lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
MB Terengganu Rai Konvoi Kembara Zakat Kebangsaan 2019
Menteri Besar menyampaikan sijil penghargaan kepada agensi-agensi yang menyertai KKZ 2019.KUALA TERENGGANU, 25 April - Kerajaan Terengganu mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Waqaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), agensi-agensi zakat negeri dan Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN) seluruh negara atas kunjungan ke negeri itu.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar meraikan dan mengalu-alukan kedatangan para peserta walaupun program berlangsung dalam tempoh yang singkat iaitu selama dua hari.“Kami merasa bertuah dikunjungi rakan-rakan dari pelbagai negeri. Semoga peserta dapat memanfaatkan program dan menambah pengetahuan tentang agensi zakat. “Kerajaan negeri juga membuka tangan seluas-luasnya kepada sebarang program bermanfaat yang ingin dianjurkan di sini pada masa akan datang,” katanya ketika merasmikan penutup Kembara Zakat (KKZ) 2019 Peringkat Kebangsaan dalam Majlis Makan Malam bersama Menteri Besar di Wisma Darul Iman, semalam.Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, pegawai-pegawai kanan negeri serta kakitangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).Turut hadir, Yang Dipertua MAIDAM, Othman Muda dan Ketua Pengarah JAWHAR, Ruslan Said selaku penganjur utama program. Kerajaan negeri mengalu-alukan sebarang program yang bermanfaat di negeri ini - Dr. Samsuri.Majlis berkenaan diadakan sempena kejayaan penganjuran KKZ yang terbesar kali ini serta bagi meraikan sekitar 20 jabatan terdiri daripada agensi zakat dan MAIN dengan hampir 200 peserta konvoi.KKZ merupakan acara tahunan kali ketujuh yang telah diadakan sejak tahun 2012 di negeri-negeri berlainan.Tahun ini, KKZ menjelajah ke tiga daerah iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang bagi mempromosikan institusi zakat agar masyarakat mendapat maklumat selain menyampaikan sumbangan kepada asnaf-asnaf yang ditemui.Dr. Samsuri turut berharap agar program yang diadakan memberi manfaat kepada peserta dan masyarakat setempat.“Sebelum pulang, saya berdoa semoga negeri kita dicucuri rahmat Allah SWT dan semoga pertemuan ini akan menjadi kenangan terindah tuan-tuan dan puan-puan,” katanya.
24 Apr 19
48
Empty Image
8,509 Beg Jahitan Tangan Catat MBOR
KUALA TERENGGANU, 24 April-  Penyertaan 57 penggiat bidang jahitan dari Terengganu bersama-sama 896  peserta lain dari seluruh negeri berjaya menjahit 8,509 pelbagai jenis beg tangan dalam program  Himpunan Beg Terbanyak Di MalaysiaBilangan beg yang dihasilkan dengan pelbagai rekaan, teknik jahitan, corak, fabrik dan bahan mentah yang berlainan itu berjaya memecahkan Malaysia Book Of Records (MBOR).  ADUN Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor, berkata  semua beg itu merupakan hasil tangan rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum antaranya Melayu, Cina, India, Orang Asal dan etnik-etnik di Sabah dan Sarawak.Katanya, tujuan majlis itu diadakan adalah untuk meraikan penggiat kraf bidang jahitan kreatif yang berjaya menciptakan rekod kebanggaan Malaysia  yang baru.“Pendekatan  ini  membuktikan bidang jahitan kreatif bukan hanya boleh dipelopori sebagai hobi semata-mata  malah menggalakkan penggiatnya menjana pendapatan serta menggunakan masa dengan berkualiti dan tidak sia-sia.“Tahniah kepada semua yang terlibat terutama kepada pihak Pusat Jahitan Seni Kreatif (PSJK) dan Epal dalam usaha menjayakan program ini. Satu pencapaian yang sangat membanggakan Negeri Terengganu,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sijil Kepada Peserta di  Pusat Latihan Kraftangan Epal (Epal) di Jalan Sultan Zainal Abidin, di sini, semalam.Zuraida berkata, penggiat kraftangan itu perlu menggunakan segala kemudahan yang disediakan kerajaan negeri untuk meningkatkan pendapatan keluarga serta melahirkan usahawan kraf yang profesional.“Bagi pihak kerajaan, kami amat menggalakkan dan mengambil berat usaha-usaha ke arah keusahawanan. Pelbagai manfaat dan kemudahan disediakan untuk membantu rakyat Terengganu supaya lebih berdaya saing dan berjaya menambahkan pendapatan.“Semoga kejayaan ini memberikan inspirasi kepada kita semua untuk meningkatkan lagi kemahiran jahitan dan sekali gus dapat menjana pendapatan untuk keluarga,” katanya.
24 Apr 19
598
Empty Image
Pupuk Kesedaran Pemuliharaan Hutan Di Kalangan Pelajar
Oleh: Adli MohamadKEMAMAN, 24 April- Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan, Dungun dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Binjai Kemaman telah mengadakan Program Kesedaran Hutan Dan Pendidikan Sempena Hari Hutan Antarabangsa 2019 di sekolah tersebut.Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu, Mohd Rahim Rani berkata, selain memupuk kesedaran terhadap kepentingan pemuliharaan hutan, secara tidak langsung program berkenaan berupaya membantu proses pembelajaran para pelajar.“Disamping menyedarkan mereka mengenai kepentingan hutan dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pemuliharaan, melalui aktiviti yang diadakan sepanjang program berlangsung juga dapat membantu para pelajar terutamanya yang akan menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk menjawab soalan-soalan berkaitan alam sekitar," jelasnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Kesedaran Hutan Dan Pendidikan Sempena Hari Hutan Antarabangsa 2019 di Sekolah Kebangsaan Binjai, semalam.Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu (BTPNT), Wan Mohd Zuhaidi Wan Hassan, Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman, Idris Bidin, Pegawai Hutan Daerah Dungun, Shohaimi Mohd Sani.Hadir sama, Yang Dipertuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Binjai, Saiful Nizam Ashaari serta Guru Besar SK Binjai, Mohd Razali Mat Hussin.Mohd Rahim berkata, Sambutan Hari Hutan Antarabangsa disambut pada 21 Mac setiap tahun."Namun di peringkat sekolah ini kita menyambutnya pada hari ini (23 April) dengan diadakan pelbagai aktiviti antaranya ceramah pendidikan hutan, persembahan pelajar sekolah, pameran dan aktiviti menanam pokok,” ujarnya.Katanya, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu akan terus menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak untuk mengadakan pelbagai program yang mampu memupuk kesedaran orang ramai terhadap kepentingan hutan."Khasnya kerjasama dengan sekolah-sekolah untuk menganjurkan program yang dapat memupuk kesedaran awam di seluruh negeri ini," ujarnya.
24 Apr 19
65
Empty Image
MB Tinjau Rumah Terbakar Di Rhu Renggeh
Dr. Samsuri tinjau keadaan rumah sambil ditemani pegawai Bomba.MARANG, 24 April –  Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar meluangkan masa meninjau  dua buah rumah yang terbakar di Kampung Rhu Renggeh, malam tadi.Beliau dan isteri, Tuan Faizah Tuan Ab Rahman yang sedang menghadiri perasmian hentian bas baharu di bandar Marang bergegas ke kampung itu sebaik menerima maklumat mengenai kejadian tersebut.Turut mengiringi beliau, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman.Dr. Samsuri memaklumkan, kerajaan negeri akan membantu mangsa berdasarkan penilaian yang dibuat oleh pihak berwajib dan agensi terlibat.Kerajaan negeri akan membantu mangsa kebakaran berdasarkan keperluan yang akan dinilai JKM.“Kita masih lagi ingin mendapatkan maklumat yang lebih jelas berkenaan penghuni kedua buah rumah ini sebelum membuat keputusan mengenai apa yang perlu dibantu.“Kita akan mempertimbangkan bantuan berdasarkan keperluan yang akan dinilai oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.Beliau turut merakamkan terima kasih kepada pihak yang membantu terutama Jabatan Bomba dan Penyelamat  yang bertindak pantas mengawal kebakaran daripada merebak.Katanya, bomba juga akan menjalankan siasatan mengenai punca kebakaran dan nilai kerugian yang ditanggung mangsa.Mohd Salim menyampaikan maklumat berkenaan kejadian kepada MB Terengganu.Dalam pada itu, Pegawai Balai Bomba Marang, Mohd Salim Mat Saman menyatakan pihaknya mendapat panggilan kecemasan sekitar jam 9.45 malam dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.“Kerja pemadaman selesai  pada jam 10.30 malam dengan kekuatan 16 anggota dan dua jentera dari Balai Bomba Marang dan Kuala Terengganu.“Daripada kedua-dua rumah, hanya satu rumah yang didiami oleh seorang lelaki lewat 30-an dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya sambil memaklumkan kesukaran memadam api disebabkan angin kuat selain tekanan air yang rendah.Keadaan rumah yang musnah keseluruhannya.
24 Apr 19
63
Empty Image
Masalah Bekalan Air 10 Keluarga Di Kg. Air Terjun, Besut Bakal Diselesaikan
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 24 April - Masalah bekalan air yang dialami oleh 10 keluarga di Kampung Air Terjun, Besut bakal diselesaikan dengan segera.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azbi Salleh berkata beliau dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Air Terjun telah mengambil inisiatif bagi membina paip air.Katanya, masalah tersebut berlaku disebabkan kawasan berkenaan tidak mempunyai paip air jalan yang membolehkan penduduk kampung menyalurkan air bersih ke rumah mereka."10 keluarga yang menetap di sini sudah 15 tahun tinggal dengan hanya menggunakan bekalan air telaga."Jika berlaku musim kemarau, ianya akan menyukarkan mereka bagi mendapat bekalan air yang secukupnya bagi kegunaan harian,"ujarnya kepada media ketika ditemui baru-baru ini.Tambahnya, paip air setelah diselesaika, ia dapat menyalurkan bekalan air bersih kepada penduduk yang terlibat."Saya berharap projek ini dapat disiapkan dengan segera bagi memudahkan urusan mereka yang terlibat,"ujar beliau.
23 Apr 19
50
Empty Image
Bank Rakyat Agih Zakat Kepada Pelajar Miskin
Oleh : Mohd Haniff AbasKUALA TERENGGANU, 22 April – Bank Rakyat Cawangan Kuala Terengganu  menyerahkan wang zakat perniagaan RM20,000 kepada Sekolah Kebangsaan Kesom, di sini untuk diagihkan kepada pelajar miskin. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, jutaan terima kasih diucapkan kepada pengurusan Bank Rakyat Cawangan Kuala Terengganu kerana menunaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat melalui kewajipan zakat yang ditunaikan dan tidak berorientasikan keuntungan perniagaan semata-mata.“Syabas dan tahniah kepada pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pengurusan sekolah ini kerana menunjukkan keprihatinan yang tinggi, bukan saja dalam hal akademik, tetapi juga hal kebajikan para pelajar,”  katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyampaian Bantuan Zakat Dengan Kerjasama Bank Rakyat Dan Komuniti 2019 yang diadakan di Dewan Kesuma, Sekolah Kebangsaan Kesom, petang semalam.Menurut Ustaz Ridzuan, al-Quran menyebut secara beriringan antara perintah menunaikan solat dengan menunaikan zakat. Mendirikan solat adalah satu isyarat hubungan hambaNya dengan Allah manakala  menunaikan zakat adalah hubungan hambaNya dengan masyarakat.Beliau juga membandingkan kaedah muamalat Islam berbanding kapitalisme yang memberikan kebebasan kepada individu untuk mengaut keuntungan dan kekayaan tanpa ada tanggungjawab untuk membantu masyarakat sehingga mewujudkan jurang yang luas antara golongan kaya dan miskin.“Kami semua tidak mengharapkan apa-apa dari ibubapa dan pelajar, melainkan hanyalah untuk melihat kejayaan dan kecemerlangan dari sudut akademik dan akhlak sahaja.“Maka, hargailah pemberian ini, walaupun sedikit, tetapi ianya sangat besar maknanya kepada kita. Ibubapa perlu menunjukkan kesungguhan, komitmen yang tinggi, untuk membantu pihak sekolah dalam memastikan para pelajar berjaya dalam akademik dan akhlak”, tambah beliau lagi.Eksekutif Cawangan Bank Rakyat Cawangan Kuala Terengganu, Jafri Zainee Abd Ghani berkata, sejumlah RM451,200 untuk 33 buah sekolah dalam Daerah Kuala Terengganu telah diluluskan peruntukan agihan zakat pelajar miskin sehingga Mac yang lepas.“Sebanyak 20 buah sekolah telah diagihkan zakat manakala selebihnya sedang menunggu giliran”, ujar beliau lagi.Turut hadir, Pengerusi PIBG, Zaid Mansor.
22 Apr 19
109
Empty Image
YPK Dungun Agih RM160,000 Pinjaman Modal Program Jaya Diri
 Salah seorang peserta terpilih menerima pinjaman modal yang disampaikan Alias.Oleh : Nooreni Abu BakarDUNGUN, 22 April – Seramai 18 peserta wanita Dungun terpilih menerima bantuan Pinjaman Modal Program Jaya Diri berjumlah RM160,000 daripada Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) bagi membesarkan perniagaan mereka.Skim pinjaman  itu merupakan bantuan pinjaman tanpa faedah untuk membantu usahawan anak negeri supaya meningkatkan perniagaan ke tahap lebih baik.Seorang daripada 18 penerima berkenaan, Wan Rosmaliza Wan Ali mewakili lafaz akad penerimaan pinjaman tersebut dalam sebuah majlis sempena Hari Keluarga Desa Keluarga Dungun di perkarangan Flat Bijangga, di sini, Sabtu lalu.Bantuan berkenaan disampaikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Dan Perpaduan Nasional negeri, Alias Harun disaksikan wakil YPK.Majlis itu turut dihadiri pegawai Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Kawasan Dungun, Farah Nor Faradila Mohd Zuki. Alias turut seru penduduk laksana tanggungjawab sebagai penyewa Desa Keluarga supaya tidak membebankan YPK. Dalam pada itu, Alias yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang menasihati para penyewa di kediaman berkenaan supaya melunaskan kadar sewa di setiap akhir bulan sebagaimana ditetapkan berikutan terdapat aduan berkaitan tunggakan sewa diterima. "Perlu diingat bahawa kita, kerajaan dan korporat masing-masing ada tanggungjawab untuk membina negeri yang cantik ini."Jadi, saya mohon penghuni-penghuni di sini berusahalah untuk menjelaskan sewa, berusaha membayar tungakan. Kalau tunggakan RM400, usaha selesaikan sebahagian terlebih dahulu,” katanya sambil memaklumkan, kadar sewa serendah RM100 hingga RM140 itu tidak seharusnya menjadi masalah untuk dijelaskan setiap bulan kepada YPK. Menurutnya, kerajaan sama ada negeri dan Persekutuan memperuntukkan jumlah yang besar untuk menaik taraf kemudahan sebagai langkah meningkatkan keselesaan penghuni di kediaman tersebut. "Tetap, jika tiada kerjasama (melunaskan tunggakan) daripada tuan-puan, maka kerajaan hanya dapat melakukan penambahbaikan secara minimum sahaja."Usaha murni tuan puan, bukan sahaja akan beroleh keberkatan Allah SWT tetapi juga memberi kemudahan kepada kerajaan merangka, merancang dan menambah baik kemudahan sedia ada," katanya. Para penduduk Desa Keluarga laksana pelbagai aktiviti untuk erat hubungan dalam komuniti.
22 Apr 19
387
Empty Image
Terengganu Galak Program Jom Cuci Masjid
Ariffin menerima kemeja T sebagai gimik perasmian.KUALA NERUS, 21 April - Kerajaan Terengganu sentiasa menggalakkan segala usaha baik dan bermanfaat kepada rakyat negeri berkenaan termasuklah Program Cuci Masjid yang diadakan di Masjid Pantai Tok Jembal, di sini hari ini.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman ketika merasmikan penutup program itu merakamkan ucapan terima kasih di atas usaha murni tersebut."Terima kasih kerana memilih negeri Terengganu untuk program siri ke-33 kali ini."Kami daripada kerajaan negeri menyokong usaha ini yang memberi banyak manfaat dan jika ingin adakan siri ke-34 di Terengganu, kami alu-alukan," katanya.Peserta Jom Cuci Masjid bergambar di penghujung program.Program tersebut dianjurkan Media Prima Berhad dengan usaha sama Sifu Bikerz, Malaysia Community Care Foundation (MCCF) dan TV3 Bikers sebagai aktiviti amal yang diadakan di seluruh negara.Hadir sama, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Fazil Wahab dan Penerbit Teknikal Kanan Jabatan Kejuruteraan Media Prima Berhad, Abdul Jalil Kamaruddin yang juga merupakan penyelaras program.Peserta turut dijamu dengan masakan tempatan.Dalam program berkenaan, peserta membersihkan kawasan masjid, perkuburan serta mengecat masjid melalui tajaan cat  daripada MCCF.Lebih 150 penduduk dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tok Jembal turut hadir membantu program itu.Turut hadir, pendakwah bebas, Hanafiah Abd Malek daripada Sifu Bikerz.
21 Apr 19
602
Empty Image
MPKK Kg Raja Sedia Pengangkutan Percuma Untuk Pesakit Kronik
Oleh: Syed Kamal Syed OmarKUALA TERENGGANU, 21 April - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Raja Chendering mengambil inisiatif menyediakan pengangkutan percuma untuk pesakit kronik berulang alik mendapatkan rawatan di  Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).  Pengerusi MPKK, Tuan Ngah Tuan Ahmad berkata, perkhidmatan yang akan disediakan dalam tempoh terdekat itu boleh diguna pakai oleh mana-mana pesakit terlantar yang kurang berkemampuan.“Terbaru, pengangkutan  sama bermungkinan akan digunakan pesakit kronik, Razali Sulong untuk ke HSNZ bagi menjalani dialisis buah pinggang,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Pusat Khidmat Bergerak di Dewan Surau As Salam, Chendering Raja, di sini baru-baru ini.Hadir sama, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim.Sementara itu, isteri kepada Razali, Zaimoh Mohamad, 57, berkata, suaminya dalam keadaan terlantar disebabkan kemalangan jalan raya tiga tahun lalu.Katanya, sejak itu, doktor yang merawat mengesan pendarahan dalam kepala, kerosakan pada buah pinggang selain mengalami hilang ingatan sehingga kini.“Sejak tragedi itu, dia tidak mampu lagi bekerja, sumber pendapatan keluarganya hanyalah bergantung kepada bantuan dari kerajaan iaitu Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) dan Tabung Darul Iman (TDI),” katanya.Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang anak angkat, Muhammad Nur Aiman Md Yusuf, 13, yang dibesarkan mereka sejak lahir dan sekarang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chendering.
21 Apr 19
291
Empty Image
Mat Motor Meriahkan Medan Ilmu Jerteh
Oleh: Muhd Afiq ZohirBESUT, 21 April - Hampir 30 penunggang motosikal daripada Kelab Motosikal Alternative Riding Club (ARC) Besut hadir memeriahkan Kuliah Medan Ilmu Jerteh.Pengerusinya, Mohd Jali Sulong berkata, kumpulannya selaku penggemar roda dua juga tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menimba ilmu pengetahuan.Katanya, selagi jasad dikandung hayat kita tidak terlepas untuk terus menimba ilmu bagi memastikan kita tidak ketinggalan dalam apa jua bidang.“Suasana sebegini perlu dikekalkan kerana ia dapat membentuk persekitaran yang sejahtera.“ Kuliah medan ilmu ini juga dapat mengajar para penunggang motosikal agar dapat menjaga tingkah laku sama ada di majlis ilmu atau diatas jalanraya,” katanya
20 Apr 19
302