lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
200 Anak Yatim Ceria Pilih Baju Raya Sendiri
Oleh: Aziz Hambali KUALA TERENGGANU, 27 Mei - Seramai 200 orang anak yatim dan miskin di sekitar daerah Marang gembira memilih baju raya sendiri dalam program Sinar Aidilfitri anjuran Persatuan Kebajikan Sahabat Sejahtera Marang (PKSSM).Pengerusi Persatuan Kebajikan Sahabat Sejahtera Marang (PKSSM), Yusuf Abdul Hadi berkata, bantuan pakaian lengkap raya bernilai RM150 seorang itu diberikan kepada pelajar termasuk anak-anak yatim dan miskin sebagai tanda meraikan anak-anak ini dalam usaha membantu mereka mengukir senyuman di hari raya.Menurutnya lagi, signifikan program tersebut diadakan adalah atas rasa prihatin dan cakna pihak PKSSM akan beban yang ditanggung keluarga mereka menjelang raya yang pastinya perlu kepada perbelanjaan yang besar dengan kos sara hidup yang semakin meningkat saban tahun."Kami mengambil inisiatif dengan mengadakan program Sinar Aidilfitri ini dengan memberi peluang anak-anak memilih sendiri baju raya untuk dipakai 1 Syawal yang akan menjelang beberapa hari sahaja lagi. "Alhamdulillah pada pagi ini suasana sangat meriah, anak-anak pelajar gembira 'shopping' raya di sini dengan diiringi guru pengiring. "Sumbangan ini nampak kecil, tapi sangat bernilai buat mereka dengan pelbagai lagat gembira dan ceria kelihatan sepanjang sesi membeli belah. Secara tak langsung juga dapat mengurangkan kesedihan yang ditanggung mereka," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program Sinar Aidilftri di Pasaraya Mydin Mall, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Turut hadir meraikan dan menemani anak-anak ini membeli belah adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong.Yusuf berkata, pihaknya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih buat mereka yang menghulurkan sumbangan sejak kutipan dilancarkan pada awal Ramadan untuk program berkenaan."Sumbangan kalian, kami sampaikan pada bulan Ramadan, dan insyaAllah berkat dan berlipat kali ganda pahala sedekah buat kalian, mudah-mudahan Allah terima hasil daripada kita memberi sumbangan" ujarnya.
26 May 19
284
Empty Image
45 MPKK Felda Diberi Taklimat Akta GSA
KUALA NERUS, 27 Mei- Seramai 45 pengerusi dan setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di seluruh 21 Tanah Rancangan Felda negeri ini telah diberi taklimat mengenai Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1960 di Dewan Ehsan Pejabat Felda Wilayah Terengganu.Taklimat itu telah disampaikan oleh Pengurus Besar Felda Wilayah Terengganu, Mohd. Helmi Fakhzan Abd. Wahab.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim dan Pegawai Penyelidik (Tanah Persekutuan) Pejabat Menteri Besar Terengganu, Naraza Muda.Sementara itu Dr Azman berkata, taklimat berkenaan bertujuan memberikan penerangan secara lebih terperinci tentang Akta GSA kepada wakil peneroka.“Termasuklah berkaitan urusan permohonan tanah kerajaan bagi tujuan pertanian atau apa-apa tujuan perlu mengikuti garis panduan yang ditetapkan.“Supaya rakyat dapat hak mereka yang sepatutnya,” ujarnya ketika berucap merasmikan taklimat tersebut, semalam.Katanya, terdapat lebih 7,000 peneroka Felda di seluruh negeri ini.
26 May 19
60
Empty Image
35 Orang Anak Yatim Dun Ajil Dirai
Oleh : Khairuddin YusoffHULU TERENGGANU, 27 Mei - Seramai 35 orang anak yatim menerima sumbangan wang tunai daripada pemilik Warung Amilin dalam satu  majlis berbuka puasa bersama keluarga dan Ahli Jawatankuasa Majlis Tindakan (MTD) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil.ADUN Ajil, Ustaz Maliaman Kassim berkata, sumbangan ini menunjukkan satu komitmen dan kerjasama yang padu daripada anggota masyarakat untuk sama- sama menjaga kebajikan anak- anak yatim.“Pertama sekali kita mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada penganjur iaitu Warung Amilin bekerjasama dengan MTD untuk meraikan anak- anak  yatim bersama keluarga dan pimpinan kita.“Usaha ini  menunjukkan satu komitmen yang sangat bagus daripada masyarakat untuk bersama- sama memikul tanggungjawab mengambil bahagian dalam menjaga kebajikan mereka,”ujarnya.Beliau yang juga Pengarah MTD DUN Ajil berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Iftar dan Sumbangan kepada anak- anak yatim bertempat di Warung Amilin, Ajil Trade Centre (ATC), petang semalam.Turut hadir, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Hulu Terengganu merangkap Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu, Ustaz Ismail Osman, Ahli Jawatankuasa Harian MTD,  Insitut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i- MiTS) Ajil serta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang terlibat.Menurutnya lagi, program ini juga memberi keceriaan dan sinar kepada mereka bagi menyambut lebaran tidak lama lagi.“Semoga dengan program sebegini  anak- anak yatim ini berasa dipedulikan, dihargai dan memberi semangat kepada mereka untuk menyambut Aidilfitri nanti,”ujarnya.
26 May 19
348
Empty Image
834 Orang Terima Sumbangan Raya
Oleh: Amiirullah MansorDUNGUN, 27 Mei - Seramai 834 golongan kurang bernasib baik terdiri daripada anak yatim, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal serta fakir miskin di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka menerima sumbangan hari raya di Dewan Sekolah Menengah Paka, di sini, kelmarin.Sumbangan daripada Markaz Ehsan, Darul Aitam dan Syarikat CJ Bio itu turut diberikan kepada guru Pasti di kawasan berkenaan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat.Satiful yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka berkata, majlis sumbangan Aidilftri 2019 yang dianjurkan itu bertujuan meringankan bebanan mereka yang memerlukan untuk membeli kelengkapan pakaian dan makanan sempena sambutan lebaran yang bakal tiba."Terima kasih kepada semua pihak yang telah mengambil peranan dan inisiatif secara tidak langsung bagi membantu golongan ini.“Program ini bukan bermula pada tahun ini, tetapi ia telah bermula sekian lama sejak berbelas tahun Markaz Ehsan Paka diwujudkan dan enam tahun Darul Aitam dibangunkan," ujarnya ketika berucap merasmikan majlis tersebut.Satiful berkata, program tersebut akan terus dijadikan sebagai tradisi tahunan untuk meringankan beban golongan kurang bernasib baik di musim perayaan disamping bantuan bulanan yang disediakan oleh kerajaan."Tahun ini, ibu tunggal akan menerima telekung sembahyang untuk dipakai raya manakala anak - anak menerima baucer RM100  yang boleh ditebus di Pasaraya Sakan di Bandar Dungun. "Kita juga mengalu - alukan kepada semua yang memerlukan untuk menerima sumbangan daripada pihak lain walaupun berlainan parti politik, dan kita berharap semua pihak  memainkan peranan untuk membantu rakyat.“Diharap usaha murni ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang dan semoga apa yang diusahakan ini mendapat ganjaran setimpal di hari akhirat kelak," ujarnya.
26 May 19
44
Empty Image
EPIC Belanja RM500 Ribu Tahun Ini
Tuan Faizah (tengah) meraikan anak-anak yatim di sebuah pasaraya pakaian di Kuala Nerus hari ini.KUALA NERUS, 26 Mei - Sebuah anak syarikat kerajaan negeri, Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) telah membelanjakan kira-kira RM500,000 untuk aktiviti tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) tahun ini.Daripada jumlah itu sebanyak lebih RM400,000 dibelanjakan untuk pelbagai tujuan di Kemaman manakala lebih RM40,000 pula dibelanjakan untuk 135 pelajar sebuah sekolah tahfiz anak yatim bagi membeli baju raya di sebuah pasar raya pakaian terkenal, di sini, hari ini.Pengurus Besar (Perancangan Korporat, Komunikasi, Pembangunan dan Projek Khas) Abdul Adzim Abdul Hamid berkata, setiap tahun EPIC akan mengambil sebuah madrasah tahfiz dari daerah Kuala Terengganu untuk diberi sumbangan pakaian hari raya Aidilfitri kepada pelajarnya.Abdul AdzimMenurut beliau minggu lepas EPIC memberi sumbangan berkenaan kepada anak-anak yatim di daerah Kemaman.Katanya, kedua-dua daerah ini adalah pusat EPIC beroperasi dan melaksanakan aktiviti  CSR sempana ketibaan bulan Ramadan.Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada pemberita di Program Jalinan Kasih Bersempena Ramadan Bersama EPIC di sini hari ini.Isteri Menteri Besar, Tuan Faizah Tuan Abd Rahman hadir menyampaikan sumbangan berupa pakaian hari raya kepada pelajar berkenaan.Tuan Faizah (tengah) bertanya sesuatu kepada pelajar tahfiz selepas menerima pakaian hari raya Aidilfitri di Kuala Nerus hari ini. Abdul Adzim seterusnya berkata, di Kemaman, EPIC telah berbelanja kira-kira RM60,000 untuk tujuan tersebut dengan melibatkan lebih 300 pelajar tahfiz sementara di Kuala Terengganu melibatkan 135 pelajar dengan peruntukan berjumlah lebih RM40,000.Katanya, EPIC telah mengadakan program seumpama itu  sejak enam tahun lalu bagi membantu mereka yang tidak berkemampuan.EPIC katanya, menyediakan beberapa peruntukan untuk pendidikan, kemiskinan, sukan dan rekreasi bagi menunaikan tanggungjawab korporatnya setiap tahun."Peruntukan yang disediakan itu bergantung kepada prestasi kewangan semasa syarikat dan tidak menumpukan kepada sesuatu perkara sahaja untuk aktiviti CSR," jelasnya.
26 May 19
317
Empty Image
Terengganu Sedia 12 Bas Percuma Untuk Mahasiswa Balik Kampung
KUALA TERENGGANU, 26 Mei -  Kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu menyediakan sebanyak 12 buah bas secara percuma untuk membawa 480 mahasiswa Terengganu yang belajar di luar negeri itu pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri menerusi program Jom Balik Raya Aidilfitri Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) 2019.Pegawai Perhubungan Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) Muhamad Khairi Mezah berkata, program bertemakan 'Tranung, mu tunggu aku balik' itu diharap dapat menceriakan sambutan Aidilfitri mahasiswa bersama keluarga tersayang selain mengurangkan beban kewangan mereka.Beliau berkata, kesemua 12 bas berkenaan dijadual bertolak daripada lokasi yang telah ditentukan pada 31 Mei ini dan dijangka tiba di perkarangan Yayasan Terengganu, di sini pada awal pagi, 1 Jun."Mahasiswa berkenaan juga akan menikmati hidangan sahur yang disediakan sebelum bergerak pulang ke kampung halaman masing-masing," katanya kepada Bernama, hari ini.Katanya, bagi pelajar yang tinggal di enam daerah iaitu Besut, Setiu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman, Yayasan Terengganu juga akan menghantar mereka pulang dengan bas percuma ke daerah masing-masing.Muhamad Khairi berkata kesemua mahasiswa Terengganu telah dimaklumkan mengenai program tersebut melalui laman rasmi Facebook Permata di universiti masing-masing.Katanya program yang telah bermula sejak tujuh tahun lalu itu susulan rungutan mahasiswa yang tidak dapat pulang beraya di kampung kerana kehabisan tiket bas.-- BERNAMA
26 May 19
81
Empty Image
Proses Permohonan Tabung Darul Iman Dipermudahkan
Alias Harun menyerahkan cek TDI kepada penerima.Oleh : Nooreni Abu BakarDUNGUN, 25 Mei – Kerajaan negeri memudahkan urusan memohon Tabung Darul Iman (TDI) bagi memastikan ramai rakyat yang berkelayakan menerima manfaat itu tanpa berdepan banyak halangan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, usaha berkenaan sebagai tanda kecaknaan Kerajaan Terengganu terhadap golongan yang kurang bernasib baik.Jelasnya, syarat dan prosedur permohonan untuk mendapat manfaat TDI  dilonggarkan supaya semua yang berkelayakan tersenarai sebagai penerima.“Kerana orang-orang yang susah dan miskin sangat terhad kemampuan mereka untuk memenuhi syarat-syarat yang menyukarkan mereka seperti terpaksa keluarkan RM40 untuk borang kelulusan.“Sekarang hanya perlu isi borang dan minta tandatangan doktor serta cop untuk pengesahan,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melakukan penyerahan cek TDI kepada tujuh orang penerima di DUN Rantau Abang, di sini, baru-baru ini.Alias berkata, untuk 2018 seramai 70 pesakit dari DUN tersebut menerima bantuan itu sama ada dalam bentuk cek atau lampin pakai buang dan susu.Katanya lagi, permohonan untuk tahun ini juga diperluaskan, sekali gus akan memberi lebih banyak peluang kepada pelbagai golongan.“Kali ini penerima ada yang kena strok, kemalangan, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan mereka sememangnya layak untuk terima bantuan tabung ini. “Terima kasihlah kepada TDI kerana peka kepada masyarakat yang betul-betul memerlukan bantuan untuk keperluan kehidupan mereka,” katanya.
25 May 19
324
Empty Image
Majlis `Namat' Khatam Al-Quran, Rai Penduduk Setempat
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 26 Mei- Pada penghujung Ramadan kebanyakan surau dan masjid di Terengganu berlumba-lumba mengadakan `majlis namat (penamat)' sebagai simbolik penutup majlis tadarus al-Quran dan program Ihya Ramadan.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, ahli jawatankuasa surau dan masjid akan menganjurkan majlis berkenaan dengan mengadakan gotong-royong memasak juadah diikuti majlis berbuka puasa untuk meraikan penduduk setempat."Maka akan dapat dilihat terjalinnya perhubungan yang harmoni di antara masyarakat setempat."Serta akan saling bekerjasama di antara satu sama lain, menyiapkan juadah dan hidangan berbuka puasa," katanya.Beliau berkata demikian ketika hadir pada `Majlis Namat' Surau Bukit Belah, di Felda Jerangau yang dianjurkan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)  Felda Jerangau Cawangan A,di sini, semalam.Ghazali berkata, pada kebiasaan majlis seumpama itu dianjurkan secara bergilir-gilir di kampung-kampung bergantung kepada jumlah surau yang ada."Penganjuran secara bergilir, sebagai contoh hari ini surau A, esok atau lusa pula Surau B, begitulah seterusnya."Majlis seumpama ini sudah dilaksanakan sejak sekian lama dan menjadi ingatan kepada kita bahawa Ramadan semakin melabuhkan tirainya serta inilah masanya untuk berlumba-lumba memperbanyakkan ibadat sebagaimana yang dituntut dan dianjurkan dalam Islam," katanya.Dalam pada itu, majlis berkenaan turut meraikan 30 anak yatim yang menerima sumbangan duit raya.Katanya, sumbangan itu diharap dapat menggembirakan anak yatim berkenaan menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.
25 May 19
501
Empty Image
80 Anak Yatim Ceria Dirai Menjelang Lebaran
Oleh : Hailmey MansorKUALA NERUS, 26 Mei - Seramai 80 orang anak yatim ceria menjelang Aidilfitri apabila menerima sumbangan pakaian raya daripada Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir. Pegawai Penyelaras DUN itu, Mohd  Fazil Wahab berkata, sumbangan pakaian raya berkenaan merupakan program tahunan yang melibatkan anak yatim di sekitar DUN berkenaan.Katanya, sejumlah RM100 diperuntukkan kepada anak-anak ini untuk membeli pakaian raya dan keperluan lain untuk meraikan hari lebaran kurang dua minggu lagi."Kita anjurkan program ini setiap tahun walaupun kita bukan kerajaan sebelum ini."Kita amat mengambil berat hal-hal melibatkan kebajikan anak-anak ini kerana kita tahu mereka tidak mempunyai tempat bergantung harap,"katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap sempena program 'Kasih Syawal' yang bertempat di Mydin Gong Badak, di sini, kelmarin.Turut hadir, Penolong Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN, Jamaliah Abdullah dan Pembantu Pegawai Hal Ehwal Masyarakat i-MiTS DUN, Badarul Ihshan Mohamad serta kakitangan Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Seberang Takir.Fazil juga mengingatkan kepada semua lapisan masyarakat agar mengambil peduli kebajikan anak-anak yatim ini."Saya berharap agar masyarakat kita sentiasa bersikap ambil tahu berkenaan anak-anak yatim ini dan membantu meringankan beban dihadapi mereka terutama pada musim perayaan sebegini,"katanya lagi.
25 May 19
121
Empty Image
Kebajikan Rakyat Tanggungjawab Bersama
Muhammad Khalil menyampaikan sumbangan.Oleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU, 26 Mei – Kebajikan rakyat bukan hanya menjadi tanggungjawab kerajaan semata-mata sebaliknya ia terbuka kepada semua sama ada melalui persendirian atau pertubuhan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, konsep kebajikan rakyat dalam Islam tidak hanya tertumpu dan menjadi peranan pihak pemerintah sahaja.Katanya, sebaliknya usaha membantu golongan kurang bernasib baik harus dipikul bersama bagi memberikan impak yang lebih berkesan pada masa hadapan.“Walaupun tugas ini terletak pada kerajaan tetapi disisi Islam ia terbuka dan tugas ini boleh di laksanakan samada oleh parti-parti politik, NGO dan individu-individu yang berupaya untuk membantu rakyat yang tidak berkemampuan.“Islam menggalakkan konsep takaful dan ta’awun (tolong-menolong) diantara satu sama lain,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Sumbangan kepada Fakir Miskin Komuniti Batu Buruk di Dewan Dato Wan Mutallib, Kuala Ibai, di sini semalam.Turut hadir, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) Batu Buruk, Abu Bakar Salleh, Ahli Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Mohd Izzat Abdullah, Ahli Jawatankuasa Harian Majlis Tindakan DUN (MTD) Batu Buruk serta semua Ahli Jawatankuasa (AJK) Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Dun Batu Buruk.Muhammad Khalil yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri turut memberitahu, hasil kerjasama itu secara tidak langsung akan melahirkan sebuah masyarakat yang hidup dalam suasana yang harmoni dan sejahtera.“Dalam Islam kaedah mengeratkan hubungan sesama manusia ada pelbagai, salah satunya ialah dengan memberi zakat, sumbangan dan infaq kepada yang kurang berkemampuan.Program yang meraikan lebih 180 orang kurang berkemampuan itu dianjurkan oleh MTD Batu Buruk.
25 May 19
53