Artikel "Komuniti" Terkini
SRIDI Kijal Bakal Beroperasi Di Kompleks Paya Lasir
Oleh : Alfian MamadKEMAMAN, 30 Julai – Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) Dewan Undangan Negeri(DUN)Kijal akan beroperasi di Kompleks Paya Lasir, Bandar Baru Kijal pada awal tahun hadapan.Pegawai Penyelaras DUN Kijal, Ustaz Hazri Jusoh berkata pihaknya akan menyewa sebanyak enam pintu kedai bahagian atas di Kompleks Paya Lasir dengan Majlis Perbandaran Kemaman( MPK)."Alhamdulillah, salah satu manifesto kerajaan yang ada sekarang iaitu satu DUN satu Sekolah Rendah Islam berjaya ditunaikan di DUN Kijal ini."InsyaAllah ianya akan beroperasi pada awal tahun hadapan,” kata beliau.Hazri berkata demikian ketika berucap di sesi taklimat bersama pegawai dari Pejabat Agama Terengganu, Ustaz Sahari Anuar Ahmad yang turut dihadiri oleh Kakitangan Imits dan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kijal.Selepas sesi taklimat, rombongan dari Pejabat Agama yang hadir dibawa ke Kompleks Paya Lasir bagi meninjau kesesuaian premis yang akan menempatkan dua kelas SRIDI bagi peringkat permulaan ini.“Alhamdulillah bangunan ini sesuai dan selamat digunakan, cuma sedikit penambahbaikan akan dilakukan oleh pihak MPK bagi memastikan keselamatan pelajar SRIDI ini lebih terjamin,” jelas Ustaz Hazri ketika ditemui selepas sesi lawatan tapak di premis tersebut.
29 Jul 19
1193
Ibu OKU Gembira Diberi Perhatian
Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 30 Julai - "Terima kasih kerana bantu saya," itulah ungkapan yang diucapkan oleh seorang penerima bantuan kerusi roda, Sudaryati Hamat, 44, baru-baru ini.Menurutnya, sebelum ini beliau hanya bergantung dengan tongkat untuk bergerak. Kesukaran ini ditanggung setelah menjalani pembedahan kaki akibat komplikasi diabetes.“Alhamdulillah, suka dan amat terharu di atas sumbangan ini. Terasa ringan sedikit bebanan untuk saya buat apa-apa. Terima kasih kerana sudi membantu saya,’’katanya dengan penuh kesyukuran.Sudaryati Hamat merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) yang mempunyai dua orang cahaya mata. Salah seorang anaknya juga OKU dalam pembelajaran.Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata, segala bantuan akan disalurkan kepada sesiapa sahaja yang berhak tanpa mengira warna kulit mahupun perbezaan politik.“Asalkan mereka betul-betul berhak dan memerlukan. Dalam tempoh setahun lebih ini, hampir 30 buah kerusi roda kita agihkan untuk warga Jabi yang memerlukannya."Alhamdulillah, pagi ini dua buah lagi kerusi roda akan mula berkhidmat kepada tuan baru untuk memudahkan pergerakan,’’ katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sumbangan dua buah kerusi roda kepada penerima di Kampung Kubang Gatal dan Kampung Bakap, Jabi."Semoga Allah permudahkan urusan saudara kita yang berada dalam keuzuran. Tiada daya dan upaya kita melainkan kudrat yang dikurniakan Allah,’’ tambahnya.
29 Jul 19
89
32 Pasukan Rebut Empat Slot Ke Kejohanan Piala YB Ahli Parlimen KT
Jadual perlawanan sebelah pagi.Oleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU, 30 Julai - 32 pasukan dari seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk akan bersaing untuk merebut empat slot ke Kejohanan Bola Sepak Piala Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang akan berlangsung pertengahan Ogos ini.Slot tersebut akan diisi oleh empat pasukan terbaik yang bertarung dalam Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Piala YB Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk bermula 2 Ogos nanti.Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-Mits) DUN Batu Buruk, Abu Bakar Salleh sementara itu berkata, dalam menempuhi kehangatan kejohanan berkenaan, para pemain setiap pasukan dinasihatkan agar bermain dengan penuh semangat kesukanan.“Pasukan yang bertanding dingatkan agar bermain secara ‘fair play’ dan tidak secara agresif.“Peminat boleh hadir ramai-ramai menyaksikan di Padang Bola Sepak Lagun Chendering pada hari Jumaat dan Sabtu ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemubual oleh Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Batu Buruk, di sini semalam.Program yang akan berlangsung di Padang Bola Sepak Lagun Chendering itu dianjurkan oleh Kelab Belia Sahabat Batu Buruk (Sahabat) dan turut mendapat kerjasama daripada i-MiTs DUN Batu Buruk.
29 Jul 19
533
Dasar Wanita Terengganu Dijangka Siap Tahun 2020 - ADUN Wanita
Zuraida bersama peserta Sambutan Hari Ibu dan Bapa Negeri Terengganu 2019.KUALA TERENGGANU, 29 Julai - Kerajaan negeri sedang dalam usaha merangka Dasar Wanita Terengganu bagi melahirkan para wanita berilmu yang lebih berdaya saing sebagai pemacu generasi masa depan negeri itu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor berkata, dasar berkenaan dirangka selari dengan suasana masyarakat Terengganu sendiri berlandaskan al-Quran dan hadis.“Awal tahun ini, kita telah melaksanakan Seminar Hala Tuju Wanita yang menghasilkan resolusi yang menjadi pemangkin pembinaan dasar ini.“Kita juga sedang melaksanakan penyelidikan daripada pelbagai aspek yang diperlukan dan dijangka ia akan sempurna dalam masa enam bulan lagi,” katanya.Pelantikan Zuraida merupakan sebahagian komitmen kerajaan negeri dalam memperkasakan wanita.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Ibu dan Bapa Peringkat Negeri Terengganu 2019 di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) negeri, Muhamad Noh Abdullah dan Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Terengganu (JPWKMT), Raja Kamariah Raja Abdul Rahman.Program anjuran LPPKN yang diadakan seawal pagi tadi dimulakan dengan forum kekeluargaan bertajuk Pengukuhan Nilai Kekeluargaan Dalam Menangani Isu Sosial yang dihadiri lebih 400 peserta.Sebahagian peserta yang hadir.Antara aktiviti lain yang ditampilkan adalah pendaftaran ujian subsidi mamogram (saringan kanser payudara), HPV DNA (saringan kanser serviks), pemeriksaan kesihatan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu serta Sudut Deklarasi Harapan Ibu Bapa (Wall Of Family Hopes) selain reruai pameran agensi kerajaan dan jualan usahawan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Negeri Terengganu.Dalam program berkenaan, Zuraida turut menyerahkan Deklarasi Harapan Keluarga Negeri Terengganu untuk diangkat ke Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.Sementara itu, Mohamad Noh berkata, deklarasi tersebut merupakan pandangan dan harapan yang dikutip daripada ibu bapa di seluruh negeri untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan dan pembangunan negara bangsa.“Kita berharap deklarasi ini dapat diperhalusi bagi tujuan penyelarasan dan diangkat sebagai Deklarasi Harapan Keluarga Kebangsaan," katanya.PDRM turut membuka reruai penerangan berkaitan sistem Volunteer Smartphone Patrol (VSP).
29 Jul 19
415
Facebook, Whatsapp Antara Punca Penceraian
Ridzuan berucap merasmikan kursus.Oleh : Mohd Haniff AbasKUALA TERENGGANU, 29 Julai – Curang di media sosial termasuk salah guna aplikasi Facebook dan WhatsApp adalah antara faktor penyumbang kepada kadar perceraian dan kerosakan rumahtangga.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, aplikasi Facebook umpamanya, mempertemukan kembali rakan-rakan lama semasa persekolahan termasuk bekas kekasih.“Pada peringkat awal pertemuan, hanya bertanya khabar sahaja, tetapi lama kelamaan menyegarkan semula kenangan lama.“Akhirnya wujud keretakan dalam rumahtangga akibat kehadiran orang ketiga, dan sebahagiannya berakhir dengan perceraian,” ulas beliau.Beliau berkata demikian dalam Majlis Penutup Kursus PraPerkahwinan Islam Modul Bersepadu (MBPKI) 2019 di Kompleks Usahawan Terengganu (KUT), Kubang Jela, kelmarin.Mengulas lanjut, Ridzuan menyatakan menurut data yang dikemukakan oleh Mahkamah Syariah Negeri Terengganu pada tiga bulan pertama tahun 2019 mencatat 1,311 kes permohonan cerai berbanding 1,100 untuk tempoh yang sama tahun lepas, 2018.“Sepanjang tahun 2018, sebanyak 13,000 perkahwinan direkodkan dan daripada jumlah itu, satu daripada tiga berakhir dengan perceraian ataupun sebanyak 12 kes perceraian sehari.“Kerana itu, kita hendaklah membina keluarga atas dasar agama, dengan kefahaman yang jelas berkaitan segala hukum hakam dalam hal ehwal kekeluargaan, bukannya dengan sebab nafsu semata-mata.“Jika memilih kecantikan, maka ianya suatu yang tidak kekal. Begitu juga harta, ianya tidak akan berkesudahan,” kata beliau lagi.
28 Jul 19
204
Air Bertakung Belenggu Penduduk Bertahun-Tahun
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 28 Julai - Keprihatinan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dengan kerjasama wakil rakyat menjadi syarat utama di dalam memastikan kehidupan rakyat selesa dan sejahtera.Pengerusi MPKK Binjai Che Lijah, Ibrahim Senik bersyukur apabila masalah air bertakung di dalam rumah yang membelenggu penduduk Kampung Bukit Binjai Manis sejak dua tahun lalu berjaya diselesaikan."Bila hujan turun, empat buah rumah di jalan Kampung Bukit Binjai Manis ini akan banjir dan airnya tidak surut-surut."Memandangkan air bukit pun turun menjadikan ianya bertakung di dalam rumah pada paras betis sehingga empat ke lima hari," ceritanya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi Urusetia Penerangan Darul Iman, di sini baru-baru ini.Menurutnya, untuk menyelesaikan masalah tersebut, pihaknya mengambil keputusan menggali parit di belakang rumah tersebut," katanya lagi yang terharu dengan sikap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun yang sentiasa bersedia membantu rakyat.Katanya, dengan sedikit bantuan kewangan di samping sumbangan orang ramai, pihaknya menyewa jengkaut dan membeli pembetung (culvert).Sementara itu, seorang penduduk yang terlibat, Mohamad Muda gembira kerana masalah yang dialami selama ini telah dapat diselesaikan."Sudah dua tahun kami terpaksa berhadapan dengan banjir disebabkan tanah paya yang telah ditimbus tanah untuk dibina rumah."Alhamdulillah, dengan adanya parit ini, insya-Allah air tidak bertakung di dapur lagi," ujar bapa empat orang anak itu.
28 Jul 19
390
Terengganu Hasrat Himpun Pendikir Muda - Sulaiman Sulong
Sulaiman Sulong.Oleh: Khairan Mat JusohMARANG, 28 Julai - Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dan Persatuan Penggiat Seni Dikir Negeri Terengganu merangka untuk menganjurkan himpunan pendikir muda secara besar-besaran sempena Tahun Melawat Malaysia 2020, tahun hadapan.Menurut Timbalan Pengerusi Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Sulaiman Sulong, hasrat itu sekali gus bakal merealisasikan himpunan mega yang membabitkan seni tradisional itu buat julung kalinya."Kita menyasarkan penyertaan paling kurang seramai 2020 orang peserta bagi melayakkan kita menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 itu nanti," katanya.Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian penutup pada kemuncak Pekan Budaya Marang di Pantai Kelulut, semalam.Majlis itu turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Razak; Pegawai Pendidikan Daerah Marang, Mohamad Nawawi Rani dan Yang Di Pertua Majlis Daerah Marang, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim.Karnival Pekan Budaya yang berlangsung selama dua hari menampilkan pelbagai acara kebudayaan disamping pameran produk tradisi yang melambangkan identiti masyarakat Marang kepada umum. Dalam tumpuan sama, pertandingan Dikir Barat yang diadakan di karnival berkenaan dimenangi kumpulan dikir dari Sekolah Menengah Padang Kemunting, Kuala Nerus.Acara yang dipertandingkan diantara sekolah-sekolah dari lapan daerah dalam negeri itu turut mengetengahkan bakat-bakat baharu dalam seni dikir barat Terengganu.
28 Jul 19
226
PKD Bukit Besi Bina Jambatan Antara Industri Dan Tenaga Kerja Tempatan
Ghazali sewaktu kunjung hormat ke Fortress Mining, Syarikat Lombong Bijih Besi.Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 28 Julai - Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) berusaha menjalinkan hubungan baik bersama pihak industri, para usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) serta para usahawan tani setempat.Pegawai Penyelaras DUN , Ghazali Sulaiman berkata, selain membina persefahaman antara pihak industry dan pentadbir tempatan, langkah berkenaan membuka peluang pekerjaan kepada belia-belia setempat."Kita telah mengenal pasti kilang-kilang dan usahawan IKS yang beroperasi di Bukit Besi untuk kita dekati."Surat rasmi telah pun kita hantarkan supaya mendapat kebenaran bagi melawat tempat-tempat yang kita senaraikan," katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Pusat Khidmat Masyarakat DUN (PKMD) Bukit Besi, hari ini.Jelasnya, jalinan hubungan itu dilaksanakan demi pembangunan belia di DUN Bukit Besi supaya sentiasa mendapat maklumat berkenaan peluang-peluang yang ditawarkan pihak industri."Bagi IKS dan usahawan tani, kita akan melakukan kunjungan serta melihat keperluan untuk mengubungkan mereka dengan agensi-agensi tertentu bagi memperkembangkan lagi perusahaan mereka.“Antaranya ialah dengan memanfaatkan peranan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Jabatan Pertanian, dan pelbagai agensi yang berkaitan,” katanya. Tambahnya, perkembangan sesuatu perusahaan pastinya membuka ruang kerja kepada tenaga-tenaga belia setempat yang masih belum mempunyai pekerjaan selain mewujudkan pembangunan sejahtera di DUN tersebut yang akan menguntungkan semua pihak."Ini adalah salah satu dari usaha kami melaksanakan peranan yang diamanahkan oleh kerajaan negeri untuk menunaikan janji manifesto dalam mewujudkan peluang pekerjaan ke arah mencapai Terengganu Maju Berkat dan Sejahtera (TMBS)," katanya.
28 Jul 19
177
Kaji Langkah Proaktif Bendung Gejala Sosial
Azmi Tengah.Oleh: Fidee AzizKUALA TERENGGANU, 28 Julai - Langkah proaktif akan dikaji bagi membendung masalah gejala sosial melibatkan golongan pertengahan dan remaja yang membelenggu masyarakat.Pegawai Agama Islam Daerah Kuala Terengganu, Azmi Tengah berkata, operasi-operasi terus dipergiat bagi mengekang perkara tersebut menjadi barah.Jelasnya, kelicikkan pihak tertentu juga menyebabkan tugas agensi berkuasa menjadi sukar dan terganggu. “Kita telah mengambil beberapa langkah yang proaktif tetapi masalahnya mereka mempunyai taktik yang tertentu dan itu merupakan kekangan bagi pihak kita,” katanya lagi.Beliau berkata demikian ketika ditemubual oleh pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu (PADKT), kelmarin.Mengulas tentang tangkapan operasi yang dijalankan, beliau menegaskan tindakan tegas akan diambil berdasarkan undang-undang yang ada bagi memberi pengajaran kepada pelaku.“Mereka akan didakwa di bawah Seksyen 25 dan 27(1) iaitu perempuan yang bersedia melacurkan diri dan suami melacurkan isterinya,” tambah beliau.Katanya, pasangan tersebut ditangkap di salah sebuah hotel di Kuala Terengganu dan mereka bergerak secara aktif melalui aplikasi telefon pintar sebagai medan perniagaan mereka
28 Jul 19
32
Kelulut FC Juara Piala ADUN Rhu Rendang
Kelulut FC.MARANG, 28 Julai – Pasukan Kelulut FC muncul sebagai juara dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang 2019 setelah mengenepikan cabaran Rhu Rendang FC dengan jaringan 2-0.Rhu Rendang FC terpaksa akur menerima kekalahan selepas dua jaringan Mohammad Khairul Nizam Abdul Wahab pada setiap babak perlawanan berjaya menjulang Kelulut FC.Jaringan Khairul Nizam pada minit ke-7 dan 50 itu turut menobatkan dia sebagai pemain terbaik perlawanan.Kejohanan bolasepak yang telah membuka tirai pada 4 April lepas dengan penyertaan 23 pasukan dari seluruh DUN Rhu Rendang itu ditutup dengan perlawanan akhir di Padang Astaka Majlis Daerah Marang (MDM), di sini semalam. Kejohanan yang bertujuan mencungkil bakat baharu dalam sukan bola sepak itu turut diserikan dengan kehadiran Menteri Besar yang juga ADUN Rhu Rendang, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Aksi menarik kedua-dua pasukan.Ahmad Samsuri ketika berucap selepas perlawanan berkata, kerajaan negeri komited merancakkan aktiviti pelbagai bidang sukan di daerah ini khususnya bola sepak supaya setanding dengan daerah lain di negeri ini.Turut hadir ialah Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak dan Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs), Mohamad Embong.Dalam kejohanan tersebut, juara membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000 berserta piala pusingan diikuti naib juara RM2,000 dan ketiga RM1,000.
27 Jul 19
345