Artikel "Komuniti" Terkini
300 Umat Islam Bantah Kebiadapan Israel
Nasir Abdul Razak (tiga dari kiri) berucap memberi amaran kepada Israel.KUALA TERENGGANU, 10 Mei - Lebih 300 umat Islam berkumpul di Masjid Pengadang Baru petang tadi bagi membantah dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel yang menyerang dan membunuh penduduk Palestin di Gaza pada awal Ramadan.Pengarah Urus Setia Belia, Sukan dan NGO Terengganu, Nasir Abdul Razak menegaskan, himpunan itu adalah sebagai tanda kebersamaan dan solidariti umat Islam bersama rakyat Gaza yang ditindas saban waktu.Beliau turut memberi peringatan, tindakan tentera Israel merupakan perbuatan keji yang akan ditentang habis-habisan oleh seluruh umat Islam di serata dunia.“Himpunan kita pada petang ini sebagai rintihan dan bantahan kita terhadap keganasaan yang dilakukan terhadap penduduk dan juga sahabat kita di Palestin khususnya di Gaza.“Palestin adalah jantung kita, sekali mereka disakiti dan dizalimi maka kita pun akan terjejas sama, dan kita akan bertindak balas dengan tindakan itu, mereka (Israel) sebenarnya menggali kubur mereka sendiri,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam himpunan aman selepas solat Jumaat yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Terengganu di perkarangan masjid berkenaan.Nasir yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu menyeru kepada seluruh umat Islam yang ada di Terengganu untuk terus bangkit bersama warga Gaza.“Kita berdoa di bulan Ramadan yang penuh berkat ini supaya kebangkitan islam berlaku, kita yakin itu akan berlaku, kebangkitan itu akan lebih utuh sekiranya kita bersatu, bersatu akan melahirkan kekuatan untuk kebangkitan yang hebat,” tambah beliau.Penunjuk perasaan bantahan melaungkan takbir dan mengibar bendera Palestin, sepanduk, kain rentang dan poster sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestin.Sehingga kelmarin, sekurang-kurangnya 27 terkorban manakala 256 yang lain cedera dalam serangan rejim pengganas Israel di Semenanjung Gaza, selepas mayat sepasang suami isteri ditemukan di bawah runtuhan bangunan, kata Kementerian Kesihatan Palestin.Menjelang awal Ramadan lalu, pesawat perang Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa kawasan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), kononnya sebagai tindak balas terhadap penggunaan belon berisi bahan bakar dari wilayah dikepung itu.Susulan serangan itu, dua roket dilepaskan dari Gaza ke selatan wilayah Israel, sebelum jet pejuang Zionis membalas semula serangan berkenaan pada Jumaat lalu sehingga membunuh dua anggota tentera Hamas.Keadaan terus tegang, apabila 90 roket ditembak dari Gaza ke wilayah Israel pada Sabtu, dan pertempuran sengit bermula apabila Zionis melancarkan serangan kali ketiga ke atas Gaza beberapa jam kemudian.
10 May 19
36
Hotel Permai Dan Primula Terengganu Semarakkan Jom Jengoh Sahur
KUALA TERENGGANU, 10 Mei - Pertubuhan Karyawan Kreatif Terengganu (Karyawan) dengan kerjasama Hotel Permai dan Hotel Primula meneruskan tradisi tahunan dalam menyantuni golongan yang kurang berkemampuan termasuk petugas di jabatan kerajaan yang bersengkang mata berkhidmat pada waktu malam hingga pagi.Timbalan Presiden Karyawan, Nur Fazlizai Ali berkata, program yang memasuki tahun ketiga itu sebagai tanda kecaknaan dan memberi keceriaan kepada golongan yang memerlukan perhatian dan keprihatinan masyarakat sekeliling termasuk dari badan bukan kerajaan.Nur Fazlizai AliKatanya, ia merupakan inisiatif pengamal media yang sebelum ini sentiasa menulis berita tentang kesusahan orang ramai tetapi dengan kehadiran Ramadan, pihak media mengambil peluang turun padang untuk membantu mereka dalam bentuk sumbangan bagi meringankan beban golongan ini."Tahun ini kita perluaskan program ini dengan singgah di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi program Food Bank, Angkatan Pertahanan Awam (APM), petugas Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Angkatan Pertahanan Maritim Malaysia (APMM) serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri yang bertugas demi menjaga keamanan serta kesejahteraan awam."Hotel Permai bersama Hotel Primula menyediakan sebanyak 200 pek juadah sahur berupa nasi untuk diagihkan dan hubungan kerjasama ini tidak akan terhenti di sini malah akan diteruskan dengan program-program lain," katanya selepas menyampaikan juadah sahur kepada anggota JBPM di Kuala Terengganu, semalam.Noralizan menyampaikan sumbangan berupa pek makanan sahur kepada kakitangan IPD yang sedang bertugas.Program yang bermula 10 malam hingga 2 pagi itu turut disertai Pengurus Besar Hotel Permai, Noralizan Abd Rahman dan Pengurus Besar Hotel Primula, Suaibah Harun serta lebih 50 orang petugas hotel dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Karyawan.Sementara itu, Noralizan berkata, kolaborasi bersama Karyawan pada kali kedua ini dapat mengeratkan silaturahim selain pada pada masa yang sama mampu membantu golongan yang memerlukan."Tahun lepas sasaran kami kecil dan tahun ini dengan gabungan bersama Hotel Primula buat kali pertama menjadikan sasaran kami lebih besar."Pihak kami bersedia berkolaborasi dengan mana-mana pihak yang ingin melakukan kerja amal kerana bagi saya, dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain dan tidak salah untuk berkongsi," ujarnya.Beliau turut mengalu-alukan mana-mana hotel terutama anak syarikat kerajaan negeri untuk berkolaborasi untuk program-program seperti ini.
10 May 19
339
Balu Pemandu Traktor Terima Pampasan Perkeso
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 9 Mei- Balu kepada seorang pemandu traktor yang meninggal dunia apabila jentera yang dipandu terbalik dan menghempap dirinya pada 25 April lalu mendapat pembelaan Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (Perkeso).Dalam kejadian tersebut, Rahim Abdul Rahman,39, meninggal dunia di tempat kejadian ketika sedang melakukan kerja-kerja memungah kelapa sawit di tempatnya bekerja.Pampasan berkenaan diserahkan Pengurus Pejabat Perkeso Daerah Dungun, Nor Afizah Aziz kepada isteri arwahyarham, Surdini Ngah, 37 di kediaman mereka di Taman Mulia, Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) disini.Nor Afizah berkata, sebagai waris Surdini beserta tiga orang anaknya yang berusia dalam lingkungan tujuh hingga 16 tahun layak menerima pampasan RM 2,000 dan menerima pencen bulanan seumur hidup, manakala anaknya menerima pencen bulanan sehingga berumur 21 tahun."Kita telah menyiasat kes ini dengan hasil dan maklumat yang dikongsikan oleh Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman."Hasil daripada semakan dan siasatan, kita putuskan waris mangsa isteri dan anak layak menuntut faedah orang tanggungan dari Perkeso kerana arwah telah meninggal dunia ketika sedang bekerja di syarikatnya bekerja," jelasnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas menyampaikan Cek Pengurusan Jenazah kepada balu berkenaan di kediamannya di Taman Mulia, AMBS, kelmarin.Turut hadir, Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman serta Pengerusi Majli Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Mulia, Maliki Said.Dalam pada itu, Afizah turut mengingatkan kepada para majikan agar menjaga kebajikan pekerja dan wajib untuk mendaftarkan perusahaan dan mencarum pekerja mereka dengan Perkeso.
08 May 19
114
Tanah Runtuh Usai Berbuka Puasa
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 9 Mei - Seorang penduduk Taman Setia, Al-Muktafi Billal Shah (AMBS), Mazuki Abdullah 52, berdepan detik cemas apabila tanah di hadapan rumahnya runtuh sehingga berlaku keretakan pada struktur rumah sebaik selesai berbuka puasa, petang semalam.Pegawai Penyelaras Dewan undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata kejadian itu telah dilaporkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)."Pada kebiasaanya kes seumpama ini akan diberi bantuan bencana dengan segera."Mazuki ini juga merupakan seorang daripada 303 penerima zakat," katanya.Beliau berkata demikian kepada media Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), ketika meninjau rumah mangsa, di AMBS, Bukit Besi, petang semalam.Ghazali berkata, antara punca kejadian adalah mendapan yang berlaku akibat hujan lebat yang beserta ribut kencang."Menjelang Ramadan dan pada hari kedua Ramadan berlaku hujan dan angin yang cukup kuat kerana peralihan angin monsun."Yang mana mengikut kajian cuaca hujan dijangkan beserta ribut dan angin kencang pada sebelah petang dan awal malam,"ujarnya.Sehubungan itu beliau menasihatkan agar penduduk di Bukit Besi berwaspada dan berhati-hati dengan sebarang kemungkinan yang berlaku.Beliau juga berharap dan mengajak semua mendoakan supaya bencana itu tidak berpanjangan.
08 May 19
92
BBBR Rai 56 Anak Yatim Dan Warga Istimewa Berbuka Puasa
Rajemah (berdiri tiga dari kanan) beramah mesra dengan sebahagian dari anak yatim di majlis berbuka puasa di Batu Burok Beach Resort.KUALA TERENGGANU, 9 Mei - Batu Burok Beach Resort (BBBR) meneruskan tradisi mengadakan majlis iftar bersama anak yatim buat kali ke-12 dalam usaha memenuhi salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihak mereka.Pengarah Urusannya, Rajemah Sheikh Ahmad berkata, pihaknya sangat komited untuk mengadakan program CSR sebegini kerana ia secara tidak langsung memberi kegembiraan kepada insan terpilih ini.Katanya, jika sebelum ini mereka tidak mewar-warkan program CSR ini, namun kali ini pihaknya merasakan sambutan berbuka puasa lebih meriah dengan kehadiran anak-anak yatim serta warga istimewa."Program iftar ini diadakan bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan sekali gus merapatkan lagi hubungan antara resort dengan masyarakat setempat.“Kita mahu meraikan mereka dengan istimewa, kegembiraan yang kita ada ini perlu dikongsi bersama, terutamanya buat mereka yang benar-benar memerlukan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di majlis berbuka puasa bersama warga istimewa anjuran pengurusan Batu Burok Beach Resort & Warong Pak Maidin, di sini semalam.Seramai 56 anak yatim dan warga istimewa dari Asrama Perkaya, Marang dan Rumah Sejahtera Taman Bahagia, Bukit Payung diraikan dalam majlis kali ini dengan penuh kemeriahan.Tambahnya lagi, program yang dilaksanakan sejak 2007 ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang bagi membantu mereka yang memerlukan.
08 May 19
205
Masjid Mengabang Tengah Runtuh
KUALA TERENGGANU, 8 Mei - Ribut yang melanda bandar ini malam tadi menyebabkan Masjid Mengabang Tengah, Batu Buruk, yang sedang dinaik taraf runtuh sekali gus menjejaskan struktur utama masjid berkenaan.Susulan kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi menggesa pihak berkuasa atau agensi kerajaan berkaitan supaya mengadakan siasatan segera bagi menjamin keselamatan penduduk sekitar terutama jemaah yang mengunjungi rumah ibadat itu.“Alhamdulillah tidak ada sebarang kecederaan mahupun kehilangan nyawa. Itu yang penting dan saya nasihatkan kepada penduduk supaya mengikut arahan daripada pihak berkuasa sama ada boleh memasuki masjid berkenaan atau tidak."Saya berharap agar penduduk bersabar sehingga pihak berkuasa membuat siasatan bagi mengelakkan sebarang perkara diingini,” katanya.Beliau berkata demikian kepada wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika meninjau tempat kejadian, malam tadi.Turut hadir, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera DUN Batu Buruk,Abu Bakar Salleh, wakil MPKK Mengabang Tengah dan penduduk sekitar.Muhammad Khalil yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri berkata, masjid itu sudah lama dimanfaatkan masyarakat sekitar sedang dinaik taraf dan dipantau Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT).Menurut beliau, pihak berkuasa akan memaklumkan berkenaan status masjid itu sama ada selamat digunakan sepanjang Ramadan ini, dalam masa terdekat.
08 May 19
906
Penerima Zakat Mampu Berubah Jika Dibantu
Ghazali membantu salah seorang penerima yang hadir.Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 8 Mei - Penerima zakat Majlis Agama dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mampu untuk memperbaiki taraf kehidupan jika diberi suntikan motivasi.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, menjadi hasrat dan matlamatnya bagi memastikan penerima zakat di DUN berkenaan dapat dikurangkan tahun demi tahun."Memang diakui bahawa kos sara hidup yang tinggi menyebabkan agak sukar golongan ini untuk keluar dari kemiskinan tegar."Tetapi, kita yakin dan percaya kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk mencari jalan agar rakyat hidup dalam keadaan yang tidak membebankan dan mewujudkan peluang pekerjaan, kecuali mereka yang benar-benar tidak berupaya, tidak mampu bekerja kerana faktor kesihatan dan sebagainya maka ianya adalah wajar untuk terus dibantu," katanya ketika ditemui Urusetia Darul Iman (UPDI).Beliau berkata demikian ketika hadir meninjau perjalanan agihan zakat dari MAIDAM kepada 300 asnaf sekitar DUN berkenaan, di Dewan Orang Ramai, Jerangau, semalam.Ghazali turut menasihatkan asnaf supaya dapat memanfaatkan bantuan yang diterima untuk keluar dari belenggu kemiskinan.“Tahun ini berlaku sedikit peningkatan penerima berbanding tahun lepas. Jadi, kita akan fokus kepada mereka yang masih muda, mempunyai kudrat dan berpotensi untuk mengubah nasib diri."Kita akan menggalakkan mereka terlibat dalam industi asas tani atau keusahawanan yang mana, kedua bidang ini begitu diberi perhatian oleh kerajaan negeri termasuk diberi suntikan dana yang amat diperlukan mereka," katanya.
07 May 19
34
Konvoi ARC Kukuh Ukhuwah Anak Muda - Dr Azman Ibrahim
Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 8 Mei - Sebanyak 47 buah motosikal dengan pelbagai kapasiti enjin (cc) menyertai Konvoi Alternative Riding Club (ARC) kawasan Jabi ke Cameron Highlands yang berkonsepkan riadah, ukhuwah dan tarbiah. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, program santai itu bukan sekadar makan angin semata-mata sebaliknya menjadi medium mengukuhkan persaudaraan antara anak muda.“Konvoi ini bukan untuk berlumba tetapi kita mahu pupuk ikatan ukhuwah dan kerjasama di sepanjang perjalanan mereka,” katanya ketika ditemui di Perkarangan Masjid Jabi Lama sebelum berangkat ke Cameron Highlands, baru-baru ini.Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi mengingatkan bahawa pemuda mempunyai peranan yang penting untuk membawa risalah Islam dan menjadi mata telinga kepada kerajaan.“Kali ini, kita keluar seketika mencari semangat dan ketenangan. Semoga kita kembali nanti dengan semangat baru untuk menjalankan tugas di peringkat masing-masing,’’ katanya.
07 May 19
332
Paya Bunga Hotel Terengganu Tawar Pakej Menarik Sempena Ramadan
KUALA TERENGGANU, 8 Mei - Sempena kedatangan bulan Ramadan, Hotel Paya Bunga (PB) Terengganu yang berpangkalan di sini melancarkan menu bufet Maidah Al-Barakah kepada orang ramai yang berbuka puasa di hotel itu mulai 6 Mei lalu.Pelbagai juadah beraneka ditawarkan kepada pengunjung termasuk hidangan berkonsepkan bazar Ramadan ditawarkan bagi menghidupkan kemeriahan suasana di Hotel PB.Menu utama yang menjadi kegemaran pengunjung adalah kambing panggang, ketam masak cili api dan patin masak tempoyak.Pengurus Besar Hotel PB, Abdul Hadi Alias berkata, promosi bufet yang berlangsung sehingga 4 Jun depan bermula pukul 6.30 petang hingga 9 malam dibuka dengan harga yang berpatutan iaitu RM69 bagi dewasa dan RM49 bagi kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun.“Pakej berbuka puasa dan sahur sama ada persendirian atau korporat juga turut ditawarkan kepada pelanggan yang ingin meraikan anak-anak yatim dan kita menyediakan ruang yang boleh memuatkan seramai 100 hingga 450 orang.“Selepas berbuka puasa, para tetamu juga boleh terus mengerjakan solat tarawih berjemaah di surau kami yang boleh memuatkan kira-kira 150 jemaah. Solat tarawih ini diadakan setiap malam dan dipimpin oleh pelajar-pelajar tahfiz dari Kolej al-Quran Terengganu.“Harga diskaun juga akan diberikan sekiranya pelanggan membuat tempahan lebih awal, pakej sahur pula berharga RM30,” katanya.Menurut Abdul Hadi lagi, kenikmatan berbuka puasa lebih selesa kepada pengunjung kerana pihaknya menyediakan konsep makan di dalam suasana kampung malah kolam renang yang terletak bersebelahan The Roselle @ Eleven juga mengindahkan lagi pemandangan.Pihaknya juga memberikan diskaun sebanyak 30 peratus untuk warga emas yang ingin berbuka puasa di hotel berkenaan.“Lokasi berbuka puasa hotel ini juga mampu menampung kehadiran 107 pengunjung dalam satu-satu masa. Dan bagi mereka yang ingin menikmati moreh selepas tarawih, harga yang ditawarkan serendah RM10 seorang.“Sebanyak RM1 daripada setiap pembelian akan disumbangkan ke Tabung Rohingya,” tambah beliau.Hotel PB merupakan anak syarikat kerajaan negeri yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Terengganu.Orang ramai yang berminat untuk menikmati juadah yang disediakan boleh membuat tempahan dan mendapatkan maklumat lanjut berkenaan bufet Ramadan dengan menghubungi talian 09-6006666.
07 May 19
877
Kadar Sewa Bazar Ramadan Felda Jerangau Berpatutan
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 7 Mei- Peniaga bazar Ramadan di Felda Jerangau di sini rata-ratanya berpuas hati dengan kadar sewa di tapak berkenaan yang dikatakan berpatutan dan tidak membebankan mereka.Difahamkan, kadar sewa bagi tapak bazar Ramadan itu hanya RM30 sebulan, antara yang terendah berbanding di tempat lain.Keadaan itu memberikan kelebihan kepada para peniaga untuk meraih keuntungan berganda pada bulan mulia ini.Menurut Nurul Elyani Ikmal Mustafa Kamal, 35, yang pertama kali berniaga di bazar berkenaan dengan menjual lauk pauk berkata, dia dan suaminya Rosaifuddim Mohd, 39, sangat berpuas hati dengan kadar sewa yang dikenakan."Apabila saya bandingkan harga dengan kawan-kawan yang berniaga seperti saya, mereka terkejut selepas saya bagitau harga sewa tapak yang dikenakan cuma RM30 sebulan." Ini kerana, di sesetengah tempat ada yang mengenakan kadar sewa yang agak tinggi,” ujarnya ketika ditemui pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), di Bazar Ramadan Pasar Baharu, Felda Jerangau, kelmarin.Sementara itu, Mazila Abdul Ghani, 34, turut mengakui bahawa harga sewa tapak yang dikenakan langsung tidak membebankan peniaga."Sewa tapak ini dibayar kepada pihak Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Tanah Rancangan (JKKKR) Felda Jerangau."Dengan harga sewa tapak yang rendah, secara tidak langsung ianya boleh mendatangkan pulangan yang agak lumayan kepada kami,” ujarnya yang telah tiga tahun berniaga disitu.Peniaga air soya yang berpengalaman selama 10 tahun berniaga di bazar berkenaan, Abdul Manan Mat, 53, pula berpendapat, Ramadan adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh para peniaga untuk mencari rezeki lebih."Alhamdulillah air soya saya sentiasa mendapat permintaan para pengunjung bazar ini kerana telah lama berniaga disini.“Walaupun suasananya tidak sama dengan di bandar yang jumlah pengunjungnya lebih ramai, namun ianya amat berbaloi dengan harga sewa tapak yang begitu rendah."Ini amat membantu peniaga seperti kami, yang datang membeli di bazar ini bukan sahaja penduduk felda tetapi juga penduduk dari kampung berdekatan,” ujarnya.
07 May 19
406