Artikel "Komuniti" Terkini
Dispilinkan Anak, Ibu Tunggal Jangan Lepas Tangan
Oleh :Nooreni Abu BakarDUNGUN, 6 Mei - Kesibukan mencari nafkah untuk menanggung keluarga bukan menjadi alasan untuk tidak melaksanakan tugas dalam mendisiplinkan anak-anak.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Dan Perpaduan Nasional negeri, Alias Harun berkata sebagai ibu tunggal, samada berpisah hidup ataupun mati, akan menghadapi masalah kewangan dalam menjalankan tanggungjawab mereka."Lebih-lebih lagi ibu yang kena bekerja, tanggung anak-anak, balik(dari kerja) nak membasuh kain, nak memasak lagi, berat (tugas) seorang ibu tunggal."Kesibukan ini menyebabkan anak-anak terabai, kadang kala ia menjadi tekanan,"ujarnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang berkata demikian ketika merasmikan Majlis Masih Ada Cahaya, Santai Ibu Tunggal yang diadakan di Dewan Sivik Seberang Pintasan baru-baru ini.Di majlis yang sama, Pegawai Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) Dungun, Farah Nor Faradila Mohd Zuki dan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) Dungun, Mohd Naufal Yusoff turut memberi penerangan berkaitan agensi masing-masing.Di samping itu, seramai hampir 200 orang yang dikategorikan sebagai ibu tunggal menerima sumbangan berupa barangan dapur.Tambahnya lagi, apabila mereka berseorangan akan menyebabkan emosi akan terganggu."Jadi mereka perlu tempat mengadu, tempat mengadu yang terbaik adalah kepada Allah, berdoalah dan lembutkan hati anak - anak dengan bacaan ayat-ayat al-Quran."Itu adalah antara cara terbaik untuk kita mengawal anak-anak, mendisiplinkan mereka agar tidak terjebak dengan gejala sosial terutamanya najis dadah,"katanya.
05 May 19
119
650 Peserta Sertai Kayuhan Besut Maju Berkat Sejahtera Fun Ride
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 5 April- Seramai 650 peserta mengambil bahagian di dalam program Besut Maju Berkat Sejahtera Fun Ride 2019.Program kayuhan basikal sejauh 37 kilometer yang dianjurkan oleh Penjabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut tersebut bermula dan berakhir di perkarangan Dewan Terbuka Muara Kuala Besut.Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Azbi Salleh berkata, riadah berbasikal itu bukan sahaja mendapat sambutan di kalangan penduduk setempat malah turut mendapat penyertaan peminat sukan berbasikal daripada luar negeri."Saya menyokong penuh aktiviti sebegini kerana selain dapat menyihatkan tubuh badan, kita juga dapat berkenalan dengan sahabat-sahabat baru,” ujarnya ketika berucap pada majlis pelepasan peserta, semalam.Pegawai Penyelaras DUN Jerteh, Wan Azhar Wan Ahmad menyempurnakan majlis pelepasan kira-kira jam 8 pagi.Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Daerah Besut, Ahmad Azizi Zulkifli dan Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Kota Putera, Adam Said. Para peserta turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebuah motosikal 4 tayar ATV, seutas gelang emas dan dua buah basikal sempena program kayuhan tersebut.
04 May 19
224
Bantuan Kerusi Roda Gembirakan Nek Dah
Nek Dah menerima bantuan kerusi roda.Oleh: Saifullah JusohBESUT, 5 Mei - Seorang warga emas, Rashidah Mat Saman melahirkan rasa gembira selepas mendapat sumbangan sebuah kerusi roda yang bakal memudahkan urusan hariannya.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azbi Salleh berkata, warga emas itu yang juga dikenali sebagai Nek Dah tidak dapat melakukan aktiviti harian seharian kerana keuzurannya.Jelasnya, sudah menjadi hasrat kerajaan untuk memudahkan urusan hidup setiap rakyat Terengganu dan sudah pasti sumbangan itu dapat meredakan keresahan dan kesusahan yang dihadapi Nek Dah."Saya harap dengan sumbangan ini Nek Dah dapat melakukan aktiviti harian dengan lebih selesa."Kita juga akan memastikan rakyat yang memerlukan terus mendapat hak yang sepatutnya mereka dapat," kata beliau.Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) pada program tersebut di Pulau Perhentian, di sini, kelmarin.Turut hadir dalam program ziarah itu ialah Pegawai Agama Daerah Besut, Zahari Sulong dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pulau Perhentian, Mohd Zakuwan.Selain itu, Nek Dah turut mendapat sumbangan beras daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).Nek Dah sangat menghargai usaha dan sumbangan yang telah diberikan itu."Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat untuk mengurangkan beban saya dan keluarga," ujarnya.
04 May 19
128
Hargai Sumbangan Guru, 57 Buah Sekolah Dirai - Alias Harun
Oleh: Nooreni Abu Bakar DUNGUN, 4 Mei - Sempena Hari Guru yang disambut kelmarin, sebanyak 57 sekolah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang diraikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun.Sekolah-sekolah tersebut terdiri daripada Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kebangsaan, Tadika KEMAS, Perpaduan dan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) serta Sekolah Rendah Bersepadu."Terima kasih kepada petugas-petugas yang turun membantu mengedarkan pulut kuning ke sekolah-sekolah, tadika dan PASTI yang kita kunjungi."Iaitu dari Ahli Majlis Perbandaran Dungun, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dan orang perseorangan," ujarnya semasa sesi taklimat.Terdahulu, masing-masing dibahagikan kepada sembilan kumpulan dan beredar ke seluruh DUN tersebut di Surau Kubur Gong Pasir.Alias yang mengetuai rombongan ke sekolah-sekolah dan tadika di Unit Peti Undi (UPU) Kuala Abang turut dijemput menyampaikan ucapan ketika berkunjung ke Sekolah Menengah Agama Kuala Abang dalam Majlis Sambutan Hari Guru yang diadakan di dewan sekolah itu."Saya mengharapkan anak-anak yang berada di hadapan saya ini menjadi pemimpin, kita nak lahir pemimpin yang cemerlang dalam al-Quran."Kalau akauntan, akauntan yang faham al-Quran, kalau jadi jurutera, doktor, arkitek dan sebagainya adalah yang faham al-Quran. Lebih-lebih lagi, kalau terjun dalam bidang keagamaan," tegasnya.
04 May 19
84
Sepak Takraw Medan Kumpulkan Anak Muda
Oleh : Muhd Afiq ZohirBESUT, 4 Mei - Kejohanan Sepak Takraw mampu menjadi medan terbaik untuk mengumpulkan anak muda melalui aktiviti sukan yang dilaksanakan.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata semangat kesukanan yang ditunjukkan juga boleh membentuk persekitaran masyarakat yang harmoni dan sejahtera."Kejohanan sebegini mampu mengumpulkan anak muda serta mengeratkan silaturahim antara satu sama lain."Malah aktiviti bersukan sebegini dapat melindungi anak muda daripada melakukan gejala yang tidak sihat,"katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap ketika merasmikan Kejohanan Sepak Takraw Piala Penyelaras Dun Jerteh yang berlangsung di Dewan Terbuka Seberang Jerteh, baru-baru ini.Seramai 20 pasukan yang hadir bagi merebut gelaran juara yang dianjurkan oleh pihak Pejabat Penyelaras Dun Jerteh.Sementara itu, Kampung Alor Saji dinobatkan selaku Juara Sepak Takraw setelah menundukkan pasukan lawan.
04 May 19
153
‘T- Mahir’ Bantu Kurangkan Pengangguran Belia
KUALA TERENGGANU, 3 Mei - Program Terengganu ‘Skills And Employment Hub’ (T-Mahir) yang dicadangkan dapat membantu mengurangkan isu pengangguran di kalangan belia di negeri Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, agensi tersebut dilihat akan dapat menyelesaikan hal yang berkaitan dengan anak muda.“Kita tahu bahawa isu pengangguran ini bukan isu di Terengganu sahaja bahkan di mana-mana pun. Kita akan lihat di antara kaedah penyelesaian kepada isu ini adalah seperti yang dicadangkan dalam kertas kerja T-Mahir iaitu dengan mengoptimakan belia-belia kita melalui T-Volt (Terengganu Volunteer).“Sekolah yang berkaitan dengan kemahiran untuk melatih para belia dan seterusnya memberi tunjuk ajar bagaimana mencipta peluang pekerjaan daripada kemahiran yang telah mereka dapati,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata demikian dalam sidang media pada Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu Sidang 1 Penggal Ke-32 Sesi 2019-2020 di Wisma Darul Iman, semalam.Menurutnya, terdapat banyak pusat kemahiran yang ada sama ada yang dimiliki kerajaan negeri ataupun kerajaan persekutuan seperti Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Akademi Binaan Malaysia (ABM), Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC), Kolej Universiti TATI dan sebagainya.Selain daripada itu, beliau berkata, para belia harus membuang sikap memilih pekerjaan.“Sikap belia adalah perkara yang perlu dan harus kita perhatikan supaya sikap memilih peluang pekerjaan, sikap untuk berani keluar negeri dan sikap tidak terlalu bergantung kepada peluang pekerjaan daripada kerajaan mahupun daripada pihak swasta.“Ini antara perkara yang perlu kita tangani dari sudut perubahan minda setiap para belia kita sendiri,” ujarnya.Mengulas tentang Majlis Perundingan Belia Negara, beliau berkata, seramai 110 perwakilan terdiri daripada wakil-wakil daripada pertubuhan dan persatuan belia peringkat negeri yang bergabung di bawah Majlis Belia Negeri Terengganu menyertai program itu.“Alhamdulillah dalam persidangan yang baru selesai, sebanyak 11 usul dan satu kertas kerja telah dibentang dan diberi respon oleh pihak yang berkaitan.“Insya-Allah apa yang dibentang oleh wakil daripada Majlis Belia Terengganu dan MAYC sebentar tadi kita akan jadikan sebagai satu agenda untuk kita mencari jalan penyelesaian kepada setiap usul-usul yang telah pun dibentang dan dinyatakan responsnya oleh agensi yang berkait dengan negeri ataupun persekutuan,” tambah beliau.
03 May 19
200
Jualan Kasih Sayang Mahabbah, Bantu Penduduk Hadapi Ramadan
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 2 Mei- Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi menganjurkan Program Jualan Kasih Sayang Mahabbah sebagai platform membantu penduduk setempat mendapatkan bekalan makanan dengan harga berpatutan menjelang Ramadan tidak lama lagi.Pegawai Penyelaras DUN Berkenaan, Ghazali Sulaiman berkata, jualan berkenaan adalah sebagai tanda kecaknaan dan keprihatinan kepada masyarakat Islam yang sedang sibuk membuat persiapan dan membeli-belah pelbagai keperluan dapur bagi menyambut puasa.Katanya, Program Jualan Kasih Sayang Mahabbah akan diadakan di Dewan Sivik Felda Jerangau, pada 3 Mei (esok) bermula jam 8.30 pag. Sehubungan itu, seluruh rakyat Bukit Besi dijemput hadir bagi memanfaatkan program itu."Alhamdulillah untuk tujuan itu kita telah mengadakan pertemuan dan berbincang dengan pemborong untuk merealisasikan program ini."Pihak pemborong telah pun bersetuju dengan meletakkan harga bahan mentah seperti ayam, pelbagai jenis ikan, sayuran dan barang-barang basah denga harga yang berpatutan," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Besi, pagi ini.Ghazali berkata, antara barangan lain yang turut dijual adalah barangan seperti gula, tepung, bawang dan pelbagai barangan keperluan harian."Kita memahami bahawa kos sara hidup yang makin tinggi akan membebankan rakyat pada musim menghadapi Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi."Diharapkan program ini akan dapat membantu meringankan bebanan yang dihadapi, "jelasnya.
01 May 19
168
'Kayuhan YB' Hangatkan Hari Pertama Karnival Bukit Payong Sejahtera
Mohd Nor Hamzah (depan kanan).MARANG, 2 Mei - Acara 'Kayuhan Yang Berhormat (YB)' bersama komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong menghangatkan hari pertama Karnival Bukit Payong Sejahtera yang bermula semalam.Acara itu diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah serta Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.Hadir sama, Penghulu Mukim Marang, Ahmad Zafiri Ahmad Zaki dan Pengarah Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd Soud Said.Turut memeriahkan acara itu ialah pelumba basikal adik-beradik pasukan Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Zamri Salleh dan Mohd Hariff Salleh. Kayuhan sempena Karnival Bukit Payong Sejahtera.Kayuhan yang bermula pada 5.00 petang itu mendapat sambutan yang menggalakkan apabila sekitar 100 peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur mengambil bahagian.Acara itu bermula dari tapak Pasar Kedai Buluh kemudian bergerak ke dua 'checkpoint' sebelum kembali ke tapak permulaan dengan melengkapkan kayuhan sebanyak 11km.Karnival Bukit Payong Sejahtera yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Payong menyajikan pelbagai aktiviti menarik yang berbentuk kemasyarakatan dan keagaaman.Kumpulan nasyid terkenal tanah air, Hijjaz akan membuat persembahan pada malam kemuncak karnival, Sabtu ini.
01 May 19
246
Penduduk Dinasihat Henti Gejala Vandalisme
Dr. Alias seru penduduk rumah pangsa bersama jaga kemudahan yang disediakan. KUALA NERUS, 1 Mei - Rakyat yang mendiami rumah pangsa di beberapa kawasan sekitar Kuala Terengganu dinasihatkan menghentikan gejala vandalisme yang didapati semakin meningkat di kawasan kediaman tersebut.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, untuk Terengganu setakat ini tiada aduan dikemukakan berkenaan rumah pangsa atau flat yang mengalami masalah struktur sebagaimana yang terjadi di negeri lain kerana kebanyakannya masih baharu.“Sebaliknya, masalah yang timbul di kawasan rumah-rumah pangsa ini adalah perbuatan khianat dan vandalisme yang dilakukan oleh sebahagian penduduk sendiri.“Ada di antara mereka merosakkan kemudahan awam dan membuat hadangan-hadangan yang membahayakan penduduk lain,” katanya ketika ditemui pemberita slepas merasmikan Occupational Safety & Health (OSH) Day 2019 di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, di sini semalam.Turut hadir, Pengurus Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Che Sulaiman Che Pa dan Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR) Terengganu, Rokiah Mohamad.Dr. Alias menyatakan, penduduk perlu bertanggungjawab menjaga kemudahan di kawasan kediaman mereka sendiri tanpa mengharapkan pihak kerajaan sepenuhnya.“Kita mewujudkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di setiap kawasan flat di bawah Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) salah satunya untuk berperanan sebagai pemantau mengawal keadaan ini.“Setakat ini, kita belum mengambil tindakan undang-undang kerana didapati sebahagian perbuatan ini dilakukan golongan remaja yang belum matang. Namun, kita telah melaksanakan sesi penerangan dan pendidikan di kawasan terlibat,” katanya.Beliau turut memaklumkan, isu tersebut tidak kritikal tetapi menunjukkan trend meningkat dan ia wajar dihentikan segera.
30 Apr 19
219
Tarik Pukat Aktiviti Tradisi Memukau Pelancong
Aktiviti tarik pukat di Pantai Ru Muda.MARANG, 30 April - Aktiviti tarik pukat yang menjadi tradisi masyarakat nelayan berjaya menarik minat serta memukau pelancong apabila berkunjung ke Terengganu.Bagi penggemar acara itu, Arif Ariffin, 31, berkata, acara tarik pukat yang kebanyakannya dipelopori oleh golongan berusia itu sudah mencecah hampir puluhan tahun.Katanya, aktiviti yang biasa dilakukan pada hujung minggu itu berjaya menambat hati pelancong sama ada dari dalam atau luar negara apabila berkunjung ke negeri ini.“Peringkat dulu-dulu, ramai orang tua-tua yang mempelopori aktiviti ini dan orang muda sekarang baru berjinak-jinak.“Setakat pengalaman saya, pelancong bukan sekadar berminat, tetapi mereka teruja dengan aktiviti tarik pukat ini, sebab mungkin mereka tak pernah tengok dan cuba aktiviti ini.Arif Ariffin.“Rata-rata pengunjung meluahkan rasa teruja dan ingin mencuba apabila mereka datang melawat Terengganu,” katanya.Menurut Arif lagi, hasil tangkapan akan diagih sesama mereka yang terlibat dalam aktiviti itu serta masyarakat kampung.Jelasnya, acara tarik pukat itu akan lebih meriah apabila tiba musim cuti persekolahan dan sangat sesuai sekiranya kerajaan negeri menjadikan aktiviti itu sebagai produk pelancongan Terengganu.“Hasil tangkapan itu terpulang, kadang-kadang banyak, kadang-kadang sikit, faktor bulan, ombak, angin, mata pukat dan kedalaman air memainkan peranan penting.“Bila aktiviti ini 'hidup', mudah-mudahan adalah usaha dan sokongan daripada kerajaan untuk mengetengahkan tarik pukat sebagai produk pelancongan. “Secara tidak langsung menjadikan Terengganu dan Marang khususnya sebagai tempat pelancongan yang menarik,” tambahnya lagi.Hasil tangkapan.
30 Apr 19
1344