Artikel "Komuniti" Terkini
Karnival Bukit Payong Sejahtera : MB, Ahli Parlimen Marang Serikan Majlis
Karnival Bukit Payong Sejahtera.Oleh: Nasir AbdullahKUALA TERENGGANU, 28 April - Satu program kemasyarakatan untuk mendekatkan kerajaan negeri dan rakyat akan diadakan di pekarangan Pasar Kedai Buloh, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dijangka akan merasmikan Karnival Bukit Payong Sejahtera yang bakal berlangsung selama empat hari itu, manakala Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang akan turut serta bagi memeriahkan lagi program berkenaan.Pengarah Karnival, Haris Malik berkata, karnival itu amat bertepatan dengan situasi semasa kerajaan negeri yang bakal menyambut ulang tahun pentadbiran pertama pada Mei nanti.“Dalam karnival ini juga, banyak agensi kerajaan yang turut sama turun bagi menjayakan program ini, sekali gus rakyat akan mendapat maklumat tepat berkenaan agensi-agensi berkaitan. Haris Malik.“Selain itu juga, agensi-agensi itu akan menyediakan kemudahan, penerangan peluang-peluang bagi rakyat yang telah disediakan oleh kerajaan, ini adalah capaian terus, tidak melalui mana-mana pihak ketiga,” ujarnya.Haris berkata, beberapa acara sukan rakyat, kemasyarakatan serta hiburan yang beretraskan syariat juga ada disediakan oleh penganjur bagi menceriakan lagi perjalanan karnival ini.Acara berkenaan seperti pameran kesihatan, taklimat dafar pemilih dan tidak ketinggalan acara wajib bagi karnival itu iaitu kuliah dan ceramah agama.“Jadi kita sediakan perkara dunia dan akhirat kepada pengunjung semua, kita juga sediakan peluang berniaga dan lebih penting daripada itu kuliah yang akan dipersembahkan oleh Ustaz Azhar Idrus,” jelas beliau lagi.Tambah Haris lagi, karnival yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Payong itu bakal memberi nafas baharu kepada Pasar Kedai Buloh yang mengalami kemerosotan pengunjung sejak beberapa tahun lalu.
27 Apr 19
66
Pertandingan Memancing Ikan Darat Rapatkan Ukhuwah Penduduk Kuala Besut
Azbi Salleh (tengah) bersama peserta memancing.Oleh: Saifullah JusohBESUT, 28 April - Pertandingan memancing ikan darat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut berjaya mengeratkan hubungan sesama penduduk di kawasan berkenaan.Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Azbi Salleh berkata, program tersebut berjaya mengumpulkan ramai penduduk daripada pelbagai lapisan umur.Jelasnya, ia secara tidak langsung berperanan menjalinkan kasih dengan lebih erat antara penduduk kampung itu. “Program sebegini dapat mengumpulkan penduduk kampung sekali gus dapat mengeratkan lagi hubungan sesama masyarakat. “Saya berharap program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. “Saya amat menyokong dan akan turut membantu bagi meneruskan program-program sebegini demi menjadikan masyarakat DUN Kuala Besut lebih sejahtera,” katanya.Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penutup Pertandingan tersebut di Kampung Pusu Tinggi, di sini semalam.Turut hadir ialah Penghulu Mukim Bukit Puteri, Mohd Hatta dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pusu Tinggi, Abdullah Ismail.Program tersebut telah disertai oleh 300 orang peserta yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat.Pertandingan itu dianjurkan oleh belia MPKK Kampung Pusu Tinggi dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Kuala Besut.
27 Apr 19
334
Institusi Masjid Akan Terus Diperkasa - MB Terengganu
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.MARANG, 28 April - Institusi masjid di Terengganu akan terus diperkasa bagi membina dan membangunkan masyarakat yang lebih bertamadun.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, institusi itu mempunyai peranan yang sangat besar dalam pembentukan individu dan komuniti yang sejahtera.Justeru itu, kerajaan negeri menerusi beberapa agensi akan memainkan peranan sebanyak mungkin bagi mencapai hasrat tersebut.“Kita di negeri Terengganu ini insya-Allah akan memanfaatkan institusi masjid semaksima mungkin.“Untuk membentuk dan menyelesaikan masalah yang begitu banyak dalam masyarakat kita terutamanya melibatkan anak-anak muda,” ujarnya.Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Penutup Program Jom Ke Masjid, Masjid Ru Muda, di sini semalam. Menyampaikan anugerah jasamu dikenang.Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengerusi Masjid Ru Muda, Arif Ariffin, Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ru Rendang, Hassan Awang serta wakil penganjur program, Ziyad Zakaria. Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang turut menegaskan, ilmu adalah elemen penting dalam urusan pentadbiran dan pengurusan organisasi.“Ilmu pengurusan dan pentadbiran, sama ada dalam kerajaan atau sesebuah lokaliti seperti masjid dan organisasi kampung mahupun daerah ada ilmu Islamnya yang telah kita tinggalkan sebegitu lama.“Tinggal lagi kita sebagai generasi yang kemudian ini perlu meneroka, supaya ilmu yang ditinggalkan oleh Nabi S.A.W itu kembali digunakan dalam kehidupan seharian kita,” tambah beliau lagi. Beramah mesra dengan penduduk yang hadir selepas program.Program yang berlangsung sejak Khamis lalu itu adalah julung kali dianjurkan oleh Pemuda PAS DUN Ru Rendang dengan kerjasama Masjid Ru Muda. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang karnival itu yang melibatkan kanak-kanak, anak muda dan golongan dewasa.
27 Apr 19
34
Carilah Ilmu Di Awal Usia - Alias Harun
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 27 April - Setiap cabang ilmu yang bermanfaat mestilah dipelajari di usia seawal mungkin kerana ianya akan membantu masyarakat berhadapan dengan situasi yang tidak diduga.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, anggapan bahawa ilmu agama hanya perlu dipelajari ketika usia menjangkau dewasa adalah salah."Macam haji, ada dalam sukatan pelajaran, tetapi hanya untuk peperiksaan bukan hendak menghayati. Bila dah tua, hendak pergi haji, barulah hendak belajar, ini tidak sepatutnya menjadi amalan," tegur beliau.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Kursus Asas Pengurusan Jenazah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai, di sini kelmarin.Tambahnya, pengurusan jenazah ini adalah fardhu kifayah, kalau seorang dapat uruskan, maka selesailah tanggungjawab dalam satu qaryah."Tetapi kalau tiada seorang pun menguruskannya, maka menjadi fardhu ain untuk menyelesaikannya, jadi sebagai ahli keluarga ini menjadi tuntutan," jelasnya lagi.Beliau memuji usaha pihak penganjur iaitu Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang yang memberi pendedahan kepada pelajar tentang asas pengurusan jenazah.Kursus tersebut dikendalikan oleh Ustaz Othman Endut.
27 Apr 19
145
Skuad Penyelamat Pantai Pulau Kekabu Ditubuh - MB Terengganu
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.MARANG, 27 April - Terengganu dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pejabat Daerah Marang dan Majlis Daerah Marang (MDM) telah menubuhkan Pasukan Penyelamat Pantai (Lifeguard) Pertahanan Awam di Pulau Kekabu.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, penubuhan skuad itu adalah untuk mengawal, mencegah serta menyelamat mangsa yang mengalami apa jua risiko kemalangan dan kejadian tidak diingini.Jelasnya, lokasi pesisir pantai Terengganu akan semakin disenangi oleh pengunjung-pengunjung, terutamanya pelancong asing yang gemar dengan aktiviti-aktiviti di laut dan pantai.“Tentunya bila ada pasukan keselamatan (lifeguard), terutamanya di 49 lokasi di Malaysia (termasuk tiga di Terengganu) akan membantu mengurangkan kemalangan jiwa di kawasan rekreasi.“Kita mengharapkan dengan kewujudan 20 orang ‘lifeguard’ di Pantai Kekabu ini, pengunjung-pengunjung akan berasa selamat dan yakin untuk membawa keluarga masing-masing berkelah di tepi pantai,” ujarnya.Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Perasmian Pasukan Penyelamat Pantai (Lifeguard) APM Terengganu di Pantai Pulau Kekabu, di sini hari ini.Turut hadir, Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Roslan Wahab, Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak, Yang Dipertua MDM, Huzairil Nizam Ibrahim serta Pengarah APM Terengganu, Kol. (Pa) Che Adam A. Rahman.Ahmad Samsuri turut memberi keyakinan bahawa penubuhan pasukan penyelamat itu akan turut diaktifkan di lokasi-lokasi lain yang menerima pengunjung-pengunjung dari pelbagai tempat.Tambah beliau lagi, skuad itu tidak hanya tertumpu di kawasan pantai semata-mata, sebaliknya pasukan itu akan meliputi seluruh tempat rekreasi yang menjadi tumpuan pengunjung termasuk Santuari Kelah di Kenyir.“Insya-Allah kita pun menjangkakan bahawa bukan sekadar di Pulau Kekabu ini, tetapi juga akan diperluaskan di tempat-tempat lain di seluruh negeri Terengganu.“Yang kita lihat ada potensi, tempat yang cantik, pasir yang putih bersih, kita akan bincang dengan APM dan agensi yang terlibat untuk cari dan tambah pasukan ini di tempat berkenaan,” tambah beliau.Untuk rekod, dua lagi lokasi yang mempunyai skuad 'Lifeguard' di Terengganu ialah Pantai Bukit Kluang, Besut dan Pantai Taman Laut, Pulau Redang, Kuala Nerus.
27 Apr 19
748
Ibu Tunggal Dapat Rumah Percuma
Ustaz Ridzuan Hashim (tiga dari kiri) menyerahkan replika kunci kepada Aminah Embong.Oleh: Mohd Haniff Bin AbasKUALA TERENGGANU, 27 April - Seorang ibu tunggal mendapat durian runtuh apabila terpilih untuk mendapatkan sebuah rumah melalui Projek Baiti Jannati Tenaga Nasional Berhad (TNB).Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, Aminah Embong adalah seorang yang sangat bertuah kerana terpilih dari jutaan orang yang memerlukan rumah kediaman.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyerahan Rumah Projek Baiti Jannati TNB yang diadakan di pekarangan rumah penerima di Kampung Buluh Gading Dewan, tengahari kelmarin.“Saya ingin melahirkan rasa gembira, terharu dan bersyukur kerana dalam ramai-ramai rakyat Terengganu yang memerlukan rumah, DUN (Dewan Undangan Negeri) Buluh Gading terpilih untuk memiliki rumah tersebut. Tahniah kepada Aminah Embong kerana terpilih untuk mendapatkan rumah ini.“Syabas dan tahniah kepada TNB kerana menunaikan tanggungjawab sosial secara seimbang dan berterusan kepada masyarakat,” ujar beliau lagi.Ridzuan juga menjelaskan, berdasarkan daftar secara 'online', lebih 100 ribu telah memohon untuk mendapatkan Rumah Mampu Milik (RMM) di Terengganu. Pada tahun ini kerajaan negeri telah meluluskan RMM di empat kawasan iaitu Tok Jembal Kuala Nerus, Tajin Hulu Terengganu, Tempinis di Besut dan Gong Cengal Kemaman yang dijangka siap pada tahun hadapan.Ketua (Perkhidmatan Pelanggan) Terengganu Bahagian Retail TNB, Mohd Nazri Puteh menyatakan, rumah ini adalah yang terakhir disiapkan dari peruntukan empat buah rumah pada tahun 2018 manakala pada tahun ini (2019) TNB memperuntukkan 10 buah rumah dan kesemuanya sedang dalam pembinaan.“Kita memperuntukkan kos sebanyak RM50 ribu bagi sebuah rumah dengan keluasan 20 kaki lebar dan 30 kaki panjang,” ulasnya.Sementara itu, penerima rumah, Aminah Embong melahirkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah SWT dan jutaan terima kasih kepada pihak TNB kerana memilih beliau untuk projek ini.“Alhamdulillah, dapatlah kami empat beranak menyambut aidilfitri di rumah baru pada tahun ini.” ujar beliau ringkas kerana terlalu gembira.Turut hadir, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Buluh Gading Dewan, Shahrin Musa.
27 Apr 19
205
Terengganu Pergiat Program Kesedaran Alam Sekitar
Dr. Alias Razak.SETIU, 27 April - Kerajaan negeri terus mempergiatkan program bagi memupuk dan meningkatkan kesedaran alam sekitar dalam kalangan rakyat Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, alam sekitar yang bersih, sihat dan berkualiti adalah penting untuk mejamin kesejahteraan kepada semua masyarakat.Jelasnya, kegagalan memelihara khazanah bernilai itu akan menyebabkan kemerosotan kualiti ekosistem seperti pencemaran yang akhirnya menyumbang kepada kepupusan alam.“Pelbagai program dan inisiatif telah kita anjurkan dengan kerjasama pelbagai pihak supaya kesedaran masyarakat setempat dan juga pelajar dapat dipertingkatkan.“Sekali gus ia akan memberi manfaat kepada generasi akan datang untuk terus melihat khazanah alam yang cukup bernilai ini, seperti tuntung darat, tuntung laut dan spesis pokok sungai,” katanya. Berucap merasmikan majlis penutup.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Terengganu Setiu Wetland Camp (T-SWetC) 2019 di Bari Beach Resort, di sini kelmarin. Hadir sama dalam majlis itu ialah Ketua Konservasi Semenanjung Malaysia, Norizan Mohd Mazlan, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT), Rosman Roslan, Pegawai Daerah dan Pentadbir Tanah Setiu, Mohd Sophian Abu Bakar serta Timbalan Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Wan Zuraidi Wan Zaid.Alias turut memberi peringatan tentang usaha menjaga dan memberikan kesedaran itu tidak hanya tertumpu kepada pihak kerajaan dan organisasi tertentu sahaja.Sebaliknya beliau berkata, semua pihak perlu berusaha untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti tersebut.“Usaha pemeliharaan dan pemuliharaan, bukan hanya pihak kerajaan yang harus dipertanggungjawabkan, tetapi semua pihak bekerjasama dalam usaha ini demi masa depan generasi akan datang.“Apa yang penting setiap individu perlu bersedia membuat perubahan kepada cara hidup seharian dengan amalan-amalan mesra alam seperti amalan kitar semula,” tegas beliau.Program T-SWetC 2019 yang dianjurkan oleh Tabung Alam Malaysia (WWF-Malaysia) dengan kerjasama PSKT itu menghimpunkan seramai 80 pelajar dari 19 buah sekolah seluruh Terengganu.Program itu bertujuan memupuk kesedaran melalui pendidikan tentang kepentingan dan keindahan Tanah Bencah Setiu.
26 Apr 19
255
Pusat Khidmat Kuala Nerus Bantu Nenek OKU, Mangsa Rumah Runtuh
kakitangan PKAPKN meninjau keadaan rumah yang runtuh.Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 25 April - Seorang warga emas, Teh Embong, yang terselamat dalam runtuhan sebahagian rumahnya dikunjungi Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PKAPKN) di Kampung (Kg) Teluk Pasu, di sini, baru-baru ini.Kunjungan tersebut merupakan tindakan susulan selepas diminta Ahli Parlimen, Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali setelah tragedi yang menimpa Teh dan keluarganya, hujung minggu lalu.Hadir sama, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kg Teluk Pasu, Mohamad Omar yang turut meninjau kawasan terbabit. Pegawai Khas ahli parlimen Kuala Nerus, Wan Yusrizal Wan Shafi'i bertanya khabar Annuar dan keluarga.Dalam pertemuan santai itu, PKAPKN turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai agar dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mereka sekeluarga.Mengimbau kejadian itu, anaknya, Annuar Teh, 45, menyatakan kesyukuran kerana ibu dan seluruh ahli keluarganya selamat.“Pada hari berkenaan, sebahagian rumah yang kami diami runtuh iaitu bahagian dapur dan bilik air.“Ibu saya merupakan orang kelainan upaya dan tidak mampu menguruskan diri. Alhamdulillah, ketika itu dia, isteri dan anak-anak saya berada di ruang tamu,” kata anggota Bomba dan Penyelamat (Bomba) yang bertugas di Balai Bomba Kuala Terengganu itu.Kejadian berlaku pada jam 6 petang menyebabkan kerugian dianggarkan berjumlah RM15,000.Sebahagian rumah Teh 'hilang' menjadi timbunan batu.
25 Apr 19
147
Terengganu Teruskan Program Madinah Ramadhan
KUALA TERENGGANU, 25 April - Kerajaan negeri meneruskan pelaksanaan program Madinah Ramadhan bagi menggalakkan umat Islam menghidupkan bulan penuh rahmat dengan amalan yang dituntut dan disarankan oleh Islam.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, program yang memasuki edisi kedua dilaksanakan di Terengganu itu berupaya menarik perhatian masyarakat termasuk pelancong luar kerana menawarkan pelbagai aktiviti keilmuan dan ibadah sepanjang Ramadhan.Katanya, ianya bakal diadakan di Dataran Batu Burok dan bertujuan bagi mengingati kefardhuan puasa yang dihayati oleh Nabi Muhammad S.A.W bersama umat Islam Madinah secara khususnya.“Dalam erti kata lain, kita hendak jadikan bandaraya ini umpama satu bandar seperti (Madinah) yang hidup di bulan Ramadhan dengan amalan yang dituntut oleh agama.“Walaupun program keagamaan biasanya dilakukan di masjid dan surau tetapi kita bina satu tempat di Dataran Batu Burok yang kita namakan ‘Madinah Ramadhan’ dengan memuatkan pelbagai pengisian yang sangat unik,” ujarnya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman selepas mengadakan lawatan ke tapak Program Madinah Ramadhan di Dataran Batu Burok, hari ini.Katanya, antara acara yang diatur termasuk berbuka puasa bersama, solat Maghrib dan Isyak berjemaah serta solat tarawih bersama imam dari luar negara. “Selain itu, ada pengisian lain termasuk tazkirah, kuliah, bicara wanita, program khusus bersama mat motor, anak-anak muda, beliawanis dan seumpamanya,” ujarnya.Mohd Nor berkata, program tersebut juga memberi kemudahan kepada para pengunjung untuk mengisi waktu terluang selepas membeli-belah atau beriadah di sekitar Pantai Batu Burok dan peniaga Bazar Ramadhan berhampiran untuk berbuka puasa di sini, seterusnya menunaikan solat.“Saya menyeru orang ramai termasuk pelancong dan mereka yang bukan beragama Islam untuk mengambil kesempatan merasai suasana Ramadhan di sini. “Orang ramai yang beriadah bersama keluarga dan yang menziarahi kaum keluarga di Hospital Sultanah Nur Zahirah juga tidak perlu lagi gusar kerana turut berkesempatan menghidupkan bulan mulia ini menerusi kemudahan yang disediakan oleh kerajaan negeri ini,” ujarnya.
24 Apr 19
386
Dr Khairuddin Bantu Pesakit Kronik Jadi Usahawan Maya
Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 25 April - Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali akan mengeluarkan modal bagi membantu seorang pesakit kronik Shamsul Annuar Omar, 58, berniaga keropok secara dalam talian.Dr Mohd Khairuddin berhasrat membantu pesakit tersebut selepas menemuinya dalam Program Ziarah Mahabbah di Kampung Pulau Ketam, di sini baru-baru ini, selepas melihat sendiri ketidakupayaan menjalani kehidupan seperti biasa akibat penyakit tulang belakang sejak tiga tahun lalu.Pelbagai rawatan telah dibuat termasuk rawatan moden dan tradisional namun keadaannya masih tidak pulih seperti biasa.Shamsul Annuar terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan, tidak mampu berdiri sendiri seperti sebelumnya.Beliau yang mempunyai 10 orang anak, telah mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) RM400 sebulan bagi menampung kos sara hidup beliau sekeluarga sementara isterinya, Nor Hayatii Mahmud, 41, bekerja sebagai pembantu sebuah kedai kek di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.Usaha yang dilaksanakan oleh Ahli Parlimen itu mendorong golongan orang kelainan upaya berdikari mencari pendapatan semampu mungkin dalam keadaan pergerakan yang terhad.
24 Apr 19
40