lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Empty Image
10 Pasukan Berentap Rebut Piala Penyelaras DUN Kuala Besut
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 22 Julai - Sebanyak 10 buah pasukan bakal berentap dalam Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah Tertutup Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut bagi merebut Piala Penyelaras DUN berkenaan. Kejohanan yang bakal bermula 26 Julai ini akan menggunakan format liga di mana pasukan-pasukan bertanding dibahagikan ke dalam dua kumpulan sebelum bertemu diperingkat separuh akhir.Pengerusi Kejohanan, Hafiz Yusof berkata, program berkenaan hanya boleh disertai oleh Pengundi DUN Kuala Besut bagi memberikan lebih kelebihan kepada penduduk tempatan."Setiap pemain perlu menutup aurat ketika bermain dan mana-mana pemain yang melanggar peraturan ini, tidak akan dibenarkan bermain."Saya berharap kejohanan ini akan berjalan dengan lancar tanpa berlaku insiden-insiden yang tidak diingini", katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas mempengerusikan mesyuarat ahli jawatankuasa kejohanan Bola Sepak Liga di Pejabat Insitut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN, semalam.
22 Jul 19
93
Empty Image
Kerja Berpasukan Bantu Tajin FC Rangkul Juara Piala ADUN Kuala Berang
Oleh: Hanif HamdanHULU TERENGGANU, 22 Julai - Kerjasama berpasukan Tajin FC akhirnya membuahkan hasil sekali gus muncul juara Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang selepas menewaskan Tanjung Putat FC 2-3 di Padang Astaka, Kuala Berang, malam tadi.Separuh masa pertama, Tanjung Putat FC yang keseluruhannya diwakili anak jati kampung mereka mendahului Tajin FC dengan dua gol tanpa balas dengan penguasaan bola yang seimbang dari kedua-dua pasukan.Biarpun ketinggalan dengan dua gol, pasukan Tajin FC tetap bersemangat memburu jaringan pada separuh masa kedua sehinggalah berjaya menjaringkan tiga gol berbalas dua untuk menjulang Piala ADUN Kuala Berang selepas kali terakhir memenanginya pada tahun 1999.Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh berkata, beliau sangat kagum dengan kebangkitan pasukan Tajin FC untuk memenangi perlawanan akhir tersebut."Satu contoh yang baik ditunjukkan oleh pasukan Tajin FC pada malam ini (semalam) apabila mereka terus berjuang walaupun dua kali mereka bolos dan ini merupakan satu perkara yang kita semua patut contohi."Mereka menunjukkan kerjasama yang baik di antara pemain mereka dan berjaya mencipta tiga gol yang sangat baik bagi saya," ujarnya.Menurut Dr Mamad yang juga ADUN Kuala Berang, etika pemakaian menutup aurat ketika bersukan mestilah ditekankan kerana ianya merupakan tuntutan agama."Islam tidak melarang umatnya untuk bersukan, tetapi kita mestilah mengikut garis panduan agama seperti menutup aurat dan bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi," katanya.Perlawanan akhir malam tadi turut menyaksikan anugerah Pemain Terbaik Kejohanan dimenangi oleh Muhamad Hanafi Umar dari Tajin FC.Turut hadir menyaksikan perlawanan ialah Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Haji Muhyidin Abdul Rashid, Penyelaras Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Kuala Berang, Mohamed Abdullah dan Penyelaras Pemuda DUN Kuala Berang, Aminuddin Mohamad.
22 Jul 19
65
Empty Image
Wanita Muda Disaran Beriadah
Oleh: Hidayah Azlin SETIU, 22 Julai- Islam tidak menghalang kaum wanita beriadah malah menggalakkan mereka bersukan agar sentiasa sihat dan cergas selagi tidak melanggar ‘pantang larang’ yang disyariatkan Allah S.W.T.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, bersukan merupakan sebahagian daripada keperluan jasmani kerana tubuh manusia memerlukan pergerakan  malah Islam merupakan agama yang  meraikan fitrah manusia. “Biarlah tubuh ini ada kekuatan kerana kita memikul amanah yang sangat besar. Kalau berjalan  pun lesu, duduk payah nak bangun, bersandar sikit pun terlelap, ini bukan sifat pejuang Islam."Ajarilah anak-anak kamu berenang, memanah dan naik kuda supaya mereka dapat pelajari ilmu asas yang menjadi keperluan dalam kehidupan. Ini adalah sukan yang melambangkan ketangkasan dan kekuatan,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Bola Tampar anjuran Beliawanis Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Jabi dengan kerjasama Ameerah Jabi di Sekolah Kebangsaan Apal, baru-baru ini.Turut hadir, Pegawai Khas Adun Jabi, Sudin Awang, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Apal Hilir, Mat Zin Daud dan Pembantu Hal Ehwal Wanita, Fatimah Jusoh.Dr Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi turut merakamkan penghargaan kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Apal kerana meletakkan sekolah tersebut begitu dekat dengan masyarakat.“Apabila hubungan dengan masyarakat murni, apa sahaja institusi kerajaan yang ada dalam kampung itu akan baik kerana mereka tidak merasakan ianya entiti asing.“ Ada beberapa sekolah di Jabi yang perlu dibaiki hubungannya dengan masyarakat supaya kita ini saling bantu-membantu kerana dalam kehidupan kita ini saling memerlukan. Mudah-mudahan kerjasama yang dipupuk ini, boleh berterusan untuk kebaikan bersama.“ Tahniah juga diucapkan kepada beliawanis Dun Jabi di atas penganjuran sukan ini. Banyak lagi sukan-sukan yang boleh dianjurkan seperti badminton, ping-pong yang dikira sesuai untuk bermain," ujarnya.
21 Jul 19
104
Empty Image
Penduduk Felda Jerangau A Urus Sendiri Jenazah HIV/AIDS?
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 22 Julai - Sebahagian penduduk Felda Jerangau A bertungkus-lumus menguruskan sendiri 'jenazah' Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Mohd Sidek Muhammad yang menghidap penyakit ‘Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit’ (AIDS), semalam.Bagaimanapun, ia bukanlah kejadian yang benar-benar berlaku.Sebaliknya, gimik tersebut merupakan salah satu modul praktikal yang didedahkan Pejabat Kesihatan Daerah Dungun dalam Kursus Pengurusan Jenazah yang berlangsung di Balai Raya felda berkenaan, semalam.Menurut Sidek, kursus anjuran pihak MPKK bertujuan memberi pendedahan kepada sekitar 50 peserta yang hadir berkaitan tatacara mengendalikan jenazah yang menghidap penyakit HIV ataupun AIDS.“Kita sedia maklum, untuk menguruskan jenazah pesakit seperti itu agak rumit dan memerlukan kaedah khusus serta pengendalian lebih teliti.“Inilah kelainan yang kita cuba bawa ketengahkan supaya ilmu pengetahuan yang diperolehi dapat digunakan apabila kita berhadapan situasi sebenar nanti," katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas program berkenaan.Tambahnya, kursus pada hari berkenaan telah dibahagikan kepada tiga slot iaitu slot penerangan tentang Penyakit Tuberculosis atau lebih dikenali sebagai TB/Tibi, yang dikendalikan Pegawai Kesihatan dan Perubatan pejabat  kesihatan daerah, Dr. Mohd Faris Mahmud.“Slot kedua pula berkaitan Pengetahuan Tentang HIV dan AIDS yang dikendalikan sendiri Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit HIV dan AIDS, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Dr. Mahani Nordin.“Manakala, pengurus jenzah di Hospital Daerah Dungun, Nagmuddin Ismail pula mengendalikan slot Pengurusan Jenazah HIV dan AIDS," jelasnya.Dalam pada itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman merakamkan ucapan tahniah atas penganjuran program berkenaan.“Program yang bermanfaat seperti ini harus diteruskan, supaya lebih ramai pelapis yang mahir terutama daripada golongan muda dapat di'lahir'kan," katanya.
21 Jul 19
69
Empty Image
Kerjasama Guru, Komuniti & Ibu Bapa Penentu Kemajuan Pelajar
Ustaz Maliaman Kassim (berbaju kuning) bergotong-royong bersama dengan masyarakat setempat.Oleh: Khairuddin Yusoff HULU TERENGGANU, 21 Julai - Semua pihak termasuk Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam membina aspek kemenjadian pelajar seterusnya memajukan sekolah di kawasan setempat.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Maliaman Kassim berkata, penglibatan ini dapat dijayakan melalui aktiviti-aktiviti yang disusun bersama supaya dapat mewujudkan satu perubahan positif kepada pelajar dan juga sekolah."Pertama sekali saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak sekolah kerana berjaya mencetuskan kerjasama di antara MPKK, guru-guru dan ibu bapa untuk membersihkan kawasan sekitar sekolah ini."Melalui kerjasama ini, insya-Allah akan dapat mewujudkan satu jalinan untuk kemajuan sekolah dari segi pembangunan fizikal, akademik dan juga sahsiah pelajar."Jadi dengan penglibatan ibu bapa sudah tentulah memberi contoh dan semangat kepada anak-anak supaya menjaga kebersihan seterusnya menjadi 'turning point' kepada kemajuan sekolah," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program gotong royong perdana anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Diman dengan kerjasama komuniti serta MPKK berhampiran, semalam.Tambah Maliaman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, melalui kerjasama seumpama itu, ia bukan sahaja dapat mengubah landskap sekolah menjadi lebih ceria malah meringankan beban guru untuk melaksanakan aktiviti sekolah."Kadang kala guru terbeban dengan kelas dan pelbagai aktiviti lain, jadi kita boleh bekerjasama dan mengambil peranan masing-masing dalam menjalankan aktiviti pembersihan dan mengubah landskap supaya lebih menarik," jelasnya.Sementara itu, Pengetua SMK Bukit Diman, Zainon Jusoh berkata, kehadiran ibu bapa sangat mengalakkan dan beliau mengharapkan penglibatan yang lebih ramai pada masa akan datang.“Kita buat gotong-royong hari ini pertamanya kita mahu bersihkan ladang sawit dan menambah keceriaan sekolah.“Guru perempuan kita tempatkan di kawasan sekolah untuk keceriaan manakala ibu bapa dan MPKK yang hadir ditugaskan untuk membantu membersihkan ladang.“ Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada YB (Yang Berhormat) Ustaz Maliaman kerana mengerakkan dan menjadi pencetus kepada gerakan untuk gotong-royong hari ini bersama pihak sekolah, ibu bapa dan juga MPKK.“Ini kali pertama kita buat dan kita akan teruskan lagi selepas ini dengan penglibatan ibu bapa yang lebih ramai," ujarnya.Program tersebut melibatkan 9 buah MPKK yang berhampiran dengan sekolah iaitu MPKK Kampung Jabor, Kampung Bukit Diman, Kampung Lerek, Kampung Durian Kassim, Kampung Pela, Kampung Peroh, Kampung Bukit Mok Mek, Felda Bukit Bading Satu dan Dua serta Bomba Sukarelawan Bukit Bading yang turut hadir membantu.
21 Jul 19
1659
Empty Image
Kembara Warisan Berlangsung 7 September
Muzium Negeri Terengganu. Foto Ihsan - GoogleKUALA TERENGGANU, 21 Julai – Program Kembara Warisan 2019 yang dianjurkan oleh Muzium Negeri Terengganu bakal berlangsung pada 7 September ini.Program tersebut akan dijalankan di Kompleks Muzium Negeri Terengganu dan bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 12 tengah hari.Seluruh rakyat Malaysia yang mempunyai basikal serta berumur 18 tahun ke atas layak untuk menyertai program berkenaan.Yuran sebanyak RM30 dikenakan untuk setiap penyertaan dan tarikh tutup penyerahan borang adalah pada 5 September 2019.250 peserta yang terawal bakal menerima t-shirt program dan untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi Ahmad Khairul Herman Rozali di talian 09-6231200 atau 016-9808315.
20 Jul 19
77
Empty Image
SLE Ibarat ‘Rumah Dimakan Anai-Anai’
Oleh: Wan Luqman Hakim KUALA TERENGGANU, 20 Julai- Penyakit sistemik lupus eritematosus (SLE) ibarat rumah yang dimakan anai-anai, diluar nampak elok dan utuh, tapi di dalam sudah rapuh,” ujar Presiden Persatuan SLE Malaysia (Terengganu) Rohafiza Abdullah.SLE merupakan penyakit kronik autoimun yang mana antibodi seseorang bertindak balas dengan tisu badannya sendiri. Apabila sistem daya tahan badan menjadi bercelaru dan mula melawan tisu-tisunya sendiri akibat daripada proses itu, ia akan menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf atau organ-organ lain di dalam badan.Rohafiza berkata, kumpulan sokongan adalah sangat penting, ia berperanan mendidik pesakit serta ahli keluarga mengenai pelbagai aspek melalui ceramah dan sesi terapi kaunseling.Katanya, pengambilan ubat yang betul dan berterusan, gaya hidup yang sihat serta sokongan kuat terutama daripada keluarga dan sahabat mampu memberikan sinar kepada pesakit SLE."Lihat sahaja dari luaran, kami kelihatan sihat, Tiada beza di antara saya, pesakit SLE dan anda yang sihat. Tapi di dalam kami hanya pesakit sahaja yang tahu."SLE boleh menyerang semua orang bermula dari umur kanak-kanak hingga 50-an. 90 peratus adalah wanita dan selebihnya lelaki.  "Selalunya pesakit yang baru disahkan mengidap SLE adalah buntu dan keliru dangan penyakit SLE. Maka disinilah peranan persatuan bagi memastikan pesakit mendapat informasi yang betul,” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui pada program Walk A Payung 2019 di Taman Awam Batu Burok, semalam.Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Dan NGO negeri Wan Sukairi Wan Abdullah menzahirkan ucapan terima kasih kepada yang terlibat menganjurkan program berkenaan.“Diharapkan lebih banyak program sebegini dianjurkan oleh agensi terlibat atau NGO agar rakyat Terengganu terus mendapat maklumat dan informasi tentang penyakit SLE ini,” ujarnya ketika berucap merasmikan program tersebut.
20 Jul 19
306
Empty Image
‘Pak Belang’ Tumpas
Foto ihsan - PerhilitanOleh : Adli MohamadDUNGUN, 19 Julai - Seekor harimau belang yang berkeliaran di Kampung Besol, Bukit Besi di sini sejak semalam akhirnya berjaya ditangkap di kampung tersebut petang tadi.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, ‘pak belang’ itu berjaya ditangkap oleh anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dalam operasi yang bermula pagi tadi.Jelasnya, keadaan itu sedikit melegakan orang kampung namun operasi mencari seekor lagi harimau tetap diteruskan.“Jabatan Perhilitan Malaysia masih lagi mengekalkan perangkap, kerana maklumat yang diterima menyatakan hanya ada seekor tertangkap, jadi seekor lagi masih berkeliaran.“Harimau pertama ditangkap selepas terkena ubat ubat pelali sebelum menembaknya dan menyebabkannya rebah dan harimau itu berada dalam keadaan sihat di bawah pemantauan Pegawai Veterinar dan kakitangan jabatan Perhilitan,” katanya semasa ditemui media dalam operasi mencari harimau itu.Jelasnya lagi, harimau yang ditangkap itu akan dibawa ke tempat dan lebih selamat untuk dirawat dan dijaga. “Haiwan itu dijangka dipindahkan ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) secepat mungkin,” tambahnya selepas dimaklumkan oleh Pegawai Perhilitan.Semalam, kira-kira pukul 9 pagi, dua ekor harimau itu ditemukan berkeliaran di kawasan kampung Besol sehingga menimbulkan rasa takut dalam kalangan penduduk malah turut tular di laman sosial.Sehubungan itu, satu operasi khas bagi mengesan dan menangkap harimau berkenaan telah dijalankan sejak semalam.Operasi itu melibatkan Jabatan Perhilitan Pahang, Jabatan Perhilitan Perak, Jabatan Perhilitan Negeri Terengganu, Perhilitan Daerah Dungun, dan Perhilitan Daerah Kuala Berang.
19 Jul 19
29
Empty Image
Operasi Jejaki ‘Pak Belang’ Dipergiat
Kelibat 'Pak Belang' yang berkeliaran di kampung Besol sekitar jam 9 pagi semalam.Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 19 Julai - Operasi mengesan dan menjejaki dua ekor harimau belang sesat yang berkeliaran di Kampung Besol, Dungun dipergiatkan dengan radius sekitar dua kilometer dari lokasi pak belang itu berkeliaran semalam.Pengarah Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dr Abdul Malek Mohd Yusof memaklumkan seramai 22 anggota Perhilitan dan empat anggota polis terlibat dalam operasi berkenaan.Menurut beliau, pihaknya telah memasang dua buah perangkap dan percaya haiwan tersebut masih lagi berada di dalam hutan berdekatan.“Kita akan jalankan operasi dan tinjauan di lapangan untuk mengenal pasti di mana harimau tersebut berada.“Tetapi buat masa ini kami masih belum dapat mengesan di mana lokasi sebenar, jadi aktiviti tinjauan dan pengawalan ini kita akan teruskan sehingga kita dapat tangkap harimau itu,” jelasnya.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman turut serta dalam operasi tersebut.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media semasa meninjau perjalanan operasi tersebut, di sini, hari ini.Kata Abdul Malek lagi, operasi itu akan cuba disegerakan, dan segala tindakan yang dilakukan adalah mengikut Standard Operation Procedure (SOP).Beliau juga mengingatkan semua penduduk kampung supaya menghadkan aktiviti di dalam hutan dan kebun bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.“Usaha menjejaki harimau betina dan anak jantannya dilakukan berpandukan tapak kaki haiwan itu yang ditemui dalam hutan kampung tersebut.“Penduduk juga dinasihatkan supaya tidak mendekati haiwan itu jika terserempak kerana ia perbuatan yang sangat berbahaya dan bagi mengelakkan perkara buruk berlaku,” katanya.Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi semalam, dua ekor harimau itu ditemukan berkeliaran di kawasan kampung Besol sehingga menimbulkan rasa takut dalam kalangan penduduk malah turut tular di laman sosial.
19 Jul 19
113
Empty Image
Kelibat 'Pak Belang' Gemparkan Penduduk
'Pak Belang' berkeliaran di kawasan kampung.Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 18 Julai - Kelibat dua ekor harimau belang yang ditemui berhampiran kawasan perumahan, membimbangkan penduduk di Kampung Besol, Hulu Dungun, di sini.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, selepas menerima laporan daripada penduduk beliau segera menghubungi Jabatan Perhilitan Daerah Dungun."Ketika saya sampai di sana, wakil daripada Jabatan Perhilitan Daerah Dungun telah ada, dan segera berbincang mencari jalan penyelesaian terbaik demi menjaga keselamatan penduduk," jelasnya ketika ditemui pihak media, hari ini.Tambah Ghazali, harimau itu dipercayai sedang berkeliaran di kawasan terdekat apabila kesan tapak kakinya yang ditemui masih dalam keadaan baharu."Tidak berapa lama kemudian kami dikejutkan dengan kelibat pak belang berkenaan yang sedang bermain di belakang rumah seorang penduduk kampung," jelas Ghazali.Ghazali menunjukkan kesan tapak kaki harimau itu.Sementara itu, seorang penduduk kampung, Siti Aminah Azmi, 33, pula berkata, sewaktu sedang bersiap untuk mengambil anaknya di sekolah, dia dikejutkan dengan kehadiran harimau berkenaan berhampiran rumahnya."Saya amat takut dan segera meninggalkan rumah bersama anak saya yang berusia dua tahun dalam keadaan panik," ujarnya.Sehubungan itu, Penolong Pegawai Kehidupan Liar Daerah Dungun, Mohd Zawawi Ismail memaklumkan, pihaknya sudah menyemak data di jabatan perhilitan namun harimau tersebut tiada dalam rekod."Jika ada sudah tentu dapat dikesan melalui 'satelit kolar', kerana ia mudah dikesan, tetapi ada kemungkinan juga harimau itu tiada cip pengesan."Harimau adalah di bawah kawalan akta perlindungan kehidupan liar, yang ditempatkan di Sungkai, Perak dan tidak pernah dibebaskan," jelasnya.Tempat pertama harimau dikesan.Bercakap tentang harimau yang mengejutkan penduduk kampung Besol itu, beliau menyatakan akan cuba menghalau haiwan itu masuk ke dalam hutan dahulu."Namun ianya bergantung pada keadaan, dalam kes begini kita akan perangkap dan tangkap," ujarnya lagi.
18 Jul 19
136