Artikel "Komuniti" Terkini
Geng Lepak Teruja Dapat Pek Sahur
Anak-anak muda yang melepak di kawasan sekitar turut diedarkan pek sahur.Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 3 Jun - Skuad Ziarah Sahur Pemuda Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang mengedarkan pek makanan sahur kepada pemuda-pemuda yang melepak dan berpelesiran di sekitar kawasan berkenaan.Ketua Kebajikan Pemuda DUN, Utbah Hassan mengulas reaksi spontan para pemuda yang terkejut dengan pemberian tersebut.“Mereka kelihatan teruja dengan pemberian itu. Kami sempat juga menasihati mereka agar tidak sesekali melupakan suruhan Allah SWT dan mensia-siakan bulan Ramadan yang datang setahun sekali," katanya ketika dihubungi kelmarin.Menurutnya, program agihan pek sahur yang dijalankan tahun ini melibatkan sebanyak 23 buah lokasi persinggahan terdiri daripada pejabat-pejabat kerajaan, kedai serbaneka, sekolah, surau dan masjid yang bermula 11.30 malam sehingga 2.00 pagi."Lebih kurang 170 pek makanan sumbangan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun telah diedarkan termasuk kepada orang ramai yang berqiamulail di surau-surau dan masjid-masjid," jelasnya yang juga teruja dengan sambutan yang diterima.
02 Jun 19
1007
Hotel Permai Agih 500 Bekas Murtabak
KUALA TERENGGANU, 3 Jun- Hotel Permai mengagihkan 500 bekas murtabak percuma kepada orang ramai serta pengguna jalan raya di akhir Ramadan melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) hotel tersebut, semalam.Agihan bermula pukul 3.30 hingga 4.30 petang di hadapan hotel itu bertujuan mewujudkan semangat muhibah dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga kerja hotel dan masyarakat setempat.Pengurus Besar Hotel Permai, Noralizan Abdul Rahman berkata, program tersebut berjalan lancar dan mendapat sambutan baik. “Sebanyak 500 bekas murtabak habis diagihkan dalam masa satu jam kepada pengguna jalan raya yang melalui jalan arah ke bandar.“Kami mengagihkan murtabak yang disediakan sendiri oleh Eksekutif Chef Hotel Permai, Chef Andri Abas serta kakitangan hotel,” ujarnya seperti yang dipetik di laman Facebook rasmi hotel berkenaan.Katanya, Hotel Permai memilih untuk mengagihkan murtabak kerana mendapat maklum balas yang sangat positif daripada pengunjung yang berbuka puasa di Bufet Ramadan, Cahaya Restoran hotel berkenaan."Tahun lalu, kami agihkan nekbat dan memandangkan murtabak yang disediakan chef kami mendapat sambutan menggalakkan, Ramadan kali ini kami berkongsi rezeki murtabak pula dengan orang ramai," ujarnya.
02 Jun 19
283
Kerajaan Negeri Prihatin Keperluan Rakyat
Oleh: Muhammad Syafiq Syakirin Mohamad RauziMARANG, 2 Jun - Kerajaan Terengganu amat prihatin dengan keperluan rakyat khususnya bagi menyambut hari raya Aidilfitri tidak lama lagi.Serentak itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah mengambil inisiatif sendiri membantu seramai 500 orang penduduk dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung bagi menerima sumbangan barangan keperluan harian.Mereka telah diraikan di Majlis Sinar Ramadhan dan Pengagihan barangan keperluan kepada golongan fakir miskin, anak yatim dan warga emas di Dewan Madrasah Darul Iman (MDI) Titian Baru di sini baru-baru ini.Ustaz Mohd Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung berkata, dana raya tahun inj dikurangkan jumlahnya kerana kerajaan negeri kekurangan hasil pendapatan sehingga terpaksa jumlah penerima dikurangkan."Bagi golongan yang tidak layak menerima bantuan dana raya tetapi menghadapi kehidupan yang kurang baik, kami mengambil jalan supaya golongan ini tidak terlepas dari pandangan kami dengan pengagihan barangan keperluan seperti ini," ujarnya.Ketika berucap di majlis itu beliau berkata, kerajaan negeri tidak pernah berhasrat untuk mengabaikan tanggungjawab membantu mereka yang hidup susah.Katanya, semua rakyat yang bermasalah akan dibantu dengan peruntukan yang sedia ada."Cuma tahun ini kita agak kekurangan dana, jika banyak tidak ada masalah untuk kita membantu mereka yang benar-benar memerlukan," jelasnya.Katanya, kerajaan negeri mempunyai alternatif lain untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat termasuk bantuan diberikan melalui anak-anak syarikat kerajaan.Tambahnya, anak-anak syarikat kerajaan telah membantu rakyat untuk menyediakan keperluan berhari raya melalui bantuan tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka."Mereka telah menyediakan sejumlah besar peruntukan untuk tujuan tersebut."Saya sendiri dengan ini suka mengambil inisiatif bagi meraikan keperluan penduduk DUN Bukit Payung, menyambut Ramadan dan hari raya Aidilfitri nanti dengan memberi sumbangan barangan keperluan harian, sebagai tanggungjawab sosial saya," tambahnya.
01 Jun 19
119
EPIC Berhad Terengganu Sumbang RM15,000 Kepada Lima Pusat Tahfiz
Ahmad Amzad menyaksikan serahan replika cek daripada pegawai EPIC kepada wakil tahfiz.Oleh : Syed KamalKUALA TERENGGANU, 2 Jun - Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) Berhad telah menyumbangkan RM15,000 kepada lima pusat tahfiz di Parlimen Kuala Terengganu pada khamis lalu. Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, program di bawah Tanggungjawab Sosial korporat (CSR) itu merupakan sumbangan sempena Ihya Ramadan yang menyaksikan setiap pusat tahfiz menerima RM3,000 untuk menjalankan aktiviti harian.Beliau yang juga Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan EPIC berkata, pihaknya melalui anak syarikat kerajaan negeri akan berusaha memperbesarkan dan meluaskan nilai serta bantuan pada tahun hadapan bagi memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat.“Sekiranya mampu capai sasaran keuntungan syarikat lebih besar pada tahun hadapan. Bukan sekadar ini, kita akan usahakan ruang lebih baik lagi, dalam masa yang sama, EPIC juga telah berbelanja lebih RM100,000 pada Ramadan ini bagi meraikan anak-anak yatim.“Antara program lain yang telah dianjurkan oleh EPIC Berhad pada Ramadan ini bagi meraikan anak-anak yatim ialah pembelian baju raya percuma kepada 130 orang dan juga iftar anak-anak yatim yang telah dibuat pada minggu lepas di Hotel Paya Bunga Square,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas hadir mewakili Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada majlis penyerahan cek kepada lima pusat tahfiz berkenaan, di Tahfiz AR Rahmah, Kuala Bekah.Turut hadir mengiringi Ahmad Amzad ketika majlis penyerahan itu ialah Pegawai EPIC Berhad, Abd Adzim dan Badrul Abu Bakar.Sumbangan itu melibatkan Madrasah Tahfiz As-Sabiqun, di Bukit Kubang Jambu, Maahad Tahfiz As Syifa’, di Kuala Ibai, Tahfiz Al Faruqi, di Bukit Kecil, Tahfiz Ar Rahmah, di Kuala bekah dan Madrasah Al Muhsinin, di Losong.Program berkenaan juga bertujuan mengeratkan hubungan antara pihak EPIC Berhad dan pusat-pusat tahfiz di sekitar Kuala Terengganu serta masyarakat setempat.Selain daripada itu, program CSR tersebut diharapkan dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan terutamanya di bulan Ramadan dan seterusnya dapat membantu mereka dalam persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma.
01 Jun 19
607
YDP DUN Terengganu Rai 48 Pelajar Tahfiz
Yahaya Ali (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan hamper kepada anak-anak Maahad Tahfiz Al-Busyra baru-baru ini. Foto oleh - Pok AbbasKUALA TERENGGANU, 2 Jun - Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali tidak terkecuali menggunakan kesempatan beramal pada bulan Ramadan untuk meraikan 48 pelajar tahfiz dari Maahad Tahfiz Al-Busyra, Pengadang Baru.Katanya, beliau bersyukur kepada Allah kerana hasrat untuk meraikan pelajar-pelajar Maahad Tahfiz al-Busyra, Pengadang Baru beserta kakitangannya dalam bulan ramadhan akhirnya tercapai juga."Seronok dapat iftar bersama anak-anak pilihan Allah ini yang sedang berjihad menghafaz dan menguasai ilmu al-Quran."Golongan yang sentiasa membaca dan mentadabbur al-Quran inilah dijanjikan oleh Allah akan mendapat ganjaran pahala yang besar dan syafaat di akhirat nanti."Saya berpesan kepada mereka supaya lebih bersungguh dan fokus dalam pembelajaran supaya dapat menguasai ilmu al-Quran dan seterusnya memberi peringatan kepada masyarakat suatu masa nanti," ujarnya.Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelajar Tahfiz Al-Busyra di Restoran Matahari, baru-baru ini.Hadir sama, Ahli-ahli Lembaga Pengarah Maahad Tahfiz Al-Busyra dan lapan orang guru tahfiz tersebut.
01 Jun 19
488
Santuni Pesakit Hospital Kemaman Melalui Lawatan Mahabbah
Oleh: Wan Abdul Hadi KEMAMAN, 2 Jun- PAS Kemaman mengadakan Lawatan Mahabbah ke Hospital Kemaman yang mana program ziarah berkenaan diadakan saban tahun pada bulan Ramadan.Rombongan berkenaan diketuai Ahli Parlimen Kemaman Che Alias Hamid. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat, ADUN Kemasik Ir. Saiful Azmi Suhaili, ADUN Air Putih Razak Ibrahim, Penyelaras DUN Kijal Hazri Jusoh.Hadir sama, Pengarah Akademi Duat Terengganu Ramalan Mahmood, Pegawai Khas Agama Pejabat Menteri Besar Terengganu Nik Muhammad Nasri Nik Malek, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Parlimen Kemaman Mohd Hafiz Adam serta Penolong Penyelia i-MiTS DUN Cukai Fainah Mat.Che Alias berkata, program tersebut bertujuan menyantuni para pesakit yang sedang menerima rawatan dan juga kakitangan hospital yang terpaksa bertugas tanpa mengira masa demi kepentingan orang ramai.“Terima kasih kepada jururawat yang terpaksa berkorban masa tenaga untuk menjaga pesakit-pesakit sempena perayaan yang akan tiba tidak lama lagi.Katanya, seramai 160 orang pesakit dan kakitangan hospital termasuk jururawat dan pengawal keselamatan diraikan dengan pemberian sumbangan duit raya beserta kuih-muih.
01 Jun 19
968
Kiriman Sumbangan Untuk Ikhwan Tanda Prihatin MB
Oleh :Nooreni Abu BakarDUNGUN - Keprihatinan dan simpati Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar terhadap seorang pemuda orang kelainan upaya (OKU) menyebabkan beliau mengirimkan sejumlah wang untuk tujuan perubatan.Pemuda itu, Nur Ikhwan Ariffin, 33, menerima sumbangan melalui Pegawai Khas Menteri Besar, Sabri Zakaria yang disampaikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Haji Alias Harun sebelum diserahkan kepada Ikhwan."Saya telefon MB, sebab bimbang bantuan yang saya terima tidak dapat menampung kos perubatan yang tinggi," ceritanya.Ikhwan berkata demikian ketika ditemui wakil media sempena kunjungan Alias bagi menyampaikan kiriman tersebut di rumahnya di Seberang Pintasan, semalam.Dia kehilangan kedua belah kaki sehingga paras paha yang terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman dan hanya mampu bergerak menggunakan bantuan kerusi roda."Cikgu Alias sentiasa bantu saya untuk cukupkan duit beli ubat untuk cuci, supaya tidak merebak," katanya yang tinggal seorang di rumah peninggalan kedua orang tuanya.Menurutnya, selain sumbangan bulanan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM), dia juga menerima Zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Negeri Terengganu (MAIDAM) dan daripada kaum keluarga."Abang saya yang tinggal di Kuala Lumpur beri juga duit," katanya.Di dalam pertemuan itu, Alias turut berpesan agar tidak meninggalkan sembahyang fardu."Sembahyang yang akan beri kekuatan kepada kita, walaupun macamana sekalipun keadaan kita, sembahyang jangan tinggal," pesan beliau lagi.
01 Jun 19
35
100 Peserta Jayakan Quran Hour Permai Hotel Terengganu
KUALA TERENGGANU, 2 Jun - Permai Hotel Kuala Terengganu berjaya menyertai Quran Hour yang telah diadakan secara serentak di seluruh dunia pada 30 Mei lalu, di sini.Penyertaan kira-kira 100 orang jemaah di Dewan Intan untuk membaca al-Quran beramai-ramai merupakan satu usaha murni untuk memupuk nilai kehidupan berlandaskan kepada ajaran al-quran.Program itu sekali gus sebagai satu usaha untuk meningkatkan kemampuan diri selari dengan isi kandungan ajaran kitab suci tersebut.World Quran Hour yang sudah memasuki tahun keempat penganjurannya mengangkat tema 'Solusi Cabaran Sejagat'.Surah yang menjadi pilihan dalam siri kali ini pula ialah Surah Al-Kahfi dan bacaan telah diketuai oleh Ustaz Che Mohd Fakhrul Rozi sementara tazkirah pula disampaikan oleh Ustaz Aizi Saidi bin Abdul Aziz dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.Surah itu dipilih kerana ia mampu menjadi benteng pertahanan yang kukuh dalam menangkis banyak dugaan dalam menjalani kehidupan seharian seterusnya mampu menjadikan proses transformasi diri secara berterusan seterusnya membentuk sebuah Negara Berbudi dan Penyayang.Terlibat sama dalam program yang berlangsung selama satu jam itu ialah wakil-wakil dari Terengganu Inc., Primula Hotel, Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMA (A) SZA), TDM Berhad dan Aman Palestin.
01 Jun 19
140
Terjah Sahur Santuni Petugas Yang Tidak Didendangkan
Oleh: Shahril AswadHULU TERENGGANU, 31 Mei - Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dan Penyelaras Pemuda PAS Dun Telemong (PPDT) menganjurkan program Terjah Sahur ke 146 destinasi bagi mengagihkan juadah kepada petugas-petugas yang bekerja di waktu malam.Pengarah program, Ustaz Mohamad Yusuf Abdullah, berkata aktiviti itu diadakan untuk menyampaikan makanan kepada mereka yang mungkin tidak didendangkan yang sanggup bekerja di luar waktu tugasan seperti polis, pengawal keselamatan serta klinik kesihatan di sekitar DUN Telemong bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan.“Program ini sebagai tanda ingatan dan penghargaan kami kepada pasukan bomba, polis, pengawal keselamatan dan kakitangan perubatan yang bertugas tanpa mengira masa demi kepentingan orang ramai.“Secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan pasukan terbabit dengan Pusat Khidmat Masyarakat dan PPDT,” katanya ketika ditemui menyampaikan juadah kepada polis bantuan di Pos Pengawal Keselamatan Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud, Kenyir, baru-baru ini.Seramai kira-kira 25 kakitangan i-MiTS dan PPDT dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut mukim ke 146 lokasi, bermula jam 12.30 tengah malam dan berakhir pada jam 3.30 pagi itu.Antara destinasi yang dikunjungi adalah Klinik Kesihatan Kuala Telemong dan Tengkawang, Balai Polis Kuala Telemong, Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud, Kenyir (SJSM), Pusat Latihan Rela Wilayah Timur dan Sekolah di sekitar Mukim Kuala Telemong, Hulu Telemong, Jenagor dan Tersat.
01 Jun 19
44
Tazkirah Ramadan Meriahkan Bazar
Oleh: Nooreni Abu Bakar DUNGUN, 2 Jun- Program Madinah Ramadan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang yang diadakan di Bazar Ramadan memberi kelainan dengan adanya pengisian termasuk tazkirah dan pelbagai program yang mendidik masyarakat. Ahli Majlis Perbandaran Dungun, Serena Lim Abdullah berkata, sebelum ini pengunjung bazar hanya sekadar membeli juadah berbuka."Tetapi kali ini dengan adanya tazkirah dapat menjadi halwa telinga dan diharapkan pesanan yang disampaikan akan berbekas dihati. "Malah, Muslimat DUN turut mengambil kesempatan untuk mengedarkan 250 bekas bubur lambuk kepada pengunjung yang bukan sahaja daripada DUN Rantau Abang tetapi juga kawasan lain," ujarnya yang juga Timbalan Ketua Muslimat PAS DUN ketika ditemui di Bazar Ramadan, Batu 48 di sini baru-baru ini. Menurutnya, selain bubur lambuk yang menjadi menu kegemaran berbuka puasa, risalah yang diterbitkan oleh kerajaan negeri turut diedarkan untuk menyampaikan mesej dan hasrat kerajaan kepada orang awam.Program anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dengan kerjasama Majlis Tindakan DUN itu bermula 28 Mei lalu dan akan berakhir pada 3 Jun ini.
01 Jun 19
63