lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Pengerusi, Setiausaha MPKK Ikuti Kursus Pengendalian Komputer
Oleh : Muhd Afiq ZohirBESUT, 26 April- Hampir 70 peserta terdiri daripada pengerusi dan setiausaha setiap Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di daerah ini mengikut kursus pengendalian komputer .Pembantu Penyelia IT Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) Jerteh, Mohd Alif Aiman berkata, program seumpama itu dapat menambahkan ilmu berkaitan kepentingan penggunanan teknologi maklumat di mana kebanyakan peserta kurang berkeyakinan menggunakan komputer.“Pelbagai ilmu didedahkan termasuk pengisian microsoft word dan excel. "Saya berharap apa yang dipelajari sepanjang kursus ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk kepentingan pengurusan MPKK, terutama berkaitan surat , kertas kerja dan sebagainya,” katanya.beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman.
30 Apr 19
196
Empty Image
PKAPKN Agih Pek Makanan Sepanjang Ramadan
Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 30 April- Sekretariat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PKAPKN) akan mengedarkan pek makanan berbuka puasa untuk golongan yang memerlukan khususnya fakir miskin sepanjang Ramadan ini.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pek makanan tersebut akan diagihkan kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sebelum diserahkan kepada golongan sasar.“Dalam bulan Ramadan, kami rancang untuk mengagihkan 100 pek makanan berbuka puasa pada setiap hari.“Dan kita akan sasarkan golongan miskin di kampung-kampung yang berlainan selama 30 hari di bulan puasa ini," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Makan Malam Amal Dana Cakna Rakyat Kuala Nerus Bersama Dua Tokoh Pewaris Tok Guru Nik Aziz iaitu Ahli Parlimen Pasir Puteh, Dato' Dr Nik Zawawi Saleh dan Selebriti TV, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani, di Marina Duyung Resort, baru-baru ini.Katanya, program makan malam amal itu turut disertai lebih daripada 300 orang anak yatim dan fakir miskin.
29 Apr 19
45
Empty Image
Dulu Arkitek, Kini Penulis Kaligrafi
KUALA TERENGGANU, 30 April - Tidak mahu mensia-siakan bakat dan kebolehan menulis kaligrafi membuatkan Wan Muhammad Sulaiman Wan Yusof, 26, nekad meninggalkan kerjaya sebagai arkitek syarikat terkemuka di Kuala Lumpur pada Februari lalu.Tindakan nekad meninggalkan jawatan yang diidam-idamkan kebanyakan graduan itu dibuat kerana minat yang mendalam terhadap kesenian khat dan  kini mampu berbangga dengan kerjaya penulis kaligrafi.Karyanya yang dipamerkan dalam pelbagai bentuk, termasuk bahan-bahan iklan, pelekat pada kenderaan, cenderamata perkahwinan, bahan perhiasan dinding dan sebagainya mendapat sambutan menggalakkan.Pelanggan tetap Wan Muhammad Sulaiman bukan saja di semenanjung, malah hingga ke Sabah dan Sarawak. Kebanyakan mereka menempah melalui laman instagram sulaimankaligrafi dan facebook Wan Muhammad Sulaiman.Mengimbas minatnya dalam bidang seni itu, Wan Muhammad Sulaiman berkata, dia mempelajari seni khat ketika di Tingkatan Tiga di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) pada 2008.“Saya mula aktif sebagai pelukis khat sambilan dan menerima tempahan khat pada tahun akhir ketika melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Seni Bina di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).“Minat saya terhadap seni khat itu terlalu dalam sehingga berterusan melukis khat dan akhirnya mengambil tempahan pelanggan sehingga menjadi sumber rezeki saya,” katanya ketika ditemui di kedainya di Kampung Telaga Mengkudu,  Marang, semalam.Wan Muhammad Sulaiman berkata, antara karyanya yang mendapat sambutan adalah kaligrafi khat untuk dijadikan hadiah perkahwinan.“Nama pengantin ditulis menggunakan kaligrafi Arab selain turut diletakkan gambar pasangan berkenaan,” katanya yang sebelum ini bekerja di Selangor dengan pendapatan empat angka.Menurutnya, sehingga kini, lebih 500 karya kaligrafi khatnya berjaya dijual di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.“Lebih 30 tempahan diterima pada setiap bulan dan sekarang masih ada 10 tempahan kaligrafi perkahwinan yang masih dalam proses untuk disiapkan.“Tempahan bermula dengan harga RM80 ke atas bergantung kepada saiz serta bahan yang digunakan.“Saya pernah menyiapkan tempahan kaligrafi Arab berharga RM1,500 dan ia tempahan termahal yang diterima setakat ini,” katanya yang pernah menjadi johan Pertandingan Khat Peringkat Sekolah Negeri 2010.Katanya, dia mengambil masa antara dua jam hingga 15 hari untuk menyiapkan satu tempahan bergantung kepada saiz dan reka bentuk.“Saya bertuah kerana isteri (Wan Rabiatul Adawiyah Wan Zaharin, 25) serta ibu dan ayah sentiasa memberi dorongan dan semangat untuk meneruskan minat ini.“Hasrat saya untuk mengembangkan lagi perkhidmatan itu dan kini saya giat mempromosikannya melalui media sosial,” katanya.
29 Apr 19
1267
Empty Image
Tonjolkan Aktiviti Kebudayaan Kepada Pelancong
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 28 April- Masyarakat di negeri ini disaran menonjolkan kepelbagaian budaya, adat dan pelbagai tempat menarik kepada masyarakat luar terutama pelancong asing.Timbalan Pengerusi 1 Jawatankuasa Pelancongan Dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Sulaiman Sulong berkata, pendekatan itu sangat wajar kerana bukan dapat mempromosi Terengganu secara berdepan malah mampu mengukuhkan lagi ekonomi negeri ini.“Bukan itu sahaja, sekiranya pelancongan bertambah, ekonomi penduduk terutama yang melibatkan diri dalam perniagaan akan bertambah kukuh,”katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutup Program Jom Singgoh Pekan Budaya Besut Terengganu Comel & Jelajah Warisan Terengganu 2019 yang bertempat di Pentas Rebana Pantai Air Tawar, di sini, semalam.Turut hadir, Pegawai Daerah Besut, Haji Rozali Salleh, Yang Dipertua Majlis Daerah Besut, Ahmad Azizi Zulkifli dan Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Haji Azbi Salleh.Program yang dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Pejabat Daerah Besut dan Majlis Kebudayaan Daerah Besut itu berlangsung selama empat hari bermula 25 April dan berakhir 28 April lalu.YB Ustaz Sulaiman Sulong berkata, dia berharap program itu dapat mencapai matlamat kerajaan negeri  yang mahukan jumlah pelancong bertambah pada setiap tahun sekali gus mencapai sasaran lima juta pada tahun ini.“Dengan adanya program sebegini, kita dapat mengekalkan budaya agar ianya dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang.“Kerajaan negeri akan terus menyokong usaha-usaha sebegini agar kita dapat menyusun adat, mengikuti syariat,”katanya.Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik telah diadakan seperi persembahan dikir barat, seni pertahanan diri, silat dan banyak lagi yang telah menarik ramai pengunjung ke program itu.
29 Apr 19
76
Empty Image
Kejohanan Bola Jaring Biar Setanding Bola Sepak Piala MB - Isteri MB
Oleh: Aslam WiraMARANG, 27 April - Isteri Menteri Besar, Tuan Faizah Tuan Ab Rahman mengharapkan penglibatan ramai wanita muda dalam kejohanan bola jaring dapat memartabatkan lagi acara itu sebagai sukan tahunan yang diminati ramai serta setanding Kejohanan Bola Sepak Piala Menteri Besar Terengganu.Menurutnya, sebanyak 14 pasukan yang terdiri daripada 140 orang  pemain, 20 orang pegawai sukan termasuk empat pengadil dalam pertandingan sukan bola jaring pada kali ini memberi petunjuk baik penyertaaan yang sentiasa meningkat dan mendapat sambutan ramai peminat sukan itu.“Saya juga berharap agar kejohanan ini akan memberi perangsang kepada pemain-pemain khasnya dan mereka yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung agar bersatu hati megharumkan nama DUN Rhu Rendang.“Syabas dan tahniah di atas langkah yang diambil oleh i-MiTS (Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera) dan Ameerah DUN Rhu Rendang dalam menganjurkan Kejohanan Bola Jaring Piala Isteri Menteri Besar ini dan sewajarnya perlu diberi perhatian,"katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutup Kejohanan Bolah Jaring Piala Isteri ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Rhu Rendang, kelmarin.Turut hadir,  Pembantu Penyelia i-MiTS Rhu Rendang, Nor Asikin Mohamad, Ketua Ameerah Kawasan Marang, Asma’ Abdullah dan Wakil Hawa DUN itu, Sarifah Seman.Kejohanan Bola Jaring itu adalah anjuran Ameerah mengetengahkan bakat dan minat golongan wanita itu belangsung dua hari bermula 26 April lalu di Dewan Maecon Sport Centre, Kelulut.Dalam pertandingan itu, Kumpulan Tengku Lela Segara muncul johan dan pemainnya turut menerima hadiah pemain terbaik, Liza Nuralyaa Natasha.Manakala penjaring terbanyak dengan 42 jaringan, Nurul Filzah Wira dari kumpulan Bravo. Kumpulan itu pula mendapat naib johan.Dalam perkembangan yang sama, pengarah program, Nurhidayah Ali berkata, tujuan utama bukan sekadar merebut hadiah perlawanan, tetapi juga untuk merapatkan silaturahim dan keseronokan bermain serta melahirkan rasa suka dan minat untuk melaksanakan sukan yang mematuhi syariah.“Ini, kerana antara peraturan yang ditetapkan kepada pemain adalah mengenakan jersi dan pakaian muslimah serta menutup aurat sepenuhnya, malah perlawanan ini diadakan di tempat yang tertutup.“Di pihak penganjur juga, kami bersedia menyahut seruan untuk menjadikan kejohanan ini sebagai acara tahunan di DUN ini,” katanya.
28 Apr 19
687
Empty Image
Pengangguran Undang Masalah Sosial
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 28 April- Masalah Pengangguran jika tidak diatasi dan dicari jalan penyelesaian terbaik  boleh menyumbang kepada permasalahan sosial.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, perkara itu amat membimbangkan semua pihak termasuk kepimpinan negeri kerana ianya melibatkan masa depan yang sebilangan besarnya terdiri daripada golongan muda."Kerana itulah kita menganjurkan Program Kembara Kerjaya yang melibatkan kolaborasi di antara Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Besi bersama dengan Jabatan Tenaga Kerja."Ini merupakan hasil usaha kita dalam memastikan kesejahteraan anak muda Bukit Besi, supaya tiada lagi masalah sosial seperti melepak, pecah rumah dan paling membimbangkan terlibat dengan kancah penyalahgunaan dadah akibat tertekan dengan nasib hidup,"jelasnya.Beliau berkata demikian ditemui pihak media Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas merasmikan Program Kembara Kerjaya di Dewan Orang Ramai (DORA) Bukit Besi, di sini, kelmarin.Turut hadir, Penolong Pengarah Tenaga Kerja, Pejabat Tenaga Kerja Dungun, Hairun Nizam Yahya, Penolong Pengarah Tenaga Kerja Kanan, Pejabat Tenaga Kerja Dungun, Noor Akma Shafei.Hadir sama, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Bukit Besi, Khaziman Khalik dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Cawangan Bukit Besi, Ahmad Bakhir Chik, Abas Abdul Ghani dan Nasharudin Salleh.Menurut Ghazali, anak muda di kawasan itu didapati tidak berminat untuk bercucuk tanam walaupun pelbagai inisiatif dan galakan disediakan oleh kerajaan negeri."Sebahagian besar daripada mereka yang berumur 26 tahun ke bawah lebih berminat dengan kerja dibayar gaji bulanan berbanding dengan bercucuk tanam yang perlu diusahakan terlebih dahulu baru mendapat hasil." Walau bagaimanapun di peringkat kita, kita akan usaha agar kesejahteraan modal insan di Bukit Besi ini akan dapat dijelmakan di semua peringkat,"katanya.Beliau berkata, menerusi program kembara kerjaya itu, majikan turun padang bagi mengadakan temuduga secara terbuka mencari pekerja bagi syarikat dan agensi seperti Sense Services Sdn. Bhd.  yang membuka peluang untuk anak muda terlibat di bidang minyak dan gas dan  Assunta Hospital pula menyediakan peluang kerjaya sebagai jururawat.Malah katanya, usahawan sate terkemuka, Sate Kajang Haji Samuri juga turut memberi komitmen dalam program itu bagi memberi peluang anak muda mendapat pekerjaan dalam industri makanan.
28 Apr 19
71
Empty Image
PINTAR Tawar Akses Dan Perkhidmatan Internet Percuma - MB Terengganu
Kemudahan dengan capaian internet berkelajuan tinggi perlu dimanfaatkan rakyat sebaiknya.KUALA TERENGGANU, 29 April - Kerajaan Terengganu membangunkan Pusat Internet Akses Rakyat (PINTAR) untuk menawarkan kemudahan akses internet yang lebih meluas bagi rakyat negeri itu.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pelaksanaan PINTAR merupakan usaha untuk membantu masyarakat negeri itu memperoleh capaian internet dan mampu memanfaatkan peluang yang tersedia dalam dunia tanpa sempadan itu."Kita dalam perancangan untuk membuka 39 PINTAR di seluruh negeri dan pemilihan lokasinya akan ditentukan berdasarkan keutamaan serta keperluan," katanya ketika ditemui pemberita.PINTAR akan diperluaskan di seluruh negeri.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pusat Internet Akses Rakyat (PINTAR) dan Kempen MyDebit di Balairaya Kampung Kepong, Alur Limbat, semalam.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Ariffin Deraman dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Tengku Farouk Hussin Tengku Abdul Jalil.Turut hadir ialah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Zulkifli Ali serta Pengerusi Payment Network Malaysia Sdn. Bhd., Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin.Dalam majlis berkenaan, Dr. Samsuri turut menekankan penggunaan MyDebit serta menyasarkan peningkatan jumlah pengguna dengan kad debit dan atas talian (online)."MyDebit merupakan medium paling mudah untuk melakukan urusan berkaitan kewangan melalui urusan pembayaran atas talian di mana ia akan menjimatkan masa dan tenaga."Setakat ini, sebanyak 25 agensi kerajaan telah melaksanakan penggunaan MyDebit dan ia akan terus berkembang," katanya.PINTAR adalah penjenamaan semula Pusat Komuniti Bestari (Bestari.comm) yang mengoptimumkan perkhidmatan internet dengan menyediakan capaian jalur lebar kolektif di kawasan-kawasan sukar akses.Penggunaan MyDebit jimatkan masa dan tenaga.Di peringkat permulaan, PINTAR menawarkan enam perkhidmatan iaitu e-Kerajaan, e-Pembelajaran, Perdagangan Elektronik, Pembayaran Elektronik, pembangunan Sukan Elektronik dan PINTAR POS serta akan berkembang selaras peredaran zaman.Pusat ini turut menyediakan kiosk ejen bank Agro Bank selain kursus-kursus pembangunan dan keusahawanan berasaskan atas talian supaya rakyat di kawasan kampung dapat berdiri seiring dengan mereka yang tinggal di bandar.
28 Apr 19
254
Empty Image
Kebor Air FC Bawa Pulang Piala YB ADUN Buluh Gading
Oleh: Mohd Haniff AbasKUALA NERUS, 28 April - Pasukan Kebor Air FC muncul juara dalam perlawanan akhir menentang Buluh Gading Dewan FC  pada kejohanan bola sepak 11 sebelah tertutup Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading dan membawa pulang Piala Yang Berhormat Ridzuan Hashim, baru-baru ini (24 April).Perlawanan sengit itu tamat pada minit ke-90 dengan keputusan penuh seri 1-1 dan pengadil terpaksa membuat keputusan mengadakan sepakan penalti lima lawan lima dan kemenangan akhirnya berpihak kepada Kebor Air FC 5-4.ADUN Buluh Gading, Ridzuan Hashim berkata, kejohanan ini mengambil masa hampir dua bulan dengan 38 perlawanan keseluruhannya di lima padang iaitu Padang Bola Tetambah, Kesom Haji Husin, Kesom Che Nordin, Jeram dan Banggol Tuan Muda dan disertai oleh 23 pasukan yang bermain setiap hujung minggu.“Kejohanan ini julung-julung kali diadakan dan kita akan menjadikannya sebagai acara tahunan kerana sambutannya sangat menggalakkan terutamanya dari golongan muda.“Syabas dan tahniah kepada pasukan Kebor Air FC yang telah menjadi juara pada kejohanan kali ini. Pasukan lain juga masih berpeluang untuk menjadi juara pada kejohanan yang akan datang.“Syabas dan tahniah juga kepada semua pemain yang telah menunjukkan tahap disiplin yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung tanpa ada insiden-insiden yang tidak diingini berlaku seperti pergaduhan dan seumpamanya walaupun kadang-kadang ada provokasi dari pihak penyokong masing-masing,” ujar beliau ketika ditemubual selepas tamat perlawanan akhir di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Terengganu.Ridzuan berterima kasih kepada Penyelaras Pemuda DUN Buluh Gading selaku penganjur atas kejayaan cemerlang dalam mengendalikan kejohanan tersebut. Kejayaan itu pastinya adalah hasil dari kerjasama dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh pemuda walaupun ianya agak mencabar.“Syabas juga saya ucapkan kepada Buluh Gading Dewan FC yang menduduki tempat kedua, Banggol Peradong FC tempat ketiga dan Tanjung Sabtu FC yang menduduki tempat keempat,” tambah beliau lagi.Kejohanan ini menawarkan hadiah utama berupa tunai sebanyak RM3 ribu, pingat dan piala pusingan, tempat kedua RM2 ribu berserta pingat, tempat ketiga RM1 ribu berserta pingat dan tempat keempat RM700 beserta pingat.
28 Apr 19
548
Empty Image
Forum Tautan Hati, Persiapan Menjelang Ramadan
Oleh: Abdul Hafiz GhazaliKEMAMAN, 27 APRIL- Inisiatif Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai menganjurkan Forum Kuliah Dhuha DUN Chukai mendapat reaksi positif masyarakat sekitar yang membanjiri tapak program sehingga tamat.Forum itu menampilkan dua panel masing-masing, penceramah bebas, Ustaz Haslin Baharim (Bollywood) dan Pengarah Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (Duat) Ustaz Ramlan Haji Mahmood dan moderator, Ustaz Izzuddin Ismail.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri,  Haji Hanafiah Mat berkata, penduduk sekitar dari pelbagai latar belakang berpusu-pusu memenuhi tapak program yang turut menyajikan persembahan kumpulan nasyid daripada Cahaya Hati."Program Forum Tautan Hati ini adalah sebagai usaha membersihkan hati sebelum datangnya Ramadan."Marilah sama-sama kita kumpulkan bekalan amal ibadah, menjaga solat, menjaga puasa dan memberi sedekah sebelum kita menghadapi kematian," katanya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Chukai berkata demikian ketika menghadiri Forum Tautan Hati (Kuliah Dhuha) di Padang Astaka, Kemaman, semalam.Turut hadir, Ahli Parlimen Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) DUN Chukai, Dr Megat Suhaimi Megat Idrus. Dalam masa yang sama, seramai 200 orang fakir miskin khususnya dari DUN itu menerima bantuan barangan dapur dan sumbangan wang.
28 Apr 19
34
Empty Image
Sedia Kerjasama Dengan Semua Agensi Kerajaan
Kerajaan  negeri bersedia menjalinkan kerjasama dengan pasukan keselamatan ,Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi terlibat bagi memastikan rakyat mendapat khidmat yang terbaik.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata pelbagai pendekatan bakal dilaksanakan melalui kerjasama itu, termasuk program yang diadakan hari ini melibatkan pelbagai pihak , termasuk komuniti  setempat.“Kerajaan negeri mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada seluruh anggota polis yang turut bersama-sama dalam program ini.“Pihak berkuasa sanggup bekerja tanpa mengira siang dan malam, hujan ribut tetap turun bertugas demi masyarakat sesuai dengan tema polis dan masyarakat berpisah tiada." ujarnya.Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Program Komuniti Ride sempena sambutan Hari Polis ke 112 Ibu Pejabat Polis (IPD) Kontinjen Terengganu di Dataran Batu Rakit, di sini semalam.Hampir 500 peserta terlibat dengan program itu yang menjelajah kampung sejauh 23 kimometer di kawasan  Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit Hadir sama Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir, Pegawai Penyelaras DUN Ustaz Mohd Shafizi Ismail dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman.
27 Apr 19
36