Artikel "Komuniti" Terkini
Warga Dungun Teruskan Kempen ‘Terengganu Bersih’
Para peserta gotong-royong yang meneruskan kempen 'Terengganu Go Clean'.Oleh: Sulaiman RusliDUNGUN, 15 Julai - Sebahagian warga Dungun menyertai gotong-royong membersihkan pantai sebagai bagi menyambung kesinambungan ‘Kempen Terengganu Go Clean’ yang dilancarkan kerajaan negeri, April lalu. Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berterima kasih atas penyertaan dan kejayaan program berkenaan.“Terima kasih kepada semua yang hadir walaupun hanya sebahagian, sekurang-kurangnya kita berjaya menunjukkan contoh yang baik dan berusaha melaksanakan tanggungjawab ini.“Agama kita sendiri menyarankan kebersihan sebagai satu asas yang dimasukkan bawah konteks Iman yang mana aspek itu sangat ditekankan dalam kehidupan manusia,” katanya ketika ditemui dalam program tersebut, semalam.Program anjuran Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura dengan kerjasama Jabatan Amal Malaysia (Dungun) itu diadakan di persisir Pantai Teluk Gadung dan turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Dungun, Ahmad Zafran Ismail.Dalam program itu, Skuad Bersih Pemuda DUN Sura dan Skuad Bersih Amal Kawasan Dungun turut ditubuhkan bagi memperkasakan lagi kempen berkenaan sekali gus merealisasikan motto,”Beautiful Terengganu”. “Kita boleh lihat di negara Jepun sebagai contoh di mana kesedaran sivik dipupuk sejak dari pra-sekolah dapat melahirkan bangsa yang berdisiplin.“Mudah-mudahan, usaha kita ini berkekalan dan diberkati Allah SWT,” katanya.
15 Jul 19
178
Orang Kampung Tebak Kursus Jenazah
Penceramah menunjukkan demonstrasi cara pengurusan jenazah yang betul.Oleh: AminjiKEMAMAN, 15 Julai - Setiap yang hidup pasti akan merasai mati, itulah lumrah alam yang akan dilalui oleh setiap insan. Rentetan itu, satu Kursus Pengenalan Pengurusan Jenazah telah diadakan di Masjid Tebak Batu 16 melibatkan komuniti kampung tersebut.Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih, Abdul Razak Ibrahim berkata, kursus itu diadakan bagi memberikan pendedahan kepada umum tentang cara menguruskan jenazah."Sekurang kurangnya, melalui kursus ini, kita tahu, langkah awal yang harus dilakukan ketika menghadapi kematian seseorang," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan kursus tersebut, di sini baru-baru ini dengan kehadiran seramai 37 orang peserta.Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada petugas yang terlibat dalam penganjuran kursus jenazah tersebut."Terima kasih diucapkan kepada semua petugas yang telah menjayakan kursus ini. Insya-Allah kursus sebegini sangat memberi manfaat kepada kita semua sebagai persediaan di hari mendatang," kata beliau lagi.Hadir sama, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Tebak, Mohd Adharuddin Idris.
14 Jul 19
691
Generasi Muda Perlu Pertahankan Seni Silat - ADUN Buluh Gading
Oleh : Mohd Haniff AbasKUALA TERENGGANU, 15 Julai - Seni silat menjadi lambang kepada penyatuan sesebuah bangsa, lantaran itu, anak muda perlu mencintai seni pertahanan diri ini agar tidak pupus ditelan zaman.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim berkata, penubuhan gelanggang silat merupakan satu alternatif untuk memupuk sifat cinta dan cakna kepada warisan yang menjadi kebanggaan negara suatu masa dahulu.Jelasnya, aktiviti silat bukan sahaja mengajar ahlinya bagaimana mempertahankan diri tetapi juga untuk membina satu masyarakat yang mempunyai ketahanan dalaman jati diri, disiplin, dan pembentukan sahsiah berkualiti. “Anak muda boleh mengambil peluang untuk mengisi masa lapang dengan menyertai sukan silat yang menjadi warisan turun temurun yang kian dilupakan.“Ini kerana anak muda sekarang berhadapan dengan cabaran yang sangat besar dan banyak terdedah dengan unsur-unsur yang merosakkan dan aktiviti tidak sihat serta tidak bermanfaat,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pembukaan Gelanggang Silat di Kampung Tetambah, di sini baru-baru ini.Turut hadir dalam majlis tersebut, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tetambah, Abas Muda.Mengulas tentang pembinaan gelanggang itu, Ridzuan berharap agar ia dapat dimanfaatkan untuk mengukuhkan ikatan sesama ahli qariah kerana ia akan memberi manfaat yang sangat besar dalam pembangunan masyarakat setempat.“Apabila telah handal bersilat, jangan sombong dan bergaduh. Gunalah kemahiran dan ilmu ini hanya dalam keadaan yang sangat memerlukan untuk mempertahankan diri. Semakin banyak ilmu yang kita ada, sepatutnya kita semakin tawadduk.“Kerana itu, jangan lupa Allah SWT apabila bersilat. Amalkan wirid-wirid dan zikir-zikir yang sahih, elakkan mentera yang berlawanan dengan syariah sehingga bacaannya tidak difahami,” tambah beliau.
14 Jul 19
215
Sumbang Komputer Riba Kepada Sekolah Imtiaz Kemaman
Oleh: AminjiKEMAMAN, 14 Julai - Sebanyak empat unit komputer riba disumbangkan kepada Pusat Sumber Sekolah Menengah Imtiaz Kemaman daripada Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab.Razak Ibrahim berkata, sumbangan ini sebagai galakan kepada pelajar selaras dengan perubahan teknologi maklumat yang mampu memberikan satu impak besar terhadap profesion mereka.“Pelajar perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran untuk menjadikan komputer riba salah satu teknologi pengajaran dan pembelajaran,”katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan di Surau Asy Syakirin, Imtiaz Kemaman baru-baru ini.Ab. Razak yang juga Timbalan Pengerusi II Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Teknologi Maklumat juga berkata setiap pelajar mesti menguasai kemahiran teknologi maklumat untuk menerajui pendidikan pada masa hadapan.“Pencarian maklumat melalui internet juga merupakan aset yang akan menjayakan pendidikan pada masa hadapan,”ujarnya.
14 Jul 19
157
Kempen ‘Bebas Asap Rokok’ Perlu Diteruskan - Muhammad Khalil
Muhammad Khalil.
Oleh: Fidee Aziz
KUALA TERENGGANU, 14 Julai - Kempen ‘Bebas Asap Rokok’ perlu diteruskan bagi memberi kesedaran kepada perokok supaya prihatin akan kesihatan diri dan masyarakat sekeliling.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, program tersebut perlu dipraktikkan setiap masa bagi melahirkan masyarakat yang sihat dan peka dengan situasi semasa.
Jelasnya, kempen dan kesedaran berkenaan secara tidak langsung akan melahirkan individu yang bermanfaat kepada negeri dan negara.
“Kita perlu meningkatkan program-program seperti ini untuk kita memberikan kesedaran kepada masyarakat, ini penting melalui ilmu pengetahuan, hukuman ataupun peraturan yang kita lihat pada hari ini sangat tegas dan kita sangat bersetuju pendekatan yang diambil ini.
“Program dan aktiviti kesedaran ini mesti diteruskan secara berterusan tidak cukup dengan peraturan ataupun hukuman-hukuman, jika sekiranya tiada ada di sana satu kesedaran daripada masyarakat maka tiada guna peraturan dan hukuman tersebut,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penutup Program Intervensi Terengganu Sejahtera Tanpa Asap Rokok, di Pantai Batu Buruk, di sini semalam.
Turut hadir, Timbalan Dekan Penyelidakan Dan Pembangunan Fakulti Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Profesor Madya Dr Anizar Abdul Aziz, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pantai Batu Buruk, Mohd Ismail, Pengerusi MPKK Ladang Hospital, Fairus Idrus dan Pengerusi MPKK Ladang Sehat, Mohammad Yusoff Ismail.
Muhammad Khalil yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri turut menegaskan, dalam islam perkara yang dilarang akan memberikan kebaikan kepada manusia sama ada ia memberi manfaat ataupun terhindar daripada keburukan.
“Kami dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk ini sangat berbesar hati untuk menerima sekiranya ada lagi program-program seperti ini pada masa akan datang.
“Dalam DUN Batu Buruk ini terdapat beberapa tempat yang menjadi tumpuan kepada masyarakat khususnya pada hari minggu seperti ini,antaranya Pantai Batu Buruk, Lagun Kuala Ibai dan kawasan-kawasan lain di dalam DUN ini,” katanya lagi.
13 Jul 19
171
Santuni Warga Tionghua Tanggungjawab Bersama
Oleh : AminjiKEMAMAN, 14 Julai - Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri(DUN) Air Putih bersama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) mengadakan program menyantuni warga Tiongha.ADUN Air Putih, Ab.Razak Ibrahim berkata ini merupakan salah satu tanggungjawab PAS apabila menjadi kerajaan adalah menjaga kebajikan dan hak orang bukan islam."Bila Islam memerintah, semua kaum akan selamat. Melayu, Cina, India malah warga peribumi semua akan dapat hak masing-masing.” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas lawatan ziarah tersebut di Batu 4, Binjai, baru-baru ini.Turut hadir, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batu 4 Binjai, Hamzah MohamedRombongan ziarah kali ini turut menyantuni warga Tionghua dan sumbangan beerbentuk barangan dapur.
13 Jul 19
66
Agih 100 Anak Pokok Durian Belanda Madu dan Lemon Secara Percuma
Oleh: Mohd AsrafDUNGUN, 14 Julai - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kubang Miang dengan kerjasama Jabatan Pertanian Daerah Dungun mengagihkan 100 anak pokok Durian Belanda Madu dan Lemon kepada orang ramai sebagai galakan kepada masyarakat untuk menghijaukan persekitaran.Pengerusi MPKK Kubang Miang, Mohd Yusof Ismail berkata agihan dua jenis anak pokok itu adalah bertujuan untuk menggalakkan masyarakat bercucuk tanam di tanah sendiri."Pokok ini begitu sesuai ditanam halaman rumah dan kita harap orang ramai dapat menghijaukan kediaman masing-masing dengan pokok ini kerana ia tahan lasak dan juga yang paling penting dapat mengeluarkan hasil sekaligus mampu menjana ekonomi warga tempatan. "Menanam pokok ni walaupun tidak banyak tetapi ia mampu mengubah masa depan dan memberi impak dalam menjaga kelestarian alam sekitar demi kesejahteraan manusia,” ujar beliau kepada pemberita selepas majlis penyerahan semalam.Majlis perasmian disempurnakan oleh Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli turut diselit dengan Majlis Ramah Mesra bersama penduduk kampung sekitar.Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik; Penghulu Mukim, Ahmad Asmadi Mohd Nor dan agensi agensi kerajaan seperti Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) , Jabatan Kesihatan Daerah Dungun, Jabatan Pertanian Daerah Dungun dan ArRayyan. Sementara itu, Wan Hapandi berkata usaha menanam pokok perlu dipergiatkan dan aktiviti begini mampu mendidik golongan muda untuk menceburi bidang pertanian. "Agihan dua anak pokok secara percuma ini diharapkan bukan sahaja meningkatkan kesedaran mencintai alam sekitar namun mampu mendidik generasi muda atau golongan anak-anak di peringkat awal untuk lebih serius dalam bidang pertanian kerana ia mampu menjana ekonomi," katanya.Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja juga mencadangkan agar program sebegini perlu diteruskan diseluruh daerah Dungun.
13 Jul 19
545
Gotong Royong Kukuhkan Perpaduan Komuniti
Dr Riduan (kanan) merasmikan aktiviti Gotong-Royong Perdana 1.0.Oleh: Jusmawari JusohBESUT, 14 Julai – Gotong-royong merupakan satu amalan tradisi masyarakat yang semakin dilupakan malah kurang dipraktikkan dalam gaya hidup moden masa kini.Kebaikan amalan gotong-royong bukan sahaja dapat memudahkan kerja tetapi menerapkan sikap bertanggungjawab selain mengeratkan silaturahim dalam sesebuah komuniti.Semangat itu ditunjukkan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pak Demalik yang melancarkan Projek Keceriaan kampung yang menjadikan gotong-royong sebagai aktiviti utama.Pegawai Penyelaras Parlimen Besut, Dr Riduan Mohamad Nor berkata, amalan gotong-royong bukan sahaja memupuk semangat kekitaan tetapi turut mewujudkan suasana yang bersih dan kondusif.“Penganjuran ini salah satu wadah bagi menyatukan semangat kerjasama dan muhibah sesama kita disamping mewujudkan persekitaran yang indah,ceria dan kondusif.“Selain itu,dapat memberi ruang mengeratkan silaturahim,menanam nilai-nilai murni dan mewujudkan persekitaran yang kondusif segenap lapisan penduduk,” ujar beliau.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan merasmikan Projek tersebut di kampung Pak Demalik, Jertih, di sini semalam.Turut hadir, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jertih, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad bagi sama-sama menceriakan program tersebut.Program ini telah dicetuskan oleh ahli jawatankuasa MPKK dengan kerjasama pejabat daerah yang ingin memberikan kualiti perkhidmatan yang terbaik untuk masyarakat setempat.
13 Jul 19
484
102 Pelajar Cemerlang DUN Manir Terima Anugerah
Hilmi Harun (kiri) menyampaikan anugerah kepada pelajar cemerlang.Oleh: Ahmad MawardiHULU TERENGGANU, 13 Julai - Seramai 102 pelajar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir yang cemerlang Ujian Penilaian Sekolah rendah (UPSR), Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Islam (UPSRI), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Syahadah Thanawi, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Tahfiz 30 Juzuk menerima anugerah.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Hilmi Harun berkata, anugerah khas daripada Pusat Khidmat Masyarakat ADUN itu adalah sebagai tanda penghargaan untuk pelajar-pelajar yang mencapai kejayaan.Jelasnya, ia juga secara tidak langsung sebagai pembakar semangat untuk semua pelajar supaya terus memajukan diri bagi mencapai kecemerlangan dalam apa jua bidang.“Selari dengan kehendak kerajaan Terengganu yang mengutamakan modal insan seperti pelajar cemerlang dan kerajaan sangat komited untuk membantu meningkatkan akademik pelajar yang mempunyai pelbagai potensi untuk diketengahkan.“Ilmu merupakan anugerah Allah dan sangat bernilai bahkan tidak mampu dibayar dengan wang ringgit. Bertambah untung andai kita menjalankan amanah itu dengan penuh ikhlas dan tawakal kepada Allah SWT,” tegasnyaBeliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Anugerah kecemerlangan Pelajar DUN Manir 2019 di Dewan Serbaguna Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera ( i-MiTs), Kampung Pulau Bahagia, di sini kelmarin.Turut hadir, Penyelia i-MiTs Manir, Yusof Embong, Penghulu Mukim Belara, Mazlan Ismail, Penghulu Mukim Lot Manir, Khairul Shahril Othman dan guru-guru sekolah dalam DUN Manir.Agenda kemuncak ialah penyampaian anugerah dan sijil kepada setiap orang daripada 102 pelajar cemerlang. Majlis berkenaan turut dihadiri ibu bapa serta penjaga pelajar yang tidak hadir kerana sedang melanjutkan pengajian.
13 Jul 19
1081
Terus Sumbang Idea Kepada Negeri - Wan Sukairi
Sebahagian wanita PERANTAU merakamkan gambar kenangan sewaktu majlis berkenaan.SEREMBAN, 14 Julai - Kerajaan negeri berharap Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (PERANTAU) di seluruh negeri akan terus menyumbang idea dan pandangan terhadap pentadbiran negeri itu.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berpendapat, anak-anak perantau dapat melihat dengan jelas kekurangan yang berlaku dalam pentadbiran."Kadang-kadang kami yang berada di dalam 'rumah' (negeri) tidak nampak apa yang perlu diperbaiki.Wan Sukairi melayan anak-anak perantau yang hadir.Tetapi, saudara-saudara yang di luar ini mungkin melihat lebih jelas sudut mana yang perlu diperkemas dan diganti dalam memastikan rumah ini sentiasa kukuh," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sambutan Hari Raya dan Temu Mesra bersama PERANTAU Negeri Sembilan di Kompleks Al-Saadah, semalam.Turut hadir ialah Presiden PERANTAU Pusat, Profesor Dr. Kamaruzzaman Yusof serta ahli-ahli jawatankuasa PERANTAU negeri.Wan Sukairi turut menjelaskan, kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan anak-anak perantau dan sentiasa berusaha membina hubungan yang baik."Majlis hari ini dan majlis-majlis yang diadakan adalah isyarat bahawa PERANTAU sentiasa dihargai," katanya.Safri Ismail.Dalam pada itu, Pengerusi PERANTAU Negeri Sembilan, Safri Ismail melahirkan rasa gembira atas kejayaan majlis berkenaan."Ini kali pertama PERANTAU peringkat negeri berkumpul."PERANTAU negeri ini baru ditubuhkan selama empat bulan dan kita telah berjaya mengumpulkan lebih seratus anak-anak perantau untuk bersama mengukuhkan hubungan dengan kerajaan negeri," katanya.Beliau juga menyatakan kesediaan organisasi itu untuk terus menyumbang idea dan saranan terutamanya berkait pembangunan ekonomi negeri.
13 Jul 19
63