lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
TNB Dungun Tabur Bakti Bantu Asnaf, Penduduk Kampung
Alias Harun bersama kakitangan TNB.Oleh : Nooreni Abu BakarDUNGUN, 29 Mei - Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Dungun bersama masyarakat di lokasi terpilih dalam Rantau Abang merupakan usaha berterusan untuk menabur bakti kepada masyarakat dan tidak sekadar ‘one-off event’.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun sangat menghargai usaha 70 kakitangan badan korporat berkenaan yang tertumpu kepada aktiviti gotong-royong dan pengagihan sumbangan kepada asnaf.Jelasnya, pemilihan Masjid Batu Tiong bagi menjayakan program CSR itu memberi keceriaan dan berjaya merapatkan hubungan dengan ahli kariah serta penduduk kampung.“Dengan mereka turun padang bergotong royong dan sumbangan ini dapat memberi meringankan beban ahli jemaah,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa hadir dalam Program CSR itu, di perkarangan masjid berkenaan, di sini semalam.Sementara itu,  menurut Jurutera Kanan TNB Dungun, Ir. Adira Mustafa, pihaknya memilih lokasi berkenaan untuk melakukan program itu kerana menyedari masjid adalah tempat tumpuan orang ramai lebih-lebih lagi di bulan Ramadan.Tambah Adira, selain aktiviti membersih persekitaran dan membaiki alatan masjid, mereka juga turut mengagihkan sumbangan kepada asnaf.“Setiap tahun kita akan memilih masjid dan kali ini  kita memilih Masjid Batu Tiong, jadi kami akan buat kutipan untuk disumbangkan kepada asnaf, kami akan usahakan itu bagi menjayakan aktiviti ini,” ujarnya. “Sebelah petang kami menziarahi asnaf untuk menyumbang barangan dapur  dan diikuti sumbangan kepada anak-anak yatim berupa duit raya di masjid sebelum majlis ‘namat’,” katanya lagi.
29 May 19
799
Empty Image
11 Penerima Pertama Kali Dapat Bantuan JKM
Sabri (empat dari kiri) memberi sumbangan JKM.Oleh: Aslam WiraMARANG, 29 Mei – Seramai 11 penerima di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang pertama kali mendapat bantuan secara bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang disampaikan terus ke rumah masing-masing.Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Sabri Zakaria berkata, usaha berkenaan adalah untuk memudahkan lagi urusan seharian keluarga kurang bernasib baik yang tercicir sebelum ini tanpa perlu keluar ke mana-mana pusat agihan.Jelasnya, penerima bantuan ini adalah mereka  yang tergolong dalam kelompok kurang berkemampuan dari sudut kewangan termasuk mengalami sakit kronik, sakit tua, miskin dan ibu tunggal.“Bantuan yang disalurkan ini adalah bantuan secara bulanan, bantuan kali pertama ini JKM Marang bersetuju untuk menghantar secara ‘one-off’dan tunai kepada setiap penerima.“Kita berharap agar penerima bantuan ini supaya dapat menggunakan bantuan yang diberikan dengan sebaik mungkin dan semoga bantuan yang diberikan dapat meringankan beban keluarga dan penerima,” katanya ketika berkunjung ke rumah penerima-penerima tersebut, semalam.Hadir sama, Penyelia Pusat Khidmat DUN Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Sahabat Sejahtera Marang, Yusof Abdul Hadi, kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Marang dan wakil-wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).Dalam perkembangan yang sama, Sabri menjelaskan tujuan agihan bantuan secara terus ke rumah penerima itu adalah bagi melihat sendiri suasana kehidupan dan masalah rakyat serta menilai kelayakkan penerima berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh JKM.Katanya, ia juga untuk menilai sama ada mereka telah mendapat bantuan daripada agensi lain seperti Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) daripada Jabatan Perdana Menteri, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) serta beberapa agensi lagi.“Sekiranya ada bantuan daripada agensi lain atau bentuk bantuan lain, kita akan menyalurkan bentuk bantuan daripada agensi yang layak dengan kerjasama (MPKK) masing-masing,” katanya.
29 May 19
189
Empty Image
'Roadblock Sahur' DUN Manir
Oleh: Muhammad Najib IsmailHULU TERENGGANU, 29 Mei - Sempena pecutan 10 akhir  Ramadan, Dewan Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Manir menganjurkan program 'Roadblock Sahur', malam tadi.Penyelia i-MiTS Hulu Terengganu, Mohd Harun Esa berkata, program itu bagi menyantuni rakyat khususnya anak muda dan pekerja yang masih menjalankan tugas pada waktu malam sekitar DUN Manir."Sebelum ini kita sudah membuat acara seperti ini yang dinamakan `Terjah Sahur' yang mensasarkan golongan tertentu yang bertugas pada lewat malam, akan tetapi program kali ini ada kelainan dengan kita menahan pengguna jalan raya untuk memberikan juadah sahur," katanya.Hadir sama, Ketua Pemuda PAS DUN Manir, Muhammad Hamdi Harun, Timbalan Ketua Pemuda DUN Manir, Mohd Saifuddin Mohd Azmi dan Naib Ketua Pemuda PAS DUN Manir, Mohd Suhaimi Abdul Wahab.Agihan dibuat di hadapan Kolej Universiti Darul Quran Islamiah, Manir yang disertai hampir 20 orang petugas dan bermula jam 2 hingga jam 3 pagi.Sebanyak 200 bungkus nasi goreng beserta telur mata dan air mineral diagihkan kepada orang ramai yang kebanyakannya golongan muda.Harun yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Terengganu berkata, program itu juga diadakan bagi mengingatkan golongan muda yang selalu keluar lewat malam agar tidak lupa untuk bersahur kerana Nabi bersabda, "Bersahurlah, kerana pada sahur itu ada berkat".Beliau juga mengingatkan penduduk yang ditemui supaya jangan ketinggalan untuk menambah amal ibadat sempena akhir Ramadan ini agar memperolehi kelebihan Lailatul Qadar kerana ganjaran yang disediakan oleh Allah amatlah besar.
29 May 19
346
Empty Image
PB Hotel Jayakan Program Amal Bantu Mahasiswa UniSZA
KUALA TERENGGANU, 29 Mei – Paya Bunga (PB) Hotel dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah bekerjasama bagi menjayakan Program Amal dan Taaruf di Foyer Asrama UniSZA, di sini, baru-baru ini.Sumbangan makanan dan minuman kepada pelajar yang kurang berkemampuan menjadi agenda utama aktiviti berkenaan.Pengurus Besar PB Hotel, Abdul Hadi Alias berkata, program yang berlangsung sembilan hari bermula 26 Mei itu adalah usaha pihaknya bagi membantu mahasiswa yang menghadapi masalah kewangan.“Program anjuran UniSZA ini buat julung-julung kalinya telah diadakan dan kami PB Hotel menyokong usaha pihak UniSZA sebagai rasa tanggungjawab kami terhadap mahasiswa.“Sebagaimana yang kita sedia maklum, ramai golongan pelajar yang terbeban dengan masalah sara hidup, walaupun ada yang menerima bantuan daripada agensi tertentu, namun itu belum cukup untuk menyara perbelanjaan harian,” ujarnya.Turut hadir dalam program itu ialah Pengurus Operasi PB Hotel, Shamsuddin Jaafar, Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) UniSZA, Mazlan Mohammad, Ketua-Ketua Unit dan warga kerja PB Hotel.Program yang akan berakhir pada 3 Jun itu mendapat sambutan yang baik daripada seluruh pelajar serta kakitangan UniSZA
29 May 19
217
Empty Image
‘Awasi Haiwan Ternakan Masing-Masing’ – MB Terengganu
KUALA TERENGGANU, 29 Mei – Pemilik haiwan ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing dinasihatkan agar menjaga dan mengawasi ternakan masing-masing bagi mengelakkan berlakunya kemalangan jalan raya terutamanya menjelang Aidilfitri nanti.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, haiwan yang tidak dipantau dengan rapi boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya dan mengakibatkan kemalangan serius dan maut sepertimana dicatatkan sebelum ini.Jelasnya, keadaan itu menyebabkan suasana hari raya yang sepatutnya disambut dengan gembira bertukar menjadi sebaliknya sekiranya perkara itu terus dibiarkan.“Kepada penduduk-penduduk tempatan sepanjang laluan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dan (semua jalan raya) ini supaya menjaga haiwan peliharaan masing-masing.“Supaya haiwan ini tidak berkeliaran sehingga menjadi mangsa kemalangan dan tentulah pemilik juga sedih dengan kehilangan haiwan ternakan dan apa jua yang terjadi, apa yang pasti sudah tentu ia juga membahayakan pengguna jalanraya,” ujar beliau.Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas melakukan tinjauan persiapan ‘drawbridge’ menjelang pembukaannya pada Ahad depan, di sini semalam.Dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 tahun lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, pemilik haiwan yang membiarkan ternakan mereka berkeliaran tanpa pengawasan di jalan raya atau tempat awam berdepan kompaun sebanyak RM250.Katanya, ternakan yang tidak dituntut juga akan dilelong secara terbuka sekiranya melepasi tempoh antara tujuh hingga 14 hari selepas ditangkap.“Pemilik yang mengabaikan ternakan mereka bukan sahaja dikompaun malah turut dikenakan kos tebus serta caj tambahan sebanyak RM10 (seekor haiwan) setiap hari.“Masalah haiwan ternakan dibiarkan berkeliaran bukanlah perkara baharu namun ia berlaku secara berterusan berikutan sikap sesetengah individu yang tidak mematuhi peraturan,” jelasnya.
28 May 19
108
Empty Image
Agih Asam Gumpal Kepada Pengguna Jalan Raya
Oleh: Muhd Afiq ZohirBESUT, 29 Mei- Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh mengagihkan kira-kira 100 bekas kuih asam gumpal kepada penguna jalan raya yang melalui hadapan pejabat berkenaan di Kampung Padang Luas, di sini, semalam.Pegawai Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Ustaz Wan Ahmad Sukri Wan Isa berkata, agihan juadah berbuka puasa itu sebagai pelengkap selera kepada orang ramai khususnya mereka yang tidak berkesempatan menyediakan kuih muih untuk berbuka puasa.Katanya, penyediaan asam gumpal tersebut diadakan secara bergotong-royong yang melibatkan kakitangan Pejabat Penyelaras dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Jerteh.“Agihan dilakukan selepas solat Asar yang melibatkan hampir 100 bekas asam gumpal. “Bulan Ramadan merupakan bulan yang mulia. Oleh itu, marilah kita sama-sama berlumba bagi memberi faedah kepada orang lain,” ujarnya kepada pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman selepas menyempurnakan program berkenaan.Wan Ahmad Sukri berkata, secara tidak langsung aktiviti berkenaan turut merapatkan silaturahim selain dapat memperkenalkan peranan pejabat penyelaras serta halatuju kerajaan negeri kepada orang awam,” ujarnya.
28 May 19
283
Empty Image
`Pilih Jadi Hamba Allah, Dunia Berkhidmatlah Kepadanya' - Wan Hassan
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 28 Mei - "Allah berkata kepada dunia, `Mana-mana orang yang memilih untuk jadi hamba Allah kamu dunia berkhidmatlah kepadanya'," kata Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.Menurutnya, dengan amalan itu, maka kehidupan golongan itu akan melimpah-ruah dengan kesenangan yang penuh keberkatan kerana dunia yang memberi perkhidmatan (nikmat) kepada mereka."Tetapi dunia juga diberi pesanan oleh Allah, perbudakkanlah mana-mana orang yang memilih untuk berkhidmat untukku, perhambakanlah mereka, jadi hamba dunia. "Ini kita dapat, kita berhias untuk siapa, kita memakai perhiasan untuk orang puji kita lawa, kita lupa, di belakang kita keberkatan ditarik," ujarnya. Beliau menasihati demikian kepada ibu muda yang hadir ketika berucap di Majlis Projek Telekung 3.0, Ameerah Kawasan Dungun di Pusat Tarbiyyah dan Kelas Fardhu Ain, Taman Permint Indah, di sini, baru-baru ini. "Keberkatan rezeki yang ditarik, keberkatan ini akan dibawa masuk ke dalam rumah kita (ditarik). Walaupun, katanya, perhiasan dibenarkan tetapi perlu disusun dengan cara berpakaian yang menghasilkan pahala. Projek tahunan kali ketiga itu bertujuan menghargai dan meringankan beban yang ditanggung oleh golongan wanita berusia 40 tahun ke bawah. Turut hadir, Ketua Muslimat PAS Kawasan Dungun, Khairiah Mokti. Manakala Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun ketika berucap merasmikan program berkenaan menasihati agar menjaga anak sebaik-sebaiknya kerana mereka merupakan amanah Allah SWT. "Kalau anak kita sudah pandai keluar rumah, kita kena ambil tahu, siapa kawannya, kalau kawannya seorang yang baik, pastikan balik rumah pukul berapa?"Saya juga minta sebagai ibu, jaga mulut daripada berkata yang tidak elok kepada anak-anak kerana ianya merupakan doa buat anak kita, " pesan beliau kepada 40 orang penerima yang terdiri daripada ibu tunggal, miskin dan mualaf.
28 May 19
42
Empty Image
PPD Kuala Besut Agih RM48,000 Zakat Perniagaan Kepada Asnaf
Azbi Salleh (dua dari kanan).Oleh: Saifullah Jusoh BESUT, 28 Mei - Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azbi Salleh mengagihkan zakat perniagaan beliau kepada 480 asnaf  di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut. Beliau yang mengusahakan perniagaan emas mengagihkan RM48,000 daripada zakat perniagaannya untuk kegunaan golongan kurang berkemampuan bagi menghadapi musim perayaan. Jelasnya, pada tahun lepas beliau membayar zakat tersebut kepada 200 orang manakala untuk tahun ini senarai penerima yang layak bertambah.“Saya berharap dengan sedikit pemberian ini dapat dimanfaatkan oleh penerima bagi persediaan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.“Insya-Allah pada masa akan datang saya akan meneruskan program-program sebegini agar rakyat di DUN Kuala Besut terus mendapat manfaat,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pengagihan Zakat perniagaan DUN Kuala Besut di Markaz Tarbiah Kampung Baharu, di sini, hari ini.Turut hadir sebagai tetamu jemputan dalam majlis tersebut ialah Pegawai Penyelaras DUN Jerteh, Wan Azhar Wan Ahmad yang turut menyampaikan ucapan.Program berkenaan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di DUN Kuala Besut yang bertindak mengenal pasti asnaf yang layak untuk dibantu.Golongan asnaf yang menerima bantuan itu terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat di kawaasan berkenaan.
28 May 19
230
Empty Image
EPIC Terengganu Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim
Foto - Pok AbbasOleh: Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU, 28  Mei - Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC)  terus menunaikan tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) dengan meraikan 135 anak yatim di Majlis Berbuka Puasa di Paya Bunga Hotel, di sini kelmarin.Majlis itu sebagai lanjutan sumbangan baju raya kepada pelajar berkenaan di sebuah pasaraya pakaian di Kuala Nerus dekat sini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi hadir menyampaikan sumbangan hari raya EPIC kepada pelajar-pelajar berkenaan.Majlis disambut meriah dengan kehadiran hampir 240 orang tetamu jemputan.Terdahulu dari itu Pengurus Besar (Perancangan Korporat, Komunikasi, Pembangunan dan Projek Khas) Abdul Adzim Abdul Hamid  dalam satu majlis di Kuala Nerus berkata, EPIC memperuntukkan sejumlah RM500,000 untuk aktiviti CSR tahun ini.Katanya, wang setengah juta itu dibelanjakan untuk meraikan dan membantu golongan miskin, anak yatim dan pihak yang memerlukan bantuan untuk pendidikan, kemiskinan, sukan dan rekreasi. Tambahnya, peruntukan  lebih besar dibelanjakan tahun lepas berdasarkan prestasi kewangan anak syarikat kerajaan negeri itu.Bagaimanapun angka sebenar jumlah perbelanjaan itu tidak dimaklumkan.
27 May 19
411
Empty Image
Noor Arfa Sedia RM100 Ribu Untuk CSR
Haji Ahmad Amzad (tengah) melayani golongan asnaf di Majlis Iftar Ramadan anjuran Noor Arfa di Chendering hari ini.KUALA TERENGGANU, 27 Mei - Sebuah syarikat batik terkenal Terengganu, Noor Arfa Holdings Sdn Bhd (Noor Arfa) menyediakan peruntukan sebanyak RM100,000 setahun untuk menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporatnya (CSR).Ini termasuk peruntukan sebanyak RM30,000 bagi meraikan seramai 80 orang golongan asnaf dan anak yatim dari kawasan Parlimen Kuala Terengganu dan Marang sempena  Majlis Iftar Ramadan Bersama Golongan Asnaf di Kompleks Kraf Noor Arfa di Permint Jaya Chendering di sini hari ini.Pengerusi dan pemilik syarikat itu, Wan Mohd Ariffin Wan Long, 63 berkata, peruntukan itu disediakan hasil kerjasama pihak pengurusan syarikat dan  kakitangannya bagi menyantuni golongan tersebut.Haji Amzad (kanan) menerima sumbangan beras dan kain batik sarung dari Wan Mohd Ariffin mewakili golongan asnaf Parlimen Kuala Terengganu.Menurut beliau setiap warga asnaf itu menerima sumbangan berbentuk barangan  dapur dan sedikit wang dari pihak Noor Arfa.Noor Arfa katanya, menerima senarai nama asnaf setiap kawasan seramai 10 orang.Ini termasuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk, DUN Ladang, DUN Wakaf Mempelam dan DUN Bandar bagi kawasan Parlimen Kuala Terengganu.Manakala kawasan Parlimen Marang pula ialah DUN Rhu Rendang, DUN Pengkalan Berangan, DUN Bukit Payung dan DUN Alur Limbat.Menurut Wan Mohd Ariffin, Noor Arfa turut menyumbang sebanyak 330 kampit beras seberat 1,650 kilogram  (kg) dan lapan kudi (160 helai) kain batik sarung untuk diagihkan kepada golongan asnaf di kedua-dua kawasan parlimen tersebut.Wan Mohd AriffinSetiap kawasan itu katanya, mendapat 165 kampit beras seberat 5 kg setiap satu kampit dan 80 helai kain berkenaan.Katanya, sudah enam tahun  aktiviti CSR itu dilaksana oleh Noor Arfa bagi menunaikan tanggungjawab sosial korporatnya kepada masyarakat umat Islam di negeri Terengganu.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sejurus selesai majlis berbuka puasa bersama warga asnaf tersebut.Turut hadir dalam majlis itu, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi, ADUN Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong dan Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS), Ustaz Kamaruzaman Abdullah, masing-masing menyampaikan sumbangan Noor Arfa itu kepada golongan tersebut.
27 May 19
177