Pok AbbasKUALA TERENGGANU, 21 April - Festival Mazu yang disambut secara besar-besaran oleh kelompok masyarakat Hainan yang terdiri daripada kaum Cina membuktikan KerajaanTerengganu menghormati kepelbagaian budaya di negeri itu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor berkata, sambutan tersebut membawa pulangan kepada negeri Terengganu dengan kedatangan pelancong dari luar.“Saya difahamkan tahun ini adalah tahun ketiga sambutan Festival Mazu dan sekarang ini (sedang) berlangsung perarakan darat daripada pelbagai negeri antaranya Perak, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur yang mewakili kebudayaan dan kepercayaan masing-masing.“Sebenarnya kehadiran di sini bagi meraikan mereka dan menghargai satu festival tradisi kebudayaan. Program ini sangat bagus terutama kepada anak-anak kita agar mereka melihat sendiri apakah tradisi masyarakat Cina,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Festival Mazu di Hotel Seri Malaysia, kelmarin.Oleh itu katanya, perpaduan nasional memainkan peranan penting dalam memupuk sikap hormat-menghormati budaya lain dan meraikan sambutan bersama mereka. “Kerajaan Terengganu menyambut baik program seperti ini. Kita memberi kerjasama sekali gus memasukkan program seumpama ini dalam takwim pelancongan kerajaan.“Kita meneruskan agenda sebegini sebagai salah satu tarikan dan sekali gus menggalakkan industri pelancongan di negeri Terengganu,” ujarnya.Turut hadir ialah Presiden Chinese Chamber Terengganu, Datuk Low Whan Chong, Timbalan Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu, Martin Tok, Pegawai Daerah Marang dan Pegawai Khas Menteri Besar, Dr Bala Chandran.
20 Apr 19
150
Menjaga Kesihatan Adalah Satu Tuntutan
Oleh: Fidee Aziz
KUALA TERENGGANU, 19 April - Setiap individu disaran supaya sentiasa cakna akan kesihatan agar segala urusan kerja seharian dapat dilaksanakan dengan cemerlang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, kesihatan merupakan aset yang amat bernilai dalam kehidupan setiap manusia dan perlu sentiasa dijaga serta diberi perhatian dengan sebaik mungkin.
Jelasnya, Islam turut menitikberatkan penjagaan kesihatan dengan menggariskan lima perkara asas, salah satunya ialah penjagaan kepada nyawa yang antara lain menfokuskan kepada kesihatan.
“Kesihatan adalah satu perkara yang sangat penting, kalau kita tengok dalam Islam meletakkan lima perkara asas, salah satunya ialah penjagaan kepada nyawa yang berkait rapat juga dengan penjagaan kepada kesihatan,” ujarnya
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena program Pusat Khidmat Bergerak di Dewan Surau As-Salam, Batu Buruk,semalam.
Turut hadir Ahli Parlimen Kawasan Kuala Terengganu, YB Haji Ahmad Amzad Hashim, Penghulu Chendering, Ayub Abdul Rahman, Pengerusi MPKK Raja Baran, Tuan Ngah Tuan Ahmad dan seluruh pegawai-pegawai Insitut Modal Insan Terengganu Sejahtera (I-MITS) Dun Batu Buruk.
Muhammad Khalil yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri turut berkata, kawasan Kuala Terengganu diiktiraf sebagai kawasan paling bahagia di Malaysia berdasarkan kajian yang diiktiraf oleh kerajaan pusat. Sudah tentu antara faktor yang mengundang kepada kebahagian ialah cara hidup yang sihat.
“Apabila kita sihat, bagi orang Islam ia akan membantu kita untuk beribadah kepada Allah S.W.T kerana itu tujuan kita hidup,”.
Program itu dianjurkan secara bersama oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Raja Baran, Pusat Khidmat ADUN Batu Buruk, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Terengganu dan Kuala Terengganu Medical Team
19 Apr 19
100
Kebersihan Sebagai Amalan - MB Terengganu
KUALA NERUS, 20 April - Kerajaan negeri komited bagi memastikan kebersihan persisiran pantai dan kawasan sekitar di Terengganu berada di tahap yang memuaskan dengan kerjasama pelbagai agensi dan jabatan.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kolaborasi antara pelbagai jabatan,agensi dan masyarakat mampu mewujudkan persekitaran yang bersih dan ceria"Dan juga perkara yang paling penting ialah bagaimana menimbulkan kesedaran untuk melakukan proses seterusnya bagi memastikan ia berkembang setiap masa dan bukan masa kempen sahaja."Amalan menjaga kebersihan merupakan amalan penting dan kemajuan negara serta masyarakat juga berkait rapat dengan kebersihan dan ia wajar dibudayakan sebagai cara hidup,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Go Clean Peringkat Negeri Terengganu di Pantai Teluk Ketapang, di sini hari ini.Sultan Terengganu, Duli Yang Maha Mulia Al Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah turut mencemar duli berangkat merasmikan program berkenaan.Keberangkatan baginda diiringi Tengku Muhammad Muaz Sultan Mizan Zainal Abidin.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Yahaya Ali; Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk A. Rahman Yahya; Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Zahari Mohd Azahar; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr. Alias Razak dan Ketua Pengakap Negara, Dato" Seri Paduka Dr. Shafie Mohd Salleh.Tambah beliau lagi, satu perbincangan diperingkat daerah-daerah akan dilaksanakan bagi memastikan kesemuanya mengekalkan tahap kebersihan di tahap yang terbaik."Bagaimana nak kekalkan di daerah, kita akan berbincang dengan mereka tetapi yang penting nak hadapi lepas raya yang mana selepas beratus ribu pulang ke tempat kerja mereka maka ada suasana yang perlu kerajaan negeri ambil perhatian."Oleh itu kita minta semua pihak termasuk pengunjung dan anak-anak tempatan jalankan tugas masing-masing dan Insha Allah, kita boleh kekalkan kebersihan bersama,"ujarnya.
19 Apr 19
89
Terengganu Go Clean Catat Malaysia Book Of Record
KUALA NERUS, 20 April - Terengganu Go Clean anjuran kerajaan negeri bersama-sama dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu berjaya dicatatkan di Malaysia Book Of Record(MBOR) sebagai Program Gotong-Royong dengan jumlah penyertaan teramai 2019.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia menyasarkan penyertaan teramai, melibatkan pelbagai agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO), persatuan penduduk, serta masyarakat setempat."Hari ini sejarah ditempa sekali lagi dan rekod tercipta di MBOR untuk program Terengganu Go Clean yang berjalan serentak pada hari ini di seluruh negeri bermula jam 8.30 pagi."Seramai 16,390 ribu peserta terlibat di 30 lokasi bermula di Kemaman sehingga ke Besut bagi menjayakan Program Go Clean peringkat negeri bagi memastikan persekitaran sekeliling dan keindahan tempat tempat pelancongan serta tumpuan awam berada dalam keadaan bersih dan bebas daripada sisa plastik dan sampah sarap,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Go Clean Peringkat Negeri Terengganu di Pantai Teluk Ketapang, di sini hari ini.Sultan Terengganu, Duli Yang Maha Mulia Al Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah turut mencemar duli berangkat merasmikan program berkenaan.Keberangkatan baginda diiringi Tengku Muhammad Muaz Sultan Mizan Zainal Abidin.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Yahaya Ali; Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk A. Rahman Yahya; Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Zahari Mohd Azahar; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr. Alias Razak dan Ketua Pengakap Negara, Dato" Seri Paduka Dr. Shafie Mohd Salleh.Sijil MBOR dengan jumlah penyertaan teramai 2019 disampaikan oleh Pegawai Penganalisisnya, Nurul Fatihah Mahmood kepada Datuk A. Rahman Yahya dengan disaksikan Dr. Ahmad Mokhtar.
19 Apr 19
369
Pajakan Lama Untuk Tapak Pasar Tani Yang Lebih Selesa
Oleh: Syed Abdul RahmanKUALA TERENGGANU, 19 April- Sebahagian besar peniaga Pasar Tani Padang Hiliran menyarankan agar tapak perniagaan Pasar Tani diberikan pajakan yang lama supaya dapat dibangunkan sebagai tapak perniagaan yang lebih baik dan selesa.Salah seorang peniaga, Hisyam Zuhdi, berkata pajakan yang lama ini akan membantu membina satu tapak perniagaan yang sesuai seperti mengadakan sebuah pejabat untuk menguruskan para peniaga."Dengan pengurusan yang kemas, kami berharap kawasan tesebut diselenggara dengan baik supaya tapak perniagaan menjadi kawasan yang selesa untuk berniaga, tidak berdebu dan tiada gangguan air bertakung."Sekiranya tiada apa-apa perjanjian, sukar bagi kami untuk membangunkan tempat yang sesuai dengan kehendak peniaga dan hasrat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ,"katanya kepada pemberita ketika ditanya berkait permasalahan di kawasan itu, di sini hari ini.Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed diiringi Pengarah FAMA Negeri, Fauzi Mohamad dan pegawainya membuat tinjauan serta beramah mesra bersama peniaga dan pengunjung di Pasar Tani Padang Hiliran.Sementara itu, Ahmad Shah berkata pihaknya akan melihat keperluan dan akan membantu para peniaga supaya perniagaan mereka lebih maju.“ Pihak kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada para peniaga untuk mencari rezeki dan mengembangkan perniagaan dan ekonomi mereka," katanya.
19 Apr 19
71
Sekelip Mata Rumah Esah Hangus Dijilat Api
Oleh : Muhd Afiq ZohirBESUT, 19 April - Penduduk kampung Gerai, Jerteh dikejutkan dengan insiden kebakaran yang meranapkan sebuah rumah dalam sekelip mata, lewat malam kelmarin.Kejadian kira-kira jam 11.40 malam itu, menyebabkan mangsa, Esah Mamat, 61, serta seorang anak dan cucu yang menghuni di situ kehilangan tempat berteduh dan semua barangan musnah akibat api yang marak dengan cepat dan menyambar keseluruhan rumah.Saksi kejadian, Muhd Shahruniza, 25, berkata, dia bersama penduduk kampung tidak mampu berbuat apa-apa melainkan memastikan semua mangsa selamat dalam kejadian itu .“Api mula membakar dari dalam bilik sebelum membakar keseluruhan rumah."Penduduk kampung tidak mampu berbuat apa-apa melainkan menelefon pihak bomba,"katanya.Sepasukan bomba yang tiba beberapa minit kemudian berjaya memadamkan kebakaran dalam tempoh 15 minit.Susulan itu, Pejabat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh mendapatkan maklumat daripada mangsa kebakaran untuk membantumeringankan bebanan mangsa.Difahamkan, akibat kejadian yang berpunca daripada litar pintas itu, mangsa kerugian kira-kira RM70,000.
18 Apr 19
87
Kursus Star@u Myfuture Plus Tumpu Golongan Belia Berpendapatan Rendah
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) menyasarkan sekurang-kurangnya puluhan belia daripada keluarga berpendapatan rendah di negeri ini menyertai Kursus Star@u Myfuture Plus secara percuma bertujuan melahirkan belia berkemahiran.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata penganjuran kursus empat hari yang julung kali itu dapat menarik minat 50 peserta dan berkemungkinan akan ditingkatkan bilangannya pada program akan datang.“Peserta kali ini menumpukan lima bidang utama iaitu asas pendawaian elektrik, asas kimpalan, pemasangan dan selenggara paip domestik serta jahitan kreatif jenis jeans.“Penyertaan diutamakan kepada pelajar sekolah menengah berdekatan, selain menawarkan kepada golongan belia daripada keluarga berpendapatan rendah,”katanya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Tamat Latihan Kursus Star@u Myfuture Plus di IKBN Wakaf Tapai, di sini, hari ini, Hadir sama,Pengarah IKBN Wakaf Tapai, Mohd Fauzi Arifin. Seorang peserta Orang Kurang Upaya, Muhamad Hanis Syakir Mahatdir, 18, berkata dia berasa bangga dapat bersama-sama peserta normal lain mengikuti program kimpalan.“’Ilmu yang ada akan digunakan sebaik mungkin, sekiranya memperoleh tawaran kerja daripada mana-mana syarikat,”katanya.Peserta berbangsa Cina dari Sekolah Menengah Wakaf Tapai, Marang, Lee Shuang Hong, 17, dia tidak berasa janggal meyertai program itu walaupun dia satu-satu peserta berbangsa Cina. “Saya mengikuti program itu bersama 29 rakan sekolah lain kerana mahukan pelbagai ilmu kemahiran, terutama berkaitan elektrik,”katanya...
18 Apr 19
996