Artikel "Komuniti" Terkini
Sukan Medan Eratkan Silaturrahim
Oleh : Saifullah JusohBESUT, 28 Julai - Sukan merupakan medan terbaik untuk merapatkan hubungan silaturahmi sesama masyarakat setempat.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, selain untuk menyihatkan tubuh badan, sukan juga merupakan satu cara untuk kita membina hubungan yang baik dan mengelakkan permusuhan."Sukan juga merupakan satu cara untuk kita berhibur. Oleh sebab itu Islam sudah menetapkan cara yang sesuai untuk kita bersukan mengikut ajaran Islam iaitu dengan menutup aurat dan menjaga akhlak sesama kita,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kejohanan Bola Sepak Piala Penyelaras DUN Kuala Besut 2019 yang bertempat di Padang Astaka Kampung Pacakan, baru-baru ini.Kejohanan yang dianjurkan oleh Pejabat Penyelaras DUN Kuala Besut ini telah disertai oleh 10 pasukan yang terdiri daripada pengundi-pengundi DUN Kuala Besut.Ia juga turut mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak bagi menjayakan kejohanan ini, antaranya Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Amal Besut.
27 Jul 19
41
Pekan Budaya Marang : 1,619 Keping Saman Trafik Diselesaikan
Oleh : Khairan Mat JusohMARANG, 28 Julai - Pembukaan kaunter diskaun 50 peratus saman trafik sempena Program ‘Jom Singgah Pekan Budaya Daerah Marang’ berjaya menyelesaikan sebanyak 1,619 keping saman trafik setakat hari pertama dibuka. Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis (IPD) Marang, Asp. Ismail Ab Ghani berkata, ia melibatkan kunjungan 2,200 orang dari dalam dan luar daerah Marang.“Berdasarkan data yang dilaporkan, jumlah kompaun kesemua saman-saman yang diselesaikan itu adalah sebanyak RM201,450 untuk setakat jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang kelmarin,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita Urus Setia Darul Iman (UPDI), di program tersebut, semalam. Dalam pada itu, terdapat lapan kaunter telah dibuka, yang terdiri daripada dua kaunter semakan, tiga kaunter pindaan serta tiga kaunter bayaran, kesemuanya melibatkan 15 orang petugas dan kaunter tersebut telah ditutup pada jam 4.00 petang semalam
27 Jul 19
62
22 Produk Usahawan Negeri Sertai Malaysia Fest 2019 Singapura
Oleh: Ahmad MawardiKUALA TERENGGANU, 28 Julai- Sebanyak 22 produk usahawan Negeri Terengganu menyertai pameran Ekspo Malaysia Fest 2019 di Dewan Ekspo Singapura selama empat hari berakhir hari ini.Timbalan Exco Pertanian dan Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Hilmi Harun berkata, antara produk yang diketengahkan termasuk rempah ratus, produk proses, makanan, kuih-muih, cenderahati dan fesyen.Katanya, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri dengan kerjasama Industri Kecil dan Sederhana (IKS) turut membawa lapan usahawan ke festival berkenaan.“Ekspo Malaysia Fest Singapore 2019 ini merupakan platform perniagaan untuk memberi peluang kepada usahawan Terengganu menerokai dan mempromosikan produk negeri ke pasaran antarabangsa.“Ini kerana negara Singapura mempunyai ‘standard’ yang amat tinggi untuk menerima produk luar masuk ke pasaran mereka,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika dihubungi Pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas melawat gerai usahawan Terengganu di pameran tersebut, semalam.Katanya, beliau berharap agar usahawan Terengganu dapat menghasilkan lebih banyak produk untuk pasaran Singapura“Antara yang mengambil bahagian dalam pameran ini termasuk Rempah Cap Bunga Rose, Keropok Lekor Vacuum, Nasi Dagang Vintage, Ketupat Palas, Kueh Keria Viral Ganu, Patin Tempoyak Claypot Koi, Telekung Solat Exclusive dan lain-lain,” ujarnya.
27 Jul 19
102
MB Terengganu Tunggang RXZ Waktu Hujan, Curi Perhatian Ramai
Ahmad Samsuri tidak kekok menunggang RXZ. Foto - Hishamuddin Abdullah.
KUALA NERUS, 28 Julai - Menteri Besar (MB), Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mencuri perhatian ramai apabila menunggang motosikal RXZ dalam keadaan cuaca hujan lebat, sempena program ‘We Are RXZ Members 3.0’ di Kuala Nerus semalam.
Dengan gaya bersahaja, beliau menunggang motosikal berseorangan sambil diiringi pengawal peribadi kira-kira 15 kilometer bermula dari Kediaman Seri Setia di Batu Buruk, Kuala Terengganu hingga ke tapak program di Litar Permotoran Negeri Terengganu, Gong Badak.
MB keluar dari kediamannya pada 5.15 petang dan disambut di lokasi program yang dihadiri lebih 18,000 peserta dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Cuaca hujan sepanjang perjalanan tidak menghalangnya meneruskan perjalanan, malah beliau tidak kekok mengawal tunggangan.
Ahmad Samsuri mendapat respon positif daripada penunggang motosikal RXZ apabila ucapannya pada majlis perasmian program itu di sini mendapat pujian ramai.
“Biar kita sama-sama basah, biar kita sama-sama kering,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh peserta.
Sementara itu menurut peserta himpunan berkenaan, Faridullah Hisham, 28, berkata, dia tertarik dengan keramahan Ahmad Samsuri yang sentiasa menyantuni anak muda dalam program berkenaan.
“Walaupun beliau Menteri Besar dan berstatus VIP, beliau tidak kekok langsung bersama-sama peserta menunggang motosikal. Memang sangat seronok,” katanya yang datang dari Kelantan.
Malah, Ahmad Samsuri sebelum menghadiri program itu sempat menitipkan pesanan kepada anak muda yang menyertai program itu di laman Facebooknya semalam, supaya peserta sentiasa mematuhi disiplin dan undang-undang, menghormati pengguna lain, menjaga aurat dan tidak meninggalkan solat.
27 Jul 19
857
Gerai Terbakar Di Hari Pertama Berniaga
Oleh: Ariss AliasSETIU, 24 Julai - "Saya sedih dengan kejadian yang berlaku kerana ini hari pertama saya memulakan jualan setelah berehat panjang setelah melahirkan anak," kata Siti Ayu Azmira, 30, setelah melihat sendiri gerai goreng pisangnya terbakar, di Kampung Pelong, semalam.Menurutnya, dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang itu, dia sedang menggoreng pisang sebelum melihat api tiba-tiba menyala dari hos gas.“Saya terkejut, namun sempat mengeluarkan hos bagi mengelakkan tong gas meletup sebelum berlari keluar dan memanggil orang kampung yang berdekatan untuk membantu.“Alhamdulillah, dengan tindakan pantas mereka api dapat dipadamkan dengan menggunakan tujuh tong pemadam api kebakaran," ceritanya.Pemilik gerai itu turut memaklumkan, beberapa dokumen penting di dalam beg tangannya termasuk wang berjumlah RM600 hasil pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) tidak dapat diselamatkan."Gerai ini merupakan tempat saya mencari rezeki bersama kakak, Fatimah Muhamed, 41 yang menjual 'roti john'. Syukurlah, kerana ia tidak merebak ke gerai bersebelahan," katanya.Dalam pada itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Azmi Maarof telah menyampaikan bantuan segera kepada mangsa kebakaran gerai pisang goreng, Siti Ayu Azmira,30, dalam kunjungan ke rumahnya di Kampung Pelong, petang semalam.Menurutnya, bantuan berkenaan disumbangkan Pusat Khidmat DUN bagi mengurangkan beban yang ditanggung Ayu sekeluarga berikutan kehilangan mata pencarian.“Hari ini, kita cuba memberi sedikit sumbangan bagi membantu mangsa dalam tempoh sementara. Bagaimanapun, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pelong akan berusaha membantu baik pulih semula gerainya."Perkara ini juga sudah dimaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Setiu dan pegawai mereka akan datang menyiasat,” katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI).
24 Jul 19
24
Jangan Bimbang, 'Mek Belara' Beruang Matahari Kini Selamat
KUALA NERUS, 24 Julai - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu memaklumkan, beruang betina ‘Mek Belara’ seberat 70 kilogram (kg) yang masuk perangkap di kebun salah seorang peneroka Felda Belara awal pagi semalam tidak mengalami nasib yang sama seperti 'Awang Besol'.Pengarahnya, Dr. Abdul Malek Mohd. Yusof ketika dihubungi Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) hari ini mengesahkan bahawa haiwan liar daripada spesies Malayan Sun Bear atau Beruang Matahari itu dalam keadaan sihat dan telah dihantar ke Taman Negara Terengganu petang semalam bagi membolehkannya hidup di habitat asal yang lebih luas. Beliau turut menyatakan, pihak PERHILITAN telah memasang dua lagi perangkap di kawasan sama untuk memerangkap dua ekor lagi mamalia berkenaan.“Berdasarkan bukti daripada laporan orang kampung, kita mengesahkan ‘Mek Belara’ merupakan salah satu daripada tiga ekor beruang yang dikesan berkeliaran dalam kawasan kebun itu sejak dua minggu lalu dan dipercayai adalah satu keluarga.“Pihak kami dengan bantuan masyarakat Felda akan memantau keadaan ini sehingga kedua-duanya ditangkap,” katanya.Dalam perkembangan sama, Dr. Abdul Malek berkata, operasi menjejak seekor lagi harimau di Besol masih diteruskan sebagai langkah keselamatan serta mengesahkan kewujudan haiwan itu sebagaimana maklumat yang diterima daripada orang ramai, baru-baru ini.
24 Jul 19
91
Ibu Tunggal Digalak Ceburi Industri Kulinari 'Frozen Food'
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 24 Julai - Ibu tunggal dan suri rumah diminta menceburkan diri dalam industri kulinari 'frozen food' termasuk membuat roti canai bagi menambah pendapatan keluarga.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Ghazali Sulaiman berkata, perniagaan pembuatan roti canai secara sejuk beku atau 'frozen' adalah satu bidang perniagaan yang sesuai untuk diceburi kerana ia bermula dari rumah."Penyediaannya tersangat mudah kerana mereka tidak perlu menyewa mana-mana kedai ataupun premis perniagaan, proses hanya dibuat di rumah."Promosikan roti canai sejuk beku ini boleh dibuat melalui media sosial, dan ianya amat berbaloi dan lumayan hasilnya jika kena caranya,"jelas beliau.Ghazali berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Penutup Bengkel Pembuatan Roti Canai dan Roti Canai 'Frozen', di Pusat Komuniti Desa (PKD) Felda Jerangau di sini baru-baru ini.Program anjuran Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), memberi manfaat kepada 30 orang peserta bagi meningkatkan ilmu, kemahiran dan pengalaman dalam bidang tersebut.Sementara itu, seorang peniaga gerai makan di Felda Jerangau, Mohd Radzi Mat Lela, 41 berkata, ilmu yang diperolehinya itu akan digunakan untuk menambahkan kepelbagaian jualan di gerainya."Sebelum ini gerai saya hanya menjual mee sup celup, pisang goreng dan air balang. Namun setelah mengikuti kursus yang dianjurkan oleh YPU ini memberikan saya satu keyakinan untuk menceburi bidang ini sebagai tambahan."Kursus ini juga mengajar saya, bagaimana cara membuat roti canai berkualiti sesuai dengan harga yang dibayar pelanggan dan memuaskan hati mereka," jelas beliau.
23 Jul 19
88
Longkang Baharu Selesaikan Masalah Penduduk Kubang Miang
Wan Hapandi meninjau keadaan semasa longkang yang sedang dibina.Oleh : Mohd AsrafDUNGUN, 24 Julai - Pembinaan longkang baharu di Kampung Kubang Miang yang sedang berjalan bakal memberi keselesaan kepada lebih 500 penduduk di sini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik yang meninjau keadaan projek berkenaan berpuas hati dengan kelancaran dan perjalanan projek tersebut.Menurutnya, dengan siapnya projek itu, ia bakal mengatasi masalah longkang tersumbat sehinggan menyebabkan berlaku pelbagai masalah lain seperti sebelum ini.“Sebelum ini longkang di kawasan itu sering tersumbat disebabkan masalah perparitan dan dengan siapnya projek ini masalah longkang serta air tidak mengalir berjaya diatasi.“Saya mendapat banyak aduan dari orang kampung berkenaan air tidak mengalir dan saya telah ajukan perkara ini ke bahagian yang berkenaan dan alhamdulillah hari ini projek ini telah berjalan dan saya berharap ia dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan,” ujar beliau. Beliau ditemui pemberita semasa meninjau projek membina longkang baharu di Kampung Kubang Miang, di sini semalam. Turut hadir Pembantu Hal Ehwal Masyarakat Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) Sura, Mohd Yusof Ismail serta kakitangan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) berkenaan. Sementara itu, Wan Hapandi memaklumkan sepanjang setahun pemerintahan kerajaan baharu, pelbagai projek kecil dibawah peruntukan ADUN telah berjaya dilaksanakan. Ia secara tidak langsung menyelesaikan segala masalah yang menjadi rungutan penduduk setempat.“Sepanjang kita memerintah, telah banyak projek rakyat dilaksanakan dan projek ini juga merupakan salah satu projek pembangunan kerajan PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura,” tambah beliau.
23 Jul 19
504
Rumah Kucing Pulau Kerengga Bakal Ditransformasi
Oleh: Aslam WiraMARANG, 24 Julai - Rumah Kucing atau 'Cat Shelter' di Pulau Kerengga yang menempatkan kucing terbiar akan diberi lebih perhatian dari sudut bantuan perubatan dan transformasi sangkar yang lebih baik.Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Wahad Osman berkata, ia akan dilaksanakan dengan mengadakan perbincangan dengan agensi-agensi yang berkaitan seperti Veterinar sebagai langkah menyediakan kemudahan perubatan buat kucing yang ditempatkan disini.“Saya difahamkan, mereka memerlukan peruntukan sebanyak RM800 sebulan untuk bekalan perubatan di samping keperluan vaksin dan pemandulan secara one-off.“Selain bantuan perubatan, sangkar itu akan ditransformasikan dengan ‘Quary Dust’ sebagai langkah menjaga persekitaran yang sihat untuk kucing-kucing terbiar,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tempat perlindungan kucing di Pulau Kerengga berikutan aduan yang diterima di laman sorsial rasmi Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar baru-baru ini.Turut hadir, Pengerusi Badan bukan Kerajaan (NGO) Unicat Kingdom, Yanti Sani, wakil Majlis Daerah Marang, Penyelia Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri(DUN) Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng dan Pengerusi MPKK Kuala Tengah, Abdan Awang.Sementara itu, Yanti berkata, pusat perlindungan di bawah Majlis Daerah Marang itu telah menampung dalam 100 ekor kucing yang dikutip oleh penguatkuasa tidak termasuk yang dibuang oleh orang ramai di kawasan sekililing.Tambahnya, objektif penubuhan NGO tersebut adalah membantu kucing terbiar supaya boleh dipelihara oleh orang awam yang cintakan kucing dan pernah memohon sumbangan orang ramai dan pencinta kucing untuk menampung pembelanjaan perubatan di pusat tersebut.“Saya menyarankan apabila kucing berjaya dijaga dengan rapi dan bebas daripada penyakit, satu aktiviti boleh diadakan bersama komuniti sama ada melibatkan belia atau pencinta kucing untuk memelihara di rumah.“Ini adalah bagi memupuk kesedaran di kalangan masyarakat bahawa bukan sahaja kucing cantik yang berharga ribuan ringgit mampu dijaga dengan baik dan perlu diberi perhatian,” jelasnya.Untuk rekod, Rumah Kucing yang dijaga oleh seorang petugas tersebut telah dibina sejak tahun 2016, malah 80 peratus kucing yang sakit kini telah dirawat namun masih memerlukan rawatan dan pemeriksaan secara berkala dari masa ke semasa.
23 Jul 19
4578
Harungi Ibadah Haji Sebaik Mungkin - ADUN Kemasik
Saiful Azmi (kiri) beramah mesra dengan bakal tetamu Allah.Oleh: Ahmad Syahid AdnanKEMAMAN, 23 Julai – Bakal jemaah haji dinasihatkan mengambil peluang menjadi tetamu Allah sebaik mungkin supaya ibadah tersebut menjadi sesuatu yang bermakna pada diri masing-masing.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, rukun Islam kelima itu merupakan salah satu ujian Allah untuk hamba-Nya bagi menguji kesabaran dan keimanan seseorang.“Setiap orang sudah pasti berlainan cara diuji oleh-Nya, ada yang sedikit dan ada yang banyak,“Ada yang diceritakan tidak jumpa jalan pulang ke tempat penginapan di sana semasa menunaikan haji, itu juga antara ujian semasa menunaikan haji,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Jemaah Haji di Masjid Felda Kerteh 6, petang semalam.Bakal jemaah haji diraikan.Hadir sama, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Kerteh 6, Musa Mohamad.Beliau yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Industri, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri turut mengingatkan jemaah haji tentang ganjaran besar akan diperoleh mereka yang melakukan ibadah dengan sempurna.“Sekiranya haji kita diterima oleh Allah, dosa-dosa kita sebelum ini insya-Allah akan dihapuskan, semestinya ia juga dapat menambah baik ibadah dalam mematuhi perintah-Nya serta menjauhi segala larangan-Nya.“Dalam masa yang sama, doakan juga buat negeri tercinta kita agar Terengganu menjadi sebuah negeri yang Maju, Berkat dan Sejahtera,” tambahnya.
22 Jul 19
40