lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
13 Gulai Kawah Rai Pengunjung Rumah Terbuka DUN Jabi
Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 19 Jun –  Tiga belas  kawah gulai lembu yang disediakan ‘ngam-ngam’(cukup) apabila mendapat sambutan luar biasa dari pengunjung di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri(DUN) Jabi.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim mengucapkan ribuan terima kasih kepada Majlis Tindakan Dun, Pemuda, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Unit Amal, Muslimat,  Ameerah dan penduduk kampung yang sangat berdedikasi bertungkus-lumus diperingkat masing-masing. Katanya, kemeriahan sambutan Rumah Terbuka ini hasil  gabungan kerjasama jentera kerajaan dan parti dengan semangat gotong-royong samada persiapan tempat, penyediaan makanan dan sebagainya.“ Matlamat Rumah Terbuka Aidilfitri bukan hanya makan dan berapa jenis juadah yang disediakan malah kita ingin menyemarakkan semangat kerjasama, silaturrahim, peluang jumpa mata dan memupuk rasa bersama antara kita.“ Majlis Jabi biasa-biasa saja, tidak hebat apa dengan menu utama gulai kawah, ketupat tapai sahaja yang dibuat secara bergotong-royong dari sedia tempat, bungkus ketupat tapai, sembelih lembu, potong daging, gulai kawah, tanak nasi. Hanya beli barang-barang lepas itu pakat-pakat buat dalam kuantiti kena banyok sebab rakyat kita ramai dan  Alhamdulillah, semua yang hadir dapat makan,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui  di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dun Jabi di Kampung Bukit Tanah, Jabi, sabtu lalu.Turut hadir Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir, Exco Kerajaan Negeri, Nurkhuzaini Ab Rahman,  Ahli Parlimen Besut, Dr Riduan Mohd Nor, Penyelaras Langkap, Azmi Maarof dan Timbalan Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Sazali Mohd Noor.Azman turut berterima kasih kepada semua pengunjung yang sudi hadir dan memohon maaf di atas sedikit sebanyak kekurangan sepanjang perjalanan majlis tersebut. “ Mohon maaf atas sebarang kekurangan dan tentu sekali ambe(saya) tidak sempat  bersalaman  semua. Kira kita sebarkan salam di alam maya dan sekali lagi terima kasih semua,” ujar beliau.
18 Jun 19
385
Empty Image
5,000 Meriahkan Rumah Terbuka DUN Chukai
Oleh: Abdul Hafiz GhazaliKEMAMAN,19 Jun - Hampir 5,000 pengunjung pelbagai kaum hadir memeriahkan Majlis Jamuan Aidilfitri Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai di Pekarangan Bangunan Tabung Haji Chukai baru-baru ini.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, majlis jamuan aidilfitri terbuka itu telah menjadi rutin tahunan.Katanya, pelbagai agensi yang hadir ke majlis yang bermula jam 10 pagi itu.“Hadirin dihidangkan dengan pelbagai juadah seperti lemang, rendang, tapai, nasi minyak, gulai daging, ayam golek, sate, ais krim, dan pelbagai aneka kuih raya.“Bagi kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah turut disediakan duit raya,” ujarnya.Hanafiah berkata, majlis tersebut juga dimeriahkan dengan photo booth "Raya 2019 Snap Contest" bagi peserta yang mendapatk ‘like’ paling banyak akan dikira sebagai pemenang.
18 Jun 19
32
Empty Image
Belia Perlu Manfaatkan Masa Lapang - Azbi Salleh
Oleh: Saifullah Jusoh BESUT, 19 Jun - Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh menasihatkan golongan belia agar  memanfaatkan masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Ini kerana katanya, ada sesetengah anak muda pada hari ini lebih suka membuang masa dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti melepak, bermain 'video game' dan berlumba haram.Justeru itu jelasnya,  anak muda perlu bijak mengatur langkah sekali gus memanfaatkan masa terluang agar ianya memberi kebaikan kepada diri sendiri, masyarakat dan juga agama.Beliau berkata demikian di Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Kampung Lampu dan Beris Lampu di Gelanggang Sepak Takraw Kampung Beris Lampu di sini baru-baru ini.Katanya, anak muda boleh bersosial tetapi dalam lingkungan batas syariat."Dalam kita bermain dan berhibur, kita wajib melakukan perkara yang disuruh oleh agama dan meninggalkan perkara yang dilarang."Pemakaian dan adab pergaulan kita perlulah menitikberatkan soal dosa dan pahala agar kita tidak terlibat dengan maksiat," ujar beliau.Sementara itu, kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu telah dimenangi oleh pasukan Kampung Alor Teratai dengan  menewaskan pasukan Beris Lampu.Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Lampu, Wan Saidi Said dan Pengerusi MPKK Kampung Lampu, Zulkeple Wahab.
18 Jun 19
156
Empty Image
Klinik Kesihatan Marang Baharu Mula Operasi
Oleh: Aziz HambaliFoto: Khairan Asmawi MARANG, 18 Jun- Klinik Kesihatan Marang baharu menggantikan bangunan lama, mula beroperasi semalam.Pegawai Khas Ahli Parlimen Marang, Haron Yusuf menyifatkan Klinik Kesihatan Marang yang baharu ibarat 'bersalin kulit' kerana bangunan lama tidak lagi digunakan.Katanya, kini komuniti daerah itu boleh menikmati kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan klinik berkenaan yang terletak di Kampung Kijing dengan lebih selesa.Beliau berkata, meskipun kerajaan Negeri Terengganu yang ditadbir oleh kerajaan PAS berbeza dengan kerajaan pusat yang dikuasai Pakatan Harapan (PH), namun hasil kerjasama yang baik kedua-duanya menatijahkan manfaat buat rakyat."Segalanya untuk rakyat. Kerajaan Terengganu meraikan dengan baik usaha Kementerian Kesihatan dan alhamdulillah bangunan klinik ini dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Rakyat bukan sahaja dapat klinik baharu, tetapi peralatan juga baharu dan canggih malah kakitangan juga akan ditambah dari semasa ke semasa."Terima kasih buat semua yang terlibat dalam pembinaan dan pengurusan klinik ini terutama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia," ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Pelancaran Perkhidmatan Klinik Kesihatan Marang, semalam.Majlis pelancaran perkhidmatan Klinik Kesihatan Marang telah disempurnakan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohd Jusoh.Turut hadir,  Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri Terengganu, Mohd Nor Hamzah dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong.Sementara itu, salah seorang Medical and Health Officer (MHO) Klinik Kesihatan, Farhan Ali, 33, ketika ditemui berkata, dengan wujudnya Klinik Kesihatan Marang keadaan bangunan baharu, prasarana dan suasana yang kondusif ini, dapatlah membantu pesakit dan pekerja di klinik ini menikmati kemudahan tersebut."Lebih-lebih lagi, jika di klinik lama dahulu kita memiliki ruang ‘parking’ yang sempit ianya amat menyusahkan sehinggakan ada pesakit yang terpaksa ‘parking’ di hadapan Masjid Sultanah Nur Zahirah berdekatan dengan klinik tersebut," ujarnya.
17 Jun 19
913
Empty Image
Mangsa Ribut Di DUN Kuala Besut Dapat Bantuan Segera
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 18 Jun- Beberapa orang mangsa ribut baru-baru ini  mendapat bantuan segera daripada  Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Azbi Salleh memberi bantuan segera kepada beberapa buah rumah yang tercabut atap dan bocor  di  Kampung Pachakan, Kampung Kayu Kelat, Kampung Pengkalan Atap, Kampung Teluk Bayu dan Kampung Alor Teratai."Saya berharap mangsa yang terlibat dapat bersabar di atas musibah yang menimpa mereka ini."Kami daripada Pusat Khidmat DUN akan sedaya upaya membantu apa yang termampu bagi meringankan beban mangsa ribut ini supaya rumah mereka dapat dibaik pulih dengan baik", ujar beliau ketika melawat rumah-rumah mangsa turut melahirkan rasa simpati di atas musibah yang menimpa mereka.Turut hadir ketika melawat rumah-rumah tersebut ialah wakil daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan wakil daripada Pusat Khidmat DUN Kuala Besut.Azbi berkata, bantuan segera ini ialah bagi menampung kos membaik pulih atap-atap yang bocor agar rumah mereka dapat diduduki dengan segera.
17 Jun 19
117
Empty Image
Gabungan Dua Majlis Di Paka Tarik Perhatian Ramai
 Oleh : Amiirullah MansorDUNGUN, 18 Jun - Sambutan Hari Raya Aidilfitri Dewan Undangan negeri (DUN) Paka dan Majlis Kesyukuran Perkahwinan secara serentak memberikan satu kelainan dalam program kali ini dan berjaya menarik perhatian pengunjung.Penyelia Institut Modal Insan (i-Mits)  Dungun, Ustaz Jamaluddin Jusoh Al-Hafiz berkata suasana sambutan raya kali ini lebih besar berbanding tahun yang lepas.“Setinggi syukur dipanjatkan kehadrat ilahi kerana kita dapat menjayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri DUN Paka dan dianjurkan juga Majlis Kesyukuran sempena perkahwinan puteri  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Sarah Najwa  Satiful Bahri dengan pasangannya Muhammad Wirdan Shahidan.“Kita dapat lihat kiri dan kanan terdapat dua ‘photobooth’, yang mana satu untuk Aidilftri dan satu untuk majlis kesyukuran yang dapat menarik lebih ramai penduduk Paka,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilftri DUN Paka di Dataran PGU, Paka semalam.Menurutnya, dengan adanya majlis ini sekaligus dapat mempertemukan semua penduduk masyarakat berada dalam kawasan Paka. Selain itu, penglibatan dalam penganjuran pada kali ini juga dapat membuktikan satu kombinasi yang menarik dan cemerlang daripada setiap cawangan yang memberikan kerjasama bagi menjayakan hari bersejarah ini.“Kita berharap gabungan setiap cawangan ini terus subur sampai bila - bila supaya keeratan ini akan mewujudkan kekuatan sesama masyarakat dalam era untuk mempertahankan kemenangan,”katanya lagi.Sementara itu, Penasihat program, Ustaz Saiful Bahri Mamat mengucapkan jutaan terima kasih kepada panitia program, cawangan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Muslimat dan Pemuda PAS DUN Paka serta individu yang terlibat kerana menjayakan program ini.“Kepada tetamu yang berkesempatan hadir dari Menteri Besar Terengganu hingga seluruh warga Paka yang sudi hadir memeriahkan majlis semoga Allah memberi ganjaran yang baik,” katanya.
17 Jun 19
293
Empty Image
Pencuci Masjid Bukit Besi Terharu Dapat Rumah PPTS
Rumah Terengganu-ku Sejahtera.Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 17 Jun - Hasrat seorang pencuci di Masjid Bukit Besi untuk memiliki rumah kediaman sendiri akhirnya tercapai apabila permohonannya dalam Projek Perumahan Terengganu-ku Sejahtera (PPTS) diluluskan dan sedia untuk diduduki. Norasimah Hasani, 45, berkata, sudah berbelas tahun dia menyimpan keinginan dan cita-cita tersebut yang akhirnya berjaya ditunaikan oleh kerajaan negeri pada tahun ini."Telah lama juga saya memohon kediaman PPTS ini, kerana tidak mampu nak beli rumah sendiri."Saya hanya bekerja sebagai tukang cuci masjid dan juga sebagai pencuci di Universiti Teknologi Malaysia (UITM) cawangan Bukit Besi serta tukang susun kayu di kilang papan Pesaka Terengganu Berhad (PTB) secara kontrak," jelasnya.Norasimah berkata demikian ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Kunci rumah berkenaan, di Kampung Besol, di sini semalam.Sebelum ini, dia bersama suaminya, Nordin Md hanafiah, 46, tinggal di rumah Berek PESAKA bersama lima orang anaknya atas dasar ihsan oleh pihak persatuan tersebut.Norasimah Hasani berjaya memiliki rumah sendiri setelah menanti berbelas tahun.Sementara itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, lima daripada 11 penerima rumah PPTS Kampung Besol selain Norasimah adalah pekerja kilang papan yang tinggal dalam kedaifan."Daripada senarai yang mendapat rumah berkenaan terdapat mereka yang telah berbelas tahun memohon projek perumahan itu."Tentang penerimaan rumah ini, ia bukanlah boleh diberikan begitu sahaja sebaliknya perlu menetapi syarat yang telah diberikan," jelasnya.Tambahnya rumah berkenaan tidak boleh diwarisi kepada ahli keluarga yang lain termasuk anak-anak."Kita berharap segala yang termaktub didalam perjanjian telah dibaca oleh penerima serta difahami dengan jelas."Selain itu jalan di hadapan rumah ini, akan dinaiktaraf oleh Majlis Daerah Dungun termasuk diturap untuk memberi lebih keselesaan kepada mereka," jelas Ghazali.Terdahulu, seramai 16 orang penerima Rumah PPTS, yang melibatkan 11 buah rumah PPTS di Kampung Besol Bukit Besi, lima unit rumah PPTS di Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) menerima replika kunci rumah berkenaan.Ghazali Sulaiman meninjau keadaan rumah sebelum diduduki oleh penerima yang layak
17 Jun 19
1220
Empty Image
DUN Kuala Besut ‘Hidang’ 20 Kawah Gulai Sambut Raya
Ramai tetamu memenuhi majlis sambutan seawal pagi lagi.Oleh: Saifullah JusohBESUT, 17 Jun - Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut menyediakan 20 kawah gulai untuk dijamu kepada tetamu yang hadir di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat DUN tersebut.Pegawai Penyelaras DUN, Azbi Salleh melahirkan rasa gembira di atas sambutan penduduk setempat dalam majlis berkenaan."Alhamdulillah sambutan pada tahun ini meriah. Paling penting, saya berharap majlis ini dapat merapatkan lagi hubungan persaudaraan di antara kita tidak kira parti atau pangkat."Saya juga ingin memohon maaf di atas kekurangan sepanjang ia berlangsung dan kami akan perbaiki lagi pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui Urus Setia Darul Iman (UPDI) dalam majlis sambutan yang berlangsung di kediamannya, kelmarin. Kanak-kanak turut diraikan dengan duit raya.Di antara tetamu yang hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Keusahawan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Nurkhuzaini Ab Rahman dan Ahli Parlimen Besut, Dato’ Seri Idris Jusoh.Turut hadir, Pegawai Daerah Besut, Rozali Salleh serta Ketua Polis Daerah Besut, Superitendan Mohd Zamri Mohd Rowi.Bagi meraikan golongan kanak-kanak yang hadir, Azbi turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir dalam majlis tersebut.
16 Jun 19
41
Empty Image
Teruskan Bekerja, Jadikan Terengganu Negeri Terbaik
Ir Saiful AzmiOleh: Ahmad Syahid AdnanKEMAMAN – Semua pihak harus memainkan peranan di lapangan masing-masing supaya negeri Terengganu terus maju ke hadapan sekaligus memberi banyak manfaat kepada rakyat.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, gerak kerja pastinya akan lebih berkualiti setelah melalui tarbiah di bulan Ramadan dan Syawal."Saya berharap agar semua pihak dapat memainkan peranan dalam mencapai cita-cita Negeri Terengganu yang Maju, Berkat dan Sejahtera."Sudah pasti, kita akan meneruskan kehidupan (dalam menerajui pemerintahan) bagi memastikan kerja kita (sentiasa) dalam rahmat-Nya," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan dalam Majlis Aidilfitri peringkat Parlimen Kemaman 1440H/2019M di Dataran Pejabat Tanah dan Daerah Kemaman, di sini kelmarin.Hadir sama, Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Abdul Hamid, Pegawai Khas Hal Ehwal Agama Pejabat Menteri Besar Terengganu, Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malek, ADUN Air Putih, Abdul Razak Ibrahim serta Pegawai Penyelaras Dewan Undangan negeri (DUN) Kijal, Ustaz Hazri Jusoh.Tambah beliau, berada dalam sambutan aidilfitri juga harus dimanfaatkan oleh seluruh masyarakat bagi bermuhasabah dan menyusun kembali organisasi agar terus bergerak ke hadapan untuk mencapai cita-cita negeri maju."Dalam kesempatan ini juga, saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh warga Kemaman, khususnya sahabat-sahabat dari DUN Kemasik," tambahnya.
15 Jun 19
97
Empty Image
Rumah Terbuka Aidlifitri DUN Sura ‘Diserbu’ 5,000 Orang
Pelbagai latar belakang masyarakat hadir memeriahkan rumah terbuka aidifitri.Oleh : Mohd AsrafDUNGUN, 16 Jun - Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura mendapat sambutan luar biasa apabila diserbu kira-kira 5,000 tetamu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik berkata, majlis itu sudah menjadi acara tahunan dalam aktiviti kemasyarakatan di kawasan berkenaan. Jelasnya, orang ramai daripada pelbagai kaum mula membanjiri majlis jamuan itu seawal pukul 10.30 pagi bagi tidak melepaskan peluang meraikan sambutan aidilfitri bersama pemimpin masyarakat dan warga Sura.“Setiap tahun kita adakan sambutan hari raya bukan untuk bermewah-mewah, tetapi sambutan yang kita adakan ini adalah secara sederhana namun diadakan juga demi rakyat khususnya di Dun Sura ini,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berkenaan di Dewan Arena Square Dungun, di sini semalam.Wam Hapandi memberi duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.Turut hadir dalam majlis tersebut Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli bersama isteri, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Dungun, Lizan Che Mat, wakil Ibu Pejabat Polis (IPD) Dungun dan ketua-ketua jabatan. Wan Hapandi turut menghargai kehadiran pengunjung daripada pelbagai kaum dan peringkat usia yang memeriahkan majlis rumah terbuka anjuran pihaknya.“Kehadiran orang ramai daripada pelbagai kaum mencerminkan perpaduan masyarakat tanpa mengira latar belakang atau fahaman politik sangat bagus di kawasan kita ini”, ujar beliau. Dalam majlis tersebut, tetamu berpeluang untuk merasai pelbagai jenis juadah antaranya cendol, apam balik, nasi minyak, buah-buahan dan aneka kuih raya selain dihiburkan dengan lagu dan nasyid raya.
15 Jun 19
305