Artikel "Komuniti" Terkini
PKM Sura Bantu Mangsa Ribut
Oleh: Mohd AsrafDUNGUN, 18 Julai - Dua buah rumah yang menjadi mangsa ribut awal pagi semalam, menerima bantuan segera daripada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura. Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sura Tengah, Jaidi Jusoh berkata bantuan itu melibatkan atap, kayu, dan membaiki termasuk membersih sekeliling rumah. “Setakat ini dua buah rumah terlibat telah dikenalpasti dan kita telah lapor kepada PKM DUN Sura untuk segerakan bantuan membaiki rumah,” katanya ketika dihubungi Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI). Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik, memaklumkan ada menerima laporan tersebut dan komited akan membantu membaiki kediaman mereka yang terjejas dengan bencana terbabit.“Alhamdulillah tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku dan kita sudah meneliti beberapa bantuan yang boleh disalur dengan kadar segera.“Kami akan mengambil tindakan terbaik dalam membantu mangsa terjejas,” maklumnya.Dalam kejadian ribut itu, beberapa bumbung rumah mangsa telah diterbangkan angin menyebabkan beberapa barangan di dalam rumah mengalami kerosakan.
17 Jul 19
170
'Durian Jerong' Jadi Buruan
Tarmizi (kiri) bersama Sulaiman Sulong menunjukkan isi 'raja buah' yang menjadi kegilaan pengunjung.Oleh : Khairan Mat JusohMARANG, 18 Julai - Tatkala tibanya musim durian, lambakan gerai dan kebun ‘raja buah’ dalam daerah ini pastinya akan menjadi buruan pengunjung sehingga ada yang sanggup mengambil cuti kerja.Pemilik Mizi Agro Farm, Tarmizi Mamat, 31, berkata konsep kutip dan makan durian di kebun yang diperkenalkannya berjaya menarik ramai minat penggemar buah itu dari luar negeri seperti Johor, Kuala Lumpur dan Selangor. Kata anak muda dari Kampung Jerong Surau itu, kebun berkeluasan 25 ekar yang diusahakan secara pajak itu telah penuh ditempah pada bulan ini sekaligus memberikan pulangan lumayan buatnya.“Kebanyakkan daripada pelanggan kita adalah dari jabatan-jabatan kerajaan, dan ada daripada mereka yang khususnya datang dari luar negeri sanggup mengambil cuti hanya semata-mata untuk merasai pengalaman kampung kutip dan makan 'durian Jerong' di dusun ini,” jelasnya.“Alhamdulillah, setakat untuk hari ini, tempahan sudah pun penuh bagi bulan Julai ini dan untuk bulan ogos masih lagi ada beberapa tarikh yang masih kosong,” ujarnya kepada ditemui media selepas menerima kunjungan Adun Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong, di kebunnya, semalam.Menurut Tarmizi lagi, dia yang mula mengusahakan kebun secara kecil-kecilan sejak beberapa tahun lalu itu kini telah memiliki lebih 300 pokok durian berkualiti tinggi.Dalam masa yang sama, dia juga sedang membina sebuah warung berdekatan kebunnya yang menyediakan cendol durian untuk para pengunjung.“Walaupun bermula secara kecil-kecilan, saya merasa puas kerana sekarang kebun ini dipenuhi pengunjung, pada awal-awal dulu, walaupun kebun masih belum sempurna sepenuhnya, sudah ramai orang yang membuat tempahan.“Dan apabila adanya gerai cendol nanti, saya yakin kebun ini akan lebih berkembang dan meriah dengan pengungjung-pengunjung,” jelasnya.Gerai cendol durian yang akan beroperasi dalam masa terdekat.
17 Jul 19
724
Sebelas Rumah Terjejas Ribut Dibaiki Segera
Oleh: Abdul Hafiz GhazaliKEMAMAN, 18 Julai – Sebanyak 11 buah rumah yang mengalami kerosakan termasuk atap diterbangkan angin dalam kejadian ribut di Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai telah segera dibaiki.Pengarah Majlis Tindakan DUN Cukai Hanafiah Mat berkata, pihaknya mengambil tindakan pantas membaik pulih kesemua rumah mangsa ribut tersebut agar penghuninya terus dapat tunggal dalm keadaan selamat dan selesa.Katanya, semasa berlaku kejadian kelmarin beliau telah mengarahkan semua Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) mengambil tindakan segera terhadap mangsa ribut."Kejadian itu menyebabkan sebelas buah kediaman rosak teruk dan perlu dibaiki. Tindakan segera dilakukan oleh semua MPKK termasuk datang membantu tukang rumah telah mempercepatkan urusan membaik pulih rumah mangsa,” ujarnya.Sebelum itu, Pembantu Penyelia Hal Ehwal Wanita, Nooreha Jusoh bersama kakitangan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Cukai telah datang melawat mangsa ribut dan mengambil maklumat untuk memastikan bantuan sampai dengan cepat kepada penduduk yang terlibat dalam musibah.Nooreha Jusoh berkata, tugas dan peranan i-MiTS bukan semata-mata di dalam pejabat, sebaiknya turun membantu ketika berlaku musibah. “Kita turut mengadakan program ziarah penduduk sakit, kematian dan sebagainya yang melibatkan kebajikan penduduk,” ujarnya.
17 Jul 19
31
'Terima Kasih YB' - Sahabudin
Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 18 Julai - “Terima kasih YB (Yang Berhormat) kerana ziarah ayah,” kata Mohd Sahabudin Mohd Rozali, 32, anak kepada pesakit jantung, Mohd Rozali Mohamad, 59, sewaktu menerima kunjungan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali, di Kampung Tanjung Sabtu, baru-baru ini.“Ayah saya telah mengidap penyakit jantung sejak lapan tahun lalu dan pernah menjalani pembedahan pada tahun 2014.“Ayah juga diuji dengan penyakit kencing manis, darah tinggi, dan baru-baru ini dikejutkan dengan masalah paru-paru yang lemah,” katanya ketika ditemui di kediamannya itu.Menurut Mohd Sahabudin juga, disebabkan masalah itu, ayahnya sering mengalami masalah sesak nafas. Begitupun, dia sekeluarga gembira kerana Dr. Khairuddin sudi meluangkan masa, menziarahi mereka walaupun sibuk dengan urusan-urusan parlimen.Dalam kunjungan tersebut, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PKAPKN) turut menyerahkan bantuan berupa barangan dapur dan wang tunai.Turut hadir, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) DUN Buluh Gading, Md. Fauzi Mustafa serta beberapa ahli jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Jeram dan Tanjung Sabtu.Rombongan itu juga menziarahi tiga lagi keluarga di Kampung Tanjung Sabtu dan Kampungg Jeram sebagai rutin mingguan pusat khidmat bagi membantu rakyat yang kurang bernasib baik.
17 Jul 19
85
Dekati Masyarakat Menerusi Ziarah Kebajikan
Oleh: AminjiKEMAMAN, 17 Julai- Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih bersama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Air Putih serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kemaman bekerjasama mengadakan program ziarah kebajikan.Pembantu Penyelia Hal Ehwal Masyarakat i-MiTS Dun Air Putih, Sayed Zulkifli berkata, program berkenaan diadakan setiap dua minggu sekali.“Bagi meringankan beban dan menyemarakkan budaya silaturahim antara pemimpin dan masyarakat, hari ini kita telah memberi sumbangan bekalan keperluan asas dan wang ringgit kepada golongan miskin, sakit, dan Orang Kelainan Upaya (OKU) sekitar Kampung Dadong.“Tujuan ziarah ini diadakan adalah untuk menzahirkan keprihatinan kita terhadap golongan kurang bernasib baik dengan memberikan sumbangan dan bantuan untuk meringankan beban keluarga mereka,” ujarnya kepada pemberita selepas mengadakan program ziarah berkenaan, baru-baru ini.Katanya, pelaksanaan program ziarah kebajikan tersebut diharap dapat menepati kumpulan sasaran termasuk mampu memberi impak positif dalam memberikan khidmat bakti kepada masyarakat di kawasan DUN Air Putih.
16 Jul 19
28
Adik Haziq Harumkan Nama MDI
Oleh: Aziz HambaliMARANG, 17 Julai- Seorang pelajar Madrasah Darul Iman (MDI) Titian Baru, Kedai Buloh, dinobatkan sebagai peserta terbaik kategori bawah 9 tahun peringkat kebangsaan bagi kejohanan 37th ISTAC 2019 & UniSZA 2nd Open National Tae Kwon Do Championship 2019 yang diadakan pada 12 hingga 13 Julai di Dewan Gemilang Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).Haziq Mahadi, 9, menjadi satu-satunya peserta pertama dari Sekolah Agama Rakyat (DAR) setelah dinobatkan sebagai peserta terbaik kategori bawah 9 tahun peringkat kebangsaan.Dalam pertandingan berlangsung selama dua hari itu, Haziq berjaya menewaskan tiga pencabar lain dari beberapa sekolah terkemuka sekali gus muncul 'Sparring' terbaik kategori bawah 9 tahun lelaki dan mendapat pinggat emas.Selain 'sparring', dalam kategori 'pattern' Haziq mendapat tempat kedua dengan memungut pinggat perak."Saya sertai pertandingan ini sekadar suka-suka sahaja kerana mengetahui ramai peserta berkualiti dari sekolah-sekolah lain. Pada masa sama saya jangka rakan peserta yang akan mengungguli kategori itu."Apabila berjaya di peringkat akhir, saya berusaha sebaik mungkin dan berjaya menewaskan peserta liga akhir dalam pertandingan yang cukup sengit."Alhamdulillah rezeki saya pada kali ini, sekali gus dapat mengharumkan nama sekolah di mata negeri," katanya ketika dihubungi pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman, baru-baru ini.Kemenangan itu membolehkan Haziq membawa pulang medal, piala dan sijil.Guru Pembimbing Kontinjen Tae Kwon Do (MDI), Titian Baru, Kedai Buloh, Eida Ali berkata, pihaknya menghantar seramai 22 orang peserta ahli kelab Tae Kwon Do untuk bertanding di UniSZA baru-baru ini.Sementara itu, Timbalan Mudir Madrasah Darul Iman itu, Buniyamin Razimin berkata, "kami (MDI) amat berbangga dengan tahap pencapaian yang dimiliki oleh pelajar kita ini (Haziq) setelah dinobatkan sebagai peserta terbaik bagi kejohanan 37th ISTAC 2019 & UniSZA 2nd Open National TaeKwonDo Championship 2019"."Saya sendiri pun tidak percaya dengan kebolehan yang ada pada (Haziq) ini, jika dilihat sesi latihannya yang santai dan dengan aksi lucunya, memang di luar jangkaan kami" katanya.
16 Jul 19
261
2,934 Permohonan Lot Tapak Rumah Terengganu Diluluskan
Dr. Alias Razak.KUALA TERENGGANU, 15 Julai - Kerajaan Terengganu telah meluluskan sebanyak 2,934 lot tapak rumah untuk golongan terkilan sejak Jun 2018 hingga sekarang.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, pemohon berkenaan adalah mereka yang telah mendapat kelulusan pada tahun 1999 hingga 2004 tetapi ditarik balik kerana kekangan tertentu.Jelasnya, usaha menunaikan kembali hak mereka itu adalah sebagai bukti dan komitmen kerajaan negeri dalam mengurangkan bebanan rakyat.“Jumlah permohonan tapak rumah terkilan yang telah diproses dan diluluskan kembali sehingga Mei 2019 adalah sebanyak 2,934 lot.“Ianya menyaksikan Setiu sebagai daerah yang paling tinggi (permohonan diluluskan) iaitu 1,154 lot mengatasi Besut sebanyak 841, Kemaman 588 lot, Marang 218 lot, Hulu Terengganu 83 lot, Kuala Terengganu 40 lot dan Dungun 10 lot,” katanya.Alias Harun.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Keempat Belas di Wisma Darul Iman, hari ini.Mengulas lanjut tentang bayaran premium tanah berkenaan oleh penerima, Alias yang juga ADUN Bukit Tunggal menjelaskan, kaedah bayaran itu dipecahkan kepada dua kategori dengan mengambil kira pendapatan mereka.Kata beliau, usaha berkenaan dibuat bagi memberi sepenuhnya ruang kepada penerima untuk merancang perbelanjaan supaya tidak membebankan.“Secara umumnya, kita sebenarnya memberi dan menetapkan tempoh-tempoh tertentu kepada pemohon untuk menyelesaikan bayaran ini.“Bagi yang tidak mampu atau berpendapatan rendah, khususnya kurang daripada RM1,750 sebulan, kita berikan tempoh tiga tahun bayaran secara ansuran, manakala yang mampu kita tetapkan masa tiga bulan,” tambah beliau.
15 Jul 19
71
Teladani Kisah Saidina Umar Dengan Fakir Miskin - Dr. Alias Razak
Dr Alias menziarahi pesakit warga emas di Pulau Duyong.Oleh: Safwan SyakirKUALA NERUS, 15 Julai - Pimpinan masyarakat di setiap peringkat khususnya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) wajar menjadikan kisah Khalifah Umar dengan fakir miskin sebagai inspirasi dalam mendepani rakyat yang diuji dengan kemiskinan.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan,Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, peranan MPKK begitu besar sebagai jentera kerajaan di peringkat akar umbi.“Mana mungkin setiap orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mampu untuk menjejaki setiap rumah dalam DUN masing-masing tanpa penglibatan MPKK sebagai penyalur maklumat tentang segala permasalahan rakyat,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Jamuan Rakyat Komuniti Kampung Pengkalan Arang di sebuah balairaya, di sini semalam.Hadir sama, Setiausaha Akhbar Pejabat Menteri Besar, Mohd Adram Musa dan Pengerusi Persatuan Sayangi Negeri Terengganu (PESAYANG), Asyraf Fathi Md Soh.Tambah Dr Alias, antara kisah masyhur yang boleh diambil pengajaran bersama adalah bagaimana seorang khalifah tidak tenteram hatinya memikirkan nasib rakyatnya yang hidup dalam serba kedhaifan.Diringkaskan cerita, pada suatu malam, Umar R.A. dan pembantunya Aslam telah keluar menyamar dan membuat rondaan ke suatu tempat bernama Harrah.Tujuan Saidina Umar berbuat demikian adalah untuk mengetahui keadaan sebenar rakyat jelata di bawah pimpinannya dan memastikan tiada seorang pun yang tercicir.Tiba di suatu tempat, Saidina Umar berjumpa dengan seorang ibu yang sedang memasak batu demi mendiamkan anak-anaknya yang kelaparan.Setelah terlalu lama menunggu, anak-anak mereka tertidur kerana terlalu letih dan kelaparan.Sejurus mendengar luahan ibu tersebut, Khalifah Umar tidak dapat menahan air matanya dan terus bergegas ke Baitul Mal untuk mengambil keperluan makanan.“Pengajaran di sebalik kisah ini dapatlah disimpulkan bahawa setiap pemimpin mempunyai amanah berat yang sedang dipikul sama ada ganjaran pahala menanti ataupun azab yang pedih jika mengkhianati amanah tersebut,” jelasnya lagi.
15 Jul 19
1097
PERANTAU Komited Bantu Jayakan PITAS
Prof. Dr. Kamaruzzaman.KUALA TERENGGANU, 15 Julai - Persatuan Anak-anak Terengganu Di Perantauan (PERANTAU) menzahirkan komitmen bagi membantu kerajaan negeri menjayakan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS).Presiden PERANTAU Pusat, Profesor Dr. Kamaruzzaman Yusof berkata, dalam setiap siri pertemuan bersama kerajaan negeri, pihaknya sering memberikan maklum balas terhadap pelaksanaan pentadbiran negeri."PERANTAU mempunyai pakar-pakar dalam pelbagai bidang dan mereka yang terdiri daripada para usahawan yang berjaya."Kita akan berusaha sedaya mungkin dan kita harap usaha membangunkan negeri dan rakyat akan mampu dicapai dengan lebih efektif," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas Majlis Sambutan Hari Raya dan Temu Mesra bersama PERANTAU Negeri Sembilan di Kompleks Al-Saadah, Negeri Sembilan, baru-baru ini.Program berkenaan yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah turut disertai sekitar 100 anak perantau yang berada di negeri itu.
15 Jul 19
110
Bakal Haji Disaran Guna Peluang Ibadah Sebaiknya
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 15 Julai - Bakal haji yang akan berangkat menunaikan rukun Islam kelima itu diharap agar menggunakan masa dan peluang sebaiknya untuk melaksanakan amal ibadah di Mekah dan Madinah nanti.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, bukan semua orang berpeluang menerima jemputan ke tanah suci.“Bagi yang terpilih, jangan menghabiskan masa sekadar membeli belah atau mundar mandir di kota suci umat Islam itu."Perlu banyak laksanakan umrah, ibadah - ibadah sunat, barulah bermanfaat jika kita berada lebih lama di sana,” pesannya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Meraikan Bakal Jamaah Haji Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang di Surau Taman Rakyat Jaya, di sini, Sabtu lalu.Alias yang juga merupakan Pengarah Majlis Tindakan DUN itu turut mengingatkan para jemaah supaya mengambil berat perkara-perkara yang boleh mengganggu kelancaran ibadah."Jaga kesihatan diri dan minum banyak air, kalau badan tidak sihat bimbang akan mengganggu ibadah haji kita. Kita hendak pergi menunaikan haji sudah sukar, jadi jaga kesihatan, " ujarnya.Dalam majlis tersebut, seramai 76 orang yang akan menunaikan haji turut menerima cenderahati dan sedikit saguhati daripada Majlis Tindakan DUN.
15 Jul 19
108