lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Hasrat Lahirkan Wanita Berilmu
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 14 Mei- Kerajaan negeri berhasrat menjadikan wanita negeri ini golongan yang mempunyai ilmu yang tinggi.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor berkata, menerusi  Dasar Wanita Terengganu antaranya akan memberi pendidikan kepada wanita khususnya ilmu yang mencangkupi dunia dan akhirat.Katanya, kerajaan negeri sentiasa pelbagai program dari semasa ke semasa untuk tujuan tersebut."Ihya Ramadan:Munajat Cinta, Wanita Lamaran Ar-Rayyan" adalah  program yang ke arah itu, dimana sepanjang bulan Ramadan ini, bermula di Kemaman, hari ini di Dungun, nanti di Marang dan seterusnya hingga ke Besut, " ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Program 'Ihya Ramadan, Munajat Cinta, Wanita Lamaran Ar-Rayyan' di Masjid Lama Kampung Sura, semalam.Turut hadir, Pegawai Khas Wanita, Menteri Besar Terengganu, Khairiah Mokti.Menurut beliau, jelajah ke seluruh daerah dengan pengisian solat tasbih dan kuliah dhuha itu dikendalikan oleh Prof. Dr Wan Maseri Wan Mohd.
13 May 19
62
Empty Image
Paya Bunga Hotel Agih Bubur Lambuk Percuma Setiap Jumaat
Bubur lambuk diagihkan kepada pengguna jalan utama didepan PB Hotel.KUALA TERENGGANU, 14 Mei -  Hotel Paya Bunga (PB) Terengganu akan mengedarkan lebih 200 bekas bubur lambuk secara percuma pada setiap Jumaat sepanjang Ramadan ini.Pengurus Besar Hotel PB, Abdul Hadi Alias berkata, buat julung kali hotel berkenaan menganjurkan program mengagihkan bubur lambuk kepada pengguna jalan utama di pekarangan hotel itu.Katanya, program itu merupakan satu pendekatan yang diambil oleh pengurusan hotel bagi mengeratkan hubungan serta mempromosikan PB Hotel Terengganu kepada masyarakat sekitar.“Edaran tersebut bermula jam 3 petang bertempat di Pekarangan Lobi Paya Bunga Hotel Terengganu dan berakhir pada pukul 4.00 petang.“Seluruh warga Terengganu yang berdekatan dijemput memeriahkan lagi program ini dan mengambil bubur lambuk yang disediakan khas oleh chef tempatan kami sebagai juadah berbuka puasa,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengedarkan juadah itu di pekarangan hotel itu, baru-baru ini.Sementara itu, Abdul Hadi turut berkata, pihak pengurusan dan kakitangan hotel amat terharu dengan sambutan orang ramai yang datang dan sanggup beratur untuk mengambil bubur lambuk.Jelasnya lagi, program itu  mampu memberikan impak yang positif kepada masyarakat setempat serta memperkasakan lagi penjenamaan PB Hotel Terengganu sebagai hotel patuh syariah.“Ini adalah pendekatan untuk memperkasakan hotel kami, secara tidak langsung ia akan menjana ekonomi negeri kerana hotel ini adalah hotel milik kerajaan negeri” tambah beliau.
13 May 19
139
Empty Image
Peningkatan Pesakit Strok Semakin Membimbangkan
Oleh : Mohd Haniff AbasKUALA TERENGGANU, 12 Mei – Penyakit strok menyumbang kepada satu perempat daripada jumlah kematian di Malaysia dan  statistik tersebut bukan semakin menurun, sebaliknya semakin ramai menghidap penyakit kronik itu dan ianya amat membimbangkan.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, Dewan Undangan Negeri ( DUN) Buluh Gading turut mencatatkan rekod paling ramai pesakit strok ketika program ziarah  dilaksanakan.“Kebanyakan orang tidak mahu menjalani pemeriksaan kesihatan kerana bimbang tahu ada penyakit, bila tahu ada penyakit, maka pemakanan pun mula lah kena kawal, itu yang tidak seronok.“Walaupun tekanan darah pesakit tidak tinggi, namun kadar bacaan kolestrol dalam darah adalah sangat tinggi dan ini sangat bahaya, bimbang penyakit datang secara tiba-tiba tanpa amaran,” ujar beliau.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Pemeriksaan Kesihatan Percuma Dan Saringan Kahak Tibi di Pekarangan Masjid Kampung Kubang Jela yang dianjurkan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Kubang Jela dengan kerjasama Komuniti Sihat, Pembina Negara (KOSPEN), pagi semalam.Menurut Ustaz Ridzuan, pepatah arab ada menyebut bahawa tindakan berjaga-jaga itu lebih baik daripada mengubati.“Setiap penyakit yang datang dan kesembuhan sememangnya dari Allah SWT, namun kita sebagai hamba haruslah berusaha untuk mengelaknya.“Kita sebagai orang beriman haruslah tabah dan sabar, dan menerima sebarang penyakit sebagai ujian, walaupun telah melakukan langkah-langkah pencegahan sebelum ini. Sudah pasti ada hikmah di sebaliknya,”katanya.
11 May 19
46
Empty Image
114 Anak Yatim Diraikan Dalam Majlis Berbuka Puasa
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 12 Mei- Seramai 114 orang anak yatim di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi diraikan dalam satu majlis berbuka puasa di Pusat Komuniti Desa Al-Muktafi Billal Shah (AMBS), di sini, baru-baru ini.Pengawai Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, golongan anak yatim yang diraikan dalam majlis itu adalah daripada kalangan yang kematian bapa."Anak yatim yang kita pilih bukan yang kehilangan ibu, tetapi kehilangan bapa yang mana mereka kehilangan tempat bergantung dan ibu mereka pula dikategorikan sebagai ibu tunggal yang melalui keperitan apabila suami meninggal."Anak yatim menjadi keutamaan untuk kita santuni dengan penuh kasih sayang agar nasib mereka terbela," katanya kepada pemberita di majlis tersebut.Menurut Ghazali, beliau amat berterima kasih kepada pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) yang bertungkus lumus memastikan program berkenaan berjalan dengan lancar.Sementara itu, Penolong Penyelia i-MiTS DUN Bukit Besi, Zakiah Alias berkata, program tersebut bertujuan mengeratkan tali silaturahim dan ukhuwah selain menjadi jambatan penghubung kasih sayang antara anak yatim dengan pihak kerajaan. "Semoga majlis yang diadakan dapat mengundang keberkatan daripada Ilahi pada bulan yang penuh kemulian dan kerahmatan,” ujarnya.
11 May 19
175
Empty Image
Isteri Ustaz Wan Sukairi Rai 60 Penduduk Paloh Sempena Ramadan
Dr Fadzilah Ismail (kiri) menyampaikan sumbangan sempena Ramadan kepada salah seorang penerima. Foto oleh - Wan Luqmanul HakimOleh: Azizah MahmoodKUALA TERENGGANU, 12 Mei - Isteri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan  Belia,  Sukan dan NGO negeri,  Dr Fadzilah Ismail meraikan 60 orang penduduk kurang berkemampuan di Kampung Paloh kelmarin.Dr Fadzilah berkata, antara lain, platform Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat yang dinamakan Khairunnisa' Terengganu yang turut dianggotai beliau berfungsi untuk membantu tugas suami mereka berdepan dengan pelbagai lapisan rakyat.Malah, ia juga menunjukkan sikap kebertanggungjawaban yang kuat isteri wakil rakyat terhadap peranan suami tanpa mengira waktu, apatah lagi pada Ramadan, bulan yang diraikan dan memupuk kasih sayang sesama umat Islam.
11 May 19
1527
Empty Image
520 Golongan Asnaf Terima Sumbangan Ramadan
Oleh: Alfian MamadKEMAMAN, 10 Mei  - Seramai 520 golongan asnaf di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN)Kijal  menerima sumbangan awal Ramadan di Majlis Iftar Jamaie Kijal.Pegawai Penyelaras DUN Kijal, Ustaz Hazri Jusoh berkata program ini merupakan kerjasama antara Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kijal dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)."Terima kasih kepada anak syarikat negeri (GLC) dan individu yang memberi sumbangan bagi menjayakan majlis ini."Semoga apa yang dilakukan ini mendapat keredaan Allah apatah lagi di bulan yang mulia ini," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dimajlis yang diadakan di Kompleks Paya Lasir, Bandar Baru Kijal, baru-baru ini.Seramai seribu orang hadir di majlis berkenaan termasuk penerima sumbangan dan masyarakat dipelusuk DUN Kijal.Sementara itu Pengerusi MPKK Kampung Pengkalan Cicar, Razali Awang berkata walaupun sumbangan ini tidak seberapa, namun ia amat bermakna bagi mereka yang amat memerlukannya.
11 May 19
44
Empty Image
Kebajikan Ibu Tunggal Seberang Takir Akan Terus Terbela
Oleh : Hailmey MansorKUALA NERUS, 11 Mei - Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab akan memastikan kebajikan ibu tunggal DUN Seberang Takir akan dibela dan dijaga.Menurut beliau, sebahagian ibu tunggal di DUN ini adalah dalam golongan yang berpendapatan rendah yang memerlukan perhatian."Kita akan memastikan segala kemudahan yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada golongan ini akan kita bahagikan secara adil dan saksama tanpa mengira warna bendera parti."Kita ambil contoh Tabung Siti Khadijah di bawah Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), ia diperuntukkan untuk golongan wanita," katanya ketika hadir dalam majlis bacaan Yasin dan agihan sumbangan kebajikan, di Rumah Kelab Ibu Tunggal DUN Seberang Takir,di Telaga Daing, hari ini.Turut hadir, Penolong Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Seberang Takir,  Jamaliah Abdullah dan Pegawai  Hal Ehwal Wanita i-MiTS Seberang Takir, Zainah Abu Bakar.Fazil berkata, tabung itu sedikit sebanyak dapat membantu ibu tunggal dalam menjadi usahawan yang berjaya dan dapat menambah pendapatan mereka.Sebanyak 40 barangan dapur seperti beras, gula dan minyak disumbangkan oleh Pejabat Khidmat Masyarakat kepada golongan ibu tunggal berkenaan.
11 May 19
291
Empty Image
PKAPKN Agih Makanan Berbuka Puasa Kepada Fakir Miskin
Bantuan makanan untuk berbuka puasa.Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 11 Mei – Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PKAPKN) telah mengagihkan sumbangan makanan berbuka puasa kepada Penduduk Kampung Kesom Che Nordin dan Kampung Kesom Alur Rekang baru-baru ini.Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Wan Yusrizal Wan Shafi'i mewakili Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata,  bantuan itu sedikit sebanyak memberi keceriaan dalam menjalani ibadah puasa kepada penduduk yang kurang berkemampuan.Katanya, usaha itu secara tidak langsung memberi motivasi kepada golongan fakir miskin untuk terus beribadah dengan sempurna di bulan Ramadan ini."Program ini telah banyak membantu warga miskin di kawasan ini dan rata-rata penduduk bersyukur dan mengucapkan bebanyak terima kasih kepada Ahli Parlimen Kuala Nerus," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas mengagihkan juada berbuka puasa kepada penduduk yang memerlukan.Turut hadir, timbalan pengerusi  Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kesom Alur Rekang, Nasir Yaakob serta Ahli Jawatankuasa MPKK yang sama-sama membantu mengagihkan juadah berbuka puasa bersama pegawai-pegawai PKAPKN.Dalam program itu sebanyak 100 pek makanan  telah diagihkan kepada penduduk-penduduk sekitar kampung berkenaan.Program agihan makanan berbuka puasa ini bermula pada jam 5.00 petang dan berakhir kira-kira pukul 6.00 petang.Program tersebut akan diteruskan di kesemua kampung dalam parlimen Kuala Nerus bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan menjalani ibadah puasa dengan baik.Ia sekaligus mengurangkan kesusahan yang dihadapi oleh orang yang tidak berkemampuan.
10 May 19
122
Empty Image
Terima Kasih Sebab Ceriakan Sahur Kami
KUALA NERUS, 10 Mei - Pertubuhan Karyawan Kreatif (Karyawan) dengan kerjasama Hotel Primula dan Hotel Permai berjaya menyantuni hampir 70 pelajar  Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang menjadi kumpulan pertama penerima Food Bank Siswa melalui program Jom Jengoh Sahur.Program berkenaan diadakan bagi meringankan beban pelajar yang tergolong dalam keluarga yang kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati keberkatan di bulan Ramadan.Mohammad BariPenuntut Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab, Mohammad Bari Johari, 24, yang berasal dari Mukah, Sarawak berkata, sumbangan juadah sahur cukup bermakna kepadanya yang sudah dua tahun berturut-turut berpuasa di UniSZA."Pertama kali menerima juadah bersahur semenjak saya berada di sini dan merasa cukup terharu serta teruja kerana kami biasanya bersahur mengikut kemampuan seperti mi segera."Kebanyakan dari kami berasal dari golongan yang tidak berkemampuan dan terpaksa berjimat cermat dan bila ada pihak bantu memberi makanan untuk bersahur, ia cukup bermakna," ujarnya kepada pemberita ketika ditemui selepas program Jom Jengoh Sahur di UniSZA, semalam.Program yang bermula 10 malam hingga 2 pagi, turut disertai  Pengurus Besar Hotel Permai, Noralizan Abd Rahman dan Pengurus Besar Hotel Primula, Suaibah Harunserta lebih 50 orang petugas hotel dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Karyawan.Turut hadir, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Saharuddin Mohd Kia dan Presiden Karyawan, Zaid Salim.Program Food Bank Siswa adalah kesinambungan daripada program Food Bank Malaysia yang dilancarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).NormelisaSementara itu, Penuntut Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab, Normelisa Mohd Yadi yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) berkata, dengan keadaannya yang terpaksa bergantung kepada kerusi roda, sumbangan juadah bersahur pada kali ini membantu meringankan bebannya."Terima kasih sebab sudi hantarkan juadah sahur sampai depan pintu asrama dan tidak perlu saya pergi ke kafe untuk membeli makanan atau menyusahkan kawan-kawan untuk membantu menolak kerusi roda."Kali pertama ada pihak luar datang memberi sumbangan makanan kepada kami yang ratanya dari keluarga yang kurang berkemampuan dan sekali lagi saya merasa gembira dan berharap dapat diteruskan pada masa akan datang," kata Normelisa.Bagi Penuntut Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial, Nurul Hidayah Abu Hassan, 21, yang juga OKU merasa cukup seronok kerana buat kali pertama menerima sumbangan juadah bersahur daripada pihak luar."Keadaan saya yang buta menyukarkan pergerakan dan sebelum ini terpaksa bergantung kepada kawan untuk bergerak, walaupun rasa susah tetapi lama kelamaan ia menjadi perkara biasa."Rasa syukur sangat dengan bantuan yang diberikan dan buat kali pertama tidak perlu susahkan orang lain untuk membeli makanan sahur," ujarnya.
10 May 19
315
Empty Image
Kurma Untuk Peniaga Pasar Cabang Tiga
Oleh: Syed Abdul RahmanKUALA TERENGGANU, 9 Mei - Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Bandar dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) mengagihkan sumbangan buah kurma kepada 160 peniaga di Pasar Chabang Tiga, di sini, hari ini.Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar, Ahmad Shah Muhamed berkata, sebagai meraikan Ramadan pihaknya turun padang menemui peniaga sambil menyampaikan buah kurma.Katanya, kunjungan itu juga sebagai menghargai dan melahirkan rasa syukur melihat kemeriahan suasana Pasar Cabang Tiga yang dibanjiri ramai pengunjung terutama pada bulan ini."Ada peniaga yang berbisik pada saya, berkat Bulan Ramadan ini menjadikan rezeki berniaga semakin bertambah berbanding bulan yang lain."Selamat melakukan ibadah di bulan Ramadan kepada seluruh peniaga Pasar Cabang Tiga ini. Mudah-mudahan diluaskan pintu rezeki oleh Allah SWT," tambahnya lagi.
10 May 19
905