lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Rumah Terbuka Satukan Rakyat Berbilang Kaum
Oleh: Mohd Asraf DUNGUN, 16 Jun- Penganjuran majlis rumah terbuka Aidilfitri yang diadakan setiap tahun berjaya menjadi medium untuk merapatkan ukhwah antara rakyat pelbagai kaum di negara ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik berkata, amalan mengadakan rumah terbuka secara tidak langsung juga dapat merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat melalui budaya ziarah menziarahi. “Majlis rumah terbuka yang disertai masyarakat berbilang kaum dilihat boleh menyatukan masyarakat majmuk di negara ini dalam mencapai erti perpaduan sebenar. “ Malah, konsep rumah terbuka sempena musim perayaan termasuk Hari Raya Aidilfitri boleh merapatkan hubungan antara pemimpin dengan rakyat, selain memantapkan perpaduan dan muhibah di kalangan penduduk berbilang kaum,” ujarnya ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka DUN Sura yang dihadiri kira-kira 5,000 pengunjung di Dewan Arena Square, baru-baru ini.Wan Hapandi berkata, perpaduan sebenar akan wujud apabila tidak ada lagi perkara yang boleh menimbulkan rasa sangsi, gelisah dan kurang percaya atau terlalu sensitif apabila terdapat perkara atau isu tidak seharusnya dibangkitkan.“Acara rumah terbuka bukan sekadar merapatkan hubungan antara kaum tetapi bermanfaat untuk menghapuskan tanggapan buruk dan salah faham terhadap Islam."Perpaduan itu penting dan menjadi tanggungjawab semua rakyat negara ini berusaha mengekalkannya,” katanya.Beliau juga menyatakan rasa gembira apabila amalan rumah terbuka yang dianjurkan oleh orang Islam secara individu turut menjemput jiran tertangga pelbagai kaum bagi merayakan Aidilfitri bersama-sama. “Islam mengutamakan keamanan dan kita bersedia membawa imej keamanan (Islam) itu kepada bukan Islam,” ujarnya.
15 Jun 19
3226
Empty Image
PASTI Pilihan Ibu Bapa
Oleh: Muhammad Syafiq SyakirinMARANG, 16 Jun- Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) mendapat tempat dalam kalangan ibu bapa walaupun terdapat banyak pilihan kelas pendi­dikan awal kanak-kanak anjuran pelbagai pihak di negara ini.Pengarah Akademi Didik Ulama Terengganu (DUAT), Ustaz Ramlan Mahmood berkata, kini terdapat hampir 10,000 kanak-kanak mengikuti kelas PASTI dan melibatkan 3,000 guru di negeri ini.Katanya, PASTI adalah pilihan terbaik bagi anak-anak pra-sekolah yang mementingkan aspek pendidikan berteraskan syariah Islam di Malaysia.“PASTI di bawah urus tadbir Dewan Pemuda PAS telah menunjukkan prestasi yang baik diperingkat negeri-negeri terutamanya di Terengganu dan diterima baik oleh masyarakat.“Ini menunjukkan prestasi yang baik buat PASTI dan kita juga melihat masyarakat dapat menerima kaedah yang dibawa oleh PASTI,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Sambutan Hari Guru PASTI Peringkat Negeri Terengganu dan Sambutan Hari Raya di Dewan Tok Guru, Rusila, baru-baru ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah, Pengarah Jabatan PASTI Negeri Terengganu, Mohd Al-Ghazali Abu Bakar dan Pengurusi Masjis Guru PASTI Negeri Terengganu, Noriah Koter.Sementara itu, Ramlan turut memuji guru-guru PASTI yang memberi perubahan terhadap masyarakat untuk mengenal Islam dan dapat menarik orang ramai untuk bersama-sama berjuang bersama Islam."Guru-guru PASTI adalah guru yang istimewa dimana banyak memberi mesej-mesej dakwah kepada masyarakat disamping memberi perubahan kepada masyarakat yang menginginkan Islam dan menarik orang ramai untuk bersama dengan Islam,” ujarnya.
15 Jun 19
87
Empty Image
Kerajaan Negeri Biayai Ibu Bapa Pelajar Kritikal Ke Mesir
KUALA TERENGGANU, 13 Jun - Kerajaan negeri meluluskan peruntukan kecemasan RM10,000 bagi kos penerbangan dan penginapan kedua ibu bapa Mohammad Fahmi Faizzudin Asyraf Mohd Shukri yang sedang kritikal di Hospital Safarat, Mesir.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata kedua ibu bapa kepada pelajar Universiti Al Azhar akan melawat anak mereka dengan pembiayaan daripada kerajaan Terengganu. Katanya lagi, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan & Pengajian Tinggi negeri,  Maliaman Kassim akan menemani ibu bapa pelajar tersebut ke Mesir bagi melancarkan lagi urusan berkaitan."Bantuan susulan akan diberi mengikut keperluan semasa keluarga pelajar tersebut."Kita berharap beliau akan segera sembuh seperti biasa," katanya.Terdahulu kisah Mohammad Fahmi Faizzudin Asyraf yang berasal Kampung Bukit Perah, Ajil mula tular di media sosial kerana rayuan derma kilat apabila keluarganya memerlukan lebih RM40,000 untuk membiayai kos pembedahan Mohd Fahmi setelah dia tidak sedarkan diri dan terpaksa menjalani pembedahan berikutan mengalami pendarahan di kepala.Sementara itu, ibu Mohd Fahmi, Norhayati Jusoh, 51, berkata anak sulung dari empat beradik itu ada mengadu sakit kepala melalui perbualan di aplikasi Whatsapp. "Saya tidak sangka kesihatannya semakin teruk sebegini dan dimaklumkan Mohd Fahmi masih tidak sedarkan diri selepas pembedahan. "Saya mengharapkan doa dari semua pihak agar anak saya diberi kesembuhan secepat mungkin," katanya yang kini sedang membuat persiapan untuk ke Mesir.Pelajar Tahun Tiga Jurusan Syariah Islamiah di universiti itu dikejarkan ke hospital tersebut pada pukul 2.07 pagi semalam (8.07 pagi waktu Malaysia).Dengan persetujuan dari pihak bapa Fahmi, pihak AZHAR CARE telah menawarkan penggunaan Acc dibawah seliaan NGO Azhar Care. Untuk makluman Azhar Care adalah dibawah pengurusan bekas student Mesir iaitu Ustaz Alif Mahari dan team.Jadi buat masa sekarang, sebarang sumbangan dana untuk membiayai perubatan Mohammad Fahmi di minta untuk disalurkan ke akaun di bawah seliaan Azhar Care.Maklumatnya sperti berikut :MAYBANKPenama : AL AZHAR CAREJenis akaun : SemasaNo Akaun : 563028620997Ref : Perubatan Fahmi
13 Jun 19
412
Empty Image
Keperitan Hidup Berlantaikan Tanah Selama 13 Tahun Berakhir
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 12 Jun – Sebuah keluarga penoreh getah yang menghuni rumah berlantaikan tanah selama 13 tahun bakal menerima bantuan khas untuk membaik pulih kediaman tersebut.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batu Sawar, Khaziman Khalik berkata, rumah yang didiami oleh Aminah Ismail, 45 dan suaminya, Mohd Yusof Daud, 47 beserta tiga anaknya telah mendapat perhatian daripada Majlis Adat Istiadat Agama Islam Negeri Terengganu (MAIDAM).Ujarnya, mereka akan menerima sejumlah peruntukan untuk aktiviti pemasangan atap, lantai dan segala kemudahan asas rumah itu."Alhamdulillah, usaha saya memanjangkan perkara ini kepada MAIDAM akhirnya hari ini membuahkan hasil, wakil MAIDAM telah datang dan melihat sendiri keadaan rumah yang serba kekurangan ini."Saya berusaha sedaya upaya untuk membantu keluarga ini, dan juga telah dimaklumkan kepada Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi, yang juga bersetuju supaya keluarga ini dibantu, "ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media semasa hadir ke kediaman berkenaan di Kampung Bukit Beruk, di Batu Sawar, di sini kelmarin.Hadir sama, Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman, serta wakil dari pejabat MAIDAM.Sementara itu, Aminah berkata, dia amat terharu dengan keprihatinan daripada pihak MAIDAM, Pegawai Penyelaras DUN dan juga Pengerusi MPKK Batu Sawar yang sudi dan tampil membantu mereka."Sudah 13 tahun mendiami rumah dengan keadaan sebegini dan amat tidak mampu mendapat rumah yang selesa hanya tidak sekadar untuk dapat berehat dan berteduh."Hasil yang diperolehi daripada menoreh getah adalah RM2.70 sekilogram, itu pun harga sebelum menjelang raya baru-baru ini dan bergantung pada cuaca elok jika tidak tiadalah rezeki pada hari berkenaan," ujarnya dengan nada sebak.Menurut Ghazali, beliau mengesahkan bahawa pasangan berkenaan antara senarai penerima zakat asnaf di DUN berkenaan."Setiap kali ada program sumbangan atau apa-apa program bagi membantu keluarga miskin pasangan ini selalu berada didalam senarai dan selalu menjadi keutamaan," ucap beliau.
12 Jun 19
52
Empty Image
Anak Bekas Pemandu Lori Sambung Pelajaran Ke UK
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 13 Jun- Hidup tanpa  kemudahan sempurna bukan penghalang untuk seseorang menempa kejayaan malah kesukaran dan kekurangan itulah yang menjadi pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil membahagiakan ibu bapa. Siapa sangka Tengku Muhd Ashraf Tengku Mamat, kepada pasangan Tengku Mamat Tengku Ngah bekas pemandu lori dan  Che Hasimah Ismail seorang surirumah akan menjadi kebanggaan kepada semua pihak terutama warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke United Kingdom (UK).Anak bongsu dari enam adik beradik ini mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur mendapat tajaan penuh dari Petronas untuk pembiayaian pengajiannya di UK. "Saya mendapat tajaan penuh dari Petronas, yang akan membiayai pengajian saya sepenuhnya apabila ke sana, dan sebelum ke sana, saya  akan mengikuti dahulu kursus  A level di Kolej Yayasan UEM, di bawah seliaan 'Cambridge'. "Saya pasti akan merindui Malaysia, terutamanya masakan disini dan berjanji belajar bersungguh-sungguh menimba pengalaman sebanyak mungkin.Rindu kepada keluarga sudah tentu terutamanya kepada ibu, namun teknologi sekarang memudahkan perhubungan malah  segala nasihat Ustaz Ghazali Sulaiman akan sentiasa saya ingat untuk dijadikan pedoman apabila berada di sana nanti," jelasnya  di Program Lambaiam Menara Gading (LAMEGA), anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Besi, baru-baru ini.Seramai  73 pelajar  diraikan dalam dalam program berkenaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi merupakan anak-anak DUN yang  cemerlang  dan bakal  melanjutkan pelajaran ke luar negara.Sementara itu,  itu Pegawai Penyelaras DUN berkenaan, Ghazali Sulaiman begitu teruja apabila pada tahun ini berlakunya peningkatan yang memberangsangkan berbanding tahun lalu."Alhamdulillah , kesemuanya dapat dihimpunkan melalui sebaran melalui media sosial melalui facebook dan juga Whatsapp, yang kita sebarkan pada jam tiga petang semalam untuk adakan pertemuan ini."Namun kesemua mereka dapat hadir pada pagi ini tepat pada jam 10 pagi, amat gembira dan teruja dapat bertemu dengan mereka yang cemerlang ini," ujarnya.Tambah beliau, pertemuan berkenaan bagi memberi pesanan kepada mereka agar belajar dengan bersungguh-sungguh dan jangan  menghampakan harapan orang tua."Nasihat saya juga supaya mereka tidak terkena kejutan budaya, dan perlu dekatkan diri dengan masjid serta surau… pergi dengan harapan dan pulang membawa kejayaan." Juga disarankan kepada mereka agar aktif berpesatuan, dan kita telah memberikan mereka sedikit sumbangan bagi membantu meringankan beban ibu bapa dan juga sebagai tanda sokongan dari pihak DUN kepada mereka," ujarnya.
12 Jun 19
46
Empty Image
Ziarah Berjaya Selami Kehidupan Asnaf Dun Air Putih
Oleh : AminjiKemaman, 12 Jun -  Program Ziarah Asnaf yang melibatkan tiga buah kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih berjaya menyelami keperitan dan kesusahan yang mereka hadapi.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab Razak Ibrahim berkata, program itu menyasarkan seramai 62 orang asnaf dari Kampung Pasir Gajah, Kampung Seberang Tayur serta Kampung Batu 14. Katanya, sumbangan wang turut diberikan kepada mereka melibatkan asnaf miskin yang tidak berpeluang mendapat Dana Raya daripada kerajaan negeri baru-baru ini.“Kita dapat santuni para penduduk dengan memberikan sedikit sumbangan hasil zakat sebanyak RM100 seorang, serta sekampit beras lima kilogram.“Dengan sumbangan yang kita hulurkan, insya-Allah sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mereka. Dapatlah mereka membeli barang dapur serta keperluan harian,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media dalam Program Ziarah tersebut, di sini, semalam.Turut hadir, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pasir Gajah, Razali Omar, Pengerusi MPKK Seberang Tayur, Mohd Sanusi Jusoh serta Timbalan Pengerusi MPKK Batu 14, Mohammad Amran Zakaria @ Abd Razak.Tambah beliau lagi, dalam ziarah tersebut, penduduk kampung yang terlibat telah dibahagikan kepada tiga kumpulan kecil di mana asnaf dari Kampung Pasir Gajah seramai 20 orang telah dilaksanakan di Masjid Pasir Gajah, manakala asnaf dari Kampung Seberang Tayur dan Kampung Batu 14 di Masjid Batu 14.Ujarnya, sambutan dan respon yang sangat positif telah diberikan oleh kesemua asnaf terbabit“Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan dengan kehadiran kesemua 62 orang asnaf miskin yang terlibat. Kita bersyukur kerana dapat menyantuni mereka yang memerlukan.“Terima kasih diucapkan kepada semua petugas yang menjayakan program ziarah ini, kata beliau,” kata beliau lagi.
12 Jun 19
85
Empty Image
Jangan Lupa Syukuri Nikmat Sihat - Dr. Azman
Dr. Azman beramah mesra dengan salah seorang pesakit yang diziarahi.Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 12 Jun –  Nikmat masa lapang dan sihat sering diabaikan manusia sehingga terlupa mensyukurinya dengan melaksanakan segala perintah dan menjauhi setiap larangan-Nya.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr. Azman Ibrahim mengingatkan agar setiap  individu mensyukuri nikmat sihat yang dikurniakan oleh Allah SWT walaupun dalam kegembiraan meraikan kemenangan di bulan Syawal ini. “Dalam kesibukan menyambut Aidilfitri bersama kaum keluarga, sahabat dan jiran tetangga di kampung halaman, luangkan masa untuk menziarahi mereka yang kurang berkemampuan dan sakit bagi meraikan mereka.“Amalan ziarah-menziarahi bukan sahaja dapat membina hubungan baik malah mengingatkan kita akan kurniaan nikmat kesihatan agar lebih bersyukur,” nasihatnya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman selepas menziarahi beberapa penduduk Jabi yang ditahan wad di Hospital Besut, baru-baru ini.Turut hadir Penolong Penyelia Hal Ehwal Masyarakat Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Jabi, Zakaria Mahmud, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kuala Kubang, Mat Rahim Mat Nor dan Pengerusi MPKK Jabi, Ab. Rahim Ghazali.Dalam lawatan tersebut juga, Dr. Azman turut menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada seorang warga emas di Kampung Kuala Kubang, Mek Yam Mat Akib,77 tahun. Menurutnya, dalam tempoh setahun, hampir 30 buah kerusi roda telah diagihkan untuk warga Jabi yang memerlukan. “Diharapkan dengan adanya kerusi roda akan memudahkan urusan seharian. Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan saudara- saudara kita yang berada dalam keuzuran,” katanya.Mek Yam mencuba kerusi roda yang diterima.
12 Jun 19
73
Empty Image
Ibu Korbankan Gaji Mewah, Jadi Pemotong Rumput Demi Keluarga
Norafsah (dua dari kiri).                                                                 Oleh : Aslam WiraMARANG, 11 Jun - Norafsah Yacob @ Jusoh, 41, ibu kepada tujuh orang anak  meninggalkan ‘gaji mewah’ untuk bekerja sebagai pemotong rumput bagi menyara keluarga termasuk suaminya yang sakit dan tidak dapat berkerja.Suaminya, Syamsudin Yahya menghidap sakit saraf dan sendi sejak 17 tahun lalu mengakibatkan keadaan dirinya tidak boleh bekerja dan bergerak lasak.Norafsah merupakan seorang pereka bentuk yang mempunyai ijazah dalam ‘Industry Designer’ dari sebuah universiti awam tempatan di skudai, Johor.Sementara itu, Syamsudin pula yang pernah bekerja dalam bidang Juruukur Bahan adalah lulusan Ijazah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Namun, kehidupan mereka berubah sekelip mata selepas Syamsudin menghidap penyakit saraf yang menyebabkan Norafsah terpaksa mengambil keputusan berhenti kerja bagi menjaga suaminya.Pegawai Khas Menteri Besar, Wahad Osman berkata, keadaan itu menyebabkan keluarga tesebut menghadapi bebanan kewangan termasuk dalam urusan pendidikan anak-anak.“Kita akan cuba membantu Norafsah yang memerlukan bantuan kewangan bagi membiayai pendaftaran kemasukan salah seorang anaknya ke universiti tidak lama lagi.Mempunyai anak-anak yang masih kecil“Satu perbincangan bersama Yayasan Negeri Terengganu akan diusahakan bagi membantu anaknya menyambung pelajaran setelah mendapat tawaran diploma dalam bidang Pengajian Perniagaan,” kata Wahad ketika melawat keluarga tersebut di Kampung Baru Bukit Kecil, di sini semalam.Turut hadir adalah Penyelia Pusat Khidmat Dun Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng, Kakitangan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) daripada Jabatan Perdana Menteri dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Baru Rhu Muda.Di samping itu, Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang juga akan membantu sedikit sebanyak dalam bentuk kewangan malah bantuan barang dapur untuk mereka sebagai asnaf penerima zakat juga turut dihulurkan.Dalam perkembangan yang sama, Norafasah yang mempunyai latar belakang pendidikan cemerlang turut menjalankan khidmat sebagai pemandu, dan mengemas rumah bagi menyara keluarganya.Menurutnya lagi, beliau yang kini terpaksa menyewa rumah pernah memiliki dua bidang tanah dan sebuah rumah, namun terpaksa menggadaikanya demi menanggung kos perubatan suaminya. “Biar tiada wang emas, asal ada tenaga dan kudrat,” katanya yang diibaratkan walaupun tidak mempunyai harta benda untuk kesenangan hidup, tetapi dia beruntung kerana masih diberikan kesihatan tubuh badan yang baik untuk terus berkerja.
10 Jun 19
100
Empty Image
Sumbangan Orang Ramai Jayakan Hari Raya DUN Pengkalan Berangan
Oleh : Khairan Mat JusohMARANG, 8 Jun - Majlis Hari Raya Aidilfitri peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan disambut meriah hasil sumbangan orang ramai dan Unit Peti Undi (UPU) kawasan berkenaan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong berkata beliau terharu dengan kerjasama yang diberikan untuk menjayakannya malah mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang. "Alhamdulillah, berkat daripada hasil sumbangan orang ramai dan kesemua UPU yang terlibat, sama ada dari segi wang ringgit, mahupun tenaga kita berjaya adakan majlis hari raya."Semoga ianya akan diberi ganjaran oleh Allah SWT dengan balasan yang setimpal dengannya," kata beliau ketika menyampaikan ucapannya di dalam majlis tersebut di Merchang., baru-baru ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri,  Ustaz Mohd Nor Hamzah.Selain gulai daging kerbau, empat ekor kambing golek, juga terdapat pelbagai menu makanan melayu yang telah disediakan oleh UPU masing-masing dan kira-kira seramai 30 orang petugas yang terdiri daripada kakitangan pejabat Dun, Pemuda PAS, Ameerah, Muslimat serta Jabatan Amal.Majlis bertambah meriah apabila ADUN menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.Sementara itu,, Sulaiman juga mengharapkan agar semua perantau selamat pulang ke destinasi masing-masing  disamping bergembira meraikan Aidilfitri buat kali ini.
10 Jun 19
175
Empty Image
Dekati Semua Tanpa Pilih Kasih
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 11 Jun- Menjadi wakil kepada rakyat sama ada bergelar Yang Berhormat (YB) ataupun pegawai penyelaras di bawah kerajaan negeri memerlukan pendekatan tidak pilih kasih bagi memberi kebaikan kepada semua masyarakat.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, ketelusan, keadilan serta rasa bertanggungjawab dengan amanah menjadi teras untuk beliau berperanan dalam membantu penduduk yang diwakilinya."Di samping itu juga, kita mengurangkan protokol agar rakyat lebih selesa untuk bertemu dengan kita, tanpa mengira tempat kita sedia mendengar bukan hanya terbatas di pejabat bahkan di mana-mana sahaja termasuk warung."Kita pun faham dengan keadaan dan suasana masyararakat disini, yang semuanya boleh dikatakan orang kampung yang tidak selesa pada pertemuan yang formal," jelasnya.Beliau berkata demikian, ketika ditemui pihak media, sejurus selesai menyampaikan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada mangsa kebakaran, di Al-Mukatafi Billah Shah (AMBS), di sini semalam.Menurut Ghazali, bagi memberi keselesaan kepada semua penduduk, sesi pertemuan dan soal jawab menjadi keutamaan beliau yang secara tidak langsung mampu menyelesaikan masalah berbangkit seperti isu tanah."Yang mana ia (tanah) adalah isu yang telah lama, dan penduduk mengharapkan mendapat pembelaan semula di bawah kerajaan yang baru memerintah."Kita pun telah menyenaraikan nama-nama mereka yang terlibat dengan tanah terkilan untuk kita kumpulkan mereka, serta kita telah mengenal pasti beberapa tanah di kawasan Bukit Besi ini yang akan kita umumkan kemudian," jelasnya.Di samping itu juga, beliau bertekad untuk mengeluarkan penduduk DUN Bukit Besi daripada belenggu kemiskinan dengan mengaturkan beberapa program pertanian dan keusahawanan."Di mana kita tahu pertanian begitu sinonim dengan penduduk di sini, pada sebelum ini kita telah pun memanggil jabatan dan agensi yang berkait dengan pertaniaan dan keusahawan."Mungkin selepas ini kita akan adakan program-program susulan yang berbentuk kursus yang bersiri."Itulah diantara tekad saya sebagai pihak yang diamanahkan oleh kerajaan Negeri Terengganu sepanjang bergelar penyelaras bagi memastikan tercapainya impian dan hasrat kerajaan Negeri Terengganu," jelas beliau.
10 Jun 19
53