lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
Isi Borang Bantuan, Jangan Buat Andaian Sendiri - Alias Harun
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 30 Jun - Orang ramai yang kurang berkemampuan diharap tidak membuat andaian sendiri berkenaan bantuan yang disediakan agensi-agensi kerajaan sebaliknya, bertindak mengisi borang yang disediakan.Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun menegur sikap sebilangan rakyat yang beranggapan mereka tidak layak  untuk mendapatkan bantuan kerajaan sedangkan daripada pandangan mata kasar mereka layak dibantu. "Isi dahulu dan hantar kepada agensi berkenaan contohnya borang E-Kasih ke Pejabat Daerah, Pusat Zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu(MAIDAM) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM)."Mereka ini yang akan menilai dan berkunjung  ke rumah untuk tengok keadaan kitaserta meneliti keperluan hidup kita," katanya ketika ditemui Urusetia penerangan Darul Iman (UPDI)sewaktu mengadakan sesi ziarah di Kampung Tok Kah, baru-baru ini.Alias yang juga merangkap Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut turut melahirkan kekesalan dengan tafsiran sendiri individu tertentu sehingga menyebabkan salah faham di kalangan masyarakat.“Disebabkan perkara ini, kerajaan gagal membantu dan bantuan  tidak sampai kepada sasaran yang layak. "Sedangkan kerajaan menyediakan pelbagai inisiatif bantuan untuk rakyat, samada  zakat MAIDAM, JKM, Yayasan Pembangunan Keluarga, Yayasan Pembangunan Usahawan dan banyak lagi,” katanya.
30 Jun 19
36
Empty Image
26 Pelajar Cemerlang Dirai
Oleh: Muhammad Syafiq SyakirinMARANG, 30 Jun- Seramai 26 orang terdiri daripada murid serta pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun lalu diraikan dalam Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang dan Jamuan Aidilfitri Peringkat Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Laut yang diadakan di Dewan Sivik Kampung Laut.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, kecemerlangan pelajar terbabit perlu dijadikan contoh oleh calon yang akan menduduki peperiksaan agar terus berusaha untuk menjadi seperti mereka.'Kita melihat seramai 26 pelajar yang berjaya pada hari ini dan diharapkan agar pelajar yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini dapat mengambil contoh ataupun inspirasi untuk terus berusaha bagi mendapat kecemerlangan seperti mereka.“Bagaimanapun, kecemerlangan akademik perlu selari dengan agama kerana itulah yang menjamin kejayaan kita di dunia dan akhirat,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang dan Jamuan Aidilfitri Peringkat MPKK Kampung Laut di Dewan Sivik Kampung Laut, semalam.Sementara itu, Pengerusi MPKK Kampung Laut, Abdullah Ismail berkata, anugerah yang cdiberikan itu merupakan tanda perhargaan kepada pelajar yang gigih berusaha untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan.“Anugerah ini sebagai tanda sokongan pihak MPKK kepada pelajar yang berusaha sepenuhnya dan cemerlang dalam peperiksaan yang lepas dan diharapkan terus mengekalkan kecemerlangan buat masa akan datang,” ujarnya.
30 Jun 19
92
Empty Image
‘Benda Boleh Bincang Kenapa Perlu Menghukum’ - Satiful Bahari
Oleh : Amiirullah Mansor DUNGUN, 30 Jun – Perbincangan secara matang sebelum melakukan sebarang tindakan adalah perkara yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Satiful Bahari Mamat berkata, masyarakat perlu mengambil intipati daripada sejarah peperangan Uhud yang jatuh pada bulan Syawal.“Jika timbul satu pemasalahan, kita perlu berbincang atau bermesyuarat sebelum melaksanakan sesuatu keputusan, walaupun dengan isteri kita, kita perlu berbincang,” katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kuliah Maghrib di Masjid Jamek, Paka, di sini kelmarin.Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pengajian dan Pendidikan Tinggi negeri menegaskan, tidak semua perkara yang dilakukan dikawal dan tertakluk pada undang-undang atau peraturan dunia.Jelasnya, sebarang tindakan dan tingkah laku kita mestilah berada di garisan yang dianjurkan dalam agama.“Bahkan jika seseorang hakim tersalah melepaskan (hukuman), ia lebih baik daripada tersalah menghukum pesalah,“Kerana kita ada satu lagi mahkamah yang tidak akan terlepas iaitu mahkamah Allah SWT, di akhirat kelak,” ujarnya.Usai kuliah Maghrib, hadirin dijamu dengan pelbagai hidangan sempena Jamuan Hari Raya Aidilfitri Masjid berkenaan.
29 Jun 19
48
Empty Image
Tindakan Segera Atasi Masalah Air Bertakung
BESUT, 30 Jun - Masalah air bertakung melibatkan 20 penduduk dan kawasan ladang sawit di Kampung Baruh Keranji akan diambil tindakan segera.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, permasalahan yang berlaku adalah berikutan dua punca."Antara puncanya dikatakan selepas terbinanya dua kawasan sekatan air menyebabkan air lambat keluar dan (mengakibatkan) air melimpah serta bertakung di dalam ladang kelapa sawit berdekatan."Rentetan tersebut menyebabkan puluhan hektar tanaman kelapa sawit tidak dapat mengeluarkan hasil," jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata demikian ketika dihubungi pemberita semalam, mengulas tentang masalah yang berlaku.Menurutnya, beliau telah menerima aduan rakyat daripada penduduk Kampung Baru, Batu Tumboh mengenai saliran air  tersumbat di dalam ladang kelapa sawit yang menyebabkan tiada hasil tanam oleh pohon sawit di situ.Kata Nurkhuzaini, setelah diteliti, beliau telah mengenal pasti punca masalah tersebut.Justeru itu, beliau akan mewujudkan jawatankuasa bertindak dalam kadar yang segera dengan melibatkan beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Majlis Daerah Besut (MDB), Pejabat Daerah Besut, Jabatan Bomba dan Jabatan Alam Sekitar bagi mencari jalan penyelesaian segera dalam jangka panjang."Insya-Allah saya akan usulkan kepada pihak yang bertanggungjawab mengurus isu saliran air yang tersumbat di ladang sawit itu."Ia termasuk dengan membuat pembaikan kadar segera supaya memudahkan urusan kerja penduduk yang bekerja di dalam ladang sawit itu," ujarnya.
29 Jun 19
383
Empty Image
Salur Bantuan Segera Kepada Mangsa Ribut
Oleh: Muhd Afiq ZohirBESUT, 27 Jun- Mangsa yang terlibat dalam kejadian ribut di Kampung Bukit Kenak, disini akan menerima bantuan segera yang disalurkan melalui Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, sebanyak tiga buah rumah penduduk terjejas akibat kejadian ribut yang berlaku kira-kira pukul 8 malam, Selasa lalu.“Pihak Pejabat Penyelaras DUN Jerteh akan membantu membaik pulih rumah mangsa ribut dengan kadar segera bagi menjamin keselamatan penghuninya.“Kita juga akan berkerjasama dengan beberapa agensi kerajaan bagi melancarkan dan memudahkan segala urusan yang berkaitan,” ujarnya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke rumah penduduk yang dilanda ribut di Kampung Bukit Kenak, Jerteh, semalam.Hadir sama, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Kenak, Muhd Mazlan.Katanya, dalam kejadian ribut itu terdapat rumah mangsa yang mengalami kerosakkan bahagian atap dan menyebabkan ruang rumah terdedah kepada hujan.“Saya akan cuba menyelesaikan masalah ini dengan kadar segera bagi menjamin keselesaan rakyat,” ujarnya.
26 Jun 19
36
Empty Image
Kaedah Integrasi ‘2 In 1’ Bantu Tingkat Pendapatan Pekebun Kecil
Kerajaan negeri sentiasa rangka jalan untuk tingkatkan ekonomi rakyat- Dr. Azman.Oleh : Hidayah Azlin SETIU, 26 Jun – Kaedah integrasi terus diperkenalkan bagi meningkatkan sumber pendapatan terutama   bagi golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) samada untuk pertanian mahupun  penternakan secara ‘2 in 1’ dengan memanfaatkan  keluasan tanah semaksimum mungkin.Pengerusi  Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata dengan keluasan yang terhad, kaedah ini amat membantu pekebun kecil yang tidak mempunyai tanah lain.“Disebabkan itu, kita menggalakkan industri sampingan dalam kebun getah atau kelapa sawit samada penternakan ataupun  tanaman seperti  ayam, lembu, kambing, labu, tembikai dan nenas.“Bagi yang kekurangan modal untuk mengusahakan samada sektor pertanian, penternakan, perikanan dan asas tani boleh dibantu dengan Skim Bantuan Modal Tani,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi Pekebun Kecil Daerah Besut/Setiu Bhd. kali ke-36 di Peladang Setiu Agro Resort, semalam. Mesyuarat berlangsung lancar dengan kerjasama para peserta.Menurutnya, RM1.183 Juta telah diluluskan kepada lebih 40 orang penerima  untuk sektor ini.Antara yang mendapat permintaan  tertinggi ialah fertigasi  pembenihan  kerapu hybrid, penternakan lembu dan kambing, pertanian yang menggunakan polibag, ada sistem perairan yang memanfaatkan keluasan yang paling minimum dengan hasil yang paling baik. “Bila bercakap  soal mahu meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah ataupun sawit, kita perlu berpijak di bumi nyata, cari di mana mereka ini berada. “Tentu sekali kita tidak mahu mereka berhijrah ke Kuala Lumpur, tukar kerja daripada pekebun kecil jadi nelayan. Biarlah mereka kekal dalam dunianya  dengan bantuan yang mampu kita beri. Inilah yang menjadi  falsafah kerajaan negeri ,” katanya. Antara peserta yang hadir.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi itu turut memaklumkan, terdapat pelbagai program dalam rangka untuk  memendekkan rantaian pemasaran terus dari pengeluar kepada pengguna tanpa menjadi mangsa mainan orang tengah yang boleh dimanfaatkan.“Antaranya, jualan terus dari ladang, pasar segar, pasar nelayan dan pasar ternakan. Ini  antara program-program yang kita buat untuk mempertemukan terus pengeluar dengan pengguna agar mendapat harga yang lebih rendah. Dalam pada masa yang sama, pengeluar dapat harga yang lebih tinggi.“Kepada petani dan pekebun kita,  jangan segan untuk pergi ke Jabatan-jabatan samada Lembaga Pertubuhan Peladang, Jabatan Pertanian, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan  Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri  kerana terdapat banyak bantuan samada dari kerajaan pusat ataupun kerajaan negeri untuk kita bantu para petani, pekebun dan rakyat,’’ ujarnya.
26 Jun 19
119
Empty Image
Terengganu Rangka Modul Bimbing ‘Mak Nyah’
Mohd Nor Hamzah.Oleh : Afif FideeKUANTAN, 24 Jun - Kerajaan Terengganu terus mengorak langkah dengan merangka modul khas untuk membimbing golongan ‘Mak Nyah’ keluar daripada dunia tersebut.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, gejala yang berlaku itu tidak mampu dibasmi dan dibersihkan hanya dalam tempoh satu tahun pentadbiran.Justeru jelasnya, kerajaan sedang merangka modul baharu untuk mengeluarkan mereka daripada budaya itu.“Kita juga sedang bergerak untuk membangunkan insan melalui beberapa perkara yang sedang disusun, modul ini melibatkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), mahasiswa (belia) dan pelajar sekolah.“Bahkan termasuk juga modul untuk ‘Mak Nyah’, golongan-golongan yang perlu kita selamatkan mereka daripada budaya songsang itu dan kita sedang bina dengan cermat,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-65 di Komples Sukan Pahang (SUKPA), Bandar Indera Mahkota, di sini semalam.Mohd Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung turut mengakui terdapat kekurangan dalam mengendalikan beberapa perkara demi memenuhi kehendak semua pihak.Katanya, hasrat murni kerajaan negeri untuk membina masyarakat madani tersebut harus disambut baik oleh semua agensi yang terlibat bagi menjayakan agenda berkenaan.“Saya tidak menafikan kekurangan yang ada, jauh sekali mengatakan Kerajan Terengganu yang ada pada hari ini cantik dan sempurna segala-galanya, tetapi itulah hasrat kita.“Kita telah merangka dan menyusun beberapa agenda dalam dua portfolio, iaitu pelaksanaan syariat serta pembangunan insan dan dakwah, yang pertamanya kita akan dahulukan dakwah.“Saya juga mengharapkan jabatan-jabatan agama yang ada memudahkan hasrat murni kerajaan negeri ini. Kita akan letakkan papan tanda berbetuk dakwah seperti hukum mendedahkan aurat, kebersihan dan maksiat lain yang perlu dijauhi,” tambah beliau.
23 Jun 19
107
Empty Image
Rumah Dihempap Pokok Getah Akibat Ribut
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 21 Jun- Angin dan ribut kencang yang berlaku secara tiba-tiba di Kampung Minda  mengakibatkan pokok getah tumbang menimpa salah sebuah rumah di kampung itu.Pemiliknya, Wan Gayah Ripin berkata ketika kejadian itu, dia baru sahaja pulang dari tempat kerja dan terdengar dentuman yang kuat."Ketika kejadian anak-anak tiada di rumah saya dan suami sahaja yang ada di rumah."Apabila melihat pokok getah menimpa dapur dan merosakkan beberapa keping atap, kami terus memaklumkan kejadian berkenaan kepada Pengerusi MPKK Minda,"jelasnya.Dia berkata demikian ketika ditemui pemberita, di rumahnya di Kampung Minda, baru-baru ini.Hadir dalam kejadian berkenaan, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman, Wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Imran Muhamed Zanuyin, Pembantu Hal Ehwal Masyarakat Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Bukit Besi, Mohd Noor Azian, Pengerusi MPKK Minda, Zakaria Maa'dam.Sementara itu, Zakaria berkata, kejadian itu segera dimaklumkan kepada Pegawai Penyelaras dan juga kepada pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM)."Alhamdulillah tindakan segera dari Pegawai Penyelaras, Ghazali Sulaiman yang hadir bersama pasukan bomba untuk memotong bahagian dahan yang terkena pada bumbung." Serta tindakan cepat wakil dari JKM datang untuk menyiasat segera bagi diberi bantuan segera bencana" ujarnya.Sehubungan itu juga Pegawai penyelaras,Ghazali Sulaiman berkata, kejadian yang sama juga berlaku di Felda Jerangau dimana ribut kencang turut meninpa tiga buah rumah yang melibatkan kerosakkan atap."Untuk kesemua rumah ditimpa bencana ini saya telah memaklumkan kepada Pengerusi MPKK Kampung Minda dan Felda Jerangau agar ganti segera atap dan telah pun berhubung dengan pembekal atap."Ianya bagi menjamin kesejahteraan rumah penduduk yang terjejas ditimpa bencana. Terima kasih kepada pihak JBPM, JKM, MPKK diatas tindakan segera," jelasnya.
21 Jun 19
532
Empty Image
11 Kediaman Terjejas Ribut Di Besut
KUALA TERENGGANU, 19 Jun - Hujan lebat dan angin kencang serta ribut yang melanda daerah Besut petang semalam mengakibatkan 11 rumah terjejas.Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), sebanyak empat buah rumah rosak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi melibatkan tiga buah kampung iaitu Kampung Bukit Jeruk, Kampung Bukit Tanah dan Kampung Nibong.Manakala, di DUN Jerteh, tiga buah rumah rosak di Kampung Kubang Bembam, serta sebuah rumah terjejas masing-masing di Kampung Padang Luas Dalam, Kampung Pak Da Malik dan Berhala Tambun Nyiur 7.Kawasan terakhir yang disahkan terjejas ialah DUN Kota Putera dengan sebuah rumah rosak di Pekan Sari Tembila.Menurut sekretariat JPBD Besut, tiada sebarang kemalangan jiwa akibat bencana tersebut.
19 Jun 19
124
Empty Image
Pelajar Cemerlang Bangkit Dari Kegagalan
Oleh : Aziz HambaliMARANG, 19 Jun- Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang kurang memberangsangkan bukan penghalang bagi Anis Asfarina Abdul Wahab, 20 untuk mencabar diri menjadi seorang daripada pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2018.Anis Asfarina yang berasal dari Kampung Jerung Seberang dan menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Berangan (SMKPB) merupakan antara 4 calon pelajar terbaik STPM di daerah Marang yang memperoleh semua A penuh dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Pengajian Am, Sejarah dan Geografi.Anak tunggal yang tinggal bersama neneknya itu berkata, walaupun keputusan SPM dua tahun lalu kurang cemerlang, namun bukan alasan menyerah kalah sebaliknya berusaha untuk terus bangkit bagi menyambung pelajaran pra-universiti demi membantu mengubah nasib keluarga yang serba kekurangan."Dalam SPM, saya hanya mendapat 4A, 2B+, 2B-,1B. Gagal sekali, bukanlah gagal selamanya kerana jika berusaha pasti kita akan berjaya.“ Pesanan kepada adik-adik, semua kejayaan itu datang daripada Allah dan untuk berjaya mintalah pada Tuhan supaya memudahkan urusan seharian kita. Selepas solat maghrib juga saya banyak membaca surah yaasin."Ayah dan ibu telah lama berpisah, emak diuji kesakitan dan hanyalah suri rumah setelah ditinggalkan oleh ayah," katanya ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2018 di Dewan Al-Ghazali SMKPB , hari ini.Pada  majlis tersebut, Pegawai Khas Ahli Parlimen Marang, Haron Yusof turut menyampaikan insentif segera kepada pelajar cemerlang STPM di SMKPB sempena Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2018.Seramai 4 orang pelajar daerah itu memperoleh keputusan semua A bagi STPM 2018 dengan keputusan semua A penuh dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 yang mana salah seorangnya adalah pelajar SMKPB.
18 Jun 19
702