Artikel "Komuniti" Terkini
75 Pelajar PASTI Besut Dapat Baju Raya
Oleh: Saifullah Jusoh BESUT, 1 Jun - Seramai 75 orang pelajar miskin dan anak yatim Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Besut mendapat sumbangan pakaian raya percuma untuk meringankan beban ibu bapa pelajar bagi menyambut hari raya yang bakal tiba dalam beberapa hari sahaja lagi.Program ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman, dan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azbi Salleh. Mohd Nurkhuzaini berkata program sebegini akan diteruskan pada masa-masa akan datang supaya mereka yang kurang berkemampuan akan terus dibantu dan diberi perhatian yang sewajarnya."Walaupun sumbangan ini tidak seberapa namun ianya cukup bermakna bagi pelajar-pelajar miskin dan anak yatim", ujar beliau.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman selepas Program Beli Baju Raya bagi Pelajar Miskin dan Anak Yatim PASTI Kawasan Besut di Zon Ria Kuala Besut, semalam.Turut hadir dalam program ini ialah Pengarah PASTI Kawasan Besut, Syamri Razak.Pelajar-pelajar PASTI turut menerima sumbangan duit raya daripada Mohd Nurkhuzaini dan Azbi bagi menambahkan keceriaan berganda buat mereka.
01 Jun 19
236
Aktiviti Penanaman Padi Pengkalan Nangka Mula Operasi
Oleh: Saifullah Jusoh BESUT, 2 Jun- Aktiviti penanaman padi di Pengkalan Nangka, Besut beroperasi hampir 50 peratus selepas pembinaan ‘Low Wier’ di lokasi tersebut siap sepenuhnya.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh, walau bagaimanapun ianya masih lagi dalam tempoh percubaan bagi mengenal pasti kekurangan yang perlu diperbaiki.Katanya, petani-petani di kawasan terbabit menjalankan aktiviti menanam padi sudah hampir dua bulan lebih."Namun demikian, aktiviti ini tidak dapat dijalankan di semua tempat kerana masih lagi terdapat masalah perparitan yang perlu dibaiki supaya air dapat disalurkan ke semua tempat."Saya akan berbincang dengan pihak Jabatan Pertanian bagi mengenal pasti masalah yang perlu ditangani bagi memastikan aktiviti pertanian penduduk di sini dapat berjalan seperti biasa" ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Majlis Berbuka Puasa Peringkat DUN Kuala Besut di Markaz Tarbiyah Kampung Baharu, baru-baru ini.Turut hadir, Pegawai Penyelaras DUN Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.
01 Jun 19
810
'Hormati Hak OKU Di Tempat Awam' - ADUN Tepoh
Oleh: Mohd Zukifli MatKUALA NERUS, 2 Jun - Kerajaan negeri menyarankan agar rakyat mempunyai amalan sivik yang tinggi termasuk menghormati hak kemudahan Orang Kelainan Upaya (OKU) di tempat awam.Ini kerana ada segelintir rakyat negeri Terengganu menggunakan tandas dan tempat letak kenderaan sewenang-wenangnya tanpa merasa bersalah.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, agak menyedihkan apabila ada segelintir masyarakat tidak menghormati hak warga OKU seperti lot parking kereta, tandas OKU dan sebagainya. "Malah menyalahgunakan ruang berkenaan untuk kepentingan sendiri dengan meletakkan kenderaan mereka di ruang khas berkenaan. "Ini bukanlah suatu kejadian yang terlalu asing, anda sendiri juga mungkin pernah melihat sendiri gelagat pentingkan diri seperti ini," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Berbuka Puasa anjuran Persatuan Pembangunan Orang Kurang Upaya Anggota Terengganu (POKUAT) di Restoran Ayam Kampung Belana, Gong Badak di sini baru-baru ini.Kira-kira 100 orang OKU dari pelbagai pertubuhan hadir di majlis tersebut.Pertubuhan yang menghantar wakil ialah Persatuan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM), Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia Wilayah Terengganu (PERTIS), Persatuan Orang Pekak Terengganu (POPT) dan Persatuan Kebajikan Pekak Terengganu (PKPT).Seterusnya Hishamuddin berkata, semua rakyat Terengganu perlu menghormati dan menjaga hak warga OKU sebaik mungkin. Katanya, kerajaan pula telah menyediakan kemudahan asas kepada OKU seperti tempat meletak kenderaan bagi memudahkan mereka di kawasan yang telah dikhaskan dan berdekatan dengan lokasi sasaran mereka. "Orang ramai sangat perlu menanam nilai dalam diri mereka dengan menghormati hak yang disediakan khas untuk golongan OKU ini," tambahnya.Rakan-rakan OKU di Terengganu katanya, perlu merasai kehadiran mereka sentiasa dalam perhatian kerajaan negeri."Meskipun tidak mampu memenuhi permintaan semua dalam tempoh yang drastik, kerajaan negeri Terengganu tetap meletakkan keutamaan dalam banyak aspek untuk kepentingan warga OKU di Terengganu. "Malahan Bajet 2019 turut menyentuh kepentingan warga OKU," jelasnya lagi.
01 Jun 19
261
Madinah Ramadan DUN Bukit Besi Beri Kesan Positif
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 2 Jun - Program Madinah Ramadan yang julung kalinya diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi telah memberi kesan positif kepada masyarakat setempat.Pegawai Penyelaras DUN berkenaan, Ghazali Sulaiman berkata, penganjuran program berkenaan menunjukkan kesungguhan kerajaan negeri untuk membentuk masyarakat yang berilmu dan beramal dengan ajaran agama sepenuhnya"Ia menjadikan masyarakat disini dapat juga merasai dan didedahkan bagaimana bentuk atau format Madinah Ramadan sebagaimana yang dilakukan di Peringkat Negeri Terengganu."Objektif program ini, supaya rakyat didedahkan bahawa ilmu agama itu sewajarnya dijadikan budaya dalam kehidupan bagi memacu kehidupan yang baik dan selaras dengan matlmat kerajaan negeri iaitu Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera (TMBS)," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Program Madinah Ramadan siri akhir, di Bazar Ramadan Hentian Bas Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), di sini baru-baru ini.Menurut Ghazali lagi, program tersebut dibawa ke setiap daerah-daerah di seluruh Terengganu bermula Ramadan tahun ini.Program itu juga diadakan untuk turut menghargai jasa imam tarawih dari 23 cawangan seluruh DUN Bukit Besi."Di Dungun ia dilakukan secara bergilir-gilir diantara empat buah DUN yang melibatkan Sura, Rantau Abang, Paka dan Bukit Besi."Kita juga memberi sedikit sumbangan saguhati diatas khidmat yang diberikan sepanjang program berkenaan kepada semua imam," jelasnya.Program berkenaan telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli pada 21 Mei lalu itu diisi dengan diadakan kuliah pada setiap petang sebelum masuk waktu berbuka.
01 Jun 19
182
Lupakan Persengketaan, Pulanglah Berhari Raya
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 30 Mei - Penduduk Bukit Besi diminta agar lupakanlah persengketaan yang lalu sekiranya tercetus di antara ahli keluarga dengan pulang ke kampung halaman bagi menjadikan sambutan Aidilfitri meriah.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berharap agar semua perantau di kalangan anak jati Bukit Besi supaya meluangkan masa berharga ini untuk pulang berhari raya."Agar dapat memberi nikmat kegembiraan dan kemenangan di hari raya, agar dapat terubat rindu di hati ibu dan ayah yang mengharapkan kepulangan anak pada hari raya untuk bergembira dan mengecapi nikmat anugerah syawal."Kerana itu jangan diturutkan hati dan perasaan, persengketaan yang lama yang membawa kepada merajuk dan sebagainya hilangkanlah, apatah lagi yang berkecil hati dengan ibu bapa, jadikanlah hari raya hari untuk berkumpul seluruh ahli keluarga, sanak saudara dan saling bermaaf-maafan. Sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari dari melakukan kesilapan, maka bermaafan dan berbaiklah semula," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa menyampaikan sumbangan kepada warga emas, di Kampung Bukit Besi, di sini, semalam.Ghazali berkata, hari raya waktu untuk bergembira dan jangan biarkan kedua-dua ibu bapa berduka nestapa."Apatah lagi yang tinggal seorang apabila kematian suami atau isteri, maka sudah tentu rasa sedih akan menyelubungi diri kerana anak-anak tidak balik berhari raya."Hadirkanlah kegembiraan kepada mereka, besar ganjarannya di sisi Allah SWT," katanya.Pada masa yang sama, beliau mengharapkan agar perantau dari DUN itu sudah membeli tiket pulang ke kampung lebih awal dan bersedia pulang serta tidak tertipu dengan ulat tiket yang mengambil kesempatan."Kepada mereka yang pulang dengan kenderaan, pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik, memandu secara berhemah dan banyakkan berzikir."Jika mengantuk berhentilah di mana-mana hentian Rehat dan Rawat (RNR).. jangan jadikan lebuh raya umpama litar perlumbaan."Semoga semuanya selamat pulang ke kampung halaman, bergembiralah di hari raya nanti dan nikmatilah kebesaran Allah atas nikmat kemenangan yang diberikan," ucap beliau.
01 Jun 19
272
Jangan Mudah Jatuhkan Hukuman Kepada Bekas Pesalah Jenayah
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 1 Jun - Masyarakat sewajarnya tidak mengambil peranan Tuhan dengan menghukum bekas pesalah jenayah seolah-olah mereka tidak boleh kembali ke pangkal jalan.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, bekas pesalah jenayah harus diberi ruang dan peluang untuk kembali hidup dalam masyarakat."Setiap kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan, setiap anak Adam semuanya melakukan kesilapan, dan sebaik-baik anak Adam apabila tersedar dari kesilapan segera bertaubat dan pulang ke pangkal jalan." Sejarah silam yang dilalui bukan tiket untuk terus menghina, mencaci maki, dan mensisihkan golongan berkenaan. Jangan takut dengan mereka, berilah kesempatan untuk perbaiki kesilapan di masa yang lalu," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita, ketika memberi kaunseling dan nasihat kepada peribadi individu yang sedang menjalani hukuman Perintah Sekatan Buang Daerah, di DUN Bukit Besi, semalam.Menurut Ghazali, beliau tidak keberatan untuk menjadikan individu berkenaan sebagai seorang saudara, tanpa adanya perasaan takut serta bimbang."Kerana semua manusia tidak selama-lamanya akan melakukan kesilapan yang sama." Apatah lagi apabila menyedari kesilapan mereka berkenaan segera mencari surau dan masjid mendekatkan diri kepada Allah, "ujarnya.Dalam pada itu, salah seorang individu yang enggan didedahkan namanya, berkata dia amat terharu apabila didekati oleh Ghazali Sulaiman." Mendengar nasihat dari Haji Ghazali membuatkan saya seolah-olah baru tersedar dari lamunan, yang mana sebelum ini saya merasakan saya tiada peluang untuk berubah, semua orang dan masyarakat takut kepada saya." InsyaAllah sejarah silam kehidupan saya akan dijadikan pedoman untuk saya menempuhi hari-hari yang mendatang," jelasnya.Tambahnya, kerana perbuatan masa lampaunya itulah yang membawa kemusnahan kepada dirinya, serta telah bercerai dengan isterinya, runtuh rumah tangga yang telah dibina." Kini saya akan cuba untuk mengumpulkan kekuatan dan membina kehidupan yang baru, saya mengharapkan agar saya diberi kesempatan untuk bersama-sama didalam masyarakat serta dapat menyumbangkan khidmat dan tenaga untuk bersama-sama masyarakat demi membina kehidupan yang lebih baik, serta meninggalkan jauh apa yang saya lalui di zaman silam, "jelasnya.
31 May 19
44
Singgah Sahur Bantu, Santuni Asnaf Pulau Duyong - Dr Khairruddin
Dr Khairuddin (depan) bersama Sham Fadzli (paling kanan) menyantuni seorang warga emas.KUALA NERUS, 31 Mei - Duyong Marina & Resort (DMR) Terengganu telah menganjurkan program Singgah Sahur membabitkan beberapa buah kampung di sekitar Pulau Duyong, di sini semalam.Program itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Khairuddin Aman Razali yang mengetuai konvoi program berkenaan.Menurut Dr Khairuddin, usaha melalui anak syarikat kerajaan negeri itu adalah untuk membantu mengurangkan beban golongan miskin bagi menghadapi musim perayaan.Katanya, hasil yang diperoleh termasuk keuntungan perniagaan mesti dikongsi bersama rakyat agar semua dapat merasai nikmat kesenangan. "Apa yang kita buat adalah suatu inspirasi untuk sama-sama mengajak masyarakat luar menyumbang kerana kewajipan untuk membantu orang susah adalah tanggungjawab semua."Program ini kita akan teruskan lagi pada masa akan datang dengan skop yang lebih besar," katanya ketika ditemui selepas program itu.Bantuan keperluan dapur dan duit raya raya sedikit sebanyak membantu golongan ini.Hadir sama dalam program itu ialah Pemangku Pengurus Besar DMR Terengganu, Sham Fadzli Yusof serta Ketua Eksekutif Syariahnya, Zulhafeez Ahmad Zahidi.Dr Khairuddin yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah DMR Terengganu turut berkata, program kebajikan di bawah DMR itu tidak hanya tertumpu pada program berkenaan."Untuk anak yatim sahaja kita bagi makan (berbuka) lebih daripada 200 orang sepanjang Ramadan ini."Dan kita juga mengalu-alukan mereka yang nak menyumbang untuk anak-anak yatim, kami ada banyak senarai anak yatim yang boleh dibantu," tambah beliau.Dalam program itu, sebanyak 6 buah kereta bersama kira-kira 40 ahli DMR Terengganu berkonvoi ke 20 rumah terpilih bagi mengagihkan barangan dapur dan sumbangan duit raya bermula jam 11.30 malam.Destinasi terbabit melibatkan empat Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang berada dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal.
31 May 19
192
‘Jom Bojeng Raya’ Sedia Khidmat Gunting Rambut Kanak-Kanak Menjelang Syawal
Oleh: Aslam WiraMARANG, 31 Mei - Seramai 50 orang kanak-kanak mendapatkan perkhidmatan gunting rambut secara percuma dalam program “Jom Bojeng Raya” yang diadakan sempena menyambut Syawal yang bakal tiba.Program anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Rhu Muda itu mendapat sambutan dan memberi peluang kepada anak-anak untuk mempersiapkan diri menghadapi hari raya, kurang seminggu lagi.Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Sabri Zakaria melahirkan kegembiraan terhadap program yang diadakan.“Saya lihat ramai kanak-kanak dan murid sekolah mengambil kesempatan untuk melibatkan diri dalam program ini sekaligus dapat mengeratkan hubungan diantara kepimpinan dan komuniti sekitar.“Program ini boleh dijadikan contoh kepada MPKK lain. Terima kasih kepada pemilik Matyo Barber, Ahmad Fakhrul Arshad Pasaluddin serta krewnya yang berkerjasama menyumbang khidmat dan tenaga dalam program ini,” katanya ketika hadir meninjau program tersebut,di Balairaya Kampung Rhu Muda, baru-baru ini.Turut hadir, penyelia Pusat Khidmat DUN Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng; Pengerusi MPKK Rhu Muda, Zahari Awang serta ahli-ahli jawatankuasa Pemuda PAS DUN.Pengarah program, Shahrul Md Rani menjelaskan, program Jom Bojeng Raya mendapat suntikan sumbangan daripada individu perseorangan dan juga merupakan idea daripada penduduk kampung yang cakna.Beliau turut juga berterima kasih kepada pemilik Matyo Barber, Ahmad Fakhrul Arshad Pasaluddin serta krewnya dalam menyumbang khidmat dan tenaga sepanjang program.“Kami tidak berdedapan kesukaran untuk menganjurkan program ini kerana Matyo Barber pernah memberikan khidmatnya sebelum ini, malah kedainya juga turut menjadi tumpuan ramai anak-anak muda dan pelajar sekolah.”Program berkenaan mensasarkan kanak-kanak dan murid sekolah lingkungan umur 6 - 12 tahun dari komuniti sekitar.Sementara itu, Ahmad Fakhrul pula menjelaskan bahawa dia dan rakan-rakan sedia berkerjasama lagi dalam program seperti ini supaya boleh bersama-sama membuat kerja-kerja kebajikan sepanjang Ramadan.“Pihak penganjur menawarkan program kepada kanak-kanak untuk meringankan beban sesetengah keluarga, kami dibayar namun khidmat ini percuma kepada mereka,” katanya.
30 May 19
860
DUN Jerteh Agih 600 Pek Bubur Lambuk
Bubur lambuk diagihkan kepada pengguna jalan raya.Oleh: Muhd Afiq ZohirBESUT, 31 Mei - Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh tidak ketinggalan mengagihkan bubur lambuk sebagai sebahagian juadah berbuka puasa di Kampung Seberang Jerteh, kelmarin.Pegawai Penyelarasnya, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, dalam program yang bermula sekitar jam tiga petang, sebanyak 600 pek bubur lambuk diagihkan kepada pengguna jalan raya di kampung berkenaan.Menurutnya, agihan bubur lambuk diadakan bagi mengeratkan hubungan antara pejabat penyelaras dan masyarakat. Wan Azhar turut serta agih bubur.“Program ini merupakan sebahagian program pihak Pejabat Penyelaras DUN Jerteh yang sentiasa mengambil kira hal ehwal masyarakat setempat bersempena Ramadan tahun ini.“Secara tidak langsung, agihan sebegini juga dapat menyantuni mereka yang kurang berkemampuan untuk merasai sajian ‘wajib’ Ramadan ini,” katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), di lokasi program.Beliau turut berharap dengan aktiviti sebegini dapat melahirkan satu persekitaran yang sihat terutama dalam kalangan masyarakat setempat.“Di bulan yang mulia ini, kita digalakkan untuk sama-sama memperbanyakkan amal selain mengeratkan persaudaraan sesama Muslim, agar tidak kerugian di akhirat kelak,” katanya.
30 May 19
114
Pusat Khidmat Kuala Nerus Giat Ziarah, Bantu Masyarakat
Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 31 Mei - Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PKAPKN) giat melaksanakan usaha ziarah dan menyalurkan bantuan kepada masyarakat setempat sempena bulan Ramadan melalui program Ziarah Mahabbah.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, program ziarah itu merupakan aktiviti rutin setiap minggu bertujuan melihat perkembangan dan menyantuni permasalahan rakyat di sekitar kawasan tadbirnya.“Sepanjang Ramadan, usaha ini diperkuatkan supaya dapat membantu meringatkan beban rakyat terutama ketika menyambut ketibaan Syawal tidak lama lagi.“Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program ini termasuklah ziarah, agihan makanan percuma, pemberian baju raya percuma, serta lain-lain,” katanya ketika dihubungi Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) baru-baru ini.Program Ziarah Mahabbah berlangsung di Kampung Gong Badak 4, diketuai oleh Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Wan Yusrizal Wan Syafi'i, mewakili Dr. Khairuddin.Turut hadir, pegawai-pegawai Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Gong Badak 4.Dalam program tersebut, PKAPKN menyantuni tiga buah keluarga yang diuji oleh Allah SWT dengan kesakitan dan kemiskinan dengan menyalurkan sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan kepada mereka.
30 May 19
54