Artikel "Komuniti" Terkini
Jadikan Ibadah Ramadan Amalan Sepanjang Masa
Alias bersama keluarganya di Rumah Terbuka AidilfitriOleh : Nooreni Abu BakarDUNGUN, 10 Jun- Masyarakat diingatkan agar tetap melaksanakan ibadah dengan baik dan jangan sampai ibadah yang telah dilakukan terhenti di bulan Ramadan sahaja.Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata setelah sebulan umat Islam mempertingkatkan amalan mendidik diri untuk menjadi insan bertakwa di bulan Ramadan, ia seharusnya 'lekat' sehingga sebelas bulan akan datang.“Saya berharap ianya tidak terhenti setelah berakhirnya Ramadan dan alangkah baiknya jika kita dapat memaknakan tarbiah di Madrasah Ramadan dengan menambah kualiti ibadah kita dengan mendidik kita menjadi insan yang lebih bertakwa," ujar beliau ketika ditemui sempena Rumah Terbuka Aidilfitri di rumahnya di Gong Pasir, baru-baru ini.Rumah Terbuka yang diadakan selepas solat sunat Hari Raya Aidilfitri itu merupakan acara tahunan ADUN berkenaan sejak terpilih menjadi wakil rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lagi.Alias juga turut menyeru agar amalan saling kunjung mengunjung diteruskan untuk mengeratkan hubungan silaturahim."Hubungan ini akan terjalin dengan bersama keluarga, saling berkenal-kenalan dengan sanak saudara dan menghulurkan tangan bermaaf-maafan, agar tali persaudaraan kekal terjalin,"ujarnya.
09 Jun 19
32
3,000 Pengunjung Meriahkan Rumah Terbuka DUN Buluh Gading
Oleh : Mohd Haniff AbasKUALA TERENGGANU, 10 Jun - Lebih 3,000 pengunjung hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading yang diadakan semalam.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim berkata, majlis berkenaan adalah untuk meraikan semua penduduk di kawasan berkenaan termasuk anak perantau yang pulang berhari raya. Katanya, program itu juga sebagai permulaan untuk terus mengeratkan lagi hubungan sesama penduduk di Buluh Gading.“Terima kasih di atas kehadiran semua. Mudah-mudahan, dengan kemeriahan ini, kita dapat merapatkan lagi ukhuwwah dan silaturrahim sesama kita.“Mudah-mudahan suasana seperti ini terus berkekalan walau di mana saja kita berada dan sama-sama kita membina negeri kita ini ke arah negeri yang maju, berkat dan sejahtera,” ujar beliau.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis berkenaan di Bangunan Serbaguna DUN Buluh Gading, di sini semalam.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah dan Pendakwah Selebriti, Syed Norhisyam Tuan Padang.Kata Ridzuan lagi, beliau sangat menghargai sahabat-sahabat perantau yang sudi hadir meluangkan masa ke majlis itu."Semoga perantau-perantau yang hadir pada hari ini selamat pulang ke destinasi masing-masing nanti," tambah beliau.
09 Jun 19
184
Rumah Hangus Dijilat Api, Aidilfitri Disambut Hiba
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 9 Jun - Kemeriahan meraikan hari raya aidilfitri bertukar hiba buat sembilan beranak di Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) apabila rumah mereka hangus dijilat api.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) AMBS, Maliki Said yang berada di tempat kejadian berkata, pada awalnya beliau menyangkakan letupan kecil yang didengari dari rumahnya adalah bunyi mercun tetapi beliau terkejut apabila melihat api telah marak di sebuah rumah."Kejadian berlaku selepas saya pulang dari solat Zohor di masjid dan pada ketika itu tiada seorang pun di rumah berkenaan, kerana dimaklumkan berjalan ke rumah saudara mara sempena hari raya."Apabila melihat kejadiaan berkenaan, jiran tetangga segera memberi pertolongan dan menelefon Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) yang kemudiannya datang berusaha memadamkan kebakaran," ujar beliau.Beliau berkata demikian, ketika ditemui pihak pemberita di tapak kebakaran berkenaan, di sini hari ini.Menurut Maliki lagi, orang ramai yang menyedari kebakaran itu turut berusaha memadamkan api tersebut daripada terus merebak."Walau bagaimanapun sukar mengawal api kebakaran menyebabkan semua yang ada tidak berjaya diselamatkan," jelasnya.Sementara itu, menurut Mohd Radzie Rasdi, 28, anak sulung kepada pemilik kediaman itu berkata, dia terkejut namun bersyukur kerana ketika kejadian semua ahli keluarga tiada di rumah."Amat terkejut apabila mendapat panggilan dari jiran menyatakan rumah kami terbakar dan terus bergegas pulang ke rumah di AMBS. "Segala-galanya tidak berjaya diselamatkan, namun kami pasrah dan redha dengan ketentuan ilahi," katanya.Sehubungan itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, kejadian berkenaan telah dimaklumkan kepada Majlis Tindakan Daerah Dungun dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk sebarang tindakan lanjut kepada keluarga tersebut."Kita harap agar mangsa redha dan sabar menerima ujian ini, dan saya turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh pihak yang tampil memberi bantuan segera," ucap beliau.
09 Jun 19
38
Permintaan Terakhir Aidil Sebelum Mati Lemas
Noraini Yahya. Foto ihsan - Sinar HarianKUALA TERENGGANU, 6 Jun - Seorang ibu tidak menyangka permintaan sejak semalam adalah permintaan terakhir anaknya, Muhammad Aidil Muhammad Ghazali, 9, sebelum ditemui mati lemas petang tadi."Daripada semalam Aidil tak berhenti memujuk kami sekeluarga untuk membawanya ke sini (Lagun Kuala Ibai), tak sangka pula ini yang akan berlaku,” kata Noraini Yahya, 42, ibu kepada Muhammad Aidil.Noraini berkata, Muhammad Aidil berulang kali memujuknya termasuk mengulangi permintaan mahu ke Lagun Kuala Ibai pagi tadi sebelum bapanya, Muhammad Ghazali Ibrahim, 38, menuruti permintaannya.Tambahnya lagi, memang menjadi kebiasaan apabila pulang ke Kampung Tanjung Paya, di sini, mereka akan ke lagun itu untuk beriadah.“Kerana kami sibuk beraya, Muhammad Aidil berkali-kali memujuk ajak ke sini sejak semalam kerana dia suka bermain di gigi air dan menikmati pemandangan di sini. Katanya pemandangan di sini cantik," katanya lagi.Keluarga Muhammad Aidil redha dengan pemergiannya di bulan Syawal.Katanya, Muhammad Aidil yang juga anak keempat daripada tujuh beradik itu berkelakuan pelik sejak semalam apabila makan dengan banyak berbanding kebiasaan agak susah untuk makan.“Dia juga gembira hari ini. Semalam dia asyik makan dan makan dalam kuantiti banyak, pagi tadi pun dia makan bihun tambah beberapa kali,” katanya.Sementara itu, menurut bapanya, dia redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan untuk mereka sekeluarga.Kata Muhammad Ghazali lagi, kejadian tersebut adalah ujian buat dirinya dan juga ahli keluarga yang lain."Saya redha dengan apa yang dah berlaku, sekarang tunggu jenazah untuk dikebumikan."Kalau ikutkan perasaan, memang tak dapat nak kawal perasaan, tapi disebabkan ramai orang di sini yang membantu dan memberi sokongan, saya redha,".Dalam kejadian pagi tadi, Muhammad Aidil lemas selepas terjatuh ketika bermain air bersama adik beradiknya di Lagun berkenaan.Kejadian tersebut yang berlaku kira-kira jam 10.15 pagi setelah dia terjatuh apabila pasir yang dipijaknya runtuh sebelum dihanyutkan air.Mayat Muhammad Aidil kemudiannya ditemui terapung pada 4.48 petang, kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian.
06 Jun 19
90
Kanak-Kanak Lemas Ditemui Meninggal
Gambar : Afif Fidee KUALA TERENGGANU, 6 Jun - Mayat seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan lemas di taman rekreasi Lagoon Kuala Ibai berdekatan Masjid Terapung, di Kuala Terengganu pagi tadi, ditemui petang ini.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kota, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Abdullah Zawawi Mohamed berkata, mayat Muhammad Aidil Muhammad Ghazali ditemui terapung pada 4.48 petang, kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian.“Ketika mangsa dijumpai pasukan penyelamat, air ketika itu tengah surut dan ini memudahkan operasi pencarian,” katanya ketika dihubungi mengenai penemuan mayat kanak-kanak berusia sembilan tahun itu.Abdullah Zawawi berkata mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.Muhammad Aidil yang datang ke taman rekreasi itu bersama keluarganya sebelum ini dilaporkan terjerumus ke dalam air dan hanyut ketika bermain di gigi air.Mangsa datang ke situ bersama keluarga yang pulang dari Johor Bahru, Johor ke kampung ibunya di Kampung Tanjung di Terengganu sempena Hari Raya.Pihak bomba dan penyelamat menggunakan kaedah pencarian di permukaan air menggunakan sebuah bot dan tiga anggota Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) melakukan selaman untuk mencari kanak-kanak itu.Orang ramai turut membantu pasukan penyelamat mencari mangsa menggunakan dua bot.- Bernama
06 Jun 19
120
Paya Bunga Hotel & Duyong Marina Resort Agih Bubur Lambuk Sambut Kepulangan Perantau
KUALA NERUS, 3 Jun - Paya Bunga (PB) Hotel dan Duyong Marina Resort (DMR)Terengganu bekerjasama menyambut kepulangan anak perantau dengan mengagihkan 1,000 bekas bubur lambuk, semalam. Program yang dijalankan di Plaza Tol Gemuruh itu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada anak Terengganu yang pulang ke kampung halaman masing-masing.Edaran bubur itu diketuai oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang juga Pengerusi PB Hotel Management dan Lembaga Pengarah DMR Terengganu.Secara tidak langsung, sedikit sebanyak ia mampu mengubat keletihan memandu jauh dari kota raya dan pelbagai negeri seluruh negara.Turut hadir, Pengurus Besar PB Hotel, Abdul Hadi Alias, Pemangku Pengurus Besar DMR Terengganu, Sham Fadzli Yusof, serta warga kerja PB Hotel dan DMR Terengganu.Plaza tol berkenaan menjadi pilihan penganjur kerana ia menjadi laluan utama anak Terengganu sempena cuti aidilfitri.Program yang kali pertama diadakan itu bermula pukul 3.00 petang dan berakhir pada 4.00 petang.
03 Jun 19
410
Perantau Perlu Satukan Roh Islam
Oleh : Muhd Afiq ZohirBESUT, 3 Jun - Para perantau perlu menyatukan roh Islam dalam diri masing-masing bagi menghadapi pelbagai ancaman yang datang daripada segenap penjuru.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, perkara itu penting demi menjamin masa depan agama dan negara yang lebih baik.Jelasnya, kebolehan dan kebijaksanaan perantau dalam menilai isu berkenaan mampu untuk mengubah suasana politik Malaysia sekarang.“Buat masa sekarang kita dapat lihat bahawa agama islam sangat terancam di era kerajaan baharu. “Oleh itu, kita semua perlu untuk menyatukan para umat islam agar ajaran suci ini akan terus kekal dan tidak diperlekehkan oleh mana-mana pihak,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Santai Perantau, di Dewan Terbuka Gong Kemuntong, di sini semalam.Turut hadir, Pegawai Penyelaras Parlimen Besut, Riduan Mohd Noor, Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Azbi Salleh, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Jawek, Shamsul Bahri Mansor, Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Hulu Besut, Mat Daik Mohammad.Program berkenaan diadakan bertujuan untuk menghimpunkan anak jati Besut yang merantau di luar negeri, seramai 100 perantau hadir bagi menjayakan program tersebut.
03 Jun 19
29
Lemang Raya Percuma Sambut Kepulangan Perantau Terengganu
Ab Razak mengagihkan lemang kepada perantau yang pulang berhari raya.Oleh : AminjiKEMAMAN, 4 Jun - Mengambil peluang detik-detik akhir Ramadan, Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Dun Air Putih telah mengagihkan 1,000 batang lemang sebagai menyambut kepulangan perantau.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian dan Teknologi Maklumat Negeri Terengganu, Ab Razak Ibrahim berkata, program berkenaan menyasarkan pengguna di kawasan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2).Jelasnya, program itu melibatkan kira-kira 500 kenderaan yang melalui kawasan hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perasing.“Kita dapat mengagihkan lemang pada jam 4.30 petang dan berjaya menghabiskan kesemua 1,000 batang lemang pada pukul 6.00 petang.Risalah kerajaan negeri turut diedar.“Kita sangat berpuas hati dengan sambutan yang amat menggalakkan daripada para perantau yang berhenti rehat di RnR tersebut, terima kasih kepada semua petugas yang bertungkus lumus menjayakan program in,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media dalam Program Agihan Percuma Lemang Aidilfitri 2019 tersebut, di sini, kelmarin.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih berharap agar program tersebut dapat dilaksanakan setiap tahun dan diperluaskan di tempat-tempat yang lain.“Diharapkan program ini dapat diadakan lagi pada tahun hadapan, dengan tambahan aktiviti berbuka puasa bersama perantau yang singgah di Rn& Jabur Perasing,” ucap beliau.Unit amal tidak ketinggalan menjayakan program murni itu.
03 Jun 19
95
Tempoh Bayaran Cukai Tanah Terengganu Bagi Tahun 2019 Dilanjutkan
KUALA TERENGGANU, 3 Jun – Tempoh bayaran cukai tanah tanpa denda bagi negeri Terengganu untuk tahun 2019 telah dilanjutkan oleh pihak berkuasa negeri.Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pendaftaran) Terengganu, Wan Khalid Wan Jusoh berkata, lanjutan tempoh tersebut menyaksikan ia akan berakhir pada 31 ogos nanti.Katanya, pembayaran awal sebelum tarikh akhir tersebut boleh mengelakkan daripada dikenakan denda lewat bayar yang bermula pada 1 September 2019.“Bayaran cukai tanah termasuk tunggakan dan denda pula bolehlah dibuat di semua kaunter bayaran di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Terengganu, Pejabat-Pejabat Tanah Daerah seluruh Terengganu dan Pusat Transformasi Bandar (UTC), Paya Bunga Square,” jelasnya.Beliau berkata demikian melalui satu kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan beberapa hari lalu.Wan Khalid berkata, segala urusan tersebut sama ada di kaunter PTG, hasil Pejabat-Pejabat Tanah Daerah dan UTC Paya Bunga Square adalah pada waktu dan hari bekerja.Bayaran tersebut boleh dijelaskan dengan menggunakan kad debit atau kad kredit di semua kaunter hasil berkenaan, manakala bayaran secara atas talian juga boleh dilakukan dengan menggunakan perkhidmatan Maybank2U di https://www.maybank2u.com.my/.“Untuk kaunter di PTG dan hasil pejabat-pejabat Tanah daerah ia dibuka pada Ahad hingga Rabu pada pukul 8 pagi dan berakhir 4.30 petang, manakala hari Khamis, ia bermula 8 pagi hingga 3 petang.“Bagi kaunter di UTC pula, Ahad hingga Khamis ia beroperasi pada jam 1 tengah hari hingga 10 malam, dan 7 hingga 8 malam ditutup untuk waktu rehat, pada Jumaat dan Sabtu pula ia bermula pada 8 pagi dan ditutup tepat jam 5 petang, operasi berhenti rehat 12 tengah hari hingga 3 petang,” katanya.
03 Jun 19
219
Ahli Parlimen Terengganu Edar 300 Bekalan Sahur Kepada Agensi Kerajaan
Oleh: Syed KamalKUALA TERENGGANU, 3 Jun - Sebanyak tujuh buah agensi kerajaan menerima pek bekalan sahur sumbangan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim bersama Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Terengganu, kelmarin.Antara agensi terlibat ialah Balai Polis Chendering, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, Pangkalan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Terengganu, Balai Bomba Pasar Kedai Payang, Balai Bomba Hiliran dan Balai Polis Chabang Tiga dengan jumlah keseluruhan 300 bekalan sahur yang diedarkan.Selaku pengarah program, Ahmad Amzad menjelaskan program ini merupakan program tahunan yang sentiasa dilaksanakan semenjak beberapa tahun lalu tanda meraikan petugas-petugas (agensi-agensi kerajaan) yang banyak berkorban masa dan tenaga untuk masyarakat.“Diantara mereka ini, ada yang tidak sempat sahur atas tugas-tugas kecemasan. Jadi, ini satu inisiatif untuk memudahkan dan membantu para petugas,” katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), semasa program ini berlangsung, semalam.Turut bersama dalam program tersebut ialah Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dun Ladang, Ubaidah Tengah dan Ketua Pemuda Pas Kuala Terengganu, Ustaz Asyraf Ali.
02 Jun 19
77