Artikel "Komuniti" Terkini
Warga Emas Dihempap Atap Terselamat
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 8 Julai- Sebuah keluarga di Kampung Besol Bukit Besi, di sini, melalui detik cemas apabila atap rumah mereka tercabut dan menghempap salah seorang penghuninya ketika angin kencang dan hujan melanda kampung berkenaan, kira-kira jam 6.30 petang, kelmarin.Mek Jah Mat, 63, berkata, ketika kejadian, dia sedang berada di beranda rumah bersama ibu saudaranya, Rosnah Awang, 70, terkejut apabila mendengar emaknya Mek Jah Dollah 93, menjerit meminta tolong kerana atap rumah telah menimpa diri warga emas itu.“Mak cik segera mendapatkan emak yang terlantar sakit kerana menderita sakit saraf dan segera alihkan ke tempat lain, syukur kerana dia tidak mengalami apa-apa kecederaan yang serius."Semasa di luar rumah mak cik sudah nampak angin kencang yang berpusar, dan kerana angin menerbangkan atap maka pada masa itu segenap ruang rumah telah dipenuhi air hujan," ujarnya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Besol Bukit Besi, semalam.Menurutnya, perkara itu segera dimaklumkan kepada Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Besi Cawangan Kampung Besol, Nasharuddin Mohd Salleh.Nasharuddin berkata, beliau segera ke rumah berkenaan dan telah melihat kebocoran rumah yang dialami akibat atap diterbangkan angin.Dalam masa yang sama, beliau turut dimaklumkan bahawa tiga buah rumah lain turut terjejas atap rumah akibat ribut kencang berkenaan."Kita telah pun bersama dengan Pusat Komuniti Dewan Undangan Negeri (PKMD) dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Bukit Besi telah turun ke lapangan untuk mengenal pasti berapa jumlah sebenar rumah yang terlibat,” ujarnya.Semenatara itu, Pegawai Khas DUN Bukit Besi, Waliyuddin Johari berkata, satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan segera bagi menyelesaikan masalah berkenaan."Maklumat kita telah kumpulkan dan kita dapat tahu bahawa keseluruhan rumah yang terjejas daripada bencana ini adalah seramai 21 buah rumah."Di Perumahan Bukit Besi, sebanyak 13 buah rumah, tiga buah rumah di Kampung Besol, manakala bagi MPKK Cawangan Kampung Bukit Besi pula sebanyak 5 buah rumah," ujarnya.Waliyuddin berkata, beliau telah menghubungi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Dungun, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu (MAIDAM) Daerah Dungun untuk tindakan lanjut.
07 Jul 19
42
PKMD Bukit Besi Bantu Perkembang Usaha 'Mok Joh'
Ghazali mendengar penerangan Mok Joh berkenaan ternakan ayamnya.Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 7 Julai - Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (PKMD) Bukit Besi mahu membantu ‘Mok Joh’ atau nama sebenarnya Mek Jah Razab, 59, seorang usahawan penternakan bagi mengembangkan perusahaannya.Sehubungan itu, Pegawai Penyelarasnya, Haji Ghazali Sulaiman merujuk beberapa agensi dan jabatan yang sesuai bagi membantu ibu tunggal itu membela nasib dan kehidupannya."Jika kena pada gayanya, bantuan dari jabatan dan agensi tertentu turut mampu mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk lain yang tinggal berdekatannya."Bagaimanapun, saya akan cuba dahulu kemukakan kepada pihak berwajib,” katanya ketika mengunjungi wanita berkenaan di reban peliharaannya, di Kampung Minda, baru-baru ini.Ghazali melihat potensi perusahaan yang boleh dikembangkan sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.Menurutnya, Mok Joh tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak sebelum ini selain kebenaran mengusahakan tanah yang diberikan oleh pejabat daerah.Setakat ini, pemegang Sijil Keusahawanan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)itu memelihara kira-kira 1,000 ekor ayam daging dan mengusahakannya bersama adiknya, Rashid Razak, 55 tahun.Bagi Mok Joh pula, kerana kurang kemampuan dan tidak dibenarkan membangun binaan kekal di tanah berkenaan, dia sanggup bermalam di sebuah bangsal berhampiran bagi memastikan ayam-ayam peliharaannya selamat daripada ancaman sejak lima tahun lalu.Katanya, dia sanggup berhadapan risiko diganggu haiwan liar demi meneruskan kelangsungan mata pencariannya itu.Mok Joh menunjukkan surat kebenaran penggunaan tanah oleh pejabat daerah.“Sering kali juga saya bertembung dengan ular sawa yang cuba mengganggu haiwan peliharaan saya, kadang-kadang ada yang sebesar peha."Pernah juga, satu malam saya terdengar ayam begitu bising, saya nekad pergi ke reban ayam dan bertembung dengan haiwan liar yang tidak dapat dikenal pasti,” katanya.Bagaimanapun, diakui, kejadian itu tidak sesekali mematahkan semangatnya. 'Mok Joh' amat berterima kasih atas keprihatinan Ghazali turun ke lapangan meninjau hasil usahanya itu."Alhamdulillah, ayam baru sudah dibeli dan sekarang ini proses membersihkan semula reban.“Saya menjual ayam mengikut kehendak pelanggan, ada yang ingin kita proses, ada yang ingin membeli hidup-hidup," katanya.
07 Jul 19
148
83 Bakal Haji Dun Sura Dirai
Oleh: Mohd AsrafDUNGUN, 7 Julai- Seramai 83 orang bakal haji dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura diraikan dalam satu majlis anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN berkenaan, semalam.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik berkata, majlis yang dianjurkan itu merupakan program tahunan di DUN tersebut.“Tujuan kita mengadakan majlis ini bagi berkongsi kegembiraan apabila ada dalam kalangan jemaah dari tempat ini dapat menunaikan haji, majlis sebegini kita adakan setiap tahun meraikan tetamu Allah.“Dalam majlis ini, kita turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada setiap bakal haji dan saya mendoakan segala urusan mereka dipermudahkan dan diberkati dengan mendapat gelaran haji mabrur disisi Allah S.W.T,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Meraikan Bakal Jemaah Haji Tahun 1440H di Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin.Wan Hapandi turut mengucapkan tahniah kepada semua yang bakal dan telah berlepas kerana terpilih untuk menunaikan rukun Islam yang kelima berkenaan. Beliau turut menasihatkan para jemaah haji agar sentiasa menjaga kesihatan sepanjang berada di bumi barakah dan sentiasa menjaga peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Tabung Haji (TH). "Di sana bakal jemaah akan merasai cabaran ibadat haji yang sebenar-benarnya dan jutaan umat Islam dari seluruh dunia akan berada di tempat yang sama."Jemaah haji perlu menjaga kesihatan bermula dari sekarang, lakukan senaman ringan, dapatkan rehat yang secukupnya dan ikutlah nasihat doktor dalam penjagaan kesihatan termasuk makan ubat agar kekal sihat sebelum berlepas ke Tanah Suci," katanya.
06 Jul 19
107
I-MiTs Bukit Besi Ziarah Mangsa Kebakaran
DUNGUN, 7 Julai - Mangsa kebakaran yang melibatkan dua buah rumah di Felda Jerangau semalam telah diziarahi oleh Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi.Penolong Penyelianya, Zakiah Alias memaklumkan, program ziarah yang diatur oleh pihaknya itu bertujuan untuk menyalurkan sedikit sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa. Ujarnya, rumah Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Jerangau Cawangan A, Mohd Sidek Muhammad serta seorang penduduk, Engku Zulkifli Engku Rashid musnah dijilat api."Kebakaran yang berlaku pada pukul 1.25 tengahari semasa para muslimin sedang sibuk bergegas untuk menunaikan Solat Jumaat di Masjid."Kami pada hari ini telah turun menyampaikan sedikit sumbangan walaupun tidak seberapa namun bolehlah dikira sebagai sumbangan ikhlas dalam membantu meringankan mangsa," jelasnya ketika ditemui pihak media, semalam.Zakiah turut mendoakan agar setiap apa yang berlaku dipermudahkan dalam segala bentuk bantuan yang disalurkankan."Diharapkan agar mangsa menerima keadaan ini kita perlu terima, yakin dan percaya setiap qada dan qadar yang berlaku ada hikmahnya."Serta kita yakin dan percaha bahawa Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar," tambah beliau.Sehubungan itu, bagi meringankan bebanan kerugian yang ditanggung oleh mangsa, sumbangan derma kilat boleh disalurkan secara terus ke akaun Maybank 113015277506 atau menghubungi Mohd Sidek Muhammad di talian 011-10353565.Manakala bantuan untuk Engku Zulkifli Engku Rashid boleh disalurkan ke akaun Maybank 163037068114 atau boleh menghubunginya di talian 011- 33492606.
06 Jul 19
488
16 Pasukan Rebut Piala ADUN Jabi
Oleh: Hidayah Azlin SETIU, 6 Julai- Sebanyak 16 pasukan berentap dalam Kejohanan Bola Sepak Piala ADUN Jabi 2019 yang diadakan di Padang Bola Kampung Kerandang. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, menjadi kelainan pada tahun ini apabila kejohanan tersebut turut disertai warga Siam namun etika pemakaian tetap ditekankan bagi mendidik anak muda agar sentiasa menutup aurat dalam apa jua keadaan. “Matlamat tidak menghalalkan cara malah Islam tidak menghalang untuk bersukan. Namun ikutilah garis panduan dan bertandinglah dengan penuh semangat kesukanan. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Tirai Kejohanan Bola Sepak Piala ADUN Jabi di Padang Bola Kampung Kerandang, semalam.Sementara itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata, pelbagai agenda disediakan Kerajaan Negeri tanpa mengetepikan anak muda bagi membentuk generasi yang sihat. Menurutnya, segala penambahbaikan dari segi struktur kejohanan yang baru seperti perlawanan Liga Timbal Balik akan diolah di masa akan datang supaya dapat menghidupkan kembali padang-padang bola di seluruh DUN Jabi.“Apabila kejohanan berlaku dalam tempoh masa yang lebih panjang, anak-anak muda kita ada sesuatu untuk mengisi hari-hari mereka dengan aktiviti yang mencorakkan cara hidup yang sihat malah kita rasa tidak berbaloi dengan beli jersi, kasut , bola, berlatih dan membuat persiapan padang hanyalah untuk satu tempoh kejohanan yang singkat.“ Jadi dalam rangka awal, kita akan wujudkan dua division (kelompok liga) di Jabi. Lapan pasukan teratas akan berada di division satu dan lapan pasukan lain akan berada di division dua,” ujarnya.Katanya, kejohanan tahun hadapan diharap dapat berjalan dalam suasana baru dan lebih meriah dengan menjelajah ke seluruh padang bola dalam DUN Jabi seperti di Felda Selasih, Kepala Gajah, Bukit Tanah, Tempinis dan kampung-kampung lain akan dihidupkan.Pada kejohanan tersebut, perlawanan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Felda Selasih FC dengan jaringan lima gol tanpa balas dari Kerandang FC.
06 Jul 19
552
Warga Emas Tegar Jaga Anak Terlantar
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 6 Julai - Kerana kasih seorang ibu, Zabidah Ibrahim, 61 tetap sabar menjaga anaknya, Roslan Ahmad Hassan Sahimi, 42, yang telantar sejak terlibat dalam kemalangan dengan kerbau lapan bulan lepas. Selain menjaga kebersihan diri, Zabidah turut menyuapkan susu kepada anaknya itu."Susu empat kali sehari, masuk ikut tiub, mak cik beri macam doktor suruh. "Pada mak cik, mak cik jaga dia semampu mak cik, walaupun dia tidak boleh bercakap dan tidak boleh bergerak," katanya.Menurutnya, itu semua merupakan rutin hariannya yang dilaluinya saban hari."Selepas sembahyang Subuh, terus 'tengok' dia, siap-siap dia kemudian baru buat sarapan untuk kita," ceritanya dengan nada ceria walaupun di wajahnya tergambar kepenatan. Zabidah ditemui ketika kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun ke rumahnya di Kampung Pinang Baru, baru-baru ini untuk menyerahkan cek sumbangan Tabung Darul Iman kepada Roslan. Hadir sama, kakitangan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera(iMiTS) DUN Rantau Abang, Muhammad Muaz Anuar dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung(MPKK) Pinang Baru, Mat Zakaria A. Rahman. Mengimbas kembali peristiwa tersebut, anak lelakinya yang merupakan seorang bapa tunggal kepada tiga orang anak, keluar dengan menunggang motosikal di waktu malam.Di pertengahan jalan,dia secara tidak sengaja bertembung dengan seekor kerbau menyebabkan tempurung kepalanya pecah dan tercedera," ceritanya.Namun, Zabidah bersyukur kerana anaknya yang sebelum ini koma telah kembali sedar. Sebelum kejadian tersebut, anaknya bekerja sebagai pengait buah kelapa sawit dan menjadi nadi keluarga mereka."Kini, dengan bantuan lampin pakai buang, susu khas dan sumbangan dari pelbagai pihak, kuranglah sedikit belanja untuk mengurusnya," katanya.
06 Jul 19
229
Pengerusi MPKK Felda Jerangau Rugi RM100,000 Rumah Terbakar
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 6 Julai – Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Jerangau Cawangan A, Mohd Sidek Muhammad rugi hampir RM100,000 selepas rumahnya terbakar petang semalam.Menurut saksi kebakaran, Mohd Ridzuan Muhd Diah, kejadian yang melibatkan dua buah rumah itu berlaku ketika semua ahli keluarga tiada di rumah.Jelasnya, kebakaran yang berlaku pada pukul 1.25 petang sewaktu menghampiri waktu solat jumaat itu terjadi dengan begitu pantas.“Pada awalnya terdengar bunyi deruman enjin seperti lori dihidupkan, sebelum disusuli bunyi letupan yang meletus berulang kali, ketika itu saya bersiap-siap untuk pergi solat Jumaat cemas terdengar bunyi itu segera keluar dan terkejut apabila terlihat percikan api dari rumah jiran yang berselang lima buah rumah dari rumah saya.“Kemudiannya api begitu marak dan pantas menyambar rumah kedua, panik dengan keadaan demikian saya terus menghubungi pihak bomba. Saya dan beberapa orang jiran yang menyedari kejadian itu cuba memadamkan api kebakaran dengan mengangkut air dan mengunakan penyambung wayar air paip, namun air tidak kuat menyebabkan api tak dapat dipadamkan," katanya ketika ditemui media semalam.Ridzuan turut menyatakan bahawa api yang marak dari kedua-dua rumah berkenaan mula menyambar rumah ketiga, menyedari kejadian itu, dia dan beberapa orang yang ada disitu segera memecahkan beberapa keping atap kerana risau api akan marak dan sempat mengalih barang-barangan penting yang ada di rumah berkenaan dan cermin tingkap rumah yang ketiga itu yang dimiliki oleh Minah Hassan, 68.“Nasib baik rumah ketiga tidak merebak teruk dan bomba telah datang bagi mengawal api yang sedang marak itu,” jelasnya.Sementara itu, Mohd Sidek pula berkata, selepas dimaklumkan oleh jirannya tentang kejadian berkenaan, beliau bersama isterinya, Norasmawati Razali, 43, segera berpatah balik ketika dalam perjalanan ke Kota Bharu kerana ingin mengiringi adik iparnya untuk berangkat menunaikan haji di Mekah.“Alhamdulillah, nasib kami baik semua empat orang anak bersama kami, dan tiada di rumah, cuma terkilan rumah berkenaan adalah rumah warisan.“Ketika memandu saya merasakan bahawa akan terjadi sesuatu yang buruk bakal berlaku dan semasa saya terlelap sedang isteri memandu saya terdengar isteri mengucap panjang dan memaklumkan bahawa rumah kami diami telah terbakar,” jelasnya.Anggaran kos kerugian adalah RM 100,000 kerana beliau memaklumkan semua barang didalam rumah musnah, termasuk alat penguli tepung membuat roti canai, dua mesin basuh, dua televisyen, sofa dan semua barang-barangan lain.Rentetan daripada peristiwa berkenaan, Pengerusi MPKK Felda Jerangau Cawangan B, Anuar Omar berkata, pihaknya telah berhubung dengan pihak pengurusan Felda dan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi.“Alhamdulillah Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman telah turun dan telah pun memaklumkan perkara berkenaan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang telah pun turun menyiasat dan menilai kerugian serta akan diberi bantuan.“Sementara pihak pengurusan Felda pula melancarkan tabung bencana segera, dan buat sementara waktu Mohd Sidek akan ditempatkan di rumah Kuartes Kilang Felda Jerangau untuk sementara waktu, dan akan diadakan perbincangan daripada pihak pengurusan Felda adakah setiap rumah ini mempunyai insuran dan boleh menerima pampasan.Dalam pada itu, Ghazali Sulaiman berterima kasih kepada Pegawai Felda Wilayah Terengganu, En. Helmi Fakzan memberi penyelesaian segera untuk menempatkan Muhd Sidek yang telah kehilangan semua harta benda.“Semoga mangsa tabah menerima ujian ini. Allah akan sentiasa menguji dan menduga dengan ujian yang hebat kepada hambaNya yang hebat, sementelah lagi Mohd Sidek telah menjalankan tugasnya dengan sempurna sebagai pengerusi MPKK,” jelas beliau.
05 Jul 19
220
RM20 Ribu Bagi Baik Pulih Rumah Dhaif
Oleh : Khairuddin YusoffHULU TERENGGANU, 5 Julai -Sebanyak RM20,000 dilluluskan bagi membantu membaikpulih sebuah rumah dhaif yang dihuni satu keluarga di Kampung Pengkalan Ajal, Ajil.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim berkata, peruntukan itu bagi menambah bilik dan tandas di rumah keluarga tersebut.“Pertama sekali kita ucapkan terima kasih di atas keprihatinan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pengkalan Ajal yang prihatin dengan keluarga Mahizan Mansor yang mempunyai empat anak perempuan mereka terpaksa berkongsi satu bilik dengan keadaan tandas pula berada di luar rumah.“Alhamdulillah, bila kita turun dan lihat kedaifan keluarga ini dan saya meluluskan bantuan RM20,000 untuk menambah bilik dan membaikpulih rumah dengan bilik air supaya mereka merasa lebih selamat dan selesa, ujarnya.Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Hulu Terengganu, Penghulu Mukim dan Juruteknik Pejabat Daerah Hulu Terengganu (PDHT), baru-baru ini.Turut hadir, Penghulu Mukim Hulu Berang, Khairul Anuar Musa, Pegawai JKM Hulu Terengganu, Norazmy Adenan, Pegawai Khas ADUN Ajil, Ahmad Furqan Ismail dan Pengerusi MPKK Pengkalan Ajal, Safari Ishak,Sementara itu, Norazmy Adenan berkata, JKM akan meneliti keperluan dan bantuan susulan yang akan diberikan kepada keluarga ini memandangkan ada anak mereka yang masih bersekolah.“JKM akan datang semula ke rumah ini dan kita akan lihat keperluan bantuan sebab kita sedia maklum ada empat orang anak yang masih bersekolah.“Jadi kita akan datang semula untuk menyemak keperluan dan akan memaklumkan bantuan kanak- kanak kepada ibubapa mereka, jelasnya.
05 Jul 19
249
Kursus Pengucapan Awam Bina Keyakinan - Dr Alias Razak
Para peserta kursus bergambar bersama Dr. Alias dan Kamaruzzaman.KUALA NERUS, 4 Julai - Kemahiran pengucapan awam merupakan antara elemen penting yang perlu dimiliki oleh kakitangan kerajaan yang berurusan dengan masyarakat secara langsung.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Alias Razak berkata, kerajaan negeri memiliki banyak maklumat tetapi memerlukan barisan hadapan yang bertindak sebagai penyampai yang baik kepada rakyat.“Walaupun ada media sosial dan medium maya, kita tidak boleh meninggalkan amalan turun menyantuni rakyat secara langsung dengan penuh keyakinan.“Lihat sahaja orang yang berniaga di Pasar Payang, barang jualannya rata-rata sama tetapi gaya bahasa, penyampaian operator membezakan hasil jualan masing-masing dan pengunjung yang datang,” katanya ketika berucap dalam perasmian penutup Kursus Pengucapan Awam Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) di Auditorium, Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, hari ini. Kursus bantu petugas sampaikan maklumat dengan gaya bahasa dan keyakinan lebih baik- Dr. Alias.Hadir sama dalam program berkenaan ialah Pengarah i-MiTS, Kamaruzzaman Abdullah, Pegawai Eksekutif Kompleks Sukan, A. Zulkifli Muhammad dan Ketua Penyelia i-MiTS Kuala Nerus, Jusoh Ngah.Seramai 171 peserta daripada kakitangan i-MiTS terutama dalam bahagian-bahagian yang melibatkan belia, khidmat masyarakat dan kaunter hadir bagi menambah ilmu berkenaan pengucapan awam yang julung kali diadakan jabatan berkenaan.Dr. Alias mewakili kerajaan negeri turut berharap supaya ilmu yang disampaikan dapat digunakan sebaiknya dalam membantu kerajaan menyampaikan maklumat dan mengukuhkan hubungan antara dua komponen itu.“Jangan malu jika kurang mahir, sebaliknya berlatih sehingga dikurniakan Allah SWT kemahiran tersebut, insya-Allah, apa yang keluar daripada mulut kita adalah cerminan dari hati kita,” katanya. Kamaruzzaman rancang lebih banyak kursus bagi pertingkat kemampuan i-MiTS.Dalam pada itu, Kamaruzzaman sempat memaklumkan, i-MiTS dalam pemerkasaan.“Bermula tahun lalu, kita telah mengadakan motivasi untuk pelajar sederhana dan bermasalah di mana ia mendapat sambutan baik sepanjang dianjurkan.“Seterusnya, kita merancang kursus Teknologi Maklumat (IT) supaya petugas kita memiliki kepakaran dan menguasai alam maya,” katanya.Katanya, Dr. Azhar Yaakob akan melaksanakan modul mendekatkan masyarakat kepada al-Quran.“Bagaimanapun, kita akan pastikan semua kakitangan i-MiTS melalui modul ini dahulu sebelum disampaikan kepada masyarakat,” katanya.
04 Jul 19
206
Kepayahan Hidup Harun Dapat Perhatian YB
Harun terharu dengan sumbangan dan perhatian yang diberikan.Oleh : Nizam At-TakiriKUALA NERUS, 3 Julai - Penduduk Kampung Tuan Mandak, Harun Draman, 64, yang terus dihimpit masalah kewangan mendapat perhatian Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali.Pegawai Khas yang mewakili Dr Khairuddin, Wan Yusrizal Wan Shafi’i berkata, Harun tidak mampu lagi bekerja sejak dua tahun lalu kerana diuji dengan masalah di bahagian tulang lutut.Katanya, Harun yang sebelum ini bekerja sebagai buruh telah diberikan bantuan bagi mengurangkan penderitaan keluarganya.“Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus telah menyerahkan bantuan berupa wang tunai dan barangan keperluan bagi membantu mereka mengharungi kehidupan seharian,” jelasnyaBeliau berkata demikian semasa menziarahi keluarga Harun di kampung berkenaan, di sini semalam. Turut hadir, Pegawai Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal, Wan Mohd Faudzi Wan Harun.Semetara itu, menurut Harun, keluarganya turut dibantu oleh anak-anak yang membuka perniagaan secara kecil-kecilan.“Hidup saya sekeluarga sekarang bergantung kepada dua orang anak saya yang berniaga air tebu dan seorang lagi bekerja sebagai pembantu kedai di Pasar Batu Enam,” ujar Harun.
04 Jul 19
44