Artikel "Komuniti" Terkini
Guru Rotan Untuk Mendidik
Alias Harun (dua dari kanan) menziarah salah seorang penerima Tabung Darul Iman baru-baru ini.Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 13 Julai - Sikap segelintir ibu bapa yang tidak berpuas hati jika anak mereka dirotan amat dikesali, sedangkan guru-guru bertindak sedemikian untuk mendidik pelajar agar menjadi insan berguna.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang menegur sikap sedemikian yang sepatutnya tidak berlaku dalam kalangan ibu bapa yang ingin melihat anak-anak berjaya di dunia dan akhirat."Tidak mungkin seorang guru nak mendera pelajar-pelajar. Kalau rotan pun, rotan mengajar," ujarnya ketika menyerahkan sumbangan Tabung Darul Iman di sini, baru-baru ini.Menurutnya, di dalam Islam, anak - anak yang berumur 10 tahun, mestilah dirotan jika mereka tidak sembahyang."Kita dahulu bukan begitu, hantar anak sekolah, hantar anak ngaji, boleh buat apa saja."Mak pesan, ayah pesan, dua benda sahaja, jangan cacat dan jangan buta. Takkanlah tok guru nak buat sampai cacat dan buta."Tak pernah lagi kita dengar ibu bapa yang menghalang seperti sekarang. Jadi, saya harap cikgu sabar dengan tugas yang semakin mencabar ini," pesan beliau yang juga seorang pesara guru.Dalam ziarah tersebut, sumbangan tabung adalah termasuk susu, lampin pakai buang dan juga cek kepada pemohon yang terpilih di Dewan Undangan Negeri Rantau Abang.
13 Jul 19
69
Rakyat Diutamakan
Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 13 Julai - Kerajaan negeri sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk rakyat Terengganu dari masa ke masa.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, rakyat sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap perancangan negeri."Cuma dari segi keutamaan itu dinilai sebelum sesuatu dilaksanakan."Ini kerana, kerajaan negeri berada dalam keadaan ‘suntuk’ untuk tempoh dua tahun ini apabila Kerajaan Persekutuan memberi duit royalti dengan potongan hutang 25 peratus menyebabkan pengurangan dana sebanyak RM 800 juta," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Temu Murni Tingkatan Satu hingga Lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Renek, baru-baru ini.Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, perkara itu sedang ditangani sebaik mungkin oleh kerajaan negeri."Kita tidak panik dengan masalah ini kerana ada benda kita boleh susun atur dari segi pentadbiran supaya perjalanan negeri kita dapat berjalan seperti biasa."Masuk tahun ketiga nanti, pengurusan kewangan akan dibuat lebih baik untuk rakyat, insya-Allah," katanya.Dalam program itu, Dr. Azman sempat menyampaikan nasihat berkenaan usaha guru dan ibu bapa dala membangunkan prestasi pelajar."Ringankanlah bibir kita untuk mengungkapkan terima kasih atas tungkus-lumus dan usaha guru dan ibu bapa."Ingatlah bahawa bakat, kebolehan dan kecerdikan terpendam pelajar selalunya berjaya dicungkil dan dicorakkan para guru dengan bantuan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sehingga mampu dimanfaatkan di peringkat tertinggi," katanya.Sebagai rekod, Sekolah Kebangsaan Renek merupakan antara sekolah terbaik di daerah Besut.Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang diumumkan, awal tahun ini menyaksikan sekolah itu berkedudukan antara yang teratas.
13 Jul 19
38
Hidup Susah Bukan Penghalang Kejayaan - Dr. Azman Ibrahim
Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 13 Julai - Setiap insan berdepan pelbagai cabaran dan ujian berbeza dalam kehidupan. Sedar atau tidak, hal-hal itu yang akhirnya membentuk seseorang itu sebagai insan yang berjaya atau gagal.Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri, Dr. Azman Ibrahim, kebanyakan orang yang berjaya lahir dari mereka yang pernah melalui kehidupan sukar.Malah, mereka juga akan lebih menghargai perkara yang berlaku di sekelilingnya setelah melepasi fasa kesusahan tersebut. “Kehidupan yang susah ini sebenarnya satu pengalaman berharga yang tersimpan apabila kita berjaya. "Orang panggil, jenis yang tidak mudah ‘bertukar kulit’ kerana apa yang dilalui akan mematangkan diri dan jiwa kita pada akhirnya.“Dalam hidup, banyak benda yang terbatas, tetapi ingatlah bahawa keinginan semangat kita tiada siapa boleh halang,” katanya. Berkongsi pengalaman, beliau turut mengimbau kenangannya ketika membesar suatu ketika dahulu. Baginya, setiap orang pasti memiliki cerita berbeza yang berharga untuk dikongsi."Saya seorang anak petani, bila tiba musim kutip tembakau, usai sahaja sesi persekolahan saya akan terus ke padang bimbang tidak sempat selesai mengutip daun."Ayah mempunyai sebuah motosikal jenis Honda 70 dan dengan motor itulah beliau mencari rezeki menjual ubi. "Jadi, untuk pergi dan pulang sekolah, saya biasanya hanya berjalan kaki sekitar jarak satu batu lebih berbekalkan duit saku 10 sen dan kadang-kadang 20 sen," ceritanya.Perkongsian itu disampaikan ketika merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Temu Murni Tingkatan Satu hingga Lima bertempat di Dewan Jauhari Sekolah Menengah Kebangsaan Renek, baru-baru ini.Di hadapan anak-anak yang sedang bersemangat itu, Dr. Azman turut menyisipkan motivasi;“Sebenarnya Allah SWT jadikan kita manusia ini semua cerdik bijak belaka. 'Genius’ luar biasa dalam dunia ini, bilangannya tidaklah sampai sepuluh orang."Bakat, kebolehan dan kecerdikan terpendam anak-anak selalunya berjaya dicungkil oleh para guru dengan bantuan dan kerjasama Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG)."Maka, ringankanlah bibir kita untuk mengungkapkan terima kasih atas tungkus-lumus dan usaha mereka," ujarnya.
13 Jul 19
293
Tiga Rumah Terjejas Ribut Dibaiki Segera - PPD Bukit Besi
Rumah yang rosak akibat ribut semalam.Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 13 Julai - Ribut kencang yang menjejaskan tiga buah rumah di Kampung Tepus dan Kampung Rantau Panjang di Hulu Dungun akan dibaiki segera.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, dalam kejadian yang berlaku semalam, rumah yang dihuni penduduk di dua kampung berkenaan rosak selepas dipukul ribut.Jelasnya, ribut kencang itu juga turut menjejaskan jalan utama ke Kampung Rantau Panjang apabila sebatang pokok tumbang di atasnya."Kita akan keluarkan sedikit belanja untuk baiki kerosakkan rumah itu, dalam pada itu kita bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa, dan kesan ribut kali ini tidak seteruk yang berlaku sebelum ini."Ia hanya melibatkan tiga buah rumah yang yang dimiliki oleh Nora Jaafar, 46, Salim Hamzah, 50, yang merupakan penduduk kampung Rantau Panjang manakala sebuah rumah di Tepus dimiliki oleh Talib Abdul Rahman, 76," katanya.Ghazali menunjukkan atap baharu yang akan dipasang untuk membaiki rumah yang rosakBeliau berkata demikian, ketika dihubungi pemberita selepas menziarahi rumah mangsa yang terlibat, di sini hari ini.Menurut Ghazali lagi, maklumat kerosakkan akibat ribut berkenaan turut dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan bantuan segera untuk mangsa.Dalam masa yang sama, beliau turut menasihati penduduk di DUN berkenaan supaya mengambil langkah berhati-hati dalam menghadapi angin ribut yang sering berlaku."Kita juga telah maklumkan kepada Pejabat Daerah Dungun serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang telah bertindak mengalihkan pokok tumbang di jalan utama dan rumah penduduk," jelasnya."Di samping itu, bermunajatlah kepada Allah agar tiada berlaku sebarang perkara yang tidak diingini," jelasnya lagi.
13 Jul 19
59
Bantuan Mangsa Ribut Kampung Sungai Las Disegerakan - Azmi Maarof
Oleh: Ariss AliasSETIU, 13 Julai - Beberapa buah rumah yang rosak akibat kejadian ribut yang berlaku di Kampung Sungai Las semalam akan di beri bantuan segera.Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang semalam, "kepala angin" menyebabkan atap zink stor masjid dan beberapa buah rumah tercabut.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Azmi Maarof berkata bantuan segera akan diberikan bagi meringankan beban mangsa.Katanya, beliau sudah memberi arahan kepada Pengerusi MPKK Sungai Las, Azrul Salleh untuk mengambil maklumat keluarga dan rumah yang mengalami kerosakan."Saya sempat melihat sendiri kejadian 'kepala angin' ini yang menerbangkan atap zink stor masjid yang mana berhadapan dengan balairaya."Beberapa batang pokok seperti pokok durian dan rambutan juga tumbang namun Alhamdulillah tidak ada yang menjadi mangsa,"katanya.Beliau berkata sedemikian ketika ditemu bual oleh wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman semasa membuat lawatan ke stor masjid dan beberapa buah rumah yang mengalami kerosakan akibat ribut di Kampung Sungai Las, petang semalam.Sementara itu, Azrul Salleh berkata, beliau akan mengadakan gotong-royong membantu mangsa pada hari kejadian termasuk mengalihkan beberapa batang pokok yang tumbang menghalang laluan jalan."Untuk pagi esok kita fokus pula untuk potong dan alih pokok tumbang di halaman rumah penduduk pula."Ini termasuk pemasangan atap zink stor masjid dan atap rumah penduduk juga akan dilaksana dengan segera.Terima kasih kepada Encik Azmi yang cepat salurkan bantuan,"tambahnya.
13 Jul 19
65
Jemaah Haji Duta Terengganu & Malaysia
Oleh: Hailmey MansorKuala Nerus, 13 Julai - Jemaah haji yang mengerjakan ibadah suci pada tahun ini adalah sebagai duta Malaysia dan Terengganu khususnya.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab mengharapkan agar jemaah haji sentiasa bercerita kepada warga negara lain tentang kelebihan yang ada di negeri Terengganu khususnya dan Malaysia umumnya."Saya harap para jemaah sentiasa bercerita tentang kelebihan dan keistimewaan yang ada negeri ini."Contohnya pulau-pulau yang cantik, budaya yang menarik dan keindahan alam semula jadi yang sukar dicari di tempat lain,” kata Fazil ketika merasmikan majlis meraikan jemaah haji DUN Seberang Takir di Masjid Tok Jembal malam semalam.Turut hadir, Penghulu Mukim Seberang Takir, Khairi Ghazali, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Seberang Takir, Ustaz Muda Abdullah dan Penolong Penyelia i-MiTS DUN tersebut, Jamaliah Abdullah.Beliau juga mengingatkan agar para jemaah sentiasa menjaga tingkah laku sepanjang mengerjakan rukun Islam yang ke lima itu."Saya berharap semua tetamu Allah ini sentiasa menjaga adab dan tingkah laku bagi menjaga nama baik Malaysia dan Terengganu khususnya."Ini sesuai dengan apa yang sentiasa kita sebut, negeri cantik, budaya menarik dan orangnya baik-baik".Tambah beliau lagi.Seramai 76 orang jemaah haji dari DUN Seberang Takir menerima sumbangan berbentuk Riyal Arab Saudi dan sehelai tuala sebagai kenang-kenangan.
13 Jul 19
41
'Sudah Lama Saya Idamkan Kerusi Roda'
Kerusi roda baharu ringankan beban Mohamad.Oleh : Izzat Al-QushairiSETIU, 13 Julai - Derita yang dihadapi seorang warga emas, Mohamad Abdullah,74, sejak enam tahun yang lalu akibat kencing manis berakhir apabila menerima sebuah kerusi roda.Kesihatan Mohamad yang tinggal di Kampung Wakaf Chagak semakin merosot dan tidak mampu berjalan dengan sempurna dan melakukan aktiviti harian dengan sempurna. “Sebelum ini saya tidak mempunyai kerusi roda. Sekarang Alhamdulillah, Allah telah menghantar rezeki kepada saya, yang lama saya idamkan sejak beberapa bulan lalu,” katanya.Dia berkata demikian semasa ditemui media selepas menerima bantuan kerusi roda baharu daripada Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Shafizi Ismail, di Kampung Wakaf Chagak, di sini kelmarin.Turut hadir dalam majlis itu, Penolong Hal Ehwal Masyarakat DUN Batu Rakit, Mohd Fadhol Ismail, Pegawai Khas Penyelaras DUN Batu Rakit, Adli Ngah dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Wakaf Chagak, Che Rahim Che Harun.Tambah anak Mohamad, Amirul Asyraf Mohamad, dia terharu dengan sumbangan dan keprihatinan semua pihak yang membantu meringankan beban ayahnya.“Saya juga ingin ucapkan terima kasih kerana sudi meringankan beban ayah dan sudi menziarahi kami.“Sejak enam tahun lalu ayah saya menghidap kencing manis, Insya-Allah dengan adanya kerusi roda ini urusan kami sekeluarga semakin teratur dan mudah terutama ketika ingin menguruskan ayah,” tambah Amirul.Sementara itu, menurut Shafizi, pihaknya bersyukur kerana dapat menyumbangankan sebuah kerusi roda untuk memudahkan pergerakan Mohamad.Katanya lagi, ia secara tidak langsung akan memudahkan urusan Mohamad sekeluarga untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik tanpa membebankan ahli keluarga yang lain.“Insya-Allah bantuan yang khusus akan diberikan kepada mana-mana pertubuhan atau individu yang ditimpa masalah kerana kita sebagai satu ummah perlu bersatu padu dalam menangani ujian yang mendatang bak kata pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing,” kata beliau lagi.
12 Jul 19
201
Jemaah Perlu Bersyukur Berpeluang Menjadi Tetamu Allah
Oleh : Safwan SyakirKUALA NERUS, 12 Julai -Jemaah yang terpilih untuk menunaikan haji perlu bersyukur kerana ditakdirkan menjadi Tetamu Allah.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, betapa hebat dan bertuahnya kerana terpilih untuk berada di rumah Allah dan mengerjakan rukun Islam yang kelima iaitu fardhu haji.“Peluang ini hanya datang sekali seumur hidup walaupun kita punyai duit banyak, tetapi ia belum tentu dapat dijejaki setiap tahun atas faktor kouta haji dan giliran yang telah ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi,” ujarnya.Beliau berkata demikian semasa berucap di Program Meraikan Bakal Haji 2019 peringkat Dun Bukit Tunggal di Masjid Kampung Tebauk semalam.Hadir sama, Timbalan Pengarah MTD Bukit Tunggal, Harun Salleh dan Pengerusi-pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) setempat.Dalam majlis tersebut seramai 47 orang bakal haji terdiri daripada 22 lelaki dan 25 wanita daripada Dun Bukit Tunggal menerima sumbangan sebagai tanda ingatan daripada pihak MTD.Tambahnya Alias lagi, jemaah haji perlu manfaatkan setiap detik masa disana dengan amalan yang mendekatkan diri padaNya serta menjauhkan diri daripada perkara yang sia-sia agar urusan hidup diberkati.“Ibadah haji juga menuntut kesabaran dalam diri sewaktu bertolak sampailah selesai mengerjakanya dengan ujian-ujian seperti pemeriksaan imigresen dan kesesakan jemaah sewaktu di tanah suci,” jelasnya yang turut mendoakan kesejahteraan buat para jemaah dan memperolehi haji yang mabrur.
12 Jul 19
96
Warga Emas Derita Retak Tulang Punggung Dibantu
Penderitaan Ibrahim mendapat perhatian Ahli Parlimen Kuala Nerus.Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 12 Julai – Nasib seorang warga emas, Ibrahim Hamzah, 80, dirundung duka kerana terlantar sakit dan tidak mampu berjalan selepas terjatuh dari tangga kediamannya di Kampung Tebakang, Bukit Payung pada awal April lalu.Menurut anaknya, Mohd Saifuddin Ibrahim, 32, berkata, dia tidak menyangka bahawa peristiwa tersebut terus mengubah nasib mereka sekeluarga.Tambah Mohd Saifuddin yang sebelum ini bekerja sepenuh masa sebagai penjual barangan aksesori kereta, katanya dia terpaksa mengorbankan kerjayanya itu demi menjaga ayahnya. “Ayah saya dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas terjatuh dari tangga rumah telah mengalami keretakan di tulang punggungnya dan tidak lagi mampu berjalan seperti biasa, ujarnya.“Saya sepanjang hari akan menguruskan keperluan hidup ayah saya seperti mandi, memberi makan, minum, dan lain-lain,” katanya lagi.Manakala isteri Mohd Saifuddin pula terpaksa bekerja sebagai pembantu jualan di kedai perabot Wakaf Mempelam, demi menyara kehidupan suami dan anaknya yang masih berusia tiga tahun.Semalam, Ibrahim yang kini menetap di rumah anaknya di Taman Batin Perdana, Kampung Batin, Seberang Takir telah diziarahi Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Wan Yusrizal Wan Shafi’I serta anggota Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PKAPKN).Turut hadir, Pegawai Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) Dun Seberang Takir, Ahmad Badarul Inshan Muhamad dan Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batin, Khairul Aswani Abd Rahman. Wan Yusrizal yang mewakili Dr Khairuddin memberi bantuan berupa wang tunai dan keperluan harian keluarga tersebut semalam.Ujarnya, sumbangan berkenaan sedikit sebanyak mampu mengurangkan bebanan dan kesusahan yang diharungi oleh keluarga Ibrahim.
12 Jul 19
342
Bantuan Segera Legakan Mangsa Ribut
Dr Azman meninjau rumah yang rosak akibat ribut.Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 12 Julai – Bantuan segera yang disalurkan kepada mangsa angin ribut di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Anak Ikan memberi kelegaan kepada mereka.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa Negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, beliau bersyukur kerana kejadian angin ribut yang menjejaskan sembilan rumah itu tidak meragut sebarang nyawa.Jelasnya, rumah yang rosak kerana bencana pada pukul 3.30 petang itu terus dibaiki dan diberi bantuan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan penghuni dalam rumah.“Dengan keadaan rumah rosak sebegitu, bukan setakat tidak selesa malah kita bimbang sekiranya ada serpihan-serpihan jatuh menimpa tuan dan anak-anak sama ada di dalam atau luar rumah,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman menziarahi rumah mangsa ribut di perumahan berkenaan, di sini petang semalam.Turut hadir dalam lawatan itu, Penghulu Mukim Kerandang, Azam Awang Ali, Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Sudin Awang dan Penolong Penyelia Hal Ehwal Kemasyarakatan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs), Zakaria Mahmud.Menurut beliau yang juga ADUN Jabi, tindakan pantas Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) PAKR, Mohd Rezuan Md Lazim yang mendapatkan barangan untuk membaik pulih rumah menunjukkan peranan dan kerjasama pimpinan setempat bagi menyelesaikan masalah dengan cepat.“Kerjasama dan kepantasan sebeginilah yang kita ingin lahirkan pada jiwa MPKK dan penduduk dalam apa jua keadaan sekalipun terutama apabila berdepan situasi sebegini.“Walaupun dengan kesuntukan masa di lewat petang, beliau berjaya laksanakan. Tahniah dan syabas Mohd Rezuan dan anak buah menjayakan misi ini,” ujar beliau lagi.Sementara itu, menurut Mohd Rezuan, proses pembaikian itu dijalankan secara bergotong-royong beramai-ramai dengan penduduk sekitar. Katanya, dengan itu bukan setakat dapat memupuk semangat kekitaan malah menimbulkan rasa tanggungjawab sebagai seorang muslim sejati.“Petang semalam, kita telah menyiapkan empat buah rumah. Insya-Allah, pagi ini kita sambung lagi gotong-royong untuk membaiki lima buah lagi," jelasnya.“Islam mengajar kita melakukan kebaikan dalam apa-apa bentuk. Jadi, saya menyeru kepada semua terutama anak-anak muda untuk turun padang bersama-sama menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim membantu jiran tetangga yang ditimpa musibah,” katanya ketika dihubungi pagi ini.
12 Jul 19
37