Artikel "Komuniti" Terkini
Lelongan Terbuka Mesej Kepada Pemilik Haiwan Berkeliaran
Lelongan haiwan secara terbuka menarik perhatian masyarakat setempat.MARANG, 11 Julai - Pihak Majlis Daerah Marang (MDM) melakukan lelongan awam lima ekor kambing bagi menyampaikan mesej kepada masyarakat berkaitan haiwan ternakan yang dibiarkan berkeliaran di tempat awam.Yang Dipertua MDM, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim berkata, lelongan tersebut merupakan yang pertama kali diadakan di kawasan terbuka.“Hari ini, lelongan terpaksa diadakan berikutan tiada pemilik membuat tuntutan walaupun notis telah dikeluarkan lebih sebulan.Huzairil maklumkan pihak MDM akan teruskan operasi tangkapan.“Lelongan ini bertujuan menyampaikan mesej kepada pemilik haiwan ternakan supaya menjaganya dengan baik sekali gus menjernihkan persepsi negatif masyarakat tentang kaedah penyelesaian haiwan yang dirampas,” katanya ketika ditemui pemberita.Beliau berkata demikian sewaktu meninjau lelongan awam yang diadakan di Pasar Bandar Marang, semalam.Huzairil turut menegaskan, pihak MDM akan terus menggerakkan operasi menangkap haiwan-haiwan berkeliaran, bertujuan mengurangkan ancaman kepada keselamatan pengguna jalan raya.“Bermula Januari lalu sehingga kini, sebanyak tujuh ekor lembu dan 18 ekor kambing berkeliaran telah ditangkap oleh MDM,” katanya.Sekitar 50 peserta menyertai dan melakukan bidaan dalam lelongan tersebut yang berakhir dalam masa kurang sejam.Huzairil menyerahkan lelongan kepada pembida tertinggi.
11 Jul 19
252
Elak Jadi Mangsa Jenayah Scam
Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 7 Julai- Pengguna telefon pintar dinasihatkan supaya berwaspada dan mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan scam.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, gejala “scammer” atau penipuan sama ada di atas talian dan seumpamanya harus diberi perhatian dan ditangani segera. “Orang-orang yang bijak pandai pun tertipu dengan kepandaian dan penipuan yang dibuat oleh orang-orang yang menipu ini sama ada di internet atau melalui panggilan telefon.“Sampai ke hari ini, kita masih lagi mendapat aduan yang sangat banyak berkaitan jenayah siber khususnya jenayah penipuan atau scam,” ujarnya pada sesi perbahasan pada sidang Dewan Rakyat, baru-baru ini.Beliau yang lantang mempertahankan isu hak pengguna meminta agar kerajaan menangai isu “scammer” ini dengan segera.Katanya, antara perkara yang perlu ditekankan termasuk usaha mendidik pengguna agar tidak mudah terpedaya dengan teknik penipuan yang digunakan sindiket scam bagi mengelakkan diri daripada ditipu sindiket kegiatan haram tersebut. “Kalau kita bincang soal pendidikan pengguna, sangat wajar kalau kita bawa perkara ini ke peringkat pendidikan persekolah dan di universiti dan mengajar rakyat untuk melihat dosa dan pahala dalam proses jual dan beli,” ujarnya.
09 Jul 19
43
Kes Adik Ruby Diberi Perhatian JKM
Zuraida sempat menziarahi adik Ruby dan keluarganya baru-baru iniOleh: Aslam WiraMARANG, 10 Julai - Nur Rabiatul Adawiyah Tajuddin, 8, yang mesra dipanggil Adik Ruby terkini telah dipindahkan ke Rumah Tunas Harapan (RTH) Darul Hilmi di Seberang Takir selepas kesnya di ambil perhatian oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).Kisah si kecil ini bersama dua moyangnya, yang sakit tua dan uzur ditambah dengan kedua ibu bapanya terlibat dengan masalah penyalahgunaan dadah berjaya dikesan oleh JKM dan seterusnya menghantarnya ke RTH sebuah rumah kanak-kanak sistem berkeluarga yang berperanan memberi jagaan, perlindungan dan kasih sayang dalam suasana sebuah keluarga kepada kanak-kanak yang terabai.Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Marang, Suzanna Ismail berkata adik Ruby akan lebih terjaga dan selamat kerana di RTH adalah tempat yang mengamalkan sistem berkeluarga dan suasana pendidikan yang lebih teratur.“Alhamdulillah, kita berjaya selamatkan adik Ruby di mana istilah ini kita guna kepada kanak-kanak yang diabaikan dari sudut penjagaannya dan kehidupan berkeluarga yang tidak terurus dan terdedah dengan masalah sosial.“JKM Marang juga telah menyalurkan bantuan am kepada dua moyangnya, Sulong Muhammad, 100, dan Halimah Mamat, 92, secara bulanan dan berhubung dengan waris berkenaan hak penjagaan atau persetujuan untuk ditempatkan di Pusat Jagaan Orang Tua,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas ziarah bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor di Kampung Kijing, baru-baru ini.Turut hadir adalah Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Wahad Osman, Guru Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan Rhu Rendang, Haznida Hashim, Kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Marang, Kakitangan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Rhu Rendang dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kijing.Sementara itu, Zuraida yang ditemui berkata, beliau merasa gembira kerana kes adik Ruby dapat disegerakan serta tidak diabaikan supaya masa depannya lebih terjaga kerana masalah ini tidak boleh diambil ringan dan dibiarkan berlanjutan begitu sahaja.” Dalam masa yang sama, saya berharap pihak tertentu untuk terus memberikan sokongan moral kepada bapanya supaya dia tidak rasa dipinggirkan.“Mereka bukan mahu melarikan atau berniat memisahkan tapi perkara ini memberi kesan yang amat besar kerana ianya mempengaruhi persekitaran lebih-lebih lagi adik Ruby sedang mengalami proses meningkat dewasa,”ujarnya lagi.Terdahulu, beliau sempat menemani adik Ruby membeli pakaian baharu dan keperluan lain untuk proses kemasukan ke RTH.Zuraida yang juga baru dilantik sebagai Pengarah Ameerah Malaysia, juga akan berbincang bersama Ameerah DUN Rhu Rendang untuk memberikan khidmat masyarakat seperti membersih rumah kedua nenek Halimah dan Sulong supaya kehidupan mereka dari segi kebersihan, keperluan harian dan kesihatan diri khususnya lebih terjaga.“Kita juga akan tolong dari aspek kerohanian, kerana mereka tidak dapat menguruskan diri, jadi mungkin menjadi kekangan untuk mereka kurang berminat atau tidak berupaya untuk menunaikan solat serta mendekatkan diri kepada Allah,”tambahnya.
09 Jul 19
116
Remaja Derita Kanser Tulang dapat Perhatian Ahli Parlimen Kuala Nerus
Wan Yusrizal mewakili Dato' Khairuddin menyampaikan sumbangan kepada adik ThaqiffKUALA NERUS, 10 Julai- Seorang remaja terpaksa melupakan seketika hasrat untuk belajar apabila disahkan mengidap kanser tulang dan kini hanya mampu terbaring di atas katil.Adik Thaqiff atau nama sebenarnya Abdul Azeem Thaqiff Azman, 16, yang berasal dari Kampung Tetambah, telah disahkan oleh doktor mengidap penyakit berkenaan di bahagian lutut dan tulang peha sejak setahun yang lalu.Ibunya Siti Nur Kamariah Daud, 45, berkata anaknya merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu mula menunjukkan tanda-tanda penyakit itu apabila bahagian tulang lutut serta paha membengkak seterusnya terpaksa dibedah dan digantikan dengan besi.Menurutnya, tulang lutut dan paha anak bongsu daripada tiga beradik itu dibedah bulan lalu dan kemudiannya dirujuk ke Hospital Universiti Kubang Kerian di Kota Bharu Kelantan untuk rawatan kimoterapi.“Anak saya telah melalui rawatan kimoterapi sebanyak empat kali dan masih berbaki dua kali lagi.“Anak saya juga telah menjalankan pembedahan pada pertengahan Jun yang lepas, untuk membuang tulang lutut dan peha yang membengkak akibat sel-sel kanser, dan digantikan dengan besi”, ujar Siti Nur kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.Sebelum itu, Thaqiff yang berjaya memperoleh keputusan 5A dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tahun lalu menerima lawatan Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Wan Yusrizal Wan Shafi’i.Turut hadir, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) Dun Buluh Gading, Ustaz Md. Fauzi Mustaffa, dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kg Tetambah, Ustaz Abbas Muda.Wan Yusrizal mewakili Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan barang keperluan harian bagi meringankan beban ditanggung keluarga terbabit.Mengulas lanjut, Siti Nur berkata, anaknya mendapat bantuan perubatan bagi pembedahan memasukkan besi pada bahagian lutut pada bulan lalu namun bantuan itu dianggap masih tidak mencukupi.Justeru, orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada Thaqiff boleh menghubungi Siti Nur di talian 013 6708000 atau menyalurkan sumbangan melalui Pusat Khidmat Parlimen Kuala Nerus.
09 Jul 19
377
Langkah Rundingan Untuk Keselamatan Di Lubuk Mandi - MB
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.KUALA NERUS, 9 Julai - Kerajaan negeri mengambil pendekatan berunding dan mendidik pendulang emas Lubuk Mandi Marang supaya kesihatan dan keselamatan mereka diberi keutamaan dan dijaga dengan baik.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, walaupun kerja mendulang emas itu membabitkan pemantauan beberapa agensi Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri, tetapi dua perkara tersebut perlu diambil berat."Kita (kerajaan negeri) tidak mahu peristiwa yang berlaku, melibatkan bahan-bahan kimia sebagaimana yang berlaku di negeri lain, sebab itulah kita amat mengambil perhatian dalam soal ini," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Makan Malam Amal Media anjuran Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) di sebuah restoran di sini malam tadi.Dilaporkan terdapat hampir 100 pendulang tidak berlesen di Lubuk Mandi menghentikan kegiatan tersebut ekoran bimbang kejadian kesihatan penduduk terjejas di Pasir Gudang Johor berlaku kepada mereka.Seterusnya Dr Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri menasihatkan pendulang di kawasan tersebut supaya berwaspada dengan penggunaan bahan kimia kerana ia mempunyai kesan jangka panjang kepada kesihatan mereka dan penduduk sekitar."Jadi kita (kerajaan) tidak mahu penggunaan bahan-bahan berbahaya itu membawa akibat buruk kepada kesihatan mereka walaupun dari segi kesan jangka pendeknya tidak dilihat pada waktu ini tetapi ia mempunyai kesan jangka panjang."Kerajaan sebenarnya sudah berbincang dengan mereka ini supaya mengambil perhatian yang serius dalam perkara tersebut," ujarnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, aktiviti mendulang emas merupakan tanggungjawab beberapa agensi peringkat negeri dan pusat, bukan sepenuhnya di bawah bidang kuasa negeri.Sebagai contoh, kata beliau, Kementerian Kesihatan berkuasa dan bertanggungjawab kepada masalah kesihatan penduduk sementara kerajaan negeri lebih berkuasa dalam isu berkait dengan tanah."Walaupun sebenarnya bidang kuasa itu sudah jelas tetapi saya percaya paling penting adalah aspek keselamatan dan kesihatan warga tempatan yang berada di kawasan sekitar itu dan ia menjadi keutamaan," jelasnya.Merka harus mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan, bertujuan untuk menjaga keselamatan mereka dan penduduk kawasan sekitar."Walaupun dari segi bidang kuasanya, kalau mereka menceroboh tanah kerajaan , maka tindakan boleh diambil pada waktu itu juga tetapi kita mengambil sikap berunding dan 'educate' (mendidik), tidak terus mengenakan tindakan undang-undang. "Sementara mendulang di tanah persendirian sebenarnya mereka juga tertakluk di bawah Akta Pembangunan Mineral 1994 di mana pendulang perlu mendapatkan lesen mengeluarkan bahan-bahan galian."Jadi pendulang harus melalui proses (perlesenan tersebut) sebab proses ini bertujuan untuk melihat dari segi keselamatan dan kesihatan," ujarnya lagi.
08 Jul 19
114
'Ayuh Perantau, Kita Bangunkan Terengganu Bersama' - Wan Sukairi
Wan Sukairi beramah mesra dengan anak perantau di Melaka.MELAKA TENGAH, 9 Julai - Persatuan Anak Terengganu Di Perantauan (PERANTAU) berperanan besar dalam membangun serta mencorakkan pentadbiran negeri bagi mencapai hasrat maju, berkat dan sejahtera.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah memberitahu, usaha membina sebuah negeri berdaya saing tidak hanya menjadi tanggungjawab pihak yang berjawatan dalam kerajaan.Sebaliknya katanya, peranan itu harus dipikul secara bersama termasuk oleh anak-anak Terengganu di perantauan yang memiliki banyak kepakaran dan cara pandang yang berbeza."Apabila kita turun ke setiap negeri, kita mendapat banyak teguran dan pendapat untuk kebaikan negeri dan rakyat Terengganu, perkara ini sangat positif dan harus dilakukan sentiasa."Saranan seperti itu pada akhirnya akan menjadi manfaat kita bersama, contohnya isu insentif kelahiran anak yang diperluaskan kepada pasangan poligami, saranan asalnya adalah datang daripada perantau yang kemudiannya dipersetujui Menteri Besar," jelasnya.Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Anak Perantau Melaka di Dewan Muaalim, Bukit Katil, di sini semalam.Dr Azman sempat berceloteh dengan perantau yang hadir.Hadir sama dalam majlis itu, Presiden PERANTAU, Prof. Dr Kamaruzzaman Yusof, Pengerusi PERANTAU Melaka, Dr Azlan serta Ketua Jabatan Pengurusan Korporat Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS), Wan Faizul Wan Abas.Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim yang turut hadir juga bersetuju dengan seruan Wan Sukairi.Kata beliau, usaha secara kolektif antara kerajaan dan rakyat termasuk anak-anak Terengganu di luar negeri mesti sentiasa berjalan pada setiap masa."Mari kita anak Terengganu, balik ke kampung halaman kita, kita majukan negeri kita dengan segala kepakaran yang kita miliki."Dengan itu, ia menjadi bukti bahawa walaupun kita duduk jauh dengan negeri, tetapi kita tetap berbakti pada tanah kelahiran kita yang secara tidak langsung kita turut sama mendapat manfaat," tambah beliau.
08 Jul 19
153
Alur Limbat Sejahtera Wakili Marang Kejohanan Bola Jaring Piala ADUN Wanita Terengganu
Oleh: Aslam WiraMARANG, 9 Julai - Pasukan Alur Limbat Sejahtera muncul juara Kejohanan Tertutup Bola Jaring Piala ADUN Wanita peringkat kawasan Marang sekali gus melayakkan diri ke peringkat akhir kejohanan tersebut.Isteri Ahli Parlimen Marang, Dr. Norzita Taat beranggapan, sukan bola jaring mampu menjadi salah satu wadah bagi memupuk budaya aktif bersukan di kalangan muslimat muda bermula dari peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), kawasan dan seterusnya negeri."Pendedahan seperti ini perlu dilaksanakan secara berterusan supaya impaknya dirasai seterusnya meningkatkan kesihatan dan kualiti kehidupan wanita.“Akal yang sihat lahir daripada badan yang cergas. Kata-kata ini membuktikan betapa pentingnya aturan hidup disulami dengan aktiviti sukan yang akhirnya akan mengharmonikan perjalanan hidup seseorang.“Islam telah memberi garis panduan yang sempurna untuk bersukan. Maka, jadilah hamba Allah SWT yang akur dengan syariat-Nya walaupun ketika bersukan kerana Dia Maha Tahu akan fitrah ciptaan-Nya,” ucapnya sewaktu merasmikan pertandingan Bola Jaring Kawasan Marang di Maecon Sport Center, Kelulut, baru-baru ini.Turut hadir dalam majlis berkenaan, Ketua Dewan Muslimat PAS negeri, Zarani Othman, Pengarah Program, Asma Abdullah serta Ahli Jawatankuasa Ameerah Kawasan Marang.Pertandingan tersebut disertai tujuh pasukan mewakili empat DUN dari seluruh kawasan Marang. Bagi penganjuran kali ini, DUN Alur Limbat Sejahtera dinobatkan sebagai johan pertandingan.Manakala,naib johan dan tempat ketiga masing-masing disandang oleh Bukit Payung Satu dan Bukit Payung Dua.Dr. Norzita turut menegaskan bahawa pertandingan sebegini dapat memupuk nilai-nilai positif serta membentuk modal insan yang berkualiti.“Di samping itu, program ini juga akan membina semangat kesukanan dan daya juang yang tinggi. Gunakanlah kesempatan yang ada untuk mengukur keupayaan diri masing-masing," katanya.Selaras dengan hasrat dan tujuan perlawanan itu, beliau berharap agar pemain yang bakal mewakili kawasan Marang nanti dapat memberi komitmen dan seterusnya berusaha mendapatkan pingat untuk mengharumkan nama kawasan Marang.
08 Jul 19
990
Popular Tidak Halang Mat Ipang Jadi Budak Kampung
Mat Ipang.Oleh: Nooreni Abu Bakar DUNGUN, 8 Julai - Instafamous cilik, Mat Ipang yang wajah dan nasihatnya menjadi viral sehingga menarik puluhan ribu ' likers' tidak menghalangnya untuk bergaul dan bermain dengan kawan sekampung seusianya.Muhammad Irfan Yusmanizam, 9, yang tinggal di Kampung Baru, Kuala Abang, seperti kanak-kanak lain yang menghargai nikmat bermasyarakat."Walaupun kita budak-budak, kita juga kena buat aktiviti-aktiviti yang berfaedah, bila ikut sama terlibat dengan aktiviti begini, kita dapat dekat dengan orang kampung," ujarnya.Menurut Mat Ipang yang sebelum ini viral kerana meniru gaya penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus, dia seronok dapat menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh orang kampung.Pelajar Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan Kampung Baru itu berkata demikian ketika ditemui bersama datuknya pada Gotong Royong Perdana di Kampung Baru, Kuala Abang, di sini baru-baru ini.Ditanya penglibatannya dengan rakaman video sama ada untuk iklan atau peribadi, katanya, beliau memberi lebih fokus kepada pembelajaran."Sekarang kurang sikit buat video, sebab hendak bahagi masa belajar dan siapkan kerja-kerja sekolah," ujarnya.
08 Jul 19
824
Jawatankuasa Kebajikan Mangsa Kebakaran Ditubuh - Ahli Parlimen Dungun
Wan Hassan (tengah) turun padang meninjau kawasan kebakaran.Oleh : Sulaiman HafizDUNGUN, 8 Julai – Sebuah jawatankuasa khas yang bertindak merangka kaedah penyelesaian bagi membantu mangsa kebakaran di Kampung Felda Jerangau dan kawasan Dungun akan ditubuhkan dalam masa terdekat.Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli menyatakan, jawatankuasa tersebut akan dimuktamadkan sepenuhnya dalam mesyuarat pertamanya pada Jumaat ini, 12 Julai.Katanya, pertemuan itu juga akan memperincikan kaedah-kaedah penyelesaian untuk dilaksanakan bersama beberapa agensi dan badan kerajaan yang lain.“Saya selaku Ahli Parlimen di sini mengambil tugas untuk membentuk jawatankuasa ini atas sebab keperluan kepada kebajikan yang perlu kita tangani segera dengan cara terbaik.“Ia juga bagi membolehkan usaha-usaha membaik pulih dan kalau perlu usaha yang lebih daripada itu maka jawatankuasa inilah yang akan membincangkan dengan terperinci, Insya-Allah,” jelasnya.Menyelami hati mangsa kebakaran.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media semasa melawat mangsa kebakaran di Felda Jerangau, Bukit Besi, di sini semalam.Turut hadir, Pegawai Khas Penyelidik Tanah Persekutuan Pejabat Menteri Besar, Naraza Muda bersama Wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) setempat.Menurut Wan Hassan lagi, penubuhan jawatankuasa itu akan membawa impak yang tinggi dalam menyelesaikan isu itu khusus buat warga Dungun.Tambah beliau lagi, perbincangan awal bersama MPKK dan wakil penduduk juga menunjukkan perkembangan yang sangat postif.“Sempat juga bertemu dan berbincang dengan pihak yang bertanggungjawab daripada MPKK Felda Jerangau.Rumah yang musnah dijilat api.“Respon yang kita dapat daripada MPKK yang bertanggungjawab sangat positif dan Insya-Allah kerja-kerja akan mula digerakkan selepas menyuarat pertama nanti.“Penting untuk kita melihat kepada kebajikan yang telah dilaksanakan oleh MPKK berkenaan dan mudah-mudahan ia dapat menyelesaikan peringkat pertama dan kemudian mungkin ada penyelesaian kepada rumah yang kedua,” ujarnya
08 Jul 19
121
Masyarakat Terima Baik Pentadbiran MPKK
Oleh : Nooreni Abu BakarDUNGUN, 8 Julai – Penerimaan masyarakat setempat menerima terhadap pentadbiran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung(MPKK) yang dilantik oleh PAS di kawasan masing-masing dapat dilihat melalui penglibatan mereka dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak MPKK.Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata beliau merasa bersyukur kerana mereka sanggup bekerjasama tanpa mengira fahaman politik masing-masing untuk kehidupan yang lebih selesa.Menurutnya dengan kemudahan orang kampung yang mempunyai kelengkapan mesin potong kayu, lori dan jentolak, ini sangat membantu, kerja-kerja gotong royong."Semalam mereka bergotong royong membersih kubur, menebang pokok, hari ini di sini(padang bola) dan saya nampak ramai juga orang kampung yang keluar untuk sama-sama menjayakannya." Ini satu simbol muafakat yang akan mensejahterakan kampung dan contohnya, kita lihat pada hari ini apabila orang kampung sudah tidak ambil kisah fahaman politik dan turun padang bergotong royong supaya padang yang luas ini dapat digunakan semaksima mungkin untuk kepentingan bersama,”katanya ketika ditemui di Gotong Royong Perdana anjuran MPKK Kampung Baru, baru-baru ini.Sementara itu, Pengerusi MPKK Kampung Baru, Shafie Mamat melahirkan rasa gembira kerana gotong-royong yang diadakan selama dua hari berjaya menarik minat penduduk."Tujuan sebenar gotong royong ini adalah hendak melihat sejauh mana sambutan penduduk kampung terhadap kerja-kerja kemasyarakatan sebegini."Kalau sebelum pilihan raya umum, memang orang atas pagar pun takut untuk bersama ikut serta aktiviti kita, tetapi hari ini, orang Umnopun nampaknya tidak keberatan untuk turut sama, " tambahnya.Katanya lagi, dengan sambutan yang ditunjukkan akan memberi kekuatan kepada pihaknya untuk merancakkan lagi program-program untuk faedah bersama.
08 Jul 19
25